TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF OLEH : HJ SHAARI BIN HJ OMAR KJ JABATAN SAINS IPG KAMPUS KOTA BHARU

dokumen-dokumen yang mirip
Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori. pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda?

TEORI PEMBELAJARAN. IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN

WPK 1113 Psikologi Kognitif Teori-Teori Kognitif

Tajuk 6: Perkembangan Kognitif dan Bahasa. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS HJ SHA'ARI HJ OMAR KJ SAINS IPG KOTA BHARU

KONSEP KENDIRI (Part 5)

Teori Pembelajaran. 9/24/2010 Nordin Bin Tahir, IPIP 1

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

KECERDASAN. Azizi Yahaya PENGENALAN

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

Psikologi kognitif. Sinopsis:

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

MODEL UMUM PENGAJARAN. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

TAJUK 2: JENIS-JENIS GAYA BELAJAR. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

Sustainable Education 54

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

TAJUK 2 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

TEORI BELAJAR KOGNITIF

Teori Belajar dalam Pembelajaran Matematika

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

RPH PENDIDIKAN KESIHATAN

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Apabila seseorang itu sedar tentang apa yang difikirkan maka adalah mudah baginya untuk mengawal tindakan yang akan diambil seterusnya.

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 2

INTERAKSI 1 WAJ 3105 PPG

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

KOMPONEN PROGRAM PERMATA

BAB II KAJIAN TEORI. hakekatnya adalah belajar yang berkenaan dengan ide-ide, struktur-struktur

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3 DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

11 tahun sampai dewasa

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

TOPIK 1 ALAM BELAJAR. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Unit 5 Pendekatan Tematik

Pendekatan Humanistik : Teori Hierarki Keperluan Maslow

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

BELAJAR BERMAKNA AUSUBEL

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH ILMU PENDIDIKAN. ANGKA GILIRAN: MASA : 3 jam PUSAT :

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

Kurikulum Kebangsaan

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

MATEMATIK TINGKATAN 2

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SET3 SEMESTER TAJUK: LAPORAN AKHIR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

RANCANGAN MENGAJAR TAHUNAN SAINS TAHUN 6

TEORI BELAJAR BRUNER DAN AUSUBEL. Kelompok 2 : Ika Damayanti Minhatul Maula Fadhila dyah Ekawati

Manfaat Teori Belajar Bagi Guru

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB4 PENGAMATAN. Pengamatan bukanlah suatu proses yang lazim, kerana ia tidak berlaku secara automatik. Ia

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 313 Psikologi Pendidikan (Minggu 5)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 1

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

ARAHAN: ( )

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Transkripsi:

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF OLEH : HJ SHAARI BIN HJ OMAR KJ JABATAN SAINS IPG KAMPUS KOTA

KONSEP PERKEMBANGAN KOGNITIF Memahami perkataan kognitif Jean Piaget: Bila kita berfikir, menilai dan mencuba merasai sesuatu dari sekeliling kita, kita melibatkan aktiviti kognitif. Bila anda berfikir atau bila anda belajar, anda biasanya menggunakan kemahiran kognitif anda.

PERKEMBANGAN KOGNITIF Kanak-kanak yang baru lahir bukan sahaja berkembang dari segi fizikal sahaja tetapi berkembang juga dari segi sosial atau lebih tepat kognitif mereka. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada asasnya adalah perkembangan dari segi keupayaan berfikir, belajar dan menyelesaikan masalah. Seseorang bayi belajar meneroka alam sekelilingnya dengan menggunakan tangan dan mata. Bagi bayi berumur 4 tahun telah boleh mengira. Realitinya kanak-kanak mula belajar dari ia dilahirkan ke dunia hinggalah ia melalui pelbagai tahap kehidupan dimana perkembangan ini semakin kompleks seiring dengan kematangan yang dicapai oleh mereka.

KOGNITIF KANAK-KANAK MENGGAMBARKAN KEUPAYAAN MEREKA UNTUK: Mengkelaskan Memahami konsep ruang Memahami konsep nombor Memahami konsep sains Menyelesaikan masalah-masalah.

KEMAJUAN KOGNITIF Boleh berkembang bila kanak-kanak berinteraksi atau bermain dengan sesuatu perkara yang mudah tersedia disekeliling mereka. Kanak-kanak bermain dengan bahan-bahan yang tersedia kesekelian kalinya dan merupakan pengalaman hidup yang nyata.

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN Jean Piaget Jerome Bruner Robert Mills Gagne Lev Semenovich Vygotsky.

Jean Piaget Bertanggungjawab memperkenalkan konsep kognitif Mengikut beliau, tahap pertama dari perkembangan kanakkanak ialah bertemakan pemikiran, penilaian dan memahami dunia sekeliling bermula dari umur 2 tahun. Perkembangan ini adalah perkembangan kognitif dan berlaku apabila kanakkanak itu berinteraksi dengan persekitaran mereka.

Piaget mengatakan Perkembangan Kognitif dilihat dari pergerakan fizikal kanak-kanak. Umur antara 0 hingga 2 tahun, kanakkanak secara fizikalnya aktif dalam menyelidik, menonton, menggenggam dan menghisap. Sungguhpun begitu, perkembangan kognitif akan lebih kompleks seperti menyebut dan menggambarkan imej. Kanak-kanak bermain dengan blok.

Piaget percaya bahawa Kognitif adalah pengalaman dan pengumpulan semula sesuatu yang telah berlaku dan akan datang bagi menjadi asas kepada perkembangan seterusnya. sebagai contoh, pengalaman sebelum membolehkan kanakkanak melakukan aktiviti yang pelbagai seperti menyusun blok dan memisahkan objek-objek mengikut warna dan saiz. Perkembangan kognitif adalah proses ingin tahu dalam kehidupan kanak-kanak. Mereka belajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan ini membantu dalam perkembangan intelektual mereka seterusnya mereka belajar bagaimana untuk menghadapi cabaran hidup dalam dunia ini.

Mengikut Piaget terdapat struktur-struktur logik atau skema dalam perkembangan kita semenjak alam kanak-kanak. Struktur logik ini menerangkan bagaimana kanak-kanak mengurus objek dan peristiwa-peristewa yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Kelakuan dan cara berfikir mereka menentukan struktur logik ini. Mereka menggunakan struktur-struktur logik ini untuk menentukan bagaimana mereka menyelesaikan sesuatu masalah.

STRUKTUR LOGIK BOLEH DIUKUR Bila kanak-kanak 0 hingga 2 tahun, kanak-kanak telah terlibat dalam aktiviti menghisap, memerhati dan menyelidik. Bila pertumbuhan bertambah struktur logik menjadi lebih terkehadapan. Maka kanak-kanak mula melibatkan aktiviti-aktiviti intelektual seperti membuat sebutan, mengimbas dan menyusun perkataan. Berdasarkan pengalaman lepas dan pengumpulan semula maklumat, kanak-kanak lebih maju dan mampu menentukan aktivitiaktiviti seperti membezakan objek samada diperbuat dari plastik atau kayu dan membuatkan pengelasan objek hidup dengan bukan hidup.

Mengikut Piaget Kanak-kanak adalah aktif dan mereka akan memperkembangkan kognitif mereka dengan pengalaman baru. Perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berterusan, bergerak dari satu tahap ke tahap seterusnya. Pada setiap tahap kanak-kanak mendapat pengalaman dari sesuatu yang baru. Pengalaman ini akan disimpan sebagai maklumat yang akan digunakan sebagai asas kepada kemajuan tahap seterusnya. perkembangan kognitif adalah berbeza antara seorang kanakkanak dengan yang lain.

Element-Elemen Dalam Perkembangan Kognitif Piaget menekankan dua elemen penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu Asimilasi Akomodasi

Asimilasi Terjadi apabila kanak-kanak menyepadukan maklumat baru ke dalam pemikiran dan kelakuan yang sediaada. Sebagai contoh, bayi pegang satu objek dan kemudian memasukkan ke dalam mulutnya. Ini menunjukkan bayi itu tahu tentang bentuk dan tekstur objek yang dipegangnya. Kemudian, ia akan cuba menyimpan maklumat yang baru diterima itu untuk dia gunakan kemudiannya.

Akomodasi Berlaku apabila bayi mengakomodasikan struktur logik sediada untuk menerima maklumat yang baru dipelajari. Contoh, seorang bayi belajar bahawa bukan semua objek yang dimasukkan ke dalam mulutnya mempunyai rasa yang menyenangkan. Dia memasukkan sekeping biskut ke dalam mulutnya dan membuat asimilasi tentang biskut itu. Bayi itu telah belajar bahawa biskut itu adalah satu makanan. Menyuap makan Tetapi sebaliknya, jika sekeping roti dimasukkan ke dalam mulutnya pada kali pertama dimana bayi itu akan mengaitkan kepingan roti tersebut dengan struktur biskut yang sudah dipelajarinya. Kemudian dia akan nyatakan bahawa struktur roti adalah berbeza dengan struktur biskut yang lebih awal dipelajarinya. Jadi proses untuk menerima roti tadi sebagai satu struktur makanan baru ialah proses akomodasi.

RINGKASAN PIAGET Perkembangan kognitif merujuk kepada cara kanak-kanak berfikir, membuat keputusan dan memahami dunia di sekeliling mereka. Piaget menekankan bahawa perkembangan kognitif kanakkanak adalah melalui pengalaman dan memori dimana keduaduanya adalah asas penting bagi perkembangan seterusnya. Peroses kognitif adalah penting bagi kehidupan kanak-kanak sebab melaluinyalah kanak-kanak belajar menyesuaikan diri. Proses asimilasi dan akomodasi berlaku apabila kanak-kanak menerima maklumat baru dan cuba memadankannya kepada maklumat yang telah sediada.

REHAT

Jerome Bruner

Jerome Bruner Secara keseluruhannya, Bruner bersetuju dengan apa yang telah diperkatan oleh Piaget mengenai perkembangan kognitif kanak-kanak. Mengikut Bruner, bahasa adalah paling utama dalam peroses perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau percaya bahawa perkembangan kognitif tidak akan berlaku tanpa bahasa. Oleh sebab itu kanak-kanak perlu berinteraksi dengan yang lain bagi mengembangkan kognitif mereka. Bagi Bruner (1966) telah mengenalpasti tiga thema bagi memahami perkembangan kognitif tersebut. HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

Thema Pertama Ianya berkait dengan cara bagaimana kita mengurus dan menyatakan pengalaman kita. Bruner menyatakan bahawa kanak-kanak melalui tiga tahap iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Setiap tahap ditunjukkan oleh kanak-kanak secara unik mengikut pengalaman mereka. HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

Thema Kedua Gabungan perkembangan kanak-kanak dengan pengaruh budaya. Bruner percaya bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak bukan semata-mata disebabkan oleh pengaruh dalaman tetapi juga dipengaruhi oleh pengaruh luaran.

Thema Ketiga Berkait dengan sejarah perkembangan manusia. Bruner percaya bahawa kita akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang menyelubungi kita. Belajar melalui interaksi HJ SHAARI BIN OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA

RINGKASAN BRUNER Sebagai tambahan kepada apa yang diutarakan oleh Piaget. Bruner melihat bahawa bahasa adalah aspek yang penting dalam perkembangan kognitif. Mengikut beliau, berfikir tidak terjadi tanpa bahasa. Perkembangan kognitif terjadi melalui interaksi sosial kanakkanak dengan yang lain.

REHAT SEBENTAR

David Paul Ausubel Dilahirkan dalam tahun 1918 di New York, belajar di New York university dan merupakan pengikut Jean Piaget.

Semasa Bruner menekankan teori pembelajaran secara penemuan, Ausubel berpendapat bukan itu sahaja yang penting tetapi gaya penerimaan pelajaran itu lebih penting. Ini dikenali sebagai pembelajaran Bermakna (meaningful learning). Pembelajaran bermakna mengikut Ausubel, ialah yang boleh dicapai mengikut ciri-ciri tertentu iaitu: Bahan logik yang signifikan. Bahan yang signifikan dari segi saikologi Sikap pelajar yang baik.

Dua Jenis Pembelajaran Menurut Ausubel 1. Pembelajaran Bermakna (Meaningfull Learning) Pembelajaran bermakna bila maklumat yang dipelajari MURID disusun sesuai dengan struktur kognitif yang dimiliki murid sehingga murid itu dapat mengaitkan maklumat barunya dengan struktur kognitif yang dimilikinya. Sehingga murid menjadi kuat ingatannya dan pemindahan ilmu mudah dicapai. Struktur kognitif berupa fakta-fakta, konsep-konsep maupun generalisasi yang telah diperolehi atau dipahami sebelumnya oleh murid. 2. Pembelajaran Menghafal (Rote Learning) Bila struktur kognitif yang sesuai dengan fenomena baru itu belum ada maka maklumat baru tersebut harus dipelajari secara menghafal. Belajar menghafal ini perlu bila seseorang memperoleh maklumat baru yang tidak ada kaitan dengan apa yang telah diketahui sebelumnya.

Dua Dimensi Pembelajaran Bermakna Menurut Ausubel 1. Cara maklumat pelajaran itu diberikan kepada murid melalui penerimaan atau penemuan. 2.Bagaimana murid dapat mengaitkan maklumat itu dengan struktur kognitif yang sediada. Jika murid hanya menghafal maklumat baru itu tanpa menghubungkan dengan struktur kognitifnya, maka terjadilah belajar dengan hafalan. Sebaliknya jika murid menghubungkan atau mengaitkan maklumat baru itu dengan struktur kognitifnya maka yang terjadilah pembelajaran bermakna.

Empat Jenis Pembelajaran Menurut Ausubel

1. Pembelajaran Melalui Penemuan Yang Bermakna Maklumat yang dipelajari ditentukan secara bebas oleh murid. Murid kemudiannya menghubungkan pengetahuan yang baru itu dengan struktur kognitif yang dimiliki. Misalnya murid diminta menemukan sifat-sifat suatu bujur sangkar. Dengan mengaitkan pengetahuan yang sudah dimiliki, seperti sifat-sifat persegi panjang, murid dapat menemui sendiri sifat-sifat bujur sangkar tersebut.

2. Pembelajaran Melalui Penemuan Tidak Bermakna Maklumat yang dipelajari ditentukan secara bebas oleh murid, kemudian ia menghafalnya. Misalnya, murid menemui sifat-sifat bujur sangkar tanpa tahu sifat-sifat geometri yang berkaitan dengan segiempat dengan sifat-sifatnya, yaitu dengan penggaris dan jangka. Dengan alat-alat ini dia menemui sifat-sifat bujur sangkar dan kemudian menghafalnya.

3. Pembelajaran Menerima Yang Bermakna Maklumat yang telah tersusun secara logik di beri kepada murid dan murid menghubungkan pengetahuan yang baru itu dengan struktur kognitif yang dimiliki. Misalnya murid akan mempelajari persamaan kuadrat. Guru mempersiapkan bahan-bahan yang akan diberikan yang susunannya diatur sedemikian rupa sehingga bahan persamaan kuadrat tersebut dengan mudah tertanam kedalam konsep persamaan yang sudah dimiliki murid. Karena pengertian persamaan lebih inklusif daripada persamaan kuadrat, punca persamaan tersebut dapat dipelajari murid secara bermakna.

4. Pembelajaran Menerima Tidak Bermakna Dari setiap jenis bahan yang diberi kepada pelajar dan pelajar tersebut kemudian menghafalkannya. Di mana bahan yang diberikan tadi tanpa mengambilkira pengetahuan yang sudah dimiliki pelajar

Prasyarat Belajar Bermakna

1. Keadaan dan sikap pelajar terhadap tugas, hendaknya bersesuaian dengan Kebolehan murid. Apabila murid melaksanakan tugas dengan sikap bahwa ia ingin memahami bahan pelajaran dan mengaplikasikan bahan baru serta menghubungkan bahan pelajaran yang terdahulu, dikatakan murid itu belajar bahan baru dengan cara yang bermakna. Sebaliknya jika murid itu tidak berkehendak untuk mengaitkan bahan yang dipelajari dengan informasi yang dimiliki, maka belajar itu tidak bermakna. Ramai murid yang tidak berusaha memahami sains, mengalami kegagalan dan akhirnya membenci sains.

2. Sesuai dengan struktur kognitif murid Tugas-tugas yang diberikan kepada murid harus sesuai dengan struktur kognitif murid sehingga murid tersebut dapat mengasimilasi bahan baru secara bermakna. Belajar bermakna pada tahap mula-mula memberikan pengertian kepada bahan baru sehingga bahan baru itu akan terserap dan kemudian diingat murid. Ia tidak menghafal rangsangan-respon yang terpisah-pisah.

3.Tugas haruslah sesuai dengan tahap perkembangan intelektual murid Murid yang masih di dalam tempoh operasi konkrit, bila diberi bahan sains yang abstrak tanpa contoh-contoh konkrit dari bahan tersebut, akan mengakibatkan murid itu tidak mempunyai keinginan secara bermakna. Dengan demikian murid hanya menghafal pelajaran tadi tanpa pengertian sehingga murid mempelajari sains dengan pernyataanpernyataan ucapan yang tidak cermat dan tepat.

Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi Belajar Bermakna Faktor-faktor utama yang mempengaruhi belajar bermakna menurut Ausubel adalah struktur kognitif yang ada, stabiliti, dan kejelasan pengetahuan dalam suatu bidang pembelajaran tertentu dan pada waktu tertentu. Sifat-sifat struktur kognitif menentukan kesahan dan kejelasan erti-erti yang timbul sewaktu informasi baru masuk ke dalam struktur kognitif itu; demikian pula sifat proses interaksi yang terjadi. Jika struktur kognitif itu stabil, dan diatur dengan baik, maka ertierti yang sahih dan jelas atau tidak meragukan akan timbul. Tetapi sebaliknya jika struktur kognitif itu tidak stabil, meragukan, dan tidak teratur, maka struktur kognitif itu cenderung menghambat proses pembelajaran.

Situasi Belajar Bermakna 1. Menjelaskan hubungan atau relevansi bahanbahan baru dengan bahan- bahan lama. 2. Lebih dahulu diberikan idea yang paling umum dan kemudian hal- hal yang lebih terperinci. 3. Menunjukkan persamaan dan perbezaan antara bahan baru dengan bahan lama. 4. Mengusahakan agar idea yang telah ada dikuasai sepenuhnya sebelum idea yang baru diberikan.

Tiga Kelebihan Belajar Bermakna 1. Informasi yang dipelajari secara bermakna lebih lama diingat. 2. Informasi yang dipelajari secara bermakna memudahkan proses belajar berikutnya untuk bahan pelajaran yang serupa. 3. Informasi yang dipelajari secara bermakna mempermudah belajar hal-hal yang serupa walaupun telah terjadi lupa.

Dua Kelemahan Belajar Bermakna 1. Informasi yang dipelajari secara hafalan tidak lama diingat. 2. Jika pelajar berkeinginan untuk mempelajari sesuatu tanpa mengaitkan hal yang satu dengan hal yang lain yang sudah diketahuinya maka baik proses maupun hasil pembelajarannya dapat dinyatakan sebagai hafalan dan tidak akan bermakna sama sekali baginya.

Penerapan Pembelajaran Bermakna Ausubel berpendapat bahwa guru harus dapat mengembangkan potensi kognitif pelajar melalui proses belajar yang bermakna. Sama seperti Bruner dan Gagne, Ausubel beranggapan bahwa aktiviti belajar pelajar, terutama mereka yang berada di peringkat pendidikan rendah akan bermanfaat kalau mereka banyak dilibatkan dalam kegiatan langsung. Namun untuk pelajar pada peringkat pendidikan lebih tinggi, maka kegiatan langsung akan memakan banyak waktu. Untuk mereka, menurut Ausubel, lebih efektif kalau guru menggunakan penjelasan, peta konsep, demonstrasi, diagram, dan ilustrasi. Inti dari teori belajar bermakna Ausubel adalah proses belajar akan mendatangkan hasil atau bermakna kalau kandungan pelajaran yang baru dapat menghubungkannya dengan konsep yang relevan yang sudah ada dalam struktur kognitif pelajar.

Asimilasi Semasa Belajar Bermakna pelajar dapat mengasimilasi pembelajaran bermakna secara penerimaan, kandungan pelajaran disajikan dalam bentuk akhir, sedangkan pembelajaran bermakna secara penemuan, pelajar diharapkan dapat menemukan sendiri informasi konsep atau dari kandungan pelajaran yang disampaikan. Pembelajaran bermakna terjadi jika pelajar mampu mengkaitkan kandungan pelajaran baru dengan struktur kognitif yang sudah ada. Struktur kognitif tersebut dapat berupa fakta-fakta, konsep-konsep maupun generalisasi yang telah diperoleh atau bahkan dipahami sebelumnya oleh pelajar. Bruner memandang manusia sebagai pemproses, pemikir, dan pencipta informasi.

PENYESUAIAN DIRI Kanak-kanak harus menyesuaikan dirinya untuk melakukan hal itu, sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak menemukan sebuah benda yang menghalangi jalan bagi mainannya (kereta mainan misalnya), Kanak-kanak tersebut menemukan penyelesaian yang membuat dirinya dapat memudahkan benda yang menghalangi itu dan mainannya dapat berjalan lagi. Asimilasi di lain pihak, adalah kemampuan Kanak-kanak mengubah untuk memenuhi apa yang ia imajinasikan. Kanak-kanak memiliki idea apa yang ia inginkan dan memodifikasi lingkungan untuk mencapai hal tersebut.

Modifikasi Kanak-kanak mungkin melakukan modifikasi melalui aktiviti mental, misalnya seorang kanak-kanak berumur 4 tahun menganggap penyedut minuman sebagai tongkat ajaib atau lempengan plastik dianggapnya sebagi pedang yang ampuh. Namun, dapat juga ia melakukannya dengan aktiviti fisikal, misalnya seorang anak membuat istana pasir. Hal ini sering dihubungkan dengan bermain (play), yang sangat disukai oleh anak-anak. Memang antara asimilasi dan bermain terdapat hubungan yang sangat erat.

Bermain Kanak-kanak suka bermain dan asimilasi menjelaskan mekanisme psikologi mengenai hal itu. Dalam bermain kanak-kanak mentransformasikan objek-objek untuk memenuhi imajinasi yang ada pada dirinya. Secara mudah dapat dikatakan bahwa asimilasi melibatkan proses transformasi pengalaman di dalam pikiran, sedangkan akomodasi melibatkan proses penyesuaian pikiran terhadap pengalaman yang baru. Pada sembarang tahap (stage) perkembangan, akomodasi atau asimilasi salah satu untuk sementara mendominasi dan baru kemudian digantikan oleh yang lain. Akhirnya suatu keseimbangan (equilibrium) akan diperoleh (untuk tahapan tertentu) melalui proses penyeimbangan atau ekuilibrasi (equilibration). Ekuilibrasi adalah kemampuan kanak kanak untuk menyusun dan mengatur.

Kaedah Ekspositori (Pendedahan) David P. Ausubel berpendapat bahwa Kaedah ekspositori yang baik merupakan cara mengajar yang paling efektif dan efisien dalam menanamkan belajar bermakna. Murid tidak hanya mendengar dan membuat catatan. Tetapi juga membuat soalan latihan dan bertanya kalau tidak mengerti. Beberapa hasil kajian (di Amerika Syarikat) menyatakan kaedah ekspositori merupakan cara mengajar yang paling efektif dan efisien. Demikian pula keyakinan sementara ahli teori belajar-mengajar.

2 Cara Belajar Ausubel a. Belajar dengan menerima (reception learning) Kandungan pelajaran yang disajikan kepada pelajar lengkap sampai bentuk akhir yang berupa rumus atau pola bilangan, maka cara belajar pelajar dikatakan belajar menerima. Misalnya luas segitiga diberikan lengkap sampai rumus. b. Belajar melalui penemuan (discovery learning) Belajar melalui penemuan, bentuk akhir yang berupa rumus, pola, atau aturan itu harus ditemukan sendiri oleh pelajar. Proses penemuannya dapat dilakukan sendiri atau dapat pula dengan bimbingan.

Belajar dengan menerima dan melalui penemuan kedua-duanya boleh menjadi belajar dengan menghafal atau belajar dengan pengertian a. Belajar dengan menghafal (rote learning), Jika dua orang pelajar belajar ; seorang belajar dengan menerima dan yang seorang lagi belajar dengan penemuan, tetapi selanjutnya mereka hanya menghafal bentuk akhir itu sebagai aturan untuk melakukan pembagian dengan pecahan, maka belajar mereka akhirnya hanya belajar menghafal saja. b. Belajar dengan pengertian (meaningful learning). Kalau seorang pelajar belajar teori Phytagoras lengkap hingga rumusnya dengan cara menerima, selanjutnya rumus itu selalu dikaitkan dengan hubungan antara ukuran segitiga, maka belajar menerima itu menjadi belajar dengan pengertian. Juga, bila seorang pelajar memperoleh teori Phytagoras itu melalui penemuan dan kemudian rumusnya selalu dikaitkannya dengan hubungan antara ukuran-ukuran segitiga, maka belajar dengan penemuan itu menjadi belajar dengan pengertian.

Pendekatan Deduktif Pendekatan deduktif merupakan cara menarik kesimpulan dari hal yang umum menjadi khusus. Penarikan kesimpulan secara deduktif biasanya menggunakan pola berpikir yang disebut silogisme. Ini terdiri dari 2 macam pernyataan yang benar dan sebuah kesimpulan. Kedua pernyataan pendukung silogisme disebut hipotesis. Kesimpulan diperoleh sebagai hasil penalaran deduktif berdasarkan hipotesis itu. Mengajarkan konsep dengan pendekatan deduktif dimulakan dengan contoh-contoh yang dapat diberikan oleh guru atau oleh murid. Karena itu, guru harus dapat memperkirakan pendekatan mana sebaiknya yang dipakai untuk mengajarkan bahan tertentu di suatu kelas. Ada baiknya, para guru sains bertukar pendapat mengenai pendekatan yang lebih sesuai dipakai untuk mengajarkan bahan tertentu di suatu kelas berdasarkan pengalaman. Fakta yang diperoleh dari pengalaman merupakan salah suatu sumber pengetahuan.

KESIMPULAN Menurut Ausubel ada dua jenis belajar : (1) Belajar bermakna (meaningful learning) dan (2) belajar menghafal (rote learning). Belajar bermakna adalah suatu proses belajar di mana informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dipunyai seseorang yang sedang belajar. Sedangkan belajar menghafal adalah peserta didik berusaha menerima dan menguasai bahan yang diberikan oleh guru atau yang dibaca tanpa makna. Kaedah ekspositori sama seperti kaedah ceramah yang berpusatkan guru sebagai pemberi informasi (bahan pelajaran). Tetapi pada kaedah ekspositori dominasi guru banyak berkurang, karena tidak terus-menerus bicara. Ia berbicara pada awal pelajaran, menerangkan bahan dan contoh dan pada waktu-waktu yang diperlukan saja. Pelajar tidak hanya mendengar dan membuat catatan. Tetapi juga membuat soalan latihan dan bertanya kalau tidak mengerti. Pendekatan Deduktif adalah pendekatan yang menggunakan penalaran deduktif dengan cara definisi diberikan terlebih dahulu, kemudian para pelajar diajak untuk menerapakan teori-teori melalui contoh yang sesuai dengan bahan yang diberikan sebelumnya oleh guru, atau dengan kata lain pendekatan yang menggunakan pola pikir logik untuk menarik suatu kesimpulan dari hal umum ke hal yang khusus.

Meraih ijazah pertama dari Yale University tahun 1937 dan Ph.D. dari Brown University pada tahun 1940. Gagne (1970) mengemukakan bahwa belajar adalah perubahan yang terjadi dalam kemampuan manusia yang terjadi setelah belajar secara terus menerus, bukan hanya disebabkan oleh proses pertumbuhan saja. Belajar terjadi apabila suatu rangsangan bersama dengan isi ingatan mempengaruhi murid sehingga perbuatannya (performance) berubah dari waktu sebelum ia mengalami situasi itu ke waktu setelah ia mengalami situasi tadi. Robert Mills Gagne lahir 21 Ogos 1916, di North Andover, Massachusetts

Teori Pembelajaran Gagne memperkenalkan 5 jenis atau peringkat pembelajaran. Setiap jenis atau peringkat pembelajaran itu memerlukan arahan yang berlainan. Faktor luaran dan dalaman adalah berbeza mengikut setiap peringkat /jenis pembelajaran. Keberkesanan utama pembelajaran pada peringkat ini adalah untuk mengenalpasti keperluan dan pengisian bagi melengkapkan pembelajaran peringkat tersebut.

Lima Peringkat Pembelajaran Gagne 1. Maklumat lisan Kebolehan menggunakan simbol,label dan fakta dalam pembelajaran. 2. Kemahiran Intelek Mencari pendekatan untuk memperbaiki proses pembelajaran dan pemikiran. 3. Strategi Kognitif Kebolehan memproses maklumat dan menyelesaikan masalah(menguasai prosesnya) 4. Kemahiran Motor- Memanipulasi dan kordinasi fizikal eg: menulis,berenang. 5. Sikap mempamerkan tingkah laku dan tindakan (didedahkan kepadarole model dan perbincangan yang berhemah dan menarik,

Lapan Syarat Pembelajaran Gagne 1. Pembelajaran Isyarat berlaku secara semulajadi. Contoh : bunyi loceng menandakan murid rehat 2. Pembelajaran rangsangan gerak balas merupakan satu proses peneguhan. Contoh : Pujian diberikan bagi memotivasikan murid 3. Pembelajaran melalui rangkaian iaitu satu gabungan beberapa rangsangan. Contoh : permainan bola jaring 4. Pertalian Bahasa, iaitu gabungan lebih daripada satu rangsangan,murid dapat kaitkan yg dilihat dengan yang disebut (menulis dan menyebut)

Lapan Syarat Pembelajaran Gagne 5. Pembelajaran diskriminasi iaitu pembelajaran yang dapat membezakan pelbagai rangsangan walaupun kecil. Contoh : Bezakan haiwan,kenal ciri-ciri. 6. Pembelajaran Konsep Membina dan membentuk konsep melalui contoh yang jelas. Contoh : mengenal ciri-ciri haiwan mamalia 7. Pembelajaran hukum Gabungan dua atau lebih konsep untuk membentuk hukum. Melibatkan rumus,prinsip,teori dan generalisasi (Contoh: Matematik) 8. Pembelajaran penyelesaian masalah Melibatkan prinsip dan rumus untuk menyelesaikan masalah situasi baru.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM PROSES P&P 1.Merangsang ingatan kanak-kanak semula. Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM PROSES P&P 2. Membantu murid-murid mengingat semula. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.

Rumusan Teori Gagne Pembelajaran berlaku daripada yang konkrit kepada abstrak. Pembelajaran juga mengutamakan murid keupayaan murid mencapai celik akal dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran, teori ini menekankan Proses Penanggapan dan Pemprosesan Maklumat. Teori ini juga menekankan proses peneguhan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan

REHAT

Lev Semenovich Vygotsky Vygotsky (1988) menekankan aspek kognitif seperti pemerhatian, memori dan kesedaran adalah lahir dari interaksi sosial manusia. Teori beliau merujuk kepada: Instrumen Rangsangan: Mengikut Vygotsky, kita menyesuaikan diri kita mengikut rangsangan yang diterima dan menggunakannya untuk mengawal kelakuan kita. Teori ini melihat individu sebagai agen di mana bentuk pembelajaran dan perkembangan adalah mengikut individu. Budaya: Vygotsky melihat bahasa sebagai alat budaya dalam pengurusan cara individu berfikir. Genetik: interaksi dengan yang lain akan meningkatkan keupayaan individu untuk berfikir dari aras bawah ke aras tertinggi. Ini dapat dilihat dalam perkembangan kanak-kanak di mana melibatkan tahap stabil, krisis dan tahap transformasi. Perkembangan individu boleh tersembunyi atau berkurangan pada ketiga-tiga tahap ini.

TAHAP TAHAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK TAHAP UMUR Bayi Awal Kanak-Kanak Prasekolah Sekolah Rendah Remaja 0.2-1 tahun 1-3 tahun 3-6 tahun 7-13 tahun 13 17 tahun Vygotsky divides the child s development into various stages

Perkembangan Kanak-Kanak Pada setiap tahap pengalaman kanak-kanak tahap yang stabil adalah pada permulaan dan akhir tahap krisis. Bila bayi berumur 12 bulan, dia mula merasa krisis atau tahap transformasi yang menggabungkan tiga perkembangan baru iaitu berjalan, bercakap dan bereaksi secara emosi. Mengikut Vygotsky, perkembangan bahasa adalah proses yang penting dan menekankan kemahiran berucap menggambarkan kompetensi intelektual dan berfikir. Pada tahap ini kanak-kanak berterusan bertanyakan soalan dan meningkatkan perbendaharaan kata mereka.

Mengikut Vygotsky Pembelajaran berlaku disebabkan pengaruh sosial pada individu. Individu belajar untuk berinteraksi dengan persekitarannya. Kemajuan dalam perkembangan kanak-kanak boleh meningkat jika kanak-kanak berintraksi dengan orang dewasa berbanding secara perseorangan. Bermain dengan orang dewasa.

Dalam satu kajian, ibu yang mengajar anaknya yang berumur 4-5 tahun mengajukan lima set arahan seperti berikut: Menyediakan kanak-kanak untuk pengucapan awam Memberi arahan sebutan yang khusus. Menyediakan bantuan dalam memilih bahan-bahan bagi tugasan yang diberi Menyediakan bahan-bahan untuk dikumpulkan dalam tugasan yang diberi dan Menunjukcara kepada kanak-kanak.

SEKIAN DAN TERIMA KASIH HJ SHAARI BIN HJ OMAR KJ SAINS IPG KAMPUS KOTA