6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

dokumen-dokumen yang mirip
7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

BUKU PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2012

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan

MANUAL INSTRUMEN NUMERASI BERTULIS SARINGAN 1 (SK/SJKC/SJKT) TAHUN 3

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

015/025/035 MATEMATIK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INFO PROGRAM INTERVENSI MURID TAHUN 6 DAN PENGGUNAAN BAHAN INTERVENSI PPSMI MURID TAHUN 6 MATA PELAJARAN : SAINS

MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan.

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN FUNGSIONAL GURU AKADEMIK

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Bab 2. Perwakilan Data. 2.1 Sistem Nombor Perduaan. (b) Kaedah ambil daripada baki:

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN : 3

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK. Nombor dan Operasi TAHUN 2.

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

MANUAL INSTRUMEN NUMERASI BERTULIS SARINGAN 1 (SK/SJKC/SJKT) TAHUN 1

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

DRAF KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH SPESIFIKASI KURIKULUM MATEMATIK TAHUN 5. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KHATAM AL-QURAN MODEL TASMIK

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

MATEMATIK TINGKATAN 2

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

INTERAKSI 1 WAJ 3105 PPG

PBS MATEMATIK TAHUN 3 ( BUKU AKTIVITI )

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID MATEMATIK TINGKATAN 1

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Tahun :3 1. Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Ibadah) 2. Kelas 3 Maju 3. Tarikh/Hari 17 Jamadilawal 1436

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PENGENALAN KEPADA RESIPAN

MATEMATIK TINGKATAN 3

2.1 Butir-Butir Peribadi Pelatih/Pelajar Ruangan ini perlu diisikan dengan butir-butir peribadi pelatih/pelajar dengan lengkap.

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

PENTAKSIRAN TINGKATAN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2012

PELAN BERTINDAK MATEMATIK UPSR 2009 SK. JLN. SG. BESI ( 1 )

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

Panduan mengajar bagi e-daya Bahasa Malaysia 5

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

more examination papers at :

KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN. Oleh. Cathy John ABSTRAK

Bengkel Teknik Menjawab Matematik Format Baharu UPSR Untuk Murid-murid Tahun 6 PPD Penampang 2016 DISEDIAKAN OLEH : CIKGU WONG YICK YIM

KRM3023 ASAS UKURAN GROUP : UPSI08 PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BT PUTEH DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BT ABDULLAH TAJUK TUGASAN :

2.0 PENYATAAN MASALAH

PEMBELAJARAN MASTERI

KUMPULAN 3 : TUGASAN INDIVIDU NAMA PELAJAR : MASITAH BINTI MD SOM

TAJUK 6: KEMAHIRAN BELAJAR 1. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

REKA BENTUK INTERAKSI

BAHAGIAN A [60 markah]

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

POLA KESILAPAN MURID TAHUN TIGA WIRA MENYELESAIKAN MASALAH BERCERITA DALAM MATEMATIK: SATU KAJIAN TINDAKAN. oleh

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

NOMBOR OH NOMBOR... Oleh. Christina Agang Sekolah Kebangsaan Tema, Serian, Sarawak. Abstrak

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

MATEMATIK TAHUN EMPAT

UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KEMAHIRAN MENULIS)

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA SEMESTER 1 SESI 1/2017 KOLEJ VOKASIONAL KPM (KV KPM)

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KAEDAH EKLEKTIK DAN ORAL-AURAL DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 3 MENGUASAI SUKU KATA KV DAN KVKV. Oleh. Liza Rozy Anak Ulok ABSTRAK

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Pengajaran Kata Nama dengan Menggunakan Konsep MBBT. Abstrak

Transkripsi:

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Dalam kajian ini, saya telah melaksanakan teknik ENIS untuk membantu murid menguasai kemahiran dan kefahaman konsep pendaraban bagi sifir darab 2 hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang tiga kali seminggu. Tempat pelaksanaan tindakan intervensi ini dijalankan di Bilik Pemulihan Khas. Masa pengajaran saya bermula selepas waktu sesi persekolahan iaitu pada pukul 1.00 petang hingga 2.00 petang. Bagi menjalankan tindakan intervensi ini dengan lancar dan sistematik, saya telah mengikut satu prosedur pelaksanaan tindakan yang telah disediakan. Jadual pelaksanaan tindakan intervensi ini penting untuk mengaplikasikan teknik ENIS. Pelaksanaan kajian dirumuskan dalam Jadual 2. Jadual 2 Jadual Pelaksanaan Teknik ENIS dengan Empat Orang Peserta Sesi Tarikh / Hari Bimbingan 1 1 April 2013 (Isnin) 2 2 April 2013 (Selasa) 3 3 April 2013 (Rabu) Tindakan Pengenalan konsep pendaraban dengan menggunakan Joyboard dan butang warna. Latihan menggunakan Joyboard untuk menyusun butang mengikut kumpulan objek dengan betul. Permainan Jom Darab! Peserta secara berpasangan menggunakan Joyboard dan butang warna untuk mencari jawapan dengan pantas dan betul. (Lampiran E) Pengenalan kaedah melukis konsep pendaraban. 30

4 8 April 2013 (Isnin) 5 9 April 2013 (Selasa) 6 10 April 2013 (Rabu) 7 15 April 2013 (Isnin) 8 16 April 2013 (Selasa) 9 17 April 2013 (Rabu) 10 18 April 2013 (Khamis) Peserta diajar melukiskan apa yang dilihat dan dimanipulasi daripada peringkat 1. Latihan melukis konsep pendaraban di papan paparan dan kertas lukisan tanpa menggunakan Joyboard. Permainan Draw Me! (Lampiran E) Pengenalan sifir darab dalam bentuk ayat matematik. Latihan melengkapkan jadual sifir darab bagi sifir darab 2 hingga 5. (Lampiran F) Permainan Aktiviti ENIS (Lampiran E) Berpandukan kepada soalan sifir darab, murid dikehendaki menggunakan Joyboard dan kaedah melukis untuk mencari jawapan. Papan paparan disediakan untuk murid menunjukkan jawapan dengan pantas dan betul. Ujian pasca telah dijalankan untuk menilai keupayaan murid menguasai pemahaman konsep pendaraban bagi sifir darab 2 hingga 5. Berdasarkan jadual pelaksanaan tindakan tersebut jelas menunjukkan bahawa teknik ENIS ini memberi penekanan kepada penguasaan dalam satu peringkat sebelum beralih ke peringkat yang seterusnya. Justeru itu, saya telah menjalankan empat peringkat dengan mengikut urutan supaya murid dapat menguasai konsepnya dengan lebih mudah. Peringkat- peringkat yang telah saya laksanakan adalah seperti berikut: Peringkat 1 (Enaktif): Pada peringkat 1, murid telah diperkenalkan dengan penggunaan bahan konkrit seperti Joyboard untuk membina kefahaman konsep pendaraban dengan lebih 31

jelas dan baik. Saya telah menggunakan Joyboard untuk menerangkan konsep pendaraban iaitu kumpulan darab dengan bilangan ahli dalam setiap kumpulan. Terdapat dua jenis warna butang yang telah digunakan oleh peserta iaitu warna merah untuk mewakili konsep kumpulan manakala warna hijau digunakan untuk mewakili konsep bilangan ahli dalam setiap kumpulan. Rajah 6 menunjukkan cara penggunaan Joyboard untuk menyusun warna butang dengan berpandukan konsep kumpulan darab dengan bilangan ahli dalam setiap kumpulan. Langkah Gambar Cara Penggunaan 1 Saya telah menyediakan empat set Joyboard dan butang kepada empat orang peserta tersebut pada peringkat enaktif. 2 Contoh soalan: 4 3 =? 4 mewakili sebagai konsep kumpulan di Joyboard. Murid menyusun konsep kumpulan dengan menggunakan 4 butang warna merah di Joyboard. 3 3 mewakili sebagai konsep bilangan ahli dalam setiap kumpulan. Murid menyusun butang warna hijau untuk melengkapkan setiap kumpulan mempunyai 3 bilangan ahlinya. Seterusnya, murid membilang jumlah bilangan butang warna yang dipaparkan pada Joyboard. Akhirnya, murid menyatakan jumlah bilangan ahli iaitu 4 3 = 12 Rajah 6. Cara penyusunan konsep pendaraban pada Joyboard. 32

Semasa saya memberi penerangan, saya telah membuat demonstrasi tentang cara menggunakan Joyboard untuk mengira sifir darab bagi sifir 2 hingga sifir 5. Dengan menggunakan Joyboard, saya memberi pelbagai contoh soalan sifir darab untuk membantu murid membina kefahaman sendiri tentang apa yang dipelajari. Tambahan lagi, cara penerangan saya mesti jelas dan mudah difahami oleh peserta semasa membuat demonstrasi menggunakan Joyboard. Di samping itu, saya telah menunjukkan cara menyusun butang dalam Joyboard dengan bilangan ahli yang betul. Saya juga memastikan murid dapat menyusun butang satu per satu dalam bilangan kumpulan yang betul. Tujuannya adalah membantu murid memahami bahawa pendaraban adalah penambahan secara berulangan dan mempunyai hubungan kait dengan kumpulan dan bilangan ahli dalam setiap kumpulan. Selepas memberi penerangan, murid telah diberi peluang menggunakan Joyboard sebagai latihan. Sehubungan itu, murid dapat mempraktikkan kecerdasannya seperti kinestetik untuk mengerakkan objek dan mula membina kefahaman tentang konsep pendaraban yang ditunjukkan tadi. Saya juga sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada peserta supaya mereka dapat menghubungkaitkan konsep asas pendaraban dengan menggunakan bahan konkrit. Latihan penggunaan Joyboard juga berpusatkan kepada murid untuk melihat sejauh mana penerimaan peserta kajian terhadap apa yang telah difahami tentang konsep pendaraban. Pada peringkat enaktif, saya telah menjalankan tiga kali intervensi untuk membantu peserta menguasai pemahaman konsep pendaraban secara menyeluruh dan sebelum beralih ke peringkat ikonik. 33

Peringkat 2 (Ikonik) : Setelah murid menguasai konsep asas pendaraban dengan menggunakan Joyboard, murid diperkenalkan dengan kaedah melukis untuk melukiskan konsep yang telah diajar. Murid juga dibimbing melukis apa-apa yang dimanipulasi dan dilihat dalam peringkat enaktif tersebut. Pada permulaan, saya telah menunjukkan cara melukis konsep pendaraban iaitu melukis kumpulan dahulu dan kemudiannya melukis bilangan ahli dalam setiap kumpulan. Aktiviti melukis konsep pendaraban yang telah saya jalankan adalah seperti ditunjukkan di Rajah 7. Langkah 1 Contoh soalan: Saya mempunyai 3 bakul buah-buahan. Cara mengajar: Murid diajar melukis tiga petak kosong untuk mewakili konsep kumpulan. Langkah 2 Contoh soalan: Setiap bakul buah-buahan mempunyai 4 biji buah oren. Cara mengajar: Murid dibimbing melukis 4 biji buah oren dalam setiap bakul tersebut. Langkah 3 Contoh soalan: Kirakan berapa jumlah bilangan buah oren dalam ketiga-tiga buah bakul buah-buahan tersebut. Rajah 7. Aktiviti melukis konsep pendaraban. 34

Murid melukiskan gambaran yang dibina dalam otak mereka sendiri di atas papan paparan yang telah disediakan. Imej yang wujud dalam pemikiran peserta telah dilukiskan di papan paparan secara jelas dan betul. Teknik ENIS dapat mempraktikkan pelbagai kecerdasan peserta terutamanya dari segi visual spatial. Hal ini kerana melalui lukisan yang dihasilkan oleh peserta, saya dapat menilai sejauh mana penguasaan kefahaman murid terhadap konsep pendaraban yang telah dipelajari. Konsep pendaraban yang difahami oleh peserta sama seperti dengan peringkat enaktif namun ia dinilai dalam bentuk lukisan. Peringkat 3 (Simbolik): Setelah peserta menguasai peringkat enaktif dan peringkat ikonik itu, mereka telah dibimbing beralih ke peringkat simbolik iaitu mengubah lukisan kepada bentuk ayat Matematik. Peringkat ini amat mencabar minda murid kerana mereka perlu berfikir secara logik untuk membuat perkaitan konsep pendaraban dengan perwakilan yang telah dipelajari. Murid diajar menulis ayat Matematik apabila melihat dan menyentuh bahan konkrit di peringkat enaktif. Di samping itu, murid diajar membina ayat Matematik dengan berpandukan kepada lukisan yang telah dihasilkan dan membuat perkaitan dengan konsep yang diajar. Saya juga memberi latihan tambahan dan kuiz untuk membantu mengukuhkan kefahaman konsep pendaraban bagi sifir darab 2 hingga 5. Sebelum beralih ke peringkat yang terakhir, saya telah menjalankan Permainan Aktiviti ENIS. Aktiviti permainan ENIS meliputi kemahiran menyusun butang pada Joyboard, melukis konsep pendaraban dan melengkapkan jadual sifir 2-5. Peraturan aktiviti permainan ENIS telah disediakan dalam Lampiran E. Peserta dikehendaki menunjukkan keupayaan mereka menguasai pemahaman konsep pendaraban dalam ketiga-tiga peringkat tersebut. 35

Peringkat 4 : Pada peringkat yang terakhir ini, saya telah menjalankan ujian pasca kepada empat orang peserta tersebut. Keputusan yang saya semak juga dicatatkan pada kertas ujian. Tujuannya adalah untuk menilai tahap penguasaan kefahaman murid terhadap konsep pendaraban bagi sifir darab 2 hingga 5 selepas tindakan intervensi dilaksanakan. Segala maklumat dan keputusan yang saya peroleh telah dijadikan sebagai data penyelidikan tindakan saya. 36