POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA POLIMAS-PK-PPP-04 PENGENDALIAN MINGGU SUAIKENAL DISEDIAKAN OLEH DILULUSKAN OLEH JAWATAN PHEPP(K&D) Wakil Pengurusan TARIKH 26 MEI 2014 28 MEI 2014 SALINAN TERKAWAL NO:
1.0 OBJEKTIF 1.1 Menggariskan tindakan-tindakan bagi pengurusan MSK dalam mengatur rancangan dan bimbingan kepada pelajar baru. 1.2 Membimbing pelajar ke arah cara dan semangat hidup dikampus berasaskan etika dan moral serta persefahaman diantara pelajar. 1.3 Dapat memberi peluang pelajar memahami dan menyesuaikan diri di dalam kampus. 2.0 SKOP Prosedur ini digunapakai dalam pengurusan MSK setiap semester pelajar baru Politeknik Sultan Abdul Halim Mu adzam Shah. 3.0 RUJUKAN 3.1 Buku garis panduan pengurusan disiplin dan kebajikan pelajar. 3.2 Takwim Aktiviti Tahunan Bahagian Pengurusan Politeknik, JPPKK. 3.3 Manual Kualiti : 7.2.1, 8.2.3, 8.2.4 1/5
4.0 DEFINISI PHEPP Pegawai Hal Ehwal Pelajar adalah pegawai yang dilantik yang berkuasa mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan hukuman yang diperuntukan di dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan pindaanpindaannya dan juga Pengarah Politeknik. PJ MSK Pengerusi Jawatankuasa MSK adalah pegawai yang dilantik oleh Pengarah dan mempengerusikan mesyuarat untuk membincangkan perlantikan dan pengagihan tugas jawatankuasa. 2/5
5.0 PROSEDUR KERJA Tanggungjawab Tindakan Sebelum Minggu : Pengarah 1. Membentuk Jawatankuasa Induk Minggu. PJ 2. Mempengerusikan mesyuarat untuk membincangkan perlantikan dan pengagihan tugas jawatankuasa. Jawatankuasa Minggu 3. Menyediakan Program Minggu termasuk taklimat berikut: i. Peraturan Tatatertib Politeknik ii. Pinjaman/Bantuan Kewangan iii. Perkhidmatan Kaunseling iv. Peperiksaan v. Ko-kurikulum vi. MS-ISO vii. MQA viii. Program-program lain. Pengarah / Timbalan Pengarah Meluluskan Program Minggu 3/5
Tanggungjawab Tindakan Semasa Minggu Pengarah/ Timbalan Pengarah Merasmikan Majlis Perasmian dan Penutupan Program Minggu. Jawatankuasa Minggu Melaksanakan Program Minggu. Peserta Program Membuat penilaian aktiviti yang telah dilaksanakan menggunakan Borang Soal Selidik Keberkesanan Program Minggu. Jawatankuasa Minggu Menyediakan dan mengemukakan laporan pelaksanaan Minggu kepada KJ. 4/5
REKOD KUALITI Bil. Jenis Rekod Tempoh Simpanan Lokasi Lampiran 1. Buku MSK dan jadual MSK 1 tahun Pejabat JHEPP(KD) - 2. Laporan Analisis MSK 1 tahun Pejabat JHEPP(KD) - 3 Borang Soal Selidik Keberkesanan Program Minggu 1 tahun Pejabat JHEPP(KD) 1
LAMPIRAN 1 BORANG PPP-04 (01)(02-06-14) BORANG SOAL SELIDIK KEBERKESANAN PROGRAM MSK SESI JUN / DIS.. ARAHAN : Bagi kenyataan 1 hingga 9, sila bulatkan mengikut skala 1 hingga 5 Jantina : L / P 1.Amat Tidak Setuju 2.Tidak Setuju 3. Tidak Pasti 4. Setuju 5. Amat Setuju 1. MSK dapat memperkenalkan saya kepada kehidupan kampus. 2. MSK dapat mengeratkan silaturahim di antara pelajar. 3. MSK dapat menjadikan saya lebih berkeyakinan untuk memulakan kehidupan sebagai warga POLIMAS. 4. MSK dapat memperkenalkan saya kepada sistem politeknik. 5 MSK dapat meningkatkan motivasi saya untuk belajar. 6. Taklimat-taklimat di bawah berkesan :- a. Taklimat Peraturan Tatatertib Politeknik b. Taklimat Pinjaman/Bantuan Kewangan c. Taklimat Perkhidmatan Kaunseling d. Taklimat Peperiksaan e. Taklimat Ko-Kurikulum f. Taklimat MS ISO 7. AJK MSK membantu dan memberi layanan yang baik. 8. Makanan dan minuman yang disediakan adalah baik dan memuaskan. 9. Susunan jadual aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian. 10. Aktiviti kerohanian / moral berkesan.