9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.

dokumen-dokumen yang mirip
PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.

Polisi Privasi. Pengenalan

ARAHAN: ( )

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Pengurusan Bilik Darjah

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

Model Pengurusan Strategik

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

CABARAN PROGRAM BLITZ SELAMA 6 MINGGU

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN FEM 3201

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Hasil temu bual dengan murid ini akan digunakan untuk menjawab soalan kajian yang empat dan lima. 2. Bolah nyatakan sebab anda ke sekolah?

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

EARLY RECOVERY KLINIK C&C 1MALAYSIA SG BESI

30 TiPS LULUS TEMUDUGA

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara Laman web sekolah: / E-mel:

ANALISIS KERJAYA DIRI

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

CONTOH KERTAS ARAHAN KEMAHIRAN SOSIAL (KENDIRI) JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ARAS 7 & 8 BLOK D4, PARCEL D PUTRAJAYA

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

Berurusan dengan Pengantara Takaful

2.0 PENYATAAN MASALAH

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

PENGURUSAN ADUAN BAGI PETUGAS BARISAN HADAPAN SEKTOR AWAM Oleh Bahagian Perhubungan Korporat Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Prestasi kerja = Motivasi Kebolehan Kekangan situasi

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

Kesetiaan kepada Syarikat

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Memahami Demensia. Talian Maklumat Demensia:

UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESSIONAL TAJUK: LAPORAN PROGRAM SEGENGGAM BUDI, SEGUNUNG HARAPAN (INSTITUTE-HEARS, UKM)

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

Transkripsi:

Siri Bagaimana? Satu Perkongsian untuk IBU BAPA. 9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika. Melalui 3 bulan pertama persekolahan. Oleh Noraminah Omar www.noraminahomar.com Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak Siri Bagaimana? 1

Kandungan di dalam manuskrip ini merupakan pengalaman peribadi dan juga hasil pembacaan penulis. Para pembaca DIBENARKAN berkongsi kandungan dan cerita dalam manuskrip ini untuk sesi pembelajaran dan perkongsian bisnes dengan menyebutkan sumber dan nama Penulis. Para pembaca TIDAK DIBENARKAN berkongsi manuskrip ini tanpa keizinan Penulis. Tidak ada mana-mana bahagian dalam manuskrip ini yang boleh diterbit, dicetak atau direkodkan dalam sebarang bentuk tanpa mendapat keizinan bertulis dari Penulis. Pembaca digalakkan untuk merujuk kepada pakar dan menjalankan kajian serta membuat bacaan lanjut sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengaplikasikan mana-mana bahagian teknikal dalam manuskrip ini. Kandungan ini adalah benar dalam masa ia diterbitkan. Siri Bagaimana? 2

DARI PENULIS It takes a village to raise a child. Tulisan ini merupakan sebahagian kecil pengalaman peribadi dan perkongsian yang saya perolehi dari sahabat dan rakan taulan dalam industri. Ya, pengalaman kita tidak sama. Kita boleh saling belajar antara satu sama lain. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan pembelajaran. Malah, ada anak yang melalui sesi orientasi mereka sepanjang tahun! Saya yakin, kita tidak mempunyai niat lain selain mahukan yang terbaik buat anak-anak. Bukan sahaja anak kita, malah anak-anak kawan kita dan kawankawan anak kita. Saya menjemput tuan dan puan yang menerima tulisan ini memberikan maklumbalas kepada saya di www.noraminahomar.com Noraminah Omar 6 Januari 2015 Siri Bagaimana? 3

BAHAGIAN 1 : Untuk Ibu Bapa Ada banyak pengalaman yang kita sendiri sudah lalui dan ada yang dikongsikan oleh rakan ibu bapa yang lain. Kisah dan cerita yang pelbagai ini juga, menjadi sebahagian lambakan maklumat dalam minda kita sebagai ibu bapa yang mempunyai anak di tadika. Apa yang pasti, kita sendiri akan memilih maklumat mana dan keputusan apa yang diambil untuk anak kita dan keluarga. Dalam bahagian ini, kita akan berkongsi 9 cara yang kita boleh ambil untuk membantu anak kita mengadaptasikan diri di tadika baru atau pada tahun baru. Tempoh 3 bulan pertama ini boleh bermula pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun. Siri Bagaimana? 4

Ada rakan ibu bapa yang sengaja memasukkan anak ke tadika pada bulan Februari atau bulan Jun untuk memastikan dan mengelakkan banyak perkara. Semua ini merupakan pilihan. Berikut adalah 9 perkara yang disarankan untuk kita selusuri apabila menghantar anak ke tadika. 1. Meletakkan sasaran yang sesuai. Apakaha tujuan utama kita sebagai ibu bapa menghantar anak ke tadika? Apakah sasaran kita yang sebenar? Adakalanya, kita sering menyebutkan, Oh, tidak mengapa. Saya hanya mahu anak saya berkawan-kawan sahaja. Siri Bagaimana? 5

Namun, apabila tiba satu ketika, kita dapati objektif sebenar kita menghantar anak ke tadika sudah berubah. Secara amnya, ramai diantara kita mempunyai objektif dan sasaran yang sama apabila menghantar anak ke tadika. Menyediakan mereka untuk melalui fasa pendidikan seterusnya. Dalam konteks kita di Malaysia, kita biasanya mula menekankan keperluan asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemudian kita melihat perkara lain seperti kemahiran dan bakat secara khusus. Meskipun banyak topik perbincangan yang ada dan berlanjutan antara perkara ini, hakikat kehidupan sebenar yang membolehkan anak-anak kita survive dalam dunia realiti ialah kebolehan membaca, menulis dan mengira. Siri Bagaimana? 6

Tiadak kira sama ada mereka bekerja sendiri atau makan gaji, kelak, mereka akan memerlukan kemahiran asas ini. Itu yang biasa kita fikir dan sasarkan sebagai ibu bapa. Di Malaysia pula, LULUS dalam SPM dan peperiksaan tertentu menjadi satu kemestian. CEMERLANG dangan sederet A pula menjadi pilihan yang agak terbuka. Ada antara kita sebagai ibu bapa, dapat menerima hakikat pencapaian dan kebolehan anak-anak seadanya. Kata mereka, asalkan keputusan peperiksaan itu dapat melayakkan anak kita untuk meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya, sudah cukup. Itu sahaja. Baik, mari kita kembali kepada situasi anak di tadika. Ia menjadi lebih utama apabila tadika dilihat sebagai titik permulaan kepada pencapaian akademik anak-anak. Siri Bagaimana? 7

Pendidikan awal anak-anak sudah mula menjadi kepentingan yang besar. Anak-anak mesti menerima pembelajaran yang baik untuk mencapai tahap seterusnya. Apa pun, pencapaian dan kejayaan anak di tadika dalam bentuk akademik tidak pula memberi jaminan sepenuhnya akan kejayaannya apabila dewasa kelak. Meneliti dan mengenalpasti kebolehan dan kemahiran yang anak kita punya kekuatan, sememangnya bermula seawal anak di tadika. Inilah yang dikaitkan dengan bakat. Lalu, apakah sebenarnya sasaran kita apabila menghantar anak kita ke tadika? Sasaran dan objektif mesti terus kekal menjadi spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, realistik dan mempunyai tempoh masa. 3 bulan pertama di tadika merupakan satu tempoh pencapaian yang boleh disasarkan dengan spesifik, boleh diukur dan boleh dicapai. Siri Bagaimana? 8

Apakah antara sasaran yang biasa diletakkan oleh ibu bapa? a. Anak mestilah gembira dan tidak mempunyai isu emosi dan hubungan sosial di tadika. b. Anak menunjukkan prestasi seronok dengan jadual dan aktiviti di sekolah dengan menunjukkan hasil kerja berbentuk mingguan kepada ibu bapa. c. Dalam tempoh 3 bulan bersekolah, anak mestilah menunjukkan peerkembangan positif dari segi tingkahlaku dan sikap terhadap konten berbentuk akademik seperti mula menunjukkan keyakinan bercakap dan berkomunikasi, berdikari dan menguasai asas mengenal huruf dan nombor. Bagi ibu bapa, ada yang meletakkan pencapaian yang lebih daripada yang di atas. Sasaran ini bergantung kepada ibu bapa serta tahap pendedahan anak kepada perkara berkenaan di rumah. Siri Bagaimana? 9

Ambil contoh sasaran menguasai bahasa Inggeris di tadika. Apabila kita tidak bercakap dalam bahasa Inggeris di rumah dan tidak mempunyai banyak bahan sokongan pembangunan bahasa Inggeris, sasaran kita terhadap pencapaian anak menguasai bahasa Inggeris mestilah sejajar. Tidak semua ibu bapa mempunyai sumber yang mencukupi untuk menyediakan suasana dengan sokongan yang mencukupi di rumah. Kuncinya, sasaran itu mestilah berdasarkan realiti latar belakang pendidikan dan cara asuhan anak kita yang bermula dari rumah. 2. Berkomunikasi dengan guru dengan kekerapan yang sederhana. Apa juga yang berkaitan dengan anak kita yang boleh mempengaruhi prestasi pencapaiannya di tadika mestilah dikomunikasikan kepada guru di tadika. Namun, ia mestilah dilakukan secara besederhana. Siri Bagaimana? 10

Adakalanya, maklumat yang terlalu banyak dan kerap juga tidak dapat membantu. Asingkan beberapa perkara yang berkaitan dengan anak kita kepada beberapa perkara berikut: + Perkembangan fizikal + Rutin dan tingkah laku sosial + Kebolehan daya fikir anak Perkembangan fizikal anak termasuklah kebolehan serta kelemahan anak kita. Adakalanya anak kita itu bersaiz agak kecil dan menyebabkan anak itu perlukan bantuan apabila mahu ke tandas. Ada juga anak yang lebih besar saiznya berbanding dengan anak yang sebaya dengannya. Anak yang tidak mempunyai adik-beradik yang ramai mempunyai kemahiran sosial yang berbeza. Siri Bagaimana? 11

Anak yang duduk di taska dan di rumah pengasuh atau duduk di rumah bersama pembantu rumah juga mempunyai gaya bersosial yang tidak serupa. Maklumat ini juga adakalanya perlu dikongsikan dengan guru apabila ia melibatkan situasi sosial dan berkawan di tadika. Kebolehan daya fikir anak dapat dilihat daripada cara anak itu menyelesaikan sesuatu masalah. Ini dapat diperhatikan, sama ada semasa bermain atau semasa bersosial. Ada antara kita sebagai ibu bapa yang faham benar anak trick yang biasa difikirkan oleh anak kita untuk mendapatkan apa yang dimahukannya. Maklumat ini juga boleh membantu guru tadika berhadapan dengan anak kita, dalam proses menyesuaikan diri di tadika dalam tempoh 3 bulan pertama itu. Siri Bagaimana? 12

3. Memahami rutin pembelajaran anak di tadika. Adakalanya, apa yang kita lakukan di rumah sebagai rutin, bukanlah satu rutin yang sama seperti di rumah. Ada juga yang membayangkan bahawa rutinnya sama seperti di sekolah rendah atau di tadika lain. Biasanya, setiap tadika mempunyai rutin yang agak sama, namun tidak serupa. Malah, ada tadika yang mempunyai susun atur ruang pembelajaran yang berbeza dengan yang kita bayangkan! Berikut adalah antara perkara yang boleh kita lakukan untuk membantu anak kita bertahan dan mengadaptasikan diri dengan rutin di tadika: I. Mendapat satu salinan jadual am dari pihak tadika. Siri Bagaimana? 13

Namun, kita mesti sedia maklum bahawa suasana dalam satu kelas dan kumpulan pembelajaran perlu berubah mengikut suasana dan keperluan anak-anak. II. Melawat tadika dan melihat semua ruang serta fasiliti yang ada. Dengan itu, kita boleh membayangkan bagaimana setiap aktiviti berjalan dalam setiap ruang berbeza dengan bilangan anak yang berbeza. III. Menghadiri semua sesi pertemuan guru dan ibu bapa yang dikendalikan. Sekiranya tidak ada pertemuan yang kerap, kita sebagai ibu bapa boleh sahaja membuat temu janji. Paling tidak setiap 3 bulan sekali untuk berbincang dan mengetahui perkembangan anak kita di tadika. Siri Bagaimana? 14

Pada masa yang sama, kita lawat tadika untuk mengetahui sebarang perubahan rutin dan ruang yang ada di sana. 4. Memerhatikan perubahan dan perkembangan emosi anak. Selepas tempoh 2 minggu awal persekolahan yang sudah dibincangkan dalam bahagian terdahulu, menjadi penting juga bagi kita untuk memerhatikan emosi mereka secara berterusan. (Nota terdahulu boleh dimuat turun percuma di www.noraminahomar.com) Kebiasaannya, emosi mereka ini bersifat sementara. Jadi, sebagai ibu bapa kita boleh memainkan peranan untuk membantu mereka melalui fasa perubahan emosi. Ini akan membantu anak-anak menangani situasi yang sama apabila mereka dewasa kelak. Siri Bagaimana? 15

Tunjukkan contoh kepada anak bahawa: Kita menerima sebarang hakikat akan setiap kejadian. ( Avoid denial phase in life. ) Contoh: Ya, belajar memang penat. Ya, ada kawan yang nakal dan ada kawan yang baik. Ya, memang biasa jika kita dimarahi apabila melakukan kesalahan. Contoh 3 perkara di atas berlaku bukan sahaja di tadika, malah di tempat kerja kita sebagai orang dewasa. Kita rancangkan tindakan seterusnya. Apabila penat, bermakna kita perlukan rehat yang cukup. Siri Bagaimana? 16

+ Kita perlu tidur awal + Kita siapkan semua tugasan sebaik sahaja rehat (selepas pulang dari tadika) + Kita pastikan semua barang ke tadika disiapkan sebelum tidur + Kita makan makanan yang berkhasiat dan memberi tenaga Apabila ada kawan yang nakal, beritahu kepadanya apa yang kita tidak suka beliau lakukan. Beritahu guru atau orang dewasa yang lain di tadika untuk bantuan. Jauhkan diri dari situasi kenakalan itu. Apabila dimarahi, kita baiki kesilapan kita. Teruskan sahaja rutin seperti biasa. Usah difikirkan lagi. Usah berhenti di situ. Baiki. Jalan terus. Siri Bagaimana? 17

Kita cuba lagi. Apabila kita sudah cuba apa yang kita rancang, cuba lagi beberapa cara yang lain. Ada banyak kesan tinakan yang kita lihat ditunjukkan oleh anak kita berdasarkan apa yang berlaku di tadika. Sebaiknya, kita sebagai ibu bapa juga boleh saling mengenali antara satu sama lain. Pernah satu ketika, seorang ibu terpaksa membenarkan anak membawa alat permainan ke tadika untuk memujuknya. Tindakan ini menyebabkan ada anak yang lain juga mahukan mainan yang sama dan memberontak di rumah. Untuk situasi begini, ada baiknya dibincangkan dengan guru tadika secara khusus untuk mendapatkan cara terbaik bagi membantu anak kita. Siri Bagaimana? 18

Memberikan bantuan kepada anak sendiri tanpa memberikan ganggunan kepada anak- anak yang lain. Ini objektif yang jelas. 5. Memerhatikan perkembangan kemahiran komunikasi anak. Adakalanya perkara kecil yang kita sangka kecil, merupakan besar bagi anak-anak. Anak-anak yang mula belajar menyanyikan sendiri lagu Twinkle Twinkel Little Star menganggap ianya sebagai satu pencapaian besar. Salah satu asas kepada kemahiran komunikasi anak ialah keyakinan diri. Perkara dan pencapaian kecil inilah yeng memberikan anak kita asas kepada pembinaan keyakinan diri yang tinggi. Siri Bagaimana? 19

Oleh itu, setiap kali anak kita menunjukkan perkembangan baru, kita berikan peluang mereka menunjukkannya dan diiringi dengan pujian meskipun apa yang dinyanyikan atau disebutkan itu kurang tepat atau salah sama sekali! Contoh: Anak menyanyikan lagu dengan sebutan yang tidak betul. Puji pencapaiannya dan apa yang baik. Apabila Safura menyanyi, Mak gembira lah! Bolehlah Safura menyanyi lagi. Mari kita menyanyi sama-sama. Semasa menyanyi bersama itu, perdengarkan sebutan yang betul, tanpa mengkritik anak kita. Contoh: Apabila anak kita menyebut satu huruf tetapi salah seperti menyebut huruf d sebagai b, puji pencapaianya sahaja. Sebut atau tunjukkan sahaja yang betul. Siri Bagaimana? 20

Bagusnya, Safura! Sudah kenal huruf ya. Selepas ini tentu boleh membaca dengan lancar. Ini d. Tidak perlu mengkritik dan menekankan tentang sebutannya yang salah itu. Situasi begini yang berterusan menjadi satu sistem sokongan yang dapat membantu anak kita. Ini juga dapat mengurangkan risiko perubahan emosi anak-anak yang mendadak. Malahan, anak-anak biasanya akan menjadi lebih terbuka dan berlapang dada untuk berkongsi semua perkara yang dipelajari dan berlaku di tadika. Seandainya ada cerita yang kurang manis didengar daripada anak-anak kecil ini, semak terus dengan guru berkenaan. Siri Bagaimana? 21

Elakkan pernyataan dan siasatan secara umum dengan menyatakan di ruang komen awam seperti FB atau kumpulan Whatsapp. Adakalanya, maklumat yang kita terima itu, belum disahkan akan kebenarannya. Kita mahu memberikan anak-anak pengalaman agar menerangkan dan menyelesaikan sesuatu isu tanpa memalukan dan menjatuhkan air muka sesiapa termasuk diri kita sendiri. 6. Memerhatikan perkembangan fizikal anak. Anak yang kita besarkan itu, ada fasa perkembangan yang tersendiri. Meskipun secara amnya, fasa perkembangan memang agak serupa, ada anak-anak yang mempunyai kelainan yang tersendiri. Apabila anak itu tidak pernah melalui dan mempunyai pengalaman beberapa bentuk aktiviti fizikal, adakalanya ia membezakan antara satu dengan yang lain. Siri Bagaimana? 22

Secara amnya, anak-anak perlukan keseimbangan dan kestabilan dalam pergerakan asas seperti berjalan, melompat dan berlari. Apabila anak kita memasuki satu suasana pembelajaran dalam kumpulan yang berstruktur dan tersusun jadualnya, tahap kemahiran fizikalnya mestilah sesuai dengan suasana dan situasi pembelajaran di sana. Adakalanya, anak-anak yang bersaiz lebih kecil berbanding dengan saiz rakan sebayanya memerlukan pemerhatian khusus di tadika. 7. Mengenali potensi anak. Anak-anak seawal 3 tahun sudah boleh dilihat bakatnya. Ada anak yang mempunyai kelebihan adri segi fizikal dan ada yang mempunyai kelebihan dari segi bahasa. Pemerhatian kita di rumah biasanya banyak membantu untuk mengesan potensi anak kita. Siri Bagaimana? 23

Ada anak yang tidak banyak cakap, tetapi suka melakukan aktiviti pembersihan, mengemas dan sangat teliti apabila menyusun dan meletakkan barang-barang. Ada pula anak yang aktif, sentiasa bergerak dan tidak boleh tahan lama dalam sebarang aktiviti atau permainan. Namun, apabila diberikan blok lego atau jigsaw puzzle, anak itu dapat pula menghabiskannya dengan cepat. Kelebihan dan kecenderungan anak dalam setiap aktiviti membolehkan kita melihat dan mengesan potensi mereka. Maklumat sebegini juga boleh dikongsikan dengan guru di tadika agar mereka boleh memberikan ransangan yang sama dan berterusan. Siri Bagaimana? 24

8. Menghadirkan diri ke semua program tadika. Hubungan anak dan ibu bapa tidak terputus begitu sahaja apabila anak-anak masuk ke tadika. Mereka juga merupakan antara ejen pembangunan anak-anak yang penting. Kehadiran ibu bapa dalam program kendalian tadika, menjadi salah satu faktor utama yang dapat membantu anak-anak kita melalui tempoh percubaan dan sepanjang 3 bulan pertama di tadika. Usahakan agar salah seorang atau wakil ahli keluarga untuk hadir dalam setiap program. Melalui pengalaman ini, anak-anak faham bahawa: + ibu bapa dan ahli keluarga sentiasa memberikan sokongan kepadanya Siri Bagaimana? 25

+ ibu bapa dan guru merupakan rakan kerjasama yang baik dan mereka perlulah sama-sama dihormati + ibu bapa dan guru mereupakan orang yang mereka boleh percayai dan dapat memberikan bantuan Persepsi yang dibina dalam minda anak-anak yang sebegini membolehkan ibu bapa dan guru bekerjasama dengan lebih baik. 9. Menerima, berlapang dada dan mengekalkan kerjasama. Tidak dinafikan bahawa guru di tadika datang dari pelbagai latar belakang dan bidang. Gaya mengurus rumah tangga juga berbeza antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, hakikat manusia itu tidak sempurna memang manjadi lumrah alam. Siri Bagaimana? 26

Apabila menerima makluman dan komen yang jujur, namun disampaikan dengan cara yang kurang enak, kita sebagai ibu bapa yang lebih professional perlu mengambil jalan menjadi penunjuk cara. Adakalanya, guru ini mempunyai kemhiran dalam bidang kanakkanak, tetapi tidak mempunyai kemahiran komunikasi dan khidmat pelanggan yang bagus. Adakalanya, situasi yang sebaliknya pula berlaku. Fokuskan kepada penyelesaian situasi. Sendainya perlu berterusterang dengan guru tentang ketidakselesaan kita dengan cara penyempaian beliau, kita masih boleh berbuat demikian dengan menunjukkan cara yang betul. Hakikat manusia yang hidup dengan adanya emosi itu sentiasa benar. Kita sebagai ibu bapa, dan mereka yang bergelar guru juga tidak dapat lari daripadanya. Namun profesional itu benar-benar terserlah apabila kita boleh bekerjasama meskipun dengan mereka yang kita tidak suka. Siri Bagaimana? 27

Tidak kiralah sama ada kita ini memegang jawatan sebagai CEO syarikat besar atau seorang ibu kepada anak-anak kita, profesionalisme itu tetap ada. Biasanya, situasi yang bersifat sementara ini dapat diselesaikan dengan baik dengan adanya budi bicara dan persefahaman antara guru dan ibu bapa. Namun, seandainya situasi ini menjadi bertambah sukar dan memberikan kesan kepada pencapaian anak di tadika, kita sebagai ibu bapa boleh membuat keputusan. Terima, berlapang dada dan teruskan kerjasama, tidak kira sama ada kita meneruskan sesi pembelajaran di tadika yang sama atau berpindah. Siri Bagaimana? 28