POLITEKNIK MUADZAM SHAH JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI PMS-PK-PPP-03 PEMANTAUAN PROSES PENGAJARAN DISEDIAKAN OLEH DILULUSKAN OLEH NAMA MOHD SHAHKRI BIN JUSOH DR SHAMSURI BIN ABDULLAH JAWATAN KETUA JABATAN PENGARAH POLITEKNIK MUADZAM SHAH TARIKH 16 NOVEMBER 2017 17 NOVEMBER 2017
1.0 OBJEKTIF DAN FUNGSI Prosedur ini menggariskan tindakan untuk perlaksanaan pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)) ke atas semua Ketua Jabatan, Ketua Program, Ketua Kursus dan pensyarah kursus pada setiap semester. Ia bertujuan:- a. Memastikan perancangan dan penyampaian kurikulum dilaksanakan bagi mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan. b. Menggunakan dapatan keseluruhan pemantauan PdP untuk melaksanakan penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) program pengajian. c. Menjadikan dapatan sebagai input kepada program peningkatan kompetensi dan profesionalisma pensyarah. d. Menjadi input kepada pencerapan khas Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dalam kategori I dan II skim Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT). 2.0 SKOP Prosedur ini digunapakai untuk semua pensyarah yang terlibat dalam pelaksanaan PdP program pengajian politeknik dalam semua mod pengajian. Pemantauan hendaklah dilaksanakan terhadap semua pensyarah sekurang-kurangnya sekali setahun dengan tidak kurang 40% daripada jumlah pensyarah dipantau setiap semester. 3.0 RUJUKAN 3.1 Garis Panduan Pemantauan dan Pembelajaran Politeknik yang sedang berkuatkuasa, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi. 4.0 DEFINISI TPA Timbalan Pengarah Akademik; PMS ialah Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Kategori II yang dilantik oleh Ketua Pengarah JPP. KJ Ketua Jabatan adalah Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Kategori II yang dilantik oleh Ketua Pengarah JPP untuk mengetuai sesuatu jabatan.
KP Ketua Program adalah Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Kategori II yang dilantik oleh Ketua Pengarah JPP untuk mengetuai program yang ditawarkan oleh jabatan. KK Ketua Kursus adalah Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Kategori II yang dilantik oleh Ketua Pengarah JPP untuk mengetuai program yang ditawarkan oleh Jabatan Matematik, Sains & Komputer, Jabatan Pengajian Am dan Unit Sukan & Kokurikulum. PP Pegawai Pemantau adalah pegawai yang dilantik oleh TPA bagi melaksanakan proses pemantauan PdP. PPPT Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi. PdP dan Pembelajaran. CQI Continous Quality Improvement (Penambahbaikan Kualiti Berterusan). JPP Jabatan Pendidikan Politeknik
5.0 PROSEDUR KERJA A. PEMANTAUAN PROSES PENGAJARAN PENSYARAH TANGGUNGJAWAB TINDAKAN A. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB TPA 1. Merancang dan mengawalselia proses pemantauan PdP politeknik. 2. Membincang status pelaksanaan dan dapatan pemantauan PdP Politeknik di dalam Mesyuarat Pengurusan Akademik. 3. Membentang status pelaksanaan dan dapatan pemantauan PdP Politeknik di dalam Mesyuarat Pengurusan Politeknik/Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan. 4. Memastikan pelaksanaan CQI dilaksanakan. 5. Membentangkan Laporan Pemantauan PdP Politeknik dalam Mesyuarat Jawatankuasa Akademik. KJ PP 1. Mengurus pelaksanaan pemantauan PdP peringkat jabatan. 2. Menyampaikan taklimat Garis Panduan Pemantauan PdP kepada semua pensyarah. 3. Membentangkan Laporan Pemantauan PdP Jabatan berdasarkan format dalam Mesyuarat Jawatankuasa Akademik. 4. Mengurus pelaksanaan CQl untuk meningkatkan kualiti PdP. 1. Melaksanakan pemantauan mengikut perancangan jabatan dan garis panduan yang telah ditetapkan. 2. Membincangkan dapatan pemantauan bersama pensyarah yang dipantau. 3. Membantu meningkatkan tahap kompetensi dan profesionalisme pensyarah. 4. Menggalakkan perkongsian kepakaran dan pengalaman dalam PdP.
TANGGUNGJAWAB TINDAKAN 1. Bertanggungjawab untuk memahami proses pemantauan PdP dan memastikan diri dipantau sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. PPPT 2. Bekerjasama dengan pegawai pemantau dalam pelaksanaan pemantauan PdP. 3. Mengambil tindakan terhadap cadangan penambahbaikan berdasarkan maklum balas pemantauan PdP. 4. Menggunakan instrumen pemantauan PdP bagi penilaian kendiri/rakan sekerja. B. FASA PELAKSANAAN PEMANTAUAN PdP Pemantauan PdP (menggunakan Lampiran 1a, Lampiran 1b dan Lampiran 2) dilaksanakan dalam TIGA (3) fasa iaitu: PP/ PPPT Fasa 1 : Pra Pemantauan Pemantau dan pensyarah yang dipantau perlu mengadakan perbincangan berkaitan: 1.1 Tujuan pemantauan 1.2 Instrumen pemantauan 1.3 Tarikh, masa dan tempoh pemantauan 1.4 Dokumen PdP (Fail Rekod Pensyarah (FRP) 1.5 Rekod pemantauan PdP yang terdahulu (jika berkaitan) PP/ PPPT Fasa 2: Pemantauan Proses pemantauan yang perlu dilaksanakan melibatkan LIMA (5) domain semasa proses PdP berlangsung: 1.1 Domain 1: Perancangan PdP 1.2 Domain 2: Instruksional 1.3 Domain 3: Kompetensi & Profesionalisme Pensyarah
TANGGUNGJAWAB TINDAKAN 1.4 Domain 4: Pengurusan dan Kawalan Kelas (Teori/Amali) 1.5 Domain 5: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Penyampaian PdP* (*KECUALI bagi kursus yang kurikulumnya dalam Bahasa Malaysia) Fasa 3 : Pasca Pemantauan Maklum balas secara lisan dan bertulis perlu diberikan kepada pensyarah yang dipantau sebaik-baiknya selepas tamat sesi pemantauan. Perkara yang perlu dibincangkan adalah dapatan pemantauan dan cadangan penambahbaikan. Dapatan Instrumen Penilaian Pensyarah Oleh Pelajar (Lampiran 2) digalakkan untuk dijadikan rujukan bagi tujuan CQI. KJ/ PP/ PPPT Hasil pemantauan dianalisa dan Laporan Pemantauan PdP Jabatan (Lampiran 3) dilengkapkan serta dilapor bagi tujuan melaksanakan tindakan penambahbaikan dalam meningkatkan pembangunan profesionalisme pensyarah. C. LAPORAN DAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN KJ/ KP/ KK/ PP 1. Laporan Pemantauan PdP Jabatan akan dikemaskini dalam Sistem Pelaporan Pemantauan yang dibangunkan oleh JPP. (sila rujuk Garis Panduan Pemantauan PdP yang terkini)
7.0 REKOD KUALITI Bil. Jenis Rekod Tempoh Simpanan Lokasi Lampiran 1. Instrumen Pemantauan PdP 1 tahun Bilik Ketua Jabatan 1a 2. Instrumen Pemantauan PdP (item) 1 tahun Bilik Ketua Jabatan 1b 3. 4. 5. Instrumen Penilaian Pensyarah Oleh Pelajar Laporan Pemantauan PdP Jabatan Laporan Keseluruhan Semester 1 tahun Bilik Ketua Jabatan 1 tahun Bilik Ketua Jabatan 1 tahun Bilik TPA 2 3 4 Disediakan Bersama Oleh: 1) En. Mohd Shahkri Bin Jusoh - KJPA 2) En. Azman Bin Aziz - Pensyarah Utama JPA 3) En. Mohammad Tarmizi Bin Balya - Ketua Kursus Pengajian Islam 4) Pn. Zuharyati Binti Yusof - Penyelaras Kualiti JPA 5) En. Mohd Rosdi Bin Ripin - Penyelaras Kualiti JPA