Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci : laman web, garis dan satah, tiga matra, teori konstruktivisme lima fase Needham

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MODUL PENGAJARAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

UPAYA PENGEMBANGAN PENDIDIKAN MELALUI PEMBELAJARAN BERBASIS MULTIMEDIA

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

EDU 3105: Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

PAMERAN SEMINAR BAHASA MELAYU 2013

1.0 MEMAHAMI PENGATURCARAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INTERAKSI 1 WAJ 3105 PPG

Mencipta Alat Permainan Magnet Daripada Bahan Terbuang: Kaedah Alternatif Mengajar Topik Magnet

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

2.0 PENYATAAN MASALAH

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haziqah Najian bt Zakeria PISMP Tajuk 1 : Teknologi Pendidikan. Konsep.

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

MATEMATIK TINGKATAN 3

INFO PROGRAM INTERVENSI MURID TAHUN 6 DAN PENGGUNAAN BAHAN INTERVENSI PPSMI MURID TAHUN 6 MATA PELAJARAN : SAINS

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN ZALIZA BTE MD YASIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PERANCANGAN MENGAJAR HARIAN SEKOLAH MENENGAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN KEPELBAGAIAN SUMBER DAN BAHAN

PEMBELAJARAN MASTERI

INSTRUMEN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) BAHAGIAN A: MAKLUMAT ASAS GURU

PEDAGOGI ICT (INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJ ARAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

ARAHAN: ( )

Taklimat untuk Guru BM

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Rancangan Pengajaran Harian Sekolah Menengah Pendekatan Pembelajaran Konstruktivisme

Kegunaan IT yang Meluas

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

INSTRUMEN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

TOPIK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

Transkripsi:

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik Teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran (Seels & Richey,1994) Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat. Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah. Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Salah satu penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran ialah melalui penggunaan komputer. Di negara kita pengetahuan dan penggunaan komputer di sekolah semakin berkembang. Guru dan pelajar juga digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk mendapatkan maklumat untuk tujuan P&P. Selain daripada perisian untuk pengajaran Sains, Matematik dan bahasa Inggeris yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran, guru-guru boleh mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri dengan menggunakan komputer riba yang juga dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran. Sistem pendidikan telah mengalami perubahan ekoran daripada perubahan taraf sosial masyarakat daripada era agrarian hinggalah ke era industri dan kini memasuki era teknologi maklumat. Dalam bidang pendidikan sistem ini dikatakan mengalami anjakan daripada teori behaviorisme ke kognitisme dan seterusnya ke konstruktivisme.

Penggunaan komputer yang meningkat dari hari ke hari akan memudahkan segala kerja yang ingin dibuat. Banyak perkara yang boleh dibuat dengan menggunakan komputer seperti membuat persembahan pengajaran dengan menggunakan powerpoint, membuat data dan analisis tentang pencapaian murid dan sebagainya. Dengan ini, guru digalakkan menggunakan ICT dalam proses P & P mereka. Kita dapat lihat perkembangan dunia yang cepat pada masa sekarang disebabkan oleh penggunaan ICT. Tanpa penggunaan ICT, dunia tidak akan berkembang dengan pesat. Begitu juga dalam pengajaran matematik, tanpa penggunaan ICT, segala pengajaran dan pembelajaran akan menjadi perlahan. Jadi tidak hairanlah jika pihak kerajaan telah membuat pelbagai usaha untuk meningkatkan penngunaan ICT dalam pengajaran di kelas. Salah satu usaha pihak kerajaan ialah program PPSMI iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Guru yang mengajar Sains dan Matematik akan dibekalkan dengan komputer riba bagi menggalakkan penggunaan ICT dalam pengajaran guru bagi subjeksubjek berkenaan. Jadi persoalannya, bagaimana penggunaan ICT ini dapat mencapai matlamatnya dalam pendidikan di Malaysia. Di sini kita akan membincangkan bagaimana penggunaan ICT ini telah mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di Malaysia. Sebelum itu, kita lihat kepada apa itu Matematik. Matematik ialah kajian atau ilmu tentang pola dan juga bahasa yang menggambarkan pola. Penggunaan ICT ini membolehkan murid mengorganisasikan dan mengukuhkan pemikiran tentang matematik dalam diri mereka. Melalui penggunaan ICT, data mentah atau maklumat yang dikutip dapat disusun dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk seperti jadual, carta atau graf. ICT juga membenarkan murid memanipulasikan data-data dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penerokaan dan penyiasatan yang dapat mengukuhkan kefahaman konsep-konsep matematik. Murid akan lebih senang untuk memahami konsep-konsep matematik sekirannya terdapat visual tentang

konsep-konsep berkenaan. Ini kerana mereka akan menggunakan kedua-dua belah otak iaitu otak kiri dan otak kanan dalam pembelajaran dan pemahaman dalam konsep itu. Pemindahan data atau maklumat yang dikumpul lebih senang dilakukan dengan penggunaan komputer. Di sini murid dapat memikirkan perkaitan antara data yang dikumpul dengan graf yang terbentuk dari data yang dikumpul. Di sini pendekatan deduktif dalam pengajaran Matematik telah digunakan dimana guru terlebih dahulu menunjukkan graf yang terhasil dari data yang dikumpul yang telah ditunjukkan dalam komputer dan seterusnya menerangkan bagaimana data atau maklumat akan dipindahkan ke dalam bentuk graf atau jadual. Dengan adanya gabungan teks, grafik, audio, video dan animasi, pelajar lebih mudah memahami konsep yang ingin disampaikan oleh guru. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip Matematik dengan mudah dan efektif. ( Al Ghamdi, 1987 ) Contohnya, guru menggunakan LCD dalam pengajarannya. Melalui visual yang ditayangkan, murid seolah-olah melihat penerangan tentang konsep yang diterangkan oleh guru. Oleh itu, murid akan memahami tentang konsep melalui dua cara iaitu mendengar dan melihat. Cara ini lebih berkesan berbanding dari hanya menggunakan kemahiran mendengar sahaja. Selain itu juga, pengunaan ICT membolehkan murid menyampaikan pemahaman mereka tentang Matematik dengan jelas dan tepat. Melalui penggunaan ICT murid dapat menyampaikan idea yang diperoleh untuk dikongsi dan meyakinkan rakan sebaya. Contohnya penggunaan kalkulator, murid akan mendapat jawapan yang tepat kerana kalkulator telah diprogramkan untuk

mengira. Selain itu, murid akan dapat menyelesaikan sesuatu masalah matematik dengan cepat. Dengan hanya menekan nombor dan operasi di kalkulator, murid akan dapat jawapan yang tepat dan ini akan menjimatkan masa mereka untuk mengira. Selalunya penggunaan kalkulator hanya dibenarkan semasa belajar di sekolah menengah. Murid sekolah rendah tidak digalakkan menggunakan kalkulator kerana di tahap itu, mereka haruslah memahami konsep supaya mereka dapat menyelesaikan masalah matematik dengan betul. Jika murid tidak memahami konsep matematik, penggunaan kalkulator juga tidak ada gunanya kerana nombor dan operasi yang dimasukkan ke dalam kalkulator bergantung kepada kepahaman murid dalam sesuatu operasi yang berlaku dalam masalah matematik berkenaan. Pemahaman yang salah dalam operasi matematik akan menyebabkan jawapan yang salah walaupun dengan penggunaan kalkulator. Di peringkat sekolah menengah, operasi matematik lebih rumit dan memerlukan masa yang panjang untuk menyelesaikannya sekiranya dilakukan secara pengiraan manual. Disebabkan itu penggunaan kalkulator dapat menjimatkan masa untuk murid-murid bagi menyelesaikan masalah matematik berkenaan. Disebabkan itu, penggunaan kalkulator ini hanya digalakkan semasa pembelajaran di sekolah menengah kerana di situ murid sudah memahami konsep dan operasi matematik yang rumit dapat diselesaikan dengan lebih cepat. Bagi sekolah-sekolah di Malaysia Matematik dianggap sebagai satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Kurikulum Matematik peringkat sekolah bertujuan membentuk pelajar yang berpemikiran mantik, bersistem serta berketrampilan dalam menggunakan pengetahuan matematik secara berkesan. Dengan menggunakan teknologi multimedia melalui komputer dan internet, pelajar dapat dibimbing mencari maklumat-maklumat tambahan daripada apa yang terdapat di dalam buku teks. Mereka dapat melihat bagaimana sesuatu masalah itu dapat diselesaikan menggunakan kaedah yang berbagai-bagai. Ini dapat membina kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah. Dalam dunia

pekerjaan sekarang, kemahiran menggunakan teknologi komputer dan multimedia amat diperlukan. Dengan pendedahan di peringkat sekolah iaitu melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, dapat menambah literasi pelajar dan menyediakan pelajar dengan ilmu teknologi tersebut. Pelajar juga mendapat peluang mempelajari dan menimba ilmu dari berbagai sumber dengan berbagai pendekatan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sesetengah mata pelajaran seperti matematik telah dikenalpasti mengandungi kekuatan dan kekurangan serta halangan dalam proses pengajaran yang dijalankan di dalam kelas. Kadangkala kaedah pengajaran yang digunakan akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi lembab dan pasif serta bertumpu kepada guru semata-mata. Memandangkan sekolah merupakan medan ilmu untuk pelajar menimba ilmu pengetahuan, maka wajarlah guru menyediakan satu situasi pengajaran dan pembelajaran yang cukup berkesan. Salah satu perkara yang perlu ditekankan oleh para guru, terutamanya di bidang matematik ialah mencari cara yang sesuai untuk menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran masing-masing dan boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan bahan teknologi. Ini kerana murid akan boleh mencari maklumat tambahan yang berkaitan dengan Matematik di dalam internet seterusnya membuat latihan Matematik secara e-latihan yang terdpat di internet. Dengan ini, murid akan lebih berusaha dalam proses pembelajaran kendiri selain hanya bergantung kepada guru sahaja. Guru juga senang untuk memberi latihan dan menjimatkan penggunaan kertas. Guru juga dapat menjimatkan masa dengan mencari latihan di dalam internet sebelum memulakan pengajaran di mana guru tidak lagi perlu untuk menulis latihan yang disediakan di papan putih. Sekali lagi penggunaan ICT ini dapat menjimatkan masa dalam pengajaran guru dalam subjek Matematik.

Penggunaan ICT dalam pengajaran Matematik juga akan menarik minat murid untuk belajar Matematik.. Dengan bahan pengajaran dalam bentuk multimedia ini dapat mengurangkan rasa bosan pelajar terhadap matematik. Ini kerana murid lebih suka suasana pembelajaran yang aktif berbanding pembelajaran yang pasif. Contohnya, guru menyediakan aktiviti permainan komputer yang berkaitan dengan matematik. Permainan seperti ini banyak terdapat di dalam internet. Guru hanya perlu mencari dan meletakkan sebagai langkah dalam pengajaran Matematik. Bagi sesetengah murid, Matematik merupakan subjek yang amat mencabar. Ramai murid tidak menyukai subjek ini. Disebabkan itu, guru disarankan menyediakan rancangan pengajaran yang menarik. Salah satu cara untuk membuat aktiviti pengajaran yang baik ialah dengan penggunaan ICT. Disebabkan itu, pihak kementerian selalu membuat kursus tentang penggunaan ICT kepada guru-guru. Di sini telah menunjukkan bahawa betapa prihatinnya pihak kementerian untuk meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran seseorang guru. Selain itu, penggunaan ICT akan menyebabkan murid akan lebih lama untuk mengingat tentang pembelajaran yang dilakukan. Dengan adanya visual dan penerangan oleh guru, murid akan lebih cepat memahami konsep Matematik. Ini kerana, ICT memudahkan pemahaman-pemahaman idea-idea Matematik yang abstrak. Ia membantu dalam penyiasatan masalah Matematik dan menunjukkan maklumbalas perubahan bentuk objek atau ukuran secara spontan. Contohnya, dengan perisian Geometer s Sketchpad (GSP), perubahan satu titik pada objek akan mengubah bentuk objek tersebut, perubahan nilai data akan mengubah nilai data berkaitan secara spontan dalam MS-Excel. Disebabkan minat kerana aktiviti yang menarik, murid juga akan lebih bermotivasi untuk belajar. Selain dari murid, guru juga dapat meningkatkan kemahiran mereka juga. Dengan kemajuan negara yang semakin meningkat, guru haruslah mendalami ilmu tentang ICT ini. Dari guru yang cetek pengetahuan tentang IT kepada guru yang kreatif dalam penggunaan IT. Dengan itu, guru akan dapat membuat proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Mereka perlulah menguasai kemahiran menggunakan komputer dengan sebaiknya bagi mengelakkan berlakunya gangguan dalam proses P&P. Pada waktu kini, kerajaan telah menyediakan kebanyakkan sekolah dengan alatalat ICT yang lengkap untuk digunakan oleh para guru dalam proses P&P. Antara alat ICT yang telah disediakan ialah LCD, CD-ROM, dan computer riba. Para guru perlulah mempunyai kemahiran dalam menggunakan alat-alat ini kerana alat-alat ICT ini sedikit sebanyak dapat membantu para guru mengajar dengan lebih efektif. Banyak perkara yang boleh guru-guru manfaatkan melalui penggunaan alat-alat ICT ini seperti membuat slide show, mencipta permainan dan sebagainya. Guru-guru yang berkemahiran tinggi dalam penggunaan ICT ini, mempunyai peluang yang lebih besar untuk menarik minat murid-muridnya untuk mengikuti kelas namu guru tersebut perlulah kreatif dalam menggunakan kaedah ini kerana tidak semua murid-murid menyukai kaedah ini. Oleh itu, guru tersebut perlulah mencari cara lain sebagai gantian sekiranya kaedah ini tidak berjaya. Bagi memantapkan kebolehan murid, Penggunaan multimedia di dalam kelas boleh membina pengajaran berpusatkan murid yang mana dapat membantu murid memperkembangkan kemahiran koperatif, meneroka dan menyiasat. Guru boleh memberi satu tugasan kepada pelajar secara berkumpulan dan pelajar diminta menggunakan perisian MS-Powerpoint dan maklumat daripada internet bagi mempersembahkan tugasan tersebut. Bagi menjimatkan masa laman web yang berkenaan diberi kepada setiap kumpulan. Guru membimbing pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mendorong pelajar mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kesimpulannya, penggunaan ICT ini telah meningkatkan mutu dan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, pengajaran yang menggunakan ICT akan menyebabkannya menjadi menarik dan menjadikan suasana pembelajaran yang menyeronokkan bagi murid-murid. Penggunaan ICT ini akan menyebabkan proses pemahaman murid terhadap konsep Matematik ini lebih cepat dan mereka tidak akan lupa tentang

apa yang telah dipelajarinya sebelum ini kerana pembelajaran yang menarik itu. Dengan penggunaan ICT juga dapat menjimatkan masa guru dan murid-murid. Masa itu emas. Setiap masa adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini akan menyebabkan keberkesanan dalam proses P & P berkenaan.