Kesetiaan kepada Syarikat
|
|
|
- Farida Kurniawan
- 9 tahun lalu
- Tontonan:
Transkripsi
1 Topik 10 Kesetiaan kepada Syarikat HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan konsep kesetiaan kepada syarikat; 2. Membezakan peniupan wisel dalaman dengan luaran; 3. Menerangkan keadaan yang membenarkan peniupan wisel dalaman dan luaran; dan 4. Membincangkan kesan kesetiaan yang salah keatas operasi harian syarikat. PENGENALAN Mari kita mulakan topik terakhir ini dengan melihat Rajah Apakah yang boleh anda katakan mengenainya?
2 162 TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT Rajah 10.1: Upacara perkahwinan Sumber: Rajah 10.1 menunjukkan satu upacara perkahwinan di mana pengantin lelaki dan wanita berlari dengan gembira selepas selesainya upacara perkahwinan mereka. Semasa upacara, pengantin lelaki dan wanita telah mengisytiharkan lafaz cinta mereka, selain lafaz taat setia kepada pasangannya. Ini adalah kerana kesetiaan merupakan elemen yang sangat penting bagi suatu perkahwinan yang bahagia. Bagaimana pula dengan kesetiaan di tempat kerja? Adakah anda fikir kesetiaan juga merupakan perkara yang penting di tempat kerja? Dalam perniagaan, majikan turut menghargai dan mengharapkan kesetiaan kakitangan mereka. Kesetiaan di sini merujuk kepada kewajipan moral kakitangan dalam menjalankan tugas dengan cekap, mematuhi arahan yang sah daripada penyelia mereka, menyimpan maklumat sulit dan rahsia syarikat, dan mengelak sebarang tingkah laku yang bertentangan dengan hak kepentingan syarikat. Oleh itu, topik kesepuluh ini akan membincangkan beberapa aspek yang berkaitan dengan konsep kesetiaan iaitu: (a) Kesetiaan kepada majikan; (b) Peniupan wisel; (c) Pandangan moral terhadap pemecatan peniup wisel; dan (d) Kesetiaan yang salah.
3 TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT MAKSUD KESETIAAN Seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini, kesetiaan adalah sesuatu yang dikehendaki oleh majikan daripada seseorang kakitangan. Apakah yang dimaksudkan dengan kesetiaan kepada majikan? Mari kita lihat huraian berikut yang menerangkan maksud kesetiaan secara terperinci: Kesetiaan menunjukkan kewajipan moral kakitangan untuk melakukan perkara berikut: (a) (b) (c) (d) Menjalankan tugas dengan cekap; Mematuhi arahan sah daripada penyelia; Menyimpan maklumat sulit dan rahsia perdagangan syarikat; dan Menjauhi sebarang tingkah laku yang bertentangan dengan hak kepentingan syarikat. Tahukah anda bahawa kesetiaan adalah suatu kebaikan yang dihargai, sekurangkurangnya pada pertimbangan majikan? Sebaik sahaja seseorang diterima bekerja dengan sesebuah syarikat, ia dianggap bertanggungjawab untuk setia kepada syarikat dan hendaklah kekal setia selagi ia masih bekerja dengan syarikat tersebut. Dalam sesetengah keadaan, kesetiaan perlu dikekalkan walaupun selepas kakitangan meninggalkan syarikat. Adakah kesetiaan kepada majikan merupakan kewajipan moral? Jawapannya bergantung kepada bagaimana anda mendefinisikan kesetiaan tersebut. Jika ia bermaksud bahawa individu-individu dijangka melakukan tugas pada sesuatu tahap kecekapan yang boleh diterima atau melakukan apa yang diarah oleh penyelia mereka, sama ada mengikut deskripsi kerja atau arahan seharian, maka kesetiaan adalah kewajipan moral kerana jangkaan ini merupakan intipati kontrak pekerjaan. Selain itu, pekerja juga perlu memahami bahawa mereka harus menyimpan rahsia sulit perdagangan, pelan pemasaran, keputusan strategik dan maklumat kakitangan syarikat. Ini juga bermakna bahawa kakitangan tidak akan berkongsi maklumat sulit ini dengan pihak luar syarikat, sama ada mereka itu rakan, ahli keluarga atau media. Bagi pengurus yang mencabuli syarat-syarat kontrak pekerjaan, mereka tertakluk kepada tindakan disiplin syarikat termasuklah pemecatan seperti mana yang sering diingatkan dalam dokumen-dokumen rasmi syarikat. Selain itu,
4 164 TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT pengurus yang mendedahkan maklumat syarikat kepada pihak luar boleh didakwa oleh syarikat mengikut undang-undang atas alasan menuntut ganti rugi. Oleh itu, jelaslah kepada kita betapa pentingnya kesetiaan dan mengapa ia dianggap sebagai kewajipan moral. Oleh itu, pengurus tidak seharusnya menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan kepentingan syarikat; melainkan setelah menerima kebenaran daripada syarikat atas alasan yang kukuh. Selain itu, pengurus tidak seharusnya menawarkan khidmat rundingan selepas waktu kerja kepada syarikat pesaing. Mereka juga tidak boleh mendaftarkan hak paten ke atas sesuatu reka cipta syarikat atau menjual proses-proses teknikal yang telah dibangunkan berasaskan maklumat yang terbit secara langsung daripada pekerjaan mereka atau menggunakan bahan dan kemudahan syarikat majikan untuk kepentingan sendiri. Berikut adalah dua soalan penting berkaitan dengan kesetiaan bagi bakal-bakal pengurus iaitu: (a) (b) Adakah terdapat sesuatu had kepada sekatan-sekatan ini? Bolehkah syarikat memaksa pengurus menandatangani perjanjian yang dilihat sebagai sekatan yang terlalu mengawal aktiviti-aktiviti luar mereka? Hak syarikat untuk mengenakan sekatan yang terlalu tegas boleh dipertikaikan. Walau bagaimanapun, bagi akauntan, pakar pengurusan, jurutera atau pakar sumber manusia yang menawarkan kepakaran profesional mereka kepada orang luar atau organisasi yang bukan pesaing (malahan bukan bakal klien), masih boleh diterima. AKTIVITI Pada pendapat anda, apakah cara yang paling berkesan bagi sesebuah syarikat memastikan kakitangannya kekal setia? 2. Layani website: Terangkan bagaimana kesetiaan di tempat kerja boleh diterjemahkan menjadi prestasi keseluruhan yang lebih baik bagi sesebuah syarikat.
5 TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 165 SEMAK KENDIRI 10.1 Apakah maksud kesetiaan kepada majikan? Terangkan secara ringkas PENIUPAN WISEL Pernahkah anda mendengar istilah peniup wisel? Siapakah peniup wisel? Berikut adalah definisi bagi peniup wisel dalam dunia perniagaan. Peniup wisel merupakan seseorang yang melaporkan salah laku undangundang atau moral oleh rakan sekerja, penyelia atau pegawai syarikat. Rajah 10.2 menunjukkan bagaimana seorang peniup wisel boleh mendapat kedudukan yang signifikan dalam sesebuah organisasi melalui tindakannya meniup wisel. Rajah 10.2: Peniup wisel mungkin boleh menjawat jawatan yang signifikan dalam organisasi melalui tindakannya Sumber:
6 166 TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT Tahukah anda bahawa peniupan wisel boleh dibahagikan kepada dua kategori? Dua kategori tersebut dihuraikan dalam Jadual 10.1 berikut: Jadual 10.1: Dua Kategori Peniupan Wisel Kategori Peniupan Wisel Dalaman Peniupan Wisel Luaran Huraian Berlaku apabila tuduhan dibuat melalui saluran penyeliaan atau lain-lain saluran yang telah disediakan dalam syarikat. Berlaku apabila tuduhan dilaporkan kepada individu atau agensi di luar syarikat seperti pihak berkuasa kerajaan atau media. Justifikasi yang paling memungkinkan tindakan meniup wisel ini adalah apabila seseorang dalam sesebuah syarikat melakukan atau membiarkan sesuatu aktiviti yang memudaratkan kakitangan, pemegang saham atau orang awam berlaku. Oleh itu, satu-satunya cara untuk menghentikan aktiviti tersebut ialah dengan memberitahu penyelia yang bertanggungjawab dalam syarikat mengenainya. Jika saluran ini tersekat, seseorang itu boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa atau media. Namun begitu, terdapat dua persoalan yang perlu dinilai dalam perkara ini iaitu: (a) (b) Bilakah peniupan wisel mempunyai justifikasi moral? Adakah ia kewajipan moral? Jawapan kepada dua soalan tersebut adalah berbeza-beza. Ia bergantung sama ada peniupan wisel merupakan peniupan wisel dalaman atau luaran. Kita akan mempelajarinya dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya Peniupan Wisel Dalaman Cuba bayangkan diri anda sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat besar. Andaikan anda mempunyai sebab yang kukuh untuk mengesyaki pengurus di firma anda telah melakukan kesalahan berikut: (a) (b) (c) (d) (e) Memalsukan akaun perbelanjaan syarikat; Mengambil rasuah daripada pembekal; Menggunakan sumber atau peralatan syarikat untuk tujuan peribadi; Mencuri bekalan dan bahan daripada syarikat; atau Bekerja untuk pesaing.
7 TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 167 Anda tentu mahu meniup wisel ke atas pengurus tersebut yang jelas telah melanggar undang-undang sebagai tanda kesetiaan anda kepada syarikat. Walau bagaimanapun, wujud persoalan adakah anda dibenarkan meniup wisel ke atas individu tersebut yang merupakan pengurus firma di tempat anda bekerja? Jawapannya sudah pasti ya, asalkan anda mematuhi beberapa peringatan seperti yang digariskan dalam Jadual 10.2 berikut: Jadual 10.2: Garis Panduan untuk Menjustifikasikan Peniupan Wisel Dalaman Kriteria Justifikasi Kemudaratan yang Signifikan Fakta yang Tepat Sudah Diketahui oleh Pihak Pengurusan Jangkaan yang Munasabah Impak ke Atas Diri Sendiri Penerangan Ia harus terbukti bahawa kemudaratan kepada syarikat adalah signifikan. Peniup wisel perlu mengesahkan faktanya. Salah tuduh boleh merosakkan reputasi yang tertuduh walaupun kemudiannya dibuktikan sebagai palsu. Peniup wisel harus cuba memastikan sama ada aktiviti orang yang disyaki sudah diketahui oleh pengurus atasan, mungkin daripada hasil audit atau siasatan berasingan oleh pihak keselamatan syarikat. Harus terdapat jangkaan yang munasabah bahawa tindakan meniup-wisel akan berkesan; penyelia pada orang yang disyaki akan dapat menghentikan salah laku kerana sama-sama meyakini bahawa kesalahan tersebut adalah serius. Peniup wisel perlu mempertimbangkan kerosakan ke atas reputasi dan masa depan sendiri dalam perniagaan. Pelbagai soalan boleh timbul seperti adakah tindakannya akan dilihat sebagai tanda kesetiaan atau perkara remeh, satu tindakan membalas dendam atau peluang untuk mencemar pesaing demi kenaikan pangkat? Adakah peniup wisel akan dilabel sebagai pengacau walau sebaik mana tujuannya?
8 168 TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT Kewajipan Moral Akhir sekali, peniup wisel perlu tahu bahawa dalam sesetengah keadaan seperti menggunakan peralatan syarikat untuk tujuan peribadi, teguran secara bersemuka sudah memadai untuk menghentikan salah laku berkenaan. Adakah ia kewajipan moral bagi seorang pengurus untuk meniup wisel? Untuk menjawabnya, kita harus menentukan terlebih dahulu siapakah yang mempunyai kewajipan utama untuk mengawas dan menyiasat sebarang tindakan kakitangan yang menimbulkan kesangsian. Misalnya, seorang pengurus telah menandatangani perjanjian dengan syarikat untuk memperakui tanggungjawabnya untuk melaporkan semua kejadian yang dirasakan berkemungkinan melibatkan salah laku melalui saluran yang disediakan. Maka, ia adalah kewajipan moral untuk meniup wisel apabila timbul keadaan yang memerlukannya. Walau bagaimanapun, perjanjian formal yang begitu eksplisit jarang digunakan. AKTIVITI 10.2 Terangkan apakah tindakan yang akan diambil sekiranya anda mengesyaki seorang pengurus di syarikat anda bersikap tidak setia? Peniupan Wisel Luaran Seseorang pengurus yang melaporkan salah laku syarikat kepada pihak berkuasa kerajaan atau media dianggap telah melakukan peniupan wisel luaran. Bilakah anda fikir peniupan wisel luaran dibenarkan? Adakah ia suatu kewajipan?
9 TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 169 Jawapan kepada dua persoalan tersebut boleh dirujuk pada Jadual Garis panduan ini merupakan tambahan kepada garis panduan yang digunakan untuk menjustifikasikan peniupan wisel dalaman. Ia perlu ditepati sebelum peniupan wisel luaran dilakukan. Jadual 10.3: Garis Panduan bagi Menjustifikasikan Peniupan Wisel Luaran Kriteria Justifikasi Laporan Dalaman ke Atas Salah Laku Penerangan Pastikan bahawa usaha melaporkan salah laku telah dibuat mengikut saluran dalaman organisasi. Syarikat yang terlibat harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan sebelum meniup wisel kepada pihak luar. Agensi Luaran Agensi-agensi luaran seperti juruaudit atau badan pengawalan awam lain terbukti tidak berupaya atau tidak sanggup melaporkan salah laku berkenaan. Kemudaratan yang Signifikan Tahap Kemudaratan Salah laku (seperti penipuan, penyelewengan, keadaan kerja tidak selamat atau pembuangan bahan bahaya yang menyalahi undang-undang) yang mengakibatkan kemudaratan signifikan kepada pemegang saham, kakitangan atau pihak awam merupakan isu yang perlu diatasi. Tahap kemudaratan yang akan dialami syarikat akibat peniupan wisel harus sepadan dengan kemudaratan akibat salah laku. Perlu diingatkan bahawa peniupan wisel luaran hanya boleh dilakukan setelah syarat-syarat dalam Jadual 10.3 telah ditepati. Persoalan seterusnya ialah bilakah ia menjadi kewajipan moral? Kewajipan utama untuk mencegah dan menghentikan salah laku terletak pada peringkat penyeliaan. Lebih besar tanggungjawab yang dipegang oleh seseorang pengurus, lebih besar juga kewajipannya. Pengurus mempunyai kewajipan untuk melaporkan salah laku kepada pihak luar hanya apabila melibatkan kemudaratan yang serius dan terbukti bahawa peringkat-peringkat penyeliaan sedia ada dalam syarikat telah gagal menghentikannya. Di Amerika, kakitangan kerajaan yang meniup wisel dilindungi oleh undangundang daripada sebarang tindakan. Kerajaan menganggap bahawa peniup wisel menunjukkan darjah kesetiaan yang tinggi apabila mereka melaporkan salah laku. Walau bagaimanapun, dalam sektor swasta, peniup wisel dilihat sebagai sedikit lebih baik daripada seorang pemberi maklumat.
10 170 TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT Mari uji pemahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut: SEMAK KENDIRI 10.2 Terangkan secara ringkas dua jenis peniupan wisel. LATIHAN 10.1 Bezakan antara peniupan wisel dalaman dan luaran. Apakah sebabsebab ia diperlukan? 10.3 ALASAN MORAL BAGI MEMECAT PENIUP WISEL Adakah anda fikir bahawa syarikat mempunyai alasan tersendiri untuk memecat, menurunkan pangkat atau menyekat kerjaya peniup wisel? Jawapannya tidak. Ini adalah kerana selagi peniup wisel melaporkan kes salah laku sebenar melalui saluran yang disediakan atau kepada pihak luar (sebagai langkah terakhir), syarikat tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan disiplin ke atas mereka. Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian. Sesebuah syarikat mempunyai justifikasi untuk mengambil tindakan terhadap kakitangan peniup wisel jika dia: (a) (b) (c) (d) Berbohong mengenai kes tersebut; sengaja menyalah lapor untuk menggambarkannya seolah-olah lebih/sangat serius daripada keadaan yang sebenarnya; Bertindak kerana ingin membalas dendam ke atas rakan sekerja atau penyelia; Bertindak kerana membantah polisi baru syarikat yang dianggap tidak mendatangkan kebaikan; dan Mencemarkan nama baik rakan sekerja yang bersaing untuk mengejar kenaikan pangkat.
11 TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 171 Perlu diingat bahawa peniup wisel (dalaman atau luaran) melakukan sesuatu yang terpuji daripada segi moral jika ia bertindak untuk mencegah kemudaratan kepada individu atau persekitaran iaitu kemudaratan yang tidak dapat dijustifikasikan oleh pegawai-pegawai syarikat. Oleh itu, tindakan membalas dendam terhadap seseorang yang melakukan sesuatu perkara yang bermoral atau mengekang kebenaran untuk memuaskan hati pihak atasan pengurusan merupakan langkah yang tidak adil dan tidak bermoral KESETIAAN YANG SALAH Akhir sekali, mari kita bincangkan bagaimana kesetiaan menjadi sesuatu yang salah. Kadangkala, para pengurus percaya bahawa kesetiaan kepada ketua bermakna menutupi kesilapan-kesilapan besar atau pun salah laku mereka. Kepercayaan ini ternyata palsu. Seseorang pengurus perlu mempunyai tanggungjawab fidusiari kepada para pemilik perniagaan. Oleh yang demikian, tindakan menutup salah laku penyelia yang memudaratkan mana-mana kepentingan pemilik secara serius adalah satu pencabulan ke atas tanggungjawab tersebut. Bagi seseorang kakitangan bawahan, dia perlu melaksanakan arahan yang sah daripada penyelianya dan memaklumkan kepadanya mengenai kemajuan kerja atau tugas tersebut. Kakitangan bawahan mungkin juga mempunyai kewajipan untuk memaklumkan kepada penyelia mengenai tindakan individu atau kumpulan lain yang boleh menjejaskan operasi penyelianya. Walau bagaimanapun, salah laku penyelianya tetap perlu dilaporkan dan tidak harus diketepikan.
12 172 TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT Sebagai penutup, mari kita uji sejauh mana pemahaman anda terhadap topik ini dengan menjawab soalan-soalan berikut: LATIHAN Nyatakan maksud kesetiaan kepada syarikat. 2. Dalam keadaan apakah yang membuatkan peniupan wisel dalaman mempunyai justifikasi moral? 3. Kesetiaan yang digambarkan sebagai menutup kesilapan atau salah laku pihak atasan adalah satu kepercayaan yang palsu terhadap kesetiaan. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Bincangkan. Majikan menghargai dan mengharapkan kesetiaan daripada kakitangan mereka. Kesetiaan merupakan kewajipan moral bagi pekerja. Untuk setia terhadap majikan, mereka perlu menjalankan tugas dengan cekap, mematuhi arahan yang sah oleh penyelia, menyimpan maklumat sulit syarikat dan rahsia perdagangan, dan mengelak tingkah laku yang bertentangan dengan hak kepentingan syarikat. Majikan tidak harus meminta para pengurus menunjukkan kesetiaan mereka dengan melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, terlibat dalam pengiklanan yang memperdayakan atau mengganggu, menurunkan pangkat atau memecat kakitangan atas sebabsebab yang tiada kaitan dengan kerja. Kewajipan meniup wisel dalaman bergantung sama ada seseorang itu mempunyai tanggungjawab utama untuk mengetahui dan menyiasat tindakan kakitangan yang boleh menimbulkan kesangsian atau tidak. Penyelia terdekat kepada kakitangan perlu berwaspada terhadap tindakan kakitangan bawahan yang menimbulkan keraguan serius. Bahagian keselamatan syarikat, jika ada, bertanggungjawab untuk melindungi aset syarikat.
13 TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 173 Keputusan untuk meniup wisel luaran kepada mana-mana pihak luar boleh dijustifikasikan setelah semua syarat peniupan wisel dalaman ditepati dan pihak pengurusan syarikat masih enggan mengambil tindakan memulihkan kemudaratan ke atas kepentingan pemegang saham, kakitangan atau orang awam walaupun setelah mengetahuinya. Tiada justifikasi moral untuk memecat peniup wisel yang mendedahkan kes salah laku yang mengakibatkan kemudaratan kepada orang ramai atau persekitaran dan ia tidak dapat dicegah melalui saluran biasa syarikat. Memecat mereka bermakna kita telah berlaku zalim kerana telah menghukum mereka di atas sebab melakukan sesuatu yang betul daripada segi moral. Kesetiaan boleh menjadi satu perkara yang salah jika pekerja bertindak menutup kesilapan atau salah laku penyelianya. Kesetiaan Peniupan wisel Peniup wisel
DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM
DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM 1 1. Apakah yang dimaksudkan dengan memberi maklumat? Ia adalah satu tindakan sukarela oleh mana-mana pekerja/orang awam (setakat perkhidmatan
DASAR ANTI RASUAH RGIS
DASAR ANTI RASUAH RGIS I. KENYATAAN DASAR Ia adalah menjadi dasar RGIS Holdings, LLC ( RGIS atau Syarikat ) menjalankan operasi di seluruh dunia secara beretika dan mematuhi undang-undang A.S. dan undang-undang
NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:
NOTIS PRIVASI Dokumen ini menerangkan dasar privasi ("Dasar Privasi") Spring Energy Sdn Bhd ("Spring Energy" "kami," atau "kami" dalam terma- terma yang mana ungkapan- ungkapan hendaklah termasuk, di mana
Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa
Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan ("Ringkasan" ini) menyediakan satu gambaran
Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN
Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan
DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM
DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM 1 Dasar Pemberi Maklumat (Dalaman) Definisi 1. Pemberian maklumat adalah pendedahan yang dilakukan oleh individu yang kebiasaannya terdiri daripada
Model Pengurusan Strategik
Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan
POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI Kumpulan Syarikat Lion Syarikat dan Kumpulan Syarikat Lion Bersekutu, entiti yang dikawal bersama dan gabungannya (secara kolektifnya Kumpulan ) menghormati privasi individu
Jaminan Fideliti Terma & Syarat
Jaminan Fideliti Terma & Syarat Polisi Jaminan Fideliti BAHAWASANYA Pihak Diinsuranskan melalui Usul dan Perisytiharan yang akan menjadi asas kontrak ini dan disifatkan bergabung dalam perjanjian ini telah
Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths
Tataetika Perniagaan Smiths Prakata daripada Philip Bowman, Ketua Eksekutif Sebagai sebuah syarikat bertaraf global, Smiths Group berinteraksi dengan pelanggan, pemegang saham dan pembekal di seluruh dunia.
Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin
Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin Pengenalan Soal awab berikut ialah panduan kepada Tatakelakuan Pengedar ( Tatakelakuan ) Parker Hannifin (Parker). Kami telah menyediakan
NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON
NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON Adient plc (didaftarkan di Ireland, 25-28 North Wall Quay, IFSC, Dublin, 1), dan subsidiari dan syarikat gabungannya (secara kolektif, Adient,
Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam
Tatakelakuan Tatakelakuan Dokumen ini mengandungi "Tatakelakuan" yang mesti dipatuhi oleh semua Pengarah, Pengurus, pekerja Kumpulan Pirelli, dan secara amnya sesiapa yang bekerja di Itali dan di luar
NSG Group Tata Kelakuan Pembekal
NSG Group Tata Kelakuan Pembekal Pengenalan Matlamat NSG Group adalah untuk mencapai tahap reputasi bertaraf dunia dalam menjalankan perniagaan secara professional mengikut undang-undang dan etika seperti
SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING
SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING Pernyataan Dasar Menjadi dasar Syarikat bahawa Syarikat, kesemua subsidiarinya dan anggota gabungan, dan mana-mana pegawainya, pengurus dan pekerja
AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang 1 Untuk memerangi rasuah dan salah laku lain (kelakuan tidak wajar) dengan
Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1
Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1 POLISI PRIVASI DATA PERIBADI AKADEMI HOSPITALITI & PELANCONGAN SAUJANA SDN BHD (304.595-W) JUGA DIKENALI SEBAGAI KOLEJ SATT No. Pendaftaran PDPA: SB20112014-0003
Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan
09 2016 Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan daripada pengurus Membuat laporan tentang pelanggaran
Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016
Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016 Kod etika perniagaan Semua unit perniagaan dan pekerja Smiths adalah tertakluk kepada kod etika ini. Pematuhan kepada kod ini dapat membantu mengekalkan dan meningkatkan
Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?
Amalan Dengan Ketekunan Wajar KANDUNGAN 1. Pengenalan 2. Apakah Maksud Ketekunan Wajar? 3. Mengapa Ketekunan Wajar Diperlukan? 4. Tujuan Ketekunan Wajar 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar?
Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika
Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika KOD TATAKELAKUAN KORPORAT DAN DASAR ETIKA 1. Pengenalan Amcor mengiktiraf tanggungjawabnya sebagai pengeluar global bahan dan perkhidmatan pembungkusan, dan komited
NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 1. Pengumpulan dan Pemprosesan Data Peribadi Semasa anda membuat urusan dengan
Kod pengendalian perniagaan
KOD PENGENDALIAN PERNIAGAAN PRINSIP-PRINSIP TINDAKAN KITA PRINSIP-PRINSIP ORGANISASI KITA DASAR-DASAR KITA Kod pengendalian perniagaan Kod pengendalian perniagaan Kandungan 01 Pengenalan 02 Pematuhan undang-undang
Tatakelakuan. Pembekal
Tatakelakuan Pembekal Tatakelakuan Pembekal 1. PEKERJAAN DIPILIH SECARA BEBAS 1.1 Tidak ada buruh paksa atau wajib dalam apa jua bentuk, termasuk terikat, diperdagangkan, atau buruh penjara. 1.2 Para pekerja
Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan
Dasar Privasi Dalam Dasar Privasi ini ("Dasar"), kami, Qualcomm Incorporated dan syarikat subsidiari (secara kolektif "kami" atau "kita"), menyediakan maklumat mengenai cara kami mengumpul, menggunakan,
Polisi Privasi. Pengenalan
Polisi Privasi Pengenalan imsme ialah satu platform rujukan atas talian yang pertama di Malaysia bagi pinjaman/ pembiayaan PKS yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia
Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.
27 Januari 2016 Fasal-Fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit
Inovasi dan Perubahan
Topik 11 Inovasi dan Perubahan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan kepentingan inovasi dalam organisasi; 2. Menerangkan cara-cara menguruskan inovasi dengan berkesan;
KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB
KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR MELIPUTI: SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB KANDUNGAN I. Mesej kepada semua Rakan niaga m/s 2 II.Polisi Etika Perniagaan Umum m/s 3 III. Polisi
Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.
Notis Privasi (Untuk Pelanggan) Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia. Oleh itu, Notis Privasi ini dirumus
Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas
Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas Berkuat Kuasa Januari 2017 Mengapakah Kami Menyediakan Kenyataan Ini? Kami dengan giatnya menggalakkan Rakan Sekerja untuk
DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa
KAMI, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), ADALAH DENGAN INI PERCAYA BAHAWA KERAHSIAAN MAKLUMAT PELANGGAN ADALAH HAK DAN OLEH SEBAB ITU, IA ADALAH PENGHORMATAN DASAR ASAS YANG MESTI DITURUTI, DIKEKALKAN,
Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu
Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu Chemical Company of Malaysia dan Kumpulan Syarikatnya menghormati privasi anda. Kami menganggap dan memandang serius data peribadi anda. Notis Data Peribadi
BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Industri pembinaan hari ini terdedah kepada cabaran dari dalam dan luar industri yang membawa kepada keperluan pengurusan dan pengawalan risiko pembinaan. Salah satu kaedah
7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.
7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Dalam proses melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah mengumpul data seperti ujian pra, pemerhatian, temu bual, analisis dokumen, soal
Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)
Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama) Rujukan kami: OFS(B)/OI/AC/XXX/16 i. [nama Pengadu yang layak] ii. [nama Anggota] Anggota Pengadu yang layak (kemudian daripada ini dirujuk
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Perlindungan Pemberi Maklumat 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 711 AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 711 Tarikh Perkenan Diraja...... 2 Jun 2010 Tarikh penyiaran dalam
Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:
NOTIS PRIVASI 1.0 Umum 1.1 Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad adalah di antara lain, syarikat-syarikat di dalam AFFIN Holdings Berhad ( Kumpulan AHB ). Di Kumpulan AHB kami menghargai privasi
Pengenalan Makroekonomi
Topik 1 Pengenalan Makroekonomi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan maksud makroekonomi dan lima isu utama dalam makroekonomi; 2. Menghuraikan dua dasar utama
Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?
17 Pengenalan Apakah itu insurans? Apakah itu takaful? Halaman 1 andungan Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan? Apakah jenis produk
POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY
1 POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY Pengenalan 2 Pendedahan oleh seseorang biasanya (tidak terhad kepada) terdiri daripada seseorang pekerja penguatkuasaan persekutuan atau
NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( PDPA ) telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk mengawal selia pemprosessan data di dalam urus niaga komersial. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment
DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 1.0 TUJUAN Dasar ini bertujuan menjelaskan urusan pertukaran pegawai UPSI supaya dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berkesan dan seragam.
PERNYATAAN PRIVASI INREACH
PERNYATAAN PRIVASI INREACH Terakhir Dikemas Kini: 1 September, 2016 (v 2016.2) Privasi anda penting kepada InReach, Inc. ( inreach ). Kami menghasilkan Pernyataan Privasi ini agar anda tahu cara kami mengumpul,
NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN
NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN I. PENGENALAN Bank of America Corporation, syarikat kumpulannya, sekutu dan cawangannya (secara kolektif, Bank ) telah menyediakan Notis Perlindungan Data Pengambilan
NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS
NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS Public Mutual Berhad (No. Syarikat 23419-A) menghormati privasi anda dan berusaha untuk melindungi data peribadi anda seperti yang termaktub di dalam undang-undang
NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:
NOTIS PRIVASI 1.0 Umum 1.1 Di Affin Hwang Asset Management Berhad (dahulu dikenali sebagai Hwang Investment Management Berhad) ( Affin Hwang Asset Management ), kami menghargai privasi anda dan berusaha
BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT
BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT 1.0 Latarbelakang Kajian Tempat kerja dan pekerja merupakan dua entiti yang saling berkait rapat di antara satu sama lain. Perkaitan ini wujud kerana pekerja
Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI
Dasar ini telah dikemaskinikan terakhir pada 9 September 2015. Polisi Privasi ( Dasar ) ini adalah untuk memaklumkan pengguna ( anda ) tentang polisi serta amalan JAG Systems Sdn Bhd ( kami ) dalam pengumpulan,
TOPIC 9 EMPLOYEES AND THE WORKPLACE (PEKERJA DAN TEMPAT KERJA)
TOPIC 9 EMPLOYEES AND THE WORKPLACE (PEKERJA DAN TEMPAT KERJA) Pengenalan Syarikat pastinya ingin melindungi kepentingannya, pekerja mereka dan pelanggan mereka dari sabarang musibah yang boleh dielakkan.
Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017
Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017 Pengenalan 21st Century Fox ( Syarikat ) komited untuk menjalankan perniagaan di seluruh dunia dengan integriti dan ketelusan, dan
Garis Panduan Tiga Pihak Bagi Amalan Pekerjaan Yang Adil
Garis Panduan Tiga Pihak Bagi Amalan Pekerjaan Yang Adil Diterbitkan oleh: www.tafep.sg Disokong oleh: ULANG CETAK PADA April 2014 Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan menyalin mana-mana bahagian buku
JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011
JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENEMPATAN PEGAWAI DI BAWAH PROGRAM PENEMPATAN SILANG (CROSS FERTILIZATION PROGRAM) TUJUAN
Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.
Maklumat Am Nama Dasar Kod Tatalaku Pembekal Kumpulan NSG Diluluskan Oleh Jawatankuasa Pemandu Dasar Perolehan Tarikh Diluluskan 17.06.09 Skop Dasar ini diguna pakai untuk semua pembekal Kumpulan NSG Objektif
SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)
SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017) 1. Apakah PIN? PIN, atau Nombor Pengenalan Peribadi, adalah kod rahsia yang diberikan kepada ahli kad atau dipilih oleh mereka bagi membuktikan
Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI
Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI Ranhill Holdings Berhad, Kumpulan Syarikat Ranhill dan Kumpulan Syarikat Ranhill Bersekutu, entiti dikawal bersama dan syarikat gabungan (secara kolektif, "Kumpulan"),
TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT
TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT 1. Komposisi ahli Lembaga Pengarah hendaklah melantik ahli-ahli Jawatankuasa Audit daripada kalangan mereka sendiri yang terdiri daripada tidak kurang daripada tiga
Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda
Notis Privasi Komitmen kami dalam memelihara privasi anda Langkah-langkah dalam memastikan data peribadi pelanggan disimpan dengan selamat menjadi keutamaan bagi kami di Malaysia Building Society Berhad
1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD
PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD Penyataan Privasi ini menjelaskan bagaimana Educate to Learn Sendirian Berhad (e2lsb) dan syarikat sekutu serta anak-anak syarikatnya, termasuk tetapi tidak terhad
NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;
NOTIS PRIVASI Notis Privasi ini dikeluarkan oleh BGR FOODSERVICE SDN. BHD. (445653-K) ( Syarikat or BFSB ) dan/atau anak syarikatnya, seperti yang didefinisikan dalam Akta Syarikat, 1965 (secara kolektifnya
Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Notis Perlindungan Data Peribadi ini ( Notis ) menerangkan bagaimana Malaysia Steel Works (KL) Berhad dan kumpulan
NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:
NOTIS PRIVASI Pelanggan Notis privasi ini dikeluarkan oleh AmFunds Management Berhad (dahulunya dikenali sebagai AmInvestment Services Berhad) dan AmIslamic Funds Management Sdn Bhd ( AmInvest ). Sebagai
TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON
AVON PRODUCTS, INC. TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON Di Avon, kami percaya kepada lima nilai utama: Kepercayaan, Hormat, Pegangan, Rendah Hati, dan Integriti. Walaupun masing masing memainkan peranan
Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli
Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli Identiti Kumpulan Pirelli didasari sehimpunan nilai yang, sejak bertahun-tahun, kita berusaha untuk mengekal dan melindungi. Dalam tempoh itu, nilai-nilai ini
Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan
Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan BP 2013 Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia 1. Pengenalan Kami menyampaikan tenaga ke seluruh dunia. Kami mencari,
TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN
Tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan 251 BAB A13 TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN PENGENALAN Bab A13 akan membincangkan isu-isu berkaitan tuntutan Takaful perubatan dan kesihatan, yang meliputi
AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 PROTOKOL PERLINDUNGAN DATA PERIBADI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 PROTOKOL PERLINDUNGAN DATA PERIBADI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI Bagaimana kami mengumpul maklumat anda? Alvin John & Partners (AJP) sangat komited dalam melindungi
Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul
Notis Privasi Adient Adient plc (didaftarkan di Ireland, 25-28 North Wall Quay, IFSC, Dublin, 1), dan syarikat gabungannya (secara kolektif Adient, kami atau kita) mengambil berat tentang privasi anda
OBJEKTIF UTAMA KAJI SELIDIK INI ADALAH UNTUK MENGUKUR TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN ANGGOTA PKNS TERHADAP SISTEM INTEGRITI KORPORAT PKNS.
OBJEKTIF UTAMA KAJI SELIDIK INI ADALAH UNTUK MENGUKUR TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN ANGGOTA PKNS TERHADAP SISTEM INTEGRITI KORPORAT PKNS. SEKSYEN A : DEMOGRAFI Sila tandakan ( ) di petak yang berkenaan.
1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.
NOTIS PRIVASI KUMPULAN AFFINBANK 1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia. Kumpulan AFFINBANK hanya
Borang soal selidik iklim keselamatan perkerjaan Nordic
NOSACQ-50- Malay Borang soal selidik iklim keselamatan perkerjaan Nordic Tujuan borang soal selidik ini adalah untuk mendapatkan pendapat anda tentang keselamatan di tempat kerja ini. Jawapan anda akan
KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14
JPA(S) (BPO)324/14/12-1 Klt. 8 s.k 2(8) Siri No. KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14 TUJUAN 1. Pekeliling
Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.
KEMPEN TRADE 2 WIN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Definisi: Bank" bermaksud Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ). Pelanggan bermaksud pelanggan Bank (khususnya, termasuk syarikat swasta dan syarikat
NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:
NOTIS PRIVASI NOTIS PRIVASI ini dikeluarkan oleh AmMetLife Insurance Berhad ( AmMetLife ). Sebagai sebahagian daripada urusniaga harian, kami mengumpul Maklumat Peribadi anda apabila anda memohon untuk
BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan
BAHAGIAN EMPAT Taksiran Prestasi dan Keberkesanan PENGENALAN AOB telah meluluskan kerangka kerja strategik baharu yang merangkumi prospek tiga tahun pasaran dan landskap pengawalseliaan. Kerangka kerja
BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA
BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA 1.1 Pendahuluan Para pekerja adalah antara aset penting negara dan menjadi tulang belakang proses pembangunan dimana tanpa sumbangan
Pertimbangan Moral dan Teori Etika
Topik 1 Pertimbangan Moral dan Teori Etika HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan definisi etika dari sudut perniagaan dan profesional; 2. Menerangkan lima faktor
Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor
Tajuk: POLISI MEDIA Edisi 1.0 Nombor Fail UPM/PNC/BKK/POLISI MEDIA 01/2009 Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia Panduan Semua Kakitangan UPM Pihak Berkuasa Naib
BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS
The Pacific Insurance Berhad (91603-K) BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS 40-01, Q Sentral 2A Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia. (P.O. Box 12490 50780 Kuala Lumpur,
KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi
KOD ETIKA 2016 KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI 1.1. Pengenalan 1.2. Definisi 2. PRINSIP TERAS Applus+ 1 1 3 4 3. KOD ETIKA Applus+ 3.1. Apakah tujuan Kod Etika? 3.2. Siapakah yang perlu
mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.
(f) meluluskan elaun kepada anggota Lembaga dan saraan kepada anggota Lembaga yang dilantik sebagai pengarah bagi subsidiari Koperasi, jika ada; (g) meluluskan pelantikan satu panel yang terdiri daripada
Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan
Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan I TUJUAN Memberi dan menerima ihsan perniagaan (hadiah, sajian, perjalanan dan hiburan) merupakan amalan perniagaan biasa yang dilakukan untuk mengeratkan lagi perhubungan
KAEDAH-KAEDAH PENGANTARAAN KLRCA JADUAL-JADUAL PENGANTARAAN KLRCA
KANDUNGAN Kaedah-kaedah Pengantaraan KLRCA Bahagian I KAEDAH-KAEDAH PENGANTARAAN KLRCA Bahagian II JADUAL-JADUAL Bahagian III AKTA PENGANTARAAN 2012 Bahagian IV PANDUAN KAEDAH-KAEDAH PENGANTARAAN KLRCA
jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,
TERMA DAN SYARAT UNTUK SURAT KREDIT X PRESS 1. Terma dan syarat berikut akan mentadbir Surat Kredit X'press:- 2. Anda perlu melaksanakan sebarang dokumen dan/atau perjanjian yang berkaitan dengan Permohonan
Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan
Insurans Perubatan & Kesihatan Pengenalan Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk memberikan anda kefahaman asas tentang insurans perubatan dan kesihatan (IPK). Ia memberikan anda maklumat asas
jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,
TERMA DAN SYARAT UNTUK JAMINAN X PRESS Terma dan syarat berikut akan mentadbir Jaminan X press:- 1. Anda perlu melaksanakan sebarang dokumen dan/atau perjanjian yang berkaitan dengan Permohonan ini (termasuk
NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.
NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT. TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT BAGI AKAUN PELABURAN WAFIYAH (Akaun Pelaburan Wafiyah tidak dilindungi
PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
1. PENDAHULUAN Unit Audit Dalam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UAD) ditubuhkan sebagai badan bebas yang memberi perlindungan terhadap kepentingan UTHM melalui aktiviti pengauditan dan rundingan bagi
B. KEPENTINGAN DOKUMEN
A. MENGENAI DOKUMEN Dasar berikut diguna pakai pada semua laman media sosial yang menyediakan maklumat rasmi mengenai Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada orang ramai. B. KEPENTINGAN DOKUMEN Laman media
GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA TUJUAN 1. Untuk memaklumkan Pusat Tanggungjawab, Pusat Kecemerlangan dan semua Jabatan/Pejabat/Unit
7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan
7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan Pendahuluan Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terima kasih kerana anda telah pun mendaftar di laman ini untuk mendapatkan panduan dan tips-tips yang berkaitan
Jadual Kandungan. Budaya Kami terhadap Etika dan Integriti Melakukan Perkara Yang Betul Pendidikan dan Latihan Asas Kami...
Kod Tatakelakuan Jadual Kandungan Secara Keseluruhan Mesei daripada Thomas J. Hook Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif...1 visi dan Nilai-Nilai Kami... 2 Tujuan terhadap Kod... 3 Pengecualian daripada
Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli
Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli Identiti Kumpulan Pirelli didasari sehimpunan nilai yang, sejak bertahun-tahun, kita berusaha untuk mengekal dan melindungi. Dalam tempoh itu, nilai-nilai ini
1. Saya akan menuruti segala peraturan serta bertingkah laku jujur, tulus dan ikhlas dalam menjalani
POLISI BELI BALIK Syarikat Guan Fang International Marketing (M) Sdn. Bhd. (GFI) menyediakan Polisi Beli Balik kepada pengedar yang ingin menamatkan keahliannya dan memulangkan sebarang produk Syarikat
SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)
SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711) 1 2 PENGENALAN Secara khususnya kewujudan Akta ini adalah untuk memberi perlindungan
SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018
SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018 KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI 1.1. Pengenalan 1.2. Definisi 2. PRINSIP TERAS Applus+ 1 1 3 4 3. KOD ETIKA Applus+ 3.1. Apakah tujuan Kod Etika? 3.2. Siapakah
Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN
Topik 2 Pengeluaran Negara HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan aliran model pendapatan; 2. Membandingkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan keluaran negara
I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5
1 ISI KANDUNGAN I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5 1. MISI, NILAI DAN KEPERCAYAAN YANG MENDEFINISIKAN KAMI... 5 IV. HUBUNGAN...
