Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

dokumen-dokumen yang mirip
10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

ARAHAN: ( )

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

OBJEKTIF PENGENALAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN KOKURIKULUM PDPLI

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

Taklimat untuk Guru BM

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

Inovasi dan Perubahan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

Pendekatan Humanistik : Teori Hierarki Keperluan Maslow

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

Dibangunkan atas nasihat pakar psikometrik dan ahli psikologi

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat

PENGAJARAN BERPASANGAN

BAHAGIAN A 30 Markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan. 1. Falsafah pendidikan essentialisme memberi penekanan kepada

Keupayaan menjanarasa hala tuju dan keyakinan dalam kalangan pengikutnya. mempengaruhi pengikut kearah mencapai matlamat.

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Apabila seseorang itu sedar tentang apa yang difikirkan maka adalah mudah baginya untuk mengawal tindakan yang akan diambil seterusnya.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Model Pengurusan Strategik

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

Pengurusan Bilik Darjah

TOPIK 1 ALAM BELAJAR. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

I I I I I I I I I I I I I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN

Transkripsi:

Topik 5 Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan konsep kemahiran interpersonal; 2. Menerangkan konsep kemahiran intrapersonal; 3. Mengenal pasti tahap kecerdasan murid dengan memerhatikan tingkah laku dan kebolehan mereka; dan 4. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal pelajar. PENGENALAN Seorang guru harus mahir dalam menyampaikan maklumat dengan berkesan kepada pelajar dan membimbing mereka dalam pencapaian akademik yang baik. Guru tersebut juga harus menilai cara mengajar diri sendiri dan berusaha untuk memperbaiki kesilapan. Ini melibatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang baik. Apakah itu kemahiran interpersonal dan intrapersonal? Dalam topik ini, kita akan melihat bagaimana kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal mempengaruhi cara seseorang individu itu berkomunikasi. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dicadangkan bagi kedua-dua kemahiran ini untuk memudahkan guru mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Unsur-unsur bekerjasama, toleransi dan bertanggungjawab serta komited dibincangkan di bawah subtopik Kemahiran Interpersonal.

112 TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL Seterusnya di bawah Kemahiran Intrapersonal dibincangkan berkenaan menghargai diri, pengawalan emosi dan mengapa seorang guru itu perlu menjadi prihatin (prihatin telah dibincangkan dalam Topik 3). 5.1 TEORI KECERDASAN PELBAGAI (MULTIPLE INTELLIGENCES) Cara kita berinteraksi berbeza mengikut tempat, individu yang dilawan berkomunikasi dan situasi yang wujud ketika interaksi berlaku. Sebagai guru, kita tahu pelajar mempunyai keperluan berbeza dan cara belajar berbeza. Sebahagian pelajar sukakan angka manakala sebahagian lagi sukakan warna dan ada pula yang suka bercerita atau menyanyi. Terdapat juga pelajar yang suka bekerja dalam kumpulan, manakala sebahagian kecil pula akan menghasilkan tugasan yang baik jika bersendirian. Justeru itu, untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang lebih berkesan dan mencapai objektifnya, pelbagai aktiviti perlu digunakan. Dengan itu, keperluan pelajar yang pelbagai dengan cara belajar yang pelbagai juga dapat ditangani. Teori Pelbagai Kecerdasan yang dipelopori oleh Howard Gardner pada tahun 1993 mengatakan manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu kecerdasan verballinguistik, logik matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal dan intrapersonal. Terkini telah ditambah satu lagi kecerdasan iaitu naturalis dan melengkapkannya kepada lapan kecerdasan. Setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan ini, tetapi mungkin hanya dua atau tiga kecerdasan yang menonjol atau lebih jelas kelihatan daripada yang lain-lainnya. Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai ialah: (i) Verbal-Linguistik; (ii) Logik-Matematik; (iii) Visual-Ruang; (iv) Kinestetik; (v) Muzik; (vi) Interpersonal; (vii) Intrapersonal; dan (viii) Naturalis.

TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL 113 Mengikut Gardner, kesemua lapan kecerdasan ini dimiliki oleh semua individu tetapi tahapnya adalah berbeza (rujuk Rajah 5.1 untuk penjelasan). Oleh sebab itu, guru boleh memupuk kecerdasan tersebut dalam dirinya sendiri dan juga dalam diri pelajar-pelajarnya. Rajah 5.1: Teori pelbagai kecerdasan Dengan menguasai Teori Kecerdasan Pelbagai ini, seorang guru akan: (d) Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap individu pelajar adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan; Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas; Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui p&p yang menyeronokkan; Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam p&p;

114 TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL (e) Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah; dan (f) Mempelbagai cara penilaian seperti berikut (lihat Jadual 5.1): Jadual 5.1: Cara Penilaian Bermakna Cara Menilai Mengikut konteks Sesuai dengan kecerdasan murid Membenarkan perkembangan kesemua kecerdasan Digabung jalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Mencerminkan kepakaran murid dalam sesuatu kemahiran Penjelasan Mempunyai nilai kepada murid. Berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan mereka. Membenarkan masa untuk murid menghayati proses penghasilan sesuatu projek atau penilaian. Melibatkan kreativiti, perbincangan, penyelesaian masalah, demonstrasi, refleksi dan penyampaian. Murid belajar kerana ingin tahu dan digalakkan belajar dalam kumpulan. Perbandingan dibuat dengan hasil yang lepas oleh murid itu sendiri. (g) Mempelbagaikan aktiviti p&p di bilik darjah dengan menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom. Sekarang, mari kita lihat bagaimana cara mengenal pasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai. Cara-caranya adalah seperti berikut: Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid; Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah; dan Membuat pemerhatian ke atas: (i) Tingkah laku murid semasa p&p; (ii) Aktiviti yang digemari murid pada masa lapang; (iii) Laporan prestasi murid; dan (iv) Profil kecerdasan murid.

TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL 115 5.2 KEMAHIRAN INTERPERSONAL Howard Gardner (1983) memberikan definisi kemahiran interpersonal di dalam bukunya Frames of Mind sebagai kebolehan memahami orang lain dan menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan menguruskan komunikasi. Kemahiran interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah dan dapat memberi motivasi kepada orang lain. Salah satu cara mendefinisikan kemahiran interpersonal ialah dengan cara meneliti perkara-perkara berikut: (d) Bilangan individu yang terlibat; Jarak kedudukan antara penutur dengan pendengar; Jumlah saluran deria yang terlibat; dan Maklum balas yang disediakan. Rajah 5.2 di bawah menunjukkan aspek-aspek kemahiran interpersonal. Rajah 5.2: Aspek-aspek kemahiran interpersonal Seterusnya kita akan melihat huraian lanjut tentang setiap aspek yang dinyatakan dalam rajah di atas.

116 TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL Kepimpinan Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang boleh mempengaruhi ahliahli di dalam kumpulannya menjayakan aktiviti tertentu untuk mencapai matlamat kumpulan seperti yang telah ditetapkan. Untuk mempengaruhi orang lain, memerlukan kemahiran interpersonal yang tinggi seperti mempunyai karisma, kepakaran, kebolehan memberi arahan dan adanya suasana hormat menghormati antara ahli. Jaringan Perhubungan Kemahiran mencari, mengenal pasti dan membina hubungan yang berkesan dengan orang lain dan boleh mengekalkan hubungan ini untuk kebaikan kedua-dua pihak. Di dalam mengukuhkan hubungan ini, kemahiran-kemahiran membangunkan hubungan dan memotivasi turut diguna pakai. Kerja Berpasukan Bekerja di dalam kumpulan untuk mencapai matlamat yang sama. Kemahiran ini termasuklah kebolehan bekerjasama dengan ahli-ahli lain, menerima idea orang lain, menggunakan pendekatan kolaboratif di dalam pembelajaran dan bertanggungjawab berusaha mencapai matlamat kumpulan. Seterusnya kita akan melihat kepada kemahiran interpersonal. Terdapat empat prinsip kemahiran interpersonal iaitu: Tidak Boleh Dielakkan Komunikasi tidak dapat dielakkan. Kita berkomunikasi bukan sahaja menggunakan suara tetapi juga dengan isyarat badan (gesture), ekspresi muka dan sebagainya. Senyuman, anggukan, jelingan, lambaian dan sebagainya juga adalah antara cara kita berkomunikasi. Kita selalunya berkomunikasi secara spontan dengan sesiapa sahaja yang ada di sekeliling kita. AKTIVITI 5.1 Apakah teknik yang anda sering gunakan semasa beramah mesra dengan seseorang anda tidak kenali? Bincang dengan rakan anda.

TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL 117 Tidak Boleh Undur ke Belakang (Irreversible) Apabila kita rasa kita telah melukakan hati seseorang, selalunya kita akan meminta maaf. Bolehkah perkataan yang telah kita keluarkan itu ditarik balik supaya orang yang mendengarnya boleh melupakan? Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Rencam (Complicated) Terdapat banyak pihak yang terlibat di dalam sesebuah komunikasi, paling tidak penutur dan pendengar. Menurut pakar-pakar bahasa, enam pihak terlibat di dalam sesuatu komunikasi ialah: (i) (ii) Siapakah anda? Siapakah anda fikir orang itu? (iii) Siapakah anda fikir orang lain memikirkan anda? (iv) Siapakah orang lain fikir dirinya itu? (v) Siapakah anda pada fikiran orang lain? (vi) Siapakah dia yang difikirkan oleh orang itu pada pendapat anda? (d) Kontekstual (Contextual) Komunikasi tidak berlaku secara terasing tetapi dalam konteks berikut: (i) (ii) Konteks Psikologi Siapa kita dan apa kesan yang telah kita berikan kepada interaksi yang berlaku. Konteks Hubungan Tindak balas kita terhadap orang lain. (iii) Konteks Situasi Di mana interaksi itu berlaku. Interaksi yang berlaku di pasar berbeza dengan interaksi di pejabat. (iv) Konteks Persekitaran Persekitaran seperti perabot, tahap kebisingan, suhu, musim atau waktu boleh menentukan bentuk interaksi yang berlaku. (v) Konteks Budaya Ada budaya yang menganggap tidak beradab jika bertentangan mata semasa berinteraksi dan ada pula yang sebaliknya.

118 TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL 5.2.1 Bekerjasama Seorang guru perlu menjalinkan semangat kerjasama dengan guru-guru yang lain, kakitangan sekolah, dan ibu bapa kepada pelajar-pelajarnya. Kerjasama dengan guru-guru lain sangat diperlukan, bermula dari merancang pengajaran hinggalah kepada melaksanakan aktiviti sekolah yang lainnya; yang diarahkan oleh pentadbir dari semasa ke semasa. Tanpa kerjasama ini, hasrat atau matlamat yang dirancang tidak akan tercapai. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah. Ahli-ahlinya terdiri daripada semua guru dan ibu bapa pelajar. Melalui PIBG, pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan demi meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dari segi akademik dan akhlak. PIBG juga dapat mengeratkan hubungan antara guru dan ibu bapa. Kerjasama yang erat antara keduanya akan membantu semua pihak dalam membentuk pelajar menjadi insan berguna kepada bangsa dan negara. Tujuan bekerjasama dengan ibu bapa adalah untuk: (d) (e) Mengetahui latar belakang keluarga pelajar; Menyalurkan maklumat tentang perkembangan pelajar; Meningkatkan mutu pencapaian akademik dan sahsiah pelajar; Menyelesaikan masalah pelajar secara kolaboratif; dan Menyedarkan pelajar bahawa ibu bapa dan guru sentiasa mengambil berat terhadap perkembangan mereka. AKTIVITI 5.2 Secara bekerjasama di dalam kumpulan kecil, bincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh PIBG untuk menjayakan tujuan kerjasama antara guru dan ibu bapa. Pelajar anda yang mempunyai kecerdasan interpersonal akan mudah bekerjasama dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Pelajar yang belajar secara kumpulan koperatif sentiasa mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi daripada mereka yang bekerja secara individu. Tugasan yang dihasilkan secara kumpulan juga didapati lebih berkualiti. Kerjasama kumpulan membuktikan masalah perkauman dapat dikurangkan di samping meningkatkan kemahiran sosial ahli-ahli yang terlibat.

TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL 119 Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah: (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) Temu duga; Membuat kajian berkenaan orang kenamaan melalui temu bual; Main peranan; Bekerja dalam kumpulan/kumpulan koperatif; Bekerja secara berpasangan; Menjadi pembimbing rakan sebaya; Mengelolakan perbincangan kelas; Menjalankan kempen; Berurus niaga; Membaca berita; dan Berlakon. 5.2.2 Toleransi Apakah yang dimaksudkan dengan toleransi? Mengapa perlu ada toleransi dalam hubungan? Toleransi mengikut Kamus Dewan bermaksud sedia menghormati atau menerima pendapat atau pendirian orang lain yang berbeza daripada pendirian sendiri. Individu yang mempunyai kemahiran interpersonal akan sentiasa mengamalkan sikap toleransi ini. Di dalam pergaulan sehari-hari kita akan bertemu dengan pelbagai kerenah manusia, malangnya tidak semua kerenah itu kita senangi. Sebagai satu cara mengelakkan daripada berlakunya konflik, sikap toleransi diamalkan. Di dalam situasi tertentu, perbezaan pendapat sama ada berkenaan dengan politik, agama dan sebagainya terpaksa kita terima demi memberi peluang yang sama dan berlaku adil kepada semua pihak. Di dalam negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk ini, sifat toleransi sangatlah dituntut. Di dalam perhubungan setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia. Kita tidak perlu pergi jauh; cuba kita renungkan apa yang terjadi antara anak dan ibu bapa. Ada di antara kita terpaksa memilih jalan kerjaya yang kita tidak minati kerana ibu bapa yang menentukannya. Akibatnya individu berkenaan akan rasa tertekan ditambah pula dengan tanggapan salah masyarakat yang menobatkan kejayaan sebagai cemerlang di dalam akademik sahaja.

120 TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL Apakah yang anda pelajari semasa di tadika dahulu? Bukankah kita diajar supaya berkongsi, bermain bersama, belajar bersama dan sebagainya dilakukan bersama dengan rakan lain yang tidak kita kenali sebelum ini? Rakan-rakan kita itu datangnya daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang. Kalau direnungkan semula, bolehkah anda jelaskan apakah aktiviti-aktiviti yang digunakan oleh guru tadika anda untuk memupuk sikap toleransi? 5.2.3 Tanggungjawab dan Komited Semua kita mempunyai tanggungjawab masing-masing sama ada tanggungjawab terhadap keluarga, kerjaya, masyarakat mahupun tanggungjawab terhadap negara. Di sini kita akan tumpukan perbincangan terhadap tanggungjawab kita dengan kerjaya kita sendiri sebagai seorang guru kerana tanggung terhadap kerjaya ini adalah berbeza-beza. Tanggungjawab yang kita temui dalam kerjaya kita adalah yang: Berkaitan dengan tugas; Diterima secara sukarela; dan Ditimbulkan oleh sesuatu situasi. Jadual 5.2 menunjukkan contoh-contoh tanggungjawab berkaitan kerjaya. Jadual 5.2: Tanggungjawab Berkaitan Kerjaya Tanggungjawab Berkaitan Kerjaya Tanggungjawab yang berkaitan dengan tugas Contoh Mematuhi peraturan dari segi waktu bekerja, cara berpakaian. Bersedia sebelum masuk kelas. Kawalan bilik darjah. Tanggungjawab yang diterima secara sukarela Mendisiplinkan pelajar. Mengambil tahu latar belakang pelajar. Menjadi kaunselor untuk pelajar. Tanggungjawab yang ditimbulkan oleh sesuatu situasi Membawa pelajar ke hospital. Menghubungi penjaga atau ibu bapa jika diperlukan. Keperluan menambah ilmu belajar.

TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL 121 Berikut adalah panduan di dalam melaksanakan tanggungjawab kita: Jika kita tidak pasti bagaimana tangggungjawab harus dilaksanakan dapatkan penjelasan daripada pihak berkenaan; Jika melakukan kesilapan, anda perlulah mengambil tanggungjawab itu dan terimalah sebagai petanda perkembangan ke arah kematangan; dan Jika kesilapan anda dibetulkan oleh seseorang, hargai dan jangan rasa terancam. Tanggungjawab Tambahan Sekarang mari kita lihat tanggungjawab tambahan seorang guru. Menerima tanggungjawab tambahan boleh dilaksanakan secara sukarela atau pun secara terpaksa. Contohnya bila anda diarahkan untuk melaksanakan tugas-tugas yang tidak tersenarai di bawah tanggungjawab anda. Jika anda dapat menerimanya dan melaksanakannya dengan baik, ini boleh membantu anda meningkatkan diri di dalam kerjaya. Berikut adalah contoh tanggungjawab tambahan: (d) (e) Belajar kemahiran baru; Meningkatkan peluang untuk maju; Memberikan sumbangan positif untuk kemajuan sekolah; Membantu guru-guru baru; dan Menepati masa. 5.3 KEMAHIRAN INTRAPERSONAL Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri. Kemahiran ini membolehkan seseorang itu mempelajari siapa dirinya, apakah perasaannya, apa yang ingin dilakukannya, apa yang perlu dielakkannya dan mengapa dirinya begitu. Mereka sangat pasti tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri. Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Keadaan ini menjadikan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Mereka boleh menentukan hala tuju kehidupan dan mempunyai prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.

122 TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL Secara luarannya, seseorang yang mempunyai kemahiran intrapersonal itu kelihatan murung dan mengelamun tetapi sebenarnya sentiasa berwaspada dan mempunyai wawasan. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pelajar-pelajar anda memperbaiki kemahiran intrapersonal ialah: (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) Menyimpan jurnal atau diari; Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran; Menilai kerja sendiri; Mengisi borang; Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami; Menghuraikan kekuatan/kelemahan sendiri; Melaksanakan projek secara individu; Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri; Membuat refleksi secara senyap; Menggunakan teknik metakognitif (menyedari teknik pembelajaran sendiri dan dapat menjelaskannya); Menggunakan kemahiran memerhati atau memfokus; dan Menggunakan kemahiran menaakul. 5.3.1 Menghargai Diri Seseorang individu yang menghargai diri akan dapat menerima diri sendiri seadanya dan tidak membandingkan dengan orang lain yang dirasakan jauh lebih baik darinya. Individu ini akan sentiasa bersyukur dengan kelebihan atau pun kekurangan yang dimilikinya. Harga diri ialah sebahagian daripada unsur dalam konsep kendiri. Harga diri adalah bahagian yang menilai diri sendiri dan mempunyai kaitan yang amat kuat dengan keyakinan diri dan kejayaan. Seseorang yang menghargai diri dapat menerima hakikat bahawa kejayaan dan kegagalan adalah perkara lumrah di dalam kehidupan seseorang. Misalnya, jika beliau pernah mengalami kegagalan di sekolah; keadaan ini tidak akan melemahkan semangatnya atau menjadikan beliau merasa rendah diri. Beliau akan terus berusaha untuk berjaya.

TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL 123 Setiap individu tidak dilahirkan dengan konsep diri atau harga diri tetapi ia terbentuk melalui cara orang lain di sekeliling bertutur, bertindak balas dan melayan mereka. Sebelum seorang kanak-kanak menjejakkan kaki ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan secara formal, ibu bapa atau orang yang terdekatlah yang mempengaruhi pembentukan harga diri seseorang itu. Kemudian peranan itu akan diambil pula oleh guru-guru dan rakan sebaya yang berhubungan rapat dengannya. Guru meningkat atau mengurangkan harga diri kanak-kanak tanpa disedarinya. Kanak-kanak yang dilabel sebagai malas, bodoh, lembab dan bermasalah akan mengalami kekurangan harga diri. Guru sendiri menjadi penghalang kepada pembentukan harga diri yang lebih tinggi apabila mereka dibandingbandingkan, dikritik atau diberikan perlindungan berlebihan. Sebaliknya kalau mereka sering diberi pujian dan galakan, harga diri akan terbentuk dan harga diri inilah yang akan menjamin kesejahteraan hidup mereka. Individu yang menghargai diri akan sentiasa menyukai dirinya walaupun bukan kerana kejayaan memperoleh sesuatu. Menghargai diri adalah satu daripada taktik untuk memberikan nilai yang tinggi kepada diri sendiri, misalnya untuk keyakinan diri. Kita menyukai diri kita seadanya bukan kerana apa yang boleh kita lakukan atau sebaliknya. Bagi individu ini, sebarang pujian tidak diperlukan untuk mengenal kekuatan diri, sebab diri sendiri telah yakin dengan apa yang dipunyai. Seseorang yang menghargai diri akan: Meningkatkan prestasi pembelajarannya kerana beliau berani mencuba, bertanya dan meneroka keadaan ini menjadikan mereka kreatif dalam pemikiran dan hasil kerja; Berkeyakinan untuk bergaul dan pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan sosial mereka. Mereka tidak mudah tersinggung oleh komen atau pendapat rakan sebaya; dan Tidak mudah berputus asa dan akan terus mencuba untuk berjaya. 5.3.2 Pengawalan Emosi Satu daripada emosi manusia yang perlu dikawal ialah kemarahan. Marah adalah satu emosi yang normal, semua individu pernah mengalami emosi ini sama ada marahkan seseorang atau dimarahi oleh seseorang. Bagaimanapun jika ianya terjadi hingga di luar kawalan akan menimbulkan masalah perhubungan

124 TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL sama ada di tempat kerja, menjejaskan hubungan dengan individu lain dan yang jelasnya akan menjejaskan pandangan orang lain terhadap kita. Manusia menggunakan pelbagai cara untuk mengawal emosi sama ada secara sedar atau tidak seperti: Melahirkan Emosi Dalam melahirkan emosi seseorang harus tahu apa yang dikehendaki dengan jelas dan bagaimana memperolehnya tanpa melukakan hati orang lain. Memendamkan Emosi Keadaan ini terjadi bila kita menahan kemarahan, tidak mahu memikirkannya tetapi memberikan tumpuan kepada melakukan perkara lain yang lebih positif. Jika keadaan tersebut berterusan ia akan mengakibatkan berlakunya tekanan darah tinggi atau kemurungan. Bertenang Kita berupaya menenangkan diri sendiri dengan cara mengawal tingkah laku, mengawal tindak balas dalaman, mengambil langkah menurunkan degupan jantung, memujuk diri sendiri dan membiarkan perasaan itu berlalu dengan sendiri. Pada pendapat anda, perlukah seseorang itu mendapatkan bantuan kaunselor? Jika anda merasakan emosi anda sukar dikawal dan akan memberi kesan ke atas hubungan dengan orang lain, sebaiknya anda perlulah mendapatkan bantuan kaunselor supaya emosi itu dapat dikendalikan dengan baik. Pakar sakit jiwa boleh membantu anda menangani emosi dengan pelbagai teknik secara berkesan. Kemahiran interpersonal adalah kebolehan memahami orang lain dan menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan menguruskan komunikasi. Kemahiran intrapersonal adalah kebolehan memahami diri dan dapat membuat keputusan berdasarkan pengalaman dan perasaan diri sendiri. Seseorang yang mempunyai kemahiran interpersonal mempunyai sifat kepimpinan yang baik, dapat bekerja dalam pasukan dan mengekalkan perhubungan yang baik.

TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL 125 Bagi memupuk kemahiran intrapersonal guru harus melibatkan pelajar dalam aktiviti seperti menguruskan jurnal pembelajaran, menggunakan teknik metakognitif, membincangkan kelemahan dan kekuatan diri sendiri dan sebagainya. Keperluan Karisma Keperluan Taksonomi Bloom Teknik metakognitif Toleransi Jawab semua soalan. 1. Apakah yang dimaksudkan sebagai kemahiran interpersonal oleh Howard Gardner? (1 markah) 2. Kemahiran intrapersonal ialah (1 markah) 3. Senaraikan tiga kelebihan bekerjasama di kalangan pelajar. (3 markah) 4. Mengapakah seseorang individu perlu mengamalkan sikap bertoleransi di dalam pergaulan? (2 markah)

126 TOPIK 5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL 5. Jelaskan contoh tanggungjawab di dalam jadual di bawah: Tanggungjawab Berkaitan Kerjaya Contoh Tanggungjawab yang berkaitan dengan tugas Tanggungjawab yang diterima secara sukarela Tanggungjawab yang ditimbulkan oleh sesuatu situasi (3 markah) Kerjasama yang terjalin antara guru dan ibu bapa akan memudahkan pelbagai masalah pelajar diselesaikan. Jelaskan empat kepentingan kerjasama antara guru dan ibu bapa. Bagaimanakah ibu bapa dapat membantu pihak sekolah dalam menyelesaikan masalah pelajar-pelajarnya. Berikan contoh-contoh masalah yang sering melibatkan pelajar di sekolah.