WAKTU PERKHIDMATAN MAKMAL TDM Kaunter Penerimaan Spesimen Waktu Pejabat Atas Panggilan 8.10 am 9.00 pm Selepas 9.00 pm OBJEKTIF KUALITI MAKMAL TDM 1. Setiap ujian paras drug dalam darah untuk spesimen yang diterima bagi kesemua drug yang dimonitor disiapkan dalam tempoh TIDAK melebihi 2 jam 30 minit (untuk waktu pejabat sahaja). 2. Semua laporan keputusan ujian paras drug dibuat dengan lengkap, jelas dan terperinci. SENARAI NOMBOR TELEFON DI MAKMAL TDM BIL NAMA UNIT/MAKMAL NOMBOR SAMBUNGAN (EXT) 1 Kaunter Penerimaan Spesimen 3429 2 Bilik Penolong Pegawai Sains Kanan 3426 3 Bilik Penolong Sains 3427 4 Bilik Pegawai Farmasi 3425 1
A) TATACARA PERMOHONAN UJIAN DI MAKMAL TDM Semua spesimen yang dihantar untuk perkhidmatan ujian Makmal TDM hendaklah disertakan dengan borang permohonan yang berkaitan dalam dua salinan (duplicate). Borang ini boleh didapati di Makmal TDM. Maklumat berikut mestilah diisi dengan lengkap oleh pemohon ujian. a) Tarikh permohonan b) Butir-butir pengenalan pesakit dengan lengkap (Nama, R/N, Wad dan Berat) c) Riwayat klinikal yang lengkap d) Drug-drug lain yang diambil semasa rawatan e) Jenis ujian drug yang diponon f) Masa Pendosan dan Pengambilan Sampel g) Tujuan Permohonan h) Tindakbalas klinikal terhadap drug yang dipohon. i) Nama dan tandatangan Pakar/Pegawai Perubatan yang momohon ujian tersebut 2
B) LABEL PADA BEKAS SPESIMEN HENDAKLAH DILENGKAPI DENGAN MAKLUMAT BERIKUT : a) Nama pesakit b) Nombor pendaftaran (R/N) c) Wad d) Jenis ujian dipohon e) Tarikh Spesimen diambil C) KRITERIA PENOLAKAN SPESIMEN MAKMAL TDM, HUSM Spesimen pesakit yang tidak memenuhi spesifikasi berikut akan ditolak. 1. Butir-butir pesakit pada borang permohonan BPPDT tidak sama dengan label pada bekas spesimen. 2. Borang permohonan dan label pada bekas spesimen tidak lengkap. 3. Tiada cop dan tandatangan Pakar/MO pada borang permohonan. 4. Jenis spesimen tidak sama antara borang dan label spesimen. 5. Sampel/spesimen mestilah terdiri daripada darah. 6. Sampel/spesimen darah perlu diisi ke dalam bekas yang sesuai (plain test tube). 7. Bekas sampel/spesimen darah berlabel nama pesakit, nombor pendaftaran (R/N), wad/klinik, serta jenis ujian yang diminta (Drug Requested). 3
PERKHIDMATAN UJIAN YANG DIJALANKAN DI MAKMAL TDM BIL JENIS UJIAN JENIS SPESIMEN TATACARA PENGUMPULAN DAN PENGENDALIAN SPESIMEN BORANG PERMOHONAN 1 2 Amikacin Gentamycin a) Semua spesimen darah untuk ujian TDM hendaklah dimasukkan dalam bekas plain test tube. 3 Vancomycin b) Isipadu spesimen darah yang diperlukan adalah (minimum) Borang Permohonan Pemonitoran Drug Terapeutik (BPPDT) 4 5 Phenytoin Valproic Acid Dewasa/kanak-kanak : 1ml Neonate : 0.5ml c) Masa persampelan : Amikacin dan Gentamycin Pre: 0-30 minit sebelum pemberian drug atau Post: ½ jam selepas selesai infusi drug atau Post: 2 jam dan 6 jam selepas selesai infusi drug atau Vancomycin Pre: 0-30 minit sebelum pemberian drug atau Post: 1 jam selepas selesai infusi drug atau Phenytoin Pre: 0-30 minit sebelum pemberian drug 2 jam selepas infusi drug ( loading dose ) 4
Valproic Acid Pre: 0-30 minit sebelum pemberian drug d) Tanda pengenalan sampel: Bekas sampel/spesimen darah berlabel nama pesakit, nombor pendaftaran (R/N), wad/klinik, serta jenis ujian yang diminta (Drug Requested) dan tarikh. Bagi sampel darah pesakit-pesakit HIV, Hep B dan TB hendaklah ditandakan dengan label khas. e) Tatacara pengisian borang: Pastikan maklumat berikut lengkap diisi: Biodata; Nama, R/N, Wad/Klinik, Berat, Umur, Jantina; Name/Signature and Chop of Requesting Doctor ; dan maklumat-maklumat lain (jika perlu). f) Proses penghantaran sampel dan borang: Sampel dan borang hendaklah dihantar ke makmal TDM pada hari yang sama. 5