SEKOLAH RENDAH UNITY

dokumen-dokumen yang mirip
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH CANBERRA

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

HUMOR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

Panduan Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BERTUTUR. Nordin Tahir, IPG Ipoh

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

ARAHAN: ( )

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

KERJA KURSUS PROJEK: TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN EDU3105

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

Objektif taklimat ini :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

Peranan Guru Peranan Murid Sebelum Sebelum Semasa Semasa Selepas Selepas

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

2.1 Butir-Butir Peribadi Pelatih/Pelajar Ruangan ini perlu diisikan dengan butir-butir peribadi pelatih/pelajar dengan lengkap.

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

NOTA PENGURUSAN GRAFIK BMM 3033E- PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH. Konsep Pentaksiran, Pengujian, dan Penilaian. Kaedah Penilaian Bahasa

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

FU: 4.3 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB 5: KAEDAH & TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Laporan Komunikasi Efektif (LMCK1331 Set86) Nama : Ooi Kah Yen No. Matrik : A Tajuk Drama : Akulah Tanggang Peranan dalam drama : Watak Susan

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN FUNGSIONAL GURU AKADEMIK

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Peranan Guru Peranan Pelajar Sebelum Sebelum Semasa Semasa Selepas Selepas

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

DARJAH 6 BAHASA MELAYU 29 JANUARI 2016

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 5 (KSSR)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 922 Sukatan Pelajaran

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

OBJEKTIF PENGENALAN

. NlVE ITI I I I I I I I I I I I I I. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN loris PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/2016 ARAHAN

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Sekolah Menengah)

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

Panduan mengajar bagi e-daya Bahasa Malaysia 5

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

Transkripsi:

SEKOLAH RENDAH UNITY

PROGRAM RENTAS CIPTA PENGENALAN Penguasaan kosa kata penting bagi meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Oleh itu, guru harus memastikan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid serta memenuhi keperluan murid yang mempunyai kebolehan yang pelbagai. Untuk memastikan guru menerapkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan Program Rentas Cipta dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca murid. OBJEKTIF PROGRAM 2. Pada akhir program ini murid dapat: a. memahami makna kosa kata mengikut konteks penggunaan; b. mengenal pasti isi utama dalam teks yang dibaca; c. mengumpul, menyusun dan mengalih maklumat dari bentuk asal ke genre yang lain; dan d. membuat persembahan yang kreatif. PERANCANGAN PROGRAM 3. Sebelum guru memulakan program KBS, guru telah mengenal pasti keperluan murid berdasarkan keputusan peperiksaan Semester 1. Guru mendapati murid mempunyai masalah untuk memahami teks yang dibaca. Di samping itu, murid juga mempunyai penguasaan kosa kata yang tidak kukuh. Oleh itu, program KBS ini diperkenalkan untuk memberi pembelajaran yang lebih menarik dan merangsang minda murid dengan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan penguasaan bahasa murid. PELAKSANAAN PROGRAM 4. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan kebolehan mereka. Guru telah memilih novel dan cerpen yang sesuai berdasarkan keupayaan murid. Selain bahan bacaan, guru juga mendapatkan bahan audio dan video daripada Internet. Lembaran kerja yang disediakan juga dibina berdasarkan tahap keupayaan murid. PENILAIAN PROGRAM 5. Melalui penilaian yang dijalankan, guru mendapati matlamat utama telah dapat dicapai. Walaupun guru menghadapi masalah untuk mengumpulkan sumber pengajaran yang sesuai kerana keterbatasan waktu dan sumber yang terhad, guru berjaya menggabungkan bahan sedia ada dengan sumber-sumber baharu untuk menjayakan program ini. Suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang menyeronokkan telah dapat mengekalkan tumpuan murid pada pembelajaran. Murid dapat mengikuti pengajaran dengan mudah serta mengambil bahagian dalam

kerja berkumpulan secara aktif. Program ini berjaya meningkatkan motivasi murid melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, murid dapat membezakan antara prosa dan puisi. Murid dapat menggabungkan genre prosa dan puisi dalam karya kreatif mereka. PENAMBAHBAIKAN 6. Disebabkan program ini dijalankan pada Penggal 4, guru mempunyai jangka masa yang terbatas untuk mengumpulkan bahan. Guru juga memerlukan masa untuk memastikan murid mempunyai pendedahan tentang pelbagai genre, prosa dan puisi sebelum program ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, disarankan perancangan program dimulakan dengan lebih awal dan melibatkan lebih ramai guru agar program ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan. USAHA SUSULAN 7. Guru mendapati program ini amat baik dan mengesyorkan agar tema yang lebih luas dan relevan dapat digunakan. Selain itu, sumber lain seperti akhbar, komik dan grafik juga boleh dijadikan bahan pengajaran. RUJUKAN 1. Anis, 1996, Kasih Sayang. Angin Dari Gunung. Diselenggarakan oleh Abdullah Tahir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, hlm316 324. 2. Azimah Alis, 2003. Kotak Hitam Lijah. Sup Untuk Santapan Rohani Kanak- Kanak. Diselenggarakan oleh Siti Eiasah Abd Rashid dan Azam Md Atan, 2003. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hlm. 68-72. 3. Kholilah Hj. Amin, 2003. Banjir. Sup Untuk Santapan Rohani Kanak-Kanak. Diselenggarakan oleh Siti Eiasah Abd Rashid dan Azam Md Atan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hlm. 16-19. 4. Sharifah Hasnah Abdullah, 2004. Ibu Yang Ku Sayang Edisi 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. 5. Siti Norhafidza Razali, 2003. Ibuku Sayang. Sup Untuk Santapan Rohani Kanak-Kanak. Diselenggarakan oleh Siti Eiasah Abd Rashid dan Azam Md Atan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hlm. 8-9. 6. Sedutan filem Mira Edora (1990). Didapatkan pada Oktober 29, 2010, dari http://www.youtube.com/watch?v=vlrhyeg6k0y&p=93fa740c4bf74070&fea ture=bfindex=7 7. Filem Sang Kancil. Didapatkan pada Oktober 25, 2010, dari http://www.youtube.com/watch?v=bggpqkqy8bq

PROGRAM RENTAS CIPTA SENARAI SEMAK SEMASA MERANCANG DAN MEMBINA KBS Aspek Catatan Langkah 1: Meneliti Keperluan murid meneliti keputusan ujian/penilaian Keputusan komponen kefahaman Semester 1 menjejas markah keseluruhan pencapaian murid menjalankan soal selidik o melalui pemerhatian guru o melalui temu-bual dengan murid o mengisi borang soal selidik Kosa kata murid terhad Murid tidak dapat menjawab soalan dengan bahasa yang gramatis ujian diagnostik Langkah 2: Mengenal Pasti Objektif Tidak dijalankan menentukan kemahiran yang hendak dinilai Meningkatkan kemahiran membaca dan memahami menentukan aspek kognitif, afektif dan sikap yang hendak diambil kira dalam melakar objektif pengajaran dan pembelajaran Menyemai sikap bekerjasama dalam kalangan murid Merangsang kreativiti murid Langkah 3: Memilih dan Menyusun Kandungan Program menentukan jenis program Program Rentas Cipta menentukan jenis aktiviti Pembelajaran bersama Drama dan bacaan kreatif menentukan jangka masa program 10 waktu Dijalankan dalam jangka masa dua minggu Langkah 4: Memilih dan Menyusun Pengalaman Pembelajaran Menyediakan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran secara aktif Membuat pementasan berdasarkan teks di perpustakaan dan di bilik darjah memastikan pengetahuan yang hendak dibina adanya nilai tambah dalam pembelajaran Melibatkan murid secara aktif Memberi peluang berinteraksi dengan berkesan

Aspek Catatan Langkah 5: Menilai Pencapaian Kemahiran memastikan program yang dibina dapat memenuhi kemahiran yang hendak dicapai Membina kemahiran membaca dan memahami melalui penghayatan teks memastikan kemahiran yang hendak dicapai selaras dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran Kemahiran membaca dan memahami memastikan kriteria penilaian jelas Alat Penilaian: Senarai semak, borang refleksi Lembaran Kerja

LAKARAN Mengenal Pasti Keperluan Murid Meningkatkan penguasaan kosa kata murid Meningkatkan kemahiran membaca dan memahami teks Meningkatkan keupayaan murid mengumpul, menyusun, mentafsir dan mengalih maklumat ke bentuk yang lain Menetapkan Matlamat Memperkayakan kosa kata murid Membina pengetahuan kognitif melalui novel dan cerpen Mengumpul, menyusun, mentafsir dan mengalih maklumat ke bentuk yang lain Belajar secara berkumpulan dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan Program Rentas Cipta Menentukan Program Menggunakan novel dan cerpen dalam pembelajaran Mendedahkan murid kepada pelbagai genre penulisan seperti sajak dan dialog Jangka masa yang sesuai 10 waktu Untuk murid Darjah 5 Melaksanakan Aktiviti Memilih novel dan cerpen yang sesuai dengan tahap keupayaan murid Membincangkan makna kosa kata yang sukar mengikut konteks dengan menggunakan kamus Mendedahkan pelbagai genre penulisan kepada murid Menjalankan pelbagai aktiviti seperti Readers Theatre Menilai Pencapaian Kemahiran Murid Memahami makna kosa kata mengikut konteks penggunaannya Mengenal pasti tema dan watak utama dalam cerita Mengalihkan maklumat dari satu genre ke genre yang lain

Program RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Rentas Cipta Kumpulan Sasaran Darjah 5 Jumlah Murid 3 kumpulan (HA 25, MA 35, LA 26) Fokus Kegiatan Jangka Masa Kemahiran Objektif Pembelajaran Pengayaan 10 waktu yang dijalankan dalam jangka masa dua minggu Membaca dan memahami Pada akhir program murid dapat: 1. memahami makna kosa kata mengikut konteks penggunaan 2. mengenal pasti isi utama dalam teks yang dibaca 3. mengumpul, menyusun dan mengalih maklumat dari bentuk asal ke genre yang lain 4. mempersembahkan bahan bacaan dalam pembentangan yang kreatif Nilai Tambah Pembelajaran Nota Murid dapat: 1. membina kemahiran mengalih teks daripada satu genre ke genre yang lain 2. meningkatkan kemahiran ke tahap yang lebih tinggi dan mengasah minda 3. membina kemahiran membuat interpretasi Bahan boleh disesuaikan untuk buku cerita atau bahan bacaan yang berlainan tajuk dengan menggunakan tema yang sama. Mari Membaca (Tuning-in) Bahan/Catatan Murid: a. membaca bahan bacaan yang diberi selama seminggu sewaktu aktiviti bacaan senyap b. melengkapkan senarai semak c. mencatat maklumat penting dengan menggunakan penyusun grafik Bahan Senarai Semak 1 Senarai Semak 2 Lembaran Kerja 1 (T1-T3) Nota Guru menyediakan bahan bacaan yang sama untuk satu kelas Kumpulan HA membaca novel Mira Edora, kumpulan MA membaca cerpen Ibuku Sayang, kumpulan LA membaca antologi cerpen Sup untuk Santapan Rohani Kanakkanak Dijalankan di luar waktu kurikulum Dikendalikan oleh 3 orang guru

Aktiviti 1 Bahan/Catatan Tajuk: Gedung Ilmu Induksi Murid: a. bermain permainan bahasa ( Hangman, silang kata) b. menyenaraikan perkataan-perkataan yang diperoleh dari permainan Hangman di papan tulis/ kertas manila Nota Guru menyediakan perkataan berdasarkan bahan bacaan yang dipilih Guru boleh memberi pembayang makna untuk membolehkan murid meneka Permainan Hangman - Guru memberikan bilangan perkataan di papan tulis cth: bagi perkataan masalah guru menulis _ - Murid meneka huruf yang terdapat dalam perkataan itu. Jika huruf itu tidak ada dalam perkataan maka guru akan menggantung 1 tulang. - Permainan berakhir jika semua tulang (1-7) sudah digantung atau murid berjaya meneka perkataan 1 2 4 5 3 6 7 Aktiviti Murid: a. menyenaraikan perkataan baharu b. mencari makna lima perkataan berdasarkan konteks c. berkongsi jawapan mereka dengan rakan di kelas d. membina lima potong ayat daripada perkataan yang disenaraikan Bahan Lembaran Kerja 2 (T1- T3) Nota Aktiviti T1 Guru menyenaraikan 5 perkataan baharu Murid menggunakan kamus untuk mencari makna Murid mencari ayat daripada teks yang dibaca secara berkumpulan Aktiviti T2 Guru menyenaraikan 5 perkataan baharu Murid mencari makna perkataan menggunakan kamus Murid membina ayat tidak kurang

daripada 7 patah perkataan Aktiviti T3 Guru menyenaraikan 5 perkataan baharu Murid memberi makna mengikut konteks Murid semak jawapan mereka menggunakan kamus Murid membina ayat tidak kurang daripada 10 patah perkataan Aktiviti 2 Tajuk: Irama dan Lagu Induksi Murid: a. mendengar lagu yang dipilih guru b. memberikan pendapat mengenai lagu tersebut Nota Guru menyediakan lagu dan menayangkan lirik di visualizer (T1) Adikku Manja (T2) Untukmu Ibu (T3)Anak Rusa Nani Guru mendedahkan murid kepada berbagai genre penulisan seperti puisi dan sajak (T2-T3) dan pantun (T1) Soalan Panduan Apakah mesej yang disampaikan dalam lagu itu? Aktiviti Murid: a. bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan 2 rangkap pantun atau sajak berdasarkan lagu tadi b. meneliti hasil kerja rakan c. melengkapkan rubrik kerja kumpulan Bahan Kertas Sebak Senarai Semak 3 Nota Guru mendapatkan murid mengubah lirik lagu itu ke bentuk yang lain seperti sajak atau pantun Guru menampalkan hasil kerja murid di dinding kelas Guru menjalankan kegiatan Lintas Galeri Aktiviti Pelajaran 3 Tajuk: Pandanglah, Lihatlah Induksi Murid: a. menonton sedutan video lakonan drama yang berkaitan dengan tema b. memberikan penerangan tentang drama yang ditonton Bahan Guru memilih buku yang ada dalam bentuk drama Contoh: Si Tanggang, Mira Edora dan Si Kancil

Nota Guru boleh mendapatkan wakil kumpulan untuk membacakan sajak atau pantun yang telah mereka hasilkan pada Aktiviti 2 Soalan Panduan Apakah yang menarik mengenai video itu? Bagaimanakah ekspresi muka watak? Bagaimanakah intonasi suara watak? Aktiviti Murid: a. menghasilkan dialog berdasarkan senario yang diberikan dan menggabungkan pantun/ sajak yang dibuat pada Aktiviti 2 secara berkumpulan b. menyemak dialog bersama guru Bahan Kertas Sebak Nota Guru mengajar murid format menulis dialog Guru menyemak hasil kerja murid Aktiviti Pelajaran 4 Tajuk: Jalan Ampas Kembali Lagi Aktiviti Murid: a. membuat pementasan dialog yang dihasilkan dalam Pelajaran 3 dalam bentuk Readers Theatre b. menilai hasil kerja rakan Penutup Murid: a. membuat refleksi b. memberi maklum balas kepada guru Bahan Senarai Semak 4 Nota Guru memberi murid masa untuk berlatih Aktiviti boleh dijalankan bersama kelas-kelas lain di AVA atau perpustakaan sekolah Readers Theatre : Murid membaca berdasarkan skrip yang mereka hasilkan tanpa menghafal Murid memberi tumpuan pada intonasi dan nada suara Bahan Borang Refleksi Borang maklum balas program bagi guru dan murid

BORANG MAKLUM BALAS MURID Nama: Kelas: Tarikh: Arahan: Lengkapkan borang maklum balas berikut. A Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju No. Item Program Rentas Cipta 1. Program ini membantu saya dalam pembelajaran. 2. Saya dapat membaca dengan berkesan. 3. Saya dapat menggunakan bahan bacaan untuk membina kebolehan bahasa saya. B Aktiviti 4. Mencabar minda saya. 5. Menambah kosa kata saya. 6. Melatih saya menulis dengan cara berbeza. 7. Melatih saya mentafsir maklumat. 8. Menarik.

C Penilaian 9. Penilaian kendiri membina keyakinan saya. 10. Saya dapat menyemak kerja saya dengan lebih teliti. Berikan pandangan kamu. 1. Apakah aktiviti lain yang boleh dilakukan dengan menggunakan bahan bacaan. 2. Apakah bahan bacaan lain yang boleh kamu gunakan untuk mencari maklumat? Jelaskan.

BORANG MENILAI KEBERKESANAN PROGRAM KBS Nama Guru: Tarikh: Arahan: Lengkapkan borang penilaian ini. SS- Sangat Setuju S- Setuju TS- Kurang Setuju STS- Tidak Setuju No Item SS S TS STS 1. Matlamat program memenuhi keperluan murid. 2. Bahan dan sumber pengajaran mencukupi. 3. Aktiviti dapat dijalankan dengan berkesan. 4. Murid dapat menjalankan aktiviti dengan baik. 5. Program ini merangsang minda murid. 6. Program ini meningkatkan pelibatan murid di bilik darjah. Perkara Lain: 7. Bagaimanakah program ini dapat diperbaik? 13

SENARAI SEMAK (1) AKTIVITI SEMASA MEMBACA Nama: Kelas: Tarikh: Arahan: Tandakan dalam petak yang sesuai. Semasa saya membaca saya akan... 1. memastikan saya dapat memahami teks yang saya baca 2. membaca beberapa kali bahagian cerita yang kurang difahami 3. mencatatkan perkataan yang saya tidak faham 4. menggunakan kamus untuk mencari makna perkataan itu 5. Mencatat frasa dan ayat yang menarik 6. menggunakan grafik untuk memahami teks itu 14

SENARAI SEMAK (2) AKTIVITI SELEPAS MEMBACA Nama: Kelas: Tarikh: Arahan: Tandakan dalam petak yang sesuai. Selepas aktiviti membaca saya dapat... 1. mempelajari kosa kata yang baharu 2. memahami kosa kata mengikut konteks 3. memahami perkara yang terdapat dalam buku bacaan 4. menyusun maklumat mengikut urutan cerita 15

LEMBARAN KERJA 1 (T3) Nama : Kelas : Tarikh: Arahan: Berdasarkan cerita yang kamu baca, tulis masalah yang dihadapi oleh watak dalam cerita itu. Tajuk Cerita Masalah yang dihadapi Sinopsis masalah Permulaan Pertengahan Penutup 16

LEMBARAN KERJA 1 (T2) Nama : Kelas : Tarikh: Arahan: lengkapkan petak di bawah ini berdasarkan cerita yang telah kamu baca. Tajuk: Watak Bukti 17

LEMBARAN KERJA 1 (T1) Nama : Kelas : Tarikh: Arahan: Jawab soalan berikut berdasarkan watak dalam cerita Kotak Hitam Lijah. Berikan tiga sifat baik yang ada pada watak Mas. 1. 2. 3. Arahan: Lukis gambar watak Lijah berdasarkan penerangan yang diberikan dalam cerita itu. 18

LEMBARAN KERJA 2 (T1) Nama: Kelas: Tarikh: APA MAKNANYA? Lima perkataan di bawah ini terdapat dalam petikan. Salin ayat di mana perkataan tersebut digunakan. Beri makna perkataan tersebut. Kemudian, semak jawapan kamu dengan menggunakan kamus. 1. Perkataan : peduli Ayat : 2. Perkataan : merayu Ayat : 3. Perkataan : berubah Ayat : 19

4. Perkataan : sejati Ayat : 5. Perkataan : berdebar Ayat : 20

LEMBARAN KERJA 2 (T2) Nama : Kelas : Tarikh: APA MAKNANYA? Berdasarkan cerita yang kamu baca, cari makna perkataan di bawah ini. Semak jawapan kamu dengan menggunakan kamus. Kemudian, bina ayat berdasarkan makna tersebut. 1. Perkataan : lagak Ayat : Mereka kata aku sombong, nak tunjuk lagak. Bina Ayat: 2. Perkataan : bengis Ayat : Lijah pandang aku dengan bengis. Bina Ayat: 21

3. Perkataan : gugup Ayat : Dengan gugup dan cemas, aku mengambil basikalku dan terus mengayuh dengan laju mengekori Din dan Man. Bina Ayat: 4. Perkataan : remuk Ayat : Basikal hitam yang berbakul putih di hadapannya telah remuk dihimpit tayar lori. Bina Ayat: 5. Perkataan : mengerumuni Ayat : Orang ramai mengerumuni tempat kejadian. Bina Ayat: 22

LEMBARAN KERJA 2 (T3) Nama : Kelas : Tarikh: APA MAKNANYA? Lima perkataan di bawah ini terdapat dalam cerita yang kamu baca. Berikan makna perkataan tersebut berdasarkan konteks ayat yang diberikan. Semak jawapan kamu dengan menggunakan kamus. Kemudian, bina ayat berdasarkan makna tersebut. 1. Perkataan : nyatakan (ms 316) Ayat : Setelah itu aku nyatakan hasratku yang sebenar kerana mengganggunya itu. Definisi saya : Bina Ayat: 2. Perkataan : mengalihkan (ms 317) Ayat : Apabila doktor itu mengalihkan pandangannya ke tempat lain, Rubiah kelihatan cemas. Definisi saya : Bina Ayat: 23

3. Perkataan : lengang (ms 319) Ayat : Oleh keranan suasana lengang maka bisikan Rubiah jelas kedengaran. Definisi saya : Bina Ayat: 4. Perkataan : bendungan (ms 319) Ayat : Kelopak matanya tertutup dan dua titik air mata terlepas dari bendungan. Definisi saya : Bina Ayat: 5. Perkataan : rangkul (ms 322) Ayat : Bila saya dapat bergerak, saya rangkul Fatimah. Definisi saya : Bina Ayat: 24

SENARAI SEMAK (3) PENYAMPAIAN SAJAK/PANTUN Nama kumpulan rakan: Kumpulan yang menilai: Arahan: Tandakan dalam petak yang sesuai. Rakan saya menggunakan sebutan baku semasa membaca. Bacaan rakan saya baik. Saya memahami apa yang dibaca oleh rakan saya. 25

SENARAI SEMAK 4 AKTIVITI PEMBENTANGAN Nama Kumpulan: Tarikh: Kelas: Arahan: Tandakan dalam petak yang sesuai. Kami bekerja sebagai satu kumpulan. Kami menggunakan sebutan baku. Sebutan kami jelas. Kami berasa seronok. 26

BORANG REFLEKSI MURID Nama: Kelas: Tarikh: Arahan: Lengkapkan borang refleksi ini. 1. Nyatakan pengetahuan baharu yang kamu dapati daripada aktiviti yang dijalankan. 2. Nyatakan bagaimanakah pengetahuan yang baharu itu telah menambah kosa kata kamu. 27