HURAIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE. HURAIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE (Ismail Md. Zain, Balakrishnan M.

dokumen-dokumen yang mirip
COLLABORATIVE INSTRUCTIONAL DESIGN SYSTEM (CIDS) SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE MANUAL PENGGUNA

COLLABORATIVE INSTRUCTIONAL DESIGN SYSTEM (CIDS)

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

INSTRUMEN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) BAHAGIAN A: MAKLUMAT ASAS GURU

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

INSTRUMEN 1 : PENGURUSAN KBAT SEKOLAH. 1. Pemeriksa hendaklah berbincang bersama-sama dengan pentadbir sekolah semasa mengurus tadbir instrumen ini.

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan.

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) INSTRUMEN SOAL SELIDIK GURU MENTOR

Model Pengurusan Strategik

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)

Pengenalan pedagogi. Sinopsis:

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

ECO-SCHOOLS. Helaian Sumber Fasilitator 9 Pemerolehan Anugerah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN FUNGSIONAL GURU AKADEMIK

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Dibangunkan atas nasihat pakar psikometrik dan ahli psikologi

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Pemusatkan Guru. Strategi ini merangkumi pengajaran di mana peranan guru ialah untuk menyampaikan maklumat yang akan dipelajari oleh murid-murid.

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

PENGENALAN KEPADA PORTFOLIO

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

Kursus i-think Secara Bersemuka Kepada Guru dan Pengetua/ Guru Besar (KiSB) Bahan Rujukan Kendiri KiSB

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 5 (KSSR)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

INSTRUMEN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haziqah Najian bt Zakeria PISMP Tajuk 1 : Teknologi Pendidikan. Konsep.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 5 (KSSR)

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

Program Transformasi Daerah

KBT. Jenis-Jenis Kemahiran Bernilai Tambah : (a) Kemahiran Berfikir. (b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. (g) Kemahiran.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KRITERIA PEMARKAHAN PERTANDINGAN MEMBINA LAMAN BLOG DAN BBM ONLINE

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Taklimat untuk Guru BM

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM MASALAH PENGLIHATAN

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

Apabila seseorang itu sedar tentang apa yang difikirkan maka adalah mudah baginya untuk mengawal tindakan yang akan diambil seterusnya.

KERJA KURSUS PROJEK: TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN EDU3105

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Teknologi Pengajaran (2 jam)

PENGAJARAN BERPASANGAN

Katakunci : laman web, garis dan satah, tiga matra, teori konstruktivisme lima fase Needham

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)


KUR. MATEMATIK SEK. RENDAH PERBANDINGAN KBSR & KSSR

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Kementerian Pendidikan Malaysia 2013

OBJEKTIF PENGENALAN

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

KESUSASTERAAN MELAYU

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

TOPIK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN

Transkripsi:

HURAIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE (Ismail Md. Zain, Balakrishnan M. 2014)

KOMPONEN ASPEK ITEM MIW A ANALYZE (Analisis) S STRATEGIZE (Menyusun strategi) I E IMPLEMENT (Melaksana) EVALUATE (Menilai) profil pembelajaran profil pelajar o subjek, tema, bidang pembelajaran, tajuk/topik o objekti pembelajaran, hasil pembelajaran o gaya belajar, kecerdasan pelbagai atau profil lain yang berkaitan profil media pengajaran o jenis media o elemen o komposisi mengintegrasi o pemilihan media pengajaran yang bersesuaian dengan profil-profil di atas menyesuai - kemahiran mengaplikasi - alat menerap - nilai membentuk mengadaptasi mengaplikasi maklum balas mengkaji semula menyemak semula o kemahiran Abad Ke-21 dan ciri-cirinya o pengaplikasian pelbagai alat berfikir Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) o alat pengajaran kaedah, teknik, aktiviti o pelbagai item nilai moral dan nilai yang lain o soalan asas (essential questions/arahan pengajaran (instructional questions) o mengadaptasi perancangan pengajaran untuk pembentukan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) o mengaplikasi perancangan pengajaran dalam bentuk Rancangan Pelajaran Harian (RPH) o tindakan terhadap maklum balas o mengkaji keberkesanan strategi perancangan pengajaran o menilai strategi perancangan pengajaran untuk peluang mereka bentuk semula pengajaran pada masa hadapan Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai (Multiple Integration Worksheet (MIW) merupakan: mekanisme pemusatan strategi perancangan atau kerangka perancangan keseluruhan ke arah pengintegrasian dalam proses PdP. bertindak sebagai paparan memudahkan guru menzahirkan perancangan pengajaran hasil cantuman idea berdasarkan aspek-aspek dan item-item komponen dalam model ini. bertindak sebagai satu senarai semak kepada guru terhadap ciri-ciri/fitur-fitur pembelajaran Abad Ke-21. perancangan sentiasa terkini (up to date), memenuhi keperluan pendidikan di peringkat lokal dan global. aktiviti yang direka bentuk dikaitkan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). memudahkan guru membentuk soalan untuk penilaian.

KOMPONEN, ASPEK & ITEM MODEL ASIE Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE (Ismail Zain, Balakrishnan, M. 2104) merupakan pendekatan bersepadu dalam proses merancang strategi pengajaran untuk keperluan pelajar dalam persekitaran pembelajaran & pengajaran Abad Ke-21. ASIE ialah akronim bagi komponen A Analyze (Analisis) S Strategize (menyusun strategi) I Implement (melaksana) E Evaluate (menilai). Kesemua komponen bertindak sebagai prosedur merancang pengajaran (instructional planning) di peringkat makro untuk diaplikasikan di peringkat mikro iaitu pembentukan beberapa rancangan pelajaran harian (RPH). Ia juga merupakan prosedur guru merancang pengajaran mengikut urutan secara bersistematik. Model ini dibina berlandaskan prinsip dan cantuman teori reka bentuk pengajaran (principles of instructional design theories) dan teori pembelajaran yang berfokuskan mazhab kognitif, konektivis dan konstruktivis. Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE boleh dilaksanakan secara konvensional atau melalui aplikasi dalam talian (online application) untuk mengakses model yang dibina untuk memudahkan guru membuat perancangan secara lebih efisyen. Terdapat beberapa aspek dan item dalam komponen model ini yang boleh diubah suai (customized) atau membuat penambahbaikan atau mengubah setting yang disediakan mengikut keperluan kurikulum atau situasi amalan perancangan sesebuah sekolah. Model ini bersifat interaktif, integratif, preskriptif, dan konstruktif. Ia bersifat interaktif kepada pengguna iaitu memudahkan pengguna merancang dan merujuk mengikut prosedur yang disediakan, integratif dalam proses penyediaan perancangan pengajaran, preskriptif dalam memahami kandungan dalam model ini yang merangkumi komponen, aspek dan item melalui penerangan yang diberikan, konstruktif dalam penyusunan keseluruhan komponen dalam model ini. Komponen 1: Analisis (Analyze) Guru terlebih dahulu menganalisis 3 aspek persediaan perancangan iaitu:

(i) Profil pembelajaran (instructional profile) - meliputi item seperti kelas yang diajar, subjek, tema, bidang pembelajaran, topik/tajuk, objekti pembelajaran, hasil pembelajaran atau item-item yang lain yang menjadi amalan guru tersebut. (ii) Profil pelajar (learners profiles) termasuk item gaya belajar (learning styles) (seperti VARK - visual, auditory, reading, writing, kinesthetic dll.), profil inventori kecerdasan pelbagai - IKP (multiple intelligences) (seperti kecerdasan visual ruang, kecerdasan muzik, kecerdasan naturalis, kinestetik, dll), Data Ujian Psikometrik yang sesuai pada tahap pelajar seperti Ujian Aptitut, Inventori Minat Kerjaya (IMK), Inventori Trait Personaliti (ITP) dan ujian-ujian lain yang sesuai. Guru boleh menambah profil pelajar yang lain jika perlu. Tujuannya supaya bahan dan strategi pengajaran memenuhi keperluan pelajar berdasarkan perbezaan individu. Profil ini boleh diambil daripada kaunselar sekolah hasil Ujian Psikometrik. (iii) Profil media pengajaran (instructional media profile) guru boleh menyenaraikan dan memilih media pengajaran (pelbagai jenis dan klasifikasi media) berdasarkan ciri-cirinya/atribut untuk digunakan dalam kelas yang sesuai dengan profil pelajar dan kandungan subjek. Analisis perlu dilihat pada item elemen (teks, grafik, video, audio, animasi) serta item komposisinya (objek, latar, perasaan dll). Penganalisisan ini penting untuk guru menggunakan sepenuhnya profil pada media ini untuk tujuan penjanaan minda pelajar. Komponen 2: Menyusun Strategi (Strategize) Komponen ini mempunyai 5 aspek untuk menyusun strategi pembelajaran: (i) (ii) (iii) Mengintegrasi (integrating) - media pengajaran: Guru menyatakan strategi media pengajaran diguna/diintegrasi untuk keperluan pelajar (contoh: menonton video sambil mencatat isi penting, atau menjana minda melalui soalan-soalan yang disediakan berkaitan dengan video tersebut, atau yang seumpama dengannya) Menyesuai (accommodating) kemahiran: Di sini guru menyatakan jenis kemahiran belajar Abad Ke-21 yang diperlukan oleh pelajar termasuk kemahiran berfikir aras tinggi seperti model ubahsuaian taksonomi Bloom serta kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan. Mengaplikasi (applying) alat (tools) Ia merujuk kepada pengaplikasian pelbagai jenis alat berfikir seperti peta minda, pengurusan grafik, i-think, alat berfikir CoRT de Bono dan alat berfikir yang lain. Guru juga harus menyatakan kaedah, teknik dan

(v) aktiviti yang ingin dilaksanakan seperti perbincangan, kuiz, pembelajaran kooporatif & kolaborasi, konstruktivisme dan sebagainya. (iv) Menerap (instilling) nilai: Guru menyatakan nilai-nilai yang ingin diterap melalui pengajarannya sebagai salah satu elemen merentasi kurikulum. Membentuk - soalan pengajaran (instructional questions) ia merupakan arahan, bimbingan, huraian aktiviti, soalan asas (essential questions) yang menggabungkan ke semua aspek yang terdapat dalam komponen model yang dirancang di peringkat makro untuk membantu membentuk beberapa aktiviti perancangan pengajaran (Instructional planning) (contoh: beberapa rancangan pelajaran harian - RPH) di peringkat mikro. Komponen 3: Melaksana (Implement) Komponen ini mempunyai 2 aspek: (i) (ii) Mengadaptasi (adaptating) perancangan pengajaran mengadaptasikan perancangan yang dibentuk di peringkat makro ini untuk dijadikan sebagai panduan dalam pembentukan rancangan pelajaran harian (RPH) di peringkat mikro. RHB akan berbeza antara satu kelas ke satu kelas yang lain mengikut profil pelajar. Mengaplikasi (applying) perancangan pengajaran - rancangan pelajaran harian yang dibentuk berdasarkan model ini akan dilaksanakan dalam proses pembelajaran di bilik darjah. Komponen 4: Menilai (evaluate). Perancangan perlu melalui proses penilaian sama ada pada peringkat pra-pengajaran iaitu melalui perbincangan dengan rakan sejawat, rintis dengan pelajar atau peringkat pasca pengajaran iaitu selepas proses pembelajaran & pengajaran. Komponen ini mempunyai 3 aspek yang perlu dikaji: (i) Bertindak terhadap maklum balas (responding) - membuat penyesuaian dan penambahbaikan daripada tindak balas pelajar. (ii) Mengkaji semula (reviewing) perancangan pengajaran mengkaji kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan yang perlu dibuat.

(iii) Menyemak semula (revising) perancangan pengajaran mengkaji keseluruhan perancangan pengajaran dengan membuat penambahbaikan. Penilaian bukan sahaja dibuat pada akhir perancangan tetapi boleh berlaku di setiap peringkat mengikut komponen yang tertentu seperti mana yang dilakar melalui garisan titik merah. Memandangkan model ini bercirikan pemusatan pelajar, penilaian juga boleh dilakukan melalui Kitaran Refleksi seperti mana yang dilakar melalui garisan bulatan hijau. Guru harus menyemak/membuat refleksi keperluan pelajar serta keperluan pembelajaran Abad Ke-21 untuk diintegrasikan dalam perancangan untuk pelajar. Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai (Multiple Integraton Worksheet - MIW) Model ini memaparkan Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai (Multiple Integration Worksheet MIW) sebagai mekanisme pemusatan strategi atau kerangka perancangan untuk membentuk amalan terbaik untuk pelajar ke arah pengintegrasian dalam PdP. Ia merupakan hasil daripada perancangan guru melalui kitaran refleksi dan penilaian bagi setiap komponen yang dilalui untuk keperluan pelajar. Versi baharu 3.1 membolehkan guru mencipta rancangan pelajaran harian (RPH) serta mencipta Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). MIW dan RPH ini boleh diakses dan dikongsi bersama sebagai nilai tambah dalam pemantapan ilmu dan kemahiran dalam profesion perguruan.

Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai

Contoh sebahagian perancangan MIW (perancangan peringkat makro)

Contoh Rancangan Pelajaran Harian

Contoh sebahagian perancangan RPH (perancangan peringkat mikro)