BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan"

Transkripsi

1 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Menurut Ramlah dan Mahani (2002), konstruktivisme bukanlah suatu konsep baru. Ia berasal daripada falsafah dan telah diaplikasikan dalam bidang sosiologi, antropologi psikologi kognitif dan pendidikan. Dalam bidang pendidikan khususnya, konstruktivisme dianggap sebagai pendekatan bagi menghasilkan pembelajaran bermakna. Konstruktivisme seperti yang dinyatakan oleh seorang ahli falsafah pada tahun 1710, Giambatista Vico menyatakan asas konsep konstruktivisme sebagai one only knows something if one can explain it. Immanuel kant menyokong pendapat Giambatista ini dan mengatakan bahawa manusia bukanlah sebagai penerima maklumat yang pasif. Beliau menjelaskan, pelajar menerima maklumat dengan aktif dan menghubungkannya dengan maklumat yang terdahulu yang telah diasimilasikan dan seterusnya menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman dan membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut. Pada awalnya, perspektif mengenai konstruktivisme dikaji, dipelopori dan diperkembangkan oleh berbilang ahli falsafah serta ahli psikologi seperti John Dewey, Piaget, Vgotsky, Gestalt, Bartlett, Bruner, Ernst Von Glaserfeld, J. Anderson, Seymour Papert dan Confrey.

2 2 John Dewey dalam Ramlah dan Mahani (2002) menyatakan konstruktivisme dalam bidang pendidikan itu sebagai pembelajaran bermakna. Menurut Jewey lagi, pembelajaran bermakna ini adalah mencakupi proses learning by doing yang mana proses ini akan dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang sesuatu masalah yang cuba untuk dihuraikan. Pada asasnya, konstruktivisme dapat dilihat sebagai suatu kepercayaan bahawa pembelajaran bermula daripada pengetahuan dan pengalaman yang tersimpan dalam stor memori atau struktur kognitif pelajar. Dalam proses pembelajaran, maklumat baru akan diproses dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada struktur kognitif dalam minda pelajar. Pembelajaran bermakna akan berlaku apabila maklumat baru dapat dikaitkan dengan struktur kognitif sedia ada untuk membina suatu kerangka baru ilmu pengetahuan yang lebih luas. Selain itu, idea konstruktivisme dalam pembelajaran turut menyatakan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna melalui pengajaran guru. Ini membawa erti bahawa guru tidak boleh belajar bagi pihak murid dan murid sendiri perlu melibatkan diri secara aktif untuk merangsang pengaliran input idea sama ada secara hidu, lihat, dengar, rasa dan sentuh secara berterusan kefahaman tentang suatu pengetahuan baru berlaku apabila input deria dihubungkaitkan dengan struktur kognitif pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk berperanan saling bersandar di antara satu sama lain. Pada asasnya, guru berperanan untuk tidak menganggap bahawa minda murid seumpama tin kosong yang perlu diisikan dengan fakta dan pengetahuan baru. Guru turut berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Selain itu, guru adalah berperanan sebagai pengurus bilik darjah untuk menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna.

3 3 Murid pula berperanan untuk tidak menganggap guru sebagai pembekal maklumat utama tetapi sebagai suatu daripada sumber pengetahuan untuk membantu mereka mencari maklumat dan menggalakkan mereka berfikir serta berkomunikasi. Murid turut berperanan dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap segala usaha untuk mencari pelbagai cara bagi memproses maklumat dan menyelesaikan masalah. Selain itu, murid perlu mendisiplinkan diri untuk sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran seperti yang dianjurkan oleh guru. Menurut Ramlah dan Mahani (2002), ahli konstruktisme turut berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah. Guru seharusnya menerima sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana individu itu dianggap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Proses pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme memberi ruang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperoleh sesuatu konsep atau pengetahuan. 1.2 Latar belakang masalah Satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan cara bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan telah mula menarik perhatian para pendidik seluruh dunia. Pandangan baru ini menganggap murid bukan hanya menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Pandangan ini dikenali sebagai konstruktivisme yang mampu menyediakan warganegara yang berupaya menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan. Satu daripada teori pembelajaran yang banyak mempengaruhi pendidikan adalah teori behaviorisme. Antara ahli psikologi yang menjadi pendokong behaviorisme adalah

4 4 B. F. Skinner, John B. Watson dan Edward Thorndike. Mereka amat berminat dengan tingkah laku yang boleh diperhatikan. Penyelidikan mereka tertumpu kepada tingkah laku ini. Mereka tidak mementingkan struktur mental yang melibatkan pemikiran, idea, impian dan imej mental. Sebaliknya, tindakan dan pola perlakuan individu diberi penekanan. Menurut mereka, jika kita ingin sesuatu perlakuan itu dilakukan lagi atau diulangi, maka kita hanya perlu mengukuhkannya dengan memberi ganjaran, atau jika kita hendak menghentikan atau mengurangkan sesuatu perlakuan, maka kita menghukum atau menghentikan ganjarannya. Implikasi behaviorisme dalam pendidikan amat mendalam kesannya. Menurut Gardner dalam Sharifah Maimunah (2001), dalam merancang pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran, seorang guru akan menulis objektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran. Guru tidak perlu mengambil tahu apa yang muridnya telah tahu atau mengambil kira apakah perubahan yang mungkin berlaku dalam minda muridnya semasa pengajaran. Guru hanya mengatur strategi dengan memberi ganjaran kepada murid yang menunjukkan perlakuan yang dikehendaki dengan menekankan kepada latih tubi. Guru lebih menekankan kepada apa yang murid boleh lakukan, bukannya kefahaman murid. Satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan ialah secara kognitivisme. Penggerak utama kognitivisme adalah Jean Piaget. Idea utama kognitivisme adalah perwakilan mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima akan difahami oleh minda manusia. Jika maklumat ini secocok dengan skema yang ada, maka murid akan menyerap maklumat tersebut ke dalam skema ini. Sekiranya tidak secocok dengan skema yang ada, maklumat ini mungkin ditolak atau diubah suai atau skema akan diubah suai. Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara konstruktivisme. Mengikut konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap

5 5 secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. Perbezaan di antara konsep pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme dinyatakan seperti di dalam jadual 1 berikut Jadual 1: Perbezaan konsep pembelajaran behaviourisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Behaviorisme Kognitivisme Konstruktivisme Menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema. Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia Perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan melalui ganjaran atau hukuman. Jika maklumat baru secocok dengan skema, maka maklumat itu diterima. Jika tidak, ada. Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan. maklumat itu ditolak atau diubah suai, atau skema diubah suai. Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan sedia ada murid dan perubahan yang berlaku dalam minda semasa pengajaran.

6 6 1.3 Penyataan masalah Pendidikan di negara kita adalah bertujuan untuk melahirkan insan dinamis, berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Matlamat pendidikan di negara ini akan tercapai dengan sempurna jika wujudnya jentera, guru atau tenaga pengajar yang benar-benar berwibawa. Berwibawa di sini bermaksud guru yang bijak merancang strategi, mengamalkan pelbagai aktiviti serta menggabungkan pelbagai idea yang berkaitan dalam setiap proses pengajarannya bagi menghasilkan pembelajaran bermakna kepada semua pelajar. Menurut Shamsudin (1998), guru-guru merupakan agen pemangkin yang sangat penting dalam menjayakan pelaksanaan kurikulum terutamanya kurikulum sains. Selain daripada mempunyai kemahiran, kepakaran dan pengetahuan yang luas dalam bidang pengajaran, guru-guru harus mempunyai sikap proaktif dan prihatin dengan masalah pembelajaran pelajar serta bijak dalam menjadi alternatif kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbagai dan sesuai dalam proses pengajarannya. Sikap sambil lewa sesetengah guru ditambah pula dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lemah, kurang tepat stereotaip atau secara tradisional adalah sesesuatu yang boleh membosankan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Akibatnya, pembelajaran dan pengajaran menjadi tidak berkesan dan objektif tidak dapat dicapai di samping ia boleh menimbulkan persepsi dan kesan negatif terhadap mata pengajaran di kalangan pelajar. Menurut Abu Hassan dalam Shamsudin (1998), bagi membolehkan murid belajar secara optimum, guru perlu menggunakan kemahiran mengajar tertentu, dengan teknik yang sesuai dan berkesan. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa seseorang guru itu mempunyai peranan yang amat penting dalam memupuk persepsi pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran.

7 7 Terdapat pelbagai pendekatan dan kaedah pembelajaran bagi guru-guru untuk diaplikasikan dan diamalkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara pendekatan yang agak kerap diperkatakan tentang keberkesanannya adalah seperti kaedah pembelajaran berdasarkan teori konstruktivisme. Kaedah pembelajaran berdasarkan kepada teori konstruktivisme ini dikatakan berkesan adalah kerana ia menekankan kepada konsep pengalaman pelajar, pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan pengkayaan pelbagai aktiviti di dalam proses pembelajaran. Biarpun keberkesanan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerap diketengahkan dan diperkatakan, namun pengaplikasian dan amalan pendekatan konstruktivisme ini di kalangan guru-guru di Malaysia secara amnya adalah masih kurang (Noriah, 2001). Kelemahan di kalangan guru-guru ini dalam mengamalkan pendekatan konstruktivisme telah menarik perhatian penyelidik untuk mengkaji sejauh manakah pendekatan konstruktivisme diamalkan oleh mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Tambahan pula, jangka masa selama 6 minggu latihan praktik di sekolah menengah yang dilaksanakan oleh penyelidik sendiri telah membuka ruang dan mendedahkan serba sedikit kepada penyelidik mengenai pendekatan konstruktivisme ini diamalkan di kalangan guru-guru. Justeru, satu kajian harus dilakukan dengan tujuan meninjau tahap amalan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar biologi KBSM. Kajian telah dilakukan berpandukan kepada persoalanpersoalan seperti adakah guru menggunakan set induksi yang menarik dan terancang semasa memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran biologi, adakah pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran biologi, adakah idea asal pelajar diperkembangkan dan diubahsuai dengan menggunakan proses sains dan saintifik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi, adakah idea terdahulu diaplikasikan oleh pelajar ke dalam situasi baru atau konsep yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut di dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi dan adakah pelajar berpeluang menilai kendiri tentang pembentukan idea dan kemahiran proses yang telah dipelajari.

8 8 1.4 Objektif kajian Objektif kajian ini dijalankan adalah: i. Untuk mengenal pasti persepsi pelajar mengenai penggunaan set induksi yang menarik dan terancang oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran biologi. ii. Untuk mengenal pasti pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran biologi. iii. Untuk mengenal pasti idea asal pelajar diperkembangkan dan diubahsuai dengan menggunakan proses sains dan saintifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi. iv. Untuk mengenal pasti idea terdahulu diaplikasikan oleh pelajar ke dalam situasi baru atau konsep yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi. v. Untuk mengenal pasti pelajar berpeluang menilai kendiri tentang pembentukan idea dan kemahiran proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari. 1.5 Persoalan kajian i. Sejauh manakah guru menggunakan set induksi yang menarik dan terancang semasa proses pengajaran dan pembelajaran biologi?

9 9 ii. Sejauh manakah pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada semasa proses pengajaran dan pembelajaran biologi? iii. Sejauh manakah idea asal pelajar diperkembangkan dan diubahsuai dengan menggunakan proses sains dan saintifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi? iv. Sejauh manakah idea terdahulu diaplikasikan oleh pelajar ke dalam situasi baru atau konsep yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi? v. Sejauh manakah pelajar berpeluang menilai kendiri tentang pembentukan idea dan kemahiran proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari?

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI 10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok

Lebih terperinci

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Soalan 1 : Adakah teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran sifir darab 2 hingga 5? Hasil dapatan kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan markah

Lebih terperinci

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru Kesinambungan PPPM : Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah (2013-2025) ke Pengajian Tinggi (2015-2025) Guru Abad Ke-21

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong kita untuk

Lebih terperinci

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN 1 PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN Psikologi kognitif merupakan perspektif secara teori yang memfokuskan pada dunia persepsi pemikiran ingatan manusia. Ia menggambarkan pelajar sebagai proses maklumat

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang reformasi yang begitu pesat sesuai dengan tuntutan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada

Lebih terperinci

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini. 7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Dalam proses melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah mengumpul data seperti ujian pra, pemerhatian, temu bual, analisis dokumen, soal

Lebih terperinci

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Abstrak Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca

Lebih terperinci

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali Kepentingan guru adalah diutamakan lebih daripada profesion Profesion ini

Lebih terperinci

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP MODEL KURIKULUM Nordin Tahir IPIP Pembentukan Model Kurikulum Tyler Berdasarkan kepada empat persoalan dasar: 1. Apakah tujuan Pendidikan yang perlu sekolah capai? 2. Apakah pengalaman Pendidikan yang

Lebih terperinci

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat Soalan berkumpulan. Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.manakala

Lebih terperinci

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah) No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P Bahagian A (30 markah) 1. A 2. D 3. A 4. C 5. D 6. B 7. C 8. B 9. C 10. A 11. C 12. C 13. B 14. B 15. C 16. D 17. B 18. A 19. B 20. D 21. B 22. B 23. C 24. D 25. B 26. D

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran MATEMATIK 2001 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran MATEMATIK 2001 PUSAT

Lebih terperinci

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik Teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran

Lebih terperinci

Taklimat untuk Guru BM

Taklimat untuk Guru BM Taklimat untuk Guru BM Memahami Kandungan Subjek dan Matlamat Memahami Pelajar dan Pembelajaran Amalan-amalan Pedagogi Memahami Pengajaran Amalan Pengajaran Singapura (STP) Falsafah Kurikulum Singapura

Lebih terperinci

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada Soalan 2 Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada tajuk-tajuk berikut : Teori-teori perkembangan manusia

Lebih terperinci

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH +85$,$168.$7$13(/$-$5$1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 Pusat Perkembangan Kurikulum .%60 KANDUNGAN RUKUN NEGARA FALSAFAH

Lebih terperinci

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04) Aspek 4.1 PANDUAN PENAN PENCERAPAN P & P (PK04) Penglibatan Murid Dalam Pembelajaran Penglibatan murid dalam aktiviti P&P membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan Hampir keseluruhan murid terlibat

Lebih terperinci

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh MODEL PENGAJARAN Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Model Ekspositori Model Pemprosesan maklumat Model Inkuiri Model Projek. Model Ekspositori Istilah ekspositori diperoleh daripada konsep penjelasan, yang bermakna

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH SEJARAH TINGKATAN 4 PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Lebih terperinci

WPK 1113 Psikologi Kognitif Teori-Teori Kognitif

WPK 1113 Psikologi Kognitif Teori-Teori Kognitif DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 1113 Psikologi Kognitif Teori-Teori Kognitif Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri - PhD Objektif Pembelajaran Di akhir modul para peserta: 1. Memahami bahawa

Lebih terperinci

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang 6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Dalam kajian ini, saya telah melaksanakan teknik ENIS untuk membantu murid menguasai kemahiran dan kefahaman konsep pendaraban bagi sifir darab 2 hingga 5. Saya telah memberi

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu, perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikan dalam

Lebih terperinci

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4 Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH +85$,$168.$7$13(/$-$5$1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4 Pusat Perkembangan Kurikulum +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1.%65 KANDUNGAN

Lebih terperinci

Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori. pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda?

Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori. pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda? SOALAN 5(a) Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda? Beri sebab-sebab bagi menyokong pilihan anda. Pembelajaran

Lebih terperinci

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak 07 Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus Zarina Sidik zarina_sidik@moe.edu.sg Nur Adawiyah Rosli nur_adawiyah_rosli@moe.edu.sg Sekolah Rendah Ang Mo Kio Abstrak Murid

Lebih terperinci

TEORI PEMBELAJARAN. IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

TEORI PEMBELAJARAN. IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu. TEORI PEMBELAJARAN IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Manusia belajar melalui berbagai-bagai cara. Cara belajar dibahagikan kepada mazhab behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Mazhab behavioris

Lebih terperinci

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 PENDAHULUAN Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis statistik deskriptif dan inferensi

Lebih terperinci

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan 8 BAB 1 Matlamat dan Komponen Rancangan Pendidikan Guru PPIP 1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia pada ketika ini sedang menawarkan

Lebih terperinci

Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan.

Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan. PENGENALAN Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen rasmi penting kepada seorang guru profesional yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Seorang guru perlu menguasai kemahiran

Lebih terperinci

Teknologi Pengajaran (2 jam)

Teknologi Pengajaran (2 jam) TAJUK 1 Teknologi Pengajaran (2 jam) Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi pengajaran, peranan teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi pengajaran, dan menjelaskan

Lebih terperinci

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis TAJUK 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES 5.1. Sinopsis Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi empat peringkat. disebabkan penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic)

Lebih terperinci

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN APA YANG DI LIHAT 4.1 Penglibatan Murid Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan. Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor

Lebih terperinci

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Penilaian Kendiri Sekolah TUJUAN: Instrumen ini diguna pakai oleh sekolah untuk mengukur tahap

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan komputer di negara kita telah melalui satu gerakan reformasi dan pembaharuan yang canggih bersesuaian dengan perkembangan infrastukturnya. Perkembangan penggunaan

Lebih terperinci

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C. ARAHAN KEPADA CALON: 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A: Bahagian B: Bahagian C: 30 soalan objektif 3 soalan struktur 4 soalan esei 2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN MORAL 2000 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN

Lebih terperinci

Kurikulum Kebangsaan

Kurikulum Kebangsaan Kurikulum Kebangsaan VISI KURIKULUM SEKOLAH BERKUALITI UNTUK PENDIDIKAN NEGARA BERTARAF DUNIA MISI Membangunkan kurikulum sekolah yang bersepadu dan berguna untuk perkembangan potensi individu sepenuhnya

Lebih terperinci

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN LAMPIRAN 3-9 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PR1/MD BIDANG TERAS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN Nama Pelajar No.K/P Program PDPLI SM PDPLI SR Ambilan Pengkhususan Sekolah Mata

Lebih terperinci

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK Oleh Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK Kajian ini dijalankan ke atas seorang murid yang mengalami masalah dalam kemahiran menulis iaitu hanya nombor dan abjad tertentu

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 MATLAMAT KURIKULUM Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Dunia Seni Visual adalah melahirkan

Lebih terperinci

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab Soalan 1 Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab Pendidikan merupakan aktiviti dalam kehidupan yang amat memberi kesan kepada individu serta masyarakat. Terkandung dalam pendidikan adalah proses

Lebih terperinci

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK213 Psikologi Islam dan Barat (Minggu 1) Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD PERBINCANGAN Definisi Psikologi Barat dan Islam menekankan fungsi akal

Lebih terperinci

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK [Type text] FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK NAMA : ZUNIZAH BINTI ZAINAL ABIDIN NO. KAD MATRIKULASI : 821016145780001 NO. KAD PENGENALAN : 821016145780

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan 1 BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Ledakan maklumat dewasa ini amat pantas berlaku di mana-mana tempat di serata dunia. Bidang teknologi komunikasi dan komputer sedang berkembang dengan pesat. Penggunaan

Lebih terperinci

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua dalam tradisi ilmiah di Malaysia

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua dalam tradisi ilmiah di Malaysia BAB PERTAMA PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN Pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua dalam tradisi ilmiah di Malaysia dapat dikatakan telah berkembang lebih suku abad yang lalu, dengan mengambil dekad

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Merealisasikan matlamat utama dalam sesuatu sistem pendidikan adalah dengan memperkembangkan dan mempertingkatkan pemahaman pelajar terutama dalam konsep asas. Ini memungkinkan

Lebih terperinci

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN) DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Lebih terperinci

TAJUK 2: JENIS-JENIS GAYA BELAJAR. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

TAJUK 2: JENIS-JENIS GAYA BELAJAR. NordinTahir IPG Kampus Ipoh TAJUK 2: JENIS-JENIS GAYA BELAJAR NordinTahir IPG Kampus Ipoh Jenis-jenis Gaya Belajar Gaya Belajar Visual Gaya Belajar Audiotory Learners Gaya Belajar Tactual Learners Gaya Belajar Kinestatik Gaya Belajar

Lebih terperinci

BAHAGIAN A 30 Markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan. 1. Falsafah pendidikan essentialisme memberi penekanan kepada

BAHAGIAN A 30 Markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan. 1. Falsafah pendidikan essentialisme memberi penekanan kepada BAHAGIAN A 30 Markah Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan 1. Falsafah pendidikan essentialisme memberi penekanan kepada hubungan interpersonal untuk meningkatkan hubungan dua

Lebih terperinci

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan Penyebutan Huruf al-qur an al-karim dalam kalangan saudara baru adalah merupakan satu kajian yang unggul. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan

Lebih terperinci

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN TAHUN 1 PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

Lebih terperinci

Huraian Sukatan Pelajaran BIOLOGI Tingkatan Empat

Huraian Sukatan Pelajaran BIOLOGI Tingkatan Empat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Huraian Sukatan Pelajaran BIOLOGI Tingkatan Empat Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung

Lebih terperinci

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN SENI VISUAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN SENI VISUAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kepimpinan dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli untuk berusaha secara rela

Lebih terperinci

KESUSASTERAAN MELAYU

KESUSASTERAAN MELAYU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU 2003 Pusat Perkembangan Kurikulum ISBN iii RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung

Lebih terperinci

ARAHAN: ( )

ARAHAN: ( ) OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) Kod Dokumen : OPR/HEPA/BR25/SPP BORANG SOAL SELIDIK AKTIVITI PELAJAR ARAHAN: BERIKUT DISENARAIKAN PERNYATAAN

Lebih terperinci

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA TAJUK 4 Falsafah Pendidikan Barat Essentialisme Falsafah Pendidikan Barat Tradisional Perennialisme Progressivisme Falsafah Pendidikan Barat Moden Eksistensialisme

Lebih terperinci

Psikologi kognitif. Sinopsis:

Psikologi kognitif. Sinopsis: Psikologi kognitif Sinopsis: Buku ini memfokuskan persepsi pemikiran ingatan manusia secara teori dan konsep. Antara konsep yang dibincangkan ialah skemata idea yang menggambarkan rangka kerja mental untuk

Lebih terperinci

2.0 PENYATAAN MASALAH

2.0 PENYATAAN MASALAH Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Penilaian Keperluan Penggunaan Buku Kerja Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Murid Tahap II Di Sekolah

Lebih terperinci

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan SK Bukit Ceria (SKBC)(nama samaran) adalah sebuah sekolah yang terletak di daerah Kuala Muda / Yan, iaitu 5 km dari Bandar Gurun, Kedah. Kajian tindakan ini dijalankan di

Lebih terperinci

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN KOKURIKULUM PDPLI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN KOKURIKULUM PDPLI SULIT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN KOKURIKULUM PDPLI LAMPIRAN 3-15 BORANG KOKURIKULUM Nama Pelajar No.K/P Program PDPLI SM PDPLI SR Ambilan Pengkhususan Sekolah Tahun/Darjah Tarikh

Lebih terperinci

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak 39 Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit Melati Hallel melati_hallel@moe.edu.sg Noor Aisyah Buang noor_aisya_buang@moe.edu.sg Sekolah Rendah Si Ling Abstrak Dua isu

Lebih terperinci

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus.

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 2

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 2 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 2 MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai

Lebih terperinci

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM TAJUK 2: FALSAFAH, KONSEP & MATLAMAT KOKURIKULUM Tumpukan kepada BAB 2 halaman 18 32 sahaja. Menjelaskan konsep kokurikulum Menganalisis falsafah kokurikulum sekolah Membincang

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kesedaran mengenai betapa pentingnya latihan di Malaysia menyebabkan organisasi-organisasi awam mahupun swasta mewujudkan pusat latihan untuk melatih tenaga kerja menurut

Lebih terperinci

3/1/2017. Deduktif. Integratif. Induktif. Definisi : Jabatan Ilmu Pedidikan IPGK Tun Hussein Onn Batu Pahat

3/1/2017. Deduktif. Integratif. Induktif. Definisi : Jabatan Ilmu Pedidikan IPGK Tun Hussein Onn Batu Pahat 3/1/2017 EDU 3103 MURID DAN PEMBELJARAN Jabatan Ilmu Pedidikan IPGK Tun Hussein Onn Batu Pahat Definisi : Merupakan cara atau langkah langkah--langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu

Lebih terperinci

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA SOAL SELIDIK KECERDASAN EMOSI DAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH KRBANGSAAN DI NEGERI SEMBILAN Saya amat

Lebih terperinci

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF PENULISAN JURNAL REFLEKTIF Oleh Lt Kol (B) Hamid bin Awang hamid_awang@oum.edu.my Pengenalan Jurnal Reflektif (JF) juga dikenali sebagai log pembelajaran adalah himpunan rekod yang didokumenkan berasaskan

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN 1. KONSEP Internship ialah peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk mengaitkan pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

Lebih terperinci

Teori Pembelajaran. 9/24/2010 Nordin Bin Tahir, IPIP 1

Teori Pembelajaran. 9/24/2010 Nordin Bin Tahir, IPIP 1 Teori Pembelajaran 9/24/2010 Nordin Bin Tahir, IPIP 1 Manusia belajar melalui berbagai-bagai cara. Cara belajar dibahagikan kepada mazhab behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Mazhab behavioris menganggap

Lebih terperinci

Huraian Sukatan Pelajaran SAINS Tahun Lima

Huraian Sukatan Pelajaran SAINS Tahun Lima Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran SAINS Tahun Lima 2003 Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003 Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan

Lebih terperinci

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN LAMPIRAN 2-18 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN BORANG PR1/MD BIDANG TERAS Nama Pelajar Program PISMP PDPLI SM PDPLI SR No. K/P PDPM Lain-lain Ambilan Praktikum

Lebih terperinci

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan BAB V KESIMPULAN 5.1 PENDAHULUAN Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan mengemukakan suatu rumusan ringkas mengenai hasil kajian, implikasi, memberi cadangan, limitasi

Lebih terperinci

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN) DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM STANDARD SEKOLAH

Lebih terperinci

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH Guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai

Lebih terperinci

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO Oleh: Aida Ibrahim Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah 86000 Kluang, Johor ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan

Lebih terperinci

Huraian Sukatan Pelajaran BIOLOGI Tingkatan Lima

Huraian Sukatan Pelajaran BIOLOGI Tingkatan Lima Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Huraian Sukatan Pelajaran BIOLOGI Tingkatan Lima Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 2002 Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEJARAH TINGKATAN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

Lebih terperinci

Unit 5 Pendekatan Tematik

Unit 5 Pendekatan Tematik Unit 5 Pendekatan Tematik Pengajaran dan Pembelajaran KBSR Yang Bersepadu dan Tematik Modul Lati han Guru Tahun 1 Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun I 67 PERANCANGAN SESI PENDEKATAN TEMATIK Unit

Lebih terperinci

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR PENGENALAN Pendidikan pelbagai budaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Huraian Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN SENI VISUAL Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 KANDUNGAN Mukasurat

Lebih terperinci

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI LAMPIRAN 3-3 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PR1 PEMULIHAN BIDANG TERAS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI Nama Pelajar No.K/P Program PDPLI SM PDPLI SR Ambilan Pengkhususan Sekolah Mata Pelajaran

Lebih terperinci

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN LAMPIRAN 3-5 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PR1/MP BIDANG TERAS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN Nama Pelajar No.K/P Program PDPLI SM PDPLI SR Ambilan Pengkhususan Sekolah

Lebih terperinci

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Huraian tentang latar belakang / konteks hendaklah memberikan maklumat berkaitan senario kajian Ciri-ciri sekolah iaitu latar belakang

Lebih terperinci

Huraian Sukatan Pelajaran SAINS Tahun Empat 2002

Huraian Sukatan Pelajaran SAINS Tahun Empat 2002 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran SAINS Tahun Empat 2002 Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan

Lebih terperinci

PENDEKATAN PENGAJARAN

PENDEKATAN PENGAJARAN 1. KESEPADUAN 2. INDUKTIF 3. DEDUKTIF 4. EKLEKTIF Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh dalam Pendidikan Islam: Falsafah,Pedagogi dan Metadologi, pendekatan ialah wujud berasaskan tanggapan-tanggapan yang

Lebih terperinci

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6 Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH +85$,$168.$7$13(/$-$5$1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6 Pusat Perkembangan Kurikulum +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1.%65 KANDUNGAN

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN 2001 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Lebih terperinci

TOPIK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN

TOPIK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN TOPIK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN Satu KONSEP proses MEDIA sistematik untuk merekabentuk, membangun,melaksana & menilai pengajaran ~ Media / medium saluran (Dick & komunikasi

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.0 Pendahuluan Bab Lima ini bertujuan membincang dan merumuskan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan bagi menjawab

Lebih terperinci

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN 1. PEMUSATAN GURU: Strategi pemusatan guru juga dikenali sebagai pembelajaran eksplisit. Strategi pemusatan guru meletakkan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Ujian merupakan alat pengukuran untuk mengukur sejauh mana kejayaan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Menurut Mohd Najib (1997),

Lebih terperinci

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

REFLEKSI ERLLEY LILLEY REFLEKSI ERLLEY LILLEY Pertama sekali, saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana tugasan yang diberikan kepada saya dapat disiapkan. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu DR. Tey

Lebih terperinci

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian Penggunaan Sistem Trek Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Lima F (Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua) Md.Arman @Jamaludin Ag.Damit Abstrak Kajian ini dijalankan

Lebih terperinci