BAB LIMA. dan cadangan kajian selanjutnya. Berdasarkan kepada sorotan kajian, penyelidikan tentang penaakulan moral dalam kalangan pelajar telah

dokumen-dokumen yang mirip
Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB EMPAT PANDANGAN TERHADAP MASALAH MORAL DAN ORIENTASI MORAL PESERTA KAJIAN. Bab ini membincangkan pandangan peserta kajian tentang masalah

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Model Pengurusan Strategik

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

LAPORAN PENYELIDIKAN

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

PENDIDIKAN KESIHATAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

ARAHAN: ( )

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Konsep Kurikulum: Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Panduan Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Taklimat untuk Guru BM

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

PENDIDIKAN KESIHATAN

Pengenalan kepada Kaunseling

KONSEP KENDIRI (Part 5)

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Transkripsi:

288 BAB LIMA RUMUSAN DAN PERBINCANGAN 5.0 Pengenalan Bab ini membentangkan rumusan kajian, perbincangan dapatan kajian, dan cadangan kajian selanjutnya. Berdasarkan kepada sorotan kajian, penyelidikan tentang penaakulan moral dalam kalangan pelajar telah menunjukkan perubahan dari segi tumpuan penyelidikan. Pada peringkat awal, penumpuan kajian lebih kepada aspek peringkat penaakulan moral pelajar, bagaimanapun kebelakangan ini, penumpuan turut diberi kepada aspek orientasi moral pelajar. Kajian ini secara khususnya bertujuan untuk menentukan orientasi moral dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Selain tujuan tersebut, kajian ini juga meneliti sebarang persamaan atau perbezaan jenis orientasi moral yang wujud antara pelajar salah laku dan tidak salah laku dari kedua-dua jantina. Secara ringkasnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis orientasi moral pelajar dengan menggunakan Teori Penakulan Moral Kohlberg. Teori ini menekankan sifat kesejagatan dengan menjelaskan bahawa prinsip keadilan mendasari penaakulan moral individu tanpa mengira jantina. Bagaimanapun, isu kesejagatan yang dititikberatkan oleh teori ini adalah berlandaskan vignet dilema klasik sebagai instrumen kajian, dan ini telah dikritik oleh sebilangan pengkaji yang memperoleh dapatan berbeza setelah menggunakan vignet dilema sebenar (Gilligan, 1982).

289 Secara khususnya, tiga soalan kajian telah dibentuk untuk mencapai tujuan kajian ini. Pertama, apakah pandangan peserta kajian tentang masalah moral?. Soalan ini dikemukakan untuk mendapatkan respons peserta tentang makna masalah moral menurut pemahaman mereka. Soalan kajian kedua pula bertujuan untuk mengenal pasti orientasi moral peserta kajian apabila memberi respons kepada vignet dilema sebenar yang terdiri daripada Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, dan Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir. Soalan ini dikemukakan untuk mengenal pasti jenis-jenis orientasi moral yang digunakan oleh peserta. Seterusnya soalan kajian yang ketiga akan membandingkan orientasi moral antara peserta. Respons yang diberi kepada soalan ini akan menunjukkan sejauhmana kesejagatan teori seperti yang dikemukakan oleh Kohlberg (1963) diterima oleh kajian ini. Seramai 12 orang peserta kajian daripada tiga buah sekolah telah dipilih bagi menjawab vignet dilema sebenar. Untuk mendapatkan data yang dapat menjawab kesemua soalan kajian, kaedah kualitatif dengan teknik temu bual telah dijalankan. Dua peringkat temu bual telah dilakukan, dengan temu bual peringkat pertama bertujuan mendapatkan latar belakang peserta, masalah serta dilema yang sedang dialami oleh mereka. Manakala temu bual peringkat kedua adalah berdasarkan empat vignet dilema sebenar bagi tujuan mengenal pasti orientasi moral peserta kajian. Kaedah penganalisisan data pula, didasarkan pada teknik yang disyorkan oleh Miles dan Huberman (1984). Bab

290 akhir ini akan merumus dan membincangkan dapatan kajian yang akan membawa kepada implikasi kajian serta cadangan kajian lanjutan. 5.1 Rumusan dan Perbincangan Dapatan Kajian Kajian ini merumuskan dan membincangkan beberapa dapatan penting berdasarkan tiga soalan kajian yang telah dibina. Rumusan dan perbincangan dapatan kajian meliputi perbincangan mengenai pandangan peserta kajian terhadap masalah moral, orientasi moral peserta kajian serta persamaan dan perbezaan antara peserta tidak salah laku dan peserta salah laku bagi kedua jantina. 5.1.1 Masalah Moral daripada Perspektif Pelajar Pendidikan secara jelas telah mentakrifkan konsep akhlak secara komprehensif supaya aspek pemikiran, perasaan dan tingkah laku dititikberatkan. Usaha ini telah dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral secara khususnya dan mata pelajaran lain secara amnya. Pendidikan Moral dilihat sebagai mata pelajaran yang mampu membantu dan melahirkan pelajar yang tahu apa yang baik, menginginkan yang baik serta melakukan yang baik. Amalan pendidikan pada ketika ini tidak berfokus hanya pada domain intelek sebaliknya domain penting dalam pembentukan akhlak iaitu emosi juga ditingkatkan. Domain emosi dilihat sebagai aspek yang sangat penting kerana peranannya menghubungkan pertimbangan dan tindakan yang bakal dilakukan.

291 Pelajar tahu bahawa apa yang mereka lakukan itu baik dari segi intelek ataupun emosi tetapi kadang kala mereka masih gagal menterjemahkan pertimbangan dan perasaan moral itu ke dalam amalan moral. Bertitik tolak daripada isu yang disebut ini, pada dasarnya soalan kajian pertama membantu kita mengetahui pandangan serta makna yang difahami oleh peserta mengenai masalah moral. Sejajar dengan itu, tahap pemahaman mereka mengenai isu masalah moral juga dapat diketengahkan. Seiring dengan itu, terdapat kajian yang telah membuktikan bahawa pandangan pelajar terhadap sesuatu isu sering berbeza antara satu sama lain dengan merujuk kepada perkembangan moral serta kematangan berfikir mereka (Warr & Stafford, 2007). Pandangan ini juga dipersetujui oleh sarjana tenpatan yang menjelaskan pelajar tidak salah laku sering kali dilihat mampu mengulas dan menghurai sesuatu isu di peringkat sintesis berbanding pelajar salah laku yang hanya mampu menjelaskan sesuatu isu di peringkat pengetahuan dan pemahaman sahaja (Habibah & Noran Fauziah, 2006). Bagaimanapun, dapatan kajian ini secara keseluruhannya, menunjukkan pandangan peserta terhadap masalah moral adalah terlalu umum dan tidak dijelaskan dengan kritis dan terperinci. Ianya dapat dilihat dengan jelas sama ada dalam kalangan peserta tidak salah laku ataupun peserta salah laku. Persoalan yang ditimbulkan menunjukkan ramai peserta masih tidak yakin dengan apa yang ingin disampaikan, ramai antara mereka masih tercaricari makna serta kurang pengetahuan dan kefahaman untuk menjawab

292 persoalan tentang masalah moral. Majoriti peserta walaupun berupaya membincangkan maksud masalah moral namun ianya tidak dapat diperjelaskan dengan baik dan mendalam. Segelintir peserta menghadapi kesukaran memberikan maksud masalah moral secara tepat dan berfokus, apa yang mampu mereka lakukan hanya memberikan contoh-contoh pelakuan yang menunjukkan masalah moral. Melalui temu bual yang dilakukan, kesukaran memberi maksud masalah moral telah dihadapi oleh tiga orang pelajar perempuan, iaitu seorang pelajar tidak salah laku dan dua orang pelajar salah laku. Dalam konteks memberi makna kepada masalah moral, peserta menjelaskan masalah moral sebagai masalah yang berkaitan dengan disiplin atau masalah yang berkaitan dengan peraturan sekolah. Selain itu, beberapa orang peserta lagi menggolongkan masalah moral sebagai masalah yang berkaitan dengan akhlak dan tingkah laku, dan seramai dua orang peserta mengaitkannya dengan kedua-dua sekali. Dapatan dalam kajian ini menunjukkan pengertian peserta tentang masalah moral tidak menyamai definisi yang dikemukakan oleh para sarjana. Dalam kalangan ahli pendidikan, konsep masalah moral ditakrifkan sebagai tingkah laku atau sikap yang tidak dapat diterima oleh masyarakat kerana nilai moral dan norma tidak selari dengan pembentukan moral yang positif seperti yang dikehendaki oleh ahli masyarakat (Ang, 2007; Habibah & Noran Fauziah, 2006). Dapatan kajian ini tidak dapat menunjukkan sebarang corak yang jelas perbezaan antara peserta salah laku dan tidak salah laku bagi kedua jantina.

293 Walaupun dalam kalangan sarjana pendidikan telah membuktikan bahawa terdapat perbezaan perkembangan moral antara pelajar salah laku dan tidak salah laku terutama dalam membincangkan persoalan semasa (Bradley, 2006). Apa yang diperhatikan, kesukaran peserta memberi tafsiran kepada makna masalah moral menunjukkan terdapat kepincangan dalam sistem pendidikan kita dalam melahirkan pelajar yang berkeupayaan membincangkan dan menjelaskan makna sesuatu isu yang sepatutnya mampu dikuasai dan dihujahkan oleh peserta berusia 16 tahun. Kegagalan peserta membincang dan menghuraikan isu-isu semasa secara kritis dan analitis sedikit sebanyak memberi impak kepada hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melihat sistem pendidikan holistik dan bersepadu. Hasil kajian yang diperoleh membuktikan mata pelajaran yang berperanan membincangkan isu-isu semasa terutama yang berkaitan dengan soal akhlak dan moral tidak berupaya melahirkan pelajar yang matang dalam berfikir. Sedangkan pendidikan pada umumnya mempunyai dua matlamat utama iaitu, pertama, membantu pelajar menguasai kemahiran literacy dan numeracy, dan kedua membantu mereka membina akhlak yang baik. Oleh kerana masyarakat kini menekankan aspek pembinaan akhlak maka sistem pendidikan kita bukan sahaja perlu mementingkan aspek intelek tetapi juga aspek akhlak, bukan saja kemahiran dan ilmu pengetahuan tetapi juga nilai-nilai. Oleh yang demikian teknik pengajaran dan pembelajaran yang dipraktikkan di sekolah perlu berlandaskan ke arah usaha untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral tinggi.

294 Kini ahli falsafah dalam bidang pendidikan menekankan peranan kritikal Pendidikan Moral untuk pembentukan akhlak (Tajul Ariffin, 1996; Wan Zahid, 1994). Para pendidik juga berpadu suara dalam membuat andaian bahawa orang dewasa, baik ibu bapa atau guru memainkan peranan penting dalam membina akhlak mulia dalam kalangan golongan muda (Ahmad Muhammad, 2009). Perkara ini dipandang serius demi menjamin pelajar-pelajar yang dilahirkan oleh sistem pendidikan negara adalah pelajar seimbang dan harmonis dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Perbincangan mengenai maksud masalah moral juga sedikit sebanyak telah memberi ruang kepada peserta membincangkan juga faktor-faktor yang membawa kepada isu masalah moral atau salah laku. Perbincangan isu ini menunjukkan setiap peserta berupaya memberikan pendapat. Menurut peserta terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi salah laku pelajar iaitu faktor pengaruh rakan sebaya dan kekurangan kasih sayang ibu bapa. Penekanan kepada faktor-faktor tersebut merupakan penyebab utama pelajar-pelajar terjerumus dalam masalah moral (Mok, 2009; Abdul Ghani & Abd. Rahman, 2009). Haberrtick et al. (2005), Loeber dan Stouthamer-Loeber (2006) serta Rozimah dan Siti Nor (1999) juga menunjukkan kekurangan kasih sayang ahli keluarga menyebabkan anak-anak berpaling kepada rakan sebaya sebagai tempat meluahkan perasaan. Bagaimanapun, dua orang peserta lelaki salah laku tidak menyebut pengaruh rakan sebaya sebagai salah satu faktor penglibatan pelajar dalam masalah moral, sebaliknya mereka lebih menekankan faktor kurang kasih

295 sayang dan kurang bimbingan ibu bapa sebagai punca utama yang menyebabkan pelajar terbabit dengan masalah moral. Pendapat ini dilihat berkait dengan latar belakang peserta yang merasakan diri mereka kurang mendapat kasih sayang secukupnya daripada kedua ibu bapa dan lebih berminat memilih rakan sebaya sebagai tempat berbincang dan meluahkan perasaan. Pendapat ini juga hampir sama dengan kesemua peserta perempuan yang memberikan faktor pengaruh rakan sebaya serta kekurangan kasih sayang dan didikan ibu bapa sebagai penyebab utama seseorang pelajar terlibat dengan masalah moral. Menurut Kendler, et al., (2007) dan Noraini (2002), kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka mampu membendung anak-anak daripada terlibat dengan masalah moral. Belaian kasih sayang serta kemampuan ibu bapa berkomunikasi secara berkesan dengan anak-anak juga mampu membantu anak-anak bergaul dan memilih rakan sebaya yang baik (Ahmad Muhammad, 2009). Kajian ini juga membuktikan bahawa peserta didapati berkecenderungan menyalahkan ibu bapa, diri sendiri atau kedua-duanya sekali apabila perbincangan mengenai penglibatan pelajar dengan masalah moral dilakukan. Walaupun begitu, masih terdapat pelajar, iaitu dua orang peserta perempuan tidak salah laku serta seorang peserta perempuan salah laku bertindak menyalahkan ibu bapa sahaja apabila terbukti ada penglibatan pelajar dengan masalah moral. Sebaliknya, seorang peserta perempuan tidak salah laku dan dua orang peserta perempuan salah laku pula menyalahkan diri sendiri apabila pelajar terlibat dengan masalah moral. Menurut Fang ayah dan mak pentingkan

296 duitkan..duit itu untuk mereka (anak-anak) juga, mungkin mereka fikir mak kerja mak ayah tak fikir mereka,..tapi ibu bapa sayang jugak tapi terlupa apa yang anak hendakkan.. iaitu bincang dan cakap so anak fikir mak ayah pentingkan diri sendiri.. seperti mak lahirkan anak lepas itu biarkan sendiri (sesi 3: 31-36). Sikap menyalahkan ibu bapa ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pelajar tidak salah laku berfikiran dan membuat generalisasi bahawa setiap pelajar pada hakikatnya mampu mengawal diri dan tingkah laku daripada pujukan atau pengaruh rakan sebaya. Tetapi sekiranya terdapat seseorang pelajar terlibat dengan masalah moral, maka tuduhan akan dilemparkan kepada ibu bapa sebagai punca kepada penglibatan pelajar dalam kes salah laku atau masalah moral ini. Rozimah & Siti Nor (1999) juga bersetuju bahawa anak-anak melihat kedua ibu bapa sebagai contoh teladan maka sekiranya anak-anak terlibat dengan gejala tidak sihat maka mereka berpotensi menyalahkan ibu bapa. Pandangan sebaliknya pula berlaku kepada pelajar salah laku yang sering terdedah dan terpengaruh dengan rakan sebaya, mereka menjelaskan bahawa diri sendiri harus dipersalahkan kerana terpengaruh dengan pujukan rakan sebaya. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat persamaan pendapat antara peserta daripada latar belakang keluarga yang hampir sama. Didapati kebanyakan peserta yang menghadapi dilema dengan keluarga berkecenderungan menyalahkan ibu bapa apabila membincangkan soal

297 penglibatan pelajar dengan masalah moral. Kajian ini telah membuktikan bahawa peserta yang menyalahkan ibu bapa berasal sama ada daripada keluarga yang tidak mesra sesama mereka atau keluarga yang berpecah belah. Temu bual antara peserta sebelum ini juga telah membuktikan bahawa terdapat peserta yang sering kecewa dengan sikap ibu bapa apabila mereka menyedari wujudnya sikap pilih kasih dalam keluarga seperti kata Devi tak layan masalah saya, masalah sekolah saya, pelajaran saya...mereka tak peduli...saya cuma cerita dengan mak cik dan ayah saya...tapi saya marah mak saya...suruh belajar...tapi tak nak layan saya, (atau) tanya pelajaran saya...abang pun tak peduli... (Devi, 2:220-224). Peserta seperti Fang, Kristina, Devi, Yap dan Siva melalui temu bual telah menunjukkan sikap pilih kasih ibu bapa hanya akan membawa kepada kerenggangan hubungan kekeluargaan. Ini akan berakhir dengan perasaan marah dan tidak puas hati dalam kalangan anak-anak yang beranggapan diri mereka tidak dipedulikan oleh ibu bapa seperti kata Fang, Saya sebenarnya geram dan sakit hati sebab mak pertahankan adik (Fang, 1:161). Haberrtick, et al., (2005) serta Crosnoe dan Elder (2004) melalui kajian mereka telah membuktikan remaja yang sedar serta merasakan wujudnya sikap pilih kasih dalam keluarga sering berasa kecewa dengan sikap ibu bapa mereka. Salah satu dapatan yang menarik untuk dinyatakan di sini dan harus dipandang serius ialah, dapatan kajian ini berjaya menunjukkan bahawa kesemua peserta salah laku mempunyai pengalaman dipelihara oleh ahli keluarga selain ibu bapa mereka. Sebagai contoh, Dila tinggal bersama abang-

298 abangnya, Kristina dipelihara oleh nenek sehingga berusia 10 tahun, Devi pula dibesarkan oleh keluarga angkat, Shah menjadi cucu harapan dan kesayangan neneknya, Yap dipelihara oleh nenek sejak bayi dan Siva tinggal bersama pak ciknya. Dapatan yang diperoleh secara kebetulan ini tidak harus digeneralisasikan tetapi ia harus dipandang serius oleh ibu bapa, memandangkan dalam zaman kesibukan mengejar masa dan kerjaya, kebanyakan ibu bapa lebih gemar menyerahkan anak-anak ke bawah jagaan ahli keluarga yang lain. Kekurangan didikan dan kasih sayang secara terus daripada kedua ibu bapa dikhuatiri mengundang sikap salah laku anak dikemudian hari seperti yang terbukti dalam kajian ini. Walaupun kajian ini telah menunjukkan sikap pilih kasih serta kurang didikan secara terus daripada kedua ibu bapa mengundang perasaan marah dan sikap salah laku anak, tetapi dapatan kajian juga berjaya menunjukkan status sebagai ibu bapa juga mendorong anak menghormati dan menghargai peranan mereka seperti kata Nor, sebab mak susah nak cari duit...jadi rasa nak tolong...dalam hati ini kan, cakap.. kena tolong..kesian mak, mak susah nak cari duit...jadi rasa nak tolong...sebab dia yang lahirkan kita susah payah, besarkan kita (Nor, 2: 223-225). Pernyataan peserta perempuan tidak salah laku ini menunjukkan masih wujud rasa hormat, simpati dan menghargai pengorbanan kedua ibu bapa. Peserta lelaki salah laku iaitu Siva juga menunjukkan sikap menyayangi ibunya seperti katanya, aku ada bagi tahu sama emak, kenapa engkau tinggal jauh, tak tinggal dekat Kajang saya kerja dan bayar rumah sewa, tapi dia kata tak mahu tengok muka bapa saya, nanti dia bising, mabuk..

299 (Siva, 1:200-202) walaupun ibunya tidak menyukai bapa Siva dan Siva sendiri pernah bergaduh dengan bapanya namun Siva melahirkan hasrat kalau aku nak baik aku nak baik dengan bapak (213). Hasrat ini menunjukkan Siva masih menyayangi bapanya. Chan pula melahirkan niat untuk belajar dengan rajin agar keluarga hidup dengan lebih senang, sebab jika jadi akauntan, gaji lebih tinggi (37). Kesemua penyataan di atas menunjukkan masih ada nilai-nilai murni yang diamalkan oleh pelajar pada masa ini. Pengajaran nilai yang berfokus pada Model Insan Menyeluruh yang meliputi tiga dimensi moral iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral sedikit sebanyak telah berjaya dipamerkan oleh pelajar kita walaupun ada antara mereka merupakan pelajar salah laku. Lahirnya nilai-nilai positif terhadap kedua ibu bapa berkemungkinan kerana didikan dan penerapan nilai moral telah berjaya ditanam dijiwa pelajarpelajar. Penerapan nilai kasih sayang terhadap keluarga dan taat kepada kedua ibu bapa mungkin menjadi faktor anak-anak masih menghargai pengorbanan kedua ibu bapa. Kenyataan ini memberi makna kepada institusi kekeluargaan bahawa peranan ibu bapa adalah sangat penting di mata peserta. Menurut Noraini (2002), Walker dan Taylor (1991), Bretherton dan Waters (1985), Hart (1988), serta Powers (1988), kualiti perhubungan yang terjalin antara ibu bapa dan anak mendorong anak-anak menurut kehendak dan mendengar pesanan ibu bapa. Kualiti perhubungan menyentuh mengenai kemesraan, penglibatan serta sokongan yang mampu melahirkan anak-anak yang mendengar kata (Smetana, 1999). Bagaimanapun, ibu bapa yang sering

300 memberikan tekanan emosi dan mental kepada anak-anak akan mengundang perasaan marah ke dalam jiwa anak-anak dan keupayaan anak memfokus kepada perasaan lain bertambah terutama perasaan berorientasi kepentingan diri (Eisenberg et al, 1988) yang akhirnya akan mengundang masalah institusi kekeluargaan itu sendiri. 5.1.2 Pola Orientasi Moral Pelajar Satu daripada soalan kajian ini ialah untuk mengenal pasti orientasi moral yang digunakan oleh peserta. Secara umumnya ia bertujuan untuk melihat orientasi moral yang digunakan serta mengambil kira elemen atau kategori yang menjadi pilihan pelajar sebagai alasan kepada penyelesaian masalah. Walaupun terdapat beberapa kategori untuk setiap orientasi moral, namun kajian menunjukkan alasan yang diberi oleh kebanyakan peserta sering berfokus kepada kategori yang sama bagi setiap vignet dilema sebenar sehingga membentuk pola persamaan yang dapat dilihat dengan jelas. Pola pemilihan orientasi moral yang berfokus kepada orientasi yang sama ini menunjukkan keunikan dapatan. Walaupun instrumen kajian terdiri daripada empat vignet dilema sebenar telah mengemukakan isu yang berbeza, iaitu berkaitan masalah kendiri, masalah dengan keluarga, masalah dengan rakan sebaya dan masalah dengan orang sekeliling, namun orientasi moral pelajar lebih berfokus kepada orientasi keadilan tanpa mengira jantina dan kumpulan pelajar. Menurut kajian, persamaan dalam penggunaan kategori dan orientasi moral ini ada kaitannya dengan kematangan usia seseorang. Pada usia muda

301 respons yang diberi adalah hampir sama, cuma pengalaman serta konflik harian yang dilalui memberi peluang kepada individu menggabungkan beberapa orientasi untuk penyelesaian masalah (Walker, 1980). Menurut Walker (1980) dan Walker et. al (1987) perkara ini hanya dilalui oleh golongan dewasa berbanding golongan muda. Setelah empat vignet dilema sebenar dengan isu berbeza digunakan dalam menentukan orientasi moral dalam kalangan pelajar tingkatan empat, dapatan secara keseluruhannya telah membuktikan penggunaan beberapa orientasi moral sama ada yang terkandung dalam Teori Penaakulan Moral Kohlberg atau yang telah dikenal pasti dalam kajian pengkaji lain turut digunakan dalam kajian ini. Pola orientasi moral peserta akan dibincangkan satu persatu berdasarkan vignet dilema sebenar ini dalam perenggan di bawah. Dapatan dalam kajian ini menunjukkan respons yang diberikan terhadap vignet-vignet dilema sebenar mempunyai banyak persamaan. Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, dapatan kajian menunjukkan alasan yang diberikan oleh peserta kajian lebih menjurus kepada orientasi keadilan. Ini ialah kerana penekanan telah diberikan kepada dua alasan iaitu A5 menyalahkan atau tidak menyalahkan dan A4 iaitu menurut perintah atau mendapatkan persetujuan. Pemilihan kategori A5 menunjukkan peserta sering mengetengahkan pihak yang menimbulkan masalah terutama apabila sesuatu penyelesaian masalah perlu dilakukan. Dapatan ini seolah-olah menunjukkan peserta mengamalkan mekanisma bela diri. Mekanisme ini sering dipamerkan oleh seseorang apabila timbulnya masalah kendiri bagi tujuan mempertahankan

302 diri sendiri (Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub, 2003). Dapatan kajian ini dilihat pada kedua-dua jantina dan kumpulan pelajar. Pemilihan alasan A5 iaitu menyalahkan atau tidak menyalahkan oleh peserta lelaki dan perempuan secara tidak langsung menunjukkan persamaan ketika perbincangan faktor-faktor yang menyebabkan pelajar terlibat dengan masalah moral dalam temu bual peringkat pertama. Sikap suka mengetengahkan pihak yang harus dipersalahkan telah digunakan dalam kehidupan sebenar dan turut dibawa dalam penyelesaian masalah vignet dilema sebenar. Ini menunjukkan sikap dan tindakan pelajar sama ada lelaki atau perempuan dalam dunia sebenar telah dipraktikkan dalam penyelesaian vignet dilema sebenar. Pemilihan orientasi moral peserta yang kedua ialah orientasi pertimbangan kendiri. Penggunaan orientasi ini menunjukkan penekanan diberi kepada K3 iaitu perasaan peribadi kepada watak utama. Peserta telah mengaitkan soal kekecewaan, kerisauan, kesunyian serta kesedihan sebagai alasan kepada tindakan watak utama dalam vignet dilema sebenar. Bagaimanapun respons peserta kepada orientasi keprihatinan adalah terlalu sedikit bagi kedua-dua kumpulan serta jantina. Ini kerana peserta tidak melihat dilema yang dialami oleh watak utama dalam Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi sebagai isu yang perlu dikasihani, ditunjukkan simpati atau kasih sayang kerana masalah tersebut dicari sendiri oleh watak utama. Perbincangan seterusnya adalah pada vignet kedua iaitu merujuk kepada respons yang diberi kepada Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim. Vignet ini

303 juga menggunakan alasan yang menjurus kepada orientasi keadilan. Daripada lima kategori alasan yang dikenal pasti, kesemua peserta telah memilih A4 iaitu menurut perintah sebagai alasan yang utama bagi vignet ini. Vignet ini yang mempamerkan hubungan anak dengan ibu bapa, menunjukkan penemuan yang jelas tentang sikap mentaati kehendak ibu bapa dengan pemilihan A4. Walaupun dalam kehidupan sebenar sebahagian peserta didapati tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa namun pemilihan A4 menunjukkan mereka telah menasihati watak utama di dalam vignet agar mentaati kehendak kedua ibu bapa mereka. Tiada sebarang alasan yang diberikan oleh peserta yang mencadangkan agar watak utama mengkasari atau membantah kehendak ibu bapa walaupun dalam kehidupan sebenar sebahagian peserta menunjukkan sikap memberontak dan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga mereka. Pola yang dihasilkan ini menunjukkan peserta seolah-olah memberi jawapan kepada tindakan yang patut dibuat oleh watak utama dalam vignet dilema sebenar, bagaimanapun tindakan yang serupa tidak semestinya dipraktikkan kepada kedua-dua ibu bapa dalam kehidupan sebenar. Alasan yang diberikan oleh peserta bertujuan menunjukkan tindakan ideal yang harus dilakukan berdasarkan nilai-nilai yang telah dipelajari di sekolah. Tingkah laku seumpama ini sedikit sebanyak mencabar sistem pendidikan yang melahirkan pelajar yang tahu memberi alasan berdasarkan nilai-nilai murni sebaliknya kurang mempraktikkannya dalam kehidupan.

304 Di samping itu kesemua peserta lelaki tidak salah laku juga memberikan alasan yang menjurus kepada A1 iaitu tugas dan tanggungjawab apabila memberi respons kepada Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim. Pemilihan alasan ini menunjukkan peserta lelaki tidak salah laku telah menekankan isu tugas dan tanggungjawab keluarga atau diri sendiri sebagai isu yang penting dalam menangani sesuatu dilema. Pemilihan A1 sememangnya menggambarkan sikap dan tingkah laku peserta lelaki tidak salah laku dalam kehidupan sebenar. Contohnya Reza, Chan dan Raj, mereka telah menjalankan tugas sebagai pelajar, ketua kelas dan pengawas yang bertanggung jawab. Vignet ketiga yang digunakan iaitu Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju juga mempamerkan pemilihan alasan yang berorientasikan keadilan bagi kesemua peserta lelaki dan 5 orang peserta perempuan. Bagaimanapun, daripada 5 kategori alasan yang diberi, A3 iaitu timbal balik dan A4 iaitu menurut perintah menjadi alasan pilihan peserta. Timbal balik merupakan alasan utama mungkin kerana masalah yang ditimbulkan dalam vignet merupakan masalah rakan sebaya maka peserta merasakan membalas dendam atau melakukan tindakan yang serupa ke atas apa yang dilakukan oleh rakan sebaya adalah tindakan yang wajar. Namun dalam satu-satu keadaan lain, menurut perintah pihak autoriti juga diambil kira. Dapatan ini menunjukkan peserta hanya akan bertindak membalas dendam kepada mereka yang sebaya kerana perasaan hormat terhadap rakan sebaya masih kurang. Alasan berdasarkan A3 tidak digunakan terhadap orang dewasa dalam mana-mana vignet mungkin kerana perasaan dan sikap

305 menghormati golongan ini masih menebal atau nilai moral yang dipelajari telah menekankan sifat menghormati golongan dewasa. Sifat ini sedikit sebanyak telah mengelakkan peserta menggunakan alasan timbal balik terhadap orang dewasa sama ada ibu bapa mahupun orang dewasa di sekeliling mereka. Alasan yang berorientasikan pertimbangan kendiri pula menjadi pilihan kedua bagi pelajar salah laku dan tidak salah laku untuk kedua-dua jantina. Namun alasan yang diberi tidak spesifik kepada satu kategori sahaja. Ia lebih menyeluruh dengan mengambil kira tiga kategori, pertama, PK1 iaitu kesan fizikal atau kesan terus kepada watak utama, kedua, PK3 iaitu perasaan peribadi kepada watak utama dan ketiga, PK2 iaitu manfaat dan kebaikan kepada watak utama. Alasan yang diberi ini menunjukkan dalam memberi respons kepada Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, peserta berupaya menyelami dilema yang dialami oleh watak utama, penyelesaian kepada dilema ini menunjukkan penekanan kepada kesan fizikal, perasaan serta keuntungan watak telah diambil kira. Respon yang diberi terhadap Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir pula menunjukkan orientasi keadilan dan orientasi pertimbangan kendiri digunakan oleh peserta lelaki dan perempuan. Peserta lelaki tidak salah laku dan salah laku memberikan orientasi keadilan sebagai pilihan utama kecuali Chan. Ini kerana Chan telah menggunakan orientasi pertimbangan kendiri sebagai pilihan pertama. Kesemua peserta perempuan salah laku telah menggunakan orientasi keadilan sebagai pilihan utama dalam memberi alasan kepada tindakan pilihan penyelesaian masalah. Bagaimanapun, hanya seorang peserta

306 perempuan tidak salah laku (Nor) menggunakan orientasi keadilan manakala dua orang lagi (Fang dan Guna) menggunakan orientasi pertimbangan kendiri sebagai pilihan utama. Bagi orientasi keadilan alasan yang diberi lebih cenderung kepada A4 iaitu menurut perintah atau mendapatkan persetujuan serta A5 menyalahkan atau tidak menyalahkan digunakan oleh peserta terutama peserta lelaki tidak salah laku. Pemilihan kategori ini membuktikan peserta tanpa mengira kumpulan dan jantina memberi penekanan kepada isu mendapatkan persetujuan pihak autoriti atau menurut sahaja perintah pihak autoriti. Penemuan dapatan ini menunjukkan bahawa peserta masih mengekalkan rasa hormat dan mentaati pihak autoriti pada usia 16 tahun. Ini berkemungkinan kerana sistem pendidikan kita serta norma masyarakat yang meletakkan ibu bapa serta pihak autoriti sebagai pihak yang perlu dihormati dan ditaati. Orientasi pertimbangan kendiri pula menunjukkan penggunaan PK3 iaitu perasaan peribadi kepada watak utama dititikberatkan oleh peserta tidak salah laku bagi kedua-dua jantina. Perasaan peribadi pula menjurus kepada penerapan emosi moral dalam kalangan peserta tidak salah laku. Pola ini menunjukkan peserta tidak salah laku daripada kedua-dua jantina dapat menyelami perasaan yang dialami oleh watak utama dan perasaan empati ini dilahirkan dengan pemilihan PK3. Setelah perbincangan mengenai pola orientasi moral peserta dilakukan, kesimpulan yang boleh dibuat ialah hanya sedikit perbezaan ke atas pemilihan kategori berdasarkan empat vignet dilema sebenar dapat dilihat. Pemilihan orientasi moral pula adalah berfokus kepada orientasi keadilan dan orientasi

307 pertimbangan kendiri. Dapatan ini mungkin kerana peserta lebih suka melihat kepada pihak yang bertanggungjawab memberi masalah kepada watak utama. Sifat menghormati hanya ditunjukkan kepada golongan lebih dewasa seperti ibu bapa, guru dan orang sekeliling sebaliknya jika masalah ditimbulkan oleh rakan sebaya atau diri sendiri, kategori yang dipilih lebih menyalahkan diri sendiri atau rakan sebaya. Kadang kala sikap timbal balik iaitu sikap ingin membalas kejahatan juga ditunjukkan terutama yang melibatkan masalah yang ditimbulkan oleh rakan sebaya. Dapatan kajian ini yang menunjukkan peserta lelaki dan perempuan, salah laku atau tidak salah laku telah menggunakan empat jenis orientasi moral. Orientasi tersebut ialah orientasi keadilan, orientasi pertimbangan kendiri, orientasi keprihatinan dan orientasi gabungan. Orientasi pilihan utama ialah orientasi keadilan bagi kebanyakan peserta walaupun adakalanya orientasi pertimbangan kendiri dijadikan pilihan dalam vignet tertentu oleh beberapa orang peserta. Penggunaan orientasi keadilan tidak terbatas kepada peserta lelaki sahaja tetapi juga menjadi orientasi pilihan peserta perempuan. Selain itu orientasi keprihatinan dan gabungan juga masih digunakan walaupun dalam jumlah yang kecil. Justeru itu, kajian ini berjaya membuktikan bahawa pandangan Gilligan (1982) mengenai kewujudan dua jenis orientasi sahaja iaitu keprihatinan dan keadilan, tidak dapat diterima. Dapatan kajian yang diperoleh ini didapati hampir sama dengan kajian Chang (1998) yang menunjukkan kehadiran orientasiorientasi selain orientasi keadilan dan orientasi keprihatinan contohnya orientasi

308 pertimbangan kendiri dan orientasi gabungan. Penggunaan orientasi pertimbangan kendiri didapati hampir sama dengan dapatan kajian Mennuti dan Creamer (1987), Yeh dan Creamer (1995), dan Eisenberg et. al (1991) yang menyentuh mengenai orientasi kendiri dan hedonistik. Orientasi gabungan pula sama seperti kajian Gilligan dan Attanucci (1988), Walker et al (1987), Wark dan Kreb (1996) serta Yeh dan Creamer (1995). Selain itu, kajian ini juga menyamai dapatan Mennuti dan Creamer (1987) serta Yeh dan Creamer (1995) mengenai orientasi pertimbangan kendiri. Bagaimanapun, orientasi pertimbangan kendiri merupakan orientasi pilihan kedua bagi keempat-empat vignet dilema sebenar kerana orientasi keadilan lebih diutamakan. Dapatan ini menyokong Teori Perkembangan Moral Kohlberg yang menyatakan walaupun penaakulan moral menggunakan orientasi moral yang berbeza namun prinsip keadilan mendasari penaakulan moral setiap individu (Colby dan Kohlberg, 1987). Menurut Colby dan Kohlberg (1987) terdapat empat jenis orientasi moral iaitu orientasi normatif, orientasi kesaksamaan, orientasi kesempurnaan dan orientasi utilitarian. Elemen-elemen yang terkandung dalam orientasi ini telah dikenal pasti digunakan oleh peserta kajian ini. Ini bermakna walaupun Kohlberg tidak menggunakan orientasi keprihatinan namun, elemen-elemen yang digunakan menunjukkan kehadiran nilai-nilai keprihatinan, cuma ia dikenali sebagai orientasi normatif dan orientasi kesaksamaan dalam skema Colby dan Kohlberg (1987). Manakala Gilligan melalui kajiannya membuktikan terdapat dua orientasi moral iaitu orientasi keadilan dan orientasi keprihatinan. Kajian-kajian

309 seterusnya seperti Lyon (1983), Gilligan dan Attanucci (1988) juga menunjukkan kehadiran dua jenis orientasi iaitu keadilan dan keprihatinan. Walker, de Vries dan Trevethan (1987) menunjukkan terdapat tiga orientasi iaitu keadilan, keprihatinan dan gabungan antara keadilan dan keprihatinan. Bagaimanapun kajian oleh Eisenberg (1991), Menutti dan Creamer (1987), Yeh dan Creamer (1995) menunjukkan kehadiran orientasi kendiri yang menjurus kepada pertimbangan mengenai diri sendiri. Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian Eisenberg (1991), Menutti dan Creamer (1987), Yeh dan Creamer (1995) kerana kehadiran orientasi pertimbangan kendiri juga wujud dalam kajian ini. Walau bagaimanapun, orientasi keadilan paling diutamakan dalam tiga daripada empat vignet dilema sebenar dalam kajian ini. Manakala orientasi pertimbangan kendiri merupakan orientasi yang kedua paling diutamakan oleh peserta kajian. Orientasi keprihatinan dan orientasi gabungan pula kurang dititikberatkan. Secara keseluruhannya orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi keadilan lebih banyak digunakan oleh peserta kajian. Sebagai kesimpulan, kajian ini jelas menunjukkan Teori Penaakulan Moral Kohlberg diterima bersifat sejagat kerana orientasi keadilan menjadi pilihan setiap peserta tanpa mengira jantina atau kumpulan pelajar. Penggunaan vignet dilema sebenar serta isu yang diutarakan di dalam dilema juga tidak menghalang peserta menggunakan orientasi keadilan sebagai pilihan utama. 5.1.3 Jantina dan Orientasi Moral Pelajar

310 Bahagian ini akan membincangkan perhubungan antara jantina dan orientasi moral dengan memberi perhatian kepada soalan kajian ketiga iaitu mengenal pasti persamaan atau perbezaan orientasi moral peserta salah laku dan peserta tidak salah laku mengikut jantina. Kajian ini secara jelasnya menunjukkan majoriti peserta sama ada lelaki atau perempuan menggunakan orientasi yang sama dan ianya tidak berbeza walaupun isu dalam vignet dilema sebenar adalah berbeza. Kajian ini menunjukkan peserta lelaki dan perempuan sama ada salah laku atau tidak salah laku lebih berfokus kepada orientasi keadilan apabila memberi respons kepada empat jenis vignet dilema sebenar iaitu Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju dan Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir. Adalah jelas bahawa orientasi keadilan merupakan orientasi moral yang dititikberatkan dalam kajian penaakulan moral oleh Kohlberg (Gilligan, 1982). Dapatan ini secara tidak langsung membuktikan vignet dilema sebenar dengan isu yang berbeza tidak mempengaruhi orientasi moral pelajar. Walaupun, orientasi pertimbangan kendiri menjadi pilihan dalam kajian Mennuti dan Creamer (1987) dan Yeh dan Creamer (1995), namun dengan penggunaan vignet dilema sebenar dapatan menunjukkan orientasi pertimbangan kendiri menjadi orientasi pilihan kedua oleh majoriti peserta lelaki dan perempuan dalam kajian ini. Selain daripada itu, dapatan kajian ini hampir sama dengan kajian Gilligan dan Attanucci, (1988); Walker et al, (1987); Wark dan Kreb, (1996); serta

311 Yeh dan Creamer, (1995) di mana terdapat gabungan orientasi pertimbangan kendiri-keprihatinan, gabungan orientasi pertimbangan kendiri-keadilan dan gabungan orientasi keprihatinan-keadilan. Namun dapatan menunjukkan cuma seorang peserta perempuan sahaja yang mampu menggunakan orientasi gabungan dengan baik apabila membuat penyelesaian dilema. Dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan isu yang diketengahkan dalam vignet dilema sebenar tidak bermakna membawa kepada penggunaan orientasi moral yang berbeza dalam kalangan peserta mengikut jantina. Ini berbeza dengan dapatan Chang (1998) yang telah menggunakan dua vignet hipotetikal yang berbeza dalam kajiannya. Beliau telah menggunakan vignet dilema hipotetikal klasik dan vignet dilema hipotetikal praktikal, dan dapatan Chang (1998) menunjukkan perbezaan vignet mempengaruhi jenis orientasi yang digunakan oleh peserta. Walaupun keempat-empat orientasi iaitu orientasi keadilan, orientasi pertimbangan kendiri, orietasi keprihatinan dan orientasi gabungan telah digunakan oleh peserta kajian tetapi ia hampir sama antara kaum, jantina, peserta salah laku dan peserta tidak salah laku di mana fokus mereka lebih kepada orientasi keadilan. Orientasi keprihatinan serta orientasi gabungan paling sedikit digunakan dalam keempat-empat vignet dilema sebenar oleh kedua-dua jantina. Orientasi pertimbangan kendiri juga telah digunakan dalam keempatempat vignet dilema sebenar tanpa perbezaan yang ketara antara jantina. Kajian ini membuktikan penaakulan moral pelajar bukan sahaja berfokus

312 kepada orientasi keadilan dan orientasi keprihatinan seperti saranan Gilligan (1982), sebaliknya kajian ini membuktikan kehadiran orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi gabungan turut digunakan oleh kedua-dua jantina. Dapatan kajian ini sama seperti yang diperoleh oleh Chang (1998); Gilligan dan Attanuci, (1988); Walker et al, (1987); Wark dan Krebs, (1996) serta Yeh dan Creamer, (1995). Bagaimanapun, orientasi yang menjadi keutamaan adalah berbeza-beza dalam kajian orientasi sebelum ini. Chang (1999) dalam kajiannya mendapati orientasi keprihatinan lebih digunakan oleh pelajar Pendidikan Moral apabila memberi respons kepada vignet dilema hipotetikal. Gilligan (1982) menunjukkan orientasi keprihatinan lebih digunakan oleh peserta perempuan apabila memberi respons kepada dilema sebenar. Kajian orientasi moral terhadap peserta lelaki dan perempuan salah laku dan tidak salah laku dengan menggunakan vignet dilema sebenar ini menunjukkan orientasi keadilan dan orientasi pertimbangan kendiri lebih dititikberatkan berbanding orientasi keprihatinan dan orientasi gabungan. Tiada perbezaan ketara orientasi moral peserta salah laku dan peserta tidak salah laku bagi kedua-dua jantina. Di samping itu, isu kontektual yang diketengahkan oleh Gilligan (1982) tidak mempengaruhi orientasi moral peserta bagi kedua jantina. Yang jelas, pemilihan orientasi utama yang digunakan oleh peserta agak berbeza dengan salah satu hasil kajian sarjana tempatan iaitu Chang (1998). Kajian beliau ke atas pelajar Pendidikan Moral tingkatan empat mendapati peserta lebih mengutamakan orientasi keprihatinan dan orientasi pertimbangan

313 kendiri apabila memberi respons kepada vignet dilema hipotetikal klasik dan vignet dilema hipotetikal praktikal. Beliau telah berjaya membuktikan jenis dilema yang berbeza memberi kesan kepada penggunaan orientasi moral. Kajian ke atas peserta dengan menggunakan empat vignet dilema sebenar ini juga menunjukkan latar belakang peserta kajian yang berbeza dari segi kaum, pendapatan keluarga, agama, bilangan adik-beradik serta jenis tempat tinggal tidak banyak mempengaruhi jenis orientasi yang digunakan. Sebelas daripada dua belas peserta kajian telah menggunakan orientasi keadilan sebagai pilihan utama apabila memberikan alasan kepada vignet dilema sebenar. Kohlberg (1984), Walker (1984) dan Gilligan dan Attanucci (1988) menyatakan suara-suara keadilan dan keprihatinan sering mendominasi isu-isu yang berkaitan dengan dilema moral. Namun ada pengkaji berpendapat tiada perbezaan jantina dalam orientasi moral (Krebs, Vermeulen, Denton & Carpendale, 1994). Gilligan dan Attanucci (1988) membuat kesimpulan bahawa mengambil berat mengenai keadilan dan keprihatinan kedua-duanya mewakili pemikiran manusia mengenai konflik moral yang sebenar, tetapi manusia memberi fokus yang lebih kepada satu suara dan kurang kepada satu lagi suara. Walker (1991) melalui kajiannya menunjukkan dilema yang memberi fokus kepada hubungan peribadi dibincangkan dalam keadaan keprihatinan manakala dilema yang melibatkan situasi yang tidak peribadi lebih dibincangkan dalam bentuk keadilan.

314 Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati orientasi keadilan dan orientasi pertimbangan kendiri lebih digunakan oleh peserta. Ini terbukti apabila kedua-dua orientasi ini digunakan dalam kesemua vignet dilema sebenar. Orientasi keprihatinan pula sangat kurang dititikberatkan oleh peserta kajian sama ada lelaki mahupun perempuan. Begitu juga dengan orientasi gabungan. Kajian ini juga menunjukkan tiada perbezaan orientasi moral antara peserta lelaki dengan peserta perempuan dan ini tidak menyokong pendapat Gilligan (1982) yang menyatakan terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan di mana perempuan lebih berfokus kepada orientasi keprihatinan manakala lelaki lebih kepada orientasi keadilan. Kajian ini juga mendapati peserta kajian lelaki atau perempuan kurang menggunakan orientasi gabungan dalam penyelesaian masalah. Ini kerana peserta-peserta didapati kurang mampu untuk menghurai dan menjelaskan alasan yang diberi dari sudut orientasi yang berlainan. Kajian Greenwald dan Banaji (1995) menunjukkan bahawa apabila penjelasan terhadap alasan dapat dibincangkan dengan panjang lebar, peserta dilihat mampu memberikan alasan dari sudut pandangan yang berbeza. Pandangan dari sudut yang berbeza ini membolehkan alasan dikategorikan kepada orientasi gabungan. 5.3 Implikasi kajian terhadap amalan dan teori Pendidikan Moral dalam usaha meningkatkan penaakulan moral pelajar

315 Walaupun kajian ini terbatas kepada aspek penaakulan moral yang mengkaji orientasi moral dalam kalangan 12 orang pelajar namun dapatan kajian yang diperoleh hendaklah dilihat dari perspektif yang lebih luas. Salah satu perspektif yang perlu diberi perhatian ialah usaha meningkatkan tahap kematangan peserta dalam sesi perbincangan dan penyelesaian masalah. Sehubungan dengan itu, usaha meningkatkan penaakulan moral pelajar perlu diberi perhatian demi pemantapan amalan Pendidikan Moral. Usaha ini tidak harus dipandang remeh kerana salah satu objektif mata pelajaran Pendidikan Moral ialah meningkatkan tahap penaakulan moral pelajar (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000). Bagaimanapun, dapatan yang diperoleh menunjukkan kemahiran penaakulan moral dalam kalangan pelajar masih di tahap rendah. Perspektif ini dikenal pasti kerana majoriti peserta kurang kefahaman, keyakinan dan kemahiran membincangkan persoalan atau isu dilema yang dikemukakan. Kesannya peserta hanya memberi satu alasan bagi setiap tindakan yang diambil untuk penyelesaian dilema. Kelemahan peserta mencurahkan idea serta berbincang secara kritis, sedikit sebanyak mencabar sistem pendidikan secara amnya dan Pendidikan Moral secara khususnya. Pembelajaran formal di sekolah telah mendedahkan pelajar kepada pemikiran dan perbincangan kritis berlandaskan nilai-nilai moral. Kemahiran memberi pelbagai alasan kepada usaha penyelesaian masalah memberi kesan kepada penggunaan orientasi moral terutamanya orientasi gabungan. Oleh itu, orientasi gabungan dilihat amat rendah penggunaannya dalam kalangan peserta.

316 Justeru itu, langkah meningkatkan kemahiran pelajar melalui teknik pengajaran dan pembelajaran harus diberi perhatian. Merujuk kepada kurikulum Pendidikan Moral, pemilihan satu nilai yang paling tepat perlu dilakukan oleh pelajar dalam proses penyelesian masalah. Oleh itu, pelajar dilatih memilih nilai moral yang paling tepat ketika menjawab soalan yang disediakan. Pemilihan nilai moral yang tepat dan khusus ini dikhuatiri menyekat keupayaan pelajar untuk meneroka pelbagai alasan lain yang wujud di luar dimensi nilai yang dipelajari di sekolah. Perkara ini dikhuatiri mengurangkan kemahiran semula jadi yang dipelajari secara tidak formal dalam menangani dilema peribadi serta masalah rakan sebaya. Perkara ini dilihat berlaku kepada seorang peserta iaitu Nor di mana rakan-rakan sekelas tidak akan meminta pendapat atau nasihatnya kerana dia mengakui tiada kemahiran menyelesaikan masalah sebaliknya bertindak sebagai pendengar sahaja. Pada dasarnya kelemahan yang dikenal pasti ialah tumpuan pelajar adalah kepada nilai utama yang terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Moral atau nilai yang dipelajari merentasi kurikulum. Situasi ini menyebabkan pelajar memilih dan memberikan set jawapan berdasarkan nilai-nilai moral yang diketahui mengikut kehendak soalan. Tindakan ini seterusnya membawa kepada penggunaan orientasi moral yang sama apabila menyelesaikan masalah dalam kalangan peserta. Tindakan ini akhirnya memberi kesan kepada sistem pendidikan kerana mencorak pemikiran pelajar berdasarkan set pemikiran yang sama. Sebaliknya, bukan berusaha ke arah membuka minda pelajar untuk berfikir secara rasional

317 berdasarkan emosi moral dan pemikiran moral. Akibatnya persoalan asas dalam Pendidikan Moral seperti pemahaman terhadap masalah moral tidak dapat dijelaskan dengan baik oleh peserta. Kesukaran peserta berbincang tentang tindakan penyelesaian dilema sebenar turut menimbulkan tanda tanya terhadap cara pengajaran guru di dalam kelas bagi tujuan meningkatkan penaakulan moral pelajar. Untuk membolehkan pelajar berfikir secara kritikal dan bertindak secara efektif, mereka harus terlebih dahulu memahami konsep dan prinsip yang berkaitan dengan isu, punca berlakunya isu, cara-cara menangani dilema, alternatif yang boleh diambil serta kesan-kesannya. Perbincangan seharusnya meliputi nilai berkaitan dengan perkembangan diri hingga kepada persoalan etika dan isu moral yang berkaitan dengan topik-topik seperti kekeluargaan, alam sekitar, patriotisme, hak asasi manusia, demokrasi, keamanan dan keharmonian. Oleh itu, tiga komponen iaitu pengetahuan moral, kemahiran moral dan nilai moral haruslah berkaitan. Pembelajaran di sekolah juga harus berganjak daripada kurikulum yang bersifat skill-and-drill dan paper-and-pencil kepada sesuatu yang menarik dan bermakna kepada pelajar. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran aktif seperti pembelajaran koperatif, pendekatan menyelesaikan masalah, projek berdasarkan pengalaman harus diketengahkan. Kajian Jeevajothi (1997) terhadap pelajar tingkatan empat menunjukkan terdapatnya peningkatan penaakulan moral dalam kalangan pelajar apabila perbincangan dilema moral dilakukan selama 10 minggu berterusan. Menurut Gage & Berliner (1988),

318 perbincangan dilema moral terbukti berupaya meningkatkan penaakulan moral pelajar. Perbincangan dilema moral di dalam kelas haruslah dilakukan oleh guruguru yang memahami secara mendalam pendekatan yang digunakan dalam pengajaran. Kohlberg (1975) mencadangkan agar pelajar sering didedahkan dengan dilema moral yang berada satu peringkat lebih tinggi daripada peringkat penaakulan moral pelajar. Pelajar juga hendaklah didedahkan dengan situasi moral yang berlainan dengan struktur pemikiran mereka, kerana dengan cara ini akan mencabar pemikiran moral pelajar tersebut. Seterusnya menurut beliau, usaha menggalakkan penggunaan dialog dan perbincangan di dalam kelas haruslah dilakukan secara berterusan. Kejayaan meningkatkan penaakulan moral ini tercapai setelah pendekatan Just Community Approach yang telah dilakukan oleh Kohlberg (1984) terbukti berjaya meningkatkan penaakulan moral pelajar selepas perbincangan dilema moral dilakukan. Bouas (1993) turut mencadangkan bahawa seseorang guru haruslah kreatif dalam pemilihan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pelbagai teknik yang dilaksanakan dapat meningkatkan penaakulan moral pelajar selepas pendedahan kepada dilema moral dilakukan. Mengikut Berreth dan Berman (1997), kemahiran mengambil perspektif juga dapat membantu pelajar memahami dengan lebih baik masalah yang dihadapi oleh orang lain. Kemahiran mengambil perspektif yang telah digunakan oleh pelajar dalam kajian Vishalachi (2002) menunjukkan pelajar dapat menyelami perasaan pihak

319 lain dan merangsang pemikiran mereka agar penyelesaian masalah terbaik dilakukan. Satu dapatan menarik yang dikenal pasti dalam kajian ini ialah peserta didapati tidak selari dalam memberikan alasan kepada penyelesaian dilema dengan tindakan yang diambil atau yang dipraktikkan dalam kehidupan sebenar. Contohnya, kebanyakan pelajar telah menggunakan kategori menurut perintah dan mendapatkan kebenaran bagi penyelesaian masalah Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim. Kategori ini telah menjadi pilihan peserta seperti Yap, Siva, Fang, dan Kristina, kerana dipercayai mereka telah menggunakan salah satu nilai yang dipelajari dalam Pendidikan Moral iaitu nilai berkaitan dengan kekeluargaan. Sedangkan peserta-peserta ini didapati tidak menghormati dan menurut perintah kedua ibu bapa atau guru-guru dalam kehidupan sebenar. Oleh kerana itu, hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melihat pelajar seimbang pasti sukar dicapai kerana dapatan kajian telah membuktikan bahawa pendekatan, sikap dan tingkah laku moral kebanyakan pelajar agak berbeza di dunia sebenar. Maklumat ini juga dapat diperhatikan seawal ketika pemilihan peserta kajian dilakukan. Penemuan penting yang diperoleh ialah, peserta tidak salah laku yang diandaikan bebas daripada aktiviti salah laku akhirnya dikenal pasti terlibat dengan beberapa kesalahan salah laku tanpa pengetahuan pihak sekolah. Ini bermakna tidak semestinya pelajar tidak salah laku bebas daripada aktiviti salah laku dan sentiasa mengamalkan tingkah laku moral dan pemikiran

320 moral dalam kehidupan. Perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak institusi pendidikan khususnya. Dapatan kajian ini juga memberi implikasi terhadap teori yang digunakan dalam kajian. Pelbagai maklumat telah diteroka seperti latar belakang serta masalah atau dilema yang dihadapi oleh peserta. Melalui kaedah pengumpulan data yang dilakukan secara kualitatif, kajian ini berjaya mengenal pasti orientasi moral peserta serta kategori yang diutamakan oleh peserta. Walaupun Teori Penaakulan Moral Kohlberg telah menggariskan sebanyak 17 elemen, dan dijadikan panduan dalam kajian ini tetapi peserta didapati menggunakan beberapa elemen sahaja. Begitu juga dengan orientasi-orientasi moral yang digunakan. Berdasarkan kepada Teori Penaakulan Moral Kohlberg, empat orientasi yang dikenal pasti ialah orientasi utilitarian, orientasi kesempurnaan, orientasi kesaksamaan dan orientasi normatif dan prinsip keadilan dikatakan mendasari keempat-empat orientasi ini. Dapatan kajian ini pula berjaya menunjukkan kehadiran empat orientasi iaitu orientasi keadilan, orientasi keprihatinan, orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi gabungan. Orientasi yang digunakan oleh peserta menunjukkan penggunaan elemen seperti yang terkandung dalam Teori Penaakulan Moral Kohlberg, dan kategori yang terkandung dalam kajian Chang (1998). Kajian oleh pengkaji sebelum ini menunjukkan orientasi keadilan dan orientasi keprihatinan sering mendapat tempat dalam kajian orientasi moral namun kehadiran orientasi seperti pertimbangan kendiri dan orientasi gabungan