BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP
|
|
- Sudomo Atmadjaja
- 4 tahun lalu
- Tontonan:
Transkripsi
1 BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP
2 BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.0 Pendahuluan Bab Lima ini bertujuan membincang dan merumuskan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian seperti yang terkandung dalam Bab Satu. Beberapa cadangan dan saranan kepada pihak-pihak yang berkenaan turut dimuatkan berdasarkan keputusan yang diperolehi daripada hasil kajian untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam aspek kata nama. Di samping itu, penyelidik juga menyarankan kajian-kajian lanjut yang boleh dilaksanakan oleh penyelidik lain pada masa-masa akan datang. 5.1 Kesimpulan Penyelidik akan mengutarakan beberapa perkara penting sebagai kesimpulan kepada kajian ini, berdasarkan analisis data ke atas dapatan kajian dan interpretasi keputusan kesemua data tersebut seperti yang telah dibincangkan dalam Bab Empat. Kesimpulan kajian ini adalah seperti berikut: Tahap Sebenar Penguasaan Kata Nama Bahasa Arab Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua KAA SMKKPPI. a) Seramai 23 orang (46%) daripada 50 orang pelajar tingkatan dua KAA mendapat gred A, iaitu berpencapaian cemerlang mengikut skala gred pemarkahan PMR dalam ujian bertulis yang dijalankan ke atas mereka. 17 orang daripada mereka mendapat markah dalam lingkungan (80-89) dan selebihnya 6 orang pelajar mendapat markah dalam lingkungan (90-100). 112
3 b) Seramai 19 orang pelajar (38%) mendapat gred B, iaitu berpencapaian kepujian dengan 5 orang daripada mereka memperolehi markah dalam lingkungan (65-69) dan 14 orang mendapat markah dalam lingkungan (70-79). c) Seramai 5 orang pelajar (10%) mendapat gred C, iaitu berpencapaian baik dengan 2 orang daripada mereka mendapat markah dalam lingkungan (50-59) dan 3 orang pelajar mendapat markah dalam lingkungan (60-64). d) Hanya 2 orang pelajar (4%) yang mendapat gred D, iaitu pencapaian mereka mencapai tahap penguasaan minimum dengan markah dalam lingkungan (40-49). e) Seorang pelajar (2%) mendapat gred E, iaitu tidak mencapai tahap penguasaan minimum yang dikira sebagai gagal dalam ujian tersebut. f) Peratus lulus keseluruhan pelajar dalam ujian kata nama bahasa Arab yang telah dijalankan ialah sebanyak 98% menggambarkan peratus kelulusan di tahap membanggakan. g) Berdasarkan ukuran kecenderungan memusat, nilai min skor dalam ujian tersebut adalah 75.52, nilai median adalah 78 dan nilai mod adalah 82 seperti yang dipaparkan dalam Rajah Taburan markah ujian ini menghasilkan lengkung pencong negatif iaitu nilai mod yang lebih besar daripada nilai median dan nilai median yang lebih besar daripada nilai min, menunjukkan ramai pelajar yang berpencapaian baik (Ee Ah Meng, 2002:127). 113
4 Frekuensi Ekor Negatif Min Median Mod Skor Rajah 4.10 : Lengkung Taburan Pencong Negatif h) Seramai 29 orang pelajar (58%) mendapat skor yang sama atau melebihi nilai min iaitu dan bakinya 21 orang pelajar (42%) mendapat skor kurang daripada nilai min tersebut. Dengan ini bermakna lebih daripada separuh pelajar mendapat skor lebih daripada nilai min berbanding dengan pelajar yang mendapat skor di bawah nilai min, yang menunjukkan satu pencapaian baik bagi kumpulan ini. i) Manakala berdasarkan ukuran keserakan nilai sisihan piawai adalah Nilai sisihan piawai pula memberikan ukuran sebaran data, iaitu sama ada data berdekatan (nilai sisihan piawai rendah) atau berjauhan (nilai sisihan piawai tinggi) antara satu sama lain. Nilai sisihan piawai memberikan petunjuk berkenaan darjah kepelbagaian data. Sekiranya nilai sisihan piawai rendah, darjah kepelbagaian data juga rendah, manakala sekiranya nilai sisihan piawai tinggi, darjah kepelbagaian juga tinggi. 114
5 Lebih rendah nilai sisihan piawai, lebih homogen set data itu manakala lebih tinggi nilai sisihan piawai pula, lebih heterogen set data itu (Lim Chong Hin, 2007:246). j) Julat skor pelajar dalam keputusan ujian bertulis ini adalah 58, iaitu dengan skor pelajar tertinggi 96 dan skor pelajar terendah adalah 38. Julat skor yang besar antara pelajar berpencapaian tinggi dan pelajar berpencapaian rendah menunjukkan pencapaian yang tidak seimbang di kalangan pelajar tersebut. k) Secara keseluruhannya keputusan ini menunjukkan 42 orang pelajar (84%) berjaya mendapat gred A dan B, manakala selebihnya 8 orang pelajar (16%) mendapat gred C, D dan E. Keputusan ini menggambarkan sejumlah besar pelajar tingkatan dua KAA di SMKKPPI berpencapaian baik, walaupun sebilangan kecil daripada mereka yang hanya mencapai tahap penguasaan minimum dan tidak mencapai tahap penguasaan minimum mengikut skala gred pemarkahan PMR. l) Terdapat pelajar yang tidak dapat membezakan antara golongan kata dalam bahasa Arab, iaitu kata nama, kata kerja dan partikel, berpandukan jawapan mereka dalam ujian bertulis yang tidak dapat mengasingkan golongan kata tersebut secara tepat. Situasi ini sama dengan hasil kajian Ali Hin (2000:136) dalam disertasinya berkenaan penggunaan isim ma rifat di kalangan pelajar tingkatan empat dan lima SMKA, mendapati ramai pelajar yang tidak faham mengenai istilah isim atau kata nama berdasarkan jawapan mereka tidak dapat mengasingkan kata nama dari petikan teks dengan baik, di samping ramai di kalangan mereka tidak dapat membezakan antara kata kerja dan kata nama. m) Penguasaan pelajar dalam kata nama mudhakkar dan kata nama mu annath adalah di tahap sederhana dengan 36 orang pelajar (72%) mendapat skor sama atau melebihi nilai min, iaitu Namun begitu terdapat pelajar yang tidak dapat membezakan antara tanda-tanda bagi kata nama mudhakkar dan kata nama mu annath. 115
6 n) Penguasaan pelajar dalam kata nama bahasa Arab dari aspek bilangan yang merangkumi kata nama tunggal, kata nama dual dan kata nama jama adalah di tahap sederhana. Bagaimana pun terdapat sebilangan kecil pelajar yang amat lemah dalam aspek tersebut. Permasalahan utama yang dikenal pasti ialah mereka tidak dapat membezakan antara semua bentuk golongan kata dari segi bilangan, menyebabkan timbul kekeliruan untuk menukarkan golongan kata berkenaan kepada bentuk golongan kata yang lain. o) Penguasaan pelajar dalam kata nama bahasa Arab dari aspek ketentuan iaitu kata nama ma rifat dan kata nama nakirat adalah di tahap sederhana, dengan 28 orang pelajar (56%) mendapat skor sama atau melebihi nilai min iaitu Pelajar didapati tidak mampu mengenal dan membezakan antara kedua-dua bentuk kata nama tersebut, menyebabkan mereka meletakkan kata nama ma rifat di ruangan jawapan kata nama nakirat dan begitulah sebaliknya. Keadaan ini juga meyerupai dapatan kajian Ali Hin (2000:36) yang menunjukkan hanya 50% pelajar dapat mengenal dan menggunakan isim ma rifat dengan baik. p) Penguasaan pelajar dalam kata tunjuk adalah di tahap baik, dengan 38 orang pelajar (76%) memperolehi skor sama atau melebihi nilai min, iaitu Hanya sebilangan kecil pelajar yang tidak dapat menguasai kata tunjuk. q) Penguasaan pelajar dalam kata hubung adalah kurang memuaskan, dengan 20 orang pelajar (40%) mencatat skor sama atau melebihi nilai min, iaitu Pelajar tidak mampu menguasai penggunaan kata hubung sepenuhnya dengan meletakkan kata hubung yang tidak tepat dalam ruangan jawapan. Mereka dikenal pasti paling ramai melakukan kesilapan dalam penggunaan kata hubung ( yang digunakan untuk (ال ذ ي ن lafaz jama mudhakkar. 116
7 5.1.2 Aspek Pembelajaran Pelajar Khususnya Dalam Kata Nama Bahasa Arab a) Tiada seorang pun daripada pelajar yang didapati menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan di rumah. Sebaliknya semua pelajar menggunakan bahasa Melayu dan 31 orang (62%) yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan di rumah. Keadaan ini boleh mempengaruhi penguasaan mereka dalam menggunakan bahasa Arab secara berkesan, yang menyebabkan bahasa tersebut hanya dipelajari di sekolah tetapi tidak dipraktikkan di luar bilik darjah. b) Sebahagian daripada pelajar pernah mendapat pendedahan mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi secara formal di sekolah rendah dan sebahagian lagi mempelajarinya di sekolah menengah dalam KAA. Situasi ini juga boleh mempengaruhi tahap penguasaan pelajar dalam bahasa Arab. Dari segi tempoh masa pelajar yang pernah mendapat pendedahan dan mempelajarinya secara tidak langsung telah menguasai sedikit sebanyak bahasa tersebut, berbanding dengan mereka yang baru mempelajarinya di peringkat menengah. c) Lebih daripada sebahagian pelajar iaitu 47 orang (94%) menyatakan kemasukan mereka ke KAA adalah dengan pilihan sendiri dan 3 orang lagi (6%) menyatakan sebaliknya. Hal ini menggambarkan ketidaksediaan pelajar dalam membuat pilihan untuk mempelajari bahasa Arab dan boleh mempengaruhi minat mereka terhadap mata pelajaran tersebut. d) Gabungan pelajar yang sangat berminat dan berminat mempelajari bahasa Arab adalah seramai 48 orang (96%) dan 2 orang (4%) tidak berminat mempelajarinya. Faktor minat juga memainkan peranan penting bagi pelajar mempelajari bahasa Arab dengan tekun dan penuh semangat untuk menguasainya serta dapat mempraktikkannya bersesuaian dengan tahap pembelajaran mereka. e) Enam orang pelajar (12%) menganggap mata pelajaran bahasa Arab adalah mata pelajaran yang senang dikuasai, 36 orang (72%) menyatakan sederhana dikuasai, 6 117
8 orang (12%) menyatakan susah dikuasai dan 2 orang (4%) menyatakan sangat susah dikuasai. Tanggapan negatif pelajar terhadap bahasa Arab boleh melunturkan semangat mereka untuk menguasai dan meningkatkan penguasaan dalam mata pelajaran berkenaan. f) 10 orang pelajar (20%) mempunyai jadual khusus untuk mengulangkaji bahasa Arab di luar waktu persekolahan dan 40 orang pelajar (80%) tidak berbuat demikian. Kegagalan pelajar memperuntukkan masa tertentu untuk mengulangkaji bahasa Arab di luar waktu persekolahan, menunjukkan sikap sambil lewa mereka terhadap mata pelajaran tersebut. Mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada pengajaran guru di dalam bilik darjah dan tiada inisiatif sendiri untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab. g) Lebih daripada sebahagian pelajar, iaitu 27 orang (54%) menghadapi masalah dalam mengingati kata nama bahasa Arab. Kata nama merupakan salah satu unsur yang penting dan kosa kata yang paling asas dalam bahasa Arab. Kegagalan pelajar menguasai kata nama menyebabkan mereka tidak mempunyai kosa kata yang sepatutnya dikuasai di peringkat tersebut. Seterusnya akan mempengaruhi penguasaan mereka dalam bahasa Arab secara keseluruhan. h) 31 orang pelajar (62%) tidak dapat membezakan antara golongan kata bahasa Arab yang merangkumi kata nama, kata kerja dan partikel. Kelemahan pelajar dalam membezakan antara golongan kata tersebut turut menjejaskan penguasaan bahasa Arab secara keseluruhan. i) 32 orang pelajar (64%) berpendapat kelemahan mereka dalam menguasai kata nama bahasa Arab tidak mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut secara keseluruhannya. Tanggapan pelajar yang sedemikian tentang kepentingan menguasai kata nama bahasa Arab, menyebabkan mereka mengambil mudah dan memandang ringan serta tidak bersungguh-sungguh dalam mempelajari bahasa Arab. 118
9 5.1.3 Aspek Pengajaran Guru a) Pengalaman guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi di peringkat menengah rendah di SMKKPPI adalah antara dua hingga enam tahun. Ini merupakan satu tempoh yang baru dari segi pengalaman dan pendedahan berkenaan kaedah, teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai satu bahasa asing yang diperkenalkan di sekolah. b) Majoriti guru tidak menggunakan bahasa Arab sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran dengan peratus penggunaannya adalah sekitar 30% sehingga 50 % sahaja. Kadar penggunaan bahasa Arab yang sedikit sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah boleh mempengaruhi tahap penguasaan pelajar terhadap bahasa itu. c) Hanya 2 orang guru memperuntukkan masa khusus mengajar kata nama bahasa Arab semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Ini menunjukkan kurang penekanan diberikan dalam menerap, menggalak dan melatih tubi penguasaan kata nama bahasa Arab kepada pelajar. Keadaan ini boleh mengurangkan peluang pelajar untuk menguasai kata nama bahasa Arab mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak JAPIM, KPM. d) Guru banyak menggunakan terjemahan bahasa Melayu dalam pengajaran kata nama bahasa Arab dan pengajaran berpusatkan guru, menyebabkan pendedahan pelajar terhadap bahasa Arab adalah terhad. Kaedah ini tidak membantu pelajar menguasai bahasa Arab secara efektif. 5.2 Cadangan Kajian Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dilakukan dalam usaha untuk meningkatkan lagi prestasi penguasaan pelajar terhadap bahasa Arab khususnya aspek kata nama. 119
10 5.2.1 Pengajaran Guru a) Guru perlu memainkan peranan lebih aktif dan mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan pelajar menguasai kata nama, sebagai contohnya menggunakan kemudahan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. b) Guru perlu mensasarkan sejumlah kata nama yang mesti dikuasai oleh pelajar bermula di peringkat awal lagi dan memastikan mereka menghafalnya serta membuat penilaian dan tindakan susulan terhadap penguasaan kata nama yang telah ditetapkan. c) Guru perlu mempelbagaikan aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan teknik dan kaedah tertentu untuk menarik minat pelajar dan memudahkan penguasaan mereka terhadap kata nama bahasa Arab serta menggalakkan penglibatan mereka dalam setiap aktiviti yang dijalankan. d) Guru perlu sentiasa memotivasikan pelajar kepentingan mereka menguasai kata nama bahasa Arab. e) Guru perlu menggunakan bahasa Arab sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan meminimakan penggunaan terjemahan bahasa Melayu ke dalam bahasa Arab, supaya pelajar dapat menguasainya dengan baik. f) Guru perlu mengajar bahasa Arab mengikut sukatan pelajaran dan menghabiskan kandungan dalam buku teks serta tidak mengabaikan pelajaran nahu Pembelajaran Pelajar a) Pelajar perlu menanam minat untuk mempelajari bahasa Arab dan berusaha bersunguh-sungguh untuk menguasainya serta tidak malu bertanya kepada guru sebarang persoalan yang berkaitan dengan bahasa Arab. 120
11 b) Pelajar perlu mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam kata nama bahasa Arab dan tidak mengharapkan input yang diberikan oleh guru semasa pembelajaran di dalam bilik darjah. c) Pelajar perlu mengikis dan membuang tanggapan negatif terhadap bahasa Arab adalah mata pelajaran yang susah dikuasai dan tidak bersikap sambil lewa dalam mempelajarinya walaupun mata pelajaran tersebut adalah mata pelajaran elektif. d) Pelajar perlu berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan sekelas menggunakan bahasa Arab samada di dalam atau di luar bilik darjah bersesuaian dengan tahap mereka di peringkat menengah rendah Pihak Pentadbir Sekolah a) Pihak pentadbir sekolah perlu memberikan sokongan sepenuhnya terhadap semua aktiviti berkenaan bahasa Arab yang diadakan di peringkat sekolah, daerah dan negeri. b) Membantu guru-guru bahasa Arab dalam usaha menghidupkan persekitaran dan suasana Arab atau Bi at Arabiyyat. di sekolah sama ada di dalam atau di luar bilik darjah dari segi fizikal, kemudahan, suasana pembelajaran dan sebagainya. c) Menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti seminar bahasa Arab, kursus bahasa Arab, perkhemahan bahasa Arab dan seumpamanya di peringkat sekolah Pihak Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) a) Merangka garis panduan kesesuaian kata nama bahasa Arab yang perlu dikuasai oleh pelajar peringkat menengah rendah untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab secara keseluruhannya. 121
12 b) Menyedia, memperbanyak dan mempelbagaikan soalan latih tubi kepada para pelajar bermula dari peringkat awal lagi. c) Menganjurkan kursus-kursus dalam perkhidmatan kepada guru-guru bahasa Arab untuk meningkatkan lagi profesion keguruan dalam bidang bahasa Arab. 5.3 Cadangan Kajian Lanjut Berikut adalah beberapa saranan yang difikirkan sesuai untuk dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji akan datang untuk menambahbaik kajian yang sedia ada bagi meningkatkan lagi prestasi penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar dalam aspek kata nama: a) Kajian tentang penggunaan kata nama bahasa Arab di kalangan pelajar peringkat menengah atas. b) Kajian tentang strategi pembelajaran kata nama bahasa Arab di peringkat universiti. c) Kajian tentang kata nama bahasa Arab dengan menggunakan soalan esei sebagai salah satu instrumen kajian. d) Kajian tentang kaedah pengajaran guru dalam kata nama bahasa Arab. 5.4 Penutup Penyelidik telah mengupas dan menghuraikan hasil dapatan kajian, kesimpulan dan cadangan berkaitan secara terperinci berdasarkan interpretasi keputusan kesemua data. Ini merupakan implikasi kepada kajian bagi menjawab persoalan-persoalan kajian berpandukan objektif yang ditetapkan di awal kajian. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan tahap sebenar penguasaan kata nama bahasa Arab di kalangan respondan kajian pelajar tingkatan dua KAA di SMKKPPI, adalah di tahap baik. Sejumlah besar daripada 50 orang responden berjaya 122
13 memperolehi gred A dan B, iaitu seramai 42 orang yang mewakili 84% dan hanya segelintir responden yang mencapai tahap penguasaan minimum serta tidak mencapai tahap penguasaan minimum, mengikut skala gred pemarkahan PMR KBSM. Semoga semua hasil kajian penyelidik ini dapat memberi panduan dan manfaat kepada semua pihak, sama ada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang bahasa Arab. Di samping itu, untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab di kalangan pencintanya dan memartabatkan bahasa al-quran yang telah dijanjikan oleh Allah akan keberkekalannya. 123
BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN
BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Bab ini menerangkan metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam menjalankan kajian, untuk menjelaskan perkaitan antara objektif
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,
BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam
BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Bab ini akan membincangkan dan merumuskan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan
BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan
BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.0 Pendahuluan Bab ini akan membincangkan dan merumuskan hasil kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik dan akan menjawab persoalan-persoalan kajian yang
BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang
BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN 6.1 Pendahuluan. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang kajian yang telah dijalankan. Penulis juga akan menyimpulkan beberapa faktor-faktor
BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical
BAB 4 ANALISIS DATA 4.0 Pengenalan Bab ini melaporkan dapatan kajian berdasarkan keputusan ujian dan tindak balas yang diberikan oleh responden-responden terhadap soal selidik yang dijalankan. Kajian ini
BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:
BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan Bab ini akan membentangkan dapatan data berdasarkan kepada instrumen kajian yang telah digunakan iaitu soal selidik, ujian kemahiran menulis, dan temu bual.
BAB EMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
BAB EMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN BAB EMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pendahuluan Dalam bab ini, penyelidik menganalisis dan menghuraikan dapatan kajian yang diperolehi berdasarkan empat bahagian
BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil
BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 PENDAHULUAN Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis statistik deskriptif dan inferensi
Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar
Rumusan Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar normal yang lain. Secara keseluruhannya pemaparan
BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN
BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merumuskan hasil kajian yang diperolehi dan dianalisis di sepanjang penyelidikan yang telah dijalankan. Penulis membahagikan bab ini kepada 3
BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi
BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan: Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi bab sebelum ini mengikut aspek yang ditimbulkan dalam persoalan kajian serta
BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.
BAB 5 KESIMPULAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji merumuskan secara ringkas segala perbincangan dan dapatan kajian yang telah dilakukan dalam
BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian
BAB SATU PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian iaitu, latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan
PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1087 PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI SEKOLAH-SEKOLAH TERPILIH DI NUSANTARA Md Noor Bin Hussin, Adnan Mat Ali, Idi Hamdi, Nor Efendy Ahmad Sokeri, Zulhazmi Anwar,
Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005
MENINGKATKAN PRESTASI MURID TAHUN 5 JAYA DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH PETA MINDA DAN KATA SOAL Oleh Zalekha binti Haji Elie Sek. Keb. Abang Aing, 95000 Sri Aman Abstrak Kajian tindakan
BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana
BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.1 Pendahuluan Secara umumnya, penggunaan kaedah transliterasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana
2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian
Penggunaan Sistem Trek Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Lima F (Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua) Md.Arman @Jamaludin Ag.Damit Abstrak Kajian ini dijalankan
BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.
BAB LIMA PENUTUP 5.1 Pendahuluan Bab ini menghuraikan rumusan tentang penemuan kajian dan cadangan-cadangan ke arah menjadikan Kursus Pendidikan Islam mempengaruhi terhadap cara hidup pelajar dalam semua
KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA
KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA Lam Yat Chaw Yau Yee Shin Yeo Chui Eng Chew Chui Kian Lee Sung Ping Jabatan Bahasa Lee Vui Lin Jabatan Kajian Sosial ABSTRAK
ISI KANDUNGAN. Abstrak. Penghargaan. Isi Kandungan. Jadual Pedoman Transliterasi. Senarai Kependekan. Senarai Rajah BAB 1 PENGENALAN (1-10)
ISI KANDUNGAN Halaman Perakuan Abstrak Abstract Penghargaan Isi Kandungan Jadual Pedoman Transliterasi Senarai Kependekan Senarai Jadual Senarai Rajah ii iii iv v x xiii xiv xvii BAB 1 PENGENALAN (1-10)
Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya
Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya 1.0 Pendahuluan Isu kelas peralihan sering mendapat perhatian para guru,ibu bapa dan masyarakat secara umumnya. Kelas peralihan
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO Oleh: Aida Ibrahim Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah 86000 Kluang, Johor ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan
BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN 5.1 PENDAHULUAN Bab ini memaparkan ringkasan kajian secara menyeluruh yang merangkumi tujuan, kerangka teoretikal kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument
2.0 PENYATAAN MASALAH
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Penilaian Keperluan Penggunaan Buku Kerja Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Murid Tahap II Di Sekolah
BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali
BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali Kepentingan guru adalah diutamakan lebih daripada profesion Profesion ini
Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik
Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik A. Ahmad 1, S. M. Idrus 2, N.N. N. A. Malik 3, N.A. Murad 4, N. H. Ngajikin & M. R. M. Esa 6 Fakulti Kejuruteraan
berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.
Berdasarkan dari dapatan kedua-dua bahagian di atas, jelas menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pelajar tidak mampu menterjemah perkataan Arab berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.
2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.
ARAHAN KEPADA CALON: 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A: Bahagian B: Bahagian C: 30 soalan objektif 3 soalan struktur 4 soalan esei 2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga
BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.
BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci. Memandangkan kajian ini merupakan kajian lapangan yang dianalisis menggunakan
BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP
BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP 6.0 PENDAHULUAN Pengkaji membahagikan bab keenam ini kepada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah rumusan daripada kelima-lima bab yang telah dikemukakan sebelum
Tujuan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian
PJM 3115 PENGUJIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN Tujuan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian i. Pemilihan/penempatan- Menempatkan pelajar dalam kumpulan mengikut keupayaan masing-masing.
BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan
BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN 7.0 PENDAHULUAN Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan kajian, rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan pendekatan
Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.
Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3. Kandungan 1 Kajian Tindakan : Meningkatkan Penguasaan Pelajar Dalam
BAB KEEMPAT : PERBINCANGAN DATA
BAB KEEMPAT : PERBINCANGAN DATA 4.0. Pendahuluan Dalam pungutan data yang di ambil penulis mendapati ramai pelajar yang dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Penulis juga mendapati responden
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong kita untuk
STATISTIK ASAS. Nordin Tahir Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh
STATISTIK ASAS Nordin Tahir Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh Statistik Asas Statistik asas merupakan satu teknik matematik untuk memproses, menyusun, menganalisis dan membuat kesimpulan tentang
BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di
BAB 5 139 BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. 5.0 PENDAHULUAN. Setelah empat bab yang dibincangkan oleh penulis maka bab yang kelima ini merupakan bab yang terakhir bagi menyiapkan disertasi ini. Di dalam bab
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENDAHULUAN Bab ini akan membincangkan proses yang perlu diselaraskan dan langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data mentah untuk kajian ini. Langkah-langkah
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Ujian merupakan alat pengukuran untuk mengukur sejauh mana kejayaan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Menurut Mohd Najib (1997),
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP KANDUNGAN Muka Surat 1. Pendahuluan 1 2. Pengenalan 2 3. Proses Kerja Penilaian 4 4. Kaedah Penilaian 5 5. Penetapan
BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Secara realitinya, telah banyak inovasi diperkenalkan memandangkan ledakan teknologi yang semakin pesat dalam dunia pendidikan pada masa kini. Hal ini sekaligus telah memberikan
MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS
MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS Prof. Madya, Dr. Yahya Buntat Dr. Muhammad Sukri Saud Siti Fatimah Ahmad Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor. Abstrak: Kajian ini
Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:
Pengajian Am (900) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 50 187 orang. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 80.78%, turun sebanyak 0.08% berbanding
Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang
Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang Mohd Anuar Bin Abdul Rahman & Khamsawati Binti Jaafar Fakulti Pendidikan Universiti
BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN
BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN 5.1 Pengenalan Hasil daripada kajian strategi membaca teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar ini, pengkaji akan mengemukakan cadangan dan saranan dalam dua bentuk yang berbeza,
BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian
BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN 6.0 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan. Ringkasan kajian berfokus tentang konsep penerapan
BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan
BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Dalam bab keempat ini, pengkaji mengemukakan dapatan dan analisis kajian secara terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian,
MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)
MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS) Arifin Hj Zainal arifin_zainal@oum.edu.my Open University Malaysia Abstrak Satu kajian telah dilakukan oleh Fakulti
BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang
BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang dijalankan iaitu, latar belakang, masalah kajian, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan
Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH
PEMARKAHAN PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA Penyelia Buku log 0 Laporan 0 60 Supervision 0 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 0 Laporan 0 0 JUMLAH 00 00 PENILAIAN LAPORAN PENYELIA (0%) No Aspek
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Kajian ini menggunakan metodologi secara perpustakaan sahaja iaitu kajian yang tidak melibatkan aktiviti di lapangan. Metodologi ini lebih menjimatkan masa dan tidak
Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN
Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci. Kajian ini dianalisis secara kuantitatif. Kaedah ini dipilih kerana ia sesuai untuk
5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden
5.1 Pengenalan Dalam Bab ini dapatan kajian berdasarkan penganalisisan data dalam bab 4 akan dibincangkan.dengan itu jawapan kepada soalan-soalan akan dikemukakan dalam bab ini. Pengkaji juga telah mengemukakan
Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Penilaian Kendiri Sekolah TUJUAN: Instrumen ini diguna pakai oleh sekolah untuk mengukur tahap
CATATAN ANALISIS KANDUNGAN
CATATAN ANALISIS KANDUNGAN LAMPIRAN C Butiran Dokumen KERJA PROJEK SEJARAH KST TAHUN 2006 NAMA PELAJAR : P1 TAJUK : PERISTIWA 13 MEI BILANGAN : 1 Catatan Analisis Kandungan Soalan/ Komen Semakan secara
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu, perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikan dalam
BAB KEENAM KESIMPULAN. dapatan bagi setiap analisis yang telah dibuat dalam bab-bab sebelum ini. Huraian bagi
BAB KEENAM KESIMPULAN. 6.0 Pengenalan Dalam bab keenam ini, penulis membuat kesimpulan menyeluruh yang merangkumi dapatan bagi setiap analisis yang telah dibuat dalam bab-bab sebelum ini. Huraian bagi
BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk
BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 PENDAHULUAN Bab ini membentangkan rumusan daripada analisis dapatan kajian untuk menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk kajian akan datang.
BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN
1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy
METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang
BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang menganalisis wacana lisan bahasa Melayu dalam konteks tanya-jawab di bilik darjah.
PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014
PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014 Disediakan oleh: Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia 1.0 TAJUK PERTANDINGAN PROJEK INOVASI
9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan
9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Soalan 1 : Adakah teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran sifir darab 2 hingga 5? Hasil dapatan kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan markah
KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN
KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN 1. Kertas cadangan (Proposal) Kajian Tindakan Kertas cadangan atau proposal kajian tindakan ialah penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan
LAPORAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN 2013
LAPORAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN 2013 POLITEKNIK KUCHING SARAWAK UNIT KAJIAN PENGESANAN GRADUAN PKS LAPORAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN INI MERUPAKAN HASIL ANALISIS KAJIAN KEBOLEHPASARAN DAN TAHAP KEPUASAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai
TERHAD 3/ LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENILAIAN MENENGAH RENDAH 00 3/ GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas Februari Julai. Kerja Kursus ini mengandungi dua tugasan: Tugasan dan Tugasan..
vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL
vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii viii BAB PERKARA MUKA SURAT 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar
TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK
TUNDUK PADI BERISI Oleh Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK Kajian ini saya jalankan apabila saya mendapati Siti, seorang murid Tahun 3 menghadapi masalah menulis perkataan dengan betul. Siti hanya boleh membaca
2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 Konsep Pengalaman Berasaskan (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Pelaksanaan PBS dapat
Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak
12 Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan Fauziah Mohamed Ata fauziah_mohamed_ata@moe.edu.sg Rosalina Mohamed Taib rosalina_mohamed_taib@moe.edu.sg Sekolah Rendah Endeavour Abstrak Pengajaran dan pembelajaran
BAHAGIAN A 30 markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.
BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan. 1. Panel penggubal kurikulum untuk sekolah menengah menekankan ciri-ciri pendidikan berikut: pengukuhan kemahiran asas
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SULIT Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2002 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2009 sebelum mengisi borang ini UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN
BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan
BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan Penyebutan Huruf al-qur an al-karim dalam kalangan saudara baru adalah merupakan satu kajian yang unggul. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SULIT Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2002 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2009 sebelum mengisi borang ini UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN
8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk
8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI Analisis data merupakan satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data serta prosedur statistik (Bhasah, 2007). Dalam kajian tindakan ini, saya menganalisis semua
BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP
BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP 6.0 PENGENALAN Bab ini akan merumuskan hasil analisis semua data yang terkumpul untuk menjawab persoalan kajian. Seterusnya bab ini juga akan mengemukakan cadangan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SULIT Sila rujuk Panduan Pelaksanaan Penilaian Prestasi Perkhidmatan Awam Malaysia sebelum mengisi borang ini BORANG UiTM (Prestasi) 5/2002 No. KP : : No. Pekerja : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA LAPORAN PENILAIAN
1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan SK Bukit Ceria (SKBC)(nama samaran) adalah sebuah sekolah yang terletak di daerah Kuala Muda / Yan, iaitu 5 km dari Bandar Gurun, Kedah. Kajian tindakan ini dijalankan di
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT) Oleh: Nor Salhana Mohd Arshad Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam 06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan
DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG
PERSEPSI PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG Prof. Madya Dr. Azizi Hj.
Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen
Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Abstrak Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca
BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian
BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 5.0 PENDAHULUAN Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian tentang penggunaan kohesi nahuan dalam karangan pelajar tingkatan tiga. Seramai
Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak
39 Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit Melati Hallel melati_hallel@moe.edu.sg Noor Aisyah Buang noor_aisya_buang@moe.edu.sg Sekolah Rendah Si Ling Abstrak Dua isu
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengurusan kualiti memainkan peranan penting dalam organisasi perkhidmatam awam. Ia akan dapat memastikan organisasi berkenaan sentiasa relevan dengan keperluan semasa
ARAHAN: ( )
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) Kod Dokumen : OPR/HEPA/BR25/SPP BORANG SOAL SELIDIK AKTIVITI PELAJAR ARAHAN: BERIKUT DISENARAIKAN PERNYATAAN
Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005
MENULIS NOMBOR 0 HINGGA 10 Oleh Law Hie Hieng @ Law Hui Hui Sek. Jenis Keb. Cina Chung Hua Lingga, 94900 Lingga, Sri Aman. Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya dapati Ah Yew, seorang murid Tahun
NO. K/P - - UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN NILAIAN PRESTASI UNTUK KENAIKAN PANGKAT BAGI KUMPULAN SOKONGAN TAHUN 200
JP-BSM-UK-BO19 No. semakan: 0 1 September 2007 SULIT NO. K/P - - UKM(PER) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN NILAIAN PRESTASI UNTUK KENAIKAN PANGKAT BAGI KUMPULAN SOKONGAN TAHUN 200 BAHAGIAN I BUTIR-BUTIR
LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...
LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK)
GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *
1.0 Pengenalan GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA * Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM dikehendaki menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) yang melibatkan satu kajian dalam bidang pengajian di Fakulti
PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH
PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH Guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai
BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN
BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN 3.0 Pendahuluan Bab ini membincangkan kaedah penyelidikan yang diguna pakai bagi menjayakan penyelidikan ini. Antara aspek yang disentuh ialah prosedur penyelidikan, reka
LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...
LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai
10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI
10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok
BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN
BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN Kognitif TIGA DOMAIN PENGUJIAN - bidang mengenai pengetahuan, faktafakta, teori dan kefahaman - merujuk secara langsung kepada Taksonomi Bloom (pengetahuan,
Sustainable Education 54
Sustainable Education 54 AMALAN PEMBUANGAN SAMPAH DALAM KALANGAN PENSYARAH, PELAJAR & PEKERJA KAFETERIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU- KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM Fazida binti Haji Othman Jabatan Sains Sosial,
BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL
BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL 5.0 PENDAHULUAN Pengkaji telah menjalankan tinjauan kedua kepada 70 orang pejajar yang telah mempelajari MABAUPUMS melalui soal selidik kedua (Sila rujuk Lampiran
Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar
Meningkatkan Keupayaan Menulis Karangan Sepanjang Sekurang-kurangnya 350 Patah Perkataan Dalam Masa Yang Ditetapkan Menggunakan Kaedah Salin dan Jalin. Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar Abstrak Kajian Tindakan
PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF
PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Huraian tentang latar belakang / konteks hendaklah memberikan maklumat berkaitan senario kajian Ciri-ciri sekolah iaitu latar belakang
BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Industri pembinaan hari ini terdedah kepada cabaran dari dalam dan luar industri yang membawa kepada keperluan pengurusan dan pengawalan risiko pembinaan. Salah satu kaedah