KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 41 NAMA : NUR AFIQAH BINTI HARON NO MATRIK : A144536 PROGRAM/TAHUN: SAINS BIOPERUBATAN/1 SEMESTER :2 FAKULTI: FAKULTI SAINS KESIHATAN
GAMBAR Gambar 1,10/4/2014 : komunikasi bersama dengan Exco Jamuan 2 mengenai program rewang yang akan dijalan pada keesokannya. Gambar 2, 10/4/2014 : Perbincangan dan komunikasi bersama ahli seketriat jamuan
Gambar 3.
Gambar 4: Gambar 3 dan 4 adalah semasa penyediaan air minuman kepada para peserta di Kampung Masjid Lama, Mukim Ulu Melaka.
Gambar 5: 12/5/2014, komunikasi bersama peserta semasa mengagihkan roti Gambar 6: komunikasi perbincangan post-mortem bersama ahli seketriat jamuan
Laporan Pada 10-13 April 2014, kelab sahabat Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan Program Cinta Desa Siswa 2.0 bertempat di Pulau Langkawi, Kedah. Program ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka dan Kampung Masjid Lama, Mukim Ulu Melaka. Seramai lebih kurang 70 pelajar menyertai program ini. Misi program ini dijalankan adalah mendekatkan diri dengan masyarakat disamping dapat mengukuhkan perpaduan di antara ahli kelab yang terdiri daripada berbilang kaum dan melahirkan mahasiswa-mahasiswa yang berketerampilan, terkehadapan, bijak berkomunikasi seiring dengan adab dan norma kehidupan dan sekali gus memartabatkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia pada mata masyarakat. Program ini juga dapat membantu mahasiswa dalam meningkatkan kemahiran insaniah dalam berorganisasi dan membantu meningkatkan keyakinan dalam berinteraksi dengan masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Jawatan yang saya pegang dalam program ini adalah exco jamuan 1. Program ini mula dirancang pada 24 Februari 2014 di mana majlis tertinggi memberitahu kepada semua ahli kelab sahabat mengenai program ke Pulau Langkawi. Perancangan program ini diikuti dengan perjumpaan peserta yang akan mengikuti program dan pelantikan jawatan kepada setiap peserta yang akan mengikuti program tersebut. Semasa program ini dijalankan, kemahiran komunikasi merupakan elemen penting dalam memulakan interaksi. Kemahiran komunikasi dapat dilihat antara mahasiswa dan mahasiswa, mahasiswa dan pihak pengurusan dan yang paling penting sekali adalah antara mahasiswa dan penduduk kampung. Dalam setiap sekretariat, kemahiran komunikasi adalah penting untuk mencari kesepakatan dan dalam penyampaian maklumat. Komunikasi yang baik antara mahasiswa dan penduduk kampung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan juga dapat bertukar maklumat dan pendapat antara satu sama lain. Sebagai exco jamuan, kemahiran berkomunikasi sangat penting bagi pertukaran maklumat supaya tugas yang dijalankan menjadi lebih lancar. Komunikasi antara mahasiswa terbentuk semasa kami mengendalikan dan menguruskan aktiviti. Sebagai exco jamuan, saya perlu berkomunikasi dengan ahli seketriat jamuan lain bagi membincangkan tugasan yang akan kami lakukan semasa program dijalankan. Sebelum program dijalankan, kami perlu berbincang mengenai aktiviti rewang yang akan diadakan di Kampung Masjid Lama, Mukim Ulu Melaka. Perbincangan mengenai pembahagian tugas kepada semua peserta yang terlibat dalam program adalah penting bagi memastikan aktiviti rewang berjalan dengan lancar dan teratur. Di samping itu, ahli seketriat jamuan juga perlu berkomunikasi untuk membincangkan mengenai pembahagian roti dan air mineral kepada para peserta semasa program dijalankan dengan mengambil kira jumlah peserta yang terlibat agar tidak berlaku kekurangan atau berlebihan makanan yang akan sediakan.sebanyak lima kali perjumpaan telah diadakan antara seketriat jamuan bagi membincangkan tugas semasa program dan juga masalah-masalah yang timbul. Perjumpaan antara exco program dan majlis tertinggi telah diadakan sebanyak empat kali untuk pembentangan tugas exco. Setiap exco perlu
berkomunikasi membentangkan hasil tugas dan memberitahu kepada majlis tertinggi sebarang masalah yang timbul. Selain itu, sebagai exco jamuan saya perlu berkomunikasi dengan peniaga cafe Kolej Tun Syed Nasir untuk bekalan air minuman dan roti kepada para peserta semasa program dijalankan. Saya perlu memberitahu peniaga tersebut tentang kuantiti air mineral dan roti yang diperlukan dan harga yang perlu kami bayar untuk bekalan tersebut. Semasa program dijalankan, ahli seketriat jamuan juga menggunakan kemahiran komunikasi yang baik untuk membincangkan masalah yang dihadapi seperti kekurangan gula pasir dan bekas plastik bagi memyediakan air sirap kepada para peserta yang terlibat dalam program tersebut. Sebagai penyelesaian, kami berbincang dengan seketriat perhubungan dan pengangkutan untuk membeli bahan tersebut. Komunikasi yang baik antara ahli seketriat jamuan membantu tugas yang dijalankan berjalan lancar. Perbincangan berkumpulan dan mesyuarat yang dijalankan bagi setiap sekretariat menjadi bukti terbentuknya komunikasi antara mahasiswa. Komunikasi antara seketriat jamuan dan seketriat lain juga berlaku kerana kerjasama antara seketriat dapat membantu perjalanan program berjalan dengan lebih lancar. Sebagai contoh, antara seketriat jamuan dan seketriat perhubungan di mana seketriat perhubungan dan pengangkutan memberi maklumat kepada kami mengenai bilangan orang kampung yang akan terlibat dalam rewang dan juga maklumat mengenai bahan mentah dan peralatan yang akan disediakan oleh pihak kampung. Komunikasi antara seketriat jamuan dan pihak pengurusan terbentuk sewaktu program dijalankan dimana saya sebagai exco jamuan berhubung secara terus dengan pihak pengurusan semasa timbul beberapa masalah kecil semasa program. Komunikasi dan perbincangan yang baik sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah yang kami hadapi. Komunikasi antara seketriat jamuan dan majlis tertinggi juga terbentuk sepanjang program dijalankan. Majlis tertinggi sentiasa memberitahu sebarang pertukaran maklumat kepada kami seperti pertangguhan masa aktiviti rewang dan masa yang sesuai untuk mengedarkan makanan kepada para peserta. Selain itu, komunikasi juga terbentuk antara mahsiswa dan penduduk kampung semasa aktiviti dijalankan. Komunikasi ini mewujudkan pertukaran maklumat dan pengetahuan antara para peserta dan penduduk kampung. Sebagai exco jamuan, saya perlu berkomunikasi dengan seorang peniaga kedai makan yang warungnya terletak berhampiran dengan lokasi program kami dijalankan untuk meminta sedikit bekalan air dan ais sebagai persediaan untuk membuat air sirap. Komunikasi yang baik dapat membolehkan kami mudah memperolehi bekalan air daripada peniaga tersebut. Kemahiran komunikasi yang digunakan oleh para peserta dengan penduduk kampung dapat mewujudkan kemesraan dan keharmonian sepanjang program tersebut berlangsung. Selepas program,para peserta telah menemu bual secara lisan beberapa penduduk kampung mengenai program yang telah kami adakan. Kebanyakannya berasa puas hati dengan program kami dan berharap agar program seperti itu akan diadakan lagi. Beberapa penduduk kampung gembira dengan aktiviti rewang yang diadakan kerana aktiviti seperti itu
dapat memupuk semangat silaturahim antara mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dan penduduk kampung. Mereka juga berterima kasih kepada kami kerana telah mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan bertungkus-lumus membuat aktiviti gotongroyong membersihkan kawasan sekolah. Kesimpulannnya, komunikasi merupakan suatu elemen yang sangat penting dalam mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan memudahkan sesuatu organisasi untuk menjalankan sesuatu program dengan lancar dan teratur. Komunikasi memudahkan pertukaran pendapat dan maklumat antara satu pihak dengan pihak yang lain. Tanpa komunikasi yang berkesan, program yang telah dijalankan iaitu Program Cinta Desa Siswa 2.0 tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan mungkin berlaku banyak masalah yang tidak diingini.