MUKA SURAT : 1/8 Disediakan oleh: Diluluskan oleh:. Nama: DATIN Dr FOWZIA BT OSMAN Nama: DATO MISRAH BIN HJ. IBRAHIM Jawatan: KETUA PENOLONG PENGARAH Jawatan: PENGARAH PENDIDIKAN GURU Tarikh: 15 FEBRUARI 2009 Tarikh: 15 FEBRUARI 2009 SALINAN TERKAWAL Dokumentasi ini adalah salinan digital dan tidak memerlukan tanda tangan - Jawatankuasa Dokumentasi Induk
MUKA SURAT : 2/8 1.0 OBJEKTIF Prosedur ini bertujuan memastikan proses penilaian kerja kursus dijalankan secara teratur dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 2.0 SKOP Prosedur ini diguna pakai oleh semua pegawai BPG dan pensyarah Institut Pendidikan Guru yang melaksanakan pentaksiran kerja kursus bagi pelajar Kursus Diploma Perguruan Malaysia, Kursus Perguruan Lepas Ijazah, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan Kursus Persediaan. 3.0 DOKUMEN RUJUKAN 3.1 Manual Kualiti BPG-PPK-MK-01 3.2 Perintah Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru 1999 3.3 Peraturan Maktab Pendidikan Guru (Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan) 1999 3.4 Manual Prosedur Proses Peperiksaan Pendidikan Guru 2000 3.5 Buku Panduan Pelaksanaan dan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Ilmu 3.6 Panduan Pentaksiran dan Spesifikasi Amali 3.7 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk penggubalan Ujian Akhir Kursus (UAK)
MUKA SURAT : 3/8 4.0 DEFINISI 4.1 Istilah 4.1.1 Kerja Kursus iaitu aktiviti tugasan dalam bentuk projek, kerja kursus pendek, ujian amali dan ujian akhir kursus bagi mata pelajaran tertentu yang diberikan kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian. 4.1.2 Kerja Kursus Berasaskan Ilmu ialah satu model pentaksiran yang berstruktur untuk menilai penguasaan dan pencapaian pelajar berteraskan ilmu dan penghayatan nilai keguruan. 4.1.3 Projek ialah tugasan jangka panjang (4 hingga 8 minggu) untuk merumuskan pencapaian objektif pembelajaran melalui sesuatu tugasan yang ditetapkan. 4.1.4 Kerja Kursus Pendek merupakan kaedah pentaksiran yang dijalankan dalam jangka masa pendek (tidak melebihi 4 minggu) untuk merumuskan pencapaian objektif pembelajaran melalui sesuatu tugasan yang ditetapkan. 4.1.5 Ujian Amali merupakan kaedah pentaksiran yang dijalankan bagi menguji penguasaan kemahiran pelajar melalui tugasan dalam masa yang ditetapkan. 4.1.6 Ujian Akhir Kursus merupakan kaedah pentaksiran yang dijalankan bagi kursus-kursus yang melibatkan 100% pentaksiran secara kerja kursus. 4.1.7 Ketua Moderator merujuk kepada pensyarah yang dilantik oleh Ketua Jabatan untuk menyelaraskan pentaksiran kerja kursus. 4.1.8 Peraturan Memberi Markah merujuk kepada jawapan ujian/peperiksaan beserta peruntukan markah dan juga Grid Kriteria Pemarkahan.
MUKA SURAT : 4/8 4.2 Singkatan BPG IPG Unit PEN KPP KSU KKAI KUPP KK KKBI KKP UAK JSU PMM BKKP Bahagian Pendidikan Guru Institut Pendidikan Guru Unit Peperiksaan dan Penilaian Ketua Penolong Pengarah Ketua Sub-unit Kerja Kursus dan Analisis Item Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian Ketua Jabatan Kerja Kursus Kerja Kursus Berasaskan Ilmu Kerja Kursus Pendek Ujian Akhir Kursus Jadual Spesifikasi Ujian Peraturan Memberi Markah Borang Kerja Kursus dan Peperiksaan 5.0 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Tanggungjawab Tindakan Pengurusan Pelaksanaan Kerja Kursus di Peringkat Unit PEN,BPG KPP Unit PEN/ KSU KKAI 1. Memastikan KSU KKAI melaksanakan perkara-perkara berikut: 1.1 Menyediakan spesifikasi dan panduan pentaksiran kerja kursus. 1.2 Menghantar spesifikasi dan panduan pentaksiran kerja kursus ke semua IPG. Pengurusan Pelaksanaan Kerja Kursus di Peringkat IPG Pengarah IPG 2. Menerima spesifikasi dan panduan pentaksiran kerja kursus mengikut program daripada Unit PEN, BPG dan menyerahkannya kepada KUPP/Penyelaras KK IPG.
MUKA SURAT : 5/8 Tanggungjawab KUPP/Penyelaras KK IPG Penyelaras KK IPG Tindakan 3. Menerima dan mengedarkan spesifikasi dan panduan pentaksiran kerja kursus kepada semua berkenaan. 4. Menyedia dan mengedarkan jadual pelaksanaan kerja kursus kepada semua berkenaan. 5. Memaklumkan kepada /Penyelaras KK Jabatan/ pensyarah mata pelajaran tentang format dan prosedur pentaksiran kerja kursus. (i) Pelaksanaan dan Pentaksiran Kerja Kursus 6. Mengarahkan pensyarah menyediakan tugasan dan PMM berdasarkan sukatan pelajaran dan Buku Panduan Pelaksanaan Penilaian Kerja Kursus Berasaskan Ilmu. 7. Menyerahkan tugasan dan PMM bagi semua mata pelajaran kepada KUPP/Penyelaras KK IPG. 8. Memberi taklimat pelaksanaan kerja kursus kepada pelajar. Pensyarah 9. Melaksanakan bimbingan secara berterusan dan menyemak kerja kursus pelajar sepanjang tempoh pelaksanaannya. 10. Menilai kerja kursus setiap pelajar dengan merujuk kepada PMM. 11. Memberi maklum balas ke atas kerja kursus pelajar. (ii) Pengurusan Moderasi Kerja Kursus Peringkat IPG Penyelaras KK IPG 12. Mendapatkan jadual pelaksanaan moderasi KK daripada berkaitan. 13. Melantik ketua moderator dan moderator. Ketua Jabatan Ketua Moderator/ Moderator 14. Menyelaras pengurusan moderasi projek mengikut tarikh dalam jadual pelaksanaan kerja kursus berpandukan Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Ilmu yang terkini. 15. Melaksanakan moderasi ke atas sampel kerja kursus pelajar dan mengisi Borang Moderasi (LAM-PT14-01). 16. Menyemak dan mengesahkan markah moderasi. 17. Menyediakan Laporan Panel Moderator Kerja Kursus (LAM-PT14-02).
MUKA SURAT : 6/8 Tanggungjawab Tindakan 18. Menyerahkan Borang Moderasi (LAM-PT14-01) dan Laporan Panel Moderator Kerja Kursus (LAM-PT14-02) kepada berkenaan. Pensyarah KUPP 19. Merekod markah ke dalam BKKP. 20. Menghantar Borang Moderasi (LAM-PT14-01), Laporan Panel Moderator Kerja Kursus (LAM-PT14-02) dan BKKP kepada KUPP. 21. Menghantar Borang Moderasi (LAM-PT14-01) dan Laporan Panel Moderator Kerja Kursus (LAM-PT14-02) kepada Unit PEN, BPG. 22. Menyerahkan BKKP kepada KUPP. (iii) Pelaksanaan Ujian Amali KSU KKAI /Pensyarah 23. Merancang dan memaklumkan kepada IPG jadual pelaksanaan ujian amali dan senarai penilai luar. 24. Melantik penilai amali secara dalaman. 25. Menguruskan persediaan untuk ujian amali peringkat IPG. 26. Mengurus pelaksanaan dan penyelarasan pentaksiran ujian amali berdasarkan buku Panduan dan Spesifikasi Amali bagi mata pelajaran berkenaan. (iv) Pelaksanaan Ujian Akhir Kursus KSU KKAI KUPP Pensyarah 27. Menghantar JSU kepada semua IPG. 28. Menguruskan penggubalan soalan UAK berpandukan JSU yang diterima. 29. Menyelaraskan pelaksanaan UAK untuk semua mata pelajaran yang berkaitan. 30. Melaksanakan moderasi ke atas skrip jawapan UAK dan merekodkannya ke dalam BKKP. Ketua Jabatan 31. Menyerahkan BKKP kepada KUPP.
MUKA SURAT : 7/8 Tanggungjawab Tindakan Penilaian Pelaksanaan Kerja Kursus 32. Mentadbir borang Instrumen Penilaian Pelaksanaan Kerja Kursus bagi pelajar (LAM-PT14-03) serta membuat analisis. /Pensyarah 33. Membentangkan dapatan analisis dan laporan Penilaian Pelaksanaan Kerja Kursus dalam mesyuarat jabatan untuk tujuan penambahbaikan. 34. Menyerahkan laporan analisis kepada KUPP/Penyelaras KK. KUPP/Penyelaras KK IPG KPP Unit PEN/ KSU KKAI 35. Menghantar laporan penilaian pelaksanaan kerja kursus kepada Unit PEN, BPG. 36. Memastikan KSU KKAI membuat tindakan pembetulan dan penambahbaikan ke atas pelaksanaan pentaksiran kerja kursus jika perlu.
MUKA SURAT : 8/8 6.0 REKOD KUALITI Bil Rekod Lokasi Tempoh Simpanan Lampiran 1. Borang Moderasi Bilik KUPP 6 bulan LAM-PT14-01 2. Borang Laporan Panel Moderator Kerja Kursus 3. Instrumen Penilaian Pelaksanaan Kerja Kursus (Pelajar) Bilik KUPP 6 bulan LAM-PT14-02 Jabatan 6 bulan LAM-PT14-03 4. Analisis dan Laporan Penilaian Pelaksanaan Kerja Kursus Pelajar dan pensyarah KUPP 6 bulan - 5. Surat Perlantikan Ketua Moderator dan Moderator 6. Soalan Tugasan dan PMM Bilik KUPP 6 bulan - Bilik KUPP 6 bulan - 7. Jadual Pelaksanaan Kerja Kursus Bilik KUPP 1 tahun - 8. BKKP Bilik KUPP 5 tahun - 9. Tugasan Projek Jabatan 6 bulan - 10. Borang Markah Ujian Amali Bilik KUPP 6 bulan -