Panggilan Sedunia untuk Bertindak ke atas Hak Tanah Orang Asal dan Masyarakat. Persoalan Dasar

dokumen-dokumen yang mirip
Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Institusi- institusi Hak Asasi Manusia

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

MANIFESTO PRU 14 CAMERON HIGHLANDS

Tatakelakuan. SCA Tatakelakuan 1

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)

ANUGERAH HAK ASASI MANUSIA 2016 ANJURAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

WWF-MALAYSIA SKIM USAHASAMA KONSERVASI

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

PEMATUHAN DENGAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN

Bahagian Tiga. Mempengaruhi Ekosistem Pelaporan Kewangan Dan Memanfaatkan Sokongan Pihak Berkepentingan

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

NO. SOALAN: 26 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN DARIPADA TUAN NGA KOR MING TARIKH 3 APRIL 2017 RUJUKAN 9691

INDEKS & PENEMUAN TADBIR URUS KORPORAT MSWG -ASEAN 2014 UNTUK MALAYSIA PENGIKTIRAFAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

VISI CETAK BIRU ASEAN DEMOKRASI, PILIHANRAYA BEBAS DAN ADIL

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

Kod pengendalian perniagaan

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Usaha Sama Inisiatif SPOTS. Menjamin Kemampanan Minyak Sawit dan Kebolehkesanan dengan Pekebun Kecil di Sabah

LONPAC INSURANCE BHD Tinjauan Insurans Euromoney 2010 Syarikat Insurans Ketiga Terbaik Keseluruhan Mengikut Rantau - Asia

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

KETETAPAN 1325 MAJLIS KESELAMATAN PBB MENGENAI WANITA, KEAMANAN DAN KESELAMATAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Koperasi Pengangkutan

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]

PERISYTIHARAN DAN PROGRAM TINDAKAN AMMAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Prinsip Pembangunan Komuniti

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR) PENGENALAN MENGENAI PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR)

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Tatakelakuan. Pembekal

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

TOPIC 2 STAKEHOLDER RELATIONSHIPS (HUBUNGAN BERKEPENTINGAN)

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

untuk mengukuhkan mata wang ringgit daripada terus merosot dan berapakah jumlah negara yang tidak menerima matawang ringgit dalam urus niaga.

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

بسم هللا الرحمن الرحيم

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

DASAR HARTA INTELEK RAKAN SEKUTU UKM (TAMBAHAN)

Penubuhan Persatuan Penduduk Kampung

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

BAB 7 KESIMPULAN. Kajian ini bertujuan melihat perbandingan implementasi intervensi sosial melalui

Regulasi pembiayaan politik ke arah iklim politik yang lebih adil dan telus

Tata Kelakuan Panasonic

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

Model Pengurusan Strategik

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH ( CAWANGAN PULAU PINANG ) MODUL PENILAIAN S.P.M 2011 PENDIDIKAN MORAL. Dua jam tiga puluh minit

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

Kod Tatakelakuan Jula AB

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

TERMA RUJUKAN PENTADBIR AKADEMIK FAKULTI

3.0 ARAH PEMBANGUNAN STRATEGIK

POLISI PENGURUSAN TENAGA UMT

KANDUNGAN II. KE ARAH 2020: LIMA BELAS TAHUN PERTAMA, Modal Insan: Pendidikan, Inovasi dan Nilai 7. Kesaksamaan Sosioekonomi 10

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI

Tatalaku. Versi ringkas. The global leader in door opening solutions

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

Transkripsi:

1

Panggilan Sedunia untuk Bertindak ke atas Hak Tanah Orang Asal dan Masyarakat Persoalan Dasar 2016-2020

MATLAMAT kami untuk memperkukuhkan kesemua hak tanah Orang Asal dan masyarakat di mana-mana saja. Kami tahu ini merupakan sebuah tugas yang mencabar. Sasaran pertama sehingga tahun 2020 ialah untuk menambah dua kali ganda kawasan tanah yang diiktiraf secara sah menjadi milik atau dikuasai oleh Orang Asal dan masyarakat tempatan. Mendapatkan hak-hak ini merupakan titik pusat untuk kita membina dunia yang adil dan saksama. Dari kesihatan ke pendidikan, penyertaan untuk keamanan, pembangunan ke kepelbagaian budaya, hak tanah Orang Asal dan masyarakat. Kehidupan di Bumi ini sebagaimana yang kita tahu bergantung kepada pengiktirafan Orang Asal dan masyarakat tempatan sebagai penjaga dunia ini. Kita amat terhutang budi ke atas sumbangan mereka dari dulu sehingga sekarang. Kepada kerajaan-kerajaan, pihak swasta, institusiinstitusi kebangsaan dan antarabangsa, dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil yang menyokong hak tanah Orang Asal dan masyarakat, kami memuji usaha anda semua dan kami berharap anda juga turut serta dengan kami di dalam perjalanan ini. 3 Kenapa kita perlu sebuah panggilan sedunia untuk bertindak? Untuk membasmi kemiskinan dan kelaparan. Seramai 2.5 bilion orang, termasuk 370 juta Orang Asal, bergantung kepada tanah dan sumber-sumber asli yang dipegang, diguna dan diusahakan secara kolektif atau bersama. Hak-hak mereka terhadap sumber-sumber tersebut kini terancam, dengan hanya dianggarkan 1/5 daripada jumlah kawasan tanah tersebut telah diiktiraf secara rasmi menjadi milik mereka, di mana yang lainnya dikuasai oleh pihak-pihak yang lebih berkuasa. Ini bermakna 1/3 daripada jumlah populasi dunia terdedah kepada kemiskinan dan kelaparan. Jika dilihat dengan lebih meluas, masyarakat yang tidak mempunyai hak tanah yang terjamin mempunyai peluang yang kecil untuk menikmati kemakmuran dan mencapai pembangunan yang mampan. Untuk melindungi alam sekitar dan melawan perubahan iklim. Hutan rimba, banjaran-banjaran, gunung-ganang, tanah paya, dan tasik-tasik yang dilindung sebagai sumber-sumber kolektif oleh Orang Asal dan masyarakat tempatan merupakan titik hotspot kepelbagaian biologi yang mengawal pengaliran air, mengasingkan karbon dan mengekalkan keseimbangan ekologi planet kita. Oleh kerana kita semua mendapat faedah, maka kita semua harus melindungi dan memperkasakan orangorang tersebut dan institusi-institusi adat yang telah memelihara ekosistem tersebut sejak berzaman.

Untuk membina sebuah dunia yand adil di mana kesemua hak asasi manusia kita dilindungi. Hak-hak kolektif ke atas tanah adalah syarat yang penting bagi Orang Asal dan masyarakat tempatan untuk menikmati hak asasi manusia, dan mempertahankan kepelbagaian budaya mereka. Realitinya pula, dengan hanya bersuara untuk mempertahankan hak-hak ke atas tanah dan alam sekitar maka mereka terdedah kepada ancaman dipaksa keluar dari rumah, diugut ataupun dibunuh. Kami membayangkan sebuah dunia di mana kesemua lelaki dan wanita, masyarakat dan komuniti mempunyai hak untuk menentukan dengan diri sendiri hala tuju kehidupan mereka tanpa rasa takut atau diugut. Kenapa Sekarang? Tiada pengiktirafan hak-hak kolektif Orang Asal dan masyarakat tempatan ke atas tanah dan sumbersumber asli yang semakin meluas dan berterusan telah menjadi sebuah krisis global, mencetuskan konflik sosial justeru melemahkan usaha untuk membenteras kemiskinan, kelaparan dan perubahan iklim. Matlamat-Matlamat Pembangunan Mampan terbaru memasukkan komitmen yang kuat untuk membasmi kemiskinan, memastikan kesemua lelaki dan wanita, terutamanya yang miskin dan terdedah, mempunyai hak yang sama untuk memiliki dan menguasai tanah tibanya tahun 2030. Ini termasuk juga Orang Asal dan masyarakat tempatan yang menikmati hak-hak kolektif. 4 Kenapa kami meminta? Untuk mencapai Matlamat kami, kami akan berkempen untuk mengerakkan Orang Asal dan masyarakat tempatan, kerajaan-kerajaan, pertubuhan-pertubuhan antara kerajaan, sektor koporat dan sektor swasta yang lain, masyarakat sivil, pergerakan masyarakat, dan warganegarawarganegara seluruh dunia di mana kempen sebegini belum pernah dilakukan. Semua : Dengan menyokong Panggilan Sedunia untuk Bertindak dan memahami bahawa untuk membasmi kemiskinan dan kelaparan adalah penting untuk mengiktiraf hak tanah Orang Asal dan masyarakat; menjaga alam sekitar dan melawan perubahan iklim; dan membina sebuah dunia yand adil di mana kesemua hak asasi manusia dilindungi. 1) Kesemua Kerajaan: Menjamin hak-hak kolektif Orang Asal dan masyarakat tempatan Mengiktiraf data dan peta-peta yang dikeluarkan oleh system-sistem pengawasan berdasarkan masyarakat. Melaksanakan Deklarasi PBB berkenaan Hak- Hak Orang Asal dan meratifikasi dan laksanakan Konvensyen ILO No. 169. Melaksanakan Deklarasi PBB berkenaan Pembela Hak Asasi Manusia dan memastikan semua orang

boleh bersuara tanpa rasa takut atau diugut. Melaksanakan Panduan Sukarela PBB berkenaan Tadbir Urus yang Bertanggungjawab ke atas Pemegangan Tanah, Perikanan dan Hutan. Mengisytiharkan toleransi sifar terhadap perampasan tanah,* termasuk melalui penghormatan hak asasi manusia dan mendapatkan Izin-Maklumam Awal, Bebas dan Telus dari Orang Asal dan masyarakat tempatan, melibatkan ketua-ketua tradisi, lelaki, wanita dan belia. Memastikan pelabur-pelabur swasta dan korporat yang beroperasi atau mendapatkan barang-barang dan perkhidmatan di peringkat kebangsaan dan/atau luar negara bertanggungjawab ke atas kewajipan hak asasi manusia mereka. Memasukkan perlindungan Hak Tanah Orang Asal dan Masyarakat terutamanya untuk masyarakat yang bergantung hidup kepada hutan, pengeluar makanan berskala kecil, para nelayan, dan gembalagembala yang bergerak sebagai sebuah tonggak untuk strategi-strategi pembangunan mampan kebangsaan termasuklah yang berkaitan dengan perubahan iklim, pertanian, pemuliharaan alam sekitar, tenaga, perlancongan, pembangunan ekonomi dan perdagangan. Memastikan hak Orang Asal dan masyarakat tempatan untuk memelihara perkerjaan tradisi dan cara kehidupan mereka dikekalkan, dan pengagihan manfaat secara adil daripada penggunaan tanah, sumber-sumber asli dan perkhidmatan ekosistem mereka. (Untuk negara-negara penderma) Memberi bantuan pembangunan antarabangsa yang mencukupi dan tepat kepada sasarannya untuk menyokong perlindungan hak ke atas tanah Orang Asal dan masyarakat tempatan di serata tempat, dan untuk tidak memudaratkan mereka melalui dasar-dasar yang lain. 2) Kesemua Parlimen-Parlimen : Bersuara bagi pihak warganegara mereka untuk menjamin hak kolektif Orang Asal dan masyarakat tempatan ke atas tanah. Menyelaraskan kesemua undang-undang yang berkaitan dengan hak tanah Orang Asal dan masyarakat tempatan, supaya memastikan jaminan pegangan, dan hak untuk mereka menentukan dengan diri sendiri bagaimana tanah tersebut akan diurus. Memperbaiki undang-undang kebangsaan dan memperuntukkan bajet yang mencukupi untuk menjamin hak tanah Orang Asal dan masyarakat. 3) Kesemua Institusi-Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan, Serantau dan Antarabangsa: Mengawasi dan menggalakkan pengiktirafan undang-undang terhadap hak tanah Orang Asal dan masyarakat serta kebebasan bersuara untuk pembela hak asasi manusia, selari dengan undang-undang hak asasi manusia kebangsaan dan antarabangsa. 5

4) Kesemua badan-badan korporat, dan institusi-institusi kewangan kebangsaan dan antarabangsa, termasuk bank-bank, dana ekuiti swasta dan pencen: Mengiktiraf dan melindungi hak tanah Orang Asal dan masyarakat melalui operasi mereka, termasuk pengantara kewangan. Mematuhi prinsip toleransi sifar berkenaan dengan perampasan tanah, termasuk menghormati hak asasi manusia dan Izin- Makluman Awal, Bebas dan Telus (Izin-MABT) Orang Asal dan masyarakat tempatan, termasuk pemimpin tradisi, lelaki, wanita dan belia. Melaksanakan usaha gender-responsif yang wajar terhadap hak asasi manusia, termasuk melaksanakan Prinsip-Prinsip Panduan PBB berkenaan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia. Melaksana dan mematuhi Panduan Sukarela berkenaan dengan Tadbir Urus yang Bertanggunjawab terhadap pegangan merentasi rangkaian nilai kebangsaan dan antarabangsa mereka. Perlunya membangun dan melaksanakan dasardasar (dan menubuhkan mekanisma aduan) supaya boleh mengelak, mengurang dan memperbetulkan mana-mana kesan secara langsung atau tidak langsung ke atas tanah dan sumber-sumber asli Orang Asal dan masyarakat tempatan. Memastikan komitmen, ketelusan dan akauntabiliti yang jelas di dalam mana-mana operasi dan pelaburan yang mungkin akan memberi kesan kepada tanah atau kehidupan Orang Asal dan masyarakat tempatan. 5) Majlis Hak Asasi Manusia PBB: Meluluskan sebuah resolusi terhadap ancamanancaman yang dihadapi oleh pembela tanah dan alam sekitar. Menggalakan pemantauan berkala ke atas hak tanah Negara-Negara Ahli. 6) Forum Politik Peringkat Tertinggi PBB: Menerima pakai sekurang-kurangnya satu petunjuk yang mengukur kemajuan hak tanah Orang Asal dan masyarakat, di dalam konteks Agenda 2030. Melaksanakan sebuah rujukan bertema global berkenaan hak tanah yang merangkumi kesemua Matlamat Pembangunan Mampan, termasuk melalui penilaian kawasan tanah yang diiktiraf dimiliki atau dikuasai secara sah oleh Orang Asal dan masyarakat tempatan. Membuat komitmen yang jelas untuk membangun hak-hak kolektif ke atas tanah oleh Orang Asal dan masyarakat tempatan di dalam konteks Matlamat Pembangunan Mampan. 7) Kesemua Orang Asal dan masyarakat tempatan membuat komitmen untuk: Memperkuatkan institusi-institusi, keupayaan dan pergerakan mereka untuk menjamin dan melindungi hak tanah mereka. Menegas dan melaksanakan hak untuk mendapatkan izin-makluman awal, bebas dan telus, yang melibatkan pemimpin-pemimpin tradisi, lelaki, wanita dan belia, berkenaan dengan hal-hal yang berkaitan dengan tanah, wilayah dan sumber- 6

sumber. Memperakui penyertaan saksama wanita di dalam perlindungan dan penikmatan hak ke atas tanah, wilayah dan sumber-sumber. Mengerak dan membina pakatan untuk menangani ancaman-ancaman terhadap tanah, wilayah dan sumber-sumber Orang Asal dan masyarakat tempatan. Melindungi dan mengalakkan pengetahuan tradisi dan amalan adat dan pengurusan sumber-sumber secara mampan. Melaksanakan pemetaan komuniti partisipatif yang peka-jantina dan pemantauan berdasarkan masyarakat terhadap pegangan dan penggunaan tanah dan pembangunan yang ditentukan sendiri. Memulih dan memperkasakan urus tadbir dan institusi-institusi, budaya dan bahasa Orang Asal yang juga peka-jantina. 8) Kesemua badan masyarakat sivil kebangsaan dan antarabangsa membuat komitmen untuk: Menyokong Orang Asal dan masyarakat tempatan di dalam perjuangan mereka untuk menjamin hak tanah, dan merealisasikan komitmen yang disebut di atas. Mengerakkan pihak-pihak lain (cth. media, akademik dan pihak yang bekerja dengan undang-undang, pendana) untuk menyokong kempen-kempen dan program-program hak tanah. Menyelaras dan menyatukan usaha-usaha advokasi merentasi arena-arena dasar untuk menjamin pengiktirafan secara sah hak-hak tanah kolektif Orang Asal dan masyarakat tempatan. Mencari peluang-peluang strategik untuk membangun hak tanah Orang Asal dan masyarakat melalui proses-proses peka-jantina yang sah dan pembaharuan dasar. Nota *Perampasan tanah ialah mana-mana pengambilalihan atau penyerahan yang merupakan satu atau lebih seperti berikut: (i) Melanggar hak asasi manusia, terutamanya hak saksama wanita; (ii) Tidak berdasarkan prinsip mendapatkan izin-makluman awal, bebas dan telus orang-orang yang menggunakan tanah tersebut; (iii) Tidak berdasarkan penilaian yang teliti, atau tidak memperdulikan kesankesan sosial, ekonomi dan alam sekitar, termasuk jika ia peka-jantina; (iv) Tidak berdasarkan kontrak-kontrak yang telus yang menyatakan komitmen-komitmen yang jelas dan harus dipatuhi berkenaan dengan aktiviti-aktiviti, pekerjaan dan perkongsian manfaat, dan; (v) Tidak berdasarkan perancangan demokratik yang berkesan, pengawasan bebas dan penyertaan yang bermakna. Definisi perampasan tanah tersebut telah dipersetujui oleh 116 Ahli Gabungan Tanah Antarabangsa pada tahun 2011 di dalam Deklarasi Tirana. **Kumpulan Pemandu Tindakan Panggilan Sedunia telah mengenal pasti dasar-dasar permintaan ini untuk memajukan Hak Tanah Orang Asal dan Masyarakat, dengan kefahaman bahawa pertubuhanpertubuhan dan individu-individu yang menyokong akan memikul komitmen-komitmen tersebut selari dengan kerja-kerja mereka sendiri. 7

Lebih 553 buah organisasi seluruh dunia telah mendaftar untuk mengikuti panggilan global ini - Anda boleh mendaftar di laman web www.landrightsnow.org Terjemahan: Mark Bujang, Gambar oleh: Dico (FPP)