Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?"

Transkripsi

1 Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya? Oleh Dr. Teo Soo Hwang dan Profesor Dr Thong Meow Keong Ini adalah rencana kedua daripada siri 2 rencana oleh Yayasan Inisiatif Penyelidikan Kanser (CARIF) yang menghuraikan bagaimana gen dikaitkan dengan penyakit, hubungan antara gen dan kanser, dan apa yang dimaksudkan dengan ujian dan kaunseling genetik. Dalam rencana minggu ini, kami menghuraikan pentingnya sejarah keluarga dalam menilai keperluan untuk menjalani ujian genetik, dan peranan pakar (kaunselor genetik dan pakar genetik klinikal) untuk memberikan maklumat dan perkhidmatan dalam proses ujian genetik. *********************************************************************************** Pakar penyelidikan dan klinikal sudah lama mengetahui bahawa kebanyakan penyakit adalah disebabkan oleh interaksi berbilang gen dan faktor persekitaran. Sungguhpun interaksi ini amat kompleks, Projek Genom Manusia dan banyak pelaburan dalam penyelidikan telah menghasilkan ubat peribadi yang berpotensi menyembuhkan penyakit manusia. Bagi ramai pemerhati, ubat peribadi yang terhasil daripada teknologi tinggi dan teknik pengimejan zaman angkasa lepas dapat membantu membaiki terapi dan ubat rekaan khusus. Memang menakjubkan bila kita fikirkan bahawa alat ini sudah menjadi peralatan paling penting dalam penjagaan kesihatan. Bagaimanapun, seperti dalam kebanyakan kes, pembangunan baru ini tidak menenggelamkan kaedah yang sudah diuji dan terbukti ia hanya memberikan makna baru. Satu daripada langkah utama dalam menentukan sesuatu diagnosis penyakit pesakit ialah menyiasat sejarahnya. Satu daripada alat paling berharga ialah sejarah keluarga. Sejarah keluarga didapati boleh membantu meramalkan pelbagai risiko kesihatan seperti penyakit jantung, kanser payu dara, ovari atau kolon, osteoporosis, asma, diabetes jenis 2, dan banyak lagi. Namun, kebanyakan pesakit di Malaysia tidak mengetahui sejarah perubatan saudara mara mereka, dan ramai doktor tidak dapat menggunakan maklumat ini untuk menasihatkan pesakit tentang cara untuk menjaga kesihatan mereka. Pada usia 28 tahun, Iza telah disahkan menghidap kanser payu dara dan sudah menerima rawatan yang sewajarnya. Tiada sesiapa dalam keluarga sebelah ibunya pernah menghidap kanser payu dara, Malah, ibunya masih sihat dan cergas walaupun sudah berusia 66 tahun, empat adik-beradik perempuan ibunya juga sihat, dan ibu bapa ibunya juga hidup hingga usia lanjut. Sudah tentulah Iza membuat andaian dia tidak mempunyai sejarah kanser payu dara dalam keluarganya dan dia mendapat kanser payu dara hanya kerana nasibnya tidak baik.

2 Iza disahkan menghidap kanser payu dara pada usia 28 tahun dan membuat andaian dia tidak mempunyai sejarah kanser dalam keluarganya kerana tiada siapa dalam keluarga ibunya menghidap kanser payu dara. Malangnya, tanpa diketahui oleh Iza, dua daripada adik-beradik perempuan bapanya menghidap kanser payu dara. Maklumat tentang keluarga ini dapat membantu menentukan bagaimana doktor boleh menguruskan (risiko penyakit) keluarganya. Jika sejarah keluarga bapanya diketahui lebih awal, pakar genetik klinikal dan kaunselor genetik mungkin mencadangkan ujian genetik dilakukan ke atas ibu saudara Iza. Iza boleh menjalani ujian genetik sebelum dia mendapat kanser payu dara dan dia boleh memilih strategi pemeriksaan yang berlainan atau menjalani pembedahan pencegahan untuk mengurangkan risikonya. Disebabkan dia tidak mengetahui sejarah keluarganya yang sebenar, Iza membuat andaian yang salah dan tidak melakukan apa-apa kerana menyangka risiko dia mendapat kanser payu dara adalah rendah. Selepas Iza mendapatkan perkhidmatan pakar genetik, barulah sejarah terperinci keluarganya terbongkar.

3 Tanpa diketahui oleh Iza, dua daripada adik-beradik perempuan bapanya disahkan menghidap kanser payu dara. Analisis sejarah keluarga dapat membantu menentukan sama ada risiko seseorang mendapat kanser adalah biasa, sederhana atau tinggi. Ini seterusnya akan membantu pakar-pakar menentukan penjagaan perubatan yang sesuai. Seseorang yang berisiko tinggi akan dirujuk kepada pakar kaunseling genetik dan memulakan program pengawasan kanser dengan lebih awal. Pengesanan awal penyakit kanser boleh menyelamatkan nyawa. Berasaskan analisis keluarga Iza, individu lain yang mempunyai risiko kanser payu dara yang lebih tinggi termasuk dua lagi adik-beradik Iza, bapanya dan dua lagi adik-beradik bapanya serta ibu dan ayah bapanya. Ini dikenali sebagai kanser kekeluargaan, kerana keadaan yang sama dialami oleh anggota keluarga yang lain. Keluarga seperti ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling genetik dan ini dapat mempermudah ujian genetik dan penjagaan susulan awal. Tidak ramai warga Malaysia dan penduduk Asia bersedia untuk melaporkan sendiri tentang sejarah kanser dalam keluarga mereka berbanding masyarakat di negara maju. Ini mungkin disebabkan salah faham tentang keturununa genetik. Masih ramai yang menyangka kanser adalah penyakit berjangkit, dan tidak kurang pula yang percaya bahawa kanser payu dara hanya diwarisi dari sebelah keluarga ibu sahaja dan mereka tidak perlu bertanya tentang sejarah keluarga sebelah bapa. Jurang kefahaman ini menimbulkan masalah besar di klinik. Sejarah kanser dalam keluarga adalah antara maklumat penting yang diperlukan oleh pakar perubatan untuk menentukan sama ada mereka perlu mengesyorkan pemeriksaan dan ujian genetik. Adakah risiko mereka mendapat kanser lebih tinggi? Adakah mereka perlu diperiksa lebih awal atau secara lebih agresif? Kegagalan pakar genetik klinikal mendapatkan sejarah kanser kolon dalam keluarga pesakit dengan mudah boleh menyebabkan kegagalan untuk menawarkan pemeriksaan kolon secara spesifik dan lebih awal, yang boleh menyelamatkan nyawa. Kegagalan untuk mengesan sejarah kanser payu dara dan kanser ovari dalam keluarga, sama ada di sebelah ibu atau bapa, boleh menyebabkan doktor gagal mengesan risiko kanser payu dara dan kanser ovari pesakit, dan seterusnya membawa kesan tragik.

4 Seseorang mungkin mempunyai risiko lebih tinggi jika ibu dan neneknya menghidap kanser payu dara dan ibu saudaranya menghidap kanser ovari Pakar penyelidik di CARIF (Yayasan Inisiatif Penyelidikan Kanser) dan UM (Universiti Malaya) mendapati bahawa pesakit kanser payu dara di Malaysia kurang memahami dan menyedari tentang sejarah keluarga mereka. Pakar penyelidik menggunakan data daripada Kajian Genetik Kanser Payu Dara, yang bertujuan untuk menyiasat faktor genetik yang meningkatkan risiko kanser payu dara di kalangan wanita di Malaysia. Ternyata, separuh daripada pesakit kanser payu dara tidak mengetahui sejarah penuh keluarga mereka semasa temu bual pertama, dan sejarah penuh keluarga hanya terbongkar dalam temu bual dengan ibu bapa atau keluarga mereka yang lain. Apabila seseorang berkata tiada sejarah kanser dalam keluarga mereka, adakah mereka benar-benar bermaksud tidak ada atau mereka tidak tahu? Terdapat stigma tentang perkataan kanser. Disebabkan stigma ini, ramai yang tidak mahu berkongsi diagnosis mereka, sekalipun dengan saudara mara. Jarak yang jauh juga menyukarkan individu untuk berkomunikasi dengan anggota keluarga, sama ada di Malaysia atau di negara lain. Sejarah keluarga adalah alat yang sangat berguna. Jadi, mengapa doktor tidak menggunakan secara lebih berkesan? Realitinya, dalam penjagaan kesihatan zaman sekarang, adalah sukar untuk mencari cukup masa untuk mencungkil, menyusun dan menganalisis maklumat tentang sejarah keluarga. Kaunseling genetik boleh membantu menangani isu ini. Kaunseling genetik biasanya diberikan oleh pengamal perubatan yang terlatih dalam bidang genetik perubatan (pakar genetik klinikal) atau oleh kaunselor genetik yang berkelayakan. Kaunselor genetik mungkin seorang jururawat, pekerja sosial atau graduan yang menerima latihan profesional bertauliah dalam kaunseling genetik. Kaunseling genetik adalah satu proses komunikasi di mana seseorang individu atau keluarga mendapat maklumat mengenai penyakit keturunan; proses ini membantu

5 pesakit dan keluarga mereka mengenal pasti dan memahami risiko penyakit genetik yang diwarisi, menjelaskan pola keturunan dan menggariskan pilihan yang boleh didapati, untuk membantu mereka membuat keputusan berasaskan pengetahuan tentang keadaan mereka, dan untuk membantu mereka menerima hakikat dengan isu yang dihadapi mereka. Pelanggan mungkin perlu membuat keputusan sama ada untuk menjalani ujian genetik, meneruskan rancangan masa depan mereka dan rancangan untuk membesarkan keluarga. Kaunseling genetik bukan berbentuk arahan dan pelanggan boleh membuat pilihan mereka sendiri selepas menimbangkan segala pilihan. Sebagai contoh, dalam ujian genetik, mereka perlu faham batas ujian genetik. Ujian genetik biasanya tidak dilakukan ke atas kanak-kanak melainkan terdapat kesan perubatan yang penting ke atas seseorang kanak-kanak. Keputusan ujian genetik yang negatif tidak mengubah diagnosis atau penilaian risiko. Ia hanya bermakna mungkin terdapat gen lain yang terlibat tetapi tidak diketahui, yang mungkin tidak diuji. Varian DNA atau polomorfisme mungkin disalah anggap sebagai penyebab penyakit oleh profesional yang tidak arif tentang genetik. Jadi, bagaimana kita boleh meningkatkan keberkesanan dan menggunakan sejarah keluarga dalam penjagaan klinikal? Pertama sekali, kita perlu meningkatkan kesedaran pakar penjagaan kesihatan profesional (doktor, jururawat dan profesional kesihatan lain) tentang nilai sejarah keluarga. Kedua, kita perlu meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap nilai sejarah keluarga mereka dan kaunseling genetik yang boleh membantu mereka membuat keputusan yang betul, bukan sahaja untuk diri mereka sendiri tetapi juga untuk keluarga mereka. Malaysia adalah sebuah negara yang menghargai nilai hubungan keluarga dan mengamalkan budaya berkumpul semasa perayaan atau sekadar untuk menjamu selera bersama. Kita boleh menggunakan pertemuan ini sebagai cara untuk mendapatkan maklumat tentang keluarga kita dan merekodkan maklumat ini untuk kegunaan pada masa hadapan. Meskipun terdapat begitu banyak kemajuan dalam penyelidikan genomik manusia, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan Ketua Pakar Bedah di Amerika Syarikat menggalakkan inisiatif kesihatan awam yang menjurus kepada pembangunan alat sejarah keluarga untuk digunakan bagi mengenal pasti individu yang mempunyai risiko penyakit keturunan biasa dan kronik, dan untuk menawarkan bimbingan tentang pencegahan penyakit. Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mempunyai alat berasaskan web yang boleh dimanfaatkan secara percuma untuk membantu keluarga merekodkan sejarah keluarga mereka dan ini mungkin berguna untuk kita semua ( Hakikatnya, jika kita ingin menewaskan penyakit, kita mesti mempunyai kesedaran yang lebih baik tentang keluarga kita, tentang kesihatan kita dan tentang kaedah pemeriksaan yang boleh kita dapati. Tiada seorang pun patut mati kerana kekurangan maklumat tentang rawatan penyakit, kerana mereka takut, atau kerana mereka fikir mereka tidak mampu menjalani pemeriksaan. Adakah anda tahu tentang sejarah keluarga anda? - Tamat -

6 Dr Teo Soo Hwang adalah Ketua Eksekutif Yayasan Inisiatif Penyelidikan Kanser (CARIF), sebuah organisasi bebas Malaysia dengan tumpuan kepada penyelidikan kanser. Misi CARIF ialah untuk menjalankan penyelidikan terhadap kanser yang menular di Malaysia, dengan harapan untuk mencari kaedah pencegahan, diagnosis, rawatan dan terapi yang berkesan. CARIF memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser di Malaysia, khususnya kanser payu dara, kanser mulut dan nasofarinks, dan pembangunan terapi baru daripada biodiversiti negara kita sendiri untuk merawat kanser. Profesor Dr Thong Meow Keong adalah pakar genetik klinikal di Universiti Malaya.

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian (PAGE 1/5) Oleh Soraya Jamal Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kira-kira 450 juta orang di seluruh dunia mengalami gangguan mental tertentu seperti kemurungan,

Lebih terperinci

KANSER PAYU DARA. 1 dalam 32 orang Mungkinkah ANDA? menyerang. kanserpayudara (ap-768-mj-05-11)).indd 1

KANSER PAYU DARA. 1 dalam 32 orang Mungkinkah ANDA? menyerang. kanserpayudara (ap-768-mj-05-11)).indd 1 KANSER PAYU DARA menyerang 1 dalam 32 orang Mungkinkah ANDA? kanserpayudara (ap-768-mj-05-11)).indd 1 26/7/12 3:19:43 PM Apakah kanser payu dara? 2 kanserpayudara (ap-768-mj-05-11)).indd 2 26/7/12 3:19:45

Lebih terperinci

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) 26 KANUN (1) [ULASAN Dura PERUNDANGAN] Diyana Kamal 147 AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) Dura Diyana Kamal durakamal@gmail.com Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti

Lebih terperinci

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas Erica Lovel erica@ecoethical.com.au Anak-anak Saya.. Jason 25 tahun Ryan 22 tahun, menghidap Perthes Disease sejak berumur 3 tahun, masalah berkaitan

Lebih terperinci

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005 MENULIS NOMBOR 0 HINGGA 10 Oleh Law Hie Hieng @ Law Hui Hui Sek. Jenis Keb. Cina Chung Hua Lingga, 94900 Lingga, Sri Aman. Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya dapati Ah Yew, seorang murid Tahun

Lebih terperinci

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan BAHAGIAN EMPAT Taksiran Prestasi dan Keberkesanan PENGENALAN AOB telah meluluskan kerangka kerja strategik baharu yang merangkumi prospek tiga tahun pasaran dan landskap pengawalseliaan. Kerangka kerja

Lebih terperinci

PILIHAN ANDA PENTING, KERANA KEHIDUPAN ANDA AMAT BERMAKNA. Suarakan Pilihan Anda

PILIHAN ANDA PENTING, KERANA KEHIDUPAN ANDA AMAT BERMAKNA. Suarakan Pilihan Anda 1 Suarakan Pilihan Anda Pastikan hasrat anda dimaklumkan awal. Bantu mereka yang menyayangi anda memahami kemahuan dan keputusan rawatan yang anda inginkan dalam krisis perubatan. Seorang fasilitator ACP

Lebih terperinci

Apakah yang membimbangkan anda? 3. Informasi lanjut mengenai kanser payudara 4. Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara 7

Apakah yang membimbangkan anda? 3. Informasi lanjut mengenai kanser payudara 4. Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara 7 Kandungan Apakah yang membimbangkan anda? 3 Informasi lanjut mengenai kanser payudara 4 Informasi lanjut mengenai rawatan kanser payudara 7 Apakah pilihan anda? 13 Kelebihan dan kekurangan rawatan pilihan

Lebih terperinci

[Tambahan kepada Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Standard Minima untuk Layanan Banduan-Banduan]

[Tambahan kepada Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Standard Minima untuk Layanan Banduan-Banduan] Peraturan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Layanan Banduan-Banduan Wanita dan Tindakan-Tindakan Bukan Tahanan bagi Pesalah-Pesalah Wanita (Peraturan-Peraturan Bangkok) I. Peraturan-peraturan untuk

Lebih terperinci

1.1 Latar Belakang Penyelidikan

1.1 Latar Belakang Penyelidikan 1 BAB 1 PENGENALAN Hospital adalah sebuah institusi penjagaan kesihatan yang menyediakan perkhidmatan dan rawatan kepada pesakit. Kaki tangan khusus, peralatan dan sistem pengurusan rawatan pesakit adalah

Lebih terperinci

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan Insurans Perubatan & Kesihatan Pengenalan Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk memberikan anda kefahaman asas tentang insurans perubatan dan kesihatan (IPK). Ia memberikan anda maklumat asas

Lebih terperinci

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing 1/2 26 Apr 2015 NUR FADHILAH SALLEH Kadar pasangan Muslim

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

FAQ PEKELILING PENTADBIRAN UMP BIL. 6 TAHUN 2017 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

FAQ PEKELILING PENTADBIRAN UMP BIL. 6 TAHUN 2017 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN FAQ PEKELILING PENTADBIRAN UMP BIL. 6 TAHUN 2017 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN Bil. Soalan Jawapan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan perakuan Bermaksud perakuan secara bertulis atau melalui sijil sakit oleh

Lebih terperinci

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar 20 BAB 2 Langkah-langkah Awal, Semasa dan Akhir Latihan Mengajar 1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar 1.1 Menghadiri Taklimat Latihan Mengajar Taklimat Latihan Mengajar diadakan oleh Jawatankuasa

Lebih terperinci

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP. 3. PRAKTIKUM 3.1 Konsep Praktikum ialah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam Program Pendidikan Guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan industri yang amat penting dalam menggerakkan pembangunan di Malaysia dan seterusnya menjana perkembangan ekonomi di negara ini. Industri ini

Lebih terperinci

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty PANDUAN BIL.1 TAHUN 2012 PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI BERPRESTASI RENDAH DAN PEGAWAI YANG BERMASALAH BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABAT AN PENDAFT

Lebih terperinci

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL MISI APACMED: Misi kami adalah untuk meningkatkan piawaian penjagaan kesihatan menerusi kerjasama inovatif di

Lebih terperinci

ULTAN IDR!s..:>Lk1...1.:..00-' _'1 SULT.AN IDRIS EDUCATION UNIVERSI.TY KOD. : KKP3053 KURSUS : PENGURUSAN DAN KONSULTASISEKOLAH ARAHAN

ULTAN IDR!s..:>Lk1...1.:..00-' _'1 SULT.AN IDRIS EDUCATION UNIVERSI.TY KOD. : KKP3053 KURSUS : PENGURUSAN DAN KONSULTASISEKOLAH ARAHAN !, SULIT J!rlVE ITI. - :-;:? NDIDIl«\N ULTAN IDR!s..:>Lk1.....1.:..00-' '1 SULT.AN IDRIS EDUCATION UNIVERSI.TY UNIVERSITI PENOIOIKAN SULTAN loris PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI2015/2016 I KOD. : KKP3053

Lebih terperinci

PROFIL AM TUGAS DAN KOMPETENSI PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U 11

PROFIL AM TUGAS DAN KOMPETENSI PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U 11 PROFIL AM TUGAS DAN KOMPETENSI PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U 11 Jawatan : Pembantu Pembedahan Pergigian U11 Tempoh : 1 10 Tahun Fungsi : Membantu dalam rawatan pergigian Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab

Lebih terperinci

Soalan Lazim Ditanya

Soalan Lazim Ditanya Soalan Lazim Ditanya 1 Mengenai Kit Pelitup Siap Sedia 3M N95... 3 Apakah yang ada di dalam kit Persiapan Asas Siap Sedia 3M TM N95 Mask Kit?... 3 Mengapakah setiap Kit Pelitup Siap Sedia 3M TM N95 hanya

Lebih terperinci

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh MODEL PENGAJARAN Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Model Ekspositori Model Pemprosesan maklumat Model Inkuiri Model Projek. Model Ekspositori Istilah ekspositori diperoleh daripada konsep penjelasan, yang bermakna

Lebih terperinci

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2003/2004 Februari / Mac 2004 JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I Masa : 3 jam Arahan Kepada Calon: 1. Sila pastikan kertas peperiksaan

Lebih terperinci

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1 MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN) 2006 PADA menjalankan kuasa- kuasa yang diberi oleh Akta Parlimen No. 35 Tahun

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Industri pembinaan hari ini terdedah kepada cabaran dari dalam dan luar industri yang membawa kepada keperluan pengurusan dan pengawalan risiko pembinaan. Salah satu kaedah

Lebih terperinci

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai. 4. PRAKTIKUM 4.1 Konsep Praktikum ialah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam Program Pendidikan Guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan

Lebih terperinci

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA SOAL SELIDIK KECERDASAN EMOSI DAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH KRBANGSAAN DI NEGERI SEMBILAN Saya amat

Lebih terperinci

Kesan kecacatan bayi Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Kesan kecacatan bayi Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN Kesan kecacatan bayi Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN Imbasan 3D membolehkan doktor melihat kedudukan bayi dari pelbagai sudut dan orientasi LELAKI atau perempuan? Inilah soalan pertama yang diajukan kebanyakan

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Berkuat kuasa mulai Januari 2009) Kemas kini 2014 NO. RUJUKAN: KP (BPG) 9561/Jld. 76

Lebih terperinci

Belajar daripada pengalaman orang lain... Disediakan oleh;

Belajar daripada pengalaman orang lain... Disediakan oleh; Belajar daripada pengalaman orang lain... Disediakan oleh; Legal Notice Risalah ini adalah hakmilik sepenuhnya http://rkurl.com/ptd di bawah pengurusan 'Muaz Hadi Global Ventures (001968529-A)' Anda tidak

Lebih terperinci

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis TAJUK 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES 5.1. Sinopsis Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi empat peringkat. disebabkan penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic)

Lebih terperinci

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA 1. Tujuan Polisi ini diwujudkan bertujuan seperti berikut: (1) Untuk menjelaskan kriteria pelantikan penyelia dan juga peranan dan tanggungjawab

Lebih terperinci

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai. 3. PRAKTIKUM 3.1 Konsep ialah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam Program Pendidikan Guru. memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara

Lebih terperinci

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Membantah Cadangan Untuk Menambah Masa Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC Dan SJKT dan Membantah Cadangan Untuk Memperkenalkan Mata Pelajaran Malaysia Negaraku

Lebih terperinci

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah KKD 2063 Pembangunan Sahsiah Teori Kognitif : Teori Pilihan Dan Terapi Realiti Pengenalan Teori Kognitif adalah teori yang berpusatkan kepada pemikiran manusia. Terdapat banyak teori-teori yang dikategorikan

Lebih terperinci

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah) No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P Bahagian A (30 markah) 1. A 2. D 3. A 4. C 5. D 6. B 7. C 8. B 9. C 10. A 11. C 12. C 13. B 14. B 15. C 16. D 17. B 18. A 19. B 20. D 21. B 22. B 23. C 24. D 25. B 26. D

Lebih terperinci

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH 90 Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 5, 1999 RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH Rahmah M.A.* Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah diwujudkan sejak tahun 1967, sebagai satu rancangan bersepadu dan komprehensif

Lebih terperinci

: Saya Adalah Ibubapa_Keluarga. : Booklet Memahami Relapse & Cara Mencegahnya. Maklumat Am

: Saya Adalah Ibubapa_Keluarga. : Booklet Memahami Relapse & Cara Mencegahnya. Maklumat Am Page Segmen Column Toolkit No. 2 : Laman Utama : Saya Adalah Ibubapa_Keluarga : 4(Kepulihan) : Booklet Memahami Relapse & Cara Mencegahnya Maklumat Am Relapse adalah penggunaan semula dadah selepas seseorang

Lebih terperinci

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali Kepentingan guru adalah diutamakan lebih daripada profesion Profesion ini

Lebih terperinci

Model Pengurusan Strategik

Model Pengurusan Strategik Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan

Lebih terperinci

KECELARUAN KEMURUNGAN (Depression Disoder)

KECELARUAN KEMURUNGAN (Depression Disoder) KECELARUAN KEMURUNGAN (Depression Disoder) Oleh : WAN SANIAH WAN YAHYA KAUNSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS Kemurungan Kemurungan ialah sejenis penyakit yang menyebabkan seseorang mengalami simptom-simptom

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA TUJUAN 1. Untuk memaklumkan Pusat Tanggungjawab, Pusat Kecemerlangan dan semua Jabatan/Pejabat/Unit

Lebih terperinci

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM 1 2016/2017 SET 4 LAPORAN AKHIR KEMPEN KESEDARAN PELAJAR TENTANG BAHAN KIMIA BERBAHAYA DALAM ALAT KOSMETIK KUMPULAN 7 PENSYARAH DR SAKHINAH BINTI

Lebih terperinci

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP)

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP) Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP) KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN... 3 2.0 OBJEKTIF... 4 3.0 TAFSIRAN... 5 4.0 ETIKA DAN PRINSIP... 6 5.0 KELAYAKAN PENYERTAAN PROGRAM...

Lebih terperinci

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN Jenis-Jenis Takaful Perubatan dan Kesihatan 205 BAB A10 JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN PENGENALAN Bab ini akan membincangkan perkara-perkara berikut: Jenis-jenis pelan Takaful Perubatan dan

Lebih terperinci

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 713 Prinsip & Proses Bimbingan dan Kaunseling Minggu 3 Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh & Sains Teknologi (UTM)

Lebih terperinci

Perlukah saya memulakan Insulin?

Perlukah saya memulakan Insulin? Maklumat hubungan: Dr. Lee Yew Kong Jabatan Perubatan Rawatan Utama, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia Emel: leeyk@um.edu.my Laman web: http://dmit.um.edu.my/ Perlukah saya

Lebih terperinci

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016 Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016 Kod etika perniagaan Semua unit perniagaan dan pekerja Smiths adalah tertakluk kepada kod etika ini. Pematuhan kepada kod ini dapat membantu mengekalkan dan meningkatkan

Lebih terperinci

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (LMCK 1621 SET 8 ETIKA DAN PROFESIONAL) SEMESTER 1 SESI 2016/2017 (TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) PENSYARAH : DR. MARINA BINTI ZAHARI NAMA

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengurusan kualiti memainkan peranan penting dalam organisasi perkhidmatam awam. Ia akan dapat memastikan organisasi berkenaan sentiasa relevan dengan keperluan semasa

Lebih terperinci

ANALISIS PEKERJAAN. Umum

ANALISIS PEKERJAAN. Umum ANALISIS PEKERJAAN JAWATAN: PEGAWAI OPTOMETRI GRED U 44 KETERANGAN TUGAS 1. Membuat pemeriksaan dan penilaian masalah penglihatan kepada semua golongan pesakit yang dirujuk. 2. Mendapatkan maklumat mengenai

Lebih terperinci

UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL

UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL COPYRIGHT 2008 PROCTER & GAMBLE CINCINNATI, OH 45202 U.S.A. AMARAN: Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian risalah ini boleh diterbitkan semula dalam apa jua bentuk atau

Lebih terperinci

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat. Oleh Saiful Bahri Kamaruddin Foto Ra ai Othman, Penerbit UKM BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

Lebih terperinci

PUSAT INFORMASI ANGIN AHMAR

PUSAT INFORMASI ANGIN AHMAR PUSAT INFORMASI ANGIN AHMAR Panduan untuk pesakit yang pulih daripada Angin Ahmar dan Penjaga mereka Label Pelekat Pesakit Satu inisiatif oleh Pasukan Peningkatan Perkhidmatan bagi Angin Ahmar (SSI) dengan

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN 1. PENDAHULUAN Garis panduan ini bertujuan untuk memberi panduan kepada staf tentang syarat dan urusan berkaitan salah satu kursus dalam perkhidmatan iaitu pasca-kedoktoran.

Lebih terperinci

22 Feb 2012 Kajian Mata Kedua Berita Harian (Singapura)

22 Feb 2012 Kajian Mata Kedua Berita Harian (Singapura) 22 Feb 2012 Kajian Mata Kedua Berita Harian (Singapura) SEKUMPULAN orang Melayu yang menjalani kajian kesihatan mata enam tahun lalu telah diberi peluang menjalani kajian kedua yang dimulakan tahun lalu.

Lebih terperinci

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier S i r i P e n d i d i k a n S I D C Ke Arah Menjadi Remisier Pusat Perkembangan Industri Sekuriti Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (Securities Industry Development Centre - SIDC), cabang pendidikan

Lebih terperinci

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WONG CHEN [ KELANA JAVA]

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WONG CHEN [ KELANA JAVA] NO. SOALAN: 187 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN DARIPADA TUAN WONG CHEN [ KELANA JAVA] RUJUKAN 9739 SOALAN Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta

Lebih terperinci

Pengenalan kepada Kaunseling

Pengenalan kepada Kaunseling Topik 1 Pengenalan kepada Kaunseling HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti konsep dan kepentingan kaunseling; 2. Membezakan antara kaunseling dan psikoterapi;

Lebih terperinci

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa KERTAS KERJA 2 : Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa 1. TUJUAN 1.1 Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk

Lebih terperinci

TAJUK PROJEK: PENGLIBATSAMAAN KOMUNITI MELALUI PROGRAM KAJIAN KOMUNITI DAN KES KELUARGA (KKKK) KE ARAH PENAMBAHBAIKAN DALAM KESIHATAN

TAJUK PROJEK: PENGLIBATSAMAAN KOMUNITI MELALUI PROGRAM KAJIAN KOMUNITI DAN KES KELUARGA (KKKK) KE ARAH PENAMBAHBAIKAN DALAM KESIHATAN TAJUK PROJEK: PENGLIBATSAMAAN KOMUNITI MELALUI PROGRAM KAJIAN KOMUNITI DAN KES KELUARGA (KKKK) KE ARAH PENAMBAHBAIKAN DALAM KESIHATAN KOD PROJEK: K-EDU/108(USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KETUA

Lebih terperinci

BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN (PP BIL. 11/2016)

BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN (PP BIL. 11/2016) BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN (PP BIL. 11/2016) Arahan : Maklumat hendaklah dilengkapkan dengan jelas dan menggunakan huruf besar BAHAGIAN I: BUTIRAN DIRI PEGAWAI 1. Nama Penuh : 2. No. Kad

Lebih terperinci

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK GARIS NDUAN SISTEM PENASIHATAN Halaman: 1/5 1.0 TUJUAN Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik ini bertujuan memberi penjelasan kepada pelajar, penasihat akademik dan pegawai universiti yang terlibat

Lebih terperinci

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.1 Pendahuluan Secara umumnya, penggunaan kaedah transliterasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Lebih terperinci

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON Surat perakuan ini mentakrifkan hubungan penyeliaan antara (Nama Penyelia1) dan (Nama Calon) (Nama Penyelia 2) (No. Matrik) (Nama Penyelia 3) bagi

Lebih terperinci

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2 01 Para pekerja dikehendaki untuk dan mematuhi peraturan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja. A. menjalankan kerja dengan cepat B. tahu mengenai bahaya yang berkaitan dengan kerja C. tidak mempedulikan

Lebih terperinci

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009 SOKONGAN PENGURUSAN PELANGGAN PEJABAT NAIB CANSELOR SOK/PEL/GP02/MEDIA MASSA GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ADUAN AWAM MELALUI MEDIA MASSA 1.0 TUJUAN Garis panduan ini menerangkan kaedah pengendalian aduan

Lebih terperinci

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN 1. KONSEP Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan,

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

Memahami Demensia. Talian Maklumat Demensia:

Memahami Demensia.  Talian Maklumat Demensia: Memahami Demensia www.hpb.gov.sg/dementia Talian Maklumat Demensia: 1800 223 1123 Halaman Kandungan 01 Apa itu Demensia? Siapa yang Mendapat Demensia? Beberapa jenis Demensia 02 Apakah tanda-tanda Penyakit

Lebih terperinci

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami. PRUguard my family Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga Strategic Alliance Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami. Nikmati perlindungan menyeluruh mampu dimiliki untuk seisi keluarga.

Lebih terperinci

Pengenalan Makroekonomi

Pengenalan Makroekonomi Topik 1 Pengenalan Makroekonomi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan maksud makroekonomi dan lima isu utama dalam makroekonomi; 2. Menghuraikan dua dasar utama

Lebih terperinci

DEMENSIA DI RANTAU ASIA PASIFIK: WABAKNYA DI SINI

DEMENSIA DI RANTAU ASIA PASIFIK: WABAKNYA DI SINI Dementia in the Asia Pacific Region MALAY DEMENSIA DI RANTAU ASIA PASIFIK: WABAKNYA DI SINI RINGKASAN EKSEKUTIF LAPORAN OLEH ACCESS ECONOMICS PTY LIMITED BAGI ANGGOTA PENYAKIT ALZHEIMER ANTARABANGSA DARI

Lebih terperinci

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT 1.0 Latarbelakang Kajian Tempat kerja dan pekerja merupakan dua entiti yang saling berkait rapat di antara satu sama lain. Perkaitan ini wujud kerana pekerja

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN 5.1 Pengenalan Hasil daripada kajian strategi membaca teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar ini, pengkaji akan mengemukakan cadangan dan saranan dalam dua bentuk yang berbeza,

Lebih terperinci

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA 1.1 Pendahuluan Para pekerja adalah antara aset penting negara dan menjadi tulang belakang proses pembangunan dimana tanpa sumbangan

Lebih terperinci

Seterusnya? Memahami Kesedihan

Seterusnya? Memahami Kesedihan Seterusnya? Memahami Kesedihan Dapatkan maklumat lanjut di: palliativecare.my Disediakan oleh: Percetakan ini ditaja oleh: Apakah itu kesedihan? Kesedihan ialah respons yang dialami selepas kehilangan

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN Wakaf sebagai sebuah institusi sosioekonomi telah dibangunkan dan berkembang sehingga berfungsi sebagai sumber pembiayaan dalam pembangunan masyarakat Islam.

Lebih terperinci

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO Oleh: Aida Ibrahim Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah 86000 Kluang, Johor ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan

Lebih terperinci

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang menganalisis wacana lisan bahasa Melayu dalam konteks tanya-jawab di bilik darjah.

Lebih terperinci

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH Guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong kita untuk

Lebih terperinci

Fig : Lepuhan air terbentuk pada kulit akibat geseran, gosokan, garu atau tape pelekat

Fig : Lepuhan air terbentuk pada kulit akibat geseran, gosokan, garu atau tape pelekat 1. APA ITU EPIDERMOLYSIS BULLOSA (EB)? EB ialah perkataan payung yang merangkumi sekumpulan penyakit kulit yang di warisi disebabkan oleh kejadian kulit yang lemah dan rapuh. Seseorang yang mempunyai penyakit

Lebih terperinci

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT. Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT. 2. Pelaksanaan Mata Pelajaran Malaysia Negaraku Tahap I Di Sekolah Rendah.

Lebih terperinci

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 4

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 4 01 Apa yang patut anda lakukan jika anda nampak rakan sekerja anda bekerja di tingkat 20 tanpa memasang susur di sisi yang terbuka? A. Tidak mempedulikannya dan teruskan bekerja. B. Bantu mereka untuk

Lebih terperinci

Alkohol. Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.

Alkohol. Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing. Alkohol KETAGIHAN ALKOHOL Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa

Lebih terperinci

I I I I I I I I I I I I I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN

I I I I I I I I I I I I I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN SULIT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/2016 KOD : KKH3033 KURSUS : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING TARIKH. 2 9 DEC 2015 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN 1. Kertas ini mengandungi

Lebih terperinci

FASAL III CUTI HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa.

FASAL III CUTI HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa. FASAL III CUTI 3.1. HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa. 3.2. CUTI TAHUNAN (a) Kadar Cuti Tahunan Staf Syarikat akan

Lebih terperinci

Kesetiaan kepada Syarikat

Kesetiaan kepada Syarikat Topik 10 Kesetiaan kepada Syarikat HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan konsep kesetiaan kepada syarikat; 2. Membezakan peniupan wisel dalaman dengan luaran; 3.

Lebih terperinci

K E L U A R G A D E N G G

K E L U A R G A D E N G G POSHayat5.indd 1 I D I I R & K E L U A R G A I N D U N G L A N D A D A R I P A D A I D E N G G Dari Januari hingga Ogos 2014, jumlah kes denggi telah mencecah hampir 60,000 kes atau telah meningkat sebanyak

Lebih terperinci

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU SULIT 1103/1(PP) JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas 1 OGOS 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN GURU / PEMERIKSA SAHAJA

Lebih terperinci

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda S i r i P e n d i d i k a n S I D C Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda Pusat Perkembangan Industri Sekuriti Pusat Perkembangan Industri Sekuriti ( Securities Industry Development Centre - SIDC),

Lebih terperinci

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan? 17 Pengenalan Apakah itu insurans? Apakah itu takaful? Halaman 1 andungan Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan? Apakah jenis produk

Lebih terperinci

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy

Lebih terperinci

Melindungi Anak-anak di Alam Siber

Melindungi Anak-anak di Alam Siber Melindungi Anak-anak di Alam Siber Oleh: Redy Jeffry Mohamad Ramli CyberSecurity Malaysia (Artikel ini telah disiarkan di dalam Estidotmy, 27 Disember 2007) Ayah, gay itu apa? Apakah agaknya jawapan anda

Lebih terperinci

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web - PRINSIP KEKAYAAN Oleh : Ir. Ezwan Laman web - http://www.rahsiamindajutawan.com 1 BLUEPRINT WANG ANDA Adakah anda suka untuk memiliki wang yang banyak dalam kehidupan anda? Adakah anda anda ingin memiliki

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR TEMPAT PERUMAHAN AWAM SERI SABAH 3A & 3B, CHERAS, KUALA

Lebih terperinci

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa KAMI, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), ADALAH DENGAN INI PERCAYA BAHAWA KERAHSIAAN MAKLUMAT PELANGGAN ADALAH HAK DAN OLEH SEBAB ITU, IA ADALAH PENGHORMATAN DASAR ASAS YANG MESTI DITURUTI, DIKEKALKAN,

Lebih terperinci

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia Giro Takaful Asas Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda 1300-88-1900 www.mybsn.com.my BSNMalaysia Satu-Satunya Pelan Yang Memberi PENINGKATAN Perlindungan Sejajar Dengan Perubahan Kehidupan

Lebih terperinci