UNIT 2 PSIKOLINGUISTIK

dokumen-dokumen yang mirip
TEORI PEMBELAJARAN. IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori. pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda?

Teori Pembelajaran. 9/24/2010 Nordin Bin Tahir, IPIP 1

WPK 1113 Psikologi Kognitif Teori-Teori Kognitif

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN

Tajuk 6: Perkembangan Kognitif dan Bahasa. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

KONSEP KENDIRI (Part 5)

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Teori Semantik

Isi Kandungan. No. Perkara Muka Surat 1. Pendahuluan

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK1313 Psikolgi Pembelajaran

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

KECERDASAN. Azizi Yahaya PENGENALAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB4 PENGAMATAN. Pengamatan bukanlah suatu proses yang lazim, kerana ia tidak berlaku secara automatik. Ia

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

BAHAGIAN A 30 markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

TAJUK 2 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

Taklimat untuk Guru BM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )

Pengurusan Bilik Darjah

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

CONTOH-CONTOH SOALAN EDU 3103

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN (FEM 3201)

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

MODEL UMUM PENGAJARAN. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

BELAJAR SAMBIL BERMAIN. Oleh LINAH BINTI SUMMASE ABSTRAK

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

PEPERIKSAAN AKHIR ARAHAN

KONSEP PSIKOLOGI SOSIAL PROF MADYA DR. MA ROF REDZUAN

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Kelakuan Individu (Dari Aspek Tanggapan, Nilai, Sikap Dan Dorongan)

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ARAHAN: ( )

GAYA KOGNITIF Pengenalan Konseptual Tempo

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

PENGENALAN KEPADA RESIPAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN. Nordin Tahir JIP

Psikologi kognitif. Sinopsis:

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 313 Psikologi Pendidikan (Minggu 6)

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF OLEH : HJ SHAARI BIN HJ OMAR KJ JABATAN SAINS IPG KAMPUS KOTA BHARU

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Transkripsi:

Psikolinguistik 1 UNIT 2 PSIKOLINGUISTIK HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. menjelaskan definisi psikolinguistik, 2. menerangkan bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa pertama; dan 3. menghuraikan teori-teori yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa pertama. 2.0 PENGENALAN Bidang ini diperkenalkan dengan tujuan melihat cara proses pemerolehan bahasa kanak-kanak berlaku, terutamanya pada peringkat awal kanak-kanak dan sekolah rendah. Pada peringkat sekolah rendah, pemerolehan bahasa kanak-kanak perlu diberi perhatian yang serius. Ini kerana pada tahap inilah kanakkanak mula mempelajari kemahiran bahasa seperti ejaan, sebutan dan bacaan. Kegagalan guru memberikan perhatian yang serius terhadap pemerolehan bahasa kanak-kanak mungkin akan menyebabkan kanak-kanak menghadapi masalah buta huruf, pertuturan dan menulis. 2.1 Definisi Psikolinguistik Psikolinguistik merupakan bidang antara disiplin, iaitu antara psikologi dan linguistik. Psikologi adalah satu bidang ilmu yang menumpukan pengkajian kepada dua perkara utama, iaitu yang berkaitan dengan jiwa manusia (akal budi) dan perilaku atau tingkah laku manusia. Linguistik pula ialah bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik. Menurut Aitchison (1978), psikolinguistik boleh ditakrifkan sebagai kajian tentang bahasa dan akal budi. Ilmu ini menyelidik apa-apa yang berlaku dalam akal budi manusia apabila seseorang memperoleh, memahami, menghasilkan dan menyimpan unsur-unsur kebahasaan. AKTIVITI 2.1 Sila berbincang dengan rakan.

Psikolinguistik 2 1. Takrifan psikolinguistik yang mengaitkan psikologi sebagai satu disiplin dan linguistik sebagai satu disiplin yang lain. 2. Kepentingan psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 2.2 Pemerolehan Bahasa Pertama Kajian saintifik dalam bidang pemerolehan bahasa telah dimulakan sejak kurun ke-16, iaitu dimulakan oleh Tiedmann, seorang ahli biologi Jerman pada tahun 1787. Charles Darwin pengasas teori evolusi turut menjalankan kajian dalam bidang pemerolehan bahasa iaitu pada tahun 1877, dan diikuti oleh kajian Preyer pada tahun 1882. Terdapat dua teori utama di barat yang menjelaskan cara kanak-kanak memperoleh bahasa pertama. Kedua-dua teori tersebut ialah pertamanya teori Behaviorisme (Perlakuan) dan keduanya teori Mentalisme (Kognitif). 1. Teori Behaviorisme Dalam ilmu psikolinguistik, terutama berkaitan dengan konsep pemerolehan dan pembelajaran bahasa, terdapat satu teori khusus iaitu dikenali sebagai Teori Pelaziman. Teori Pelaziman terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu Pelaziman Klasik (oleh Pavlov dan Watson) dan Pelaziman Operan (oleh Thorndike dan Skinner). Teori Pelaziman Klasik Ivan Petrovich Pavlov Teori ini dipelopori oleh Ivan Petrovich Pavlov (1849 1936) iaitu seorang sarjana Rusia. Teori ini menekankan sifat behavior atau tabiat semula jadi. Teori ini menekankan pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku. Dalam bentuk pendekatan behavioral, tingkah laku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran. Pembelajaran memerlukan penyusunan rangsangan

Psikolinguistik 3 (stimulus) dalam persekitaran supaya pelajar dapat memberikan respons dan diberikan pengukuhan atau peneguhan. Bagi mengkaji tabiat manusia, Pavlov telah memilih seekor anjing untuk melaksanakan kajian beliau. Anjing tersebut dikurung di dalam satu kandang khas dengan kelengkapan loceng. Lihat rajah di bawah untuk menggambarkan suasana kajian tersebut. Bagaimana kajian ini dilaksanakan? 1. Anjing memberikan respons iaitu mengeluarkan air liur setiap kali diberikan makan. (lihat rajah di bawah) 2. Loceng dibunyikan, tetapi anjing tidak memberi sebarang respon (tidak mengeluarkan air liur). 3. Loceng dibunyikan dan makanan diberikan kepada anjing. Anjing memberikan respons dengan mengeluarkan air liur. 4. Loceng dibunyikan tanpa makanan. Anjing memberikan respons dengan mengeluarkan air liur. Anjing terangsang bahawa setiap kali loceng dibunyikan, makanan akan diberikan. Kajian ini membuktikan bahawa Tindak Balas akan terhasil akibat Rangsangan.

Psikolinguistik 4 Konsep Penting Teori Pelaziman Klasik 1. Generalisasi Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contohnya, Kamal menjadi risau setiap kali ujian Matematik akan diadakan. Kamal juga menjadi risau setiap kali ujian Fizik akan diadakan, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Oleh itu kerisauan dalam satu mata pelajaran (Matematik) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran (Fizik). 2. Diskriminasi Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak bagi rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain loceng. Dalam kes Kamal, Kamal tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian Geografi atau ujian Sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza berbanding mata pelajaran Sains. 3. Penghapusan Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.

Psikolinguistik 5 Rumusan: Teori Pelaziman Operan Teori Pelaziman Operan adalah penerusan daripada Teori Pelaziman Klasik. Teori ini dipelopori oleh Thorndike (1874 1949) dan Skinner (1904 1990). Thorndike (1874 1949). Thorndike

Psikolinguistik 6 Thorndike berpendapat bahawa: Manusia belajar menggunakan kaedah cuba dan ralat. Ganjaran dan denda dua faktor penting bantu pembelajaran manusia. Pembelajaran manusia berlaku mengikut hubungan antara rangsangan dan gerak balas. Motivasi, ganjaran dan denda amat penting dalam proses pembelajaran. Beliau mengemukakan teori perikatan dikenali sebagai Teori R-G.(Rangsangan dan Gerak balas) Teori R-G menjadi asas tiga hukum Thorndike iaitu : 1) Hukum Kesediaan (HK) 2) Hukum Latihan dan (HL) 3) Hukum Kesan (HK) Beliau menggunakan seekor kucing sebagai bahan kajian beliau. Perhatikan grafik di bawah. Bagaimana kajian ini dilaksanakan? Kucing diletakkan di dalam sangkar dan makanan diletakkan di luar sangkar. Kucing melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar Kaedah cuba jaya. Pelbagai reaksi : apabila terpijak selak pintu, sangkar itu terbuka.

Psikolinguistik 7 Kucing tersebut akan melakukan kaedah cuba jaya sekiranya dikurung semula ke dalam sangkar itu. Prinsip Pelaziman Operan (Thorndike) Prinsip Kesediaan Kesediaan dari segi psikomotor, efektif, kognitif sebelum boleh belajar. Prinsip Latihan Latihan yang diulang-ulang untuk tingkatkan kemahiran. Prinsip Kesan Kesan yang menyeronokkan meningkatkan pertalian antara ransangan dan gerak balas. Skinner (1904 1990) Burrhus Frederic Skinner Seorang lagi tokoh terpenting dalam teori Pelaziman Operan ialah Skinner. Nama penuh belia ialah Burrhus Frederic Skinner (20 Mac 1904 18 Ogos 1990). Beliau merupakan behavioris Amerika, penulis, pencipta, ahli falsafah sosial dan penyair. Beliau ialah seorang Profesor Psikologi di Universiti Harvard dari 1958 sehingga persaraan beliau pada tahun 1974. Skinner mencipta teori Pelaziman Operan, inovasi falsafah sains yang dikenali sebagai radikal behaviorisme, dan mengasaskan sekolah sendiri tentang penyelidikan uji kaji psikologi-analisis uji kaji dan tingkah laku. Analisis tingkah laku manusia yang berakhir dengan Perlakuan Lisan, yang baru-baru ini telah menyaksikan pengaruh yang besar dalam bidang psikologi dan pendidikan.

Psikolinguistik 8 Beliau mencipta perakam kumulatif untuk mengukur kadar maklum balas sebagai sebahagian daripada kerja-kerja beliau yang sangat berpengaruh. Pada bulan Jun, berdasarkan kaji selidik 2002, Skinner telah disenaraikan sebagai ahli psikologi yang paling berpengaruh pada abad ke-20. Beliau seorang penulis prolifik yang menerbitkan 21 buku dan 180 artikel. Teori Pelaziman Operan (Skinner) Menurut Skinner (1953) kajiannya menunjukkan pelaziman operan organisma bertindakbalas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran. Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas. Peneguhan biasanya dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku. Perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Bagaimana kajian ini dilaksanakan? Skinner telah menggunakan seekor tikus putih sebagai bahan kajian beliau. Perhatikan grafik di bawah ini. Implikasi penting yang diperoleh melalui kajian ini ialah: Tingkah laku binatang di dalam kotak boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan dan direkod.

Psikolinguistik 9 Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti P&P di dalam bilik darjah. Teori pelaziman operan boleh diperkuat dan dihapuskan jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerakbalas itu ditunjukkan. Prinsip yang terhasil ialah: Pengukuhan Positif Pengukuhan positif memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan diulangi atau diperkuatkan lagi. Contoh: Perlakuan Positif Akibat/kesan Tingkah laku Masa Hadapan Murid menghasilkan karangan yang bermutu Guru memuji murid Murid akan menghasilkan lebih banyak karangan yang bermutu Pengukuhan Negatif Pengukuhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contoh: Perlakuan Negatif Akibat/kesan Tingkah laku Masa Hadapan Murid tidak memberi perhatian terhadap P&P di dalam kelas Guru tidak menegur murid Murid semakin tidak memberi perhatian terhadap P&P guru. Dendaan Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. RUMUSAN TEORI BEHAVIOURISME Menurut ahli-ahli teori ini, sesuatu tabiat boleh dilazimkan menerusi proses latih tubi, iaitu memberikan rangsangan-rangsangan tertentu kepada organisma dan mendapatkan gerak balas atau tindak balas tertentu kepada organisma secara berulang-ulangan. Teori ini juga menekankan konsep ganjaran iaitu apabila sesuatu organisma/individu berjaya melakukan apa-apa yang diminta (seperti mengeja/mengira), maka ganjaran pelbagai bentuk seperti pujian atau hadiah akan diberikan kepada individu tersebut. Konsep ini boleh dilihat melalui kajian Pavlov terhadap anjing atau tikus di dalam sangkar.

Psikolinguistik 10 Berdasarkan teori ini, pemerolehan bahasa kanak-kanak boleh dilakukan dengan cara latih tubi atau diulang-ulang. Misalnya murid-murid sekolah rendah atau awal kanak-kanak, tidak dapat mengenali huruf-huruf vokal dan konsonan bahasa Melayu. Bagaimanapun jika proses latih tubi dilakukan, maka kanak-kanak tersebut akan dapat mengenal dan mengingat kesemua huruf tersebut. Pendekatan latih tubi banyak dilakukan di peringkat sekolah rendah terutama dalam proses mengeja/membaca dan menulis. Kaedah abjad yang dilakukan di sekolah rendah menekankan pada peringkat paling awal murid dikehendaki menghafal kesemua dua puluh enam huruf daripada a hingga z. Kemudian guru menggabungkan huruf konsonan dan vokal untuk membentuk pelbagai suku kata. Misalnya, sa+ya =saya, ma+kan=makan, a+yam=ayam, na+si=nasi dan sebagainya. Murid dikehendaki membaca /mengeja suku kata ini dalam kumpulan besar, kumpulan kecil dan juga individu. Selepas murid-murid dilatih tubi membaca suku kata-suku kata yang pelbagai, guru akan mencantumkan pula sukukata-sukukata tadi menjadi perkataan mudah seperti saya, makan, nasi, ayam dan sebagainya. Kemudian guru akan mengajar pula membaca frasa (rangkai kata) dan seterusnya ayat. Semua peringkat pengajaran yang dilalui oleh murid adalah menggunakan konsep latih tubi, dan ganjaran diberikan di mana sesuai atau perlu. 1. Rangsangan Guru menyediakan BBM untuk menarik perhatian murid. 2. Gerak Balas Murid yang terangsang dengan BBM akan memberi respon (misalnya perhatian sepenuhnya terhadap P&P) 3. Pengulangan/Latih tubi Pengulangan P&P boleh dilakukan jika murid belum menguasai P&P tersebut. 4. Peneguhan Berlaku apabila murid sudah menguasai P&P atau objektif tercapai. 5. Ganjaran Ganjaran dalam pelbagai bentuk seperti pujian, hadiah dan sebagainya. 2. Teori Mentalisme Teori ini telah diperkenalkan oleh Noam Chomsky pada tahun 1960-an. Aliran teori ini telah memainkan peranan yang besar dalam ilmu linguistik termasuklah aspek pemerolehan bahasa kanak-kanak. Proses pemerolehan bahasa pertama memperlihatkan banyak perkara yang menakjubkan. Sistem-sistem bahasa, iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik dikuasai dengan pantas oleh kanak-kanak walaupun pengajaran formal pada keseluruhannya tiada. Fakta-fakta ini menyebabkan ramai penyelidik bahasa membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak telah dilengkapi dengan alat khas semasa

Psikolinguistik 11 mereka lahir ke dunia. Mereka percaya bahawa proses penguasaan bahasa pertama tidak daripada kosong tetapi apa-apa yang perlu dilakukan oleh kanak-kanak hanyalah mengadaptasikan prinsip atau aturan rumus nahu semula jadi (innate grammar) yang telah sedia ada dalam otak mereka dengan ciri-ciri dan sistem linguistik bahasa ibunda mereka. Menurut teori ini, proses pemerolehan bahasa adalah mudah dan tidak memerlukan latih tubi sebagaimana yang ditegaskan oleh aliran Behaviorisme. Kanak-kanak dapat menguasai pelbagai rumus nahu bahasa ibunda dengan mudah adalah disebabkan oleh kewujudan alat pemerolehan bahasa semula jadi dalam otak mereka. Perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak bukanlah mempelajari sistem-sistem bahasa pertama, tetapi merupakan proses menyesuaikan (adaptasi) pengetahuan bahasa semula jadi yang berada dalam otak dengan sistem-sistem bahasa pertama mereka. Dengan kata lain, alat pemerolehan bahasa membantu kanak-kanak dalam usaha memahami pelbagai konsep yang berada dalam persekitaran mereka. Teori ini juga menekankan konsep nahu universal iaitu semua manusia tanpa mengira bangsa sudah memiliki set bahasa dalam otak mereka sejak dilahirkan. Mereka menegaskan bahawa banyak bahasa memiliki sifat universal, misalnya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris memiliki sistem nahu yang sama, iaitu SKKO (subjek-kata kerja-objek). Sifat keuniversalan ini memperkukuh lagi hujah mereka bahawa semua manusia sudah memiliki rumus bahasa dalam otak sejak dilahirkan. Apabila kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka, mereka hanya perlu mengadaptasikan rumus dengan apa yang didengar dan dipelajari. Situasi ini juga membolehkan seseorang kanak-kanak berlainan bahasa dapat menguasai bahasa lain jika mereka berada atau dipelihara sejak kecil dalam situasi bahasa lain. Contohnya, seorang bayi berbangsa Jepun jika dipelihara keluarga angkatnya di Arab Saudi, maka bayi tadi apabila dewasa akan berbahasa Arab dan tidak boleh atau tidak akan tahu berbahasa Jepun. Hal ini berlaku kerana dalam otak bayi tadi sudah ada set bahasa sejagat atau universal yang memudahkannya mengadaptasikan bahasa-bahasa lain. Teori Kognitif Piaget Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep-konsep penting tersebut adalah : 1. Skema Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.

Psikolinguistik 12 2. Asimilasi Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperoleh dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperoleh. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekali gus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baharu baginya berkenaan "sebiji epal". 3. Akomodasi Merupakan suatu proses tentang struktur kognitif yang mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baharu yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baharu dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu. 4. Adaptasi Adaptasi merupakan satu keadaan yang wujud keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan tentang apa-apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul pada tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah : Tahap 1: Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun) Tahap 2: Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) Tahap 3: Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun) Tahap 4: Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa)

Psikolinguistik 13 TAHAP 1: SENSORIMOTOR (DARI LAHIR - 2 TAHUN) Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu. a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks) Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan adalah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja. b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular) Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. Bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Pada tahap ini, pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan pada tahap pertama. Dengan itu, tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baharu. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. Jika mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi. c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua) Pada tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Pada waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan tentang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut. d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi) Reaksi koordinasi dikatakan sebagai masa pengukuhan iaitu keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai berada pada tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah

Psikolinguistik 14 mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi. e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga) Pada ketika ini, penemuan makna baharu melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. Hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian. f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal) Berlakunya kombinasi mental iaitu kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. Kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga. TAHAP 2: PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN ) Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi pada tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja. Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu: Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitupengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses iaitu kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu.

Psikolinguistik 15 Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu : Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ) Pada tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan pada tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'. Satu lagi kekurangan pada tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah. TAHAP 3: OPERASI KONKRIT ( 7-11 TAHUN) Tahap ketiga Piaget ini dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. Mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walau bagaimanapun, kanakkanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsepkonsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

Psikolinguistik 16 Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi terhadap objek lain tetapi tidak boleh beroperasi terhadap operasi atau proses pemikirannya sendiri. TAHAP 4: OPERASI FORMAL (11 tahun ke atas) Pada tahap ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi satu satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak. Dari segi pemerolehan bahasa, kanak-kanak pada tahap ini sudah boleh menulis frasa-frasa dan juga karangan yang ringkas. Maknanya otak kanak-kanak sudah boleh beroperasi hampir sepenuhnya dari segi keupayaan berbahasa. AKTIVITI 2.2 Bina peta minda untuk memudahkan anda membezakan antara teori-teori yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa pertama. RUMUSAN Penerangan di atas telah menjelaskan secara teorinya cara kanak-kanak memperoleh bahasa pertama mereka. Pemerolehan bahasa perlu diberikan penekanan supaya tidak timbul masalah buta huruf apabila murid-murid memasuki alam sekolah menengah. KATA KUNCI 1. Akal budi 2. Rumus nahu 3. Nahu universal 4. Modifikasi 5. Akomodasi 6. Egocentrism PENILAIAN KENDIRI 1. Jelaskan peranan teori psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 2. Terangkan bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa pertama. 3. Bezakan antara teori behaviorisme dan teori mentalisme. 4. Nyatakan teori-teori yang terdapat dalam teori behaviorisme. 5. Nyatakan teori-teori yang terdapat dalam teori mentalis.

Psikolinguistik 17 RUJUKAN Abu Zahari Abu Bakar. (1988). Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Ab. Fatah Hasan. (1992). Penggunaan Minda Yang optimum Dalam Pembelajaran. Johor Baharu:UTM. Amir Awang. (1986).Teori-teori Pembelajaran: Petaling Jaya: Fajar Bakti. Azlina Abu Bakar@ Mohd. (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam. Karisma Publications Sdn. Bhd. Mohd Salleh Lebar. (1999). Memahami Psikologi. Kuala Lumpur: Thinker Library s.