PENGENALAN OBJEKTIF PETA MINDA

dokumen-dokumen yang mirip
Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

PENGENALAN KEPADA PORTFOLIO

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN FUNGSIONAL GURU AKADEMIK

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Katakunci : laman web, garis dan satah, tiga matra, teori konstruktivisme lima fase Needham

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Model Pengurusan Strategik

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Padankan. Padankan. Padankan

PGT Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pentaksiran Kerja Kursus Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN DOA MENGGUNAKAN PENDEKATAN BERCERITA

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN KOKURIKULUM PDPLI

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

OBJEKTIF PENGENALAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

TOPIK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PEMBELAJARAN MASTERI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM MASALAH PENGLIHATAN

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

Transkripsi:

TOPIK 9 TOPIK 9 PENGENALAN Penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah menjadi perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun penggunaan perlulah secara berfikrah dan terancang bagi menghasilkan impak yang postif. Aspek penilain dan pemilihan perisian merupakan perkara yang amat penting, dalam usaha menyediakan guru-guru yang dapat menggunakan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) secara berfikrah dan terancang OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menerangkan maksud penilaian perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK); 2. menerangkan maksud pemilihan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) untuk pengajaran dan pembelajaran; 3. menyatakan dan mencirikan fasa penilaian perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK); 4. menyatakan dan mencirikan fasa pemilihan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) untuk pengajaran dan pembelajaran; dan 5. membezakan penilaian dan pemilihan dalam perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). PETA MINDA 188 OUM

TOPIK 9 9.1 PENGENALAN Penilaian ialah satu prinsip untuk mengukur pencapaian secara sistematik (Robiah Sidin 1992). Penilaian terhadap perisian perlulah sentiasa dilakukan kerana keberkesanan sesuatu perisian diketahui setelah penilaian dibuat. Terdapat dua jenis bentuk penilaian yang akan dibincangkan dalam topik ini iaitu: Penilaian pertama ialah penilaian pembanguan perisian, penilaian ini digunakan bagi menguji kelancaran perisian yang dibangunkan. Penilaian perlu untuk menjamin satu sistem perisian berjalan dengan lancar dan mencapai objektif. Penilaian yang kedua ialah pemilihan perisian, penilian ini dilakukan oleh tenaga pengajar dan pakar. Tujuan penilian ini ialah bagi melihat kesesuaian perisian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rajah 9.1: Dua Jenis bentuk penilaian Menurut Hamidah (1999), di Malaysia pelbagai pihak telah mencipta perisian pendidikan namun perisian-perisian yang dibina tidak menepati kehendak kurikulum kerana ianya lebih ke arah komersial. Menurut Shaifol (2003), salah satu faktor utama kegagalan guru-guru bestari menggunakan perisian pengajaran dan pebelajaran berbantukan komputer sebagai alat bahan bantu mengajar dan belajar secara optimum adalah disebabkan kelemahan teknik menggunakan perisian dan kegagalan menilai perisian. Menyedari hakikat ini, untuk membentuk proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian secara terancang dan berfikrah, guru mestilah dilatih teknik mengguna dan memilih perisian. Proses penilian dan pemilihan alat bantu mengajar dan belajar perlu dilakukan secara terperinci dan terancang bagi menjamin perisian yang dipilih dapat digunakan dan objektif serta sesuai dengan kehendak kurikulum dan mempunyai nilai murni. OUM 189

TOPIK 9 9.1.1 Pemilihan Perisian Sewaktu anda membuat keputusan memilih perisian yang ingin anda pelajari, apakah kriteria yang anda tetapkan? Bagaimanakah sesuatu penilaian tersebut dilakukan? Pemilihan perisian adalah proses membuat pertimbangan bagi memastikan perisian yang hendak digunakan bersesuaian dengan kurikulum serta mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Pendidik tidak seharusnya menjadi pengguna perisian yang pasif tetapi mereka perlu menilai perisian yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu para pendidik perlulah dilengkapkan dengan kemahiran memilihan perisian. Penilaian perisian haruslah menjadi tugas yang berterusan di kalangan pendidik. Tanggapan bahawa penggunaan perisian dalam pengajaran dan pembelajaran akan memberi impak yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan tanggapan yang salah. Kesilapan guru dalam memilih perisian boleh menyebabkan empat perkara berikut: pembaziran masa dan tenaga, menghalang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dengan lebih produktif, menjurus kearah penyalahgunaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, serta mengelirukan pelajar 9.1.2 Kaedah Penggunaan Perisian Bagi menggunakan perisian untuk pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah mahir mengenal pasti dan memilih mod pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, guru seharusnya menentukan jenis mod pengajaran dan pembelajaran terlebih dahulu sebelum menggunakan perisian dalam pengajaran dan pembelajaran. Rajah 9.1 di bawah menunjukkan pengkelasan perisian pendidikan. Dalam proses pengajaran menggunakan perisian, guru menggunakan komputer untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. Guru hanya menayangkan perisian kepada pelajar dan pelajar melihat perisian yang ditayangkan oleh LCD atau televisyen, dengan menggunakan teknik ini, guru boleh melaksanakan pengajaran dengan menggunakan hanya satu set komputer dan satu alat tayangan. Pengajaran menggunakan teknik ini boleh dilakukan di dalam bilik darjah dan pelajar tidak memerlukan kemahiran teknologi yang tinggi. Proses pengajaran menggunakan perisian boleh dibahagikan kepada dua teknik iaitu; persembahan dan tunjuk cara. Dalam pengajaran yang menggunakan teknik persembahan, guru menggunakan perisian sebagai media untuk menyampaikan maklumat. Sementara dalam proses pengajaran 190 OUM

TOPIK 9 yang menggunakan kaedah tunjuk cara, guru menggunakan perisian komputer sebagai alat untuk membuat demonstrasi. Kaedah ini digunakan bagi menerangkan cara, tingkah laku, tugas, tindak balas atau eksperimen yang hendak dijalankan. Lazimnya demostrasi dilaksanakan disebabkan ekseperimen sebenarnya terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan. Rajah 9.2 : Pengkelasan perisian pendidikan Dalam proses pembelajaran menggunakan perisian, perisian dikawal dan digunakan oleh pelajar. Pelajar berinteraksi sepenuhnya dengan komputer. Proses pembelajaran menggunakan perisian ini membolehkan pelajar belajar dengan aktif dan dapat meneroka maklumat dengan penuh minat. Pengajaran menggunakan teknik ini membolehkan pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri dan belajar di luar waktu kelas. Pembelajaran menggunakan teknik ini memerlukan set komputer yang banyak dan kemahiran pelajar yang agak tinggi. Proses pembelajaran yang menggunakan perisian boleh dibahagikan kepada empat teknik iaitu tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah tutorial, kandungan pelajaran dalam perisian adalah berdasarkan kepada urutan yang telah ditetapkan oleh pembangun perisian. Urutan pembelajaran tutorial merangkumi penerangan, demonstrasi dan latihan atau latih tubi. Proses pembelajaran yang menggunakan kaedah penerokaan memerlukan pelajar menggunakan perisian sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat. Proses pembelajaran ini menggunakan perisian sebagai alat aplikasi (alat membantu murid melaksanakan tugas dalam pembelajaran) bukan sebagai mekanisma penyalur maklumat. OUM 191

TOPIK 9 Dalam pembelajaran yang menggunakan kaedah komunikasi, perisian digunakan untuk berkomunikasi. Dengan kaedah ini, pelajar akan dapat berkomunikasi dan berbincang dengan rakan-rakan dan guru, biar pun mereka berada diluar kawasan sekolah. Latihan 9.1 Nyatakan kesan negatif hasil daripada kesilapan guru dalam memilih perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) 9.2 PEMILIHAN PERISIAN YANG SESUAI Semasa anda membuat keputusan memilih profesion guru sebagai kerjaya anda. Pasti terdapat beberapa kriteria pekerjaan seperti gaji yang baik, kemudahan-kemudahan sebagai kakitangan awam serta kepentingan yang memenuhi kehendak anda dan pasaran kerja ketika itu. Pastinya kita memilihnya berdasarkan kesan baik dan keburukannya. Berdasar pemilihan itu dapatkah anda kaitkan dengan keperluan memilih perisian komputer yang sesuai. 9.2.1 Keperluan Memilih Perisian Dewasa ini, terlalu banyak syarikat atau orang perseorangan yang membangunkan perisian pendidikan tetapi kebanyakan perisian yang dibangunkan itu tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki, contohnya: Perisian yang dibina tidak mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran Perisian yang dibina tidak mengikut kurikulum pengajaran dan pembelajaran Perisian yang dibina tidak sesentif terhadap kebudayaan dan agama Penggunaan media yang tidak bersesuai dengan golongan sasaran Perisian yang dibina mengganggu tumpuan pengguna 9.2.3 Kriteria Pemilihan Pihak guru perlu berhati-hati semasa memilih perisian. Berikut adalah tujuh kriteria yang perlu difikirkan oleh guru sebelum memilih perisian: Rajah 9.3 : Tujuh kriteria pemilihan perisian 192 OUM

TOPIK 9 (a) Sumber & Literasi Jadual 9.1 : Sumber dan Literasi 1 Kenal pasti penerbit perisian, tarikh perisian dan pastikan perisian ini diterbitkan oleh penerbit yang berkarisma dan berwibawa. 2 Kenal pasti tenaga pakar yang membina perisian. Dalam menerbitkan perisian pendidikan, pakar dalam bidang pendidikan perlu ada bagi memastikan perisian tersebut dapat mengaplikasikan segala aspek pedagogi atau andragogi dengan baik. 3 Kenal pasti pengedar yang mengedarkan perisian. Pengedar yang baik akan sentiasa memastikan barang yang diedar mempunyai kualiti yang tinggi. 4 Buat perbincangan dengan rakan sejawat atau rakan-rakan yang pernah menggunakan perisian. Perbincangan dengan rakan sejawat tentang perisian yang hendak digunakan cukup penting bagi mengenal pasti kekurangan dan kelebihan perisian. 5 Buat perbincangan dengan rakan-rakan yang pernah menggunakan perisian. Pengalaman mereka yang pernah menggunakan perisian ini boleh menjadi panduan yang baik dalam memilih perisian ini. 6 Sekiranya perisian tersebut mempunyai manual. Pembangun perisian perlu membaca manual dengan teliti. Manual membolehkan pengguna menilai kesesuaian perisian dengan corak pengajaran yang hendak digunakan dalam kelas. 7 Sekiranya terdapat perbincangan dalam majalah atau jurnal yang membincangkan tentang perisian terbaru, lakukan bacaan untuk menambahkan maklumat. 8 Terdapat perisian yang diperkenalkan dalam persidangan, seminar dan pameran. Oleh itu guru seharusnya peka dengan maklumat terkini yang boleh didapati daripada program seumpama ini. Sebagai contoh perisian Adobe Photoshop CS2 merupakan perisian yang telah dipertingkatkan kemampunanya. Perisian ini bukan sahaja digunakan secara meluas diindustri media cetak dan media massa, malah juga digunakan untuk tujuan pendidikan. Rajah 9.4 : Perisian Adobe Photoshop CS2 OUM 193

TOPIK 9 (b) Tentukan Strategi P&P menggunakan perisian (i) Tentu dan pastikan strategi pedagogi yang digunakan oleh perisian seperti dalam rajah 9.4 di bawah: Rajah 9.5 : Strategi P&P menggunakan perisian (ii) (iii) Tentukan tujuan atau objektif perisian Kenal pasti pengetahuan sedia ada yang perlu ada pada pengguna perisian itu (c) Mesra Pengguna Jadual 9.2 : Mesra Pengguna 1 Adakah arahan yang diberikan dalam perisian ini mudah difahami? 2 Adakah corak interaktif dalam perisian ini sesuai dengan golongan sasaran? 3 Adakah bahasa yang digunakan mudah untuk difahami dan dapat membantu pengguna? 4 Adakah reka bentuk skrin dalam perisian ini menarik dan mudah digunakan? 5 Adakah terdapat gangguan teknikal di sepanjang penggunaan perisian ini? 6 Adakah perisian ini dapat menyeronokan pengguna? 7 Adakah perisian ini dapat memberi motivasi kepada pengguna? 8 Adakah manual penggunaan perisian ini mudah difahami? 9 Adakah perisian ini banyak bercabang ke bahagian-bahagian yang berkaitan? 10 Adakah ikon yang digunakan dalam perisian ini senang dikenal pasti fungsinya? 11 Adakah ikon yang digunakan dalam perisian ini tersusun dan kemas? 12 Adakah ikon yang digunakan dalam perisian ini mudah difahami? 13 Adakah ikon perisian ini dalam bentuk piawai? 14 Adakah interaktiviti dalam perisian ini sentiasa berpandu? 194 OUM

TOPIK 9 15 Adakah perisian ini membenarkan pengguna keluar daripada perisian pada bila-bila masa yang dikehendaki? 16 Adakah aktiviti pembelajaran dalam perisian itu menarik minat pengguna? 17 Adakah perisian ini boleh digunakan di mana-mana komputer? 18 Adakah arahan dalam perisian ini jelas dan mudah? 19 Adakah persembahan dalam perisian tidak memerlukan arahan fasilitator? 20 Adakah maklumat yang terdapat di menu mencukupi? 21 Adakah perisian ini mudah dikendalikan oleh pelajar walaupun baru pertama kali menggunakannya? Pihak Open University Malaysia ada menyediakan perisian pembelajaran tambahan kepada para pelajarnya. Walau bagaimanapun perisian ini hanya berdasarkan kepada modul-modul tertentu sahaja yang diedarkan kepada semua pelajar-pelajar OUM diseluruh negara. Reka bentuk kandungan ini telah memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti jadual 9.2 di atas. Rajah 9.6 : Ciri-ciri perisian yang mesra pengguna (d) Kandungan (i) Adakah maklumat yang terdapat di dalam perisian ini tepat mengikut kurikulum? (ii) Adakah maklumat dalam perisian ini disusun dengan teratur? (iii) Adakah masa penggunaan perisian ini mencukupi dengan masa yang diperuntukkan di dalam jadual? (iv) Adakah contoh yang diberi dalam perisian mencukupi untuk pengguna memahami tajuk pembelajaran? (v) Adakah contoh yang diberi dalam perisian ini realistik? (vi) Adakah contoh yang diberikan dalam perisian ini bersesuaian dan bertepatan? (vii) Adakah isi kandungan perisian ini ringkas dan mudah difahami? (viii) Adakah pengguna lebih mudah memahami pembelajaran selepas menggunakan perisian ini? OUM 195

TOPIK 9 Rajah 9.7 : Contoh kandungan dalam perisian Adobe Photoshop (e) Media (i) Adakah penggunaan klip video di dalam perisian ini banyak membantu pengguna memahami tajuk itu? (ii) Adakah penggunaan teks dalam perisian ini jelas dan mudah dibaca? (iii) Adakah warna yang digunakan dalam perisian ini sesuai dan berkesan? (iv) Adakah kadar amplitiut audio yang digunakan berpatutan dan tidak mengganggu tumpuan pengguna? (v) Adakah penggunaan grafik yang digunakan dalam perisian ini dapat membantu pengguna memahami pembelajaran? (vi) Adakah penggunaan grafik yang digunakan dalam perisian ini menarik? (vii) Adakah animasi yang digunakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran? (viii) Adakah animasi yang digunakan tidak menganggu tumpuan pengguna? (ix) Adakah audio yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran? Rajah 9.8 : Penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran 196 OUM

TOPIK 9 (f) Proses pengajaran dan pembelajaran perisian (i) Adakah maklumat perisian berkaitkan dengan pengetahuan sebenar? (ii) Adakah objektif pengajaran perisian ini ditulis dengan jelas? (iii) Adakah pengguna boleh memilih mana-mana tajuk yang disukai dengan menggunakan perisian ini? (iv) Adakah terdapat rujukan serta pautan laman web dalam perisian ini? (v) Adakah ujian yang disediakan membantu pengguna memahami pembelajaran? (vi) Adakah set induksi yang digunakan menarik dan berkesan? (vii) Adakah skrin persembahan pengajaran memberi maklumat kepada pengguna? (viii) Adakah skrin persembahan pengajaran menarik? (ix) Adakah penyampaian pengajaran dan pembelajaran perisian ini menarik dan tersusun? (x) Adakah penyampaian pengajaran dan pembelajaran perisian ini sesuai dengan gaya pembelajaran pengguna? (xi) Adakah perisian ini merangsang pengguna berfikir? (xii) Adakah perisian ini merangsang pengguna bertindak dengan aktif? (xiii) Adakah perisian ini menyediakan refleksi di akhir pembelajaran? (xiv) Adakah perisian ini mempunyai penutup yang baik dan berkesan? (xv) Adakah objektif perisian ini dapat dicapai dengan mudah? (xvi) Adakah perisian ini berupaya meningkatkan pengalaman pengguna? Rajah 9.9 : Contoh objektif pengajaran OUM 197

TOPIK 9 (g) Kesuaian Pasarana (i) Keupayaan minumun komputer untuk menggunakan perisian (ii) Bilangan komputer yang boleh digunakan untuk menjalankan perisian (iii) Keluasan bilik tayangan yang bersesuaian dengan kejelasan media (iv) Jenis alatan tayangan (v) Keupayaan bilik komputer menampung bilangan pelajar (vi) Keupayaan bekalan elektrik jika semua komputer digunakan Rajah 9.10 : Keupayaan minimun komputer Latihan 9.2 Huraikan keperluan pemilihan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)? 9.3 PROSES PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN Cuba anda nyatakan faktor penyebab mengapa kita sebagai pendidik, perlu memilih perisian yang sesuai, dalam menghasilkan Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Computer (PPBK) serta apakah kesan sekiranya kita tidak memilihnya berhati-hati. Dalam membangunkan perisian, terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian sumatif dan formatif. Fasa penilaian ini melibatkan responden yang pelbagai dan biasanya menggunakan instrumen yang terdiri daripada soal selidik, senarai semak dan temu bual. 198 OUM

TOPIK 9 9.3.1 Penilaian Formatif Penilaian formatif ialah penilaian yang dilaksanakan di sepanjang proses pembangunan perisian multimedia. Tujuan penilaian formatif dilakukan adalah untuk: (a) Menilai halangan yang terdapat dalam pembinaan aplikasi. (b) Menganalisis perubahan mengikut kehendak pengguna. (c) Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengguna dalam menggunakan aplikasi perisian. Penilaian formatif dilaksanakan bagi menjamin kualiti dan keperluan pengguna serta memastikan objektif pembelajaran tercapai. Penilaian formatif juga membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem yang sedang dibangunkan. Penilaian formatif perisian secara ringkasnya bertujuan untuk mendapatkan maklum balas untuk memperbaiki perisian yang sedang dibina. Oleh itu, penilaian formatif melibatkan masa yang panjang, kumpulan responden yang banyak dan alat pengujian yang pelbagai. Jadual 9.1 di bawah menunjukkan contoh alat pengujian dan responden yang terlibat dalam ujian formatif. Jadual 9.1 : Contoh alat pengujian dan responden yang terlibat dalam ujian formatif Rajah 9.11 : Pemerhatian penyelidik melalui senarai semak OUM 199

TOPIK 9 9.3.2 Penilaian Sumatif Penilaian sumatif ialah penilaian yang dilakukan di akhir proses membangunkan perisian. Penilaian sumatif secara amnya bertujuan membantu pembangun perisian mengetahui sama ada perisian yang dibangunkan berjaya menepati keperluan yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, penilaian sumatif juga berfungsi sebagai titik rujukan yang menjamin sesebuah perisian yang dibangunkan menepati matlamat dan objektif. Penilaian sumatif dilakukan di penghujung proses pembangunan yang bertujuan untuk memberi penilaian secara keseluruhan. Penilaian sumatif membolehkan pengubahsuaian dilaksanakan pada versi yang akan datang. Penilaian sumatif dilakukan bagi memastikan perisian yang telah siap dibina mencapai matlamat dan objektif yang ingin dicapai oleh pembangun perisian. Penilaian sumatif melibatkan dua jenis penilaian iaitu pakar dan pengguna seperti dalam Jadual 9.2. Penilaian pakar bertujuan untuk memastikan perisian yang dibina memenuhi keperluan teknikal dan teori yang ditonjolkan. Penilaian pengguna bertujuan menentukan perisian yang digunakan memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran pelajar. Jadual di bawah menunjukkan contoh set penilaian sumatif. Rajah 9.12 : Penilaian sumatif temubual pakar di akhir proses pembangunan Jadual 9.2 : Contoh Set Penilaian Sumatif Penilaian Instrumen Responden Lampiran Sumatif Soal selidik 20 orang peserta kursus D Sumatif Soal selidik 15 orang pensyarah kursus E Sumatif Temu bual 3 Pakar F Latihan 9.3 Cuba anda difinisikan dan huraikan proses penilaian sumatif 200 OUM

TOPIK 9 RUMUSAN Bab ini membincangkan cara menilai dan memilih perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). Perbincangan menilai perisian ditumpukan dalam aspek untuk membangunkan perisian sementara memilih ditumpukan kepada cara memilih perisian untuk pengajaran dan pembelajaran. Dalam bab ini juga disertakan contoh instrument yang digunakan seperti soal selidik, senarai semak dan skrip temu bual. GLOSARI Teori Alat aplikasi Penilaian Penilaian formatif Penilaian sumatif Konsep pembangnan dan prinsip yang menyumbang kepada pengetahuan alat membantu murid melaksanakan tugas dalam pembelajaran Merupakan domin teknologi, menentukan kesempurnaan perisian penilaian yang dilaksanakan di sepanjang proses pembangunan perisian multimedia penilaian yang dilakukan di akhir proses membangunkan perisian. UJIAN 1 1. Nyatakankan dua bentuk penilaian perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). 2. Huraikan keperluan memilih perisian? 3. Huraikan serta perincikan kriteria proses pengajaran dan pembelajaran dalam pemilihan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). 4. Definisikan dan huraikan proses penilaian formatif. UJIAN 2 1. Huraikan dan jelaskan kaedah penggunaan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Huraikan serta perincikan kriteria pemilihan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). 3. Nyatakan dua jenis penilaian dalam proses penilian pembangunan perisian. OUM 201

TOPIK 9 RUJUKAN Hamidah Baba. 1999. Pemikiran dan hala tuju pembangunan perisian kursus multimedia pendidikan interaktif. Kertas kerja Kursus Penilaian Grafik Adobe Photoshop. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuching, 6-10 September. Robiah Sidin. 1992. Keberkesanan program penyediaan guru-guru KBSR satu tinjauan literature. Jurnal Pendidikan Guru 4(3): 248-259. Shaifol Bahary Sulaiman. 2003. Latihan dalam perkhidmatan 12 minggu sekolah bestari. Prosiding Seminar Aliran Terkini Teknologi Maklumat dan Komunikasi, hlm 29-38. 202 OUM

TOPIK 9 LAMPIRAN A Arahan: tandakan ( ) pada kotak yang disediakan serta berikan komen dengan jujur dan ikhlas A. KANDUNGAN 1. 2. B. HASIL PEMBELAJARAN 3. 4. C. MESRA PENGGUNA 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. OUM 203

TOPIK 9 12. 13. D. CIRI-CIRI MULTIMEDIA 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. E. STRATEGI PEMBELAJARAN 22. 23. 24. 25. 204 OUM

TOPIK 9 LAMPIRAN B TEMU BUAL PENSYARAH Temu bual pensyarah kursus dibuat setelah mereka selesai menggunakan perisian yang dibangunkan. 1. Adakah kandungan perisian ini bersesuaian dengan Kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan 12 Minggu Sekolah Bestari (Penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran )? Di harap tuan dapat memberi ulasan. 2. Apakah komen tuan terhadap kelancaran program ini dari segi teknikal dan kandungan? 3. Pada pandangan tuan adakah perisian ini dapat membantu tuan memberi tumpuan terhadap pelajar-pelajar yang agak lemah? 4. Apakah pandangan tuan tentang penggunaan menu yang mengunakan carta dalam perisian ini serta butang-butang arahan yang lain? 5. Diharap tuan dapat memberikan ulasan tentang penggunaan arahan dalam perisian ini apakah ia mudah difahami atau sebaliknya? 6. Apakah pendapat tuan tentang pilihan yang diberikan kepada pengguna untuk memilih tajuk-tajuk yang sesuai untuk dipelajari. 7. Perisian ini membenarkan pengguna membuat ulangan berkali-kali sehingga pengguna memahami tajuk ini. Apakah komen tuan? 8. Apakah pendapat tuan mengenai latihan yang di berikan. Adakah latihan mempunyai kaitan dan memudahkan pelajar memahami tajuk ini? 9. Perisian ini cuba mengaplikasikan teori pembelajaran tingkah laku dan kognatif. Pada pendapat tuan, adakah perisian ini dapat mengaplikasikan kedua-dua teori pembelajaran ini? Diharap tuan dapat memberi komen. 10. Perisian ini cuba mengaplikasikan strategi pembelajaran anjal dan aktif. Pada pendapat tuan, adakah perisian ini dapat mengaplikasikan kedua-dua strategi pembelajaran ini? Diharap tuan dapat memberi komen. OUM 205

TOPIK 9 LAMPIRAN C Instrumen ini membuat pemerhatian ketika peserta kursus sedang menggunakan perisian multimedia ini. Tujuannya untuk melihat reaksi peserta kursus semasa menggunakan perisian multimedia. 206 OUM

TOPIK 9 LAMPIRAN D BORANG SOAL SELIDIK PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA TAJUK PENGGUNAAN TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Arahan sila bulatkan jawapan anda mengikut skala di bawah jawab dengan jujur dan ikhlas Borang Penilaian 1. Sangat tidak setuju 2. Tidak Setuju 3. Tidak Pasti 4. Setuju 5. Sangat Setuju A. KANDUNGAN B. HASIL PEMBELAJARAN OUM 207

TOPIK 9 C. MESRA PENGGUNA D. CIRI-CIRI MULTIMEDIA 208 OUM

TOPIK 9 LAMPIRAN E BORANG SOAL SELIDIK PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA TAJUK PENGGUNAAN TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Arahan: Sila bulatkan jawapan anda mengikut skala di bawah ini. Jawab dengan jujur dan ikhlas. Borang Penilaian 1. Sangat tidak setuju 2. Tidak Setuju 3. Tidak Pasti 4. Setuju 5. Sangat Setuju KANDUNGAN OUM 209

TOPIK 9 HASIL PEMBELAJARAN MESRA PENGGUNA 210 OUM

TOPIK 9 CIRI-CIRI MULTIMEDIA OUM 211

TOPIK 9 LAMPIRAN F TEMU BUAL DENGAN PAKAR Temu bual pakar dibuat setelah mereka menggunakan perisian yang dibangunkan. 1 Apakah komen tuan mengenai perisian ini, dari segi kandungan kurikulum bagi memenuhi Kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan 12 Minggu Sekolah Bestari?. 2 Diharap tuan dapat memberi ulasan tentang keupayaan perisian ini untuk memenuhi hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam topik ini. 3 Disepanjang tuan menggunakan perisian ini, apakah pandangan tuan tentang keupayaan perisian ini dari segi memenuhi keperluan konsep mesra pengguna? 4 Perisian multimedia terdiri daripada gabungan pelbagai media. Diharap tuan dapat memberi komen setiap media yang terdapat dalam perisian ini. 5 Adakah pendapat tuan dengan keupayaan perisian ini mengaplikasikan teori pembelajaran tingkah laku dan teori pembelajaran kognatif? 6 Apakah pandangan tuan tentang keupayaan perisian ini mengaplikasikan strategi pembelajaran anjal dan aktif? 7 Setiap benda di dunia ini mempunyai kekuatan dan kelemahan. Diharap tuan dapat memberikan ulasan kelemahan perisian ini. 212 OUM