BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan"

Transkripsi

1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan memainkan peranan penting dalam menentukan kemajuan sesebuah negara. Dewasa ini perkembangan sistem pendidikan di Malaysia semakin mencabar dan seiring dengan kemajuan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kemajuan bidang ICT telah banyak membantu dalam usaha ke arah meningkatkan lagi keberkesanan sistem pendidikan. Pelbagai kaedah dan pendekatan baru diperkenalkan dari semasa ke semasa bagi merealisasikan matlamat ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat pendidikan bertaraf antarabangsa. Sebelum pengenalan komputer di sekolah-sekolah, kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah secara tradisional yang berpusatkan kepada guru di mana guru berperanan menyampaikan pelajaran di dalam kelas sambil pelajar mendengar dan mencatat nota. Kaedah pengajaran secara satu hala ini menjadikan pelajar sebagai passive learner dan hanya bergantung sepenuhnya kepada penyampaian oleh guru. Kaedah ini juga kurang menarik minat pelajar untuk belajar kerana kaedah penyampaian yang sama akan mewujudkan rasa bosan di kalangan pelajar. Menurut Atan Long (1980), pembelajaran tradisional (kapur, buku teks dan percakapan) tidak

2 2 akan menjamin keberkesanan kerana ia tidak menguji daya imaginasi dan pelajar sukar untuk mendapat idea baru. Akibatnya fikiran pelajar sukar untuk berkembang dan menjadi tidak kreatif kerana corak pembelajaran yang digunakan tidak beresuaian dengan keperluan pembelajaran. Menyedari kepentingan bidang pendidikan dalam merealisasikan wawasan negara, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah mengorak langkah dengan memperkenalkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam memastikan bidang pendidikan maju seiring dengan perkembangan semasa, di mana penekanan diberikan terhadap bidang teknologi maklumat dan penggunaan komputer di sekolah. Pada tahun 1999, projek perintis sekolah bestari telah diperkenalkan di 90 buah sekolah selaras dengan kemajuan bidang teknologi maklumat. Kemunculan sekolah bestari di Malaysia telah menyebabkan berlakunya satu perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kaedah diperkenalkan dalam usaha mempertingkatkan kualiti pembelajaran pelajar supaya lebih bermakna dan berkesan. Salah satu darinya adalah kaedah pengajaran berbantu komputer (PBK). Pembelajaran berbantu komputer (PBK) adalah satu pendekatan yang berpusatkan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna pelajar menggunakan komputer untuk mempelajari sesuatu secara langkah demi langkah melalui satu sistem program pembelajaran secara terancang. Menurut Toh (1994), PBK adalah satu proses pengajaran yang melibatkan penggunaan komputer sebagai kemudahan pembelajaran dengan mempersembahkan bahan pengajaran dalam bentuk interaktif untuk memberikan dan mengawal suasana pembelajaran setiap pelajar. Nor Hashimah & Wan Azlinda (2001) pula menyatakan pembelajaran berbantu komputer adalah satu pendekatan kepada pendidikan yang menggunakan program-program perisian untuk berinteraksi dengan pelajar. Pendapat lain daripada Baharuddin et.al (2002) menyatakan bahawa PBK mampu melibatkan

3 3 penggunaan deria yang lebih dari satu. Ini kerana penggunaan lebih daripada satu deria akan memudahkan pelajaran diingati dan tidak menjemukan. Selaras dengan kepentingan PBK dalam membantu proses P&P di sekolah, maka dalam projek ini pembangun berusaha untuk membangunkan sebuah perisian PBK agar ianya dapat memberikan sumbangan kepada guru dan pelajar khusunya di sekolah menengah teknik yang menawarkan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. 1.2 Latar Belakang Masalah Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) merupakan salah satu mata pelajaran elektif yang ditawarkan di sekolah-sekolah menengah teknik di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuan matapelajaran ini diperkenalkan adalah untuk memupuk minat pelajar dalam bidang kejuruteraan dan memberi pengetahuan dan kemahiran asas khususnya dalam bidang kejuruteraan awam. Ini selaras dengan saranan pengerusi Institut Kejuruteraan Malaysia, Ahmad Zaidee Laidin supaya pelajar menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran khususnya bidang teknikal bagi memenuhi permintaan guna tenaga pada masa kini (New Straits Times, 13 Sept 2001). Pada amnya matapelajaran kejuruteraan agak sukar untuk difahami oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah teknik (SMT). Kajian oleh Zol Bahri (2002), mendapati purata pencapaian pelajar bagi subjek-subjek kejuruteraan adalah lebih rendah berbanding dengan subjek lukisan berbantu komputer atau subjek berbentuk pengiraan. Ini kerana dalam subjek kejuruteraan pelajar akan mempelajari topik kejuruteraan yang kadang kala berbentuk abstrak dan sukar bagi pelajar untuk mendapat gambaran yang sebenar. Seperti mana yang dinyatakan oleh Cockwood

4 4 (1981) dalam Zol Bahri (2002), beliau menyatakan bahawa pelajar sering menghadapi masalah yang serius untuk memahami konsep kejuruteraan kerana ketiadaan peralatan-peralatan atau alat bantu mengajar yang sesuai untuk menunjukkan perhubungan sebenar sesuatu sistem atau mekanisme kejuruteraan. Masalah ini bertepatan dengan hasil kajian oleh Funkhouser (1993) yang mendapati bahawa antara masalah pengajaran subjek kejuruteraan ialah ketiadaan alat bantu mengajar yang sesuai. Tidak dapat dinafikan penggunaan buku teks adalah perlu sebagai panduan kepada guru dalam penyampaian pengajaran kepada pelajar. Malangnya kaedah pengajaran di kebanyakan sekolah pada masa kini masih terlalu bergantung pada kaedah konvensional yang lebih tertumpu pada penggunaan buku teks akibat daripada kurangnya bahan bantu mengajar. Ini dikuatkan lagi dengan pendapat Mat Nor dan Rahman (1990) yang menyatakan bahawa kebanyakan guru sering beranggapan bahawa penggunaan buku teks sudah memadai sebagai bahan pengajaran yang lengkap memandangkan isi kandunganya mengikut sukatan pelajaran di sekolah. Akibatnya pelajar cepat merasa bosan dan seterusnya menimbulkan kesukaran khususnya bagi pelajar yang mempunyai penguasaan pembelajaran yang lemah. Menurut Noor Shahumi (2002), pembinaan buku teks kurang menekankan penglibatan pelajar sepenuhnya, tidak menitikberatkan perbezaan individu di samping penerangan yang terlalu umum bagi sesetengah tajuk walaupun tajuk tersebut memerlukan penerangan yang lebih terperinci. Selain itu, akibat ketiadaan bahan bantu mengajar yang sesuai, guru terpaksa menerangkan sesuatu topik dengan selengkap mungkin dan secara berulang kali berpandukan buku teks. Ini akan menyukarkan guru dan mengambil masa yang lama kerana kebanyakan pelajar di tingkatan 4 tidak mempunyai pengetahuan asas tentang bidang kejuruteraan awam. Oleh itu guru amat memerlukan bahan bantu mengajar yang sesuai bagi memudahkan penyampaian pengajarannya dan pelajar pula mudah memahami isi

5 5 pelajaran yang disampaikan. Ini penting bagi menimbulkan keseronokan belajar di kalangan pelajar. Atas maksud itu, maka adalah perlu unsur-unsur multimedia digunakan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana menurut Baharuddin & Mohd (1995) unsur-unsur miltimedia yang membenarkan integrasi elemen-elemen video, audio, teks, grafik dan animasi akan menjadikan proses P&P suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Ini secara tidak langsung akan menjimatkan masa penyampaian P&P guru di dalam kelas. Pada masa kini perkakasan komputer agak mudah diperolehi dengan harga yang mampu dimiliki oleh hampir semua golongan masyarakat. Namun begitu masalah timbul kerana perisian-perisian untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) amat kurang di pasaran tempatan khususnya yang menggunakan bahasa melayu sebagai medium penyampaian. Masalah ini amat ketara lebih-lebih lagi bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan sains, teknikal dan kejuruteraan seperti mana yang dinyatakan oleh Noor Shahumi (2002). Senario ini menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar yang mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan topik yang dipelajari. Sekiranya bahan pembelajaran dalam Bahasa Melayu terus berkurangan maka apa yang akan berlaku di kalangan pelajar ialah gejala sekatan ilmu, di mana ilmu dari luar tidak dapat diserap dan dimanfaatkan sepenuhnya. Natijahnya prestasi pelajar akan merosot dan tidak berkembang khasnya dalam mata pelajaran kejuruteraan. Menyedari hakikat ini, maka dalam projek ini pengkaji berusaha untuk membangunkan sebuah perisian PBK yang akan menggabungkan unsur-unsur multimedia sebagai alat bantu mengajar bagi guru dan pelajar. Selain itu, perisian yang dibangunkan akan menggunakan bahasa Melayu sebagai medium penyampaian sebagai usaha memperbanyakkan koleksi bahan pembelajaran dalam Bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknikal khususnya bagi mata pelajaran PKA. Semoga dengan wujudnya PBK dalam topik ini akan menimbulkan minat belajar di kalangan pelajar dan seterusnya membolehkan mereka memahami isi pelajaran dengan baik.

6 6 Secara tidak langsung ini akan dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran ini. 1.3 Pernyataan Masalah Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah mengorak langkah memperkenalkan mata pelajaran kejuruteraan sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja separuh mahir khususnya dari sekolah-sekolah menengah teknik (SMT). Namun begitu masih terdapat masalah yang timbul terutamanya dalam proses P&P mata pelajaran tersebut kesan daripada ketiadaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Akibatnya pelajar menghadapi masalah untuk mamahami konsep kejuruteraan yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Ini kerana kebanyakan guru hanya bergantung pada buku teks semata-mata dalam proses penyampaian P&P. Di samping itu pelajar sukar untuk mendapatkan rujukan lanjutan kerana kebanyakan bahan rujukan dalam bidang teknikal diimport dari luar negara dan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium penyampaian. Ini menyukarkan pelajar-pelajar yang lemah dalam bahasa tersebut. Menyedari akan masalah yang timbul, maka pengkaji berusaha untuk membangunkan sebuah perisian PBK bertajuk Cerun bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam sebagai usaha membantu dalam memudahkan proses pemahaman pelajar-pelajar khususnya dalam mata pelajaran PKA.

7 7 1.4 Objektif Projek Objektif utama projek ini adalah seperti berikut : Menghasilkan sebuah perisian pembelajaran berbantu komputer (PBK) dalam topik Cerun bagi matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam tingkatan empat Mewujudkan sebuah perisian PBK yang dapat membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah melalui penggunaan unsur-unsur multimedia Menambahkan satu lagi alternatif bahan bantu pengajaran di sekolah-sekolah menengah teknik. 1.5 Objektif Perisian Di akhir penggunaan perisian ini, pelajar-pelajar akan dapat: Mengenalpasti jenis-jenis cerun Menyenaraikan dua jenis mod kegagalan cerun Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan cerun Menerangkan kaedah-kaedah untuk menstabilkan cerun dalam kejuruteraan awam.

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Ledakan maklumat dewasa ini amat pantas berlaku di mana-mana tempat di serata dunia. Bidang teknologi komunikasi dan komputer sedang berkembang dengan pesat. Penggunaan

Lebih terperinci

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P Jamalludin Harun Centre for Teaching & Learning Universiti Teknologi Malaysia Zaidatun Tasir Jabatan Multimedia Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan komputer di negara kita telah melalui satu gerakan reformasi dan pembaharuan yang canggih bersesuaian dengan perkembangan infrastukturnya. Perkembangan penggunaan

Lebih terperinci

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik Teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran

Lebih terperinci

Katakunci : laman web, garis dan satah, tiga matra, teori konstruktivisme lima fase Needham

Katakunci : laman web, garis dan satah, tiga matra, teori konstruktivisme lima fase Needham Pembangunan Laman Web Tingkatan Empat Bagi Tajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra Berasaskan Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham Abdul Razak Idris & Norashikin Mhd Yatim Fakulti Pendidikan, Universiti

Lebih terperinci

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan Teknologi Multimedia dalam Pendidikan ------------------------------------------------- Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Selain

Lebih terperinci

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia PENGENALAN Terdapat lima elemen

Lebih terperinci

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN 6.1 Pendahuluan. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang kajian yang telah dijalankan. Penulis juga akan menyimpulkan beberapa faktor-faktor

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sektor perumahan merupakan salah satu sektor yang utama di dalam program pembangunan negara ini yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk, sekaligus

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah menyarankan agar Malaysia dapat mencapai taraf negara maju yang berasaskan perindustrian menjelang abad ke-21 dan hasrat

Lebih terperinci

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT Umumnya sumber pengajaran di bahagikan kepada 2 komponen iaitu : Sumber manusia Sumber bukan manusia Tahukah anda negara kita mempunyai pelbagai dasar bagi menjamin

Lebih terperinci

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian BAB SATU PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian iaitu, latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan

Lebih terperinci

TEKNOLOGI AUDIO & DIGITAL PENGGUNAAN AUDIO DALAM APLIKASI MULTIMEDIA

TEKNOLOGI AUDIO & DIGITAL PENGGUNAAN AUDIO DALAM APLIKASI MULTIMEDIA TEKNOLOGI AUDIO & DIGITAL PENGGUNAAN AUDIO DALAM APLIKASI MULTIMEDIA Jabatan Multimedia Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Maklumat yang ingin disampaikan kepada seseorang pengguna

Lebih terperinci

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu cabang kejuruteraan yang mengalami perkembangan yang pesat. Walaupun masih wujud jurang yang ketara jika dibandingkan dengan industri

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran MATEMATIK 2001 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran MATEMATIK 2001 PUSAT

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan komponen penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara kita seiring degan sektor pertanian, perlombongan, pembuatan dan perkhidmatan. Krisis

Lebih terperinci

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH Guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Jatuh bangun dan maju mundurnya sesebuah sekolah bergantung penuh kepada komitmen dan kesungguhan Guru Besar dan guru-guru dalam menjalankan tugas mereka di sekolah.

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sering dikaitkan dengan era penggunaan digital dalam aktiviti manusia untuk memudahkan komunikasi ataupun menjalankan tugas masing-masing.

Lebih terperinci

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan Jamalludin Harun Centre for Teaching & Learning Universiti Teknologi Malaysia Zaidatun Tasir Jabatan Multimedia Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti

Lebih terperinci

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian Penggunaan Sistem Trek Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Lima F (Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua) Md.Arman @Jamaludin Ag.Damit Abstrak Kajian ini dijalankan

Lebih terperinci

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical BAB 4 ANALISIS DATA 4.0 Pengenalan Bab ini melaporkan dapatan kajian berdasarkan keputusan ujian dan tindak balas yang diberikan oleh responden-responden terhadap soal selidik yang dijalankan. Kajian ini

Lebih terperinci

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar Rumusan Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar normal yang lain. Secara keseluruhannya pemaparan

Lebih terperinci

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan Penyebutan Huruf al-qur an al-karim dalam kalangan saudara baru adalah merupakan satu kajian yang unggul. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan

Lebih terperinci

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3. Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3. Kandungan 1 Kajian Tindakan : Meningkatkan Penguasaan Pelajar Dalam

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Perkembangan dunia yang menuju kepada pengaplikasian secara menyeluruh bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) semakin menampakkan impak yang besar dalam kehidupan

Lebih terperinci

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT 1.0 Latarbelakang Kajian Tempat kerja dan pekerja merupakan dua entiti yang saling berkait rapat di antara satu sama lain. Perkaitan ini wujud kerana pekerja

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Dasar Pendidikan Negara telah menekankan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di dalam pendidikan. Tetapi, menjelang akhir-akhir ini, timbul keresahan dan

Lebih terperinci

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan adalah merupakan salah satu bidang yang sangat mencabar. Berbanding dengan industri lain, industri pembinaan terdedah

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN PROJEK BAB 1 PENGENALAN PROJEK Organisasi menjadi lebih effisien dan berdaya saing apabila dapat menggunakan memori terkumpul dalam bentuk data, maklumat, dan pengetahuan terhadap masalah yang harus ditangani.

Lebih terperinci

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru Kesinambungan PPPM : Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah (2013-2025) ke Pengajian Tinggi (2015-2025) Guru Abad Ke-21

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Proses perbandaran yang semakin pesat dalam pelbagai sektor utama seperti ekonomi, politik, teknologi dan sosial mengubah kepada corak kehidupan manusia seharian. Selain

Lebih terperinci

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat Soalan berkumpulan. Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.manakala

Lebih terperinci

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

REFLEKSI ERLLEY LILLEY REFLEKSI ERLLEY LILLEY Pertama sekali, saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana tugasan yang diberikan kepada saya dapat disiapkan. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu DR. Tey

Lebih terperinci

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Produksi Multimedia Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 Pendahuluan Mata pelajaran Produksi Multimedia ialah

Lebih terperinci

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden 5.1 Pengenalan Dalam Bab ini dapatan kajian berdasarkan penganalisisan data dalam bab 4 akan dibincangkan.dengan itu jawapan kepada soalan-soalan akan dikemukakan dalam bab ini. Pengkaji juga telah mengemukakan

Lebih terperinci

KEMAHIRAN BERDIALOG TIGA BAHASA MENERUSI PEMBANGUNAN APLIKASI DIALOGUE TRILOGY GAME

KEMAHIRAN BERDIALOG TIGA BAHASA MENERUSI PEMBANGUNAN APLIKASI DIALOGUE TRILOGY GAME KEMAHIRAN BERDIALOG TIGA BAHASA MENERUSI PEMBANGUNAN APLIKASI DIALOGUE TRILOGY GAME Nor Musliza Mustafa, Muhammad Ali Reza Ahmad, Mohd Jusoh Husin, Jahari Abd Wahab, Muhamad Faizal Abdul Jalil Kolej Universiti

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 MATLAMAT KURIKULUM Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Dunia Seni Visual adalah melahirkan

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini. BAB 5 KESIMPULAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji merumuskan secara ringkas segala perbincangan dan dapatan kajian yang telah dilakukan dalam

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.0 Pendahuluan Bab ini akan membincangkan dan merumuskan hasil kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik dan akan menjawab persoalan-persoalan kajian yang

Lebih terperinci

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa KERTAS KERJA 2 : Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa 1. TUJUAN 1.1 Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu, perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikan dalam

Lebih terperinci

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK)

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN PROJEK BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Pengurusan kokurikulum yang baik dan cekap amat diharapkan oleh setiap pentadbir di pelbagai peringkat tidak kira di sekolah, daerah mahupun di peringkat kebangsaan.

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Merealisasikan matlamat utama dalam sesuatu sistem pendidikan adalah dengan memperkembangkan dan mempertingkatkan pemahaman pelajar terutama dalam konsep asas. Ini memungkinkan

Lebih terperinci

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak 17 Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan Manisah Osman manisah_osman@moe.edu.sg Sekolah Rendah Yio Chu Kang Abstrak Hasil daripada tinjauan awal yang dilakukan, murid didapati mempunyai

Lebih terperinci

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

Pendahuluan Matlamat dan Objektif Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Produksi Multimedia Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 Pendahuluan Mata pelajaran Produksi Multimedia ialah antara

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Industri pembinaan hari ini terdedah kepada cabaran dari dalam dan luar industri yang membawa kepada keperluan pengurusan dan pengawalan risiko pembinaan. Salah satu kaedah

Lebih terperinci

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Prosiding Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012 Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012 15 18 Disember 2012 http://www.ukm.my/kongres Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti

Lebih terperinci

KANDUNGAN SENARAI JADUAL. Latar belakang 1. Pernyataan masalah 8. Soalan penyelidikan 10. Kepentingan penyelidikan 10. Skop penyelidikan 11

KANDUNGAN SENARAI JADUAL. Latar belakang 1. Pernyataan masalah 8. Soalan penyelidikan 10. Kepentingan penyelidikan 10. Skop penyelidikan 11 KANDUNGAN Halaman SENARAI JADUAL viii BAB 1 PENGENALAN Latar belakang 1 Pernyataan masalah 8 Soalan penyelidikan 10 Kepentingan penyelidikan 10 Skop penyelidikan 11 Definisi 13 BAB 2 TINJAUAN PENULISAN

Lebih terperinci

Kurikulum Kebangsaan

Kurikulum Kebangsaan Kurikulum Kebangsaan VISI KURIKULUM SEKOLAH BERKUALITI UNTUK PENDIDIKAN NEGARA BERTARAF DUNIA MISI Membangunkan kurikulum sekolah yang bersepadu dan berguna untuk perkembangan potensi individu sepenuhnya

Lebih terperinci

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya 1.0 Pendahuluan Isu kelas peralihan sering mendapat perhatian para guru,ibu bapa dan masyarakat secara umumnya. Kelas peralihan

Lebih terperinci

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN 5.1 PENDAHULUAN Bab ini memaparkan ringkasan kajian secara menyeluruh yang merangkumi tujuan, kerangka teoretikal kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument

Lebih terperinci

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik A. Ahmad 1, S. M. Idrus 2, N.N. N. A. Malik 3, N.A. Murad 4, N. H. Ngajikin & M. R. M. Esa 6 Fakulti Kejuruteraan

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN 5.1 Pengenalan Hasil daripada kajian strategi membaca teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar ini, pengkaji akan mengemukakan cadangan dan saranan dalam dua bentuk yang berbeza,

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong kita untuk

Lebih terperinci

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP 6.0 PENDAHULUAN Pengkaji membahagikan bab keenam ini kepada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah rumusan daripada kelima-lima bab yang telah dikemukakan sebelum

Lebih terperinci

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT. Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT. 2. Pelaksanaan Mata Pelajaran Malaysia Negaraku Tahap I Di Sekolah Rendah.

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetetif,

Lebih terperinci

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Membantah Cadangan Untuk Menambah Masa Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC Dan SJKT dan Membantah Cadangan Untuk Memperkenalkan Mata Pelajaran Malaysia Negaraku

Lebih terperinci

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan ------------------------------------------------- Apabila kita memperkatakan mengenai reka bentuk dalam proses pembangunan aplikasi atau perisian multimedia

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. Teknologi khususnya yang berkaitan dengan penggunaan komputer adalah

BAB 1 PENGENALAN. Teknologi khususnya yang berkaitan dengan penggunaan komputer adalah BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Mutakhir, sistem pendidikan Negara kita sedang mengalami perubahan yang pesat seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan bahawa perkembangan

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan

Lebih terperinci

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Dunia kini telah mengiktiraf Malaysia sebagai salah satu negara membangun yang maju di rantau Asia Tenggara. Pengiktirafan seperti ini merupakan satu tilik tolak untuk

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001 TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah

Lebih terperinci

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak 19 Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif Zulkifli Khamis zulkifli_b_khamis@moe.edu.sg Noor Aisyah Ahmad Sharif noor_aisyah_ahmad_sharif@moe.edu.sg Sekolah

Lebih terperinci

Teknologi Pengajaran (2 jam)

Teknologi Pengajaran (2 jam) TAJUK 1 Teknologi Pengajaran (2 jam) Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi pengajaran, peranan teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi pengajaran, dan menjelaskan

Lebih terperinci

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai

Lebih terperinci

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek),afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani)

Lebih terperinci

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan Setelah menjalankan kajian secara menyeluruh terhadap teknik dan kaedah muhawarah di Sekolah Kebangsaan Sungai Kapar Indah, Sekolah Kebangsaan Meru dan Sekolah

Lebih terperinci

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Untuk menjadi sebuah negara maju, antara perkara utama yang perlu diambil perhatian ialah menyediakan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Tenaga kerja ini

Lebih terperinci

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut. BAB LIMA PENUTUP 5.1 Pendahuluan Bab ini menghuraikan rumusan tentang penemuan kajian dan cadangan-cadangan ke arah menjadikan Kursus Pendidikan Islam mempengaruhi terhadap cara hidup pelajar dalam semua

Lebih terperinci

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merumuskan hasil kajian yang diperolehi dan dianalisis di sepanjang penyelidikan yang telah dijalankan. Penulis membahagikan bab ini kepada 3

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Seringkali kedengaran berita tentang tanah-tanah milik persendirian diambil oleh kerajaan di mana sejumlah pampasan akan diberikan kepada tuan tanah untuk menggantikan

Lebih terperinci

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK Kementerian Pelajaran Malaysia Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 1 Buku Sukatan Pelajaran Matematik, Kurikulum

Lebih terperinci

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 PENDAHULUAN Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis statistik deskriptif dan inferensi

Lebih terperinci

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan: Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi bab sebelum ini mengikut aspek yang ditimbulkan dalam persoalan kajian serta

Lebih terperinci

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan. DEFINISI RANCANGAN PERNIAGAAN Rancangan Perniagaan ialah suatu dokumen bertulis menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Rancangan perniagaan pada umumnya merangkumi

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan FELDA iaitu singkatan kepada Lembaga Kemajuan dan Tanah Persekutuan dimana ia ditubuhkan melalui Akta Pembangunan Tanah 1956 telah dipertanggungjwab untuk memajukan tanah-tanah

Lebih terperinci

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan BAB V KESIMPULAN 5.1 PENDAHULUAN Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan mengemukakan suatu rumusan ringkas mengenai hasil kajian, implikasi, memberi cadangan, limitasi

Lebih terperinci

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN 6.0 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan. Ringkasan kajian berfokus tentang konsep penerapan

Lebih terperinci

ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haziqah Najian bt Zakeria PISMP Tajuk 1 : Teknologi Pendidikan. Konsep.

ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haziqah Najian bt Zakeria PISMP Tajuk 1 : Teknologi Pendidikan. Konsep. ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Haziqah Najian bt Zakira @ Zakeria PISMP 4.06 Tajuk 1 : Teknologi Pendidikan Konsep Teknologi : Berasal daripada bahasa Yunani techne yang bermaksud kemahiran.

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN 2 PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN

Lebih terperinci

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia masih perlu

Lebih terperinci

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-03 KOD AMALAN KAEDAH

Lebih terperinci

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN LAMPIRAN 3-9 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PR1/MD BIDANG TERAS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN Nama Pelajar No.K/P Program PDPLI SM PDPLI SR Ambilan Pengkhususan Sekolah Mata

Lebih terperinci

KAEDAH KUMPULAN KECIL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

KAEDAH KUMPULAN KECIL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH KAEDAH KUMPULAN KECIL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH Ariegusrini Agus Mohamad Johdi Salleh International Islamic University Malaysia (IIUM) Pengenalan Tidak ada satu kaedah mutlak yang boleh

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan 17 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sejarah perkembangan penyeliaan di Malaysia bermula hasil Laporan Pelajaran Tinggi di Malaya (1939), Laporan Bornes (1951) dan Laporan Razak (1956) yang menyarankan

Lebih terperinci

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak 39 Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit Melati Hallel melati_hallel@moe.edu.sg Noor Aisyah Buang noor_aisya_buang@moe.edu.sg Sekolah Rendah Si Ling Abstrak Dua isu

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Bab ini akan menerangkan secara menyeluruh mengenai kajian yang dijalankan dalam membangunkan Model Kepuasan Pelanggan Untuk Laman Web E-Runcit. Melihat kepada kepesatan

Lebih terperinci

KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii

Lebih terperinci

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM Untuk memastikan semua Program Akademik di Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar (FKAAS) dapat

Lebih terperinci

TOPIK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN

TOPIK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN TOPIK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN Satu KONSEP proses MEDIA sistematik untuk merekabentuk, membangun,melaksana & menilai pengajaran ~ Media / medium saluran (Dick & komunikasi

Lebih terperinci

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pentaksiran Kerja Kursus Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pentaksiran Kerja Kursus Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pentaksiran Kerja Kursus Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan) Kursus: Program: Kumpulan: Disediakan oleh: EDU 3053 - Teknologi

Lebih terperinci

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SULIT Sila rujuk Panduan Pelaksanaan Penilaian Prestasi Perkhidmatan Awam Malaysia sebelum mengisi borang ini BORANG UiTM (Prestasi) 3/2002 No. KP : : No. Pekerja : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA LAPORAN PENILAIAN

Lebih terperinci