Tatakelakuan. SCA Tatakelakuan 1

dokumen-dokumen yang mirip
Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Tatakelakuan. Pembekal

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

Tatakelakuan Perniagaan dan Etika

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

Piawaian Tatalaku Pembekal Accenture Piawaian Tatalaku Pembekal

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

Kod pengendalian perniagaan

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

KOD KELAKUAN. Kami sentiasa bertindak mengikut peraturan-di mana sahaja kami berada.

Polisi Privasi. Pengenalan

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Di Tune Protect, kita percaya perniagaan kita dijalankan dengan betul apabila kita mematuhi Nilai-nilai dan Tatakelakuan kita.

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Kod Tatakelakuan Jula AB

Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

Tatakelakuan JABIL. Integriti Di mana-mana, Setiap hari. AWAM Jabil Inc Hak Cipta Terpelihara.

Tatalaku BT - tataetika kita. Mei 2018

Tatalaku. Versi ringkas. The global leader in door opening solutions

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

TATAKELAKUAN DAN ETIKA

Tata Kelakuan Panasonic

KOD TINGKAH LAKU ETIKA PERNIAGAAN. Hayati Credo, Fahami Kod Kami

PENYEMAKAN TATAETIKA 2015 [KAJIAN SEMULA 1]

PADA TERAS KITA. Tata Kelakuan Perniagaan. Janji Kita. Pekerja Kita & Bumi Kita. Syarikat Kita. Hubungan Kita dan Industri Kita KANDUNGAN

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

TATAKELAKUAN. Mengamalkan Nilai Kita. Mengekalkan Piawai Etika Tertinggi KEPRIHATINAN KERJA BERPASUKAN GLOBAL PENINGKATAN BERTERUSAN

Cara Mendapatkan Bantuan dan Mengemukakan Keraguan Am Mengemukakan Keraguan Atau Rungutan Tentang Hal-hal Perakaunan atau Pengauditan

PESANAN DARIPADA KEITH JACKSON

Kesetiaan kepada Syarikat

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX

ROPER TECHNOLOGIES, INC.

Jun Kod Etika dan Piawaian Tingkah Laku Perniagaan

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP)

Tata Kelakuan Perniagaan

1.1 Sebuah budaya integriti 1.2 Kepada sesiapa yang berkenaan dengan tataetika ini 2. INTEGRITI BERHUBUNGAN DENGAN WARGA KITA DAN PERSEKITARAN KITA

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Buat Apa Yang Betul. Kod Etika

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Program Integriti Premium. Program Pematuhan Antirasuah

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Panggilan Sedunia untuk Bertindak ke atas Hak Tanah Orang Asal dan Masyarakat. Persoalan Dasar

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

OBJEKTIF UTAMA KAJI SELIDIK INI ADALAH UNTUK MENGUKUR TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN ANGGOTA PKNS TERHADAP SISTEM INTEGRITI KORPORAT PKNS.

Dasar Privasi. Data Peribadi anda adalah dikumpul, diguna dan diproses oleh Kumpulan Hunza untuk, di kalangan lain, tujuan-tujuan berikutnya :-

Toll Group Kod Amalan Membantu anda menghayati Cara Toll

tata kelakuan dan etika Membina Kepercayaan

SATU HONEYWELL Tataniaga

PIAWAIAN TATAKELAKUAN PERNIAGAAN GLOBAL

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

(CP 472) 22 FEB 2017

PEMATUHAN DENGAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN

Transkripsi:

Tatakelakuan SCA Tatakelakuan 1

Perutusan Daripada CEO Rakan Sekerja yang Dihormati, Sebagai sebuah syarikat produk kesihatan dan perhutanan global yang terkemuka, kita boleh memberi kesan yang besar terhadap manusia, kehidupan alam semula jadi dan juga boleh memberi impak kepada orang yang berkepentingan. Kita telah bersetuju untuk menjalankan perniagaan ini dengan bertanggungjawab dan memastikan kita mematuhi peraturan dan perundangan yang dibenarkan. Dengan itu, Tatakelakuan ini boleh menolong dan mendorong kita untuk mencapai matlamat ini. Ia membantu kita membuat pertimbangan yang wajar, bertindak secara bijak dan saling menghormati dalam activiti seharian kita. Kita hendaklah sentiasa mengingati kepentingan utama SCA. Sebagai penandatangan kepada UN Global Compact sejak tahun 2008, kita telah pun bersetuju untuk menyokong hak asasi manusia dan menggalakkan tingkah laku yang bertanggungjawab secara sosial dengan prinsip Global Compact, Rang Undang-undang Antarabangsa Hak Asasi Manusia, Konvensyen Teras ILO dan Garis Panduan OECD bagi Perusahaan Berbilang Negara. Menepati kepada komitmenkomitmen ini adalah proses yang berterusan. Reputasi kita dan kepercayaan daripada orang yang berkepentingan adalah aset yang paling berharga untuk kita. Ianya telah lama diterapkan dan mesti sentiasa dipupuk dalam tindakan kita, setiap hari. Sebagai pekerja atau wakil SCA, kita mesti bertanggungjawab untuk memahami dan mematuhi kandungan Tatakelakuan ini. Dengan menghayati dan mengikut nilai teras dan komitmen yang terkandung dalam Tatakelakuan ini, kita boleh membantu mengekalkan reputasi kita yang juga akan membanggakan kita semua kerana berkerja untuk SCA dan dapat membina keyakinan orang lain untuk melabur bersama. Yang Ikhlas, Magnus Groth Presiden dan CEO 2 SCA Tatakelakuan

Kandungan 04 Pengenalan 06 Mengemukakan rasa bimbang tentang wujudnya Potensi Pelanggaran 08 Tonggak Tatakelakuan 08 Amalan Perniagaan 14 Kesihatan dan Keselamatan 16 Hubungan Pekerja 18 Hak Asasi Manusia 20 Alam Sekitar 22 Masyarakat Kandungan: Pentadbiran Tatakelakuan Tadbir urus Tata ini diluluskan oleh Lembaga Pengarah SCA Pemantauan SCA memantau pematuhan Tatakelakuan menerusi pelaporan rutin dan berkala serta pengauditan operasi syarikat kita. Setiap tahun, SCA akan mengadakan audit Tatakelakuan terhadap segelintir operasi yang dipilih melalui faktor risiko berdasarkan analisis yang sistematik. Setiap laporan audit akan diberi kepada pengurusan, disertai dengan rancangan tindakan dan susulan. Prosedur disusun atur dengan baik untuk memastikan pelaporan tentang pelanggaran Tatakelakuan dapat dihantar dengan segera kepada ibu pejabat SCA Group. Naib Presiden Sumber Manusia dalam setiap unit perniagaan dikehendaki melaporkan pada setiap suku tahun semua aduan Tatakelakuan dalam unit perniagaan tersebut kepada Naib Presiden Kanan SCA Group dan Naib Presiden Kanan Kemampanan. Setiap tahun, Presiden bagi setiap unit perniagaan juga dikehendaki menyerahkan laporan bertulis kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkenaan dengan pematuhan kepada Tatakelakuan oleh unit perniagaan tersebut. Pelaksanaan Tata ini akan dipantau oleh Code of Conduct council SCA. SCA Tatakelakuan 3

Pengenalan Mengapakah kita ada Tatakelakuan? Tata ini adalah satu tanggapan mengenai siapa diri kita dan bagaimana kita menjalankan perniagaan di SCA. Kita komited untuk mencipta nilai bagi pemegang kepentingan kita dan membina perhubungan dengan pekerja kita, pelanggan, pengguna pemegang saham, masyarakat dan rakan kongsi perniagaan kita berdasarkan pada nilai teras kita: Hormat; Tanggungjawab; dan Kecemerlangan. Tatakelakuan kita membentuk rangka kerja bagi cara kita menterjemahkan nilainilai teras ini ke dalam penyelesaian yang praktik dan memberikan panduan bagaimana untuk bertindak semasa dalam aktiviti seharian kita, secara ringkasnaya cara kita melakukan perkara yang betul. Ini juga menerangkan apa yang anda harapkan dari SCA sebagai pekerja. Tatakelakuan ini mungkin tidak dapat merangkumi semua situasi yang mungkin timbul atau semua undang-undang, pengawalaturan dan dasar dalaman yang mungkin berkaitan. Sebaliknya, tatakelakuan ini memberikan satu set standard yang wajib kita semua fahami dan guna pakai dalam menentukan cara menjalankan perniagaan kita dengan betul, secara bertanggungjawab dan dengan integriti. Dalam sesetengah keadaan, misalnya di negara kurang komitmennya terhadap hak asasi manusia atau peraturan undang-undang, standardstandard ini mungkin lebih tinggi daripada adab resam tempatan dan dalam keadaan yang sedemikian kita akan mematuhi standard kita yang lebih tinggi. Dalam keseluruhan Tatakelakuan, anda akan melihat contoh dan petua bagi pematuhan. Perkara-perkara ini dimasukkan untuk menunjukkan cara Tatakelakuan dilaksanakan dalam situasi tertentu dan bukan semuanya terangkum. Jika anda tidak pasti mengenai cara Tatakelakuan dilaksanakan, minta panduan daripada pengurus anda, pengurus sumber manusia anda, ahli pasukan undang-undang unit perniagaan anda atau pasukan kemampanan korporat SCA anda. Siapakah yang mesti mematuhi Tatakelakuan? Tatakelakuan dikenakan kepada semua pekerja SCA di seluruh dunia. Setiap pekerja dan rakan perniagaan SCA memberikan sumbangan yang penting kepada perlindungan syarikat dan reputasinya. Pengurus SCA mempunyai tanggungjawab tambahan. Menerusi tindakan mereka, mereka mesti menunjukkan pentingnya pematuhan. Aspek penting termasuk kepimpinan melalui teladan dan sentiasa ada untuk pekerja yang mempunyai soalan berkenaan etika atau mereka yang ingin melaporkan kemungkinan pelanggaran. Setiap pengurus juga bertanggungjawab ke atas penguatkuasaan pematuhan yang berterusan dengan Tatakelakuan ini, yang termasuk memastikan bahawa semua pekerja menerima maklumat dan latihan yang diperlukan mengenai Tatakelakuan. Perniagaan SCA memiliki lebih daripada lima puluh peratus hak mengundi, atau sebaliknya mempunyai kawalan, diperlukan untuk mengguna pakai dan mematuhi Tatakelakuan. Perniagaan yang kita mempunyai kurang kepentingan pengawalan hendaklah digalakkan untuk mengguna pakai dan mematuhi Tatakelakuan atau, paling minimum, dasar bertulis yang selaras dengan standard yang dikemukakan dalam Tatakelakuan. 4 SCA Tatakelakuan

Tatakelakuan Kesihatan dan Keselamatan Alam Sekitar Tanggungjawab Nilai Teras Perhubungan Pekerja Hormat-menghormati Kecemerlangan Masyarakat Amalan Perniagaan Hak Asasi Manusia Kita berharap rakan kongsi perniagaan kita yang lain, termasuk pengedar, pembekal, perunding dan kontraktor bebas, untuk mematuhi standard yang sama dengan yang digambarkan dalam Tata kita dan pengendalian perniagaan mereka sendiri. Pematuhan dengan standard tersebut adalah faktor utama dalam keputusan kita untuk bekerjasama dengan rakan kongsi perniagaan kita. Jika mana-mana rakan kongsi perniagaan, termasuk perniagaan yang SCA miliki kurang daripada kepentingan pengawalan, mengambil sebarang tindakan yang bertentangan dengan standard Tatakelakuan, kita akan berpakat dengan mereka untuk bersetuju ke atas langkah pembetulan. Akibat ketidakpatuhan Pelanggaran Tatakelakuan ini akan sentiasa diambil serius dan boleh membawakepada tindakan disiplin sehingga dan termasuk penamatan pekerjaan. Selain itu,perbuatan melanggar undang-undang akan menyebabkan anda (dan SCA) dikenakan denda jenayah yang berat, tempoh pemenjaraan dan/atau kerugian sivil. SCA Tatakelakuan 5

Mengemukakan rasa bimbang tentang wujudnya Potensi Pelanggaran Jika anda mendapati adanya kelakuan yang membimbangkan atau mungkin menunjukkan pelanggaran terhadap Tata, sila laporkan perkara ini dengan segera. Dengan menyuarakan kebimbangan anda, anda membantu melindungi rakan sekerja anda dan integriti dan reputasi SCA serta jenama SCA. SCA akan menyiasat setiap keraguan yang dibangkitkan atau pelanggaran yang dilaporkan secara serius dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sebarang maklumat yang anda berikan akan disimpan secara rahsia. Ia akan dikongsi hanya dengan individu-individu tersebut yang perlu mengetahui maklumat mengikut dasar SCA untuk penyiasatan dan penyelesaian aduan Tatakelakuan, melainkan pendedahan itu diperlukan oleh undangundang atau perkara tersebut membabitkan perbuatan jenayah. SCA melarang sebarang pembalasan terhadap sesiapapun kerana mengemukakan kebimbangan yang sah. Cara mengemukakan kebimbangan Secara amnya, penyelia atau pengurus langsung anda adalah orang yang berada di kedudukan terbaik untuk menangani kebimbangan anda. Walau bagaimanapun, jika atas sebarang sebab anda tidak berasa selesa untuk bercakap dengan pegawai atasan langsung anda atau jika anda rasa kebimbangan anda, setelah dibangkitkan, tidak diberi perhatian secara serius, anda boleh menghubungi mana-mana daripada orang berikut: penyelia langsung pengurus anda pengurus sumber manusia anda ahli pasukan undang-undang unit perniagaan anda di mana berkaitan, kesatuan anda, wakil pekerja atau majlis kerja Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat SCA di code-of-conduct@sca.com Talian penting Tatakelakuan, jika ada di negara anda Anda boleh melaporkan tanpa mendedahkan nama apabila dibenarkan oleh pihak berkuasa perundangan tempatan. Walau bagaimanapun jika anda memperkenalkan diri anda, anda boleh memberikan bantuan yang berharga dengan soalan susulan dan anda akan dimaklumkan mengenai keputusan penyiasatan. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang mengemukakan kebimbangan, di Essentials, laman internet SCA di http://intranet.sca.se/codeofconduct Apakah yang berlaku selepas kebimbangan dikemukakan? Jika anda telah melaporkan pelanggaran Tatakelakuan yang disyaki, anda boleh menjangkakan bahawa: kebimbangan anda akan dikendalikan dan disiasat secara sulit, dengan segera dan secara profesional jika dakwaan tersebut disahkan, pasukan pengurusan yang bersesuaian akan mengkaji semula penemuannya dan menentukan hasil muktamad anda akan menerima maklumat susulan mengenai cara bagaimana kebimbangan anda telah ditangani 6 SCA Tatakelakuan

Toleransi sifar terhadap pembalasan SCA tidak akan bertoleransi terhadap sebarang bentuk membalas dendam terhadap pekerja yang melaporkan secara jujur pelanggaran Tatakelakuan yang disyaki atau sesiapa yang menyertai secara jujur dalam penyiasatan. Secara jujur tidak bermaksud kebimbangan anda perlu betul, tetapi anda mesti percaya bahawa anda memberikan maklumat yang lengkap dan benar semasa anda melaporkan kebimbangan. Pembalasan secara sendirinya dianggap sebagai pelanggaran serius Tatakelakuan. Sesiapa yang bertindak balas akan tertakluk kepada tindakan disiplin sehingga dan termasuk penamatan. Pekerja yang secara sedar membuat dakwaan salah atau berniat jahat akan tertakluk kepada tindakan disiplin serius yang sama. SCA Tatakelakuan 7

Tonggak Tatakelakuan 1. Amalan Perniagaan Amalan Perniagaan yang Bertanggungjawab Di SCA, kita mesti menjalankan perniagaan secara bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang dan pengawalaturan yang berkuat kuasa serta dasar SCA. Sebelum bertindak mengikut undang-undang atau adat resam setempat yang bercanggah dengan prinsip yang dikemukakan dalam Tatakelakuan, anda hendaklah meminta nasihat daripada ahli pasukan undangundang SCA. Sogokan dan sebarang bentuk amalan perniagaan rasuah lain adalah dilarang. SCA atau sesiapa yang bertindak bagi pihak anda tidak boleh membenarkan, menawarkan atau menyediakan sebarang pembayaran, hadiah, atau manfaat lain yang boleh menjejaskan atau kelihatan menjejaskan keobjektifan keputusan perniagaan atau tindakan pegawai rasmi kerajaan. Semua perniagaan dan rekod kewangan SCA mestilah tepat dan urus niaga kewangan mesti dilaporkan dengan cara yang tidak menipu mengikut amalan perakaunan SCA. Lakukan: Memastikan bahawa semua pembayaran direkodkan dalam akaun SCA yang sesuai. Lakukan: Menyakinkan rakan kongsi perniagaan kedudukan SCA melalui kekuatan hujah perdagangan anda. Jangan Lakukan: Menggunakan pihak ketiga, seperti ejen atau pengedar, untuk membayar rasuah. Jangan Lakukan: Memberikan apa-apa yang mempunyai nilai kepada pegawai rasmi kerajaan melainkan anda telah memastikan bahawa melakukannya adalah sah dan konsisten dengan Tatakelakuan. SCA membina perhubungan menerusi kejujuran dan integriti dalam semua aktiviti perniagaan kita Jangan Lakukan: Memutar belitkan keadaan sebenar sebarang urusan niaga. Persaingan Adil Walaupun SCA akan sentiasa bersaing dengan penuh semangat untuk perniagaan, kita mesti melakukannya dengan adil dan mematuhi undang-undang persaingan (juga dipanggil undang-undang antitrust ). Undang-undang ini secara umumnya melarang perjanjian atau persefahaman di antara pesaing yang merosakkan persaingan, termasuk penetapan harga, peruntukan pelanggan atau pasaran geografi, penipuan bida atau penyalahgunaan kedudukan berpengaruh. Lakukan: Mengumpulkan risikan saingan menerusi maklumat yang tersedia secara umum. Jangan Lakukan: Mencadangkan atau mengikat perjanjian atau persefahaman sama ada tersurat atau tersirat, secara bertulis atau lisan dengan pesaing yang mengendalikan perkara sensitif secara bersaingan seperti penentuan harga, bida, terma dan syarat jualan atau sempadan jualan. Jangan Lakukan: Melibatkan diri dalam hubungan dengan pesaing yang boleh 8 SCA Tatakelakuan

mewujudkan kehadiran perjanjian atau persefahaman yang tidak wajar. Ingat: Undang-undang persaingan adalah rumit dan boleh diguna pakai secara berbeza bergantung pada fakta yang terlibat. Jika anda mempunyai sebarang keraguan mengenai apa yang membentuk persaingan yang wajar, hubungi ahli pasukan undang-undang SCA. Hadiah & Keraian Hadiah, jamuan makan dan keraian hanya boleh ditawarkan atau diterima jika tawaran itu adalah tanda keikhlasan yang sesuai kepada perhubungan perniagaan yang sah. Jangan Lakukan: Memberikan hadiah, jamuan makan atau keraian jika dengan tindakan tersebut boleh mewujudkan tanggapan bahawa sesuatu mesti dilakukan sebagai ganti, seperti anugerah kontrak baharu. Jangan Lakukan: Menerima layanan baik atau hadiah daripada sesiapa yang mana SCA menjalankan perniagaan dengannya yang mencerminkan lebih daripada adab perniagaan, mewujudkan rasa kewajipan atau bertentangan dengan dasar SCA dan arahan tempatan yang relevan. Konflik Kepentingan Anda hendaklah sentiasa bertindak demi kepentingan terbaik SCA dan mengelakkan konflik kepentingan. Konflik kepentingan timbul apabila kepentingan peribadi anda sendiri, perhubungan peribadi atau aktiviti luaran mempengaruhi, atau malah kelihatan seperti mempengaruhi pencapaian tanggungjawab kerja anda. Lakukan: Mengelakkan sebarang pelaburan, kepentingan atau aktiviti yang boleh menyebabkan orang lain mencurigai keobjektifan atau kesetiaan anda kepada SCA. Lakukan: Melaporkan semua konflik kepentingan sedia ada atau yang mungkin berlaku kepada pengurus anda. Jangan Lakukan: Menjalankan perniagaan SCA dengan syarikat yang dimiliki atau diuruskan oleh ahli keluarga, pasangan SCA Tatakelakuan 9

Amalan Perniagaan seumur hidup atau kawan rapat, melainkan anda telah menerima kebenaran daripada pengurus anda. Jangan Lakukan: Membenarkan perhubungan langsung atau tidak langsung untuk wujud antara individu yang bersaudara atau yang menjalin hubungan mesra. Perlindungan Maklumat Kita mesti melindungi maklumat sulit daripada penggunaan atau pendedahan yang tidak wajar. Maklumat sulit terdiri daripada sebarang maklumat yang tidak umum, seperti rahsia perdagangan, rancangan perniagaan dan pemasaran, maklumat pembangunan produk, ciptaan, kaedah perkilangan, maklumat pekerja dan gaji, rekod perubatan dan maklumat kewangan SCA. Maklumat sulit yang diamanahkan kepada kita oleh pihak ketiga mesti dikendalikan dengan layanan yang sama seperti kita memberikan maklumat sulit SCA. Lakukan: Mengamalkan sikap berjaga-jaga semasa membincangkan perniagaan syarikat atau semasa menjalankan tugas menggunakan komputer riba di tempat awam. Jangan Lakukan: Mengakses, menggunakan atau mendedahkan maklumat sulit tanpa kebenaran pengurusan yang wajar. Jangan Lakukan: Membenarkan pihak ketiga mengakses kemudahan SCA tanpa kebenaran yang wajar. Privasi SCA akan mengumpulkan dan memproses maklumat peribadi pengguna, pekerja dan pihak ketiga dalam pematuhan undangundang privasi yang berkuat kuasa dan dasar SCA yang berkaitan. Maklumat sulit pekerja akan diselenggarakan dengan selamat dan, melainkan jika diperlukan oleh undangundang, hanya boleh didedahkan kepada individu dengan kebenaran yang sesuai untuk menerima maklumat tersebut. Lakukan: Memastikan data peribadi dikumpulkan hanya untuk tujuan yang mematuhi undang-undang dan sah. Jangan Lakukan: Berkongsi data peribadi melainkan dengan pekerja-pekerja tersebut yang mempunyai keperluan perniagaan yang sah untuk maklumat tersebut. Aset Syarikat Aset SCA disimpan untuk penggunaan dalam perniagaan syarikat mengikut dasar SCA dan mungkin tidak boleh digunakan untuk tujuan kepentingan peribadi atau dalam cara lain yang tidak wajar. Lakukan: Memelihara dan menjaga aset syarikat dan lindunginya daripada kerugian, kerosakan, kecurian, salah guna dan penggunaan tanpa kebenaran. Lakukan: Jika penggunaan sekali-sekala aset SCA untuk kegunaan peribadi dibenarkan, seperti komputer syarikat, lakukannya pada tahap minimum. Jangan benarkan penggunaan tersebut menjejaskan prestasi kerja anda. Jangan Lakukan: Menggunakan aset syarikat untuk menjalankan perniagaan peribadi. Perdagangan Dalaman Maklumat dalaman ialah maklumat yang bukan untuk pengetahuan umum dan kemungkinan boleh dijangka mempunyai kesan ke atas harga saham SCA. Jika anda menyedari akan maklumat dalaman mengenai 10 SCA Tatakelakuan

SCA Tatakelakuan 11

Amalan Perniagaan SCA, anda mungkin tidak boleh membeli atau menjual saham SCA. Dan juga, anda mungkin tidak boleh mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak ketiga, termasuk rakan atau keluarga, menerusi pengesyoran untuk membeli saham SCA atau sebaliknya. Jangan Lakukan: Membeli atau menjual saham SCA jika anda mempunyai maklumat yang belum lagi disebarkan kepada orang awam mengenai perubahan penting dalam keuntungan syarikat atau pembelian syarikat atau penjualan syarikat ke atas perniagaan besar. Ingat: Pelanggaran undang-undang perdagangan orang dalam boleh merosakkan reputasi SCA dan mengakibatkan liabiliti jenayah dan sivil individu. Pengubahan Wang Haram SCA komited terhadap pematuhan undangundang antipengubahan wang haram di seluruh dunia. Pengubahan wang haram ialah sebarang pengaturan di mana hasil keuntungan jenayah diselindungi atau dibuat untuk kelihatan seperti sah di sisi undang undang. Lakukan: Mengambil langkah wajar untuk mengenal pasti dan menilai integriti rakan kongsi perniagaan kita dan memastikan mereka terlibat dalam aktiviti perniagaan yang sah. Lakukan: Mengambil langkah berjaga-jaga jika anda diminta untuk memindahkan dana dalam sebarang urus niaga ke negara yang tidak berkaitan dengan urus niaga tersebut. Lakukan: Mengemukakan pertanyaan jika anda berhadapan dengan aktiviti yang menimbulkan syak wasangka. Selesaikan kebimbangan anda dengan ahli pasukan kewangan atau undang-undang SCA. Pemasaran Produk dan perkhidmatan mestilah digambarkan secara tepat. SCA akan mengiklankan, mempromosi dan melabelkan produk dan perkhidmatan kita dalam cara yang memberikan fakta dan maklumat. Kita mengakui keperluan untuk perlindungan khas kanak-kanak dalam pemasaran dan tidak akan melibatkan diri dalam pemasaran yang menonjolkan atau yang berkaitan dengan kanak-kanak yang menjejaskan secara negatif hak atau kesejahteraan kanak-kanak. Lakukan: Memastikan anda memahami dan mematuhi sebarang prosedur kajian semula jualan dan pemasaran yang berkaitan dengan kerja anda. Lakukan: Memastikan pemasaran yang ditujukan kepada kanak-kanak adalah sensitif kepada sifat mudah tersinggung mereka dan mematuhi standard dan perundangan tempatan. Jangan Lakukan: Membuat atau meluluskan pernyataan yang salah atau memberikan maklumat yang yang tidak benar berkenaan dengan produk SCA atau prestasinya. Pautan: Prinsip Perakaunan Dasar Konflik Kepentingan Dasar Antisogokan dan Rasuah Dasar Keselamatan Maklumat Tanggungjawab Individu untuk Keselamatan Maklumat Peraturan Orang Dalam Dasar Privasi Data Dasar Etika untuk Hubungan Pembekal Susulan dan latihan pekerja dalam isu yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial dan rasuah 12 SCA Tatakelakuan

SCA Tatakelakuan 13

Tonggak Tatakelakuan 2. Kesihatan dan Keselamatan SCA mendahulukan kesihatan dan keselamatan Persekitaran Kerja yang Sihat SCA komited untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat bagi semua pekerja, kontraktor dan vendor. Sasaran kita ialah kecederaan berkaitan kerja sifar dan perbaikan berterusan ke atas perkara yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan. Kita melaksanakan langkah pencegahan untuk menangani kawasan berisiko dan mengawasi dan menjejaki kemajuan. Setiap pekerja mesti mengetahui dan mengikuti semua peraturan kesihatan dan keselamatan, dasar dan prosedur di tempat kerja mereka. Ia merupakan tanggungjawab peribadi anda untuk membetulkan atau melaporkan sebarang keadaan tidak selamat, kemalangan atau kecederaan dan penyakit yang berkaitan dengan kerja. Ia merupakan tanggungjawab pengurus untuk memastikan bahawa pekerja dan kontraktor diberikan latihan yang mencukupi dan peralatan keselamatan yang perlu. Lakukan: Melaporkan dengan segera sebarang keadaan yang menyalahi undang-undang atau tidak selamat kepada pengurus anda. Lakukan: Menyampaikan idea untuk memperbaiki persekitaran kerja anda. Lakukan: Menyertai latihan keselamatan yang relevan. Jangan Lakukan: Tidak menghiraukan alat keselamatan mengenai mesin atau keperluan untuk peralatan keselamatan diri. Kualiti & Keselamatan Produk SCA bertujuan untuk memperbaiki kehidupan harian orang di seluruh dunia dengan produk dan perkhidmatan yang secara konsisten menawarkan penyelesaian yang bernilai baik, berkualiti tinggi dan selamat serta mampan. Produk kita akan memenuhi keperluan perundangan dan pengawalaturan yang berkuat kuasa dan berkaitan dengan keselamatan dan pelabelan produk. Lakukan: Mengeluarkan, menguji dan membungkus produk kita mengikut amalan perkilangan yang baik dan dasar SCA. Pautan: Dasar Kesihatan & Keselamatan 14 SCA Tatakelakuan

SCA Tatakelakuan 15

Tonggak Tatakelakuan 3. Hubungan Pekerja Komunikasi Terbuka Komunikasi terbuka dan jujur adalah satu asas dalam membina kepercayaan di antara SCA dan pekerjanya. Untuk melaksanakannya, SCA akan mengadakan dialog yang adil dan terbuka dengan pekerja dan wakil mereka. Pekerja digalakkan untuk mengemukakan sebarang keraguan mengenai aspek persekitaran pekerjaan mereka dengan pengurus mereka. SCA juga akan memastikan bahawa pekerja menerima maklumat yang jelas dan boleh difahami berkenaan dengan terma dan syarat pekerjaan mereka dan pencapaian kerja mereka. Lakukan: Menyampaikan dengan jelas dan secara terbuka sebab bagi keputusan SCA yang memberi kesan ke atas perhubungan pekerjaan. Lakukan: Mengeluarkan idea untuk mempertingkatkan tempat kerja kepada perhatian pengurus anda. Kepelbagaian dan Bukan Diskriminasi Semua pekerja akan dilayan dengan rasa hormat dan maruah yang sama rata dan akan diberikan peluang untuk membangunkan diri mereka dan juga kerjaya mereka. Nilai SCA dan akan terus membangunkan kepelbagaian tenaga kerja globalnya. Semua pekerja akan direkrut, dipilih, dinilai dan dinaikkan pangkat berdasarkan kriteria objektif tanpa mengira jantina, status perkahwinan atau ibu bapa mereka, etnik atau asal usul mereka, orientasi seks, kepercayaan agama, kaitan politik, usia, ketidakupayaan atau kategori lain yang dilindungi oleh undang-undang. Lakukan: Membuat keputusan pekerjaan berdasarkan pada kelayakan seperti pendidikan, pengalaman terdahulu dan merit. Lakukan: Sentiasa peka kepada kelakuan anda sendiri dan kesan yang ia mungkin ada terhadap orang lain. Jangan Lakukan: Membuat kenyataan atau beritahu jenaka yang menjatuhkan maruah atau mengaibkan orang lain. Gangguan Sebagai wakil kepada SCA, ia merupakan tanggungjawab anda untuk melayan orang lain dengan rasa hormat. Gangguan, ugutan atau perbuatan tidak wajar lain di tempat kerja tidak akan ditoleransi dan anda mesti mengambil langkah untuk menangani perbuatan tersebut yang dibawa kepada perhatian anda. SCA melayan semua pekerja dengan keadilan, bermaruah dan rasa hormat Lakukan: Menyediakan persekitaran kerja yang bebas daripada kelakuan yang bermusuhan, ganas, mengancam atau membuli. Lakukan: Melaporkan sebarang gangguan atau kelakuan yang tidak disenangi daripada keadaan tersebut. Kebebasan Berpersatuan SCA mengiktiraf hak pekerja untuk menentukan sama ada untuk diwakili oleh kesatuan pilihan mereka, untuk mengendalikan atau membuat tawaran secara kolektif atau secara individu. Kita juga menghormati hak pekerja untuk menahan diri daripada menyertai kesatuan. Amalan kita akan mematuhi standard buruh yang dikenali di seluruh dunia dengan menghormati undang- 16 SCA Tatakelakuan

undang, pengawalaturan dan adat resam pelbagai negara di mana kita menjalankan operasi. Lakukan: Menghormati hak pekerja untuk membentuk dan menyertai kesatuan perdagangan pilihan mereka tanpa takut akan ugutan atau tindakan balas, mengikut undangundang tempatan. Jangan Lakukan: Campur tangan dalam aktiviti rasmi dan dipersetujui mengikut undang-undang wakil pekerja. Upah dan Manfaat SCA akan memberikan upah dan faedah mengikut undang-undang negara dan perjanjian kolektif yang berkuat kuasa di mana kita menjalankan operasi. Apabila tiada perjanjian kolektif wujud, kita akan mengikuti standard industri yang relevan. Pautan: Dasar Perekrutan Dasar Pampasan Dasar Perhubungan Industri Dasar Perjalanan SCA Tatakelakuan 17

Tonggak Tatakelakuan 4. Hak Asasi Manusia Menghormati Hak Asasi Manusia Hak asasi manusia ialah hak dan kebebasan asas yang berhak dimiliki oleh semua orang. SCA menyokong dan menghormati hak asasi manusia yang diisytiharkan di seluruh dunia di mana-mana sahaja kita beroperasi. Sejajar dengan Prinsip Panduan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia UN, kita telah menyepadukan prinsip-prinsip ini ke dalam Tatakelakuan dan amalan perniagaan harian kita. Pendekatan kita termasuk komitmen untuk: menegakkan dan menyampaikan nilai dan standard kita di tempat kerja anda, dalam operasi kita dan ke arah rakan kongsi perniagaan kita; memastikan kita mempunyai proses yang siap disusun atur untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan hak asasi manusia; menangani sebarang kesan hak asasi manusia yang negatif yang mungkin disebabkan oleh perniagaan kita atau syarikat kita menyumbang kepadanya; menjejaki dan menyampaikan prestasi kita kepada pemegang berkepentingan kita; dan menggunakan pengaruh kita untuk menggalakkan dan menyokong hak asasi manusia dalam komuniti yang mana kita beroperasi melalui penglibatan komuniti dan aktiviti luaran seperti Global Compact UN. Selanjutnya, SCA mengiktiraf kanak-kanak sebagai pemegang berkepentingan yang memerlukan perlindungan yang tertentu. Dengan dipandu oleh Hak Asasi Kanakkanak dan Prinsip Perniagaan, kita akan menghormati dan menyokong hak kanakkanak dalam perniagaan dan masyarakat kita. Pada bila-bila masa aktiviti perniagaan SCA menjejaskan kanak-kanak, kita akan menjaga kepentingan kanak-kanak tersebut. Buruh Kanak-kanak SCA tidak bertoleransi ke atas buruh kanakkanak di kemudahan kita atau operasi sebarang rakan kongsi perniagaan dan kita akan mematuhi undang-undang negara yang berkuat kuasa dan standard antarabangsa yang berkuat kuasa terhadap umur minimum di mana-mana kita menjalankan operasi. Lakukan: Memastikan anda memahami keperluan umur minimum di bawah undang-undang yang berkuat kuasa sebelum mengambil bekerja sesiapa yang berumur kurang daripada 18 tahun. Buruh Paksa Buruh wajib yang dipaksa, terikat atau bentuk lain dan hukuman fizikal tidak dibenarkan. Tiada pekerja akan dikehendaki menyerahkan/meletakkan deposit atau tidak mendapat dokumen pengenalan sebaik sahaja bermulanya pekerjaan. SCA menyokong hak asasi manusia yang asas dan mengharapkan rakan niaga kita juga melakukan perkara yang sama. Lakukan: Melaporkan rasa syak terhadap buruh paksa, buruh kanak-kanak atau hukuman fizikal di mana-mana kemudahan SCA atau kemudahan mana-mana pembekal, pengedar atau rakan kongsi perniagaan lain. Pautan: Pengisytiharan Sejagat UN Mengenai Hak Asasi Manusia Asas 18 SCA Tatakelakuan

SCA Tatakelakuan 19

Tonggak Tatakelakuan 5. Alam Sekitar SCA komited untuk memelihara kehidupan alam semula jadi Di SCA, hormat dan keprihatinan terhadap alam sekitar adalah sebahagian daripada model perniagaan kita. Kita bekerja secara aktif untuk: membangunkan penyelesaian yang mampan dengan nilai ditambah bagi pelanggan kita berdasarkan pada penyumberan dan pengeluaran yang efisien sumber dan persekitaran yang teguh; meminimumkan kesan kita ke atas persekitaran menerusi gabungan inovasi, teknologi dan tambahan kecekapan; secara berterusan menilai kesan persekitaran merentasi rantaian SCA; dan memperbaiki pencapaian persekitaran menerusi matlamat yang boleh diukur dan jelas. Sebagai pemilik terbesar perhutanan di Eropah, SCA juga mempunyai tanggungjawab khas untuk menggunakan sumber yang penting ini dengan bertanggungjawab, sentiasa mengingati kepentingan hutan dengan keperluan ekosistem, iklim, pelanggan dan masyarakat. Kita akan melakukan ini melalui komitmen jangka panjang kita kepada amalan perhutanan dan pemuliharaan kepelbagaian biologi. Anda hendaklah sentiasa bertindak dengan cara yang mementingkan alam sekitar semasa menjalankan tugas anda. Lakukan: Memastikan aktiviti harian anda di tempat kerja membolehkan penggunaan cekap sumber dan pengurangan dalam semua jenis keluaran pencemar. Lakukan: Memberikan idea kepada pengurus anda yang boleh membawa kepada inovasi dengan kesan persekitaran positif. Lakukan: Memaahami dan mematuhi dasar SCA mengenai pengurusan perhutanan yang bertanggungjawab dan keperluan skim perakuan hutan antarabangsa yang mana SCA tertakluk kepadanya. Lakukan: Mengikuti prinsip dasar penyumberan bertanggungjawab SCA. Pautan: Dasar Kemapanan 20 SCA Tatakelakuan

SCA Tatakelakuan 21

Tonggak Tatakelakuan 6. Masyarakat Perhubungan Masyarakat SCA bertujuan untuk membuat sumbangan positif kepada komuniti yang mana SCA menjalankan perniagaan. Kita berusaha untuk membina perhubungan jangka panjang yang berpanjangan dengan masyarakat kita menerusi dialog terbuka dan jujur. Inisiatif masyarakat SCA hendaklah dibuat dengan organisasi yang mana misi dan tujuan mereka adalah sejajar dengan nilai teras kita. Lakukan: Memastikan pandangan daripada masyarakat tempatan kita didengar dan diterima dengan penuh keikhlasan. Lakukan: Mendapatkan kebenaran yang wajar sebelum membuat sebarang sumbangan/derma kepada organisasi masyarakat di bawah nama SCA. Jangan Lakukan: Menaja atau menyumbangkan kepada sebarang organisasi jika terdapat kemungkinan dana akan dilihat sebagai satu bentuk sogokan. Komunikasi SCA komited kepada komunikasi terbuka dan telus dalam sempadan kerahsiaan perdagangan. Kita memohon untuk dibentuk dialog yang membina dan produktif dengan semua pemegang berkepentingan SCA. Lakukan: Mendapatkan nasihat daripada Komunikasi Korporat SCA atau ahli pasukan komunikasi setempat anda sebelum bercakap mengenai perkara berkaitan syarikat dengan pemberita. Lakukan: Merujuk semua pertanyaan daripada penganalisis atau pelabur kepada Perhubungan Pelabur SCA. Jangan Lakukan: Memberikan tanggapan bahawa anda bercakap bagi pihak SCA dalam sebarang komunikasi peribadi, termasuk mengenai alat media seperti blog, wiki dan lamat perangkaian, tanpa kebenaran yang bersesuaian. Aktiviti Politik SCA akan kekal bersikap neutral dalam perkara berkaitan politik dan tidak akan membuat pembayaran atau derma bukan dalam bentuk tunai kepada parti atau calon politik, atau institusi, agensi, atau wakil mereka. Nama syarikat mungkin tidak boleh digunakan dalam kempen politik atau untuk mempromosi kepentingan parti atau calon politik. Walaupun SCA tidak menyertai secara langsung dalam parti politik, kita boleh terus melibatkan diri dalam debat dasar mengenai subjek kebimbangan yang sah kepada perniagaan kita, pekerja kita dan masyarakat di mana kita beroperasi melalui proses seperti melobi. SCA bertujuan untuk menjadi ahli masyarakat yang dipercayai Lakukan: Mendapatkan nasihat daripada ahli pasukan Hal Ehwal Awam jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai aktiviti melobi. Jangan Lakukan: Mencadangkan yang anda bercakap untuk SCA atau bahawa syarikat menyokong pandangan anda semasa melibatkan diri dalam aktiviti politik peribadi. Jangan Lakukan: Menggunakan aset syarikat dalam hubungan dengan sokongan peribadi anda terhadap calon atau parti politik. Pautan: Dasar Komunikasi Perhubungan Masyarakat/ Arahan Penajaan Dasar Perhubungan Pelabur 22 SCA Tatakelakuan

SCA Tatakelakuan 23