KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR* *

dokumen-dokumen yang mirip
KEMAHIRAN ASAS MENOLONG

I I I I I I I I I I I I I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

EL1513. Kaunseling Islam. Diploma Pengajian Islam (Elektif, 3 Jam Kredit) Minggu Kelima

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Panduan semasa ditemuduga.

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

KEMAHIRAN MENDENGAR. Nordin Tahir, IPG Ipoh

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

MODALITI SENI: SATU INTERVENSI KEPADA PENOLAKAN KLIEN DALAM PROSES KAUNSELING. Oleh. Mohamad Azizi Bin Anding Khairul Annuar Bin Abdul Wahab ABSTRAK

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

PEPERIKSAAN AKHIR ARAHAN

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 313 Psikologi Pendidikan (Minggu 5)

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma Perguruan Pengajian Islam

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

30 TiPS LULUS TEMUDUGA

EARLY RECOVERY KLINIK C&C 1MALAYSIA SG BESI

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

ARAHAN: ( )

MITOS & FAKTA KAUNSELING

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PENOIOIKAN SULTAN loris

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

OBJEKTIF KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PASIF. MANIPULATIF. AGRESIF CARA PERHUBUNGAN DAN CORAK KOMUNIKASI CORAK KOMUNIKASI

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK1913 Kaunseling Keluarga (Minggu 2)

Pengurusan Bilik Darjah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

Pengenalan kepada Kaunseling

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

KAUNSELING BIMBINGAN KERJAYA

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

OBJEKTIF KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PASIF. Manipulatif. Agresif CARA PERHUBUNGAN DAN CORAK KOMUNIKASI CORAK KOMUNIKASI

Laporan Komunikasi Efektif (LMCK1331 Set86) Nama : Ooi Kah Yen No. Matrik : A Tajuk Drama : Akulah Tanggang Peranan dalam drama : Watak Susan

PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN FEM 3201

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Model Pengurusan Strategik

Jenis-jenis Wacana Lisan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

Transkripsi:

KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR* * MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D & ROSLEE AHMAD Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai SULAIMAN SHAKIB MOHD NOOR Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia, Skudai ABSTRAK Dalam kertas kerja ini membicarakan seorang kaunselor perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran asas kaunseling yang mana ianya amat penting dalam kaunselor menjalankan sesi kaunseling. Kemahiran kemahiran asas kaunseling yang perlu ada dalam diri seseorang kaunselor antaranya adalah kemahiran prasesi, kemahiran membina hubungan, kemahiran membina suasana persekitaran, kemahiran menyoal, kemahiran mendengar, parafrasa atau menyatakan semula, meminta penjelasan, kemahiran berempati, kemahiran refleksi, kemahiran berkomunikasi, kemahiran merumus dan beberapa lagi kemahiran asas seperti yang dinyatakan dalam kertas kerja ini. Kaunselor harus mempelajari dan memahami segala kemahiran yang perlu dalam proses menolong klien mengikut kesesuaian masa dan tempat. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling sepeti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor. * Kertas kerja Peringkat Antarabangsa dibentangkan di Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14 15 Jun 2003 di Wisma Indah, Changi Road 448, Singapura. Anjuran Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura.

PENGENALAN Kaunselor perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran asas kaunseling bagi melancarkan perjalanan sesi kaunseling yang akan dikendalikan olehnya. Oleh yang demikian, sebelum seseorang kaunselor memberi perkhidmatan kaunseling, mereka perlulah terlebih dahulu menguasai beberapa kemahiran asas yang perlu di dalam proses menolong. Di antara kemahiran kemahiran yang dimaksudkan adalah seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran memparafrasa, kemahiran membuat refleksi, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran berempati dan lain- lain. Di bawah ini akan dihuraikan secara ringkas tentang beberapa kemahiran asas untuk menolong yang dianggap penting. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Kemahiran Prasesi Sebelum sesuatu sesi kaunseling dijalankan, kaunselor sewajarnya terlebih dahulu menyemak rekod peribadi klien untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu kelancaran sesi kaunseling yang akan dijalankan. Selain itu, kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak berlakunya gangguan semasa sesi kaunseling berlangsung. Ini adalah kerana sesuatu sesi kaunseling itu akan dapat berjalan dengan baik apabila klien merasa selesa meneruskan sesi dan kaunselor pula perihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien. Kemahiran Membina Hubungan Kemahiran membina perhubungan ini termasuklah memberi perangsang kepada klien supaya sentiasa tenang dan berfikiran positif. Kaunselor mesti berusaha membina suasana persekitaran yang kondusif lagi meyakinkan dan menunjukkan kemesraan kepada klien. Sesuatu perhubungan yang baik boleh diperhatikan melalui beberapa perlakuan berikut: 2

1 Kemesraan perhubungan dalam pertemuan. 1 Klien berkongsi masalah tanpa rasa ragu. 1 Tanda kepercayaan lahir disebabkan penerimaan tanpa syarat oleh kaunselor. Di bawah kemahiran membina perhubungan ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapuitik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan cara duduk dalam kaunseling. Kesemua kemahiran-kemahiran ini adalah bertujuan untuk memperbetulkan ketidak seimbangan kenyataan yang diberikan oleh klien. Membina Suasana Persekitaran Memandangkan biasanya sesuatu perbincangan kaunseling selalunya berlangsung selama 30 minit atau lebih sedikit semetara tajuk yang dibincangkan mungkin serius, maka tempat yang sesuai amat diperlukan. Kerusi meja yang sesuai perlu digunakan seperti kerusi tadi tidak menyakitkan pinggang atau bergoyang sehingga boleh menghilangkan tumpuan tehadap sesi yang dijalankan. Suhu bilik pula tidak terlalu panas atau sejuk. Bilik atau ruang sesi kaunseling mestilah kemas dan tidak menyakitkan penglihatan klien dan kaunselor. Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan perasaan dan pengaliran idea-idea tanpa rasa terancam. Oleh itu suasana teraputik merupakan asas penting yang membolehkan sesi kaunseling berjalan baik dan lancar. 3

Ruang Untuk Berkomunikasi Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Dalam kaunseling, kemahiran mengurus ruang penting dalam menentukan proses kaunseling dapat berjalan dengan berkesan tanpa gangguan fizikal atau psikologikal. Kaunselor perlulah memahami beberapa pertunjuk berhubung masalah ruang ini seperti peraturan agama, perbezaan jantina, umur, budaya, latar belakang etnik dan isu yang dibincangkan. Di dalam sesi kaunseling jarak/ruang kaunselor dan klien haruslah tidak terlalu hampir atau terlalu jauh sehingga boleh menyukarkan interaksi kedua-dua pihak. Penampilan Diri Pandangan kali pertama penting dalam menentukan keberkesanan hubungan yang bakal terjalin di antara kaunselor dan klien. Sebagai contoh kaunselor dan klien harus berpakaian mengikut norma - norma tempatan. Penampilan yang luar biasa pula boleh menganggu tumpuan semasa sesi seperti berpakaian dengan pakaian yang menjolok mata, pakaian terlalu serebih mahupun bau badan busuk atau bau minyak wangi yang terlalu kuat dan merangsangkan. Ekspresi Muka Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka merupakan satu cara manusia menghantar mesej. Oleh itu, adalah penting kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat meyakinkan klien. Ekspresi muka yang tidak sama dengan kata-kata akan menimbulkan reaksi kurang senang klien. Seperti mulut tersenyum tetapi nada suara sinis. Senyuman seperti ini tidak akan ditafsirkan sebagai ikhlas tetapi ia lebih kepada mengejek. Kontak Mata Kontak mata bukan bererti kaunselor memandang tepat pada biji mata klien, tetapi menumpukan perhatian ke arah muka klien. Tujuan sebenar kontak mata adalah bertujuan untuk memberi tumpuan, menunjuk minat, menunjuk tanda hormat, menggalakkan perundingan dan mempamerkan kesungguhan kaunselor terhadap isu yang dibawa oleh klien. 4

Kemahiran Menyoal Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Satu lagi kemahiran asas yang penting dalam proses komunikasi ialah kemahiran menyoal. Menyoal di sini bermaksud keupayaan kaunselor untuk mengemukakan sesuatu soalan yang bertujuan memudahkan kefahaman klien terhadap tajuk atau isu yang sedang dibincangkan. Kesesuaian soalan yang dikemukakan amat penting agar maklum balas yang diperoleh boleh membantu proses bimbingan yang sedang berlangsung. Kemahiran menyoal ini dapat dipraktikkan melalui dua bentuk soalan, iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup. Soalan Terbuka Soalan Tertutup Bentuk soalan yang dikemukakan kepada klien yang memerlukan penerangan atau penjelasan yang panjang. Memberi banyak ruang kepada klien untuk terus bercakap. Contoh Bentuk soalan langsung yang memerlukan jawapan pengesahan secara ringkas, iaitu ya atau tidak. Ruang untuk terus bercakap terhad. Contoh Kaunselor, Bagaimanakah peristiwa itu boleh berlaku, ataupun Cuba anda terangkan apakah tindakan yang harus anda lakukan. Kaunselor, Siapakah yang melakukannya? ataupun Sanggupkah anda menceritakan peristiwa sebenar apa yang berlaku? 5

Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merupakan perkara asas yang perlu dikuasai dengn baik oleh seseorang kaunselor. Secara amnya dapatlah kita katakan bahawa mendengar itu adalah satu proses yang dinamik dimana kita cuba sedaya upaya memberi sepenuh tumpuan dari segi jasmani, emosi dan perasaan untuk memahami dan mendapatkan mesej yang hendak disampaikan secara berkesan. Biasanya dalam proses komunikasi, individu akan memberi tumpuan kepada dua bentuk penyampaian yang berbeza, iaitu yang melibatkan lisan dan bukan lisan. Penumpuan terhadap bentuk lisan melibatkan usaha kita untuk memahami mesej yang disampaikan secara pertuturan, sebutan ataupun ucapan. Biasanya mesej secara lisan lebih mudah difahami melalui nada, kata-kata, bahasa, gaya, sebutan dan sebagainya. Tumpuan bukan lisan pula memerlukan kaunselor mendapatkan mesej secara tidak langung melalui penggunaan bahasa isyarat yang mana ia dipersembahkan melalui pelbagai cara. Salah satunya ialah dengan cara memberi tumpuan kepada gerak geri badan (contoh: cara duduk), mimik muka (contoh: senyum) ataupun pergerakan anggota badan (contoh : mendakap tangan). Mesej yang tersirat ini sebenarnya membantu kita untuk memahami dengan lebih jelas tentang apa yang disampaikan secara lisan. Reik (1948) dalam bukunya Listening With The Third Ear pernah menegaskan tentang kepentingan mendengar yang dimaksudkan di atas di mana beliau menyatakan mendengar dengan telinga ketiga. Parafrasa atau Menyatakan Semula Dalam keadaan-keadaan tertentu, kaunselor perlu membuat penegasan tentang sesuatu perkara yang sedang dibincangkan. Ketika ini kaunselor bolehlah 6

membuat parafrasa, iaitu menyatakan semula isi cerita secara ringkas supaya mudah difahami. Contoh: Klien : Saya memang begitu serius sekali dengan semua rakanrakan saya. Kaunselor: Jadi anda begitu serius sekali dengan rakan-rakan anda. Klien: Ya, saya memang serius. Meminta Penjelasan Kaunselor akan meminta kliennya untuk memberi penerangan yang lebih lanjut mengenai sesuatu isu yang sedang dibincangkan. Keadaan ini berlaku apabila isu yang cuba dibincangkan oleh klien menjadi semakin kabur dan sukar difahami. Contoh: Kaunselor: Saya kurang faham tentang apa yang anda cakapkan, bolehkah anda terangkan dengan lebih lanjut satu persatu. Kemahiran Berempati Empati bermaksud memahami orang lain melalui kendiri dalaman orang itu (rangka rujukan) yang dijadikan sebagai asas bagi memahaminya dan untuk berkomunikasi dengannya (Kurpius, 1986). Sebagai kaunselor, kemahiran berempati amat penting untuk menunjukkan bahawa kaunselor betul-betul 7

berada di sisi klien. Maksudnya di sini klien boleh merasakan bahawa dia betulbetul sedang dibantu dari segi jasmani, emosi, perasaan serta mental ketika itu. Ee Ah Meng (1995) berpendapat empati ialah kebolehan untuk memahami idea yang disampaikan oleh klien dan perasaan-perasaan yang berkaitan dengan idea itu. Suasana hubungan yang mesra hasil dari sifat berempati tadi membolehkan klien rasa lebih yakin untuk berada di hadapan kaunselor. Dengan ini, klien merasa lebih selamat dan selesa untuk meneruskan sesi kaunselingnya. Contoh: Klien : Saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan lagi. Saya acap kali memikirkan masalah ini. Ayah dan ibu saya seolah-olah tidak memahami bahawa saya sudah tidak peduli lagi terhadap kehendak mereka. Kaunselor: Saya dapat merasakan kekecewaan yang anda alami. Kemahiran Refleksi Kemahiran ini memperlihatkan sejauh mana kaunselor boleh membaca mesej atau maklumat yang hendak disampaikan oleh klien. Pada waktu yang sama kaunselor dengan menggunakan kemahiran refleksi cuba menyatakan kembali mesej tersebut kepada kliennya. Dengan cara ini, kita boleh membuktikan kepada klien bahawa kaunselor sedang berusaha menerokai serta melihat alam klien sebagaimana apa yang sedang dilihat oleh klien sendiri ketika itu. Kemahiran refleksi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu refleksi perasaan, refleksi pengalaman dan refleksi isi. 8

Refleksi Perasaan Refleksi Pengalaman Refleksi Isi Tumpuan kepada emosi. Perasaan yang dilafaz atau dinyatakan secara lisan. (kasih sayang, kerisauan, sedih, rasa bersalah dsb). Contoh Kaunselor: Guru andalah yang membuatkan anda rasa bersalah setiap masa. Tumpuan kepada tingkah laku. Perasaan yang dibayangkan melalui gerak geri bukan lisan. (senyuman, gelisah, menangis, gementar dsb). Contoh Kaunselor: Anda tersenyum, sebaliknya saya terasa yang anda sebenarnya kecewa sekali. Tumpuan kepada kognitif Pernyataan semua idea-idea penting secara ringkas dan padat. Contoh Klien: Kata-kata ibu benar-benar melukakan hati saya cikgu. Kaunselor: Ia benarbenar menyakitkan hati. Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang kaunselor. Kaunselor hendaklah menggunakan perkataan-perkataan yang mudah difahami oleh klien.. lni adalah kerana bukan semua klien adalah berpelajaran tinggi atau mempunyai pengetahuan yang sama. Di samping itu juga, kaunselor hendaklah mengelakkan penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit kerana mengelakkan klien daripada keliru dan tidak faham apa 9

yang telah dikatakan oleh kaunselor. Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan, kontak mata seperti kaunselor boleh mengangguk kepalanya dan duduk mencodong ke hadapan sedikit sebagai tanda menunjukkan minat dan lain-lain gerak balas. Kemahiran Melakukan Dorongan Minimum Dorongan minima sangat diperlukan tanda sokongan dan dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima adalah merupakan respon dalam bentuk ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang mengalakkan klien untuk terus bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara contoh dorongan minima dalam bentuk perkataan adalah seperti bagus, teruskan, selepas itu, jadi, terangkan lagi, oh, dan dalam bentuk anggota seperti sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi. Tujuan dorongan minima adalah untuk memberikan rangsangan kepada klien untuk terus bercerita. Di samping ia menunjukkan kaunselor mendengar dan faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien. Ishammuddin Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan mendorong minima ialah; a) kaunselor memberi perhatian b) menolong penerokaan kendiri klien c) supaya klien terns bercakap d) mempengaruhi arus perbualan e) Punctuate interview Kemahiran Mengendali Kesenyapan Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi kaunseling berjalan. Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk mengalakkan klien terus bercakap atau mengekalkan kesenyapan untuk beberapa ketika. Kesenyapan ini memberikan peluang kepada kaunselor dan klien untuk memikirkan tindakan yang sewajarnya diambil seterusnya. Selain itu, ia juga memberikan peluang 10

kepada klien untuk berfikir kembali dengan tenang mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali sesuatu yang barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah fikirannya. Kemahiran Aplikasi Teori Dan Teknik Kaunseling Apabila seseorang kaunselor menguasai teori-teori dan teknik-teknik kaunseling, kaunselor akan lebih berupaya untuk menolong klien untuk berhadapan dengan masalah yang dihadapi oleh klien dengan lebih yakin. Apa yang lebih penting ialah kaunselor perlu tahu bagaimana dan bila masanya untuk mengaplikasi kemahiran teori dan teknik-teknik kaunseling yang ada padanya. Kaunselor juga perlu bijak memilih teknik sesuai digunakan apabila berhadapan dengan seseorang klien itu. Kemahiran Merumus Merumus boleh difahami sebagai pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan penting yang telah dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling tersebut. Rumusan adalah lebih meluas jika dibandingkan dengan parafrasa. Kemahiran merumus ini bertujuan untuk menyedarkan klien serta mengimbas kembali apa yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling itu. Sesuatu rumusan boleh dilakukan di permulaan, di tengah atau pun di akhir sesi kaunseling. Rumusan yang dibuat pada hujung sesi kaunseling, biasanya merupakan rumusan keseluruhan bagi sesuatu sesi kaunseling lshamuddin Ismail (1999) menjelaskan tujuan merumus ialah; a) Menghubungjalinkan beberapa elemen daripada mesej klien b) Mengenalpasti satu paten atau tema yang konsisten atau yang selalu timbul selepas beberapa mesej tersebut. c) Supaya klien mendengar semula kata-katanya. d) Supaya tidak ada berlaku perubahan rupa Sesuai digunakan apabila sesi terhenti atau terbantut. 11

e) Dalam kesenyapan yang berpanjangan, rumusan boleh mempercepatkan proses kaunseling. Kemahiran Konfrontasi Kemahiran ini hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik antara klien dengan kaunselor. Semasa kemahiran konfrontasi dijalankan, kaunselor menggunakan nada yang lembut yang mengandungi unsur- unsur ambil berat agar mesej yang disampaikan tidak tersalah tafsir oleh klien. Biasanya kemahiran konfrontasi akan digunakan oleh kaunselor kepada klien dalam keadaan keadaan berikutnya : a) Terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien tentang dirinya dengan apa yang dilakukannya. b) Apabila terdapat percanggahan di antara apa yang dikatakan pada satu masa apa yang dikatakan pada masa yang lain. c) Tingkah laku bertentangan dengan apa yang dikatakan. d) Pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh klien mengenai dirinya. Contoh l "Tadi anda kata anda ingin berjaya, tetapi nampaknya anda langsung tiada persediaan untuk berjaya". Contoh 2 "Tadi saya dengar anda rasa kecewa dengan pensyarah itu, tapi dalam masa yang sarna, anda rasa takut berhadapan dengan pensyarah itu untuk mengetahui isu yang sebenar". 12

Tujuan konfrontasi mengikut Ishamuddin Ismail (1999) adalah seperti berikut; a) Membenarkan klien menerokai mekanisme bela diri yang menghindari pemahaman dan tindakannya. b) Membantu klien mengenalpasti satu kontrakdisi, rasionalisasi, helah atau salah interpretasi. c) Membantu klien menerokai bahagian-bahagian perasaan, pengalaman dan tingkah laku yang klien sendiri merasa berat untuk menghadapinya. d) Menunjukkan kepada klien apa yang sedang berlaku pada diri klien. e) Supaya tingkahlaku klien rnenjadi lebih bersepadu. KESIMPULAN Secara dasarnya, untuk menjadikan seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus mempelajari dan memahami segala kemahiran yang perlu dalam proses menolong klien mengikut kesesuaian masa dan tempat. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling sepeti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor. RUJUKAN Abdul Rashid Mohamad. 2000. Bimbingan dan Kaunseling 1. Petaling Jaya : Pearson Education Malaysia Sdn Bhd. Aziz Salleh. 2002. Kaunseling Islam Asas. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Manan Mulla Bar. 1990. Kaunseling Dalam Konteks Budaya Islam (Satu Teori Peribadi Mengenainya. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise. Ibrahim Ahmad. 2002. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 13

Kamal Abd Manaf. 1998. Masalah dan Penyelesaian Dalam Kaunseling Islam 2. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Kamal Abd Manaf. 1996. Manusia Dan Personaliti Membantuk Insan Yang Sempurna. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Kamal Abd. Manaf. 1996. Kaunseling Islam. Perbandingan Antara Amalan Dan Teori Kaunseling Barat. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Mohamed Fadzil Che Din & Rasidah Dato Hj Omar. 2002. Pengantar Bimbingan Dan Kaunseling. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Fatimah Mohamad Tajuddin & Nor Atiah Ismail. 2002. Nilai-Nilai Cemerlang Kepimpinan Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Suradi Salim. 1996. Bimbingan Dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Shaharom Tm Sulaiman. 1999. Pengurusan Islam Dan Pembangunan Manusia. Batu Caves: Thinker s Library Sdn Bhd. Wan Hussain Azmi Abdul Kadir. 1995. Kaunseling Dan Psikologi Menurut Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ya qub Muhammad Hussin. 2001. Beberapa Panduan Asas Usrah Dan Harakah. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar. 14