KECERDASAN. Azizi Yahaya PENGENALAN

dokumen-dokumen yang mirip
Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

KONSEP PSIKOLOGI SOSIAL PROF MADYA DR. MA ROF REDZUAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

KONSEP KENDIRI (Part 5)

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN

Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori. pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda?

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

Psikologi kognitif. Sinopsis:

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN. Nordin Tahir JIP

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Prestasi kerja = Motivasi Kebolehan Kekangan situasi

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KONSEP KESAHAN. Sesuatu ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur (Umum) 30-Dec-10 1

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

Emosi dan Perkembangan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Pengurusan Bilik Darjah

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

WPK 1113 Psikologi Kognitif Teori-Teori Kognitif

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

KURIKULUM PERMATA. Puan Nani Menon Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Dr. Azizah Lebai Nordin. kurikulum-june 2011

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BELAJAR CARA BELAJAR

Pertimbangan Pengumpulan Data

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

TEORI PEMBELAJARAN. IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Tajuk 6: Perkembangan Kognitif dan Bahasa. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat

BAB 1 PENGENALAN Latar belakang kajian

Tujuan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN BAHAGIAN SATU

Pendekatan Humanistik : Teori Hierarki Keperluan Maslow

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

TEORI PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN KOLB AFIZAN BINTI MOHD SHAFIAI (P73764) FAMIZAH BINTI GIRUN (P76389) NURUL NADIRAH BINTI MOHD KASIM (P79060)

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 523 Psikologi Perkembangan Remaja, Dewasa dan Orang Tua

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Model Pengurusan Strategik

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK1313 Psikolgi Pembelajaran

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEPERIKSAAN AKHIR ARAHAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1013 Psikologi Personaliti Kaedah-Kaedah Pengkajian Personaliti (Minggu 3)

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KAUNSELING BIMBINGAN KERJAYA

9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Transkripsi:

3 KECERDASAN Azizi Yahaya PENGENALAN Istilah kecerdasan mula diperkenalkan oleh Francis Galton pada akhir tahun 1800-an. Galton merupakan sepupu kepada tokoh teori evolusi yang terkenal, Charles Darwin. Galton percaya bahawa keupayaan intelektual adalah diwarisi, namun beliau gagal untuk membentuk ujian kecerdasan yang boleh digunakan dalam kajian. Walaupun beliau tidak berjaya dalam kajiannya, namun Galton telah memberikan ilmu psikologi dengan konsep kecerdasan. Definisi Konsep Kecerdasan Ahli psikologi telah memberi pelbagai definisi yang berbeza bagi konsep kecerdasan.setiap definisi memberi penekanan pada kebolehan dan kemahiran tertentu yang penting, antaranya ialah: Alfred Binet (1916), beliau sebagai pelopor dalam menyusun ujian kecerdasan yang berpendapat bahawa kecerdasan terbahagi kepada tiga aspek kemampuan iaitu:

a) direction, kemampuan untuk memusatkan kepada masalah yang hendak diselesaikan. b) adaptation, kemampuan untuk mengadakan adaptasi terhadap masalah yang dihadapinya atau fleksibel dalam menghadapi masalah. c) Criticism, kemampuan untuk mengadakan kritikan, baik terhadap masalah yang dihadapi mahupun terhadap dirinya sendiri. Menurut Edward Thorndike (1913), kecerdasan adalah kemampuan individu untuk memberi respon yang tepat terhadap stimulus yang diterimanya. Menurut David Wechsler (1958), kecerdasan sebagai kemampuan yang menyeluruh untuk bertindak secara sengaja, berfikir secara rasional, dan berurusan secara berkesan dengan persekitaran. Mengikut Piaget ( 1950), kecerdasan adalah kebolehan individu membuat adaptasi pada persekitaran fizikal dan sosial. Kepercayaan Pada Kecerdasan dan Pengetahuan Kebanyakan ahli psikologi bertelagah mengenai apakah komponen yang sepatutnya terdapat dalam kecerdasan secara umum. Soalan yang sentiasa terdapat di fikiran mereka ialah sama ada kecerdasan itu terdiri daripada keupayaan mental yang tunggal, ataupun ianya terdiri daripada pelbagai keupayaan. Tegasnya, adakah kecerdasan merupakan ciri-ciri umum yang mempengaruhi kesemua tingkah laku kita, atau adakah terdapat kecerdasan yang berbeza, yang setiap satunya memberi kesan kepada sifat khusus tingkah laku? Kini penyelidik kecerdasan cenderung mengandaikan terdapat beberapa jenis kecerdasan. PENGUJIAN KECERDASAN Mengkaji kecerdasan bermula dengan pembentukan ujian-ujian untuk mengukur keupayaan mental, iaitu termasuk ujian pencapaian, ujian bakat atau kebolehan (aptitude), dan ujian kecerdasan. Ujian pencapaian bertujuan untuk mengukur pengetahuan seseorang dalam bidang akademik, contohnya, pencapaian dalam sesuatu mata pelajaran yang telah diikuti, misalnya pelajaran matematik, kimia dan biologi. Ujian bakat atau kebolehan cuba meramalkan potensi

yang dimiliki oleh seseorang dengan tujuan untuk memperolehi faedah daripada latihan akademik atau vokasional yang akan diberikan. Misalnya, seseorang itu diuji tentang kebolehan atau bakatnya dalam bidang pertukangan sebelum dilatih sebagai tukang kerana tidak semua orang mempunyai bakat dalam pertukangan. Dengan memberikan latihan kepada mereka yang tidak mempunyai bakat atau kebolehan dalam sesuatu perkara tentunya akan membawa kepada kerugian. Di Amerika Syarikat khususnya, calon-calon yang memohon memasuki universitiuniversiti dikenakan menduduki ujian-ujian yang mengukur kebolehan dan bakat mereka ini. Di antara ujian-ujian tersebut adalah Scholastic Aptitude (SAT), American College Test (ACT), dan Graduate Recod Examination (GRE). Ujian kecerdasan pula adalah sejenis ujian bakat yang menilai keseluruhan keupayaan mental. Ciri-Ciri Ujian Kecerdasan Yang Baik Kecerdasan merupakan konsep yang abstrak, ketepatan ukurannya adalah bergantung kepada banyak faktor. Di antara kriteria yang perlu dipenuhi oleh sesuatu ujian kecerdasan sebelum diterima sebagai alat pengukuran yang baik adalah seperti berikut: 1. Piawaian. Tujuan ujian kecerdasan direkabentuk adalah untuk membandingkan prestasi antara satu sama dengan lain. Oleh itu, ujian yang diberikan mestilah dalam cara yang sama (piawai) kepada setiap orang. Sekiranya tidak, perbezaan prestasi kemungkinan diakibatkan oleh perbezaan dalam cara ujian tersebut dikendalikan dan bukannya menggambarkan perbezaan keupayaan sebenar. Akibat daripada masalah ini, ujian psikologi biasanya disertakan dengan arahan-arahan yang terperinci yang menerangkan kepada peserta dan juga pengendali bagaimana ujian tersebut perlu dijalankan. 2. Norma. Untuk membandingkan skor kecerdasan seseorang individu dengan individu lain, pembentuk ujian perlu memberikan ujian tersebut kepada sampel manusia yang besar yang mewakili populasi umum. Untuk membentuk ujian kecedersan dewasa kita perlu memberikan ujian tersebut kepada bilangan orang dewasa yang ramai, supaya hasilnya dapat menggambarkan norma bagi orang dewasa, dan bukan menggambarkan kumpulan umur lain. 3. Objektiviti. Ujian kecerdasan mesti dibina dalam bentuk yang kurang kabur tentang jawapan bagi setiap item yang disoal. Sekiranya terdapat kekaburan, dan cara membuat skor adalah

subjektif dan tidak objektif, maka faktor selain prestasi individu kemungkinannya boleh mempengaruhi skor, seperti "mood" atau prasangka pengendali ujian. 4. Kebolehpercayaan. Untuk sesuatu ujian itu berguna, ianya mestilah boleh dipercayai. Ini bermaksud skor yang diperolehi adalah lebih kurang sama sekiranya dijalankan pada dua masa yang berbeza oleh pengendali-pengendali ujian yang berbeza. Sekiranya skor- skor adalah berbeza-beza dengan nyata daripada satu ujian ke ujian yang lain, maka ujian tersebut tentunya tidak boleh dipercayai. Contohnya, sekiranya kita menguji kecerdasan seorang kanak-kanak pada hari ini dan mendapati skornya adalah 110, dan sepuluh hari kemudian, dengan menggunakan ujian yang sama diuji semula dan didapati skornya adalah 80, maka kita katakan bahawa ujian tersebut tidak dapat dipercayai. Alasannya ialah kecerdasan seseorang tidak begitu berubah dengan mendadak dalam jangka masa yang singkat. Masalah wujud kerana ujian yang digunakan itu tidak boleh dipercayai. 5. Kesahan. Perkara penting bagi satu ujian skala kecerdasan ialah ia mestilah sah, ia mesti mengukur apa yang sepatutnya diukur. Tegasnya, sekiranya ujian kecerdasan yang digunakan itu adalah untuk mengukur kecerdasan penaakulan, maka sesuatu ujian yang sah adalah ujian tepat dengan mengukur penaakulan dan bukan mengukur aspek kecerdasan yang lain. Analoginya, untuk mengukur berat sesuatu objek kita menggunakan timbang, dan bukan menggunakan kayu pembaris. KESIMPULAN Kognisi merupakan proses intelektual, iaitu melibatkan aktiviti pemikiran manusia. Sementara kecerdasan pula merupakan keupayaan menyeluruh manusia dalam berurusan dengan persekitaran. Komponen asas kognitif adalah bahasa dan imej mental. Sementara itu manusia yang cerdas adalah mereka yang berjaya menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi. Dengan itu, kecerdasan merupakan perkara penting yang harus diberikan perhatian oleh semua pihak. Ibu-bapa terutamanya, perlu mengambil berat akan corak pemakanan dan kualiti persekitaran tempat tinggal mereka bagi menjamin kecerdasan yang baik untuk anak-anak. Keadaan ini perlu dibentuk bukan sahaja sewaktu kanak-kanak tersebut membesar tetapi ianya perlu disemai sejak awal kandungan lagi. Walaupun kecerdasan boleh ditingkatkan dengan

merangsang persekitaran tempat tinggal, bagi yang memperolehi anak yang rencat akal, kualiti kasih-sayang adalah penting untuk anak-anak tersebut mengharungi hidup mereka dengan lebih harmoni.