BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
|
|
- Irwan Irawan
- 4 tahun lalu
- Tontonan:
Transkripsi
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu, perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikan dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengubahsuaian dalam misi dan visi pendidikan. Selari dengan itu, guru merupakan elemen yang paling penting dalam mencorakkan stail pengajaran yang berkesan agar segala matlamat dalam dunia pendidikan dapat dicapai secara optimum. Ledakan dunia sains dan teknologi pada masa kini menambahkan lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam menentukan mod pengajaran yang baik. Sekiranya satu ketika dahulu tugas utama guru adalah sebagai penyampai pengajaran namun pada masa kini guru lebih bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu juga seseorang guru itu mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan pembentukan sahsiah pelajar yang cemerlang. Guru perlu sentiasa menonjolkan model tingkahlaku yang baik kepada para pelajar. Dalam aspek pengajaran pula, seseorang guru itu perlu sentiasa mengamalkan sikap keterbukaan dalam menerima segala kritikan dan pendapat dari orang sekeliling. Hal ini penting bagi memastikan usaha untuk mengangkasakan martabat profesion perguruan dapat
2 2 dicapai. Sehubungan itu, adalah amat penting untuk seseorang yang memilih kerjaya sebagai guru menjalani latihan sebelum memulakan perkhidmatan. Untuk menjadi seorang guru yang professional dan mencapai standard yang baik, program latihan intensif merupakan peluang terbaik bagi bakal-bakal guru menggilap kemahiran yang diperlukan sebelum memasuki dunia perguruan yang sebenar. Sepanjang menjalani Program Latihan Mengajar, guru pelatih berpeluag untuk meningkatkan kecekapan penyampaian pengajaran, meluaskan pengalaman serta mendapatkan wawasan dan teori serta amali pengajaran dan pembelajaran kerana program ini mengandungi beberapa komponen yang dapat membentuk golongan guru yang berkualiti. (Kamaruddin, 1998). Latihan mengajar atau juga dikenali sabagai latihan praktikal bagi pelajar insititusi-institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta merupakan antara bentuk latihan yang perlu dijalani oleh para pelajar sebagai salah satu latihan amali yang komprehensif. Program latihan mengajar ini secara umumnya memberi latihan kepada bakal-bakal guru untuk mengajar di sekolah dengan mempraktikkan segala ilmu serta kemahiran asas mengajar yang telah dipelajari sepanjang pengajian di institusi masing-masing dalam suasana sekolah yang sebenar. Sepanjang menjalani program latihan ini, bakal-bakal guru akan didedahkan realiti sebenar berkenaan profesion perguruan serta tanggungjawabnya. Matlamat ini amat penting untuk dicapai agar guru-guru pelatih ini mendapat pengalaman sebenar serta tidak mengalami kejutan budaya apabila masuk ke dalam dunia kerjaya yang sebenar kelak. Program Latihan Mengajar secara umumnya menyediakan platform kepada guru pelatih untuk menjadi seorang guru yang kompeten dalam menjalankan tugas. Menurut Panduan Latihan Mengajar UTM (2010), objektif bagi program ini ialah memberi latihan kepada bakal guru untuk mengajar di dalam persekitaran sekolah yang sebenar. Selain itu, program ini memberi pendedahan kepada bakal-bakal guru tentang profesion perguruan dan tanggungjawabnya serta memberi bimbingan dan menilai kebolehan guru pelatih menjalankan tugas seorang guru sepertimana yang dikehendaki oleh etika profesion perguruan. Selaras dengan itu, Bahagian Pendidikan
3 3 Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (2005) pula menetapkan antara objektif Program Latihan Mengajar adalah untuk memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta mengamal nilai profesional keguruan, membina daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid, menyesuaikan diri dengan budaya sekolah mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran dan seterusnya memperkembangkan potensi mereka sebagai guru serta membuat renungan dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru. Semasa Program Latihan Mengajar bimbingan dan penilaian dari pensyarah pembimbing adalah amat diperlukan oleh guru-guru pelatih bagi membantu mereka terutamanya dalam pemilihan kaedah penyampaian pengajaran yang berkesan dan efisien. Hal ini juga menunjukkan proses penilaian penting dalam memantapkan pembangunan diri seseorang guru pelatih. Sepanjang proses menjalani latihan mengajar guru-guru pelatih akan lebih peka terhadap dunia profesion perguruan yang sebenar. Mereka sentiasa perlu mempersiapkan diri dalam menerima apa jua tugas dan arahan yang diberikan pihak sekolah. Melalui latihan ini, guru pelatih juga wajib menerima tanggungjawab sebagai salah seorang warga sekolah di mana guru pelatih menjalani latihan mengajar. Guru pelatih tersebut harus berusaha sedaya upaya untuk maju dalam semua aspek latihan mengajar. Proses penyeliaan yang merangkumi bimbingan dan penilaian oleh pensyarah pembimbing, guru pembimbing, pengetua sekolah mahupun guru mata pelajaran yang diambil alih kelasnya adalah satu proses yang penting dalam memastikan objektif program latihan mengajar tercapai. Bimbingan dan penilaian daripada panel penilai berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi yang telah dilantik bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan mengajar guru pelatih disamping membentuk pembangunan diri yang mantap. Penyelia berperanan sebagai agen sosialisasi dan perubahan dalam diri guru pelatih yang sedang menjalani program latihan mengajar. Melalui bimbingan yang diberikan, diharapkan akan berlaku perubahan terutamanya dalam aspek mutu penyampaian pengajaran dan juga pembentukan sikap profesionalisme dikalangan guru pelatih.
4 4 Proses penilaian ini adalah elemen yang paling penting dalam memastikan segala objektif yang dirangka dalam Program Latihan Mengajar tercapai. Bimbingan dan penilaian ini menjadi penanda aras bagi menilai sejauhmanakah seseorang guru pelatih itu sudah bersedia dan yakin untuk melibatkan diri dalam realiti dunia kerjaya perguruan. Proses penilaian semasa latihan mengajar menguji sejauh mana prestasi pencapaian seorang guru pelatih (Mohd Zolkifli Abd.Hamid, 2007). Proses penilaian adalah satu proses sistematik yang melibatkan proses kumpul, analisa dan intepretasi tahap pencapaian guru dalam melaksanakan objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, guru-guru pelatih perlu sedar akan kepentingan menjalani latihan mengajar. Proses bimbingan dari panel penilai seharusnya dilihat secara kritikal agar segala panduan yang diberikan dapat dimanfaatkan dalam usaha mengenalpasti kelemahan dalam penyampaian pengajaran sekaligus memperbaiki dan meningkatkan kemahiran pengajaran melalui perbincangan dua hala antara guru pelatih dengan panel penilai. 1.2 Latar Belakang Masalah Penyeliaan dan penilaian merupakan aspek penting dalam memastikan keberkesanan Program Latihan Mengajar. Sekiranya penyeliaan dan penilaian dapat dilakukan secara optimum, guru-guru pelatih dapat dibimbing dengan berkesan. Terdapat beberapa aspek yang berkait-rapat dengan penyeliaan dan penilaian, antaranya adalah seperti berikut: Pengajaran Mikro Bagi seseorang bakal guru pelatih yang ingin menjalani Program Latihan Mengajar antara prasyarat yang melayakkannya untuk menjalani Program Latihan
5 5 Mengajar ialah telah mengambil subjek Pengajaran Mikro. Pengajaran mikro secara umumnya melatih bakal guru pelatih dalam mengaplikasikan segala pengetahuan yang berkaitan dengan teknik, kaedah, model serta gaya pengajaran yang telah dipelajari. Semasa menjalani subjek ini, bakal guru pelatih berpeluang untuk bertindak sebagai seorang guru dan mengajar rakan-rakan yang lain dalam kumpulan yang kecil. Di sinilah mereka akan dilatih, dibimbing dan dinilai oleh pensyarah tentang sejauhmanakah mereka telah dapat mempraktikkan teori-teori pengajaran dalam mempersiapkan diri dengan kualiti yang perlu ada oleh setiap guru. Menurut Esah Sulaiman (2003), berbeza dengan pengajaran makro, pengajaran mikro hanya memerlukan guru pelatih untuk berlatih mengajar kemahiran-kemahiran yang perlu dilengkapi pada diri seorang guru. Kemahiran ini termasuklah membuat set induksi, mengawal kelas, merancang isi pelajaran dan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang bersesuaian. Dengan cara ini, para pelajar berupaya untuk menguasai teknik-teknik asas pengajaran dan membantu dalam meningkatkan keyakinan guru. Pengajaran mikro ini juga menjadi medium untuk mengasah kemahiran untuk menjadi seorang guru yang meliputi semua aspek seperti perancangan pengajaran, penyampaian pengajaran, pengurusan kelas serta refleksi diri. Yang menjadi persoalan adalah mengapa walaupun setiap guru pelatih yang ingin menjalani Program Latihan Mengajar perlu lulus dalam subjek pengajaran mikro, tetapi peratusan yang diperolehi mereka tidaklah begitu cemerlang kerana bilangan pelajar yang mendapat gred A mahupun A- masih lagi rendah. Sudahkah penyeliaan antara guru pembimbing dan pensyarah pembimbing mencapai standard yang ditetapkan? Penyeliaan bersekutu seharusnya mengikuti garis panduan yang telah digariskan bagi memastikan proses penilaian adalah setara bagi kedua-dua pihak Peranan penyeliaan Penyelia berperanan sebagai agen sosialisasi dan perubahan dalam diri guru pelatih yang sedang menjalani program latihan mengajar. Melalui bimbingan yang diberikan, perubahan yang diharapkan terutamanya dalam aspek mutu penyampaian
6 6 pengajaran dan juga pembentukan sikap profesionalisme dikalangan guru pelatih. Peranan seorang penyelia merangkumi sebagai pembantu, penunjuk cara, orang kepercayaan dan penyelesai masalah yang bergantung kepada bagaimana proses penyeliaan dilaksanakan. Memandangkan kepelbagaian peranan yang perlu dimainkan oleh seorang penyelia maka mereka perlu lebih peka dalam memberikan bimbingan yang berkesan. Hapidah et. al (2002) dalam kajiannya mengatakan bahawa terdapat guruguru terlatih di sekolah yang tidak senang dengan guru pelatih yang bersungguhsungguh dalam menjalankan tugasnya. Mereka juga tidak memberikan kerjasama dalam memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada guru pelatih tersebut. Hal ini sememangnya akan membantutkan usaha guru pelatih untuk menunjukkan keadaan diri mereka yang sebenar kerana mereka takut dilabel ingin menunjuk-nunjuk. Konsep penyeliaan yang dipraktikkan dalam Program Latihan Mengajar di UTM ialah penyeliaan bersekutu yang mana seorang guru pelatih akan diselia dan dibimbing oleh dua pihak iaitu guru pembimbing dan pensyarah pembimbing. Persoalan yang timbul ialah adakah berlaku proses bimbingan dari pensyarah dan guru pembimbing kepada guru pelatih sepanjang Program Latihan Mengajar berlangsung. Perkara ini perlu diambil perhatian yang sewajarnya memandangkan pensyarah dan guru pembimbing merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mencapai matlamat latihan mengajar. Guru pelatih yang masih mentah memerlukan acuan yang terbaik daripada pensyarah dan guru pembimbing untuk membantu dalam membentuk personaliti unggul yang perlu ada pada seorang guru Penilaian Gred Pensyarah dan guru pembimbing juga berperanan dalam memberi penilaian dan gred kepada guru pelatih. Penilaian yang dilakukan ke atas guru pelatih ini mengambil kira empat domain utama iaitu persediaan pengajaran, penyampaian pengajaran, personaliti dan profesionalisme serta refleksi kendiri. Penilaian yang dilakukan oleh penyelia adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang telah digariskan.
7 7 Walaupun begitu, masih berlaku ketidakselarasan dalam proses penyeliaan. Hal ini berlaku kerana para pensyarah dan guru pembimbing mempunyai latarbelakang, kemahuan dan pandangan yang berbeza. Hal ini akhirnya akan memberi kesan langsung kepada pemarkahan yang akan diberikan kepada guru pelatih. Oleh itu, proses penilaian perlu diselaraskan agar tidak berlaku jurang besar dalam gred yang diberikan. 1.3 Penyataan Masalah Penyeliaan yang diakukan oleh panel penilai ke atas guru-guru pelatih semasa Program Latihan Mengajar merupakan elemen yang penting bagi menentukan matlamat dalam melahirkan bakal guru-guru terlatih yang berkaliber dan mempunyai sahsiah yang dinamik. Fungsi dan peranan pensyarah pembimbing contohnya sudahpun dirangka dengan jelas seperti yang terdapat di dalam panduan latihan praktik yang telah disediakan oleh Jabatan Latihan Praktik Universiti Teknologi Malaysia. Persoalannya adakah fungsi dan peranan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing ini dilaksanakan dan adakah penilaian yang diberikan oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing ini kepada guru-guru pelatih di bawah seliaan mereka mencapai standard yang ditetapkan? 1.4 Objektif Kajian Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk: i) Mengenalpasti min penilaian pensyarah pembimbing ke atas guru pelatih daripada Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik, Jabatan Pendidikan Sosial dan Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan.
8 8 ii) Mengenalpasti min penilaian guru pembimbing ke atas guru pelatih daripada Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik, Jabatan Pendidikan Sosial dan Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan. iii) Mengenalpasti min penilaian pensyarah pembimbing dan guru pembimbing daripada aspek perancangan pengajaran, penyampaian pengajaran, personaliti dan profesionalisme serta refleksi kendiri. iv) Membandingkan penilaian antara pensyarah pembimbing dan guru pembimbing ke atas guru pelatih daripada Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik, Jabatan Pendidikan Sosial dan Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan. 1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian berdasarkan objektif yang menjadi asas penyelidikan ini adalah seperti berikut: i) Adakah terdapat perbezaan signifikan penilaian pensyarah pembimbing ke atas guru pelatih daripada Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik, Jabatan Pendidikan Sosial dan Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan? ii) Adakah terdapat perbezaan signifikan penilaian guru pembimbing ke atas guru pelatih daripada Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik, Jabatan Pendidikan Sosial dan Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan? iii) Apakah tahap penilaian pensyarah pembimbing dan guru pembimbing kepada guru pelatih daripada aspek perancangan pengajaran, penyampaian pengajaran, personaliti dan profesionalisme serta refleksi kendiri? iv) Adakah terdapat perbezaan signifikan penilaian antara pensyarah pembimbing dan guru pembimbing ke atas guru pelatih daripada Jabatan
9 9 Pendidikan Sains dan Matematik, Jabatan Pendidikan Sosial dan Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan. 1.6 Kepentingan Kajian Kajian yang bertujuan untuk mengenalpasti perbandingan penyeliaan dan penilaian guru pembimbing dan pensyarah pembimbing kepada guru pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Mengajar ini mempunyai beberapa kepentingan tertentu. Hasil data dan maklumat yang diperolehi dapat dijadikan sebagai panduan kepada guru pelatih, pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Guru pelatih harus sedar bahawa semasa mengikuti Program Latihan Mengajar inilah merupakan peluang terbaik mereka untuk mengasah segala kemahiran dan teknik mengajar yang baik. Sepanjang mendapat penyeliaan daripada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing, mereka perlu mengambil kesempatan untuk bertanyakan kepada penyelia mereka tentang kelemahan dan penambahbaikan yang perlu diambil. Melalui penilaian yang diterima, guru pelatih perlu peka akan corak dan stail penilaian dan memperbaiki diri untuk mencapai kriteria yang dikehendaki. Selain itu juga, kajian ini dapat memberi panduan kepada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing berkaitan perbandingan penilaian yang diberikan oleh mereka. Daripada itu, mereka dapat menilai sendiri sejauhmanakah penilaian yang diberikan oleh mereka mencapai standard dan piawai yang digariskan. Sehubungan itu, mereka boleh mengambil inisiatif untuk mengemaskini dan membuat penambahbaikan dari segi corak dan stail penyeliaan mereka agar selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan. Akhir sekali, pihak Fakulti Pendidikan khususnya Jabatan Latihan Praktik perlu mengambil kira perbezaan penyeliaan yang wujud serta pencapaian guru
10 10 pelatih yang masih lagi sederhana untuk merangka satu sistem penilaian yang lebih efektif yang boleh membawa kepada kejituan dalam mencapai standard penilaian 1.7 Batasan Kajian Kajian dijalankan berdasarkan penilaian 76 orang pensyarah pembimbing dan 236 orang guru pembimbing yang menyelia 236 guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia yang mengikuti Program Latihan Mengajar bagi sesi 2010/2011 sahaja. Kajian ini juga terbatas kepada persoalan kajian yang dibina sahaja. Selain itu, kejituan kajian adalah berdasarkan tahap profesionalisme guru pembimbing dan pensyarah pembibmng dalam memberikan skor penilaian kepada guru pelatih semasa proses penyeliaan diadakan. 1.8 Definisi Istilah Terdapat beberapa istilah dan terminologi yang digunakan dalam penulisan kajian ini. Istilah-istilah tersebut mempunyai makna dan definisi yang perlu difahami seperti berikut: Penilaian Penilaian melibatkan proses mengumpul, mensintesis, dan mengintepretasi maklumat (Gay, L.R., Mills, G.E., & Airasian, P. 2009). Dalam kajian ini, penilaian merujuk kepada perbincangan strategi pengajaran sebelum pengajaran bermula, memberikan input yang membina kepada guru pelatih bagi meningkatkan mutu kerja mereka, menilai aktiviti dan kemajuan guru pelatih secara berterusan. Kesemua proses ini melibatkan konsep penyeliaan secara klinikal.
11 Penyeliaan Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), penyeliaan bermaksud perbuatan menyelian atau pengawasan. Dalam kajian ini, penyeliaan ialah proses menilai, membimbing dan mengawasi guru pelatih yang mendatangkan kesan kepada guru untuk mempertingkatkan lagi pembelajaran murid-murid dan seterunya mencapai sesuatu matlamat tertentu. Peranan dan fungsi sebagai penyelia adalah seperti yang telah ditetapkan dalam panduan latihan praktik Unversiti Teknologi Malaysia Bimbingan Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya (Hapidah Mohamed, 2000). Dalam kajian ini pula bimbingan adalah proses membantu oleh penyelia pembimbing kepada guru pelatih dari aspek perancangan pengajaran, penyampaian pengajaran, personaliti dan profesionalisme serta refleksi kendiri Pensyarah Pembimbing Pensyarah pembimbing merupakan pensyarah yang dilantik oleh pengarah untuk membimbing, menyelia dan menilai prestasi pelajar semasa praktikum. (Garis Panduan Praktikum Latihan Perguruan Praperkhidmatan, Bahagian Pendidkan Guru, 2006). Dalam kajian ini pula, pensyarah pembimbing merujuk kepada pensyarah yang dilantik oleh pihak Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia bagi menyelia guru-guru pelatih yang sedang mengikuti Program Latihan Mengajar bagi sesi pengajian 2010/2011.
12 Guru Pembimbing Guru Pembimbing dalam kajian ini merujuk kepada guru sekolah yang dilantik oleh Fakulti Pendidikan UTM untuk menjalankan tugas bimbingan dan penyeliaan secara bersama (Panduan Latihan Praktik 2010). Tugas mereka merangkumi lima aspek utama iaitu melibatkan orientasi, pengajaran bilik darjah, penilaian, perkembangan profesional dan kegiatan ko-kurikulum Latihan Mengajar Latihan mengajar merupakan situasi apabila seseorang guru pelatih itu dihantar ke sekolah untuk mencuba dan mempraktikkan segala kemahiran mengajar kepada situasi bilik darjah yang sebenar. (Abdul Rahim et al., 1992). Dalam kajian ini, latihan mengajar merujuk kepada Program latihan amali yang dijalani oleh pelajar tahun empat jurusan pendidikan Universiti Teknologi Malaysia di sekolahsekolah yang telah ditetapkan bagi mengaplikasikan segala teori dan kemahiran yang telah dipelajari. 1.9 Penutup Pensyarah pembimbing memainkan peranan yang besar dan penting dalam memberikan bimbingan yang berkesan kepada guru-guru pelatih. Bimbingan ini merangkumi aspek penyampaian pengajaran, pengawalan bilik darjah dan juga kemahiran dalam pembinaan rangkaian sosial. Kepentingan penyeliaan dan bimbingan ini bagi menjamin bakal-bakal guru yang dilahirkan lengkap dengan kemahiran yang seharusnya ada dalam diri seorang guru.
1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing
58 BAB 5 Skim Guru Pembimbing 1.0 Pengenalan Skim Guru Pembimbing telah lama diperkenalkan dalam program latihan mengajar. Ia sudah menjadi sebahagian daripada program latihan mengajar atau praktikum bagi
1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
8 BAB 1 Matlamat dan Komponen Rancangan Pendidikan Guru PPIP 1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia pada ketika ini sedang menawarkan
DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
17 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sejarah perkembangan penyeliaan di Malaysia bermula hasil Laporan Pelajaran Tinggi di Malaya (1939), Laporan Bornes (1951) dan Laporan Razak (1956) yang menyarankan
BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali
BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali Kepentingan guru adalah diutamakan lebih daripada profesion Profesion ini
PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM
KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2005 PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA i KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING
PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN
PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN 1. KONSEP Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan,
GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK
GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK 1.0 Pengenalan 1.1 Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM diwajibkan menjalankan Latihan Industri/Praktik bagi satu tempoh yang ditetapkan. Latihan ini
1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia
POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-03 KOD AMALAN KAEDAH
GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN
1. KONSEP Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat
PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.
PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM m.nor@uum.edu.my> MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.D KUNG TEIK SENG UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SINTOK, KEDAH ABSTRAK
BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN
1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy
3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.
3. PRAKTIKUM 3.1 Konsep Praktikum ialah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam Program Pendidikan Guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,
Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Prosiding Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012 Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012 15 18 Disember 2012 http://www.ukm.my/kongres Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti
No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)
No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P Bahagian A (30 markah) 1. A 2. D 3. A 4. C 5. D 6. B 7. C 8. B 9. C 10. A 11. C 12. C 13. B 14. B 15. C 16. D 17. B 18. A 19. B 20. D 21. B 22. B 23. C 24. D 25. B 26. D
Model Pengurusan Strategik
Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan
INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA
INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA SOAL SELIDIK KECERDASAN EMOSI DAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH KRBANGSAAN DI NEGERI SEMBILAN Saya amat
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 Konsep Pengalaman Berasaskan (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Pelaksanaan PBS dapat memberi
PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2005 PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA KANDUNGAN Bil. Tajuk Muka
2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 Konsep Pengalaman Berasaskan (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Pelaksanaan PBS dapat
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 1. KONSEP Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini diharapkan
BAB 1 PENGENALAN PROJEK
BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pendahuluan Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)... Kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah
Padankan. Padankan. Padankan
46 BAB 4 Prosedur Pencerapan Latihan Mengajar 1. Pendahuluan Bab ini mengandungi prosedur penilaian dan pencerapan pengajaran yang digunakan oleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan semasa Latihan Mengajar.
4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.
4. PRAKTIKUM 4.1 Konsep Praktikum ialah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam Program Pendidikan Guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan
DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 1.0 PENGENALAN 1.1 Dasar Pembelajaran dan Pengajaran ini disediakan sebagai panduan kepada Fakulti/Pusat Pengajian yang menawarkan
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sejarah telah membuktikan bahawa kemunculan Tamadun Latin, India, China, Mesir dan Tamadun Islam adalah berkait rapat dengan kemajuan ilmu dalam masyarakat tersebut (Abd
BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil
BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 PENDAHULUAN Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis statistik deskriptif dan inferensi
10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI
10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok
BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.
BAB 5 KESIMPULAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji merumuskan secara ringkas segala perbincangan dan dapatan kajian yang telah dilakukan dalam
GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN
1. KONSEP Internship ialah peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk mengaitkan pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan
Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat
Soalan berkumpulan. Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.manakala
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Ujian merupakan alat pengukuran untuk mengukur sejauh mana kejayaan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Menurut Mohd Najib (1997),
Program Team Building dikalangan pegawai kanan UTM
Program Team Building dikalangan pegawai kanan UTM Pengurusan & Pembangunan Modal Insan Pembangunan dan kemajuan sesebuah negara, bergantung kepada modal insannya. Modal insan merupakan faktor paling penting
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Berkuat kuasa mulai Januari 2009) Kemas kini 2014 NO. RUJUKAN: KP (BPG) 9561/Jld. 76
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong kita untuk
2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 Konsep (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (PDPLI). Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK 2.1 Di antara objektif khusus program LI ialah memberi
3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.
3. PRAKTIKUM 3.1 Konsep ialah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam Program Pendidikan Guru. memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara
1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia
POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-02 KOD AMALAN REKABENTUK
Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.
Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT. 2. Pelaksanaan Mata Pelajaran Malaysia Negaraku Tahap I Di Sekolah Rendah.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL
FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM PRASEKOLAH (PR1) Nama Pelajar : No. K.P.: No.Matrik : Kohort&Group : Pengkhususan/Major: Praktikum (Tandakan / ): Penyeliaan 1 Penyeliaan
MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN
MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN Rohayu Zulkapli (rohayu@jrv.ptss.edu.my) Mazidah Mohamed Hashim (mazidah@jrv.ptss.edu.my) Siti Sullia
PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH
PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH Guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai
GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI 1.0 Pengenalan 1.1 Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM diwajibkan menjalankan Latihan Industri bagi satu tempoh yang ditetapkan. Latihan ini merupakan satu kursus
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pihak pengurusan telah lama mengamalkan kerja berpasukan di sekolah tetapi masih tidak begitu ketara dan terdapat sebahagian guru masih kurang memahami konsepnya. Dekad
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA UPNM PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA UPNM 2016-2025 BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA 2016-2025 UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang
PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA 1 ISI KANDUNGAN Pengenalan 2 Visi Misi Objektif 3 Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang 2013-2015 4 Strategi Utama 1 : Sisitem
PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT
PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT Umumnya sumber pengajaran di bahagikan kepada 2 komponen iaitu : Sumber manusia Sumber bukan manusia Tahukah anda negara kita mempunyai pelbagai dasar bagi menjamin
LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...
LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai
SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA
SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA LAMPIRAN A KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL GRED JAWATAN/GAJI : DG41 TARIKH KUAT KUASA : 1 NOVEMBER 2013 SYARAT LANTIKAN
HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234
HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234 NAMA PROGRAM KELAS TAMBAHAN SUBJEK KRITIKAL TAHUN 1 FTSM TEMPAT INNOVATION SPACE JAWATAN
BAB 1 PENGENALAN PROJEK
BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Pengurusan kokurikulum yang baik dan cekap amat diharapkan oleh setiap pentadbir di pelbagai peringkat tidak kira di sekolah, daerah mahupun di peringkat kebangsaan.
INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH INISIATIF PPPM PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK
4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.
4. INTERNSHIP 4.1 Konsep Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar
PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH
PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH .0 PENGENALAN Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab dan persatuan dan; Murid
HHHC9401: NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
HHHC9401: NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA : DARRSHNI A/P TANABBAL NO.MATRIK : SET KURSUS : 2 PENSYARAH : Prof. Madya Ir. Dr. NORHANA BINTI ARSAD : Sr. Dr. SUHANA BINTI JOHAR JABATAN KEJURUTERAAN
Program Doktor Pendidikan Tinggi
Program Doktor Pengenalan Program Doktor adalah satu program kedoktoran baharu yang ditawarkan secara bersama oleh Fakulti Pendidikan (FPEN) dan Pusat Pembangunan Akademik (PPA), Universiti Kebangsaan
GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *
GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA * 1.0 Pengenalan Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM dikehendaki menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) yang melibatkan satu kajian dalam bidang pengajian
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat) Lampiran 1 NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH : :. :. NAMA PROJEK/AKTIVITI:. TEMPOH PELAKSANAAN:. OBJEKTIF : 1).. 2).. 3)... STRATEGI PELAKSANAAN:
Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri
Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar Perdana Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan, UTM Dalam Menjalani Latihan Industri Ahmad Johari Sihes & Mariati Muda Fakulti Pendidikan,
Bab Dua - Langkah-langkah Awal, Semasa dan Akhir Latihan Mengajar
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Kata Alu-aluan Bab Satu - Matlamat dan Komponen Rancangan Pendidikan Guru PPIP 1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan 8 2.0 Matlamat Rancangan Pendidikan Guru PPIP 9 2.1 Matlamat
1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia
POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-01 KOD AMALAN JAMINAN
BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam
BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Bab ini akan membincangkan dan merumuskan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan
Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik
Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik A. Ahmad 1, S. M. Idrus 2, N.N. N. A. Malik 3, N.A. Murad 4, N. H. Ngajikin & M. R. M. Esa 6 Fakulti Kejuruteraan
PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014
PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014 Disediakan oleh: Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia 1.0 TAJUK PERTANDINGAN PROJEK INOVASI
KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru
KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru Kesinambungan PPPM : Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah (2013-2025) ke Pengajian Tinggi (2015-2025) Guru Abad Ke-21
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengurusan kualiti memainkan peranan penting dalam organisasi perkhidmatam awam. Ia akan dapat memastikan organisasi berkenaan sentiasa relevan dengan keperluan semasa
SISTEM PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN CD
SISTEM PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN CD FERNANDER JONATHAN FAKULTI KOMPUTERAN DAN INFORMATIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2015 ABSTRAK ABSTRAK Pihak kolej kediaman sentiasa mendapat permohonan
3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN
3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN 44 3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN 3.1 Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran
Program Pencerapan Pengajaran Dan Pembelajaran JPN Sarawak 2011
PPROGRAM PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JABATAN PELAJARAN SARAWAK TAHUN 2011 1 1.0 TEMA Budayakan Pencerapan, Penyampaian Berkesan 2.0 RASIONAL Pelaksanaan Kurikulum dijalankan melalui proses dan
BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Bidang penterjemahan merupakan salah satu cabang dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Penterjemahan adalah satu kemahiran seni yang membantu mengembangkan pengetahuan
BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan
BAHAGIAN EMPAT Taksiran Prestasi dan Keberkesanan PENGENALAN AOB telah meluluskan kerangka kerja strategik baharu yang merangkumi prospek tiga tahun pasaran dan landskap pengawalseliaan. Kerangka kerja
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Lampiran PBS PISMP LAMPIRAN 1-1 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI 1. Pengenalan Pernyataan profesional/kontrak
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kemahiran pengurusan yang berwibawa dan berkualiti merupakan asas dalam menggerakkan institusi pendidikan yang berkesan dan berjaya. Cabaran globalisasi, di mana aspirasi
PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
LAMPIRAN 1-1 PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI 1. Pengenalan Pernyataan profesional / kontrak aktiviti merujuk kepada harapan/ aktiviti yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk
BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :
Borang PR1/PRA BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL Nama Pelajar : No. K.P.: No.Matrik : Kohort&Group : Pengkhususan/Major: Praktikum (Tandakan ): Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3 Sekolah : Mata Pelajaran
KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
JPA(S)K.256/6/27 KLT.2 ( 32 ) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Surat Pekeliling
BAB 14 AUDIT DALAMAN
BAB 14 AUDIT DALAMAN 14.1 Pendahuluan 14.1.1 Pengauditan atas pengurusan kewangan dan perakaunan Universiti amatlah penting untuk memastikan kewujudan akauntibiliti. 14.1.2 Oleh yang demikian, pemeriksaan
CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG Diluluskan oleh: Mesyuarat Senat kali Ke-106 Bil. 6/2014, pada 21
UNIT PRAKTIKUM IPGKBL REFLEKSI
REFLEKSI Refleksi Satu pemikiran secara mendalam di mana seseorang itu akan memikirkan atau merenung semula situasi yang telah dilalui untuk menganalisis apa yang telah dilakukan dan mengapa dilakukan
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan suatu elemen yang penting untuk menyampai dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Pengajaran berkesan dilihat sebagai suatu
1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN
PENGENALAN KEPADA BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI (LPP) DAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) KUMPULAN GRED KHAS DAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (AKADEMIK) YANG TELAH DIKAJI SEMULA 1.0 LATAR BELAKANG Selaras
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN
LAMPIRAN 3-9 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PR1/MD BIDANG TERAS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN Nama Pelajar No.K/P Program PDPLI SM PDPLI SR Ambilan Pengkhususan Sekolah Mata
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI
LAMPIRAN 3-3 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PR1 PEMULIHAN BIDANG TERAS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI Nama Pelajar No.K/P Program PDPLI SM PDPLI SR Ambilan Pengkhususan Sekolah Mata Pelajaran
INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR
INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR Versi : 13 Mac 2009 0 ISI KANDUNGAN Halaman SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN 1 PENGENALAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN
LAMPIRAN 3-5 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PR1/MP BIDANG TERAS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN Nama Pelajar No.K/P Program PDPLI SM PDPLI SR Ambilan Pengkhususan Sekolah
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (1)
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Kod Kursus : GGGW8111 Nama Kursus : Kefahaman Pendidikan Tinggi (1) Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas serta memupuk
PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, 43400 Selangor, Malaysia Tel : 603-8946 6003 Faks : 603-8948 7273 TUJUAN PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. Komunikasi
BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang
BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN 6.1 Pendahuluan. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang kajian yang telah dijalankan. Penulis juga akan menyimpulkan beberapa faktor-faktor
POLISI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF UNIMAS
POLISI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF UNIMAS 1.0 PENGENALAN 1.1 Universiti bertanggungjawab untuk menyediakan peluang latihan dan pembangunan staf sejajar dengan visi dan misi UNIMAS. Latihan dan pembangunan
vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL
vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii viii BAB PERKARA MUKA SURAT 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar
BAB 2 JABATAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN SAINS
BAB 2 JABATAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN SAINS Pewujudan struktur organisasi di peringkat kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah dan sekolah seharusnya
BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP
BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.0 Pendahuluan Bab Lima ini bertujuan membincang dan merumuskan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan bagi menjawab
KERTAS CADANGAN KAJIAN PROGRAM SARJANA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SESI Mr. X xx xxxx JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
KERTAS CADANGAN KAJIAN PROGRAM SARJANA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SESI 2011 Mr. X 791226 xx xxxx JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 1 KERTAS CADANGAN PENGAJIAN PROGRAM SARJANA PERKHIDMATAN GUNASAMA HADIAH
Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang
Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang Mohd Anuar Bin Abdul Rahman & Khamsawati Binti Jaafar Fakulti Pendidikan Universiti
BUKU PANDUAN RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS)
BUKU PANDUAN RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS) FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS) 1. KONSEP 1.1 Program Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) bertujuan memberi peluang kepada
PENGURUSAN PRAKTIKUM DG34
SPESIFIKASI TUGAS SPESIFIKASI TUGAS PEMBANTU PEGAWAI PEMBANTU PEGAWAI PENGURUSAN PENGURUSAN (PRAKTIKUM) DG 32/34 PRAKTIKUM DG34 SPESIFIKASI TUGAS INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2011 SENARAI TUGAS ( Pembantu
UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52
UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN AN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52 SULIT NO. K/P - - UKM(PER) LAPORAN AN UNTUK KENAIKAN PANGKAT KE GRED..52 KUMPULAN PENGURUSAN DAN
1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia
POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-07 KOD AMALAN PENILAIAN