Pengurusan Bilik Darjah

dokumen-dokumen yang mirip
PENGURUSAN BILIK DARJAH

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Oleh : Unit Peperiksaan dan Penilaian Sektor Akademik Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor / 3588

Kesetiaan kepada Syarikat

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Langkah : pengetahuan teori perkembangan /psikologi kanak-kanak/ pemerhatian sistematik

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

Panduan Guru Versi 1. Layari standtogether.my/competition untuk versi terbaru.

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

PENGAJARAN BERPASANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Padankan. Padankan. Padankan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Taklimat untuk Guru BM

ARAHAN: ( )

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Model Pengurusan Strategik

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

Bab 2: Memahami Proses Penulisan dan Cara Menilai Karangan

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

Hasil temu bual dengan murid ini akan digunakan untuk menjawab soalan kajian yang empat dan lima. 2. Bolah nyatakan sebab anda ke sekolah?

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

Bilangan pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Harga Tawaran (Lampiran F) dalam Borang Tender.

OBJEKTIF PENGENALAN

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PENGURUSAN BILIK DARJAH

CONTOH KERTAS ARAHAN KEMAHIRAN SOSIAL (KENDIRI) JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ARAS 7 & 8 BLOK D4, PARCEL D PUTRAJAYA

BAB 4 PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

Polisi Privasi. Pengenalan

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

ECO-SCHOOLS. Helaian Sumber Fasilitator 9 Pemerolehan Anugerah

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

Panduan Guru Versi 2. Layari untuk versi terbaru.

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

2.0 PENYATAAN MASALAH

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Transkripsi:

Topik 7 Pengurusan Bilik Darjah HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud pengurusan bilik darjah; 2. Mengenal pasti perkara yang perlu diambil kira untuk mengurus bilik darjah yang sesuai untuk pembelajaran; 3. Mengenal pasti peraturan yang sesuai untuk mengurus bilik darjah; dan 4. Menghuraikan bagaimana mengurus tingkah laku pelajar. PENGENALAN Dalam topik yang lepas, kita telah mempelajari tentang bagaimana guru boleh menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Kita lihat bahawa seorang guru, bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran, malah guru perlu berkemahiran mengesan masalah pembelajaran, menentukan objektif, mengajar dan lain-lain lagi. Guru juga perlu membantu setiap pelajar bagaimana hendak belajar. Untuk membolehkan guru melaksanakan tugas ini, guru perlu mengetahui sistem sosial yang terdapat di dalam bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah salah satu aspek yang selalu menjadi keprihatinan di kalangan bakal guru, guru yang baru berkhidmat dan guru yang telah berpengalaman. Ini adalah kerana pengurusan bilik darjah adalah satu set tingkah laku yang kompleks, yang digunakan untuk mengurus keadaan bilik darjah supaya proses pengajaran tercapai. Oleh itu, pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan pra-syarat kepada pengajaran yang berkesan.

TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH 141 Pengetahuan dan kemahiran pengurusan bilik darjah adalah penting bagi seseorang guru untuk menjadi guru yang berkesan. Kebanyakan guru akan menyangka bahawa pengurusan bilik darjah hanyalah berkaitan dengan disiplin dan perlakuan yang menimbulkan gangguan. Hubungan antara pengajaran dan pengurusan adalah kritikal dalam bilik darjah. Apabila merancang pengajaran, guru perlu mengambil kira perbezaan pelajar; pembelajaran dan pengajaran mesti terarah kepada setiap pelajar, tetapi pengurusan melibatkan bagaimana sekelompok pelajar belajar dalam satu persekitaran yang telah ditetapkan. Topik ini akan menerangkan bagaimana cara menguruskan persekitaran pembelajaran, peraturan dan prosedur dan pengurusan tingkah laku pelajar. 7.1 APAKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH? Ada pelbagai maksud pengurusan bilik darjah yang dinyatakan oleh para pendidik. Lemlech (1988), menyatakan pengurusan bilik darjah sebagai pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah: merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar dan menjangka kemungkinan masalah. Guru yang berkesan ialah guru yang boleh memantau kemajuan pelajar dengan menjangka masalah pembelajaran dan tingkah laku pelajar, boleh menyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran dan boleh memadankannya dengan keperluan pembelajaran pelajar. Anderson (1989), pula menambah pengurusan bilik darjah yang berkesan terdiri daripada tingkah laku guru yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran dan meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisien. Beliau menegaskan bahawa peranan guru dan hubungan peranan tersebut dengan pembelajaran sangatlah penting dalam pengurusan bilik darjah. Selain daripada maksud pengurusan bilik darjah seperti di atas, para pendidik juga mendefinisikan pengurusan bilik darjah mengikut pendekatan pengurusan bilik darjah itu sendiri iaitu: (a) Pendekatan Autoritarian Pandangan tentang pengurusan bilik darjah mengikut pendekatan autoritarian ialah proses mengawal tingkah laku pelajar. Peranan guru ialah untuk membentuk dan memastikan peraturan diikuti dan penekanan utama ialah mengawal disiplin pelajar. Perkataan pengurusan bilik darjah dan disiplin selalunya sinonim. Pengurusan bilik darjah ialah satu set aktiviti di mana ia dibentuk oleh guru dan guru juga memastikan ia dipatuhi oleh pelajar.

142 TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH (b) Pendekatan Permisif Pendekatan ini bertentangan dengan pendekatan yang pertama tadi. Mereka yang menyokong pendekatan ini menyatakan peranan guru ialah memaksimumkan kebebasan pelajar. Mereka mengatakan jika kita mengawal pelajar, kita akan menyekat perkembangan semula jadi mereka. Mereka mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai satu set aktiviti di mana guru memaksimumkan kebebasan pelajar. AKTIVITI 7.1 Apakah pendapat anda tentang Pendekatan Autoritarian dan Pendekatan Permisif dalam pengurusan bilik darjah? Apakah kebaikan dan keburukannya? (c) (d) Pendekatan Modifikasi Tingkah Laku Pelajar Pendekatan ini berasaskan prinsip modifikasi tingkah laku pelajar dan pengurusan bilik darjah merupakan satu proses memodifikasikan tingkah laku pelajar. Peranan guru ialah menggalakkan tingkah laku pelajar yang dikehendaki dan menghapuskan tingkah laku yang negatif. Pengurusan bilik darjah pula berfungsi sebagai satu set aktiviti untuk menggalakkan tingkah laku yang dikehendaki dan menghapuskan tingkah laku yang negatif. Pendekatan yang Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran yang Positif Andaian pendekatan ini ialah pembelajaran boleh dimaksimumkan dengan adanya hubungan yang baik antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar. Guru adalah punca utama yang menjalinkan hubungan yang baik. Pendekatan ini menyatakan pengurusan bilik darjah adalah satu set aktiviti di mana guru membentuk hubungan yang baik dan persekitaran bilik darjah yang positif. Pandangan yang lain pula menyatakan bilik darjah adalah satu sistem sosial di mana proses kumpulan adalah perkara penting. Andaian di sebalik pandangan ini ialah pengajaran berlaku dalam konteks kumpulan. Ini bermakna tingkahlaku kumpulan memberi kesan yang signifikan dalam pembelajaran walaupun pembelajaran dilihat sebagai proses individu. Peranan guru ialah merangsang pembentukan dan operasi sistem bilik darjah. Pendekatan ini menyatakan pengurusan bilik darjah sebagai satu set aktiviti di mana guru membentuk dan menjaga organisasi bilik darjah yang berkesan.

TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH 143 AKTIVITI 7.2 Perhatikan tingkah laku yang positif dan negatif dalam bilik darjah anda, kemudian buat satu senarai. Perhatikan tingkah laku yang paling panjang senarainya. Tingkah laku positif Tingkah laku negatif 7.1.1 Pengajaran dan Pengurusan Anda telah pun mengetahui dengan terperinci tentang maksud pengajaran di awal modul ini. Umumnya, pengajaran mengandungi dua set aktiviti, iaitu: pengajaran dan pengurusan. Aktiviti pengajaran bertujuan untuk menggalakkan pencapaian pelajar kepada objektif pengajaran yang spesifik. Contohnya, mengesan keperluan pelajar, merancang pembelajaran, menyampaikan pengajaran, menyoal dan menilai kemajuan pelajar. Aktiviti pengurusan pula adalah aktiviti yang bertujuan untuk membentuk dan menjaga keadaan di mana pengajaran boleh berlaku dengan berkesan. Antara contoh aktiviti ialah membentuk hubungan guru dengan pelajar dan membentuk norma kumpulan yang produktif. Adalah sukar untuk anda menentukan secara khusus aktiviti pengajaran dan aktiviti pengurusan kerana ia saling berkait. AKTIVITI 7.3 Mengapakah persekitaran bilik darjah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Bincangkan.

144 TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH 7.2 PEMBENTUKAN DAN PENGURUSAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN Pengurusan bilik darjah bermula dengan susunan fizikal bilik darjah untuk pengajaran. Keadaan bilik darjah yang tersusun boleh membantu guru mengajar beberapa waktu pembelajaran dalam satu hari. Apabila guru cuba membuat susunan fizikal bilik darjah, guru perlu membuat beberapa keputusan. 7.2.1 Apakah Perkara Utama untuk Mendapatkan Susunan Bilik Darjah yang Baik? Berikut adalah beberapa panduan untuk mendapatkan susunan bilik darjah yang lebih baik: (a) Pastikan lalu lintas dalam bilik darjah tidak sesak. Elakkan daripada wujudnya ruang yang sesak dengan lalu lintas, contohnya ruang berhampiran pintu. Pelajar yang bermasalah (contoh, sukar mendapat perhatian guru semasa pengajaran) perlu ditempatkan jauh daripada tempat yang sibuk. (b) Pastikan semua pelajar dapat dilihat oleh guru. Pemantauan pelajar merupakan satu tugas utama dalam pengurusan bilik darjah. Jika pelajar tidak dapat melihat guru, adalah sukar untuk guru membantu pelajar apabila pelajar itu memerlukannya. (c) Pastikan pelajar mudah melihat dan mendengar penyampaian guru dan dapat melihat apa yang guru tulis di papan tulis dan yang ditayangkan pada overhead projector (OHP), tanpa terpaksa menggerakkan kerusi atau meja mereka. (d) Sebagai permulaan, untuk mendapat ruang atau tempat yang sesuai, guru hendaklah mengenal pasti tempat untuk guru berdiri semasa melaksanakan pengajaran. Ini boleh dikenal pasti dengan melihat kedudukan papan tulis dan OHP. Rajah 7.1 adalah salah satu contoh susunan bilik darjah. Perhatikan kedudukan meja dan peralatan dalam gambar rajah ini.

TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH 145 Rajah 7.1: Susunan bilik darjah (e) (f) (g) Bahan pengajaran untuk pelajar dan guru mudah dan cepat diperoleh. Oleh itu, simpan alat di tempat yang sesuai supaya aktiviti pembelajaran boleh dimulakan dengan segera dan mengurangkan masa untuk persiapan dan mengemas semula. Papan Buletin Papan buletin memberikan ruang untuk mempamerkan hasil kerja pelajar, bahan pengajaran yang berkaitan, tugasan, tugasan yang menjadi contoh untuk pelajar lain, peraturan, jadual waktu, dan lain-lain lagi. Papan buletin boleh dihias dengan kertas berwarna untuk lebih menceriakan bilik darjah. Perlu diingat bahawa kita tidak meletak terlalu banyak pameran pada dinding bilik darjah kerana ia akan menampakkan bilik darjah itu sesak. Penggunaan Ruang Perabot dan peralatan disusun teratur supaya tidak mengganggu pengajaran dan guru boleh melihat keseluruhan kelas. Pelajar juga dapat melihat guru, papan tulis dan layar OHP. Kadang kala guru menghadapi kekangan dari segi ruang. Jika keadaan ini timbul, guru perlu menilai penyesuaian yang boleh dibuat. Jika ruang terlalu kecil, guru boleh mengeluarkan peralatan yang kurang digunakan. Jawab latihan berikut untuk menguji kefahaman anda. LATIHAN 7.1 Apakah panduan yang harus diikuti oleh guru dalam menentukan keputusan tentang susunan bilik darjah?

146 TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH 7.3 PEMBENTUKAN PERATURAN Seperti yang dinyatakan di atas, tugas guru bukan sahaja mengajar, malah mereka juga seorang pengurus. Guru yang berkesan adalah guru yang memberitahu pelajar peraturan kelas pada hari pertama kelas bermula. Peraturan ini hendaklah eksplisit, jelas dan boleh diikuti. Peraturan dibentuk untuk membantu guru membentuk persekitaran pembelajaran yang produktif. Peraturan merupakan harapan yang dinyatakan tentang tingkah laku pelajar semasa pembelajaran dan seterusnya di sekolah. Pengurusan bilik darjah yang baik adalah berdasarkan pemahaman pelajar tentang tingkah laku yang diharapkan. Peraturan yang dirancang berhati-hati memudahkan guru berkomunikasi dengan pelajar tentang peraturan yang perlu diikuti. Pamerkan peraturan dalam bilik darjah supaya setiap pelajar dapat membacanya. Berikut adalah contoh peraturan bilik darjah: (a) Beratur sebelum masuk kelas. (b) Hantar tugasan yang lengkap pada tarikh yang ditetapkan. (c) Padamkan kipas dan lampu selepas meninggalkan kelas. (d) Beritahu guru atau ketua kelas apabila hendak keluar kelas. 7.3.1 Merancang Peraturan Apabila guru telah mengetahui peraturan sekolah, guru boleh mula merancang peraturan untuk bilik darjah. Perkara yang perlu diambil kira adalah seperti berikut: (a) Elak daripada membuat terlalu banyak peraturan. (b) Setiap peraturan ditunjukkan contoh tingkah laku yang diingini. (c) Bincang dengan pelajar apa yang guru harapkan daripada peraturan tersebut. Perbincangan dengan pelajar boleh membawa kesan positif kerana membantu pelajar berkelakuan mengikut peraturan. (d) Nyatakan dengan jelas tingkah laku yang tidak sesuai dan sering dilakukan oleh pelajar seperti menjerit dan berlari. (e) Bincang peraturan ini pada hari pertama kelas.

TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH 147 (f) Sesetengah guru berbincang dengan pelajar apabila membuat peraturan. Ini adalah untuk menggalakkan rasa milikan di kalangan pelajar dan mereka akan lebih bertanggungjawab. Penglibatan pelajar boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Contohnya, guru boleh berbincang dengan pelajar seperti menyoal Mengapakah peraturan itu dibuat dan rasionalnya?. 7.3.2 Ganjaran dan Hukuman Perancangan untuk peraturan bilik darjah itu mustahak bagi pengurusan bilik darjah yang baik. Bagaimanapun, untuk memastikan ia berkesan, pelajar perlu akur dengan peraturan yang telah dibuat. Pelajar akan menerima akibatnya jika peraturan ini tidak diikuti. Akibatnya ialah ganjaran dan hukuman. Ganjaran ialah perkara yang ingin diperoleh pelajar kerana pencapaian, usaha, atau tingkah laku yang baik. Hukuman ialah sesuatu yang tidak diingini oleh pelajar, tetapi perlu diberi kepada pelajar kerana tingkah laku yang negatif. Guru perlu merancang apabila memberi ganjaran dan hukuman perlu dirancang. Mula-mula guru perlu menyemak sama ada terdapat dasar sekolah tentang ganjaran dan hukuman, atau sama ada sekolah menyediakan peruntukan untuk memberi ganjaran. Contohnya, jika guru menjanjikan lawatan sebagai ganjaran kepada pelajar, maka pastikan ada peruntukan untuk itu. Ganjaran dan hukuman hendaklah setimpal dengan tingkah laku pelajar. Ganjaran yang mudah diperoleh akan menghilangkan motivasi pelajar. Hukuman yang terlalu berat akan menimbulkan kemarahan daripada pelajar dan kritikan daripada ibu bapa. Ganjaran juga perlu sesuai dengan umur pelajar. Ganjaran ada beberapa jenis, antaranya: (a) (b) (c) Simbol Simbol dalam bentuk nombor, bintang dan lain-lain. Gred yang baik merupakan simbol yang sangat berkesan kepada hampir semua pelajar kerana ianya merupakan refleksi yang terus daripada usaha mereka dan pencapaian kerja mereka. Pengiktirafan Merupakan cara memberikan perhatian kepada pelajar. Contohnya, mempamerkan kerja pelajar, memberikan pengiktirafan secara lisan kepada tingkah laku yang baik. Sijil atau pelekat juga adalah salah satu pengiktirafan yang sesuai untuk sekolah menengah. Aktiviti Membuat aktiviti yang menarik dengan pelajar seperti membuat lawatan.

148 TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH Hukuman ada beberapa jenis, antaranya: (a) Gred Mengurangkan gred atau markah kepada mereka yang tidak menghantar tugasan pada tarikh yang ditetapkan, atau tugasan tidak kemas dan tidak lengkap. (b) Hilang Keistimewaan Contohnya, pelajar yang merosakkan alat menggunakan alat tersebut. tidak diberi kebenaran (c) (d) Dendaan Dalam bentuk kerja berulang seperti menulis berkali-kali. Hukuman ini digunakan untuk pelajar yang melanggar peraturan kelas dan bukan peraturan yang serius. Gantung Sekolah Diberikan kepada pelajar yang melakukan tingkah laku yang kronik seperti terlibat dalam pergaduhan. AKTIVITI 7.4 Apakah ganjaran yang perlu anda berikan kepada pelajar anda dan bagaimanakah reaksi mereka terhadap ganjaran tersebut? 7.4 PENGURUSAN TINGKAH LAKU PELAJAR Adalah penting untuk guru merespon kepada pelajar dengan cara yang positif. Guru perlu mengelakkan daripada hanya memfokus kepada tingkah laku yang negatif sahaja. Dalam usaha untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar, guru perlu mengenal pasti tingkah laku yang ingin diubah, dan guru perlu memantau tingkah laku berkenaan, perlu tekal dengan peraturan yang dibuat dan menguruskan tingkah laku yang negatif.

TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH 149 7.4.1 Memantau Perlakuan Pelajar Untuk memastikan pemantauan berkesan, guru perlu kenal pasti tingkah laku yang perlu dipantau. Emmer dan rakan-rakan (1989), menyatakan terdapat dua kategori perlakuan yang penting di dalam bilik darjah, iaitu: (a) Penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran; dan (b) Pematuhan pelajar kepada peraturan bilik darjah. Penglibatan pelajar boleh dilihat melalui pelbagai tingkah laku, termasuk perhatian semasa pengajaran, perbincangan dan lain-lain tugasan. Pematuhan pelajar kepada peraturan bilik darjah mudah dipantau jika guru mempunyai harapan atau jangkaan yang jelas tentang tingkah laku pelajar dan telah menerangkan kepada pelajar tentang harapan ini. Pemantauan tingkah laku pelajar semasa mengajar memerlukan guru berada dalam keadaan di mana guru boleh melihat semua pelajar di dalam bilik darjah berkenaan. Ini boleh dilakukan dengan guru bergerak antara barisan pelajar. Ini boleh menambah perhatian pelajar semasa pengajaran. Sesetengah guru pula tidak dapat memantau dengan baik kerana ia memfokus atau memberi perhatian kepada beberapa pelajar sahaja. Sesetengah guru pula hanya bercakap dengan papan tulis. Oleh itu, guru tidak mengetahui tindak balas pelajar terhadap pengajarannya. Dengan demikian, semasa pengajaran, guru perlu bergerak dan sentiasa aktif. Jika guru dapati ada kekecohan yang melibatkan beberapa pelajar dan guru tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kekecohan tersebut, ini menunjukkan yang guru kurang memantau bilik darjah tersebut. Apabila pelajar melakukan tugasan individu, pemantauan perlu dibuat dengan guru bergerak dari satu pelajar kepada satu pelajar yang lain untuk mengetahui kemajuan dari semasa ke semasa dan untuk memberikan maklum balas individu berkenaan. Guru tidak sepatutnya hanya menyelia pelajar yang memerlukan bantuan atau yang mengangkat tangan kerana perlukan bantuan. Jika guru berbuat demikian, ini bermakna guru tidak memantau kemajuan kesemua pelajar. Memantau tugasan pelajar daripada meja guru atau mana-mana lokasi yang kekal adalah sukar untuk guru melihat tingkah laku pelajar lain. Oleh itu, elakkan daripada menggunakan masa yang banyak pada satu tempat atau pelajar. Jika guru terpaksa memantau pelajar daripada meja guru, sekali-sekala guru perlu bangun dan berjalan untuk menyelia kemajuan pelajar untuk memastikan mereka mengikut arahan. Elakkan daripada berada agak lama pada seseorang pelajar untuk membantu mereka, kecuali guru boleh memantau

150 TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH pelajar daripada meja pelajar berkenaan. Jika guru berada dalam keadaan demikian, pastikan kedudukan meja pelajar itu membolehkan guru membuat pemantauan pelajar yang lain. Jika guru terpaksa membuat penyeliaan di meja guru, atau satu lokasi yang tetap, pastikan pelajar tidak berhimpun di sekelilingnya. Ia akan mengganggu pandangan guru kepada keseluruhan bilik darjah. Sebaliknya, anda hendaklah memanggil seorang pelajar pada sesuatu masa. Satu teknik memantau pelajar pada peringkat awal membuat tugasan individu ialah: (a) Pastikan setiap orang memulakan aktiviti; (b) Pastikan setiap pelajar telah mengeluarkan bahan yang diperlukan di atas meja; (c) Pastikan mereka memulakan latihan yang pertama atau menjawab soalan yang pertama di bawah arahan guru; dan (d) Semak serta bincang dengan semua pelajar. Ini memudahkan anda melihat keseluruhan pelajar telah memulakan tugas dan menentukan sama ada mereka faham apa yang perlu dilakukan. Tugas pemantauan yang kritikal ialah menyemak tugasan. Tugasan dikumpulkan dari semasa ke semasa. Guru hendaklah sentiasa mengemaskini rekod penggredan pelajar supaya dapat mengesan pelajar yang tidak membuat tugasan dengan baik atau yang tidak membuat tugasan langsung. Jika anda memberi tugasan yang memerlukan masa yang panjang, semak kemajuan dari semasa ke semasa. Guru boleh memberi skor atau gred pada setiap kemajuan tugasan. Guru juga boleh memberikan pelajar senarai semak kemajuan tugasan tersebut. 7.4.2 Ketekalan Di dalam bilik darjah, ketekalan bermakna mengekalkan harapan perlakuan yang sesuai dan tidak sesuai dalam aktiviti tertentu; ia juga bermakna bahawa harapan ini adalah untuk semua pelajar dalam semua keadaan (Emmer & rakanrakan, 1989). Contohnya, jika pelajar dikehendaki memakai kot makmal semasa kerja makmal, maka setiap kali kerja makmal, pelajar dikehendaki memakai kot makmal. Ketekalan juga digunakan kepada hukuman. Jika pelajar yang lambat memasuki makmal untuk kelas amali akan didenda, maka semua yang lambat akan didenda walau apa sekali alasan yang diberikan oleh pelajar. Jika guru tidak

TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH 151 tekal dengan peraturan, pelajar akan menguji setakat mana peraturan itu boleh bertahan dengan mengulangi tingkah laku tersebut atau tidak mengikut peraturan untuk menimbulkan hukuman. Perbuatan ini akan merebak dan menyebabkan guru membuang peraturan tersebut atau terpaksa mentoleransi tingkah laku negatif. Ketidaktekalan selalunya timbul akibat tiga sumber, iaitu: (a) Peraturan yang tidak munasabah atau tidak sesuai; (b) Guru gagal memantau pelajar dengan rapi dan tidak dapat mengesan tingkah laku yang tidak sesuai; dan (c) Guru tidak merasakan peraturan itu penting dikuatkuasakan. Jika guru mendapati pelajar tidak tekal dengan peraturan dan telah menimbulkan masalah, guru boleh melakukan alternatif berikut: (a) Peraturan tersebut dijelaskan semula kepada pelajar. Ambil beberapa minit untuk membincangkan masalah dengan semua pelajar dan ulang harapan anda bahawa peraturan perlu diikuti, kemudian dikuatkuasakan. (b) Ubah suai peraturan dan kemudian perkenalkan semula. (c) Batalkan peraturan dan kalau boleh, ganti dengan peraturan yang lain. Alternatif yang anda pilih bergantung kepada keadaan dan kepentingannya dalam sistem pengurusan bilik darjah. 7.4.3 Pengurusan Segera Kepada Tingkah Laku Negatif Guru perlu menangani dengan cepat tingkah laku negatif bagi mengelakkan tingkah laku itu berterusan dan merebak. Tingkah laku yang perlu diperhati ialah tingkah laku seperti kurang penglibatan dalam aktiviti pembelajaran, memanjangkan masa membuat tugasan, tidak memberi perhatian dan mengelakkan tugasan yang diarahkan oleh guru dan sengaja melanggar peraturan. Guru yang berkesan adalah guru yang dapat mengesan tingkah laku pelajar luar-tugas (off-task) dan memberhentikannya sebelum merebak. Adalah tidak bijak jika guru tidak mengambil berat terhadap tingkah laku luar-tugas. Pelajar yang tidak memberi perhatian berterusan akan menyukarkan pelajar tersebut untuk belajar dan keupayaan mereka untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Pelajar yang melanggar peraturan dan gagal mengikut peraturan menyebabkan banyak masalah yang akan timbul.

152 TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH Tingkah laku ini perlu diberhentikan dengan segera. Guru perlu menggunakan penyelesaian secara tenang kerana ini lebih produktif dan boleh mengelakkan daripada berlakunya konfrontasi dengan pelajar. Berikut adalah beberapa alternatif: Cara Menangani Tingkah Laku Negatif (a) Apabila pelajar luar-tugas, iaitu pelajar yang tidak membuat tugasan, arah semula perhatian mereka kepada tugas. Contoh Norhayati, anda sepatutnya sudah mula menulis jawapan untuk soalan 1. Tan, semua tugasan perlu disiapkan dalam kelas ini. (b) Semak kemajuan pelajar beberapa minit kemudian untuk memastikan mereka akan terus melakukan tugasan yang diberikan. (c) Perhatikan pelajar atau bergerak ke arah pelajar berkenaan. Guna bahasa isyarat seperti jari atau goyangkan kepala untuk membetulkan tingkah laku berkenaan. Pantau sehingga pelajar akur. (d) Jika pelajar tidak mengikut peraturan dengan betul, ingatkan pelajar tentang peraturan berkenaan. Nyatakan atau betulkan peraturan atau tanya pelajar jika mereka masih ingat lagi peraturan tersebut. (e) Tanya atau beritahu pelajar supaya berhenti melakukan tingkah laku negatif. Kemudian pantau sehingga mereka berhenti melakukan tingkah laku berkenaan. Kadang-kadang tidak sesuai atau mengganggu aktiviti apabila menguatkuasakan peraturan ini dengan segera. Jika ini berlaku, guru hendaklah mencatat atau menyimpan di dalam fikiran berkaitan dengan tingkah laku negatif ini dan teruskan aktiviti sehingga masa yang sesuai tiba untuk membetulkan tingkah laku berkenaan. Kemudian beritahu pelajar apa yang anda lihat telah berlaku dan bincangkan apakah tingkah laku yang sepatutnya. Seboleh-bolehnya, selesaikan masalah tingkah laku negatif secara peribadi. Dengan berbuat demikian, ia mengurangkan tekanan perhatian rakan sebaya dan kurang mengganggu aktiviti yang sedang berjalan.

TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH 153 Pengurusan bilik darjah yang baik tidak berlaku tanpa perancangan. Pengajaran akan berlaku dengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku yang tidak menyenangkan. Ketekalan Pengurusan bilik darjah Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan autoritarian dan pendekatan permisif? Adakah kedua-dua pendekatan ini susuai diwujudkan dalam bilik darjah? Apakah perkara utama untuk mendapatkan susunan bilik darjah yang terbaik? Pada pendapat anda adakah cara anda ini yang terbaik sekali?