DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]"

Transkripsi

1 DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)] (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 4/2010 pada 5 Ogos 2010) 1.0 Pengenalan UKM komited dalam menyediakan, menghasilkan dan mengekalkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Pembantu penyelidik dan pengajar yang berwibawa, melalui dasar dan program pembantu pengajar yang mantap, dapat menyumbang kepada matlamat ini. Pembantu penyelidik dan pengajar siswazah yang terlibat juga berpeluang meningkatkan keyakinan diri dalam bidang pengajian masing-masing dan sebagai sebuah universiti penyelidikan, UKM, berperanan untuk mengembangkan potensi pelajar pascasiswazah daripada sebagai seorang pelajar sarjana kepada seorang sarjana yang profesional dalam bidangnya. 2.0 Penyata Dasar Dasar Universiti Kebangsaan Malaysia menetapkan bahawa semua pembantu penyelidik dan pengajar yang dilantik hendaklah mengikuti garispanduan dalam dokumen ini. Dasar ini hanya meliputi pembantu penyelidik dan pengajar siswazah yang terdiri daripada pelajar Ph.D dan pembantu penyelidik yang berkelulusan Sarjana. 1

2 3.0 Definisi Pembantu penyelidik dan pengajar terdiri daripada pelajar pascasiswazah yang akan membantu melaksanakan dan mengendalikan kursus di fakulti. Secara amnya, sebagai seorang pekerja, pembantu penyelidik dan pengajar siswazah dituntut untuk mengajar dan/atau menjalankan kerja pentadbiran berkaitan dengan kursus yang dikendalikan serta tertakluk kepada tatacara kerja di fakulti. pembantu penyelidik dan pengajar siswazah akan diselia oleh fakulti/penyelaras kursus dan juga perlu mengikuti kursus induksi atau latihan mengenai pengajaran dan pembelajaran. pembantu penyelidik dan pengajar siswazah juga diberi bantuan kewangan untuk menampung pengajiannya kerana menyumbang kepada proses pengajaran dan pembelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. 4.0 Objektif 4.1 Membantu menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti untuk pelajar UKM. 4.2 Membolehkan pelajar prasiswazah melibatkan diri dengan penyelidik (pelajar pascasiswazah) yang sedang melaksanakan kajian yang keterhadapan. 4.3 Memberi peluang mengembangkan kesarjanaan melalui perkembangan kemahiran profesional dan personal melalui pengalaman bekerja sebagai pembantu pengajar. 4.4 Memberi peluang kepada ahli akademik yang mempunyai pembantu pengajar mempunyai lebih masa untuk merancang bentuk pendidikan dan kaedah pengajaran. 2

3 5.0 Tugas Pembantu penyelidik dan Pengajar 5.1 Tugas pembantu penyelidik dan pengajar siswazah secara am ialah untuk membantu dan menyokong sesuatu kursus mengikut pelan pendidikan yang telah ditetapkan oleh pensyarah tersebut..secara umumnya pembantu pengajar akan membantu dalam pengendalian sesuatu kelas bersama dengan pensyarah tersebut tetapi pembantu pengajar juga boleh dilantik untuk bertindak sebagai sole instructor atau tutor. 5.2 Tugas adalah berbeza daripada satu fakulti ke satu fakulti yang lain. Pada amnya tugas pembantu penyelidik dan pengajar siswazah boleh meliputi: Memberi kuliah dan penyediaan nota kuliah Mengendalikan sesi tutorial dan/atau makmal Menyelia projek pelajar Memeriksa kertas peperiksaan dan tugasan pelajar Memantau laman kursus atau sistem e pembelajaran Membimbing pelajar secara perseorangan (One to one tutoring) Mengadakan waktu perjumpaan/konsultansi dengan pelajar (Hold office hours) Melaporkan kepada pensyarah dan mendapatkan pengesahan untuk markah Menghadiri semua mesyuarat kursus yang ditugaskan. 5.3 pembantu penyelidik dan pengajar siswazah bukan merupakan ahli fakulti dan tidak boleh hadir mesyuarat pengurusan fakulti. 6.0 Jam dan Skop kerja 6.1 Fakulti perlu memastikan tugas sebagai pembantu penyelidik dan pengajar siswazah tidak akan menjejaskan pembelajaran pelajar siswazah tersebut. 3

4 Dicadangkan beban tugas pembantu penyelidik dan pengajar tidak melebihi 6 jam seminggu. 6.2 Skop tugas pengajaran hendaklah ditentukan bersama dengan jabatan dan pensyarah kursus. Calon tidak dibenarkan mendaftar kursus sarjana di mana beliau diminta bantu mengajar. 7.0 Syarat Kelayakan dan Pengambilan Pembantu Penyelidik dan Pengajar Siswazah 7.1 Pengumuman jawatan pembantu penyelidik dan pengajar siswazah dihebahkan oleh Pusat Pengurusan Siswazah/ Fakulti. 7.2 Pemilihan calon dan penyambungan kontrak skim pembantu penyelidik dan pengajar siswazah adalah di bawah tanggungjawab ejabat pengajian siswazah setiap fakulti dan jawatankuasa akan juga bertanggungjawab untuk mengagihkan pembantu penyelidik dan pengajar kepada jabatan dan kursus yang berkaitan. 7.3 Syarat Kelayakan Calon juga telah memperoleh sarjanamuda dalam bidang pengajian yang akan diajarnya dengan CGPA 3.0 ke atas/ telah mempunyai pengalaman kerja Calon sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan sarjana dan mendaftar sebagai pelajar doktor falsafah Calon hendaklah sekurang-kurangnya telah tamat DUA semester Bagi calon siswazah antarabangsa, calon perlu melalui sekurangkurangnya TIGA semester pengajian sebelum layak dipertimbangkan sebagai pembantu penyelidik dan pengajar Calon juga perlu menunjukkan kebolehan berbahasa Melayu dan kemahiran dalam Bahasa Inggeris (serta bahasa Arab bagi Fakulti 4

5 7.3.6 Tempoh pelantikan pembantu penyelidik dan pengajar siswazah adalah selama enam bulan Setiap calon telah mendapat latihan khas oleh PPA berkenaan pembelajaran-pengajaran. 7.4 Syarat pelantikan semula Jika diperlukan, pihak penyelia boleh mencalonkan tenaga pembantu pengajar tersebut untuk pelantikan semula dengan memenuhi syarat berikut: Mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan atau Penyelaras Program Kelulusan dari pihak Kedekanan Masih komited dengan skim pembantu pengajar Tetakluk kepada sumber kewangan. 8.0 Pembayaran 8.1 Pembayaran insentif pembantu penyelidik dan pengajar siswazah adalah melalui pengecualian yuran pengajian. Pengecualian yuran untuk tempoh SATU semester dan akan diberikan dalam tempoh pelantikan sebagai pembantu pengajar. 8.2 Pembantu pengajar juga akan dibayar sebanyak RM 1,800 sebulan atau mengikut kadar yang ditentukan oleh UKM dari masa ke semasa. 8.3 Kebenaran dari pihak Penaja atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diperlukan sebelum pelantikan dibuat. 5

6 9.0 Pengurusan dan Pemantauan Pembantu Pengajar 9.1 Setiap fakulti hendaklah menyediakan garis panduan bagi tugas-tugas seorang pembantu penyelidik dan pengajar siswazah. Ini adalah termasuk; Kursus yang akan beliau mengajar serta keperluan kursus dan segala aspek pentadbiran mengenai kursus tersebut Masa penyediaan pengajaran dan penyemakan tugasan kursus, dan Menyediakan waktu perjumpaan dengan pelajar. 9.2 Pihak kedekanan melalui mentor fakulti yang dilantik adalah bertanggungjawab untuk mengawas dan menilai agar kualiti pengajaran dan pembelajaran adalah terjamin serta untuk memastikan objektif pengajaran tercapai. 9.3 Pembantu penyelidik dan pengajar siswazah akan dinilai setiap semester melalui: Penilaian oleh pelajar Penilaian oleh penyelaras kursus. 9.4 Penilaian formatif terhadap tugas pembantu penyelidik dan pengajar siswazah adalah digalakkan agar maklumbalas penilaian akan dapat menambahbaik pengajaran dan pembelajaran mereka. Penyelaras kursus perlu hadir memeriksa kuliah dua kali setiap semester. 9.5 Laporan penilaian fakulti terhadap prestasi pembantu penyelidik dan pengajar siswazah akan menjadi asas kepada pertimbangan pelantikan semula. 6

7 9.6 pembantu penyelidik dan pengajar siswazah sentiasa tertakluk kepada AUKU 1970 (pindaan 2008), peraturan dan syarat UKM yang sedang diikutinya. 10. Latihan Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran bagi Pembantu Penyelidik dan Pengajar Siswazah 10.1 Kursus pengajaran-pembelajaran khas bagi pembantu penyelidik dan pengajar siswazah memperoleh kemahiran-kemahiran mengajar disediakan oleh PPA Penglibatan dalam program ini adalah diwajibkan dalam kalangan pembantu penyelidik dan pengajar siswazah sebelum lantikan dan untuk pelantikan semula Program ini melibatkan sesi mengenai teknik mengajar dan bengkel. Topik perbincangan merangkumi perkara seperti teknik persembahan pengajaran, keselamatan makmal, teknik menjalankan pengukuran dan penilaian, penggunaan e-pembelajaran, pengajaran berpusatkan pelajar serta menyediakan alat bantu mengajar Fakulti/Jabatan yang tertentu digalakkan memberi bengkel kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang lebih spesifik dalam bidang masingmasing sebagai persiapan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka serta perkembangan kerjaya Kelayakan Pensyarah Mendapatkan Bantuan Pembantu Penyelidik dan Pengajar Siswazah Pensyarah-pensyarah layak memohon mendapatkan bantuan pembantu penyelidik dan pengajar siswazah dengan jika salah satu syarat-syarat berikut dipenuhi: 7

8 11.1 Mengajar lebih dari 6 jam kredit dalam satu semester bagi pensyarah yang tidak memegang jawatan pentadbiran dan 4 jam kredit bagi pensyarah yang memegang jawatan pentadbiran, atau 11.2 Bilangan pelajar dalam satu-satu kursus melebihi 50 orang, atau 11.3 Bilangan pembantu penyelidik dan pengajar siswazah yang dilantik adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan. Jika bilangan pembantu pengajar tidak mencukupi, fakulti boleh mengenakan syarat-syarat tambahan untuk mengagihkan pembantu pengajar kepada pensyarah-pensyarah Pelantikan Mentor Fakulti 12.1 Mentor fakulti yang akan membimbing pembantu penyelidik dan pengajar siswazah boleh dilantik dari kalangan pensyarah kursus yang menggunakan perkhidmatan pembantu pengajar Fakulti/Pusat yang berpengalaman tertakluk dengan kelulusan Ketua Jabatan/Pusat/Program dan Dekan 12.2 Antara tugas mentor fakulti adalah untuk: Memberi maklumbalas terhadap keberkesanan pembelajaran dan pengajaran pembantu pengajar Memberi cadangan penambahbaikan kepada pembantu pengajar terhadap pembinaan kurikulum kursus serta proses pengajaran dan pembelajaran penilaian Merancang dan menjalankan program perkembangan profesional pembantu penyelidik dan pengajar siswazah (cth : menentukan kursus pembelajaran dan yang perlu dihadiri) Sumber Kewangan Sumber kewangan boleh diperolehi melalui peruntukan Penyelidikan selepas dibenarkan oleh Pemberi Dana dan lain-lain dana luar yang bersesuaian. 8

9 13.0 Penutup Dasar ini hendaklah digunakan bagi penyelarasan pelantikan dan pelaksanaan skim pembantu pengajar siswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia perlu disemak semula selewat-lewatnya dalam tempoh 3 tahun. 9

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA 1. Tujuan Polisi ini diwujudkan bertujuan seperti berikut: (1) Untuk menjelaskan kriteria pelantikan penyelia dan juga peranan dan tanggungjawab

Lebih terperinci

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-03 KOD AMALAN KAEDAH

Lebih terperinci

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 1.0 PENGENALAN 1.1 Dasar Pembelajaran dan Pengajaran ini disediakan sebagai panduan kepada Fakulti/Pusat Pengajian yang menawarkan

Lebih terperinci

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG Diluluskan oleh: Mesyuarat Senat kali Ke-106 Bil. 6/2014, pada 21

Lebih terperinci

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011 Polisi dan Prosedur Nama Polisi: Nombor Polisi: Diluluskan Oleh: Tarikh Kuat kuasa: Semakan Terakhir: Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik UTM P.A.0.3 Senat UTM Bil.12/2010/2011

Lebih terperinci

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN 1 DEKAN 1.1. Menjadi pengurus dan mempastikan peruntukan peruntukan Perlembagaan,

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA) GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA) 1.0 PENGENALAN Perkhidmatan Perlantikan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) adalah dari kalangan pelajar Sarjana dan kedoktoran

Lebih terperinci

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN. KUiTTHO.PP/10.12/01 (47) 3 Oktober 2006 PEKELILING PENGURUSAN BIL.47/2006

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN. KUiTTHO.PP/10.12/01 (47) 3 Oktober 2006 PEKELILING PENGURUSAN BIL.47/2006 KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN KUiTTHO.PP/10.12/01 (47) 3 Oktober 2006 PEKELILING PENGURUSAN BIL.47/2006 PENETAPAN KADAR DAN SYARAT SYARAHAN SAMBILAN AKADEMIK Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga

Lebih terperinci

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P ) PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P4-1.2016) PPS UTHM 1 1.0 PENYELIAAN PELAJAR 1.1 Panduan ini diwujudkan bertujuan: 1.1.1 Menjelaskan kriteria pelantikan penyelia, peranan serta tanggungjawab

Lebih terperinci

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA LAMPIRAN A KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL GRED JAWATAN/GAJI : DG41 TARIKH KUAT KUASA : 1 NOVEMBER 2013 SYARAT LANTIKAN

Lebih terperinci

DASAR PROGRAM PERANTARA AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

DASAR PROGRAM PERANTARA AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DASAR PROGRAM PERANTARA AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil.2/2009 pada 9 April 2009) 1.0 Pendahuluan Sebagai institusi yang mendukung

Lebih terperinci

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-02 KOD AMALAN REKABENTUK

Lebih terperinci

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK GARIS NDUAN SISTEM PENASIHATAN Halaman: 1/5 1.0 TUJUAN Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik ini bertujuan memberi penjelasan kepada pelajar, penasihat akademik dan pegawai universiti yang terlibat

Lebih terperinci

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR BIL DASAR PERNYATAAN TANGGUNGJAWAB 1. Pengambilan / Kemasukan 2. Penyelarasan Pengambilan Pelajar 1.1 Pengambilan / Kemasukan Pelajar dibuat pada Semester 1 dianggap

Lebih terperinci

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR 12.1 Pendahuluan 12.1.1 Universiti akan mengenakan yuran dan caj kepada pelajar pada setiap kemasukan semester atau pengajian. 12.1.2 Pelajar adalah bertanggungjawab untuk

Lebih terperinci

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN TUJUAN 1. Surat Pekeliling Pengurusan ini bertujuan memaklumkan keputusan

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK 1.0 Pengenalan 1.1 Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM diwajibkan menjalankan Latihan Industri/Praktik bagi satu tempoh yang ditetapkan. Latihan ini

Lebih terperinci

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI 0 GARIS PANDUAN PENGAMBILAN DAN PELANTIKAN STAF AKADEMIK 1 ISI KANDUNGAN MUKASURAT 1.0 DEFINISI ISTILAH 1 2.0 PEWUJUDAN JAWATAN 2

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI 1.0 Pengenalan 1.1 Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM diwajibkan menjalankan Latihan Industri bagi satu tempoh yang ditetapkan. Latihan ini merupakan satu kursus

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 2/2017) 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI

Lebih terperinci

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007 AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007 SUSUNAN KAEDAH BAHAGIAN 1 PERMULAAN Kaedah 1. Nama, mula berkuat

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI 1. PENDAHULUAN Garis panduan ini mula dikuatkuasakan tahun 1976 dan telah melalui beberapa pindaan selaras dengan keperluan semasa. 2. DEFINISI NO TERMA DEFINISI

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN 1. PENDAHULUAN Garis panduan ini bertujuan untuk memberi panduan kepada staf tentang syarat dan urusan berkaitan salah satu kursus dalam perkhidmatan iaitu pasca-kedoktoran.

Lebih terperinci

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-09 KOD AMALAN PEMBANGUNAN

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA) GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA) Perkhidmatan Perlantikan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) adalah dari kalangan pelajar Sarjana dan kedoktoran yang menjalankan

Lebih terperinci

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01 Polisi dan Prosedur Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat Nombor Polisi: UTM P.A. 01 Diluluskan Oleh: Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011 Tarikh Kuat kuasa: 8 Ogos 2011 Semakan Terakhir:

Lebih terperinci

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SENARAI TUGAS DEKAN

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SENARAI TUGAS DEKAN DEKAN 1. Menjadi Pengurus dan mempastikan peruntukan-peruntukan Perlembagaan, Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan Kolej Universiti dipatuhi. Mempastikan bahawa Fakulti sentiasa bertindak menurut kuasa

Lebih terperinci

SESI PERKONGSIAN PERKARA-PERKARA BAHARU TADBIR URUS SUMBER MANUSIA UPM

SESI PERKONGSIAN PERKARA-PERKARA BAHARU TADBIR URUS SUMBER MANUSIA UPM SESI PERKONGSIAN PERKARA-PERKARA BAHARU TADBIR URUS SUMBER MANUSIA UPM Struktur Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (HRD) NOR AZIZAH TAMSI (Ketua Bahagian) SITI KHADIJAH AHMAD (Ketua Seksyen Latihan) RUHAIDA

Lebih terperinci

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11 NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11 1. PENDAHULUAN Program pengajian ini diklasifikasikan sebagai program Doktor Falsafah secara Penyelidikan bagi mod pelaksanaan melalui hasil kerja diterbitkan di mana program

Lebih terperinci

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES 6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM) FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Lebih terperinci

KAPS-11 Kod Amalan Pengajian Doktoral Industri SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

KAPS-11 Kod Amalan Pengajian Doktoral Industri SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS) Kod Amalan Pengajian Doktoral Industri SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS) Cetakan Pertama 2009 (KAPS 01 KAPS 08) Pindaan Pertama 2012 (KAPS 09 KAPS 14) Pindaan Kedua 2012 (Semakan Pertama) Pindaan Ketiga

Lebih terperinci

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1. 1/12 1.0 TUJUAN 2.0 SKOP Memastikan proses pelantikan serta kenaikan pangkat kakitangan akademik dan bukan akademik Universiti dibuat secara cekap dan berkesan bagi menjamin pelaksanaan sistem pengurusan

Lebih terperinci

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil. 336 bertarikh 21 Mei 2008)

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil. 336 bertarikh 21 Mei 2008) DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil. 336 bertarikh 21 Mei 2008) 1.0 Pengenalan & Justifikasi 1.1 Dokumen ini bertujuan memperihal dan memperincikan

Lebih terperinci

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Prosiding Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012 Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012 15 18 Disember 2012 http://www.ukm.my/kongres Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti

Lebih terperinci

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001 Halaman: 1/14 1.0 TUJUAN 2.0 SKOP Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan tatacara pengurusan Senat UPM. Skop pengurusan Senat ini merangkumi keahlian Senat, jadual mesyuarat Senat, cadangan kertas

Lebih terperinci

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM) SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM) 1) SKIM LATIHAN KHAS KAKITANGAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN (SLKKAP) Apakah Skim Latihan Khas Kakitangan Akademik dan Pentadbiran (SLKKAP)? Skim

Lebih terperinci

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM Bab ini membincangkan format kertas kerja permohonan Semakan Kurikulum bagi tujuan kelulusan oleh Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT), Kementerian Pengajian Tinggi.

Lebih terperinci

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P ) PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P4-3.2016) PPS UTHM 1 1.0 1.1 PANEL PEMERIKSA VIVA Panduan ini diwujudkan bertujuan: 1.1.1 Menjelaskan kriteria Panel pemeriksa yang layak

Lebih terperinci

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001 Halaman: 1/14 1.0 TUJUAN 2.0 SKOP Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan tatacara pengurusan Senat UPM. Skop pengurusan Senat ini merangkumi keahlian Senat, jadual mesyuarat Senat, cadangan kertas

Lebih terperinci

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON Surat perakuan ini mentakrifkan hubungan penyeliaan antara (Nama Penyelia1) dan (Nama Calon) (Nama Penyelia 2) (No. Matrik) (Nama Penyelia 3) bagi

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA * GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA * 1.0 Pengenalan Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM dikehendaki menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) yang melibatkan satu kajian dalam bidang pengajian

Lebih terperinci

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG 1.0 TUJUAN Surat Pekeliling Pentadbiran ini bertujuan untuk menjelaskan

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) PENGENALAN Mesyuarat Senat 47 Bil. 3/2015 yang telah bersidang pada 8 Mei 2015 telah meluluskan garis panduan PhD Industri, Universiti

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN SKIM BANTUAN PASCASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. 1.1 Pemohon mengikuti program pengajian secara Penyelidikan Sepenuh Masa.

GARIS PANDUAN SKIM BANTUAN PASCASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. 1.1 Pemohon mengikuti program pengajian secara Penyelidikan Sepenuh Masa. GARIS PANDUAN SKIM BANTUAN PASCASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1.0 Kelayakan Umum 1.1 Pemohon mengikuti program pengajian secara Penyelidikan Sepenuh Masa. 1.2 Pemohon telah mendaftar bagi mana-mana

Lebih terperinci

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 3 BAGI PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL (N44)

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 3 BAGI PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL (N44) KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 3 BAGI PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL (N44) 1. MATLAMAT Menilai kebolehan pegawai dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran serta kebolehannya memberi sumbangan yang berkesan

Lebih terperinci

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERTUKARAN PENDAFTARAN DARIPADA SARJANA KE DOKTOR FALSAFAH OKTOBER 2004

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERTUKARAN PENDAFTARAN DARIPADA SARJANA KE DOKTOR FALSAFAH OKTOBER 2004 SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERTUKARAN PENDAFTARAN DARIPADA SARJANA KE DOKTOR FALSAFAH (Lulus oleh Mesyuarat JAPSU Bil. 4/2004/2005 pada 27 Oktober 2004) OKTOBER 2004 SPS,

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon: Perkara: No Rujukan: GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN UM.R/SM/628/1 Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Dikeluarkan Oleh: Nombor Telefon: 03 79673255 Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia 1.

Lebih terperinci

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil. Hakcipta terpelihara, tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada kandungan buku ini dalam apa-apa jua bentuk dan dengan cara apa pun sama secara elektronik atau mekanikal, termasuk fotokopi,

Lebih terperinci

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan. ( & INOVASI) 1.0 TUJUAN Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan. 2.0 TERMINOLOGI DAN GLOSARI KP : Ketua Projek/Penyelidik

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI 1.0 Pengenalan 1.1 Semua mahasiswa peringkat sarjana muda di UTM diwajibkan menjalankan Latihan Industri bagi satu tempoh yang ditetapkan. Latihan ini merupakan satu kursus

Lebih terperinci

LAMPIRAN 15 TINDAKAN PEMBETULAN

LAMPIRAN 15 TINDAKAN PEMBETULAN TINDAKAN PEMBETULAN (Tandakan pada ruangan yang berkaitan) QMS EMS 1. Terdapat 20 daripada 74 program pengajian prasiswazah telah tamat pusingan 5 tahun pada Semester 1 Sesi 2014/2015 merujuk kepada ketetapan

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN INSENTIF PhD Pusat Penyelidikan dan Inovasi/Jabatan Pendaftar

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN INSENTIF PhD Pusat Penyelidikan dan Inovasi/Jabatan Pendaftar GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN INSENTIF PhD Pusat Penyelidikan dan Inovasi/Jabatan Pendaftar BAHAGIAN 1: PENGENALAN 1.1 Falsafah Skim Geran Penyelidikan Insentif PhD Sebagai sebuah universiti yang

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PROSEDUR DAN KEMUDAHAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN SARJANA/PhD DI BAWAH UNIT PENGAJIAN LANJUTAN (AKADEMIK) A. DASAR LATIHAN AKADEMIK DALAM PERKHIDMATAN DAN PRA PERKHIDMATAN 1.0 Definisi 1.1

Lebih terperinci

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum) 5 OGOS 2016 BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG, 26600 PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) 1. PEGAWAI TADBIR

Lebih terperinci

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI 0 GARIS PANDUAN KENAIKAN PANGKAT KUMPULAN PENGURUSAN PELAKSANA (SOKONGAN) 1 ISI KANDUNGAN Mukasurat 1.0 DEFINISI ISTILAH KENAIKAN

Lebih terperinci

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN MAKLUMAT UMUM 1. IKLAN DAN PERMOHONAN (1) Melainkan program ijazah Kedoktoran dan Sarjana Sastera secara disertasi, semua program pengajian ijazah tinggi Universiti diiklankan dalam akhbar-akhbar utama

Lebih terperinci

SULIT BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF AKADEMIK) ARAHAN; PP 03

SULIT BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF AKADEMIK) ARAHAN; PP 03 SULIT UNTUK KEGUNAAN PEJABAT/URUSETIA 1. TARIKH PANEL PTJ : 2. TARIKH PANEL PENGESAHAN: UNIVERSITI: BIL: PP 03 BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF AKADEMIK) ARAHAN; 1. Bahagian satu

Lebih terperinci

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU Bab ini membincangkan format kertas kerja permohonan Program Akademik Baharu bagi tujuan kelulusan oleh Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT), Kementerian Pengajian

Lebih terperinci

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL 1.0. KONSEP 1.1. Cuti sabatikal adalah satu anugerah yang diberikan kepada kakitangan akademik. Ia juga adalah salah satu daripada Program Pembangunan Tenaga Manusia

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 1.0 Pengenalan Latihan industri adalah merupakan komponen kurikulum dalam program pengajian yang memberikan pelajar peluang

Lebih terperinci

KAPS-04 Kod Amalan Sumber Pembelajaran dan Pengajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

KAPS-04 Kod Amalan Sumber Pembelajaran dan Pengajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS) Kod Amalan Sumber Pembelajaran dan Pengajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS) Cetakan Pertama 2009 (KAPS 01 KAPS 08) Pindaan Pertama 2012 (KAPS 09 KAPS 14) 1.0 Pindaan Kedua 2012 (Semakan

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK BAHAGIAN 1 : PENGENALAN KANDUNGAN

Lebih terperinci

Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009

Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009 1 Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009 10. Terma Rujukan Jawatankuasa Induk Kurikulum, Jawatankuasa Kurikulum Peringkat PTj & Jabatan dan Jawatankuasa Pengajian Senat dibekalkan dengan kertas BA 143/2009

Lebih terperinci

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI UTHM.PB/100-6/4/( 16 ) 05 Ogos 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 10/2008 Semua Pengurus Bahagian Universiti Tun Hussein Onn Malaysia YBhg. Dato /Prof./Tuan/Puan,

Lebih terperinci

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH Halaman: 1/6 1.0 TUJUAN Garis panduan ini bertujuan memberi panduan kepada pegawai Bahagian Urus Tadbir Akademik, Dekan dan Timbalan Dekan Fakulti/Pusat mengenai tatacara penyemakan kertas cadangan semakan/penstrukturan

Lebih terperinci

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM) SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM) 1) PERMOHONAN JAWATAN AKADEMIK Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan akademik di UPSI? J : Secara online, www.upsi.edu.my. Apakah kelayakan

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA NO. SIRI PENGENALAN AK/ PK IPT-01 GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA 1. TUJUAN Tujuan garis panduan ini disediakan adalah : 1.1 Untuk memaklumkan kepada IPTA syarat-syarat yang

Lebih terperinci

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI. 1.0 TUJUAN Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI. 2.0 TANGGUNGJAWAB PRMC, Ketua PTJ dan TDP adalah bertanggungjawab

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) UNIVERSITI

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 3/2017 1 GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN

Lebih terperinci

KAPS-16 Kod Amalan Penyeliaan Jarak Jauh SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

KAPS-16 Kod Amalan Penyeliaan Jarak Jauh SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS) KAPS-16 Kod Amalan Penyeliaan Jarak Jauh SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS) Cetakan Pertama 2016 (KAPS 01 KAPS 19) Sekolah Pengajian Siswazah, 1992 Kod Amalan Pengajian Siswazah (KAPS 01-19) Diluluskan Jawatankuasa

Lebih terperinci

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL PENYEDIAAN Muka Surat : 1/12 PENYEDIAAN BAHAN PENGAJARAN DIPLOMA / SARJANA MUDA PK.UiTM..(O).08 Tandatangan Nama Jawatan Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh Md. Sabri Mohamad Dr. Arba iyah Ab.

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK SHORT TERM GRANT (STG) PINDAAN TAHUN 2014

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK SHORT TERM GRANT (STG) PINDAAN TAHUN 2014 GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK SHORT TERM GRANT (STG) PINDAAN TAHUN 2014 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil. 11/2014) 1/8 GARIS PANDUAN

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1.0 PENDAHULUAN Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada staf Universiti dalam menganjurkan persidangan. 2.0 TAKRIFAN

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek) GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek) No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa 01 00 01/08/2016 KANDUNGAN PERKARA Muka surat 1.0 BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN) 3 2.0 BAHAGIAN 2 (PENILAIAN) 6 3.0 BAHAGIAN

Lebih terperinci

KAPS-13 Kod Amalan Program Luar (Pesisir/Khas) SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

KAPS-13 Kod Amalan Program Luar (Pesisir/Khas) SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS) Kod Amalan Program Luar (Pesisir/Khas) SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS) Cetakan Pertama 2009 (KAPS 01 KAPS 08) Pindaan Pertama 2012 (KAPS 09 KAPS 14) Pindaan Kedua 2012 (Semakan Pertama) Pindaan Ketiga

Lebih terperinci

TERMA RUJUKAN PENTADBIR AKADEMIK FAKULTI

TERMA RUJUKAN PENTADBIR AKADEMIK FAKULTI PENTADBIR AKADEMIK FAKULTI Kemaskini: Jun 2016 DEKAN 1. Bertanggungjawab kepada Naib Canselor. 2. Bertanggungjawab sebagai ahli Senat dan Jawatankuasa Tetap Senat Universiti. 3. Melaksanakan semua keputusan

Lebih terperinci

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-01 KOD AMALAN JAMINAN

Lebih terperinci

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH Halaman: 1/8 1.0 TUJUAN Prosedur ini menerangkan tatacara pengendalian pengajaran kursus pengajian siswazah. 2.0 SKOP Prosedur ini merangkumi proses pengendalian pengajaran kursus pengajian siswazah termasuk

Lebih terperinci

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P007

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P007 Halaman: 1/11 1.0 TUJUAN Prosedur ini menerangkan tatacara pengendalian pengajaran dan pembelajaran kursus program pengajian prasiswazah. 2.0 SKOP Prosedur ini merangkumi aktiviti perancangan pengendalian

Lebih terperinci

4.1 Penentuan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI)

4.1 Penentuan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI) ( & INOVASI) GARIS PANDUAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI.0 TUJUAN Garis panduan ini menerangkan kaedah penilaian prestasi untuk pegawai-pegawai an meliputi Felo Penyelidik, Felo Perunding, Pasca Doktoral

Lebih terperinci

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL Halaman: 1/6 Rujuk prosedur: Pengurusan Biasiswa/Bantuan Kewangan Pengajian Siswazah (UPM/PU/S/P016) 1. Terima dan semak permohonan yang diterima. Pastikan: a) pelajar melengkapkan semua maklumat yang

Lebih terperinci

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK 2.1 Di antara objektif khusus program LI ialah memberi

Lebih terperinci

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P007

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P007 Halaman: 1/10 1.0 TUJUAN Prosedur ini menerangkan tatacara pengendalian pengajaran dan pembelajaran kursus program pengajian prasiswazah. 2.0 SKOP Prosedur ini merangkumi aktiviti perancangan pengendalian

Lebih terperinci

DASAR LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI Universiti Kebangsaan Malaysia

DASAR LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI Universiti Kebangsaan Malaysia DASAR LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 3/2010 pada 10 Jun 2010) 1. Pengenalan Latihan industri dan komuniti

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PENCALONAN

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH FELLOWSHIP NAIB CANSELOR (KATEGORI PENGAJARAN) AFNC-KP UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GARIS PANDUAN PENCALONAN A. PENGANJURAN ANUGERAH Tujuan Anugerah Fellowship Naib Canselor (AFNC) Kategori Pengajaran

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP) GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP) No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa 02 00 01/05/2014 KANDUNGAN PERKARA Muka surat 1.0 BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN) 3 2.0 BAHAGIAN 2 (PENILAIAN) 7 3.0 BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN)

Lebih terperinci

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM GARIS PANDUAN PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM Garis Panduan Pindah Kredit dan Pengecualian Kursus / Kelulusan Senat 61 Bil. 10/2016 1 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pemberian pindah kredit

Lebih terperinci

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SYARAT ASAS PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR GRED KHAS C DAN PROF. MADYA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SYARAT ASAS PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR GRED KHAS C DAN PROF. MADYA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SYARAT ASAS PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR GRED KHAS C DAN PROF. MADYA JAWATAN DIPOHON SYARAT ASAS PERMOHONAN 1. Pensyarah Universiti DS53/ DU53 Pensyarah

Lebih terperinci

PROSEDUR AUDIT DALAM PK.UiTM.APB.(P).04

PROSEDUR AUDIT DALAM PK.UiTM.APB.(P).04 MUKA SURAT : 1/9 PROSEDUR PK.UiTM.APB.(P).04 Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh Tandatangan... Nama Teh Hong Siok Bosirah Daud Prof. Dr Hajibah Haji Osman Jawatan Pensyarah Pen. Pendaftar Kanan

Lebih terperinci

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-08 KOD AMALAN E-PEMBELAJARAN

Lebih terperinci

: 20 Mac Pegawai Yang Layak Menduduki : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 Tetap yang masih belum disahkan dalam perkhidmatan.

: 20 Mac Pegawai Yang Layak Menduduki : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 Tetap yang masih belum disahkan dalam perkhidmatan. SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI KERTAS PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lebih terperinci

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL Halaman: 1/9 1.0 TUJUAN 2.0 SKOP Prosedur ini menerangkan tatacara penyediaan, pelaksanaan dan pengendalian penilaian untuk setiap kursus di peringkat pengajian prasiswazah kecuali peperiksaan akhir. Prosedur

Lebih terperinci

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN MEI HINGGA SEPTEMBER 2014 PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN MEI HINGGA SEPTEMBER 2014 PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN MEI HINGGA SEPTEMBER 2014 PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI Memaklumkan keputusan permohonan geran dalam masa lima (5) daripada tarikh penerimaan surat daripada

Lebih terperinci

KAPS-08 Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

KAPS-08 Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS) Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS) Cetakan Pertama 2009 (KAPS 01 KAPS 08) Pindaan Pertama 2012 (KAPS 09 KAPS 14) Pindaan Kedua 2012 (Semakan Pertama) Pindaan Ketiga

Lebih terperinci

Program Doktor Pendidikan Tinggi

Program Doktor Pendidikan Tinggi Program Doktor Pengenalan Program Doktor adalah satu program kedoktoran baharu yang ditawarkan secara bersama oleh Fakulti Pendidikan (FPEN) dan Pusat Pembangunan Akademik (PPA), Universiti Kebangsaan

Lebih terperinci

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 (51) 17 September 2007 PEKELILING PENGURUSAN BIL.51/2007

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 (51) 17 September 2007 PEKELILING PENGURUSAN BIL.51/2007 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UTHM/PP/100-6/3 (51) 17 September 2007 PEKELILING PENGURUSAN BIL.51/2007 DASAR PELANJUTAN TEMPOH LANTIKAN TUTOR GRED DA41 Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga

Lebih terperinci

UKM-SPKP-JP-PK05-BO10 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 48

UKM-SPKP-JP-PK05-BO10 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 48 UKM-SPKP-JP-PK05-BO10 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN AN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 48 SULIT NO. K/P - - UKM(PER) LAPORAN AN UNTUK KENAIKAN PANGKAT KE GRED..48 KUMPULAN PENGURUSAN DAN

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) PENGENALAN Mesyuarat Senat 47 Bil. 3/2015 yang telah bersidang pada 8 Mei 2015 telah meluluskan garis

Lebih terperinci

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut: ANUGERAH PENDIDIK SANJUNGAN USM 2016 GARIS PANDUAN, KRITERIA & SYARAT PEMILIHAN 1. PENGENALAN Anugerah Pendidik Cemerlang USM (APC USM) mula diperkenalkan pada tahun 2002 dan telah diumumkan pada Malam

Lebih terperinci