MUKA SURAT : 1/9 Disediakan oleh: Diluluskan oleh: Jawatan: PENGARAH SEKTOR KHIDMAT Jawatan: REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014 SALINAN TERKAWAL Dokumen ini ialah salinan digital dan tidak memerlukan tantatangan - Jawatankuasa Dokumentasi Induk
MUKA SURAT : 2/9 1.0 OBJEKTIF Prosedur ini bertujuan memastikan penyelenggaran infrastruktur dapat dilaksanakan mengikut jadual dan kaedah yang ditetapkan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur yang kondusif bagi pengurusan pentadbiran dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG). 2.0 SKOP Prosedur ini digunakan oleh IPGM dan IPG untuk mengendalikan urusan penyelenggaraan infrastruktur. 3.0 DOKUMEN RUJUKAN 3.1. Manual Kualiti IPGM-PPK-MK-01 3.2. Arahan Perbendaharaan 3.3. Undang-Undang Seragam Bangunan (UBBL) 3.4. Akta Jalan, Parit dan Taliair 3.5. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 3.6. Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan 3.7. Peraturan Elektrik 1994
MUKA SURAT : 3/9 4.0 DEFINISI 4.1. Definisi 4.1.1. Penyelenggaraan meliputi kerja-kerja yang dilakukan untuk memelihara, menjaga dan membaiki infrastruktur yang meliputi kawasan, bangunan, dan kelengkapan mengikut spesifikasi/skop yang telah ditetapkan. 4.1.2. Infrastruktur bermaksud kemudahan asas yang melibatkan aspekaspek sivil, elektrikal dan mekanikal. 4.1.3. Sivil meliputi bangunan, paip air, saliran, sistem pembetungan, kemudahan sukan dan jalan raya. 4.1.4. Elektrikal bermaksud pemasangan dan pendawaian elektrik. 4.1.5. Mekanikal meliputi sistem hawa dingin, pencegah kebakaran, pam booster, lif dan lain-lain yang berhubung dengan mesin dan jentera. 4.1.6. Kemudahan Sukan bermaksud arena atau lengkapan bagi semua jenis permainan seperti gelanggang tenis, padang bola sepak, trek olahraga dan lain-lain. 4.1.7. Penyelenggaraan Berkala bermaksud penyelenggaraan yang dilakukan ke atas infrastruktur mengikut jangka masa yang dicatatkan dalam peraturan semasa atau manual infrastruktur berkenaan 4.1.8. Kemudahan PdP bermaksud infrastruktur yang digunakan untuk tujuan penyampaian pengajaran dan pembelajaran seperti bilik kuliah, makmal, perpustakaan, bilik simulasi, bengkel dan sebagainya. 4.1.9. Jawatankuasa Penyelenggaraan Infrastruktur merujuk kepada jawatankuasa yang bertanggungjawab memantau penyampaian perkhidmatan penyelenggaraan yang dilaksanakan yang terdiri
MUKA SURAT : 4/9 4.2. Singkatan daripada P SKP, KPP SKP, PP SKP, KPT dan PT di IPGM dan TP, KJHEP, KUKP, PE, KPT, PPA, dan JT di IPG. WP P SKP TWP TP IPG Wakil Pengurusan (Rektor dan Timbalan Rektor) Pengarah Sektor Khidmat Pengurusan Pengarah Institut Pendidikan Guru Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru KPP SKP Ketua Penolong Pengarah (Unit Pembangunan) Sektor Khidmat Pengurusan PP SKP PE JT KPT PdP PPA PO IPGM IPG SKP KUKP JKPI MPPP PT Penolong Pengarah (Unit Pembangunan) Sektor Khidmat Pengurusan Pegawai Eksekutif Juruteknik Ketua Pembantu Tadbir Pengajaran dan Pembelajaran Penolong Pengurus Asrama Pembantu Operasi Institut Pendidikan Guru Malaysia Institut Pendidikan Guru Sektor Khidmat Pengurusan Ketua Unit Khidmat Pengurusan Jawatankuasa Penyelenggaraan Infrastruktur Mesyuarat Pengurusan Penyelenggaraan dan Pembangunan IPG Pembantu Tadbir
MUKA SURAT : 5/9 5.0 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Tanggungjawab Tindakan WP/TWP 1. Menubuhkan Jawatankuasa Penyelenggaraan Infrastruktur P SKP/TP IPG 2. Mempengerusikan mesyuarat JKPI dua kali setahun. KUKP/PE/KPT 3. Menyediakan jadual perancangan penyelenggaraan infrastruktur seperti dalam LAM-PUP-06-01. JT/PT 4. Melaksanakan pemeriksaan infrastruktur mengikut jadual LAM-PUP-06-01 dan permohonan berdasarkan LAM-PUP- 06-02. PPA/JT/PT 5. Menerima laporan kerosakan atau permohonan penyelenggaraan melalui borang LAM-PUP 06-02
MUKA SURAT : 6/9 Tanggungjawab Tindakan 6. TINDAKAN JT/PT 6.1 Memeriksa kerosakan infrastruktur selepas menerima laporan kerosakan/permohonan penyelenggaraan dan mengkategorikannya kepada: (i) (ii) Kerosakan yang boleh dibaiki terus secara dalaman Kerosakan yang boleh dibaiki tetapi memerlukan perolehan alat ganti (iii) Kerosakan yang perlu dibaiki oleh pembekal/ kontraktor/ pemunya bangunan JT (i) 6.1.1 Kerosakan yang boleh dibaiki terus secara dalaman Membaiki kerosakan tersebut (ii) Mencatatkan tindakan ke dalam borang Laporan Kerosakan (LAM -PUP-06-02) setelah kerosakan dibaiki (iii) Melaporkan penyelenggaraan selesai dan menyerahkan LAM-PUP-06-02 kepada KPT JT/PT 6.1.2 Kerosakan yang memerlukan alat ganti (i) (ii) (iii) (iv) Membuat perolehan alat ganti Menerima alat ganti dan membaiki kerosakan dalam tempoh yang sesuai Mencatatkan tindakan ke dalam borang LAM-PUP- 06-02 setelah kerosakan dibaiki Melaporkan penyelenggaraan selesai dan
MUKA SURAT : 7/9 Tanggungjawab Tindakan (v) menyerahkan LAM-PUP-06-02 kepada KP JT/PT 6.1.3 Kerosakan yang perlu dibaiki oleh Pembekal/Kontraktor/ Pemunya Bangunan (i) (ii) Memaklumkan kepada pihak pengurusan untuk mendapatkan kelulusan jika kerosakan perlu dibaiki oleh pembekal/ kontraktor/ pemunya bangunan Setelah kelulusan diperoleh, tindakan selanjutnya diambil. (iii) Menyelia kerja pembaikan oleh pembekal/ kontraktor. (iv) Memastikan kerja-kerja pembaikan yang dilakukan oleh pembekal/ kontraktor dalam keadaan sempurna. (v) Maklumkan kepada PE/KPT bahawa kerja-kerja pembaikan telah dilakukan dengan memuaskan untuk tujuan pembayaran (vi) Mengesahkan perakuan kerja-kerja pembaikan siap seterusnya melaporkannya kepada KPP SKP/PP SKP/KUKP PE/KPT KUKP/PE 6.2 BERKALA (i) Menyediakan senarai untuk penyelenggaraan berkala (LAM-PUP-06-01). (ii) Melakukan penyelenggaraan dalaman secara berkala mengikut jadual (LAM -PUP-06-01). Sila rujuk langkah 6.1 (a) dan 6.1 JT/PT (iii) Menyelia penyelenggaraan yang dijalankan oleh pembekal/kontraktor. Sila rujuk langkah 6.1 (c) KUKP/PE/KPT 7 Mengarahkan JT/ PT mengambil tindakan pembaikan berdasarkan kepada tahap keseriusan kerosakan tertakluk kepada peruntukan mencukupi dan mematuhi peraturan sedia ada.
MUKA SURAT : 8/9 Tanggungjawab Tindakan JT/PT 8 Merekodkan butir-butir penyelenggaraan dan menyediakan Laporan Penyelenggaraan Infrastruktur dalam borang LAM- PUP-06-04 untuk dikemukakan kepada KUKP/PE KUKP/ PE 9 Mengemas kini dan mengesahkan status pembaikan yang dilakukan melalui borang LAM-PUP-06-02 dan LAM-PUP-06-03 kepada KPP SKP (di IPGM) dan TP (di IPG). 10 Menyediakan analisis penyelenggaraan infrastruktur berdasarkan LAM-PUP-06-04 untuk dibentangkan dalam mesyuarat JKPI. JKPI 11 Mengadakan mesyuarat setiap enam (6) bulan iaitu pada bulan Julai bagi laporan setengah tahun pertama dan pada bulan Januari tahun berikutnya bagi separuh tahun kedua.
MUKA SURAT : 9/9 6.0 REKOD KUALITI Bil. Rekod Lokasi Tempoh Disimpan Lampiran 1. Jadual Perancangan Penyelenggaraan Infrastruktur Unit Pembangunan IPGM / Pejabat Pentadbiran IPG 2 tahun LAM-PUP-06-01 2. Borang Laporan Kerosakan/Permohonan Penyelenggaraan 3. Status Pemeriksaan Infrastruktur 4. Borang Laporan Penyelenggaraan Infrastruktur Unit Pembangunan IPGM / Pejabat Pentadbiran IPG Unit Pembangunan IPGM / Pejabat Pentadbiran IPG Unit Pembangunan IPGM / Pejabat Pentadbiran IPG 3 tahun LAM-PUP-06-02 3 tahun LAM-PUP-06-03 3 tahun LAM-PUP-06-04