Bab 1: Etika. 1.1 Pengenalan. Pada akhir bab ini, anda akan dapat:

dokumen-dokumen yang mirip
Kesetiaan kepada Syarikat

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Pengenalan Makroekonomi

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

Buat Apa Yang Betul. Kod Etika

Pengenalan kepada Ekonomi

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Model Pengurusan Strategik

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Bab 6: Etika Agama Kristian

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

Inovasi dan Perubahan

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

David Hume: KEPENTINGAN DIRI DAN KEADILAN

LMCK1621 ETIKA DAN PROFESIONAL SET 8

Melindungi Anak-anak di Alam Siber

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

MOTIVASIKAN DIRI ANDA Bahagian satu

Pengurusan Bilik Darjah

Hasrat Penjagaan Saya

Polisi Privasi. Pengenalan

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

kita tidaklah selalunya seronok dengan keputusan yang telah kita ambil.

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Taklimat untuk Guru BM

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

Tatakelakuan. Pembekal

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Agama Buddha. i. Ia berasal dari negara India pada kurun ke-6 SM dan diasaskan oleh Gautama Buddha sebagai salah satu interpretasi agama Hindu.

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Sifat Etika dalam Perniagaan Moden

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

Pertimbangan Moral dan Teori Etika

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

Produk. Teknologi. Perkhidmatan. Dihantar Di Seluruh Dunia. THE BLUE BOOK. Merayajan 50 tahun kecermerlangan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

PEPERIKSAAN AKHIR ARAHAN

ARAHAN: ( )

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Kod pengendalian perniagaan

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (Set31) BAGAIMANA PENGGUNAAN JARINGAN SOSIAL MEMBERI KESAN KEPADA KANAK-KANAK.

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Bab 8: Kesejagatan Etika di Asia

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. pemeliharaan public property (harta milik am) termasuk proses peruntukan harta (dana)

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Panduan Guru Versi 1. Layari standtogether.my/competition untuk versi terbaru.

Penilaian Kempen Tak Nak. Dan. Tinjauan Polisi Pengawalan Tembakau Antarabangsa SOAL SELIDIK REMAJA ARAHAN

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

Transkripsi:

Bab 1: Etika Pada akhir bab ini, anda akan dapat: Menakrifkan konsep etika; Menjelaskan orientasi etika mereka melalui aktiviti penghayatan; Mengenal pasti empat ciri-ciri etika berdasarkan perasaan, agama, undangundang dan masyarakat; dan Menerangkan kerangka etika umum untuk penghayatan peribadi. 1.1 Pengenalan Senario 1: Anda mengenali seorang rakan sekerja yang sering membawa pulang alat tulis pejabat untuk penggunaan peribadi. Apakah yang patut anda lakukan? Adakah anda akan memberitahu pihak pengurusan atau berdiam diri sahaja? Apakah yang patut anda lakukan? Adakah pilihan anda ini beretika? Senario 2: Anda terdengar jiran anda mendera anaknya dan tanda-tanda seperti lebam dan luka di lengannya jelas kelihatan. Adakah anda akan melaporkan perkara ini kepada pihak yang berkenaan? Apakah yang patut anda lakukan? Adakah pilihan anda ini beretika?

Senario 3: Sebagai seorang ejen hartanah, anda sentiasa di bawah tekanan untuk mencapai sasaran jualan dan pengurus anda meminta anda menggunakan kaedah tertentu seperti memberi insentif khas kepada pelanggan anda dengan menggunakan wang syarikat. Apakah yang patut anda lakukan? Adakah pilihan anda ini beretika? Senario 4: Anda bertugas menjaga sebuah landasan kereta api. Anda ternampak sebuah kereta yang membawa empat orang penumpang terhenti di tengah-tengah landasan dan pada masa yang sama, sebuah kereta api sedang dalam perjalanan dan mungkin akan melanggar kereta tersebut. Anda terfikir untuk menyimpangkan kereta api tersebut ke landasan lain tetapi tindakan ini berisiko tinggi kerana landasan tersebut sudah usang dan mungkin akan menyebabkan kereta api tersebut terkeluar landasan. Apakah yang patut anda lakukan? Adakah anda akan memilih untuk menyimpangkan kereta api tersebut ataupun membiarkannya melanggar kereta itu? Adakah pilihan anda ini beretika? Etika mempunyai pelbagai maksud yang mungkin membawa makna tertentu bagi orang yang berlainan. Bagi sesetengah orang, etika merujuk kepada pematuhan undang-undang secara umumnya dan bagi sesetengah orang lain pula, etika merujuk kepada pematuhan kepada norma-norma sosial. Adakah etika berkaitan dengan: Perasaan tertentu? Kepercayaan agama? Undang-undang? Norma sosial? Di dalam bab ini, anda mendalam konsep etika dan mempelajari apa yang dimaksudkan dengan etika dan juga sebaliknya.

1.2 Takrifan Jadi apakah maksud etika? Apakah yang dimaksudkan dengan peradaban beretika? Mematuhi peraturan? Mematuhi normanorma sosial? Apakah etika? Mengikut kata ibu bapa? Mematuhi ajaran agama? Apa yang diajar oleh cikgu? Gambar rajah 1.1: Apakah yang dimaksudkan dengan peradaban beretika? Kebanyakan orang tidak pernah berfikir tentang konsep ini kerana kerana ramai percaya bahawa etika merujuk secara umumnya kepada melakukan perkara yang betul. Kita tahu membezakan antara perkara yang betul dan salah semenjak kecil lagi. Dalam kehidupan seharian kita, kita sentiasa mengimbangkan antara pilihan yang betul atau salah pada suatu masa, kadang kala tanpa disedari. Ini merupakan asas kepada kehidupan yang beretika. Etika merujuk kepada disiplin peribadi yang wujud di dalam diri kita yang akan membantu kita memilih perkara yang betul berdasarkan daya pemikiran dan daya rasional kita sendiri. Agama juga memainkan peranan yang penting dalam etika kerana semua agama di dunia ini mengutamakan nilai etika yang tinggi. Agama merupakan kod etika tertua di dunia dan digunakan untuk mentadbir etika masyarakat kita. Undang-undang juga memainkan peranan yang penting dalam etika. Andaikan beg anda diragut oleh seorang individu yang membawa pisau dan anda telah menembaknya demi mepertahankan diri. Anda tidak bersalah dari sisi undang-undang kerana anda telah bertindak sedemikian untuk mempertahankan diri. Namun demikian, adakah anda berpendapat yang anda telah membuat pilihan yang beretika? Di samping itu, etika juga dipengaruhi oleh norma sosial atau definisi etika yang diterima umum oleh masyarakat. Definisi ini berbeza mengikut setiap masyarakat. Menurut Manuel Velasquez (terkenal dengan penulisannya mengenai etika perniagaan), etika merujuk kepada dua perkara.

Pertama sekali, etika merujuk kepada taraf konsep asas betul dan salah yang mentadbir tindakan manusia dari segi hak, manfaatnya kepada masyarakat, keadilan atau nilai-nilai tertentu. Gambar rajah 1.2: Penakrifan etika mengikut Manuel Velasquez Menurut Manuel Velasquez, sikap beretika merujuk kepada sikap mengelak perkara-perkara berikut: mencuri merogol membunuh memfitnah menyeleweng dan mengutamakan kejujuran belas kasihan kesetiaan hak untuk hidup hak untuk bebas daripada kemudaratan hak untuk privasi Adakah anda bersetuju dengan Manuel Velasquez? Secara umumnya, kita menerima ini sebagai syarat pertama kerana premis-premis ini bersifat rasional dan munasabah. Kedua, etika merujuk kepada proses penelitian dan perkembangan taraf etika seseorang. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan taraf etika anda? Lihat gambar rajah seterusnya.

Gambar rajah 1.3: Pembentukan taraf etika Pembentukan taraf etika Ibu bapa Keluarga Sahabat Rakan sebaya Komuniti Media Persekitaran umum FIKIR RASIONALISASI Taraf etika anda Setiap tindakan anda sebagai seorang individu adalah pilihan anda sendiri. Namun demikian, anda mungkin akan mengambil kira faktor-faktor yang disebut di dalam rajah di atas. Pilihan anda untuk bertindak secara beretika adalah berdasarkan pemikiran dan rasionalisasi anda sendiri mengenai tindakan yang beretika atau tidak. Tindakan anda mesti ditapis oleh pendirian etika dan nilai anda sendiri. Maksudnya, kita haruslah sentiasa mengkaji kepercayaan dan tindakan moral kita sendiri supaya kita dapat menjamin bahawa kita dan persekitaran kita dapat menepati taraf yang munasabah dan berasas teguh. Anda mampu menghayati taraf nilai dan etika anda sendiri. Di dalam kursus ini, anda akan mempelajari cara menilai taraf etika anda dengan melalui agama dan asas etika juga akan diteliti dari aspek ini. Rujuk kembali kepada senario-senario dilema etika di permulaan bab ini dan bincangkannya dengan rakan atau keluarga. Apakah tindakan anda dan mengapakah mereka berbuat demikian? Adakah taraf etika anda berbeza dengan taraf etika keluarga atau rakan anda?

a) Apakah maksud etika bagi anda? Adakah anda keliru dengan takrifan etika yang telah diberi? b) Apakan kaedah termudah untuk menjelaskan konsep etika dan bagaimanakah ianya digunakan untuk menilai tindakan manusia? c) Bincangkan isu utama berkaitan dengan usul-usul berikut: i) Adakah konsep etika sesuatu yang baru bagi anda? ii) Adakah anda keliru dengan kepelbagaian aspek-aspek etika? 1.3 Etika, Moraliti dan Nilai Apakah perbezaan antara etika, moraliti dan nilai? Adakah semua konsep ini serupa? Adakah konsep-konsep ini berhubung kait antara satu sama lain? Bagaimanakah konsep-konsep ini akan membantu anda memahami etika dari aspek agama? Perenggan seterusnya akan membantu anda menjawab persoalan-persoalan ini. 1.2.1 Etika Etika (atau falsafah moral) merujuk kepada satu cabang bidang falsafah yang berumur lebih 2000 tahun dan diasaskan oleh seorang falsafah Yunani bernama Socrates. Istilah etika berasal daripada perkataan bahasa Yunani Kuno ethos manakala moral berasal daripada perkataan bahasa Latin mores. Kedua-dua perkataan ini embawa maksud sifat. Sila rujuk http://open-site.org/society/philosophy/ethics/history untuk mengetahui tentang sejarah etika dengan lebih lanjut. Socrates gemar mencabar pemikiran orang awam mengenai cara hidup mereka dan bertanya soalan berikut kepada masyarakat Yunani Kuno:

Socrates gemar mencabar orang ramai mengenai cara kehidupan mereka Tidakkan anda malu dengan keghairahan anda untuk memiliki sebanyak kekayaan, status dan penghormatan yang mungkin, dan keengganan anda untuk menghayati kebijaksaan dan kebenaran atau keadaan yang terbaik mungkin untuk jiwa anda? Gambar rajah 1.4: Socrates Etika merujuk kepada sistem ideal moral dan merupakan hasil daripada interaksi antara individu dan masyarakat. Etika menggunakan rasional, logik, serta konsep dan penjelasan falsafah untuk meneliti dan mencari jawapan kepada persoalan. Dengan mempelajari etika, anda akan: Mendalami tingkah laku manusia Berfikiran secara terbuka Menganalisa hujah, tindakan dan kesan Meneliti konsep etika dan melihat bagaimana ianya boleh dipraktikkan Jawapan kepada sesuatu persoalan boleh dicapai selepas berfikir mengenai segala fakta dan taraf etika yang digunakan untuk menilainya. Dengan ini, anda membuat pilihan yang terbaik bagi anda. Oleh sebab ini, pemikiran anda sangat penting. Walaupun undang-undang adalah ibarat piawaian untuk menilai tindakan anda dan bertindak menghukum sesiapa yang tidak mematuhinya, anda tidak patut bergantung kepada undangundang sahaja sebagai bimbingan kerana ianya boleh ditukar dan tidak bersifat tetap. Contohnya, pengguguran anak diizinkan di sesetengah negara dan dilarang di negara-negara lain. Etika merujuk kepada apa yang anda FIKIRkan berdasarkan pemikiran rasional, dan BUKAN apa yang anda RASAkan dan TIDAK bergantung kepada UNDANG-UNDANG

1.2.2 Moraliti Moraliti merujuk kepada tanggapan peribadi seseorang mengenai apa yang betul dan salah, dan yang baik dan buruk. Walaupun tanggapan seseorang individu itu tidak semestinya akan mempengaruhi orang lain, ia tetap akan menpengaruhi sikap dan nilai-nilai sesebuah masyarakat. 1.2.3 Nilai-nilai Nilai merujuk kepada idea atau pegangan kita mengenai apa yang kita percaya dan apa yang penting kepada kita. Nilai-nilai kita mungkin berasaskan etika atau keperluan dan kehendak semulajadi. Nilai-nilai kita mungkin betul atau salah, munasabah atau tidak munasabah. Ianya merujuk kepada asas yang membentuk tindakan kita. 1.2.4 Perhubungan antara Nilai, Moral dan Etika Sebelum kita mengakhiri bahagian ini, mari kita meneliti perhubungan antara nilai, moral dan etika seperti yang dapat dilihat pada gambar rajah 1.5. Etika Moral Individu Nilai (peribadi) Diterima luas Diterima umum Gambar rajah 1.5: Perhubungan antara nilai, moral dan etika Nilai Nilai yang dipegang merupakan kualiti atau idea yang kita rasa adalah penting. Ia mungkin berasaskan moral atau etika, atau berasaskan keperluan atau kehendak semula jadi.

Ia mungkin baik atau buruk dan munasabah atau tidak munasabah. Setiap tindakan yang kita lakukan adalah berasaskan nilai-nilai kita. Moral Moraliti merujuk kepada persepsi individu mengenai yang salah dan benar, dan yang baik dan buruk. Walaupun persepsi moraliti seseorang itu tidak mendatangkan kesan kepada orang lain, ia dapat mempengaruhi nilai dan sikap sesuatu masyarakat. Etika Istilah etika merujuk kepada suatu set atau sistem ideal moral. Etika merupakan produk masyarakat. Namun demikian, tidak hairanlah yang kebanyakan isu etika berkaitan dengan perhubungan di antara individu dan kumpulan yang lebih besar. a) Etika merujuk kepada sebahagian daripada falsafah. Seperti aspek falsafah lain, etika menggunakan rasional, logik dan konsep-konsep tertentu. Apakah persamaan dan perbezaan yang dapat anda lihat dalam menakrifkan konsep etika. b) Etika moral kini dianggap mempunyai aspek perbandingan, iaitu dari aspek budaya, keadaan dan keperluan seseorang individu itu. 1.3 Etika dan Agama di Asia Bahagian ini akan membincangkan etika dari sudut pandangan lima agama berdasarkan kitabkitab suci mereka, sepertimana ditunjukkan pada gambar rajah 1.6. Gambar rajah 1.6: Etika daripada sudut pandangan lima agama dan kitab-kitab suci mereka Islam Al-Quran dan Hadith Hindu Bhagavad Gita Konfusianisme Analekta Kristian Bible Buddha Jalan Lapan Lapis Mulia

Pada pendapat anda, apakah peranan agama-agama dan kitab-kitab suci di atas di dalam kajian etika kita? Setiap daripada buku suci ini berumur beberapa ratus tahun. Kesemua daripada buku suci ini meliputi keperluan-keperluan asas untuk kehidupan yang bermakna. Gambar rajah 1.7: Lima aspek kitab suci yang akan diteliti Perhubungan antara individu dan keluarga Perhubungan sosial dan intrapersonal Perniagaan dan perdagangan Perubatan, sains dan kesihatan Alam sekitar

Walaupun setiap daripada agama ini membincangkan setiap daripada lima perkara ini dengan cara yang berlainan, secara keseluruhannya agama-agama ini berpegang kepada prinsip yang sama iaitu: Mengelak daripada mencederakan insan lain Bertindak mengikut kepentingan masyarakat Mencari kebahagiaan Kebanyakan agama menengahkan taraf etika yang tinggi dan memberi motivasi tinggi berhubung dengan tindakan beretika. Sebelum wujudnya sains atau modenisasi, agama dan kepercayaan merupakan garis panduan yang membantu kita hidup secara beretika. Adalah sukar untuk mengasingkan antara agama, budaya, kepercayaan dan etika, terutamanya di Asia. Kebanyakan ahli falsafah Barat seperti St. Thomas Aquinas, Samuel Clarke, William Paley dan David Hume percaya bahawa agama dan kepercayaan merupakan asas kepada etika. Anda digalakkan membaca tentang falsafah mereka sebagai bacaan tambahan. Apabila kita mendalami pemikiran falsafah Barat dalam bab terakhir, anda akan mendapati bahawa sebahagian besar daripada falsafah Barat adalah berasaskan pemikiran secara empiris dan pertimbangan secara rasional. Kebanyakan daripada ahli falsafah ulung Barat percaya bahawa seseorang individu tidak perlu bersifat warak untuk hidup secara beretika. Namun demikian, hujah sebegini tidak menafikan etika yang berasaskan agama kerana agama adalah berasaskan keimanan. Agama tidak seharusnya tertakluk kepada pemeriksaan saintifik kerana keimanan itu adalah berasakan kepercayaan. Seseorang yang tidak percaya tentang kewujudan Tuhan juga mempercayai ajaran yang sama seperti mereka yang beragama, iaitu: membunuh, mencuri dan menipu adalah salah. Mendalami dan memahami sistem kepercayaan pelbagai agama di dunia ini akan membantu anda menghayati sumbangan agama lain kepada etika dan juga akan membantu anda menghargai agama anda sendiri. Dengan melayari internet, cuba tentukan bilangan agama di dunia ini dan huraikan pengajaran asas mereka. Anda boleh bermula dengan melayari http://www.adherents.com/religions_by_adherents.htm a) Bidang etika dan agama di Asia merupakan isu yang menarik kerana dunia Timur dan Barat berbeza dari segi etika yang berasaskan agama. Pada pendapat anda, terdapatkah persamaan antara mereka? Nyatakan persamaan berikut. b) Apakah cabaran yang dibawa oleh abad ke-21 ke atas masyarakat beretika?

1.4 Etika Bertempat Konsep etika bertempat telah diperkenalkan oleh Joseph Fletcher dalam bukunya bertajuk Situational Ethics (1966). Beliau merupakan pengasas gerakan etika bertempat. Fletcher menyatakan bahawa aktiviti membuat keputusan bergantung kepada situasi dan bukan berasaskan undang-undang tetap. Menurutnya, hanya Cinta sahaja yang mutlak di dunia ini. Cinta sepatutnya menjadi motif sebalik setiap keputusan. Fletcher mengasaskan modelnya berdasarkan kenyataan di dalam Perjanjian Baru (New Testament) buku suci Bible yang berbunyi Tuhan ialah Cinta (1 John 4:8). Cinta itu mutlak. Segala motif dan keputusan haruslah berasaskan cinta. Joseph Fletcher (1905 1991) Gambar rajah 1.8: Joseph Fletcher (1905-1991) Layari laman web http://home.earthlink.net/~rlindbeck/fletcher.htm untuk mempelajari tentang Joseph Fletcher dengan lebih lanjut. Adakah anda bersetuju dengan hujahnya bahawa hanya Cinta yang mutlak di dunia ini? Bincangkan dengan rakan-rakan anda di forum PLS.

1.5. Etika Mutlak Etika bertempat bersifat relatif dan oleh sebab ini, ianya sentiasa berubah. Namun demikian, etika mutlak bersifat tetap. Dalam erti kata lain, ianya tidak akan berubah walau dalam apa situasi pun. Di dalam kajian etika, konsep kemutlakan (atau absolutism) selalunya berlawanan dengan konsep relativism. Adalah sukar untuk unsur-unsur mutlak berfungsi dalam kehidupan seharian. Contohnya, kenyataan janganlah engkau membunuh orang adalah etika mutlak. Tetapi bagaimana pula jika anda membunuh untuk melindungi orang yang disayangi? Lihat contoh kedua ini: bayangkan anda mendapat tahu bahawa rakan sekerja anda menngajar tuisyen pada hujung minggu untuk menampung belanja keluarganya yang besar. Anda sedar yang perbuatannya ini salah tetapi pada masa yang sama, anda juga sedar bahawa institusi anda tidak membenarkan pekerjanya berbuat demikian supaya mereka tidak terlalu penat pada hari minggu, iaitu hari bekerja. Anda bersimpati dengan rakan anda kerana mengalami masalah kewangan tetapi pada masa yang sama, anda sedar bahawa perbuatannya itu salah dari segi peraturan pekerjaan anda. Apakah yang akan berlaku apabila dua kemutlakan bertembung? Contohnya, kakak anda memberitahu anda bahawa dia sedang menghidapi penyakit kanser dan enggan memberitahu ibu bapa anda kerana tidak mahu mereka bimbang. Dia meminta anda merahsiakan perkara ini sekurang-kurangnya sehingga penyakit ini berada di peringkat remisi. Namun demikian. ibu bapa anda berasa curiga dan bertanya anda jika ada apa-apa dengan kakak anda. Apakah yang patut anda lakukan? Adakah anda akan: Menepati janji anda dan tidak memberitahu ibu bapa anda; atau Memberitahu mereka walaupun kakak anda sudahpun menghalang anda daripada berbuat demikian Untuk mengetahui tentang orientasi moral anda dengan lebih lanjut, anda boleh mengambil ujian di laman web berikut: http://outofservice.com/morality a) Bincangkan perbezaan antara etika bertempat dan etika mutlak. b) Apakah kebaikan dan keburukan etika bertempat? Apakah kebaikan dan keburukan etika mutlak? c) Fikirkan situasi di mana etika bertempat atau etika mutlak akan lebih bermanfaat. Bincangkan dengan rakan kamu. Adakah anda bersetuju dengan mereka?

Ringkasan Nilai merujuk kepada idea atau pegangan kita mengenai apa yang kita percaya dan apa yang penting kepada kita. Nilai-nilai kita mungkin berasaskan etika atau keperluan dan kehendak semulajadi. Nilai-nilai kita mungkin betul atau salah, munasabah atau tidak munasabah. Ianya merujuk kepada asas yang membentuk tindakan kita. Moraliti merujuk kepada tanggapan peribadi seseorang mengenai apa yang betul dan salah, dan yang baik dan buruk. Walaupun tanggapan seseorang individu itu tidak semestinya akan mempengaruhi orang lain, ia tetap akan menpengaruhi sikap dan nilai-nilai sesebuah masyarakat. Etika merujuk kepada sistem ideal moral dan merupakan hasil daripada interaksi antara individu dan masyarakat. Etika bertempat menyatakan bahawa aktiviti membuat keputusan bergantung kepada situasi dan bukan berasaskan undang-undang tetap. Hanya Cinta sahaja yang mutlak di dunia ini. Etika bermutlak berasaskan kepercayaan yang terdapat hanya satu kebenaran dan bahawa kebenaran ini sentiasa tetap tidak mengira keadaan atau situasi. Soalan Aneka Pilihan 1. Pilih kenyataan yang menerangkan konsep etika. a. Ia merujuk kepada suatu cabang falsafah b. Ia merujuk kepada gerak hati atau naluri yang membantu anda membezakan antara yang baik dan yang buruk. c. Ia bergantung kepada undang-undang. d. Ia merujuk kepada apa yang anda telah fikirkan dan rasionalisasikan sebagai perkara yang betul. e. Ia merujuk kepada pendapat masyarakat secara umumnya. 2. Dengan mempelajari etika, anda sebenarnya sedang: a. Mendalami tingkah laku manusia b. Meneliti hujah, tindakan dan kesan c. Membanding dan merujuk sesuatu konsep itu ke atas apa yang anda rasai d. Melihat bagaimana sesuatu konsep itu boleh dipraktikkan ke keadaan tertentu.

3. Pilih nilai-nilai yang dikongsi oleh semua agama. a. Mengelak daripada menyakiti orang lain b. Sentiasa menuntut ilmu dan memperbaikkan diri c. Bertindak mengikut kepentingan komuniti d. Mencari kebahagiaan