STANDARD 3 PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID PENATARAN SKPMg2 TAHUN 2016 JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan hala tuju sekolah. 2
ASPEK 3.1.1: ASPEK Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum ASPEK 3.1.2: Pengurusan Mata Pelajaran ASPEK 3.1.3: Pengurusan Masa Instruksional 3 ASPEK 3.1.4: Pengurusan Penilaian Murid LINK 01-INSTRUMEN ; LINK 02-RUBRIK KRITERIA KRITIKAL Ketetapan dibuat untuk memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan kurikulum kebangsaan. Mata pelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Masa instruksional diurus untuk memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan. Penilaian murid diurus untuk mengesan kemajuan penguasaan dan pencapaian murid.
BIL. STANDARD KUALITI (STAK) TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS) 3.1.1.1 3.1.2.1 4 Pelaksanaan kurikulum diurus secara sistematik. Keperluan pelaksanaan mata pelajaran diurus secara sistematik. Membuat, mendokumen, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan serta membuat tindakan susulan dengan mekanisme yang sesuai, secara menyeluruh, jelas, mengambil kira keperluan sekolah dan mematuhi arahan yang berkuat kuasa. LINK 3.1.1.1). Mengurus keperluan pelaksanaan mata pelajaran dengan memperoleh dokumen terkini, menyelaras penyediaan RPT dan RPH, pentaksiran, tugasan dan latihan, menganalisis dan memanfaatkan data dan maklumat pentaksiran dengan mematuhi arahan yang berkuat kuasa, berdasarkan keperluan pelaksanaan kurikulum dan secara menyeluruh. (LINK 3.1.2.).
BIL. 3.1.2.2 3.1.2.3 5 STANDARD KUALITI (STAK) Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara terancang. Program peningkatan pencapaian murid diurus secara terancang. TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS) Merancang dan melaksanakan program pembangunan profesionalisme yang berkaitan dengan mata pelajaran, menilai keberkesanan program dan mengambil tindakan susulan dengan berfokus kepada keperluan guru, perkembangan pendidikan semasa dan secara berterusan. (LINK 3.1.2). Merancang dan melaksanakan program yang menjurus ke arah peningkatan ilmu dan kemahiran, menilai keberkesanan program dan mengambil tindakan susulan dengan berfokus kepada isu pembelajaran, mengambil kira tahap keupayaan murid, secara menyeluruh dan berterusan. (LINK 3.1.2).
BIL. STANDARD KUALITI (STAK) TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS) 3.1.2.4 3.1.3.1 3.1.4.1 6 Bantuan geran per kapita mata pelajaran dimanfaatkan secara optimum. Masa pelaksanaan PdP diurus secara terancang. Peperiksaan dan pentaksiran diurus secara sistematik dan terancang. LINK02-RUBRIK Merancang dan melaksanakan pembelian, merekod dan menggunakan inventori/bahan habis guna berkaitan mata pelajaran mengikut prosedur yang ditetapkan, berdasarkan keperluan, secara menyeluruh dan berterusan. (LINK 3.1.2). Menyediakan pelbagai jadual waktu, melaksanakan PdP seperti yang dijadualkan, menyusun semula jadual waktu dan menyelaras program sekolah mengikut ketetapan, keperluan dan menyeluruh. (LINK 3.1.3.1). Merancang, menyelaras dan melaksanakan peperiksaan dan pentaksiran, menganalisis data dan maklumat serta mengambil tindakan susulan mengikut ketetapan, keperluan, secara menyeluruh dan berterusan. (LINK 3.1.4.1).
EVIDENS (bukti/keterangan): Dokumen bahan bercetak / softcopy Contoh: minit mesyuarat, fail, catatan, gambar, Media sosial: WhatsApp, Telegram, WeChat, Facebook Lokasi/peralatan tidak semestinya di satu tempat/dalam satu fail mengikut keperluan & kesesuaian LINK 03- EVIDENS 7
8