MUKA SURAT : 1/5 BELANJA MENGURUS Disediakan oleh: Diluluskan oleh: Jawatan: PENGARAH SEKTOR KHIDMAT Jawatan: REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014 SALINAN TERKAWAL Dokumen ini ialah salinan digital dan tidak memerlukan tandatangan - Jawatankuasa Dokumentasi Induk
MUKA SURAT : 2/5 1.0 OBJEKTIF Prosedur ini bertujuan memastikan Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus dilaksanakan mengikut kaedah yang ditetapkan dan memenuhi keperluan Institut Pendidikan Guru dengan mengambil kira batas perbelanjaan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2.0 SKOP Prosedur ini digunakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk menyediakan Anggaran Belanja Mengurus. 3.0 DOKUMEN RUJUKAN 3.1 Manual Kualiti IPGM-PPK-MK-01 3.2 Arahan Perbendaharaan. 3.3 Pekeliling/Surat Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa. 3.4 Surat arahan dan Garis Panduan Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus daripada Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia 3.5 Akta Prosedur Kewangan 4.0 DEFINISI 4.1 Istilah 4.1.1 Anggaran Belanja Mengurus Anggaran Belanja Mengurus mengandungi maklumat berhubung anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk mengurus Institut Pendidikan Guru agar objektif yang ditetapkan tercapai. 4.1.2 Mesyuarat Draf Anggaran Belanja Mengurus Mesyuarat Draf Anggaran Belanja Mengurus ialah mesyuarat yang bertujuan menyediakan draf Anggaran Belanja Mengurus.
MUKA SURAT : 3/5 4.2 Singkatan WP TWP : Wakil Pengurusan : Timbalan Wakil Pengurusan ABM : Anggaran Belanja Mengurus BKKPM : Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia IPG : Institut Pendidikan Guru BV : Buku Vot Berkomputer e-spkb : Sistem Perancangan Kawalan Belanjawan secara Elektronik SKP : Sektor Pengurusan KPP : Ketua Penolong Pengarah PP Kew : Penolong Pengarah Kewangan MDABM : Mesyuarat Draf Anggaran Belanja Mengurus KJ/KU : Ketua Jabatan/ Ketua Unit KUKP : Ketua Unit Pengurusan PEK : Pegawai Eksekutif Kanan/ PE : Pegawai Eksekutif
MUKA SURAT : 4/5 5.0 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Tanggungjawab Tindakan WP 1. Menerima surat arahan penyediaan ABM daripada BKKPM berserta garis panduan penyediaan ABM. 2. Mengarahkan TWP (SKP) melaksanakan arahan berkenaan. TWP (SKP) 3. Mengeluarkan surat arahan penyediaan ABM berserta garis panduan terkini penyediaan ABM kepada semua TWP. TWP/KPP 4. TWP/KPP mengadakan MDABM masing-masing. TWP 5. Mengarahkan PPKew/KUKP memaklumkan kepada semua KJ/KU untuk menyediakan Anggaran Belanja Mengurus Jabatan masing-masing mengikut format seperti dalam Garis Panduan Menyediakan ABM. PPKew/KUKP 6. Menerima format yang telah lengkap diisi pada tarikh yang ditetapkan. 7. Menyemak draf ABM yang diterima dan menetapkan tarikh mengadakan MDABM peringkat IPGM/IPG. 8. Mengadakan MDABM pada peringkat IPGM/IPG. 9. Menyediakan draf ABM disatukan berpandukan keputusan MDABM peringkat IPGM/IPG. 10. Menghantar ABM Unit dan Institut Pendidikan Guru kepada PPKew. PPKew 11. Mengumpul dan menggabungkan draf ABM IPGM dan IPG, TWP(SKP) 12. Mengadakan mesyuarat pre council IPGM dan IPG 13. Menghadiri Mesyuarat Pemeriksaan draf ABM dengan BKKPM. 14. Mengarahkan PPKew mengemas kini draf ABM IPGM dan IPG. (Sekiranya tidak diterima) PPKew 15. Mengemas kini draf ABM IPGM dan IPG. 16. Menyerahkan ABM yang kemas kini kepada TWP(SKP).
MUKA SURAT : 5/5 Tanggungjawab Tindakan TWP(SKP) 17. Menyerahkan ABM IPGM dan IPG ke BKKPM. 18. Mesyuarat Pemeriksaan ABM dengan BKKPM dan Perbendaharaan. 19. Memanggil TWP IPG untuk mesyuarat pengagihan peruntukan berdasarkan permohonan. WP 20. Menerima waran peruntukan daripada BKKPM. 6.0 REKOD KUALITI Bil Rekod Lokasi Tempoh Disimpan 1. Arahan Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus daripada Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan berserta Garis Panduan penyediaan ABM 2. Arahan Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus daripada IPG Sektor Sektor 3. Fail Belanjawan Sektor Lampiran