015/025/035 MATEMATIK. Kod Mata Pelajaran : 015 (SK), 025 (SJKC), 035(SJKT) Markah Penuh : 60 Masa : 60 minit

dokumen-dokumen yang mirip
[60 markah] Jawab semua soalan. 1 (a) Padankan pecahan dengan rajah yang betul. [1 markah]

015/025/035 MATEMATIK

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ROKAM JALAN KENANGA IPOH.

GRED MATEMATIK UPSR. C Kertas 1 Markah Rendah. Kertas 1 - Markah Tinggi Kertas 2 - Markah Tinggi. Mungkin dapat A atau B

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ROKAM JALAN KENANGA IPOH. RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 5/ 2013

PRAUPSR AR1/2017 MATEMATIK

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2014 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 4

SULIT 1 015/2 SULIT NAMA :... NO. KAD PENGENALAN/ NO. SIJIL LAHIR MGB DAERAH SAMARAHAN JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM PERINGKAT DAERAH SUBIS MATEMATIK 015/2 Kertas 2 1 Jam Satu jam JANUARI 2016

PBS MATEMATIK TAHUN 3 ( BUKU AKTIVITI )

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK UJIAN PERCUBAAN UPSR 2006 MATEMATIK. Kertas 1. Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Bengkel Teknik Menjawab Matematik Format Baharu UPSR Untuk Murid-murid Tahun 6 PPD Penampang 2016 DISEDIAKAN OLEH : CIKGU WONG YICK YIM

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX 015/2. MATEMATIK Kertas 2 September 1 jam Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2014 MATEMATIK TAHUN 6 Tajuk/ Bidang

UJIAN PERCUBAAN 2017 MATEMATIK 015/2 Kertas 2

Bab 2. Perwakilan Data. 2.1 Sistem Nombor Perduaan. (b) Kaedah ambil daripada baki:

SEKOLAH KEBANGSAAN MUTON DEBAK RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT)

KRM3023 ASAS UKURAN GROUP : UPSI08 PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BT PUTEH DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BT ABDULLAH TAJUK TUGASAN :

ANGKA GILIRAN PERUNCINGAN TAMBAHAN UPSR 2015 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH MATEMATIK JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

3756/1 PRINSIP AKAUN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK. Nombor dan Operasi TAHUN 2.

MGB DAERAH SAMARAHAN MATEMATIK 015/1

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan

dibundarkan kepada puluh ribu yang hampir ialah A C B D

Nombor Nilai tempat Juta Ratus ribu Puluh ribu Ribu Ratus Puluh Sa Nilai digit

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX. MATEMATIK 015/1 Kertas 1 September 1 jam Satu jam

Matematik - 1. Tempat : Tarikh : Nama : Sekolah : Ikrar saya dalam membuat persediaan untuk memperolehi A dalam Matematik UPSR: Tarikh: Tanda tangan:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

MGB DAERAH SAMARAHAN MATEMATIK 015/1

10 MARKAH DALAM GENGGAMAN!

BUKU PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2012

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN MATEMATIK (TAHUN 5)

Jawab semua soalan. 1 Rajah 1 menunjukkan ukuran panjang reben.

PENATARAN FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN BAGI PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2016

2 Antara yang berikut, yang manakah disusun dalam urutan menaik?

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

SULIT Ujian Mac 2018 A 1. Rajah Antara nombor perpuluhan berikut, yang manakah paling hampir dengan 6?

UJIAN PERCUBAAN 2017 MATEMATIK 015/2 Kertas 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN)

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

PENTAKSIRAN SUMATIF 3 UPSR 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK PROGRAM GERAK GEMPUR UPSR 2007 MATEMATIK. Kertas 1. Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SEKOLAH KEBANGSAAN PASUKAN POLIS HUTAN ULU KINTA UJIAN PENGESANAN MATEMATIK 2018

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) REKOD EVIDENS 2013 MATEMATIK TAHUN 3

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

MANUAL INSTRUMEN NUMERASI BERTULIS SARINGAN 1 (SK/SJKC/SJKT) TAHUN 1

Nombor Bulat 2. 3 Pecahan 11

ARAHAN KEPADA CALON. 1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan. 2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

KBSR: ORGANISASI KANDUNGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK PROGRAM GERAK GEMPUR UPSR 2007 MATEMATIK. Kertas 1. Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2014 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 4

INTERAKSI 1 WAJ 3105 PPG

Ekonomi (944) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

INSTRUMEN NUMERASI LISAN SARINGAN 2 (SK / SJKC / SJKT)

Nama: Kelas: Tarikh: [SP: 1.2(ii)] [SP: 1.2(i)]

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

Nama:.. Markah: / 25 Jawab semua soalan. Tunjukkan jalan kerja = (1m) X 12 = (2m)

TUGASAN AKHIR TAHUN GEOGRAFI TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1. Terbitan

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

MANUAL INSTRUMEN NUMERASI BERTULIS SARINGAN 1 (SK/SJKC/SJKT) TAHUN 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU IMBAN SELANGAU SARAWAK UJIAN PERTENGAHAN PENGGAL MATEMATIK. TAHUN 4 KERTAS 2 Satu jam

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2012

Kriteria Belanjawan Modal

Unit 1 Nombor Bulat Hingga

SET = 6. Rajah 1 menunjukkan dua keping kad nombor. A 193 B C D RAJAH 1. 2.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Di sediakan oleh : RIDZUAN BIN SUKRI ZULKIFLI BIN MAHFUZ ROZANI BINTI KAMARUDIN NURUL ASHIKIN BINTI HASHIM ZAKARIA BIN ABD. RANI

BAB LIMA RUMUSAN DAN PERBINCANGAN. Pengenalan. yang merujuk corak pemikiran murid Tingkatan Satu secara umum dengan membina

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2003 MATEMATIK 1 TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK. (Sekolah Kebangsaan) TAHUN 4.

DRAF KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH SPESIFIKASI KURIKULUM MATEMATIK TAHUN 5. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

UJIAN PERCUBAAN UPSR (AR3) DAERAH MERADONG 2016 SAINS Julai 2016 Kertas 2 1 Jam

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH SPESIFIKASI KURIKULUM MATEMATIK TAHUN 4

Transkripsi:

015/025/035 MATEMATIK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 015 (SK), 025 (SJKC), 035(SJKT) Markah Penuh : 60 Masa : 60 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Mempunyai 15 soalan berstruktur semua soalan mesti dijawab Peruntukan Markah Soalan Markah Penuh 1 2 2 2 3 3 4 4 5 3 6 3 7 5 8 4 9 4 10 5 11 5 12 5 13 5 14 5 15 5 Jumlah 60 Matematik 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

PRESTASI TERPERINCI Soalan 1 (a) Soalan ini calon dikehendaki membuat padanan berdasarkan rajah yang diberi. Contoh Jawapan Cemerlang : Kebanyakan calon dapat mengetahui pecahan tak wajar dan mampu memadankan pecahan tersebut dengan rajah yang dikemukakan. Matematik 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Soalan 1(b) Bagi soalan ini calon ditugaskan untuk menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Contoh Jawapan Cemerlang : Calon dapat menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan menggunakan operasi bahagi. SOALAN 2 (a) Calon dikehendaki menyusun kad nombor dengan nilai terkecil. Matematik 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang : Calon dapat menyusun nombor lima digit terkecil dengan betul. Soalan 2 (b) Calon dikehendaki membundarkan nombor yang diberi kepada ratus terdekat. Contoh Jawapan Cemerlang : Calon boleh membundar nombor yang diberi dengan tepat. SOALAN 3 (a) Bagi soalan 3 (a), calon dikehendaki menyusun semula nombor diberi ke dalam kad kosong. Calon perlu menyelesaikan soalan berdasarkan ayat matematik. Matematik 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Jawapan ini menunjukkan calon memahami kehendak soalan dengan mengisi kad kosong dengan nilai yang betul. Seterusnya calon menunjukkan operasi tambah dan bahagi yang tepat. Contoh Jawapan Cemerlang 2 : Berdasarkan jawapan, calon menunjukkan kaedah pengiraan yang bertepatan dengan kehendak soalan namun begitu calon tidak melengkapkan kad yang disediakan. Matematik 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 : Berdasarkan jawapan di atas, calon dapat melengkapkan kad kosong dengan betul. Walau bagaimanapun calon gagal menyelesaikan operasi bahagi dengan baik. Contoh Jawapan Sederhana 2 : Respon yang dikemukan calon bagi item ini, dimana calon hanya menterjemahkan kehendak soalan dengan melengkapkan kad sahaja tanpa diikuti dengan jalan pengiraan untuk mendapatkan jawapan akhir. Soalan 3 (b) Bagi item 3 (b), calon diuji menulis nisbah wang simpanan Auni kepada wang simpanan kakaknya. Matematik 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang : Berdasarkan jawapan di atas, calon mempunyai pengetahuan dalam menulis nisbah dengan baik. SOALAN 4 (a) Calon dikehendaki mencari bilangan tangki 1 000 liter yang dapat mengisi 0.35 juta liter minyak petrol. Calon juga perlu menguasai kemahiran menukar perpuluhan juta liter kepada nombor bulat. Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Calon berupaya membahagi 350 000 liter dengan 1 000 liter menggunakan cara pemansuhan sifar dengan betul. Contoh Jawapan Cemerlang 2 : Calon berjaya membentangkan kerja membahagi dalam bentuk lazim dengan betul. Matematik 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 4 (b) Calon perlu menghitung jumlah muatan penuh tangki petrol bagi dua buah kereta dan sebuah bas. Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Calon berupaya membentangkan langkah pengiraan muatan penuh tangki petrol bagi dua buah kereta dan diikuti dengan penambahan muatan penuh tangki petrol bagi sebuah bas. Matematik 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2 : Jawapan menunjukkan calon membuat kiraan jumlah muatan penuh tangki petrol bagi dua buah kereta dengan cara penambahan dan diikuti dengan penambahan muatan penuh tangki petrol bagi sebuah bas. Contoh Jawapan Sederhana 1 : Calon masih tidak dapat memahami tugasan yang diberi mengenai had muatan penuh tangki petrol bagi dua buah kereta. Calon hanya menambah had muatan penuh tangki petrol sebuah kereta dan sebuah bas sahaja. Calon sepatutnya mengira untuk muatan penuh tangki petrol dua buah kereta dan sebuah bas. Contoh Jawapan Sederhana 2 : Jawapan ini menunjukkan kemampuan calon mencari had muatan penuh tangki petrol bagi dua buah kereta namun melakukan kesilapan apabila membuat kiraan had muatan penuh tangki petrol bagi dua buah bas. Matematik 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 5 (a) Soalan ini mengkehendaki calon ditugaskan untuk mengenal pasti dan menanda kedudukan Halim pada satah Cartes yang diberikan. Matematik 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang : Sebahagian besar calon dapat menanda koordinat kedudukan Halim dengan tepat. Matematik 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 5 (b) Kefahaman dalam konsep paksi mencancang dan mengufuk pada satah Cartes.diperlukan calon untuk menjawab soalan ini. Calon juga ditugaskan untuk mencari jumlah untuk mencari jumlah jarak mencancang dan mengufuk dari rumah Halim ke rumah Akmal melalui rumah Zain. Contoh Jawapan Cemerlang : Calon berjaya mengenal pasti dengan tepat paksi mengufuk dan paksi mencancang. Calon juga dapat mencari jumlah jarak bagi setiap paksi dan menulis jawapan yang tepat di dalam jadual yang disediakan. Contoh Jawapan Sederhana : Calon memahami tugasan yang diberikan tetapi tidak dapat mengenal pasti paksi mengufuk dan paksi mencancang menyebabkan calon melakukan kesilapan menulis angka ke dalam petak yang disediakan. Matematik 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 6 (a) Calon perlu menulis nilai wang simpanan dalam bentuk angka berdasarkan soalan dalam bentuk perkataan. Contoh Jawapan Cemerlang : Calon dapat menulis semula nilai wang simpanan mengikut kehendak soalan. SOALAN 6 (b) Soalan ini memerlukan pemahaman calon tentang gandaan dan mempunyai kaitan dengan soalan 6 (a). Calon perlu membuat pendaraban atau penambahan berulang. Matematik 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Calon telah menunjukkan langkah kerja yang teratur. Calon memahami kehendak soalan dan mengira mengikut langkah kerja yang betul. Contoh Jawapan Cemerlang 2 : Calon memahami tugasan yang diberi. Langkah pengiraan dengan menukarkan pecahan bercampur kepada perpuluhan. Tindakan seterusnya, calon menunjukkan kaedah penyelesaian yang betul dan tepat. Matematik 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 : Calon membuat kecuaian semasa mengira. Kesilapan semasa proses mendarab dan menambah Contoh Jawapan Sederhana 2 : Terdapat juga calon yang membuat kaedah pemansuhan namun melakukan kecuaian disebabkan tidak menguasai sepenuhnya kaedah tersebut. Matematik 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 7 (a) Item ini meminta calon menyatakan ukuran panjang sebatang kayu aiskrim yang di letakkan bersebelahan dengan pembaris yang tidak lengkap. Contoh Jawapan Cemerlang : Berdasarkan jawapan, calon dapat menyatakan ukuran panjang batang aiskrim dengan betul berdasarkan pembacaan pada pembaris. Calon digalakkan untuk menulis unit semasa menulis jawapan. Matematik 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 7 (b) Item ini meminta calon membuat sebuah bingkai gambar berbentuk segi empat tepat yang berperimeter 112 cm dengan menggunakan kayu aiskrim yang berukuran 8 cm. Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Calon dapat mengemukakan jawapan yang cemerlang apabila memahami kehendak soalan. Langkah kerja yang dilakukan menghasilkan jawapan yang tepat. Contoh Jawapan Cemerlang 2 : Calon menggunakan kaedah bahagi pemansuhan dengan baik. Matematik 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 : Berdasarkan jawapan yang diberi calon mengira senggatan pembaris iaitu 9 cm sebagai ukuran panjang batang aiskrim. Seterusnya, calon memahani kehendak soalan dengan menggunakan operasi bahagi dalam menyelesaikan soalan yang dikehendaki. Namun begitu hasil jawapan calon adalah tidak tepat. Contoh Jawapan Sederhana 2 : Kesilapan calon menjawab soalan apabila mengemukakan maklumat yang salah iaitu 10 cm berdasarkan bacaan akhir sebatang aiskrim. Namun begitu, calon memahami soalan dengan menunjukkan operasi bahagi tetapi dibahagikan dengan ukuran yang salah. Matematik 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 7 (c) Contoh Jawapan Cemerlang : Berdasarkan item, calon mampu melukis dengan baik sebuah segi empat tepat yang berkeluasan 24 cm 2. Terdapat pelbagai bentuk segi empat yang boleh dilukis oleh calon. Matematik 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah : Berdasarkan rajah yang dibina, calon gagal membina segi empat tepat yang berkeluasan 24cm 2. Matematik 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 8 (a) Item ini memerlukan calon mencari berat botol tanpa berisi gula-gula. Calon perlu mencari jisim 50 biji gula-gula sebelum membuat penolakan daripada jisim botol berisi 50 biji gula-gula. Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Berdasarkan jawapan calon dapat mengemukakan jawapan yang cemerlang apabila berjaya membuat kiraan jisim 50 biji gula-gula dan diikuti proses penolakan. Contoh Jawapan Cemerlang 2 : Kemampuan calon dapat ditunjukkan dengan membentangkan langkah pengiraan yang tersusun. Calon mencari jisim 50 biji gula-gula dan diikuti dengan proses penolakan daripada jisim keseluruhan. Matematik 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 : Jawapan calon menunjukkan bahawa calon tidak menguasai tugasan item. sekadar mencari jisim 50 biji gula-gula sahaja. Calon tidak mencari jisim botol. Calon Contoh Jawapan Sederhana 2 : Calon hanya mengira jisim gula-gula sahaja. Calon melakukan kesilapan dalam operasi darab dan penolakan dari sumber yang salah. Matematik 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 8 (b) Bahagian item ini memerlukan calon membuat kiraan jisim botol dengan baki gula-gula setelah dikeluarkan sejumlah 20 biji gula-gula daripada botol tersebut. Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Calon memahami kehendak tugasan dengan mencari jisim 30 biji gula-gula melalui operasi penolakan dan ditambah dengan jisim botol kosong. Contoh Jawapan Cemerlang 2 : Respon yang dikemukakan oleh calon ini menjurus kepada kehendak tugasan dimana calon terus mengira jisim 30 biji gula-gula dan diikuti dengan penambahan jisim botol kosong. Matematik 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon Jawapan Sederhana 1 : Jawapan calon menunjukkan bahawa calon tidak menguasai tugasan item. Calon sekadar mencari jisim 20 biji gula-gula sahaja melalui operasi pendaraban tanpa meneruskan langkah kerja mencari jisim botol berisi 30 biji gula-gula(baki). Calon Jawaoan Sederhana 2 : Berdasarkan jawapan yang ditunjukkan, calon hanya mampu menyelesaikan sebahagian kecil proses tugasan item. Calon tidak memahami tugasan item yang diberi. Calon cuma mencari jisim 20 biji gula-gula sahaja Matematik 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 9 (a) Soalan ini memerlukan calon menukar waktu dalam sistem 12 jam kepada sistem 24 jam. Contoh Jawapan Cemerlang : Jawapan di atas menunjukkan calon memahami konsep sistem 12 jam dan sistem 24 jam. Sebahagian besar calon dapat menukar sistem 12 jam kepada sistem 24 jam dengan tepat. SOALAN 9 (b) Soalan ini meminta calon mencari tempoh masa perjalanan Encik Maniam ke kampungnya dalam jam dan minit. Matematik 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Berdasarkan respon yang ditunjukkan oleh calon, sebahagian besar calon dapat memahami konsep tempoh masa. Calon juga mampu membezakan unit jam dan minit berdasarkan waktu yang diberikan. Oleh itu, calon dapat menolak dan menambah masa dengan tepat dan tersusun. Contoh Jawapan Cemerlang 2 : Kebanyakan calon memahami kehendak soalan yang memerlukan calon mencari tempoh masa melibatkan lebih daripada satu hari. Calon telah cuba menambah jumlah jam pada hari pertama dan 4 jam pada hari kedua. Berdasarkan maklumat yang diperolehi calon menolak waktu akhir dan waktu mula bagi mendapatkan tempoh masa yang dikehendaki. Matematik 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 : Respon yang dikemukakan menunjukkan kebanyakan calon tidak memahami konsep tempoh masa. Calon hanya menolak angka yang lebih besar dengan angka kecil bagi mendapatkan tempoh masa tetapi tidak menyelesaikan tugasan yang dikemukakan untuk mencari tempoh masa lebih daripada satu hari. Contoh Jawapan Sederhana 2 : Sebahagian calon memahami kehendak soalan iaitu untuk mencari tempoh masa selama dua hari, tetapi tidak menguasai kaedah untuk mencari tempoh masa dengan langkah yang betul. Calon hanya menolak masa yang diberikan tanpa berdasarkan kepada rumus untuk mencari tempoh masa. Matematik 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 10 (a) Rajah membentangkan gabungan segi empat tepat dan segi tiga. Calon perlu menguasai proses mencari luas, mencipta garisan baru dan mengenal pasti luas yang paling besar. Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Calon dapat mengira luas dengan tepat dan menggunakan rumus dengan betul berdasarkan pemahaman pada rajah. Contoh Jawapan Cemerlang 2 : Calon menguasai kemahiran mengira dan konsep luas. yang ditunjukkan memenuhi kehendak soalan. Langkah pengiraan calon Matematik 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 : Penyelesaian soalan untuk jawapan ini tidak tidak tepat. Calon ini berjaya mencari luas segitiga PQM tetapi calon telah mencari jumlah keluasan dua buah segitiga tersebut. Contoh Jawapan Sederhana 2 : Jawapan calon tidak tepat kerana calon telah menggunakan unit jawapan yang salah. Matematik 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 10 (b) Item ini memerlukan calon membina satu garisan lurus. Calon perlu menguasai pemahaman tentang rajah bagi menghasilkan satu garisan baru. Seterusnya calon perlu menghitung luas segitiga. Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Jawapan yang dikemukankan calon merupakan terus kepada proses mengira dan mendapatkan jawapan. Calon memahami kehendak soalan yang menjurus kepada mencari luas segi tiga berdasarkan garisan baru yang dibina dengan tepat. Contoh Jawapan Cemerlang 2 : Calon dapat membentuk segi tiga bedasarkan garisan baharu untuk mendapatkan panjang NQ. Pemahaman calon mengenai mencari luas segi tiga mengikut urutan yang betul. Matematik 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 : Jawapan yang dikemukakan oleh calon tidak tepat walaupun langkah pengiraan adalah betul. Calon cuai dalam penulisan unit persegi. Contoh Jawapan Sederhana 2 : Hasil tugasan yang dikemukakan oleh calon menunjukkan bahawa calon memahami kehendak soalan tetapi tidak mengetahui rumus mencari luas segi tiga menyebabkan calon tidak memperolehi jawapan sepertimana yang dikehendaki oleh soalan. Matematik 31 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 10 (c) Item memerlukan murid membuat perbandingan luas mana yang lebih besar. Contoh Jawapan Cemerlang : Calon mengira luas setiap segi tiga yang disenaraikan. Calon dapat mengenal pasti luas berdasarkan perbandingan ketiga-tiga luas tersebut. Matematik 32 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 11 (a) Item menunjukkan sebuah carta pai dengan pecahan peratusan agihan pendapatan Prakash. Hanya peratusan sewa rumah tidak dinyatakan. Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Calon mampu menjawab dengan baik melalui kaedah congak iaitu 100%-80%. Matematik 33 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 11 (b) Calon dikehendaki mencari jumlah pendapatan Prakash. Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Calon berjaya menterjemah kehendak soalan yang mencari jumlah anu melalui ayat matematik. Langkah pengiraan pemansuhan dan pendaraban telah diterjemahkan dengan baik. Contoh Jawapan Cemerlang 2 : Calon menunjukkan kematangan dalam proses pengiraan mencari jumlah keseluruhan pendapatan bulanan Prakash. Jalan kerja dengan cara pemansuhan dan pendaraban menunjukkan calon faham apa yang perlu dicari. Matematik 34 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 : Calon tidak memahami kehendak soalan dengan mengira 20% daripada RM850 dan menambahkan hasil dengan RM850. Contoh Jawapan Sederhana 2 : Jawapan calon tidak menunjukkan untuk mencari jumlah pendapatan yang sebenar. Calon tidak dapat memahami soalan yang menerangkan 20% adalah RM 850. Maka itu, calon menunjukkan kaedah yang salah. Matematik 35 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 11 (c) Berdasarkan soalan, calon dikehendaki mencari jumlah bayaran bil setelah peratusan bayaran bil telah meningkat sebanyak 3 %. Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Calon menunjukkan pengiraan mencari jumlah peratusan selepas peningkatan 3%. Seterusnya calon menunjukkan langkah pengiraan yang betul untuk mencari nilai bayaran bil terbaru. Contoh Jawapan Cemerlang 2 : Calon dapat mengemukakan jalan pengiraan yang cemerlang berpandukan kehendak soalan yang diberi. Jawapan yang tepat dilihat dari jalan pengiraan yang ditunjukkan. Matematik 36 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 : Berdasarkan kepada respon yang dikemukakan di dapati calon memahami kehendak soalan. Langkah yang ditunjukkan terarah, tetapi calon telah menggunakan maklumat yang salah daripada penyelesaian soalan 11b, menyebabkan calon tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Contoh Jawapan Sederhana 2 : Calon memahami maksud peningkatan peratusan. Seterusnya calon membina ayat Matematik yang tidak tepat berdasarkan jawapan daripada 11b, maka jawapan yang dihasilkan adalah tidak mengikut kehendak soalan. Matematik 37 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 12 (a) Tugasan ini meminta calon menghitung bilangan telur gred A. Calon perlu mencari jumlah telur yang dibeli oleh Encik Tan terlebih dahulu sebelum membuat kiraan bilangan telur gred A. Matematik 38 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon Jawapan Cemerlang 1 : Calon memahami tugasan item dimana calon telah mendarab dengan jumlah telur yang dibeli oleh Encik Tan. Calon Jawapan Cemerlang 2 : Calon cemerlang ini melakukan operasi darab bagi mencari jumlah telur yang dibeli oleh Encik Tan menggunakan kaedah kekisi dan hasilnya dibahagi dengan dua. Calon ini menunjukkan kematangannya dalam membentangkan jawapan yang tepat, Calon Jawapan Cemerlang Sederhana 1 : Calon memahami kehendak tugasan dimana calon telah mengira jumlah telur yang dibeli oleh Encik Tan. Namun begitu calon melakukan kesilapan dalam menyelesaikan operasi darab. Kesalahan hasil darab telah mengakibatkan jawapannya salah walaupun proses pengiraannya lengkap Matematik 39 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon Jawapan Cemerlang Sederhana 2 : Jawapan yang dikemukakan calon menunjukkan calon memahami kehendak tugasan item. Calon dapat mengira jumlah telur yang dibeli oleh Encik Tan dengan tepat. Langkah seterusnya calon telah mendarab jumlah telur tersebut dengan. Namun begitu, calon melakukan kesilapan dalam mendarab. Hasil darab tersebut tidak tepat. Matematik 40 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 12 (b) Calon dikehendaki mencari pecahan telur gred C. Calon Jawapan Cemerlang 1 : Calon menunjukkan kematangan dalam membentangkan jawapan mengikut kehendak tugasan item. Calon mencari jumlah telur gred B dan C. Calon seterusnya membahagi kepada tiga untuk mendapat jumlah telur gred C. Calon berjaya menulis pecahan dan permudahkan pecahan dengan tepat. Calon Jawapan Cemerlang 2 : Calon memahami kehendak tugasan ini dengan baik. Calon dapat mengemukakan jawapan dengan baik dan dan tersusun. Calon mencari jumlah telur gred C dan menulis pecahan telur gred C daripada keseluruhan telur. Jawapan pecahan tersebut dipermudahkan dengan tepat. Matematik 41 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon Jawapan Sederhana 1 :. Calon berjaya mengira bilangan telur gred C dengan tepat. Walau bagaimanapun calon tidak mencari pecahan, sebaliknya mencari peratus bilangan telur gred C. Calon Jawapan Sederhana 2 : Calon mengetahui bagaimana untuk mencari jumlah telur gred B dan C tetapi tidak memahami tugasan untuk mencari bilangan telur gred C.Oleh sebab itu, calon tidak berjaya menulis pecahan telur gred C daripada keseluruhan telur. Matematik 42 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 13 (a) Berdasarkan jadual yang diberikan calon dikehendaki mencari min kehadiran murid untuk tempoh lima hari. Calon Jawapan Cemerlang 1 : Secara keseluruhan, calon dapat mengaplikasikan rumus untuk mencari min iaitu jumlah kuantiti dibahagi dengan bilangan kuantiti. Calon juga dapat mengemukakan langkah pengiraan yang tersusun dan diakhiri dengan jawapan yang tepat. Matematik 43 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon Jawapan Cemerlang 2 : Respon yang dikemukakan oleh calon adalah sangat jelas, dimana calon telah memindahkan data ke dalam rumus kemudian menyelesaikannya dengan menggunakan operasi berdasarkan kepada operasi yang dinyatakan dalam rumus tersebut dengan tepat dan teratur. Calon Jawapan Sederhana 1 : Berdasarkan kepada jawapan yang dikemukakan oleh calon menunjukkan bahawa calon memahami konsep untuk mencari min. Calon juga dapat membaca jadual dengan tepat. Calon hanya melakukan kesilapan ketika menyelesaikan operasi tambah yang menyebabkan penyelesaian operasi bahagi juga salah. Kecuaian ini telah mengakibatkan calon telah menghasilkan jawapan yang salah. Matematik 44 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon Jawapan Sederhana 2 : Calon mengetahui dan memahami konsep bagaimana untuk mencari min. Walau bagaimanapun calon tidak memahami konsep gundalan, menyebabkan calon tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan tepat. Matematik 45 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 13 (b) Matematik 46 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang : Respon yang dikemukakan oleh calon menunjukkan calon memahami kehendak soalan. Calon dapat mencari peratusan kehadiran setiap hari dengan tepat. Calon juga berjaya melukis carta palang dengan tepat dan jitu. Matematik 47 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Salah : Calon tidak dapat menterjemah kehendak soalan daripada maklumat kepada bentuk peratus seterusnya gagal membina carta palang dengan betul. Matematik 48 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 14 (a) : Item ini menguji kemahiran mengira tempoh masa. Pengetahuan sedia ada jumlah hari dalam bulan Jun dan pemahaman tentang hari cuti. Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Jawapan yang dibentangkan bersesuaian dengan kehendak soalan. Calon mengetahui jumlah hari pada bulan Jun, pengiraan mengira tempoh masa ditunjuk dengan betul dan tindakan menolak hari bercuti untuk mendapat jawapan yang tepat. Matematik 49 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2 : Calon menunjukkan tempoh masa bekerja pada bulan Jun sebelum melakukan operasi pengiraan dengan betul. Contoh Jawapan Sederhana 1 : Jumlah hari pada bulan Jun yang ditunjukkan tidak tepat menyebabkan jawapan yang dikemukakan salah. Contoh Jawapan Sederhana 2 : Calon hanya mengira secara terus tanpa memahami cara mengira tempoh masa yang betul. Matematik 50 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 14 (b) Calon dikehendaki menganalisis maklumat yang diberi bagi mengira jumlah pendapatan yang diterima oleh Eddie. Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Calon memahami kehendak soalan yang dikemukakan. Respon yang dikemukakan oleh menunjukkan kematangan calon dalam menyusun data yang dianalisis dengan ringkas, jelas dan tepat. Contoh Jawapan Cemerlang 2 : Jawapan yang dikemukan oleh calon menunjukkan bahawa calon dapat mencari jumlah bayaran elaun lebih masa dan juga jumlah gaji selama sepuluh hari dengan tepat. Calon juga dapat menyelesaikan tugasan untuk mencari jumlah pendapatan dengan langkah yang teratur dan betul. Matematik 51 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1 : Berdasarkan kepada respon yang diberikan menunjukkan calon tidak dapat menganalisis soalan yang dikemukakan dengan tepat. Calon hanya dapat mencari jumlah bayaran elaun lebih masa tetapi melakukan kesilapan ketika mencari jumlah hari bekerja menyebabkan jawapan akhir calon tidak menepati seperti yang dikehendaki. Contoh Jawapan Sederhana 2 : Jawapan yang dikemukakan oleh calon menunjukkan hanya sebahagian langkah pengiraan. Calon dapat mengira jumlah elaun lebih masa tetapi tidak menambah gaji untuk 10 hari yang sepatutnya. Matematik 52 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SOALAN 15 (a) Calon dikehendaki menghitung jumlah jisim dalam kg bagi simen, kerikil, dan pasir bagi membina tiga keping dinding konkrit. Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Calon dapat memahami dengan jelas kehendak soalan untuk mencari jumlah bahan bagi membina tiga keping dinding konkrit. Jawapan calon menunjukkan jalan pengiraan yang betul dan tepat. Matematik 53 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2 : Calon mengira jumlah berat bagi ketiga-tiga bahan untuk membina sekeping dinding konkrit. Seterusya calon menggunakan jumlah hasil tambah tersebut untuk mencari berat keseluruhan bagi membina tiga keping dinding konkrit yang sama. Contoh Jawapan Sederhana 1 : Respon calon pada soalan ini dilihat tidak mematuhi kehendak soalan. Calon hanya mencari jumlah berat bagi satu keping dinding konkrit. Kegagalan calon memahami soalan menyebabkan calon tidak dapat menunjukkan jalan pengiraan yang lengkap. Matematik 54 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 2 : Berdasarkan jawapan, calon memahami langkah pengiraan yang betul. Namun begitu, kesilapan calon menjumlahkan berat bagi satu keping dinding konkrit menyebabkan calon gagal mendapatkan jawapan yang tepat. SOALAN 15 (b) Berdasarkan maklumat yang diberi, calon ditugaskan untuk menganalisis data yang diberi untuk menghitung jumlah rumah yang dapat dibina. Contoh Jawapan Cemerlang 1 : Calon memahami soalan penyelesaian masalah yang dikemukakan dengan baik. Calon menunjukkan proses mendarab dan membahagi dengan betul berdasarkan pemahaman terhadap persoalan yang diberi. Akhirnya calon dapat mencari jawapan yang tepat. Matematik 55 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 2 : Jawapan yang dikemukakan pada keseluruhannya menunjukkan calon memahami kehendak soalan. Calon dapat membentangkan langkah pengiraan dengan kaedah pemansuhan yang tepat dan tersusun. Contoh Jawapan Sederhana 1 : Kebanyakan calon gagal memahami soalan dengan baik dan kecuaian semasa menyalin jawapan dan menyebabkan calon gagal memberi jawapan yang betul. Contoh Jawapan Sederhana 2 : Calon menunjukkan kaedah penyelesaian yang salah berdasarkan maklumat pada soalan. Sepatutnya langkah kerja yang ditunjukkan adalah mendarab bukannya membahagi. Matematik 56 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SARANAN KEPADA CALON. 1. Calon perlu menguasai kemahiran fakta asas dengan baik. 2. Penggunaan rumus perlu betul dan tepat. 3. Calon perlu menguasai kemahiran berfikir kreatif dan kriris. 4. Calon perlu mengetahui persamaan pecahan, perpuluhan dan peratus bagi memudahkan penukaran antara pecahan, perpuluhan dan peratus. 5. Calon perlu menunjukkan langkah-langkah pengiraan yang tepat berdasarkan kehendak soalan. 6. Calon harus membaca dan memahami maklumat yang diberi dengan baik supaya dapat mengemukakan langkah pengiraan yang tepat. 7. Calon perlu membuat semakan keseluruhan jawapan yang telah ditunjukkan. 8. Bagi meningkatkan potensi, calon harus membuat banyak latih tubi menjawab soalan-soalan matematik. 9. Pastikan calon menggunakan unit yang betul pada setiap jawapan yang diperoleh. 10. Calon perlu mempelajari pelbagai teknik pengiraan dalam setiap penyelesain soalan. Matematik 57 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SARANAN KEPADA GURU. 1. Guru perlu memberi penekanan penguasaan fakta asas kepada murid sejak awal persekolahan. 2. Memastikan murid memahami konsep setiap tajuk atau kemahiran yang dipelajari. 3. Membimbing murid menghafal persamaan pecahan, perpuluhan dan peratus bagi memudahkan melakukan penukaran antara pecahan, perpuluhan dan peratus. 4. Guru perlu memberi komitmen yang tinggi dalam sesi pengajaran dalam kelas. 5. Sentiasa memberi galakan dan anugerah kepada semua murid agar mereka lebih berminat kepda matematik. 6. Guru perlu menerapakan pelbagai teknik penyelesaian dalam sesuatu kemahiran yang diajar. 7. Guru perlu sentiasa memberi latihan berbentuk sumatif dan fomatif agar murid sentiasa tekal apa yang dipelajari. 8. Guru perlu sentiasa memberi peluang kepada murid menjawab soalan berorientasikan peperiksaan awam. 9. Guru perlu sentiasa melatih murid mengira dengan menggunakan kaedah congak. 10. Guru perlu mengadakan aktiviti atau program seperti program motivasi, ceramah kecemerlangan subjek bagi meningkatkan potensi murid.. Matematik 58 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017