HHHC9501 Set4 Sem 2 20132014 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN LAPORAN AKHIR AMANINA SHARIDZAN BT AZIZAN A144164 FAKULTI KEJURUTERAAN & ALAM BINA
KANDUNGAN 1.0 Pendahuluan 2.0 Misi 3.0 Matlamat 4.0 Objektif 5.0 Pembuktian 6.0 Penutup
1.0 PENDAHULUAN Dalam dunia yang berbeza acuannya mengikut zaman dan peradapan yang wujud, maka cetusan bagi melahirkan komuniti varsiti yang ideal perlulah berteraskan kepada konsep holistik ataupun menyeluruh. 08/03/14 adalah tarikh yang cukup strategik dan bersejarah buat saya. Hal ini kerana, saya telah menyertai satu program iaitu Women Engineer s Day bagi menyelesaikan HHHC9501 Set4 Sem 2 20132014 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN. Women Engineer s Day merupakan program yang julung-julung kali diadakan khusus buat mahasiswi FKAB. Program ini dianjurkan oleh PEMATRA di bawah kelolaan Naib Yang Dipertua 2 (NYDP2) PEMATRA. Bertepatan dengan bidang tugas NYDP2 yang menjurus kepada hal kebajikan mahasiswi FKAB, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswi FKAB peluang dan cabaran menjadi seorang jurutera wanita di masa hadapan. Bertemakan Leadership Mentoring ia bukan sekadar mengenai kejuruteraan semata-mata, program ini juga akan menyentuh mengenai isu-isu wanita semasa lebih-lebih lagi berkaitan dengan kepimpinan wanita pada masa sekarang. Bagaimana mahu mencorak seorang pemimpin wanita bukan sekadar berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing malah mampu menyumbang semaksimum mungkin kepada masyarakat. Sebelum ini bagi sesi kepimpinan tiga tahun yang lepas, PEMATRA juga pernah mengadakan program khusus untuk mahasiswi iaitu Tunas Jurutera juga dengan matlamat yang sama iaitu berkaitan kejuruteraan. Setelah hampir tiga tahun kurangnya program yang khusus buat mahasiswi, sesi kali ini kami mengorak langkah dengan mengadakan Women Engineer s Day dengan pembawakan yang berbeza. Melalui program ini melatih saya agar berfikir secara kreatif dan kritis.selain itu, melatih saya agar megambil kira pelbagai aspek apabila membuat keputusan.terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan seperti forum yang terdiri daripada panel yang sangat berpengalaman dan aktiviti dalam kumpulan.apabila berada dalam kumpulan, banyak pandangan dan buah fikiran yang diutarakan.oleh itu, sebagai satu kumpulan kita harus berbincang agar dapat mencapai kata sepakat.
2.0 MISI Women Engineer s Day diadakan bertujuan untuk membina karakter dan keyakinan diri sebagai seorang wanita bekerjaya sekaligus sebagai pemimpin masyarakat. 3.0 MATLAMAT Mendukung falsafah, wawasan, misi dan matlamat Universiti Kebangsaan Malaysia disamping melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berketrampilan dan berwawasan agar dapat menjalinkan hubungan yang erat antara pensyarah, kakitangan dan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia seterusnya menjayakan konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Membina kerjaya sebagai seorang jurutera wanita dan sebagai warga masyarakat yang berjaya. 4.2 Membina karakter dan keyakinan diri sebagai seorang jurutera wanita di Malaysia. 4.3 Menjadikan institusi professional dan kesarjanaan sebagai mentor. 4.4 Menggalakkan kursus yang berbentuk membina kemahiran kemahiran berorganisasi. 4.5 Mendedahkan cabaran dunia kejuruteraan sebagai jurutera wanita
5.0 PEMBUKTIAN Bukti projek ini telah dijalankan Masa perjumpaan (perbincangan ) Masa persiapan Masa pelaksanaan Masa perjumpaan : Perancangan awal : Tempat : Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Misi : membina karakter dan keyakinan diri sebagai seorang wanita bekerjaya Matlamat : Mendukung falsafah, wawasan, misi dan matlamat Universiti Kebangsaan Malaysia Perancangan awal Tarikh : 3 Mac 2014 Tema : Today s Engineer, Tomorrow Leader Tajuk Program : WOMEN ENGINEER S DAY 2014
Masa persiapan : Perjumpaan yang pertama bagi membincangkan perjalanan program dan pembahagian kerja.saya memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa program telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal keadaan pada hari kejadian agar program berjalan lancar.selain itu, merancang beberapa aktiviti untuk dijalankan.
Masa pelaksanaan : 3 orang ahli panel telah dijemput khas bagi memberi input apabila kita bekerja kelak.mereka turut berkongsi pengalaman mereka bekerja.sebagai seorang wanita yang menceburi bidang kejuruteraan yang kebanyakkan didominasi oleh kaum lelaki merupakan satu cabaran besar.dengan tips dan nasihat yang diberikan saya yakin, saya mampu hadapinya.dari forum ini, banyak input yang dapat saya ambil sebagai panduan apabila sudah bekerja kelak.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah kita diberi sitiuasi dan kita perlu berfikir pendekatan yang bagaimana boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah kita.melalui aktiviti ini, saya berfikir secara kritis dengan menganalisa pelbagai jenis penyelesaian agar sesuai dengan masalah saya.tambahan pula, apabila dalam satu kumpulan, banyak iadea yang penyelesaian masalah yang dapat dikenal pasti.
6.0 PENUTUP Setiap masalah yang dihadapi akan terkandung di dalamnya benih penyelesaian.oleh itu kita harus mengambil langkah yang bijak untuk mengatasi masalah tersebut.alhamdulilah, segala rintangan dan halangan berjaya kami lalui bagi menjayakan program Women Engineer s Day.Ini merupakan pengalaman yang paling berharga buat saya kerana sebelum ini saya tidak pernah menyertai dan menganjurkan mana mana program.saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menimba ilmu dan mempelajari sesuatu yang tidak pernah saya belajar. Tambahan pula melalui program seperti ini melatih saya agar berfikir secara kreatif dan kritis.hal ini kerana jika dilihat aktiviti yang telah dijalakan, kami diberi situasi dan kami perlu mencari jalan bagi menyelesaikan masalah tersebut.selain itu, program ini turut melatih saya agar megambil kira pelbagai aspek apabila membuat keputusan.kita harus melihat kepada kesan yang perlu dihadapi jika kita membuat keputusan.sebagai contoh, apabila kita menghadapi masalah ditempat kerja iaitu ganguan seksual.adakah kita perlu berdiam diri, melaporkan pada pihak tertentu atau letak jawatan dan diamkan diri? Oleh itu, sebelum mengambil sesuatu keputusan kita perlu berfikir secara baik.