HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

dokumen-dokumen yang mirip
HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME (SET 45)

HHHC9401: NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. Set5 Sem 1 ( 2015/2016) DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK ANUAR BIN PUTIH DISEDIAKAN OLEH :

HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME)

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. HHHC9401 Set 5 Sesi /2014 : NURUL AMIRA BINTI MOHAMAD SALLEH

HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A NAMA PROGRAM KELAS TAMBAHAN SUBJEK KRITIKAL TAHUN 1 FTSM

HHHC9201 SET 34 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN AKHIR PROGRAM NAMA PENSYARAH

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

POLISI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF UNIMAS

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESSIONAL TAJUK: LAPORAN PROGRAM SEGENGGAM BUDI, SEGUNUNG HARAPAN (INSTITUTE-HEARS, UKM)

Borang Kontrak Pembelajaran Aktiviti Kursus LMCK2922 & HHHC9701/HHHC9801

Pendokumentasian Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

DASAR INOVASI DAN DAYA KEUSAHAWANAN DALAM PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENYELURUH PELAJAR UKM

LAPORAN LMCK1621 ETIKA DAN PROFESIONAL SET 130 SESI 2015/16 TAJUK : PROGRAM 3R (REUSE, REDUCE AND RECYCLE) NAMA : MOHD AFAA BIN AHMAD A150921

LMCK 1531 Kepimpinan dan Kreativiti Laporan Hasil Pembelajaran

Kontrak Pembelajaran Kokurikulum. Kod Kursus. Aktiviti/Projek. Biodata Pelajar. gambar

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

KERTAS KERJA BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP CS4 (BASIC) TARIKH 14 NOVEMBER 2014 TEMPAT MAKMAL KOMPUTER 8&9, BLOK C, FTSM ANJURAN

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Visi. Menjadi pusat rujukan dan peneraju pembangunan modal insan koperasi yang unggul. Misi

ETIKA DAN PROFESIONALISME

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME HHHC9401. Set 5 Sesi /2014 : KETUA PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

No.K.P./ Passport LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA SEKTOR AWAM (JUSA) Tahun

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN HHHC9501 KEM REMAJA WAWASAN (KREW) TARIKH: SEPTEMBER 2014 TEMPAT:

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 3 BAGI PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL (N44)

PROFIL AM TUGAS DAN KOMPETENSI PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 3 (TK3) PENGURUSAN DAN PROFESIONAL ARKITEK LANDSKAP (J44)

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

LAPORAN KURSUS HHHC 9601 LN00029/2015 BIODATA PELAJAR NUR HAKIMAH BINTI ISMADI. UNIVERSITI, THAILAND EXCO PENGANGKUTAN

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SENARAI TUGAS DEKAN

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

PROFIL AM TUGAS DAN KOMPETENSI PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 3 (TK3) PENGURUSAN DAN PROFESIONAL PEGAWAI SAINS (C44)

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN JABATAN KEJURURAWATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN TAHUN 1/ SEMESTER 2

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL JAWATAN GRED 45/51/53

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

MESYUARAT KURIKULUM 1/2010 PENGURUSAN PANITIA : PERANAN DAN FUNGSI

Model Pengurusan Strategik

TAJUK PROJEK: MEMPERKASAKAN ILMU METODOLOGI KEJURULATIHAN TAHAP ASAS DAN TAHAP PERTENGAHAN BAGI JURULATIH DAN GURU SUKAN DI MAJLIS AMANAH RAKYAT

Kontrak Pembelajaran Kokurikulum. Kod Kursus. Aktiviti/Projek. Biodata Pelajar

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

Apakah ISO? pengujudan piawai antarabangsa. yang bermaksud sama rata, seragam.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Laporan Kursus HHHC Biodata Pelajar. NUR AMELIA NADHIRA BT. ZAMRI No. Matrik.

INTEGRITI MENURUT HADITH NABI : KAJIAN APLIKASINYA TERHADAP. KEUTUHAN PERIBADI KAKITANGAN PENTADBIRAN UiTM SHAH ALAM BORANG SOAL SELIDIK OLEH

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

Transkripsi:

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMALINA BINTI AHMAD NO MATRIK A146240 TAJUK PROGRAM/ PROJEK BENGKEL ADOBE ILLUSTRATOR( BASIC) TEMPAT MAKMAL KOMPUTER 8 & 9 BLOK C, FTSM JAWATAN FASILITATOR NAMA PENSYARAH Dr. TENGKU SITI MERIAM BINTI TENGKU WOOK ANJURAN KELAB INTERAKTIF MULTIMEDIA (IMeC) DENGAN KERJASAMA PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLGI DAN SAINS MAKLUMAT, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

PENGENALAN Tujuan kursus HHHC 9401: NILAI, SIKAP, ETIKA & PROFESIONALISME antaranya adalah untuk menerapkan nilai dan sikap yang positif, etika dan profesionalisme dikalangan pelajar. Ianya merangkumi kebolehan pelajar untuk mengintegrasikan kesan ekonomi, alam sekitar dan sosio-budaya dalam amalan professionalisme. Melalui kursus ini juga, pelajar boleh menilai tahap kecekapan, akauntabiliti dan tanggungjawab yang sesuai dengan etika kerjaya nanti. Manakala antara hasil pembelajaran (hp) yang disasarkan ialah, diharapkan pelajar berkebolehan melaksanakan tugasan secara berintegriti, amanah dan membuat keputusan secara bijaksana berdasarkan etika dan profesionalisme, lebih menghayati nilai, sikap dan etika sebagai seorang professional, dan lebih bersikap profesional dalam membuat penilaian tentang perkara yang melibatkan individu lain dan persekitaran Apa itu nilai, sikap, etika dan profesionalisme? Nilai adalah kepercayaan yang mendorong seseorang untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Ilmu, kebijaksanaan, keadilan, kesabaran atau kesederhanaan merupakan antara nilai-nilai utama masyarakat. Contohnya sifat amanah iaitu saya perlulah patuh kepada arahan yang diberi dan semua urusan yang dipertanggungjawabkan hendaklah ditunaikan serta dilaksanakan sebaik mungkin. Saya juga haruslah bersifat bertanggungjawab yang mana memikul dan melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna selain dedikasi dan tekun dalam mengerjakan sesuatu tugas, sabar serta mempunyai minat yang mendalam dan tidak sekadar "melepaskan batuk di tangga". Malah, saya perlulah lebih patuh dan mengamalkan secara berterusan segala arahan terutama etika dalam bidang professional. Ianya dapat mengelakkan saya daripada melakukan kesilapan semasa menjalankan tugasan dan saya yakin sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang. Sifat jujur atau benar yang saya praktikkan juga dapat membentuk hubungan yang sihat di antara saya sesama rakan sepasukan di samping sikap initiatif yang mana saya memulakan sesuatu usaha atau tugasan sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Dan yang paling penting adalah pengurusan masa yang cekap dapat membantu saya dan rakan-rakan meringankan beban tugas masing-masing di samping memudahkan segala urusan kerja.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Kecuali orangorang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihatmenasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran." (Surah Al-Asr Ayat 1-3) Sikap pula adalah penilaian positif atau negatif atau perasaan seseorang individu itu terhadap orang lain, objek atau sebarang peristiwa. Sikap juga boleh mempengaruhi cara pelajar melihat dan bertindak terhadap pelajar atau orang lain, objek atau peristiwaperistiwa yang mereka hadapi. Manakala etika pula adalah falsafah mengenai amalan dan tingkah laku kehidupan manusia terhadap masyarakat. Ianya merupakan prinsip moral atau nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Secara ringkasnya, etika adalah disiplin dan peraturan yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau jahat. Ada 3 asas etika iaitu aqidah (kepercayaan), syariah atau undang-undang sivil dan akhlak iaitu panduan tingkahlaku norma sesama manusia dan manusia dgn alam sekitar. Kenapa perlunya etika? Mudah sahaja, seperti yang saya aplikasi sendiri dalam melaksanakan tugas ini yang mana ianya sebagai panduan saya dalam melakukan tugasan, membataskan perkara perkara yang dibolehkan, menjaga kepentingan sesama manusia dan alam sekitar selain mengekalkan keseimbangan dan sentiasa menggalakkan sifat bersederhana. Antara etika bermesyuarat yang perlu diamalkan terutama ketika mesyuarat Bengkel Adobe Illustrator ini ialah, para fasilitator perlulah ikhlaskan niat, memilih tempat dan masa yang sesuai yang mana waktu lewat petang tidak sesuai kerana ahli majoritinya sudah kepenatan, menepati masa, mengehadkan keahlian mesyuarat kepada ahli yang perlu sahaja, memastikan perbincangan terfokus dan tidak menyeleweng pada perkara tidak berkaitan, mengemukakan pandangan serta teguran dengan penuh berakhlak dan meminta izin bila-bila masa perlu untuk meninggalkan mesyuarat. Akhir sekali, profesionalisme iaitu kemampuan atau kemahiran yang khusus untuk melaksanakan tugas secara cekap, teratur dan memperlihatkan kemahiran tertentu. Antara ciri yang penting ialah saya perlulah mempunyai sikap berdikari berdasarkan keyakinan dan kemampuan sendiri serta bersikap terbuka dalam menilai dan

menghargai pendapat orang lain, namun cermat dalam memilih yang terbaik bagi diri dan perkembangan peribadi saya. Malah saya perlu mampu untuk menilai diri, iaitu bermuhasabah atau self-reflection selain peka dalam menghitung kebaikan dan keburukan yang telah saya lakukan. Pada saya, penilaian diri perlu untuk memastikan apa sebenarnya yang telah saya lakukan yang menyumbang kepada kebaikan buat diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara, agama dan juga alam sekitar. Demi untuk menyempurnakan kursus ini, saya telah memilih untuk Bengkel Adobe Illustrator ( Basic) sebagai bukti untuk Kemahiran Nilai, Sikap, Etika Dan Profesionalisme (HHHC9401). Program ini berlangsung pada 28 November 2014 bertempat di Makmal Komputer 8 & 9 Blok C, Ftsm. Program ini dianjurkan oleh Kelab Interaktif Multimedia (Imec) dengan kerjasama persatuan mahasiswa Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bengkel Adobe Illustrator (Basic) dianjurkan bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan kemahiran asas ilustrasi grafik menggunakan perisisan Adobe Illustrator. Bengkel ini dilaksanakan melalui kaedah demonstrasi, perbincangan, dan latihan amali. Selain itu, Bengkel ini juga dapat mengembangkan lagi kreativiti merekabentuk dan seterusnya mengimplementasikan dalam membangunkan grafik web dan persembahan multimedia oleh para peserta. Program ini dapat mengeratkan hubungan sesama ahli Kelab Interaktif Multimedia, Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat. Di dalam program ini saya telah dilantik sebagai fasilitator dimana saya ditugaskan untuk membantu para fasilitator lain untuk memberi kefahaman untuk mencapai objektif dan juga membatu para peserta dalam memahami teknik-teknik yang digunakan didalam perisian Adobe Illustrator. Sebelum Bengkel diajalankan, kami sebagai fasilitator telah menguasai teknik-teknik basic yang digunakan didalam perisian ini dengan cara kami telah diberikan satu modul khas Teknik-teknik menguasai Adobe Illustrator. Melalui modul ini, saya telah mengetahui kemahiran yang saya tidak ketahui seperti teknik tambahan untuk tracing gambar menggunakan adobe Illustrator. Selain itu, sebelum bengkel ini berlangsung, saya telah diberikan arahan dan tunjuk ajar terlebih dahulu oleh ketua pengajar tentang bagaimana ingin aplikasikan teknik yang diberikan didalam modul untuk digunakan didalam perisian Adobe Illustrator ini. Dalam pada itu, saya telah bersiap sedia dengan soalan yang akan dikemukakan oleh para peserta seperti jenis soalan yang kebiasaannya tidak dinyatakan didalam modul.

1) Maklumat Projek : A) NAMA PROJEK : BENGKEL ADOBE ILLUSTRATOR( BASIC) B). TARIKH PROJEK: 28 NOVEMBER 2014, JUMAAT C). PERANAN (JAWATAN) DALAM PROJEK : FASILITATOR D). TEMPAT PROJEK DIJALANKAN : MAKMAL KOMPUTER 8 & 9 BLOK C, FTSM E). MAKLUMAT PENASIHAT/PENYELIA PROJEK: 1) PENASIHAT : DR ZURINA BINTI MUDA PENASIHAT KELAB INTERAKTIF MULTIMEDIA (IMEC) FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ROOM : BKPSM, BLOCK A (LEVEL 1) EMAIL : kpth@ftsm.ukm.my zurinam@ukm.edu.my zurina@ftsm.ukm.my TEL. NO. : +6 03-8921 6182 WEBSITE : http://www.ftsm.ukm.my/zurina

2) PERANCANGAN Didalam fasa perancangan, kami telah diberi terlebih dahulu modul teknik Adobe Illustrator oleh ketua pengarah untuk di ulangkaji. Saya sertakan didalam lampiran modul teknik adobe illustrator ini. Saya berbaju hitam sedang mendengar penerangan dan penjelasan dari Ketua Pengajar apabila soalan ditanyakan kepada beliau. Elemen amanah sangat ditekankan pada mesyuarat ini di mana semua ahli jawatankuasa diminta mematuhi arahan dari ketua pengajar selain semua urusan yang dipertanggungjawab kepada kami dilaksanakan dengan baik.

3) PERLAKSANAAN Didalam fasa perlaksanaan, semasa hari Bengkel Adobe Illustrator berlangsung, saya merasakan saya serta fasilitator dan ajk yang lain telah berjaya menunaikan semua tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami dengan sebaik mungkin. Gambar menunjukkan saya member tunjuk ajar kepada para peserta sewaktu Bengkel dijalankan

Gambar menunjukkan saya member tunjuk ajar kepada para peserta sewaktu Bengkel dijalankan

4) LAPORAN AKHIR Saya merasakan dengan menyertai Bengkel Adobe Illustrator ini merupakan medium bagi pelajar seperti saya mempamerkan kebolehan melaksanakan tugasan secara berintegriti, amanah dan membuat keputusan secara bijaksana berdasarkan etika dan profesionalisme. Selain itu, ianya menjadikan saya lebih menghayati nilai, sikap dan etika sebagai seorang professional terutama apabila bekerjasama dengan orang lain. Malah, menjadikan saya lebih bersikap profesional dalam membuat penilaian tentang perkara yang melibatkan individu lain dan persekitaran. Tidak dinafikan juga bahawa dengan menyertai program ini, ianya dapat menyemai kemahiran berkomunikasi dalam situasi yang pelbagai baik semasa latihan bersama kawankawan mahupun hari sebenar program tersebut bersama para peseta. Kursus ini juga berjaya menanam sikap berdisplin dan menepati masa dalam melahirkan mahasiswa yang beretika dan berdedikasi terutama sewaktu menghadiri bengkel tepat pada waktunya selain hadir awal sejam pada hari program tersebut. Ianya mampu membentuk mahasiswa, malahan diri saya sendiri supaya mampu memimpin dengan permulaan dari peringkat bawahan iaitu sebagai Fasilitator sahaja. Program ini juga mengasah potensi diri saya dalam pembangunan insaniah dan kemasyarakatan selain menggilap serta meningkatkan profesionalisme dalam diri saya.