SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

dokumen-dokumen yang mirip
SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 313 Psikologi Pendidikan (Minggu 5)

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK1913 Kaunseling Keluarga (Minggu 2)

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 313 Psikologi Pendidikan (Minggu 6)

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 613 Pengenalan Kepada Kaunseling Islam

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma Perguruan Pengajian Islam

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

MITOS & FAKTA KAUNSELING

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

Kaunseling di tempat kerja. Sinopsis:

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK813 Faktor-faktor Pembentukan Kaunseling (Minggu 4)

EL1513. Kaunseling Islam. Diploma Pengajian Islam (Elektif, 3 Jam Kredit) Minggu Kelima

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK1313 Psikolgi Pembelajaran

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

I I I I I I I I I I I I I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN

Pengenalan kepada Kaunseling

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 523 Psikologi Perkembangan Remaja, Dewasa dan Orang Tua

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1013 Psikologi Personaliti Kaedah-Kaedah Pengkajian Personaliti (Minggu 3)

KEMAHIRAN ASAS MENOLONG

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK1313 Psikolgi Pembelajaran

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

DENDAM DISEBABKAN PERISTIWA LALU: KAJIAN KES MENGGUNAKAN MODALITI SENI. Oleh. Jonathan Ukab ABSTRAK

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

WPK 1113 Psikologi Kognitif Teori-Teori Kognitif

Pendekatan Humanistik : Teori Hierarki Keperluan Maslow

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Panduan semasa ditemuduga.

MODALITI SENI: SATU INTERVENSI KEPADA PENOLAKAN KLIEN DALAM PROSES KAUNSELING. Oleh. Mohamad Azizi Bin Anding Khairul Annuar Bin Abdul Wahab ABSTRAK

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

ARAHAN: ( )

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 313 Psikologi Pendidikan - Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembelajaran (Minggu 3)

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

PENGURUSAN ADUAN BAGI PETUGAS BARISAN HADAPAN SEKTOR AWAM Oleh Bahagian Perhubungan Korporat Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

KAUNSELING BIMBINGAN KERJAYA

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 313 Psikologi Pendidikan Pemindahan Pembelajaran & Kemahiran Berfikir (Nota Akhir)

Model Pengurusan Strategik

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PROSES PENYELESAIAN MASALAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Psikologi kognitif. Sinopsis:

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK1913 Kaunseling Keluarga (Minggu 4)

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

Teori dan praktis kaunseling kelompok kontemporari. Sinopsis:

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 913 Kaedah Terapi Minggu 2

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INTERVENSI KRISIS. Oleh: Dr. Nor Shafrin bt. Hj. Ahmad (KB, PA) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

dan istilah. Frasa pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu pemikiran dan juga

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 713 Prinsip & Proses Bimbingan dan Kaunseling Minggu 7 Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh & Sains Teknologi (UTM)

Sinopsis : Module ini membincangkan mengenai Perkhidmatan Kaunseling Keluarga (Kes Studi)

KES STUDI A berumur 38 tahun, seorang pengarah yang telah berkahwin dengan seorang pengurus yang berusia 25 tahun. Mereka telah berkahwin selama 2 tahun dan tidak mengalami masalah dalam perkahwinan kerana masing-masing mempunyai komitmen yang kuat terhadap kerjaya dan saling memberi sokongan kepada pasangan untuk berjaya. Beliau mendapati isterinya mengandung dan tanpa pengetahuannya isterinya berhenti daripada bekerja untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada anak yang bakal lahir nanti. Isterinya mengalami masalah kedinginan seks sejak mendapat berita yang dirinya mengandung. Situasi ini pada dasarnya telah mengundang konflik dalam rumahtangga mereka.

PENDEKATAN KAUNSELING (Individu dan Keluarga) Terlebih dahulu, kaunseling individu diperkenalkan kepada keduadua suami isteri untuk meluahkan segala isi hati supaya kaunselor dapat mengumpul maklumat dengan lebih terperinci daripada kedua-dua pihak yang berkonflik. Tujuannya adalah bagi membolehkan kaunselor bersifat adil dan saksama terhadap klien dan bukan hanya mendengar perasaan dan pengalaman sebelah pihak sahaja. Langkah-langkah yang digunakan dalam sesi kaunseling ialah (menggunakan pernyataan isteri sebagai contoh):

Langkah 1: Membina Hubungan Dalam sesi pertama, kaunselor akan menggunakan kemahiran melayan sama ada secara lisan atau bukan lisan bagi membina hubungan saling mempercayai antara klien dan juga kaunselor. Kemahiran melayan ini bertujuan meyakinkan klien untuk meluahkan perasaan hatinya tanpa menyembunyikan sesuatu. Dalam proses ini kaunselor juga akan membuat penstrukturan. Penstrukturan merupakan langkah pertama dalam proses kaunseling. Ia juga ditakrifkan sebagai satu bentuk penjelasan mengenai proses kaunseling. Penstrukturan akan membincangkan empat aspek utama iaitu memberitahu klien tentang tujuan, tanggungjawab, pemfokusan dan limitasi kaunseling. Antaranya meliputi tiga unsur masa, tingkah laku yang dikehendaki tahu peranan klien dalam proses kaunseling, peranan kaunselor, kekerapan sesi/ limitasi dan menjaga etika kerahsiaan yang dicurahkan.

Langkah 2: Penerokaan Masalah Pada peringkat permulaan kaunseling, langkah ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah sebenar klien dan memahami diri klien. Kamahiran-kemahiran seperti mendengar dengan aktif, empati, respon lisan, meminta penjelasan dan menggalakkan klien meneruskan cerita amat diperlukan. Dalam peringkat ini, kaunselor akan menggunakan teknik-teknik untuk meneroka maslah klien.

Langkah 2: Penerokaan Masalah 1. Teknik membuat parafrasa Teknik ini digunakan oleh kaunselor dengan menyatakan semula pernyataan klien menggunakan ayat yang lebih ringkas tanpa menambah apa-apa idea. Sebagai contoh, Klien: Setiap malam, saya tunggu dia di rumah selepas saya balik dari tempat kerja, tetapi apa yang saya dapat hanyalah seperti menunggu bilik kosong, katil kosong, semuanya kosong Kaunselor: Anda tidak dapat tunggu dia.

Langkah 2: Penerokaan Masalah 2. Teknik membias Teknik ini seolah-olah hampir sama dengan parafrasa, tetapi membias lebih memfokus kepada konotasi perasaan atau emosi yang dibawa dalam sesuatu mesej yang disampaikan oleh klien.teknik ini digunakan untuk memahami pengalaman klien seolah- olah dari sudut pandangan klien, menggalakkan klien meluahkan perasaan mereka dan menyedarkan klien tentang sesuatu perasaan yang dialaminya. Antara contohnya: Klien: Saya dan dia selalu bertengkar, bergaduh tak habis-habis. Saya tak tahu apa nak buat lagi saya macam putus asa saya tak tau macam mana nak buat dengan hubungan saya Kaunselor: Anda sangat kecewa dengan pertengkaran yang tak mendatangkan sebarang hasil dan tidak tahu pula macam mana nak memperbaiki keadaan

Langkah 2: Penerokaan Masalah 3. Teknik merumus Teknik ini pula digunakan untuk menonjolkan perkara-perkara yang penting atau tema-tema yang dibawa oleh klien semasa proses kaunseling.ia juga bertujuan untuk memudahkan usaha memfokus permasalahan supaya kaunselor boleh memberi bantuan tanpa mencari-cari apa masalah utama yang ingin diselesaikan klien. Contohnya, Kaunselor: Dalam sesi ini, kita telah berbincang tentang suami anda dan perbalahan yang berlaku antara anda dengannya. Anda mengatakan anda merasa kecewa dan juga marah. Hubungan anda dengan suami anda tidak baik..kita juga telah membincangkan tingkah laku atau tindakan yang telah anda jalankan terhadap suami anda.

Selain daripada teknk-teknik tersebut, masih terdapat pelbagai teknik yang sering digunakan oleh kaunselor dalam usaha membuat penerokaan. Malahan teknik-teknik itu juga akan senantiasa digunakan oleh kaunselor sepanjang proses kaunseling berlangsung. Antara teknik yang digunakan ialah seperti menyoal (soalan terbuka), interpretasi isi dan perasaan, melayan secara lisan dan bukan lisan,memberikan dorongan minimum, berempati dan sebagainya.

Langkah 3: Pencapaian matlamat Pada peringkat penerokaan masalah, klien dibantu untuk memahami masalahnya dengan lebih jelas berdasarkan perspektif klien itu sendiri. Perspektif klien ini mungkin tidak cukup luas tetapi ia merupakan tahap permulaan untuk mengendalikan masalah itu nanti. Apa yang mustahak di sini ialah kebijaksanaan kaunselor dalam membantu klien mendapatkan celik akal (pemahaman kendiri yang rasional) dan berfikiran positif.

Pada peringkat ini, terdapat 3 perkara yang harus dilakukan oleh kaunselor iaitu membantu klien menyusun semula semua data atau maklumat yang diperolehi pada peringkat penerokaan masalah supaya klien dapat melihatnya dari perspektif yang lebih luas; membantu klien untuk melihat masalah itu secara lebih objektif yang membolehkan klien menentukan matlamat yang sewajarnya iaitu cara mengendalikan masalah dan juga membantu klien menentukan matlamat berdasarkan pemahaman klien tentang masalahnya. Matlamat hendaklah realistik dan wajar serta boleh dilaksanakan. Keputusan tentang matlamat yang diambil mestilah berdasarkan nilai klien bukan nilai kaunselor. Contohnya, Klien: Setiap hari selepas makan, saya akan berbincang dengan suami saya tentang masalah yang kami hadapi pada hari itu.

Langkah 4: Pemilihan strategi Terdapat beberapa strategi yang boleh diaplikasikan oleh kaunselor dalam perihal membantu klien yang berkonflik. Strategi yang dimaksudkan di sini adalah daripada pelbagai teori kaunseling yang telah diterima pakai oleh semua pakar dalam bidang kaunseling dan psikologi. Antaranya: 1. Strategi Transferens Dalam kes ini, strategi yang dipilih ialah transferens, kerusi kosong dan penggunaan ganti nama diri. Dalam strategi transferens yang berdasarkan Teori Keluarga Psikoanalitik, klien akan memindahkan perasaan dan pengalaman yang dirasainya dahulu kepada kaunselor yang bersikap neutral, objektif dan pasif.

1. Strategi Transferens Konsep ini meletakkan klien dalam satu keadaan minda bahawa kaunselor sebenarnya adalah ibu bapa atau orang yang signifikan dalam hidupnya yang lampau. Dalam proses ini, seorang klien itu akan menghidupkan semula tanpa disedari tingkah laku patogeniknya kepada kaunselor. Kaunselor cuba memahami curahan isi hati dan pengalaman ini kemudiannya mentafsirkan kepada klien dan ahli keluarganya supaya benar-benarmemahami sebab-sebab mengapa ia sering bertindak secara tidak rasional. Melalui kefahaman dan celik akal sebegini bolehlah ia berkembang dengan sewajarnya dari segi intelektual dan emosi.

1. Strategi Transferens Sebagai contohnya, isteri akan memindahkan perasaan dan pengalamannya semasa tempoh kedinginan hubungannya dengan suami kepada kaunselor supaya kaunselor dapat membantunya memahami dan mentafsir. Kaunselor di sini akan membantu klien untuk memahami perasaannya di ketika itu dan bekerjasama dengan kaunselor dalam pentafsirannya

2. Strategi Kerusi Kosong Strategi kerusi kosong yang dikemukakan oleh Teori Gestalt, membenarkan klien berpeluang berlagak terkeluar daripada apa yang sepatutnya dan dia bersikap atau bercakap terhadap orang lain yang digambarkan sebagai orang sedang duduk pada kerusi yang kosong. Peranan yang dimainkan ini akan membantu klien berhubung dengan bahagian dirinya sendiri yang mana mereka sendiri tidak sedar ataupun mungkin sengaja menafikannya. Memainkan peranan ini juga membolehkan klien meraptaikan dirinya dalam satu bentuk peranan baru yang akan dicubanya di luar kaunseling nanti. Raptai ini akan menguatkan lagi keyakinan dan kepercayaan klien bahawa tingkah lakunya yang baru itu nanti memang boleh dijalankan.

2. Strategi Kerusi Kosong Contohnya, isteri berpeluang meluahkan apa sahaja yang dia ingin sampaikan kepada suaminya dalam masa inilah dia akan dibantu untuk mengetahui bahagian yang tidak sedar diri atau dinafikan. Antaranya, dia marah terhadap suaminya yang tidak menimbangkan perasaannya ketika suaminya balik lewat, dalam keadaan tidak sedar dia amat cinta kepada suaminya sehingga ingin suaminya meluangkan lebih masa kepadanya.

3. Strategi Penggunaan Ganti Nama Diri Kaunselor juga menggunakan strategi penggunaan ganti nama diri dalam Teori Gestalt kepada klien (nama sebenar isteri) Hal Ini kerana isteri selalu menggunakan kata dia dalam sepanjang sesi kaunseling. Penukaran ganti nama dari dia kepada saya amat diperlukan untuk membantu klien memiliki tingkah laku diri dan lebih bercakap mengenai diri dan bukannya orang lain.

Pendekatan Kaunseling Keluarga Setelah kaunseling individu, dapatlah kedua-dua pasangan memahami perasaan dan pengalaman yang telah mereka hadapi selama ini. Mereka juga sedar akan bahagian-bahagian diri sendiri yang tidak sedar atau sengaja dinafikan serta lebih memberi tumpuan kepada tingkah laku atau perkara mengenai diri sendiri. Menurut pandangan Sistem Berorinetasi Interpersonal yang dikemukakan oleh Goldenberg (1986), kaunseling akan lebih berkesan jika diberi fokus yang tinggi iaitu melibatkan kedua-dua pasangan. Kognisi mengetahui adalah keperluan bagi langkah pertama untuk mengurs semula sistem hubungan yang salah. Oleh itu, kaunselor dengan penuh hikmahnya mempersilakan mereka (A dan isteri) menyertai kaunseling keluarga untuk menyelesaikan masalah atau konflik rumahtangga mereka.

1. Teori Kaunseling Keluarga Bowen Dalam Kaunseling Keluarga, beberapa teori digunakan untuk membantu keluarga A dan isteri dalam menyelesaikan masalah keluarga mereka. Teori Kaunseling Keluarga Bowen adalah salah satu teori yang digunakan, teknik rawatan yang digunkan ialah Pulang ke rumah semula atau going home, Detriangulation, Perhubungan individu ke individu atau person to person relationship dan menanya soalan.

1. Teori Kaunseling Keluarga Bowen Dalam teknik rawatan pulang ke rumah semula, kedua-dua pasangan dikehendaki pulang ke rumah semula untuk mengenali keluarga dengan lebih rapat. Teknik ini memudahkan A dan isteri untuk membuat proses pembezaan dan memiliki kendiri yang stabil. Sebelum mereka pulang ke rumah, mereka telah diajar untuk banyak bertenang dan bersabar menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku. Ini bermakna A dan isteri akan kenal-mengenali semula antara satu sama lain dengan lebih rapat, di mana pertengkaran dan pergaduhan mereka akan diberhentikan atau ditukarkan dengan kesabaran dan ketenangan yang lebih.

1. Teori Kaunseling Keluarga Bowen Bagi Detriangulation pula, melibatkan A dan iateri untuk mempunyai kontrak dan berpisah secara emosi dari kalangan ahli keluarga. Ia beroperasi pada dua tahap. Pertama A atau isteri akan menyelesaikan kebimbangannya mengenai keluarganya dan tidak membuat projeksi. Kedua, membantu A atau isteri untuk tidak memberi fokus kepada diri sendiri apabila masalah muncul dalam keluarga. Dalam hal ini, tiada siapa yang akan dilempar-salahkan.

1. Teori Kaunseling Keluarga Bowen Perhubungan individu ke individu, teknik ini melibatkan kedua-dua pasangan yang bercakap antara satu sama lain mengenai diri mereka sendiri. Mereka tidak akan bercakap tentang orang lain dan mereka tidak akan menjadi terlampau personal. Dalam keadaan ini, A dan isteri boleh menerangkan sebabsebab atau kenapa dia bertingkah laku demikian, apakah perasaan dia, apa yang dia harap daripada pasangan dan lain-lain.

1. Teori Kaunseling Keluarga Bowen Selain itu, mereka juga boleh menanyakan soalan yang berkaitan dengan masalah akan membolehkan pasangan meluahkan perasaan untuk sama-sama difahami oleh pihak yang lain. Contoh soalan isteri tanya kepada suaminya, kenapa kamu selalu keluar malam tanpa memikirkan perasaan saya? Kenapa kamu tidak sayang saya seperti dahulu? Dengan soalan-soalan inilah dapat isteri faham jawapan kepada soalan-soalan yang tidak ada jawapan selama ini.

2. Teori Kaunseling Keluarga Eksperiensial Dalam Teori Kaunseling Keluarga Eksperiensial pula, teknikteknik yang digunakan ialah modeling dan mengajar kemahiran komunikasi yang jelas, kenyataan saya, menuduh atau blamer dan pengelak atau placater. Bagi modeling dan mengajar kemahiran komunikasi yang jelas, dalam hal ini,beberapa teknik telah disenaraikan. Ahli keluarga seperti A dan isteri dibawa melalui mana-mana teknik berikut dalam keadaan yang lebih exaggerated agar mereka akan sedar apa yang sedang berlaku dan apakah maklumat yang telah mereka sampaikan. Dengan ini, mereka boleh mengubah atau memilih cara komunikasi yang lebih berkesan daripada apa yang mereka amalkan selama ini.

2. Teori Kaunseling Keluarga Eksperiensial Kenyataan saya, melibatkan luahan dalam bentuk yang lebih peribadi dan lebih bertanggungjawab. Ia boleh meninggalkan keselarasan dalam proses komunikasi. Ia akan menjadi lebih berterus-terang, tulen dan kenyataan yang sebenar dalam konteks yang lebih sesuai. Ia adalah serupa dengan penggunaan ganti nama diri dalam Teori Gestalt. Menuduh adalah keadaan di mana seseorang yang suka menuduh akan mengalihkan fokus daripada dirinya kepada orang lain atau melepaskan dirinya daripada tanggungjawab. Manakala, pengelak akan sentiasa melakukan perkara yang tidak berkaitan dengan apa yang sering berlaku dalam konteks. A dan isteri yang selama ini berperanan sebagai penuduh dan pengelak akan ditunjukkan di dalam sesi kaunseling supaya mereka sedar lalu memilih cara komunikasi yang berkesan.

3. Teori Kaunseling Keluarga Tingkah Laku dan Tingkah Laku Kognitif Teori Kaunseling Keluarga Tingkah Laku dan Tingkah Laku Kognitif, telah memberi fokus kepada Terapi Perkahwinan, Rawatan Ketidakfungsian Seksual, Latihan Keibubapaan dan lain-lain. Sebagai pasangan suami isteri Terapi Perkahwinan telah membantu mereka menjalankan fungsi perkahwinan dengan lebih baik. Terdapat 4 komponen iaitu, 1. analisis tingkah laku mengenai tekanan yang dihadapi oleh pasangan berdasarkan temuduga, laporan soal-selidik dan pemerhatian tingkah laku. 2. Mewujudkan rasa positif yang bertimbal-balik melalui teknik caring days dan kontrak

3. Latihan kemahiran komunikasi, berlatih menggunakan kenyataan saya, fokus kepada masalah kini dan berlatih memberi maklum balas yang positif kepada pasangan 4. Latihan menyelesaikan masalah, melengkapkan pasangan dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih khusus terhadap apa yang mereka perlukan, berunding dan membuat kontrak. Rawatan Ketidakfungsian Seksual, secara umumnya banyak memperlihatkan rawatan terhadap mengurangkan aras kebimbangan dalam perlakuan seksual, pendidikan seks termasuk penggunaan teknik-teknik seksual, latihan kemahiran dalam komunikasi dan kaedah mengubah sikap dan perlakuan seksual.

Ringkasnya, kaunselor bukan sahaja memberi rawatan ke atas pengalaman lampau tetapi tumpuan juga diberikan kepada masalah kini dan akan datang, supaya dapat mencegah pengulangan tingkah laku yang akan berlakunya konflik atau masalah di kalangan ahli keluarga. Contohnya, Teori Kaunseling Keluarga Bowen telah membantu klien dalam masa lampau manakala Teori Kaunseling Keluarga Tingkah Laku dan Tingkah Laku Kognitif adalah membantunya dalam masalah kini atau akan datang. Di samping itu, Teori Kaunseling Keluarga Eksperiensial digunakan untuk mengatasi masa lampau dan kini.

KESIMPULAN Secara umumnya dapat dilihat peranan utama kaunselor dalam konteks intervensi masalah keluarga ialah bertujuan untuk membantu pasangan suami isteri dan keluarga yang bermasalah bagi mencari jalan mengeratkan hubungan kasih sayang dan kemesraan di samping mengelakkan berlakunya kes perceraian yang membawa risiko timbulnya pelbagai masalah. Justeru itu kaunseling dilihat sebagai salah satu terapi yang dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pasangan suami isteri yang menghadapi masalah dalam rumahtangga.

Namun perlu diingatkan dan difahami di sini ialah tentang keberkesanan proses kaunseling ini tidak harus diletakkan sewenang-wenangnya di atas tanggungjawab kausnelor seorang. Keberkesanannya adalah sesuatu yang subjektif dan ianya memerlukan kerjasama daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam sesuatu proses kaunseling iaitu kaunselor dan klien. Perkara inilah yang perlu ditekankan secara lebih rasional kerana komitmen klien untuk menyelesaikan masalah atau konflik yang dihadapi adalah perkara yang amat penting.

Tanpa kesedaran, kefahaman dan inisiatif klien untuk melaksanakan sebarang bentuk usaha penyelesaian maka sudah pastinya proses kaunseling tidak akan memberi sebarang makna. Maka dengan ini wujud peranan kaunselor dalam membantu klien mendapatkan kefahaman tentang diri dan situasi yang dialami. Secara ringkasnya, kerjasama di antara kaunselor dan klien merupakan asas keberkesanan sesuatu sesi kaunseling dalam mencapai matlamat kaunseling tersebut. Menerusi proses kaunseling, kaunselor akan menggunakan kemahiran memerhati yang lebih sistematik, berfikir dengan lebih mendalam dan menumpukan perhatian kepada maklumat-maklumat yang disampaikan oleh klien. Dengan itu, kaunselor dapat memahami klien dan sekaligus membolehkan klien memahami dirinya.

RUJUKAN Aminah Hj. Hashim dan Arthur P. Lloyd (ed.) (1995), "Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling" dalam Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: Federal Publications, h. 3-4. 7 Amalaludin Abdul Rahman (2008), Perkhidmatan Kaunseling Pendekatan Hikmah Berdakwah, Kuala Lumpur.Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd. Siti Zalikhah Md. Noor (1992), Kaunseling Perkahwinan Menurut Perspektif Islam, Kuala Lumpur: Budaya Ilmu Sdn. Bhd., h. 62.

SESI PERBINCANGAN KELOMPOK