Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial"

Transkripsi

1 Teori Perkembangan Moral Kohlberg Penaakulan Moral Elemen-elemen Penaakulan Moral Peringkat-peringkat Penaakulan Moral Orientasi Moral Peringkat 1 Hukuman dan Kepatuhan Peringkat 2 Timbal Balik Peringkat 5 Kontrak Sosial Orientasi Utilitarian Orientasi Kesaksamaan Peringkat 3 Persetujuan Antara Individu Peringkat 4 Undangundang dan Peraturan Peringkat 6 Prinsip Etika Sejagat Orientasi Normatif Orientasi Kesempurnaan Rajah 1 Kerangka Teori Kajian

2 23 Peringkat penaakulan moral ini dibahagikan kepada tiga tahap dan setiap tahap terdiri daripada dua peringkat. Tahap pertama adalah tahap prakonvensional, tahap dua adalah tahap konvensional dan tahap tiga adalah tahap pos konvensional. Peringkat pertama dikenali orientasi hukuman dan kepatuhan, peringkat kedua dikenali orientasi asas dan saluran, peringkat ketiga adalah orientasi persetujuan antara individu, peringkat keempat adalah orientasi undang-undang dan peraturan, peringkat kelima adalah kontrak sosial dan peringkat keenam orientasi prinsip etika sejagat. Susunan dalam enam peringkat ini adalah mengikut keupayaan seseorang memberi alasan yang matang dalam menyelesaikan isu yang dihadapi oleh watak dalam dilema. Terdapat tiga ciri utama yang ditekankan dalam perkembangan peringkatperingkat penaakulan moral iaitu pertama, peringkat bersifat hierarchial intergration kedua, peringkat-peringkat tersebut adalah structured wholes dan ketiga, peringkat-peringkat ini adalah tidak varian. Kajian-kajian yang menyokong kesejagatan peringkat-peringkat telah dilakukan di Malaysia (Jeevajothi, 1997; Loganathan, 1995; Azian, 1990) dan dijalankan dengan meluas di luar negara (Snarey, 1985). Penjelasan lebih lanjut mengenai peringkat-peringkat penaakulan moral dan ciri-ciri peringkat ini dinyatakan dalam Bab 2. Kajian yang dijalankan ini walau bagaimanapun tidak mengambil kira penentuan peringkat-peringkat penaakulan moral sebaliknya meneroka isu yang kurang diberi perhatian dalam teori tersebut iaitu orientasi moral. Penentuan orientasi moral adalah merujuk kepada Rajah 2 di bawah.

3 24 Pelajar Salah Laku Pelajar Tidak Salah laku Pandangan terhadap masalah moral Dilema dan masalah sebenar diri sendiri Vignet-vignet dilema sebenar Alasan-alasan kepada tindakan memilih penyelesaian masalah dalam vignet dilema sebenar Orientasi moral Rajah 2 Kerangka Konsep Kajian Rajah 2 menunjukkan kerangka konsep kajian di mana pelajar tidak salah laku dan pelajar salah laku dipilih sebagai peserta kajian. Maklumat mengenai pandangan mereka terhadap masalah moral serta dilema atau masalah yang sedang dihadapi oleh peserta dikenal pasti terlebih dahulu. Berdasarkan masalah yang diutarakan, empat jenis vignet dilema sebenar telah diolah. Peserta diminta memberi respons kepada dilema yang terkandung dalam vignet dilema sebenar sebelum orientasi moral peserta ditentukan.

4 Kepentingan kajian Penyelidikan dalam bidang Pendidikan Moral di Malaysia sering dijalankan terutama dalam penentuan peringkat-peringkat penaakulan moral (Mukherjee, 1988; Abdul Rahman & Chang, 1994). Bagaimanapun, kajian untuk menentukan orientasi moral pelajar masih kurang dilaksanakan. Memandangkan pada ketika ini, negara mula menitikberatkan soal-soal disiplin, moral dan akhlak pelajar, maka kajian lebih lanjut mengenai orientasi moral perlu dijalankan. Ini kerana, orientasi moral mampu menunjukkan corak pemikiran individu dari sudut kepercayaan moral serta pandangannya apabila menyelesaikan dilema (Gilligan, 1982). Kajian ini yang berasaskan Teori Penaakulan Moral oleh Kohlberg, yang menjelaskan bahawa asas pemikiran moral individu adalah berdasarkan kepada prinsip keadilan. Kajian lanjutan ini adalah untuk menguji sejauhmana kebenaran teori tersebut memandangkan prinsip keadilan dikatakan bersifat sejagat. Sebelum ini, kajian berdasarkan teori ini telah banyak dijalankan seperti di Jepun, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Turkey (Snarey, 1985). Teori ini juga telah digunakan untuk beberapa kajian di Malaysia. Bagaimanapun, bagi memperluaskan dapatan kajian, peserta yang berbeza latar belakang daripada kajian sebelumnya telah diambil, kajian ini mengambil remaja berusia 16 tahun yang terdiri daripada pelajar salah laku dan pelajar tidak salah laku sebagai peserta kajian. Kepentingan kajian juga dilihat kepada aspek pertambahan kes-kes salah laku. Kajian mengenai penaakulan moral pelajar, yang dilihat daripada aspek

5 26 orientasi moral, membantu kita memahami punca penglibatan seseorang dalam masalah salah laku. Pemahaman ini juga memberi ruang kepada kita untuk memahami corak pemikiran pelajar-pelajar. Kajian-kajian sebelum ini telah membuktikan pemikiran moral berkait secara langsung dalam penentuan tingkah laku moral (Giordano, 2003; Elliott & Menard, 1996; Blasi, 1980). Kajian penaakulan moral pelajar perlu juga diberi perhatian kerana kajian ini berkaitan dengan objektif Pendidikan Moral iaitu mengembangkan keupayaan berfikir dan menyelesaikan masalah serta tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melihat pelajar yang dilahirkan oleh sistem pendidikan adalah seimbang dari segi Intelek, Emosi, Rohani dan Jasmani. Dari segi amalan, maklumat yang diperoleh, akan membantu pendidik memahami orientasi moral pelajar secara menyeluruh. Perbezaan dan persamaan orientasi moral yang wujud antara pelajar juga akan memberi maklumat tambahan kepada pendidik terutama dalam aspek menangani masalah atau dilema diri pelajar. Di mana alasan pelajar tidak semestinya berfokus kepada alasan yang sama. Ini sekurang-kurangnya membantu pendidik mengenal pasti corak pemikiran pelajar terlebih dahulu, sebelum memikirkan kaedah serta strategi yang lebih berkesan untuk melahirkan pelajar yang seimbang. Dapatan kajian yang melihat orientasi moral pelajar berdasarkan jantina dan kumpulan pelajar, diyakini dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan memikirkan langkah-langkah terbaik bagi mempertingkatkan keupayaan membuat penaakulan moral. Keupayaan pelajar-pelajar bertindak mengikut pertimbangan sendiri secara rasional dan positif akan membantu melahirkan

6 27 golongan pelajar yang berfikiran matang dan berkeupayaan menyelesaikan masalah moral yang dihadapi oleh mereka. Kajian ini juga mustahak kepada golongan seperti pentadbir, guru disiplin serta guru bimbingan dan kaunseling yang secara langsung mengendalikan masalah tingkah laku kerana kematangan penaakulan moral berupaya memupuk tingkah laku moral (DiLalla, 2002; Blasi, 1980; Hoffman, 1976). Maklumat baru ini akan dijadikan panduan kepada guru-guru menangani masalah salah laku pelajar di sekolah kerana secara amnya jenis orientasi yang digunakan oleh pelajar-pelajar ini diketahui. 1.7 Batasan kajian Beberapa batasan kajian telah dikenal pasti dalam kajian ini. Pertama dilihat daripada aspek pemilihan pelajar salah laku dan tidak salah laku. Pada peringkat permulaan kajian, senarai nama pelajar telah diperoleh daripada rekod disiplin sekolah, ini bermakna pelajar salah laku telah dikenal pasti pernah terlibat dengan kes salah laku, mana kala pelajar tidak salah laku, tidak mempunyai sebarang rekod salah laku. Bagaimanapun, setelah setiap pelajar dinasihatkan mengisi borang soal selidik salah laku secara jujur, maka didapati kesemua pelajar-pelajar yang namanya tersenarai sebagai pelajar tidak salah laku mengakui pernah melakukan kes salah laku, tetapi tidak pernah direkodkan. Oleh kerana itu, pihak sekolah tiada sebarang rekod salah laku pelajar-pelajar tersebut. Kesimpulannya, walaupun pelajar-pelajar dikategorikan sebagai pelajar tidak

7 28 salah laku, tetapi sebenarnya mereka pernah terlibat dengan beberapa kesalahan salah laku tanpa pengetahuan pihak sekolah. Selain itu, walaupun terdapat sembilan kategori salah laku tetapi pelajar yang terpilih tidak khusus kepada mana-mana kategori salah laku. Ini bermakna setiap pelajar yang terpilih tidak seragam dan menyeluruh daripada jenis serta jumlah kesalahan yang dilakukan sepanjang sesi persekolahan pada tahun kajian dijalankan. Seterusnya, memandangkan pengkaji telah menetapkan peserta kajian mewakili tiga kaum utama di sekolah, maka pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan kepada seorang pelajar untuk satu kaum yang mewakili pelajarpelajar lelaki dan perempuan yang terlibat dengan kes salah laku dan pelajarpelajar yang tidak terlibat dengan kes salah laku serta mewakili jantina yang berbeza. Penetapan ini menyebabkan terdapat peserta kajian yang mempunyai bilangan kesalahan yang lebih tinggi tidak terpilih sebagai peserta kajian kerana telah ada pelajar yang mewakili kaum yang sama. Pemilihan pelajar yang berdasarkan jumlah kesalahan yang tercatat dalam borang salah laku juga menyebabkan faktor latar belakang peserta kajian seperti faktor sosioekonomi keluarga tidak dapat diambil kira dalam kajian ini. Kajian kualitatif yang menggunakan teknik temu bual sahaja dalam pengutipan data didapati amat mencabar. Pengkaji harus mempunyai kemahiran serta teknik-teknik yang betul bagi mencungkil masalah atau dilema yang dihadapi pelajar. Ini kerana sikap pelajar yang amat berahsia terutama apabila membincangkan masalah sebenar yang dialami dan kebanyakan mereka cuba

8 29 menyembunyikan hal-hal peribadi. Keadaan ini telah menyukarkan pengutipan data pada peringkat awal. Jumlah peserta kajian adalah kecil iaitu seramai 12 orang sahaja. Pemilihan peserta kajian yang kecil ini berkemungkinan menghadkan hasil dapatan kajian dan pelbagai maklumat tambahan tentang masalah dan dilema pelajar. Walaupun terdapat batasan kajian, namun kajian kualitatif dengan menggunakan teknik temu bual ini berjaya memenuhi dan menjawab tujuan kajian, objektif kajian dan persoalan kajian. 1.8 Pentakrifan Istilah Beberapa istilah yang digunakan dan membawa makna yang khusus dalam konteks kajian ini dinyatakan di bawah: 1. Orientasi Moral Orientasi moral merujuk kepada alasan-alasan yang diberikan ke atas tindakan pilihan apabila memberi respons kepada dilema yang terdapat di dalam vignet dilema sebenar. 2. Penaakulan Moral Penaakulan moral merujuk kepada proses pemikiran seseorang individu apabila menentukan tindakan yang betul ketika memberi alasan kepada tindakan yang diambil dalam sesuatu situasi.

9 30 3. Dilema Sebenar Dilema sebenar merujuk kepada masalah atau dilema yang benar-benar dilalui dan dialami oleh peserta kajian semasa pengutipan data dilakukan. Dilema sebenar menyentuh masalah diri peserta yang berkaitan dengan dirinya sendiri, masalah diri peserta dengan keluarganya, masalah diri peserta dengan rakan sebayanya atau masalah diri peserta dengan orang sekeliling. 4. Salah Laku Pelajar Salah laku pelajar merujuk kepada penglibatan pelajar dalam manamana sembilan jenis salah laku yang disenaraikan oleh Kementeriaan Pelajaran Malaysia seperti jenayah, lucah, kekemasan diri, tidak pentingkan masa, kurang sopan dan biadab, tingkah laku musnah, tidak jujur dan menipu, ponteng dan kenakalan. Kesalahan ini dilakukan di sekolah sahaja dan membolehkan tindakan disiplin dikenakan ke atas pelajar-pelajar yang terlibat. 5. Vignet Dilema Sebenar Vignet dilema sebenar merujuk kepada cerita-cerita pendek yang diolah, disusun dan diubah suai daripada masalah dan dilema yang diceritakan oleh peserta-peserta kajian. Vignet dilema sebenar melibatkan satu isu yang memerlukan seseorang membuat penyelesaian masalah dan vignet ini diakhiri dengan suatu situasi di mana seseorang berhadapan dengan dua atau lebih pilihan dalam membuat keputusan.

10 31 6. Pelajar Salah Laku Pelajar salah laku dalam kajian ini merujuk kepada pelajar yang mempunyai rekod kes-kes salah laku yang tinggi di sekolah. Mereka juga telah dikenal pasti pernah digantung persekolahan atas kesalahan salah laku. 7. Pelajar Tidak Salah Laku Pelajar tidak salah laku merupakan pelajar yang telah dikenal pasti oleh pihak sekolah sebagai bebas daripada rekod kes salah laku. Kesalahan salah laku yang diakui pernah dilakukan oleh pelajar tetapi tidak pernah dikenakan sebarang tindakan oleh pihak sekolah, tersenarai sebagai pelajar tidak salah laku. 8. Dilema Kendiri Merujuk kepada masalah atau dilema yang dicari sendiri oleh peserta kajian kerana perasaan rendah diri dengan kelemahan atau kekurangan yang dirasai ada pada diri. 9. Dilema Keluarga Merujuk kepada masalah atau dilema yang dihadapi kerana sikap atau kehendak ahli keluarga yang menimbulkan tekanan kepada peserta kajian.

11 Dilema Rakan Sebaya Merujuk kepada masalah atau dilema yang dihadapi oleh peserta kajian kerana sikap rakan sebaya di sekolah yang tidak menghormati, membuli atau mengambil kesempatan dan ini memberi tekanan kepada peserta kajian. 11. Dilema Dengan Orang Sekeliling Merujuk kepada masalah atau dilema yang dihadapi oleh peserta kajian kerana tertekan dengan sikap beberapa orang di sekeliling seperti kaum keluarga, rakan-rakan, guru-guru atau jiran tetangga.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong kita untuk

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan xix BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Program-program yang melibatkan pembangunan sumber manusia dalam pendidikan dan latihan kemahiran di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia adalah bertujuan melahirkan

Lebih terperinci

BAB LIMA. dan cadangan kajian selanjutnya. Berdasarkan kepada sorotan kajian, penyelidikan tentang penaakulan moral dalam kalangan pelajar telah

BAB LIMA. dan cadangan kajian selanjutnya. Berdasarkan kepada sorotan kajian, penyelidikan tentang penaakulan moral dalam kalangan pelajar telah 288 BAB LIMA RUMUSAN DAN PERBINCANGAN 5.0 Pengenalan Bab ini membentangkan rumusan kajian, perbincangan dapatan kajian, dan cadangan kajian selanjutnya. Berdasarkan kepada sorotan kajian, penyelidikan

Lebih terperinci

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini. 7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Dalam proses melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah mengumpul data seperti ujian pra, pemerhatian, temu bual, analisis dokumen, soal

Lebih terperinci

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DRAF MAC KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT 2013 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT BAHAGIAN

Lebih terperinci

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang menganalisis wacana lisan bahasa Melayu dalam konteks tanya-jawab di bilik darjah.

Lebih terperinci

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010 Cetakan Pertama 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan keluar

Lebih terperinci

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2005 PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA i KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING

Lebih terperinci

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA 2011 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS ASAS PENDIDIKAN MORAL TAHUN

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH Guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai

Lebih terperinci

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA 2012 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS ASAS PENDIDIKAN MORAL TAHUN

Lebih terperinci

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat Soalan berkumpulan. Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.manakala

Lebih terperinci

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia Ahmad Johari Bin Hj Sihes, Abdul Rahim Bin Hamdan, Jamaluddin Bin Ramli dan Nor Salis Bte Samingan

Lebih terperinci

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Abstrak Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca

Lebih terperinci

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH +85$,$168.$7$13(/$-$5$1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 Pusat Perkembangan Kurikulum .%60 KANDUNGAN RUKUN NEGARA FALSAFAH

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

Lebih terperinci

LAPORAN PENYELIDIKAN

LAPORAN PENYELIDIKAN LAPORAN PENYELIDIKAN Kumpulan SE 1 / K6 Nor Afira Binti Ahmad (A150582) Norshahidatul Ashima Binti Rifin (A 149874) Noradibah Binti Ibrahim (A150676) TAJUK KAJIAN: Penggunaan Mobile Learning (M-Learning)

Lebih terperinci

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6 Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH +85$,$168.$7$13(/$-$5$1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6 Pusat Perkembangan Kurikulum +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1.%65 KANDUNGAN

Lebih terperinci

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA SOAL SELIDIK KECERDASAN EMOSI DAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH KRBANGSAAN DI NEGERI SEMBILAN Saya amat

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Berkuat kuasa mulai Januari 2009) Kemas kini 2014 NO. RUJUKAN: KP (BPG) 9561/Jld. 76

Lebih terperinci

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 PENDAHULUAN Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis statistik deskriptif dan inferensi

Lebih terperinci

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Perkembangan Sosial-Emosi Perkembangan sosial merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Menurut kamus Advanced

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

Lebih terperinci

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali Kepentingan guru adalah diutamakan lebih daripada profesion Profesion ini

Lebih terperinci

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI 10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok

Lebih terperinci

KUR. MATEMATIK SEK. RENDAH PERBANDINGAN KBSR & KSSR

KUR. MATEMATIK SEK. RENDAH PERBANDINGAN KBSR & KSSR KUR. MATEMATIK SEK. RENDAH PERBANDINGAN KBSR & KSSR Hasil Pembelajaran Menghayati falsafah Matematik KBSR & mengenal pasti perubahan dalam KBSR sejak dilaksanakan Menghayati falsafah dan penekanan baru

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN MATLAMAT Komponen ini bertujuan untuk memberi penekanan dalam mengurangkan masalah

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran MATEMATIK 2001 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran MATEMATIK 2001 PUSAT

Lebih terperinci

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (LMCK 1621 SET 8 ETIKA DAN PROFESIONAL) SEMESTER 1 SESI 2016/2017 (TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) PENSYARAH : DR. MARINA BINTI ZAHARI NAMA

Lebih terperinci

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014 PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014 Disediakan oleh: Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia 1.0 TAJUK PERTANDINGAN PROJEK INOVASI

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi

Lebih terperinci

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak BESAR dan kecil Oleh Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, 94700 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini saya jalankan apabila saya mendapati Joji, seorang murid tahun 5 menghadapi masalah menulis huruf

Lebih terperinci

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4 Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH +85$,$168.$7$13(/$-$5$1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4 Pusat Perkembangan Kurikulum +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1.%65 KANDUNGAN

Lebih terperinci

MITOS & FAKTA KAUNSELING

MITOS & FAKTA KAUNSELING MITOS 1: Kaunseling hanya untuk mereka yang gagal dan mempunyai masalah emosi yang serius. FAKTA 1: Sesi Kaunseling kebiasaannya disertai oleh individu yang mempunyai masalah yang biasanya kita hadapi

Lebih terperinci

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005 MUKADIMAH POKET SAMPAH Oleh Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar Sek. Keb. Lubok Antu, Jalan Temenggong Simpi, 95900 Lubok Antu, Sri Aman Abstrak Kertas ini membicarakan mengenai satu projek kajian tindakan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan penting dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan penentu kepada budaya dan pembangunan

Lebih terperinci

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program : PENGAKUAN Saya mengakui kertas kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali bahan-bahan luar digunakan, setiap satu daripadanya telah saya jelaskan sumbernya. UMMCCed tidak akan menanggung segala

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah menyarankan agar Malaysia dapat mencapai taraf negara maju yang berasaskan perindustrian menjelang abad ke-21 dan hasrat

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 MATLAMAT KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Pendidikan Sivik dan

Lebih terperinci

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN CATATAN ANALISIS KANDUNGAN LAMPIRAN C Butiran Dokumen KERJA PROJEK SEJARAH KST TAHUN 2006 NAMA PELAJAR : P1 TAJUK : PERISTIWA 13 MEI BILANGAN : 1 Catatan Analisis Kandungan Soalan/ Komen Semakan secara

Lebih terperinci

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat.

Lebih terperinci

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah KKD 2063 Pembangunan Sahsiah Teori Kognitif : Teori Pilihan Dan Terapi Realiti Pengenalan Teori Kognitif adalah teori yang berpusatkan kepada pemikiran manusia. Terdapat banyak teori-teori yang dikategorikan

Lebih terperinci

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI : SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI : MASALAH PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS SMK TUN TUAH DARIPADA : TAN SENG

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini. Metodologi kajian dalam buku komik Doraemon adalah berdasarkan kaedah kualitatif

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN 1. KONSEP Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat

Lebih terperinci

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut. BAB LIMA PENUTUP 5.1 Pendahuluan Bab ini menghuraikan rumusan tentang penemuan kajian dan cadangan-cadangan ke arah menjadikan Kursus Pendidikan Islam mempengaruhi terhadap cara hidup pelajar dalam semua

Lebih terperinci

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak 39 Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit Melati Hallel melati_hallel@moe.edu.sg Noor Aisyah Buang noor_aisya_buang@moe.edu.sg Sekolah Rendah Si Ling Abstrak Dua isu

Lebih terperinci

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN Pendahuluan Modul ini merupakan asas kepada kerja buat setiap individu dalam organisasi yang ingin memastikan hasil kerja yang dilakukannya berimpak besar.

Lebih terperinci

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 513 Prinsip & Amalan Komunikasi dari Perspektif Islam Isu-Isu Etika dalam Kaunseling (Minggu 3) Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies

Lebih terperinci

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Soalan 1 : Adakah teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran sifir darab 2 hingga 5? Hasil dapatan kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan markah

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Secara realitinya, telah banyak inovasi diperkenalkan memandangkan ledakan teknologi yang semakin pesat dalam dunia pendidikan pada masa kini. Hal ini sekaligus telah memberikan

Lebih terperinci

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL Semester I 2016-2017 TUGASAN INDIVIDU NAMA : QHAIRUN IZZATY BINTI AZIZ NO MATRIK : A149099 SET KURSUS : 6 1. Apakah perbezaan antara adab dan etika? Adab adalah suatu istilah

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Bab ini membincangkan prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji menggunakan dua kaedah dalam penyelidikan ini. Dua kaedah utama yang digunakan oleh pengkaji

Lebih terperinci

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN 3.0 PENDAHULUAN Bab ini akan membincangkan kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis penggunaan kohesi dalam karangan bahasa Tamil Tingkatan 3. Aspek-aspek

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN MORAL 2000 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN 5.1 Pengenalan Hasil daripada kajian strategi membaca teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar ini, pengkaji akan mengemukakan cadangan dan saranan dalam dua bentuk yang berbeza,

Lebih terperinci

UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL

UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL COPYRIGHT 2008 PROCTER & GAMBLE CINCINNATI, OH 45202 U.S.A. AMARAN: Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian risalah ini boleh diterbitkan semula dalam apa jua bentuk atau

Lebih terperinci

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan 8 BAB 1 Matlamat dan Komponen Rancangan Pendidikan Guru PPIP 1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia pada ketika ini sedang menawarkan

Lebih terperinci

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN DUA 2011 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS ASAS PENDIDIKAN KESIHATAN

Lebih terperinci

BAB EMPAT PANDANGAN TERHADAP MASALAH MORAL DAN ORIENTASI MORAL PESERTA KAJIAN. Bab ini membincangkan pandangan peserta kajian tentang masalah

BAB EMPAT PANDANGAN TERHADAP MASALAH MORAL DAN ORIENTASI MORAL PESERTA KAJIAN. Bab ini membincangkan pandangan peserta kajian tentang masalah 97 BAB EMPAT PANDANGAN TERHADAP MASALAH MORAL DAN ORIENTASI MORAL PESERTA KAJIAN 4.0 Pengenalan Bab ini membincangkan pandangan peserta kajian tentang masalah moral serta orientasi moral mereka. Perbincangan

Lebih terperinci

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5 Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH +85$,$168.$7$13(/$-$5$1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5 Pusat Perkembangan Kurikulum +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1.%65 KANDUNGAN

Lebih terperinci

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN Rohayu Zulkapli (rohayu@jrv.ptss.edu.my) Mazidah Mohamed Hashim (mazidah@jrv.ptss.edu.my) Siti Sullia

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS) MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS) HAISA BINTI OSMAN 1 & MOHD NOOR BIN HASHIM 2 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 MATLAMAT KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Lebih terperinci

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM 1 2016/2017 SET 4 LAPORAN AKHIR KEMPEN KESEDARAN PELAJAR TENTANG BAHAN KIMIA BERBAHAYA DALAM ALAT KOSMETIK KUMPULAN 7 PENSYARAH DR SAKHINAH BINTI

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENDAHULUAN Bab ini akan membincangkan proses yang perlu diselaraskan dan langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data mentah untuk kajian ini. Langkah-langkah

Lebih terperinci

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA NAJMAH BINTI NAWAWI MOHD. NUSI BIN ABD. RAHMAN NOOR SHAFEEZA BINTI ZAINUDDIN NUR SYAZWANI BINTI ZAINUL ABIDIN RINGKASAN EKSEKUTIF Penyelidikan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan 17 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sejarah perkembangan penyeliaan di Malaysia bermula hasil Laporan Pelajaran Tinggi di Malaya (1939), Laporan Bornes (1951) dan Laporan Razak (1956) yang menyarankan

Lebih terperinci

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 Konsep Pengalaman Berasaskan (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Pelaksanaan PBS dapat

Lebih terperinci

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN TAHUN 1 PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

Lebih terperinci

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU DR.MADZNIYAH BT. MD. JAAFAR JABATAN R&I/ ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU Isu-isu Etika Guru Maksud

Lebih terperinci

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH +85$,$168.$7$13(/$-$5$1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 Pusat Perkembangan Kurikulum +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1.%60 KANDUNGAN

Lebih terperinci

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus Baharin Mesir 1, Jamaludin Mohd Yatim 1, Azmahani Abd Aziz 1, Mohd Hidayat Jamal 1, dan Muzaffar Zainal Abideen 1 1 Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti

Lebih terperinci

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai

Lebih terperinci

MANUAL PELAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MANUAL PELAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING MANUAL PELAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MANUAL LPBK 2 KANDUNGAN BAHAGIAN 1 : MANUAL PENGISIAN PELAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN

Lebih terperinci

ARAHAN: ( )

ARAHAN: ( ) OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) Kod Dokumen : OPR/HEPA/BR25/SPP BORANG SOAL SELIDIK AKTIVITI PELAJAR ARAHAN: BERIKUT DISENARAIKAN PERNYATAAN

Lebih terperinci

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA TAJUK 6 Latar Belakang FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibentuk berdasarkan ideologi dan falsafah yang termaktub dalam Laporan Pendidikan dan Akta Pendidikan,

Lebih terperinci

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Tanah merupakan salah satu sumber yang terhad penawarannya. Akan tetapi permintaan terhadap penggunaannya adalah terlalu tinggi. Hal ini dapat dilihat di dalam sektor pembangunan

Lebih terperinci

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI Ahmad Johari Bin Hj Sihes, Abdul Rahin Bin Hamdan, Jamaluddin Bin Ramli & Norazwa Binti Yeop Kamarudin Universiti Teknologi

Lebih terperinci

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN) DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Lebih terperinci

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Huraian tentang latar belakang / konteks hendaklah memberikan maklumat berkaitan senario kajian Ciri-ciri sekolah iaitu latar belakang

Lebih terperinci

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 Konsep Pengalaman Berasaskan (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Pelaksanaan PBS dapat memberi

Lebih terperinci

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 1.0 PENGENALAN 1.1 Dasar Pembelajaran dan Pengajaran ini disediakan sebagai panduan kepada Fakulti/Pusat Pengajian yang menawarkan

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN 2001 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Lebih terperinci

Model Pengurusan Strategik

Model Pengurusan Strategik Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Industri pembinaan hari ini terdedah kepada cabaran dari dalam dan luar industri yang membawa kepada keperluan pengurusan dan pengawalan risiko pembinaan. Salah satu kaedah

Lebih terperinci

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis TAJUK 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES 5.1. Sinopsis Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi empat peringkat. disebabkan penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic)

Lebih terperinci

BORANG SOAL SELIDIK (A) (untuk diisi oleh guru) Sila tandakan ( ) pada pilihan yang anda pilih dan isikan tempat kosong dalam ruangan yang disediakan.

BORANG SOAL SELIDIK (A) (untuk diisi oleh guru) Sila tandakan ( ) pada pilihan yang anda pilih dan isikan tempat kosong dalam ruangan yang disediakan. BORANG SOAL SELIDIK (A) (untuk diisi oleh guru) SALAM PENGHARGAAN Assalamualaikum wr. wb. Anda amat bertuah kerana terpilih dalam penyelidikan ini. Segala maklumat yang diberi adalah dirahsiakan kerana

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi BAB I PENGENALAN 1.0 Latar Belakang Kajian Bahasa adalah satu alat komunikasi penting yang memainkan peranan besar dalam kehidupan manusia. Bahasa juga merupakan alat untuk menyampaikan buah fikiran, idea,

Lebih terperinci

DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN MODUL TERAS ASAS

Lebih terperinci

KANDUNGAN KBSM HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PENDIDI KA N MORAL. RUKUN NEGARA ii. BIDANG PEMBELAJARAN 3 : Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar

KANDUNGAN KBSM HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PENDIDI KA N MORAL. RUKUN NEGARA ii. BIDANG PEMBELAJARAN 3 : Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar KANDUNGAN RUKUN NEGARA ii FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN iii KATA PENGANTAR iv PENDAHULUAN 1 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 3 BIDANG PEMBELAJARAN 3 : Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar BIDANG PEMBELAJARAN

Lebih terperinci

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH .0 PENGENALAN Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab dan persatuan dan; Murid

Lebih terperinci

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO Oleh: Aida Ibrahim Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah 86000 Kluang, Johor ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu cabang kejuruteraan yang mengalami perkembangan yang pesat. Walaupun masih wujud jurang yang ketara jika dibandingkan dengan industri

Lebih terperinci

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN TIGA 2015

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN TIGA 2015 RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN TIGA 2015 1 RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 2015 MINGGU TEMA/UNIT/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

Lebih terperinci

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT) MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT) Oleh: Nor Salhana Mohd Arshad Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam 06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan

Lebih terperinci