CONTOH-CONTOH SOALAN EDU 3103

dokumen-dokumen yang mirip
10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

TEORI PEMBELAJARAN. IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori. pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda?

TOPIK 1 ALAM BELAJAR. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

Teori Pembelajaran. 9/24/2010 Nordin Bin Tahir, IPIP 1

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

Pendekatan Humanistik : Teori Hierarki Keperluan Maslow

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH ILMU PENDIDIKAN. ANGKA GILIRAN: MASA : 3 jam PUSAT :

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

ARAHAN: ( )

TAJUK 9 : MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

Apabila seseorang itu sedar tentang apa yang difikirkan maka adalah mudah baginya untuk mengawal tindakan yang akan diambil seterusnya.

BAHAGIAN A 30 markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Model Pengurusan Strategik

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN KOKURIKULUM PDPLI

MODUL 1.5: KEMAHIRAN MEMOTIVASI DAN MENGGERAKKAN WARGA SEKOLAH

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

Tajuk 6: Perkembangan Kognitif dan Bahasa. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

Mencipta Alat Permainan Magnet Daripada Bahan Terbuang: Kaedah Alternatif Mengajar Topik Magnet

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat)

Taklimat untuk Guru BM

OBJEKTIF PENGENALAN

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

TOPIK 1 ALAM BELAJAR. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

Prestasi kerja = Motivasi Kebolehan Kekangan situasi

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Inovasi dan Perubahan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

PGT Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK1313 Psikolgi Pembelajaran

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

TAJUK 2 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Langkah : pengetahuan teori perkembangan /psikologi kanak-kanak/ pemerhatian sistematik

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

KURIKULUM PERMATA. Puan Nani Menon Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Dr. Azizah Lebai Nordin. kurikulum-june 2011

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

Transkripsi:

Jawab semua soalan dalam bahagian ini CONTOH-CONTOH SOALAN EDU 3103 1. Konsep komuniti pembelajaran mula diperkenalkan oleh Peter Senge yang memberi tumpuan kepada penambahbaikan prestasi dan keuntungan organisasi koperat. Dalam institusi pendidikan, khususnya sekolah, melalui komuniti pembelajaran dapat kerjasama ibu bapa belajar bersama-sama dalam persekitaran yang selamat sumber kewangan dan kemudahan membina rangkaian komuniti 2. Anda ingin melaksanakan aktiviti main dalam pengajaran anda. Peranan yang perlu diberi pertimbangan dalam proses pembelajaran kanak-kanak adalah perkembangan persekitaran dan fizikal perkembangan konsep abstrak meningkatkan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan meningkatkan kemahiran tingkahlaku 3. Berikut adalah jenis-jenis main kognitif kanak-kanak kecuali Main Konstruktif Main Fantasi Main Dramatik Main Pemerhati

4. Menurut pandangan Gagne mengenai pembelajaran adalah bersifat sejagat boleh mengakibatkan terhasil pelbagai tingkahlaku membantu menjadikan suasana menyeronokkan membentuk struktur pandangan yang semakin kompleks 5. Teori Pembelajaran Behaviourisme memberi implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Antara berikut, manakah merupakan pertimbangan yang perlu diberi perhatian oleh guru? Pemperosesan maklumat Pengukuhan berjadual Maklumbalas berkala Cuba jaya dan sensori 6. Teori Gestalt memberi tumpuan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Teori ini boleh dikaitkan dengan Teori Konstruktivisme Teori Behaviorism Teori Kognitif Teori Humanistik 7. Apabila menggunakan Teori Pembelajaran Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran, prinsip-prinsip pelaksanaan berikut perlu ditekankan kecuali memupuk keupayan mengawal dan manipulasi diri (self-regulation) memupuk kecekapan meniru dan reproduksi (self-efficacy) memupuk konsep kendiri positif memupuk kemahiran meniru model yang sesuai

8. Pengalaman setiap individu adalah fenomena-logikal iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu sendiri sahaja. Antara berikut, siapakah yang telah menyatakan petikan teori di atas? Carl Rogers A.H. Maslow Albert Bandura David Ausubel 9. Sebagai seorang guru, apakah tindakan yang paling sesuai untuk membantu pelajar pintar cerdas? Menyediakan bahan pembelajaran yang lebih mencabar Memberi ujian khas yang mengambilkira keperluan pelajar Meminta pelajar tersebut memimpin kelas Melibatkan murid tersebut secara aktif 10. Antara berikut, yang manakah cara terbaik bagi membantu pelajar yang bermasalah pembelajaran? Mengubah bahan pembelajaran jika didapati sukar difahami Pastikan arahan yang diberi adalah konsisten dan jelas Buat analisis tentang kesalahan yang dilakukan dan ambil tindakan Beri penjelasan dengan suara yang cukup kuat serta lantang 11. Apakah yang dimaksudkan dengan model pemperosesan maklumat? Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer Guru menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Pelajar-pelajar berada dalam satu kumpulan dan menggunakan komputer untuk menyelesaikan tugasan

Pengajaran berfokuskan kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah bersistematik dan berurutan 12. Salah satu model pengajaran dalam Model Sistem Behavioris ialah pengajaran masteri. Nyatakan proses pengajaran masteri yang betul. I. Isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks II. III. IV. Disampaikan secara individu malalui bahan pengajaran dan pembelajaran Menyatakan hasil pembelajaran terlebih dahulu sebelum merancang aktiviti Dijalankan ujian V. Selepas ujian dipindahkan ke unit yang baru dan yang tidak menguasai kemahiran ulang semula pada bahagian yang tidak dikuasai I, II, dan III sahaja II, III, dan IV sahaja I, II, IV, dan V sahaja I, III, IV, dan V sahaja 13. Pernahkah anda mendengar mengenai istilah main peranan? Cuba anda nyatakan apa yang anda faham dengan istilah ini Main peranan membantu pelajar untuk berdikari dalam membentuk watak yang diberikan kepadanya Main pernan boleh membantu murid untuk berkenalan antara satu sama lain semasa menjalankan aktiviti dalam kelas Main peranan akan membentuk murid berkolaborasi untuk melakukan aktiviti bersamasama dengan rakan-rakan dalam satu kumpulan atau kelas. Main peranan membantu murid memahami tingkah laku sosial, dan memahami peranan mereka dalam intraksi sosial, dan cara-cara untuk menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan

14. Dalam model personal guru-guru mestilah berfokus kepada konsep-konsep yang diutamakan oleh ahli-ahli humanistik. Antara model yang menekankan kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti adalah pengajaran Synetics fasilitatif berkumpulan kesedaran kendiri 15. Semasa mengajar di dalam kelas 3B cikgu Azmi mendapati murid-muridnya tidak begitu memberi perhatian. Sekiranya anda berada di tempat cikgu Azmi apakah langkah terbaik untuk mengatasi masah tersebut? Tegas sewaktu mengajar Kuatkan suara sewaktu mengajar Menggunakan alat bantu mengajar yang menarik Mengaplikasikan modul-modul pengajran yang bersesuaian dengan topik pengajaran 16. Apakah pendekatan X Personal Integratif Naturalistik mediatif 17. Pernyataan di bawah merupakan tujuan guru menggunakan kaedah sumbang saran, kecuali menarik perhatian murid terhadap satu-satu topik yang khusus memberi peluang murid menjana idea mengenai topik tersebut mengajar mereka supaya dapat bersosial dalam satu kumpulan mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaan individu

18. Apakah kerjaya yang sesuai bagi seseorang yang mempunyai kecerdasan Verbal- Linguistik? Artisan Pemberita Ahli teologi Pegawai Kebajikan Sosial 19. Motivasi intrinsik sebenarnya wujud dari dalaman diri individu. Oleh itu motivasi ini amat sukar untuk diterapkan kepada pelajar.sebagai seorang guru bagaimanakah cara untuk anda menerapkan motivasi intrinsik ini? Berikan pengalaman mencabar kebolehan mereka Guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang menarik Berikan ganjaran setiap perubahan tingkah laku yang diingini Nyatakan matlamat yang ingin dicapai sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula 20. Cikgu Hanif sentiasa memarahi muridnya kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Kebanyakan pelajar kelas 2D tidak suka apabila cikgu Hanif masu ke kelas. Keadan ini menyebabkan prestasi mata pelajaran matematik yang diajar oleh cikgu Hanif merosot setiap kali peperiksaan. Jika anda adalah rakan cikgu Hanif apa yang akan anda cadangkan kepada cikgu Hanif? Mengajar secara kaedah berkumpulan Berikan tumpuan kepada setiap individu Membina hubungan yang baik dengan pelajar Membentuk sifat kerjasama di kalangan pelajar-pelajar

BAHAGIAN B (40 markah) Jawab semua soalan dalam bahagian ini 1. Pengalaman langsung berpegang kepada prinsip pembelajaran eksperiential. (a) Nyatakan dua kaedah yang boleh dilaksanakan melalui pengalaman langsung. (i) (ii) (4 markah) (b) Senaraikan tiga kriteria utama dalam pengalaman belajar kanak-kanak yang optimum. (i) (ii) (iii) (6 markah) 2. Main merupakan aktiviti yang utama dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, sosial dan emosi. (a) Senaraikan dua jenis main kognitif. (i) (ii) (4 markah) (b) Nyatakan tiga ciri-ciri main. (i) (ii) (iii)

(6 markah) 3. Apabila guru menyedari kebolehan setip pelajarnya yang mempunyai pelbagai kebolehan maka mudah baginya untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga dapat merancang jenis-jenis penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan murid. (a) Antara contoh contoh penilaian yang boleh diberikan ialah (i) (ii) (iii) (iv) (V) (5 markah) (b) Nyatakan implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (5 markah)

4. Teori Atribusi Weiner merupakan salah satu teori motivasi yang menggunakan pendekatan kognitif. Teori ini mempunyai beberapa andaian asas. (a) Berikan dua andaian tersebut (i) (ii) (4 markah) (b) Menurut Weiner atribut boleh wujud dalam tiga dimensi iaitu (i) (ii) (iii) (6 markah)

BAHAGIAN C (40 markah) Jawab semua soalan dalam bahagian ini 1. Guru Fatimah seorang guru berpengalaman yang baru bertukar dari kawasan luar bandar ke bandar. Beliau mengamalkan aktiviti kumpulan, banyak menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar dan aktiviti. Namum begitu, pelajarnya kurang responsif dan tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajarannya. (a) Berdasarkan situasi di atas, kenalpasti sebab-sebab mengapa keadaan begini? (sintesis) (b) Sebagai rakan sejawat, bagaimana anda dapat membantu Cikgu Fatimah meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut? (penilaian) 2. SK Sungai Wang merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi. Baru-baru ini muridnya kurang bermotivasi untuk belajar. (a) Sebagai guru kelas Tahun 6, bagaimana anda dapat memotivasikan mereka demi mengekalkan prestasi sekolah ke arah yang lebih cemerlang dalam UPSR? (aplikasi) (b) Berdasarkan Teori Thorndike, huraikan implikasi motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran? (analisis) 3. Apabila guru menunjukkan sebiji bola besi dan sebiji bola plastik yang sama saiz dan berat di kelas Tahun 1, murid-murid memberi respons bola besi lebih berat. (a) Berikan sebab berlakunya keadaan sedemikian berdasarkan Teori Pembelajaran kognitif Jean Piaget? (sintesis) (b) Jika anda adalah guru tersebut, bagaimana anda membantu murid-muridnya mencapai perkembangan yang optimum? (Penilaian)

LATIHAN ULANGKAJI CONTOH SOALAN EDU3103 Soalan Struktur 1. Pengalaman Belajar Secara Langsung merupakan satu kaedah belajar yang semula jadi yang amat berkesan. (a) Jelaskan tiga kaedah pembelajaran yang berkesan bagi memberi pengalaman belajar secara langsung kepada murid. (i). (ii). (iii). (b) Nyatakan empat prinsip pembelajaran yang berkaitan dengan pembelajaran semula jadi kanak-kanak. (i). (ii). (iii). (iv). 2. Main merupakan sebahagian penting alam belajar kanak-kanak. (a) Senaraikan empat jenis permainan Kategori Main Sosial. (i). (ii). (iii). (iv). (b) Terangkan tiga ciri main yang boleh merangsang pembelajaran dalam kalangan kanakkanak. (i). (ii). (iii).

3. Setiap individu adalah unik dan berbeza. Perbezaan individu dalam aspek fizikal, kognitif, emosi dan rohani yang secara tidak langsung akan mempengaruhi gaya pembelajaran masingmasing. (a) Nyatakan empat jenis gaya pembelajaran menurut Mumford dan Honey (1986). (i). (ii). (iii). (iv). (b) Jelaskan tiga implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran. (i). (ii). (iii). 4. Motivasi daripada perspektif pendekatan kognitif menekankan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh cara pemikiran dan persekitaran. Teori Atribusi Weiner, Teori Ekspektansi versus Nilai dan Teori Dissonansi Kognitif mendasari aliran pandangan ini. (a) Berdasarkan Teori Motivasi Kognitif Atribusi Weiner, jelaskan tiga peranan guru dalam meningkatkan motivasi pelajar. (i). (ii). (iii). (b) Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi motivasi mengikut Teori Atribusi Weiner. 1. 2. 3. 4.

Soalan Esei 1. Cikgu Anita guru yang percaya bahawa pembelajaran berkesan seharusnya berpusatkan murid. Beliau sering mengaplikasikan Teori Pembelajaran Kognitif dan Konstruktivisme bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. (a) Jelaskan lima prinsip pembelajaran Teori Konstruktivisme yang perlu diambil kira oleh Cikgu Anita. (b) Huraikan mana-mana lima daripada lapan peringkat proses pembelajaran Gagne yang Cikgu Anita perlu usahakan untuk memastikan keberkesanan pembelajaran murid-muridnya. 2. Model Pengajaran Sosial menekankan pembelajaran melalui interaksi dan kerjasama secara produktif dalam kalangan murid. (a) Jelaskan empat prinsip Pembelajaran Koperatif dalam Model Pembelajaran Sosial. (b) Huraikan empat implikasi Model Pembelajaran Sosial terhadap pengajaran dan pembelajaran. 3. Motivasi berkaitan dengan Pendekatan Behavioris dan Kognitif boleh dikategorikan kepada jenis ekstrinsik atau intrinsik. (a) Jelaskan lima perbezaan di antara motivasi ekstrinsik dengan motivasi intrinsik. (b) Huraikan lima cara yang sesuai untuk guru mewujudkan motivasi intrinsik dalam kalangan murid-muridnya.

Cadangan Jawapan kpd Soalan EDU3103 Soalan Struktur 1.(a) Kaedah pembelajaran yang berkesan bagi memberi pengalaman belajar secara langsung kepada murid. Lawatan, Kajian Luar, Eksperimen,Projek, Lakonan, Permainan dll. (b) Prinsip pembelajaran yang berkaitan dengan pembelajaran semula jadi kanak-kanak. Mempunyai kekuatan daya ingin tahu dan berkeupayaan belajar secara langsung tentang dunia sekitarnya. mengetahui dengan sendirinya cara hendak belajar sesuatu. memerlikan jumlah masa senyap yang banyak untuk berfikir. tidak takut mengaku tidak tahu dan berani membuat kesilapan. menghayati nilai-nilai intrinsik dalam perkara yang dipelajari mereka. belajar paling baik tentang hubungan dengan orang lain melalui interaksi dengan orang pelbagai peringkat usia. belajar paling baik tentang dunianya melalui pengalaman langsung. memerlukan masa yang mencukupi untuk bersama-sama dengan keluarga. tekanan akan mengganggu pembelajaran kanak-kanak. 2. (a) Jenis-jenis permainan Kategori Main Sosial. main (unoccupied) tidak bermain dengan alatan; sesiapa tetapi berada di kawasan permainan. main diri sendiri (solitary) bermain seorang diri tanpa menghiraukan rakan/keadaan sekeliling. main selari (parallel) bermain sendirian, menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan tanpa berbincang (kongsi alat main sendiri) main asosiatif (associative) bermain sendirian tetapi berinteraksi, bertanya dan meminjam alatan dengan rakan.

main koperatif (cooperative) bermain dalam kumpulan, bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan. main memerhati (onlooker) memerhati rakan-rakan bermain, berminat pada permainan orang. (b) Ciri-ciri main yang boleh merangsang pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak. Penglibatan aktif penglibatan aktif dapat membangunkan emosi, kemahiran sosial, fizikal serta kognitif kanak-kanak. Motivasi intrinsic dapat belajar dengan berkesan apabila keinginan belajar dating dari dalam diri individu. Bebas untuk memilih main adalah pilihan & rekaan kanak-kanak, tidak boleh dipaksa maka ia satu alat belajar. Menyeronokkan main menyeronokkan dan kesan emosi serta perasaan kepada pelakunya adalah lebih mendalam. Ini menyebabkan pembelajaran berlaku secara berkesan dan kekal lebih lama. Proses penyesuaian main simbolik dan main peranan membolehkan individu belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran, peraturan dan peranan. Penerokaan dapat belajar meneroka alat permainan, tempat, hubungan dengan orang lain, alam sekeliling dan proses main. Simulasi dapat belajar memahami perasaan orang lain, menerima kekalahan atau kemenangan dengan baik. 3. (a) 4 jenis gaya pembelajaran menurut Honey dan Mumford. (i) Aktivis (ii) Reflektif (iii) Teoris (iv) Pragmatis (b) Implikasi-implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran. (i) Penentuan hasil pembelajaran Hasil pembelajaran berasaskan keupayaan dan kemampuan murid. Mengajar berbantukan pelbagai alat. Memerlukan guru yang penyabardan penyayang. Menyediakan tugasan murid yang pelbagai aras untuk manfaat semua murid. (ii) Kepelbagaian strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Guru harus merancang p & p mengikut kebolehan dan minat pelajar. Guru kreatif mempelbagaikan strategi, kaedah dan teknik p & p.

- Murid lemah main sambil belajar - Murid pintar aktiviti analisis (iii) kepelbagaian bahan dan peralatan belajar. Audio visual yang menarik untuk murid kurang minat belajar. Penggunaan ICT. Penghasilan bahan ICT oleh guru dan murid. Mewujudkan sudut pembelajaran di dalam atau luar kelas. (iv) Penyampaian guru Guru sebagai penghibur yang berbakat. Mampu mempelbagaikan penyampaiannya. 4. Peranan guru dalam meningkatkan motivasi pelajar. Membantu pelajar memastikn mereka percaya bahawa mereka adalah kompeten. Kegagalan sekali-sekala disebabkan nasib atau usaha yang tidak mencukupi dan perkara ini tidak akan wujud pada masa hadapan. Galakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya, mereka akan melipatgandakan usaha mereka. Pastikan pelajar berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh berjaya. Elakkan daripada situasi di mana pelajar berulang kali gagal kerana ini akan menyebabkan mereka beranggapan bahawa mereka tidak kompeten dan mereka akan berhenti mengatribusikan kegagalan mereka kepada kurangnya usaha. Adalah lebih baik jika guru membantu pelajar memahami bahawa tingkah laku mereka (lokus kawalan dalaman) akan menentukan tahap kejayaan atau kegagalan. Merangsang konsep kendiri pelajar dan sentiasa berfokus kepada usaha sebagai faktor ke arah kejayaan. (b) 4 faktor yang mempengaruhi motivasi mengikut Teori Atribusi. (i) Nasib (ii) Usaha (iii) Kebolehan (iv) Kesukaran tugasan

Soalan Esei 1(a) Prinsip pembelajaran teori konstruktivisme yang perlu diambil kira oleh Cikgu Anita. - Pembelajaran berpusatkan pelajar. - Pengetahuan bermakna dibina pelajar. - Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu. - Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. - Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman. - Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri. - Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka. - Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru. - Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar. - Guru berperanan sebagai fasilitator. (b) Lapan peringkat proses pembelajaran Gagne yang Cikgu Anita perlu usahakan untuk memastikan keberkesanan pembelajaran murid-muridnya : Peringkat I - Motivasi Peringkat II - Memberi perhatian Peringkat III & IV - Perolehan dan Ingatan Peringkat V - Ingat kembali dan retrieval Peringkat VI - Generalisasi Peringkat VII - Prestasi Peringkat VIII - Maklum Balas dan Peneguhan 2. (a) Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif dlm Model Pembelajaran Sosial Kebergantungan positif kejayaan individu dikaitkan dengan kejayaan ahli kumpulan. Perhubungan rapat, saling memenuhi dan bantu membantu. Akauntabiliti individu setiap ahli bertanggungjawab terhadap tugas masing-masing untuk pencapaian matlamat kumpulan. Interaksi serentak penglibatan aktif dan bersemuka. Penglibatan seimbang penyertaan semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk mengambil bahagian dan menyumbang secara bersama. Pembelajaran berstruktur berbagai-bagai cara interaksi antara individu dalam kumpulan.

b) Implikasi Model Pembelajaran Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan model dan program terbaik untuk dicontohi. Contoh aktiviti main peranan dan simulasi. Kukuhkan tingkah laku yang hendak dijadikan tiruan puji pelajar, pelajar lain akan bermotivasi untuk mencontohinya. Contoh pelajar terbaik akademik. Guna rol model contoh cara pertuturan, pakaian, ketepatan masa. Pastikan setiap pelajar dapat melihat model dengan jelas tegaskan perlakuan yang hendak ditiru atau dikukuhkan. Ulang dan tegaskan langkah yang penting beritahu sebab dan kewajarannya. Contoh video fire drill. Paparkan hasil kerja terbaik untuk membolehkan pelajar terus berusaha dan merangsang pelajar lain. Contoh sampel kerja kursus. Kendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara kumpulan. Guna kaedah yang memerlukan kerjasama dan interaksi sosial seperti pembelajaran koperatif. 3. (a) Perbezaan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik Motivasi ekstrinsik penggerak yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran nyata yang disediakan dan motivasi intrinsik motivasi dalaman wujud dalam diri menggerakkan untuk melakukan sesuatu kerana percaya tindakan itu betul atau baik. Motivasi ekstrinsik merupakan motivasi diberi oleh pihak lain (luaran) tetapi motivasi intrinsik merupakan usaha kendiri (dalaman). Bentuk motivasi ekstrinsik lebih bersifat materialistik seperti wang, pangkat, makanan, hadiah tetapi motivasi intrinsik lebih bersifat kepuasan kendiri seperti minat, impian, kepercayaan, prinsip hidup, nilai dan pegangan agama. Motivasi intrinsik lebih mudah diusahakan dalam kalangan orang dewasa tetapi kanak-kanak lebih memerlukan motivasi ekstrinsik. (b) Cara-cara mewujudkan motivasi intrinsik. Peluang nikmati kejayaan Perkembangan minat Penghayatan kata-kata motivasi Kesedaran melalui tayangan cerita berunsur motivasi

Sentuhan melalui lagu berunsur motivasi Ajaran agama Penyertaan kem motivasi Pegangan prinsip hidup Penetapan matlamat sendiri Bangkitkan naluri ingin tahu Amalan nilai murni 1. Senaraikan 4 teori pembelajaran aliran Behaviorisme. a. Teori Pelaziman Klasik Pavlov b. Teori Pelaziman Klasik Watson c. Teori Pelaziman Operan Skinner d. Teori Pelaziman Operan Thorndike (2 Markah) 2. Nyatakan 3 hukum yang dikemukakan oleh Thorndike. a. Hukum Kesediaan b. Hukum Latihan c. Hukum Kesan (3 Markah) 3. Terangkan tentang Teori Pembelajaran Behaviorisme. Teori ini menjelaskan bahawa pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Ia juga fokus kepada aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. (3 Markah) 4. Peneguhan dan dendaan merupakan antara teori yang digunakan dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Peneguhan pula boleh dibahagikan kepada peneguhan positif, negatif dan dendaan. Nyatakan konsep-konsep peneguhan negatif, peneguhan positif dan dendaan. a. Peneguhan Positif= Memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan ditunjukkan menyebabkan perlakuan itu diulang sekali lagi. b. Peneguhan Negatif= Rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan kebiasaannya tingkah laku tersebut

tidak diulangi. c. Dendaan = Sesuatu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. (6 Markah) 5. Jelaskan konsep generalisasi di dalam Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Generalisasi merupakan satu rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contohnya Sheila risau setiap kali ujian Matematik dan Sains diadakan kerana kedua-dua mata pelajaran telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran yang lain. Generalisasi di sini berlaku apabila kerisauan dalam satu mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. (4 Markah) 6. Senaraikan 4 langkah proses peniruan. a. Pemerhatian: Memerhati terhadap sesuatu subjek yang ingin ditiru. b. Penyimpanan: Perlakuan yang tidak dilahirkan tetapi tersimpan di dalam minda pelajar. c. Pengeluaran: Tingkah laku yang ditiru dan dipersembahkan. d. Motivasi: Tingkah laku yang dipersembahkan menerima dorongan dan motivasi daripada orang lain, maka peniruan akan diulangi. (4 Markah) 7. Gagne telah mengemukakan satu taksonomi kebolehan pembelajaran yang terdiri daripada lima kategori. Berikan 4 peringkat pembelajaran sahaja yang dinyatakan oleh Gagne itu. a. Kemahiran intelek: Operasi mental yang membolehkan murid-murid member respon kepada pelbagai konsepsi mereka berhubung dengan persekitaran di mana mereka berada. b. Strategi Kognitif: Perancangan, kawalan dan pemantauan pemikiran oleh murid-murid. c. Maklumat verbal:mendapatkan semula maklumat yang disimpan dan keadaan dalaman yang menyokong termasuk pengetahuan sedia ada dan strategi untuk memproses maklumat baru. d. Kemahiran Motor: Kebolehan untuk melakukan pergerakan mengikut urutan. Ia melibatkan 3 tahap iaitu belajar urutan yang berkenaan, amalkan pergerakan tersebut dan murnikan pergerakan berasaskan maklum balas daripada persekitaran.

e. Sikap: satu keadaan dalaman atau semulajadi yang mempengaruhi pilihan tindakan seseorang. (8 Markah) 8. Jelaskan 4 prinsip asas Teori Pelaziman Klasik Pavlov. a. Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. b. Pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas. c. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan menghasilkan pembelajaran. d. Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan antara dua rangsangan dipanggil pelaziman. (4 Markah) 9. Jelaskan 4 prinsip asas Teori Pelaziman Operan Skinner. a. Ia berasaskan rangsangan dan gerak balas. b. Individu bertindakbalas terhadap persekitaran dan boleh mengubah persekitarannya. c. Mementingkan motivasi. d. Jika sesuatu tingkah laku diingini, perlu diiringi peneguhan. (4 Markah)

10. Nyatakan perbezaan antara Pelaziman Klasik dengan Pelaziman Operan. JENIS PELAZIMAN KLASIK PELAZIMAN OPERAN PELOPOR GERAK BALAS (TINGKAH LAKU) URUTAN PELAZIMAN Pavlov Watson Respon Bukan inisiatif sendiri (bergantung kepada kewujudan rangsangan/ stimuli) Bersifat pasif Gerak balas/ tingkah laku dihasilkan selepas rangsangan. Thorndike Skinner Operan Inisiatif sendiri (bergantung kepada peneguhan). Bersifat aktif (cubajaya) Gerak balas / tingkah laku berlaku adalah kesan daripada rangsangan/ peneguhan. CARA PEMBELAJARAN Menggunakan rangsangan tak terlazim dikaitkan dengan rangsangan terlazim. Secara responden terhadap rangsangan. Menggunakan peneguhan positif/ negatif. Secara operan terhadap kesan daripada rangsangan.