BAB4 PENGAMATAN. Pengamatan bukanlah suatu proses yang lazim, kerana ia tidak berlaku secara automatik. Ia

dokumen-dokumen yang mirip
10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

TEORI PEMBELAJARAN. IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Kelakuan Individu (Dari Aspek Tanggapan, Nilai, Sikap Dan Dorongan)

Emosi dan Perkembangan

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Psikologi kognitif. Sinopsis:

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN

KONSEP PSIKOLOGI SOSIAL PROF MADYA DR. MA ROF REDZUAN

Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori. pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda?

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Teori Pembelajaran. 9/24/2010 Nordin Bin Tahir, IPIP 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 2

UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Teori Semantik

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

TAJUK 2: JENIS-JENIS GAYA BELAJAR. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

TAHAP. Fungsi Otak. Menaakul

OTAK DAN MINDA. Manusia telah lama dikagumi dengan bahagian berwarna kelabu, berlipat-lipat yang

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

PRAKTIKAL 2 TAKSONOMI DAN BIOKEPELBAGAIAN

WPK 1113 Psikologi Kognitif Teori-Teori Kognitif

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

KONSEP KENDIRI (Part 5)

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

SIKAP ADALAH SEGALANYA!

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN. Nordin Tahir JIP

Mengenali Apa Itu Emel Phishing

KECERDASAN. Azizi Yahaya PENGENALAN

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

TEORI SEGITIGA SEMIOTIK

Pengenalan kepada Ekonomi

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Polisi Privasi. Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

kita tidaklah selalunya seronok dengan keputusan yang telah kita ambil.

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

EzLearn2U.my. Tingkatan 2 Sains Bab 1: Soalan. bulu roma. 1. Rajah di bawah menunjukkan struktur kulit manusia.

Modul e-daftar. (Sesi 2014/2015)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

Tajuk 6: Perkembangan Kognitif dan Bahasa. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN FEM 3201

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 3

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Apabila seseorang itu sedar tentang apa yang difikirkan maka adalah mudah baginya untuk mengawal tindakan yang akan diambil seterusnya.

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 523 Psikologi Perkembangan Remaja, Dewasa dan Orang Tua

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SAINS & TEKNOLOGI (DST) KSSR TAHUN 2 / 2012

Hasrat Penjagaan Saya

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Murid ini telah menguasai Band sehingga tarikh. (band yang tertinggi)

Model Pengurusan Strategik

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

REKA BENTUK MAKLUM BALAS DISEDIAKAN OLEH MEJAR BERSEKUTU (PA) PROF MADYA DR TAN WEE HOE

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI 2012 KOD KURSUS: HBAE 1203 TAJUK KURSUS: PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK NO. MATRIKULASI :

PENGURUSAN ADUAN BAGI PETUGAS BARISAN HADAPAN SEKTOR AWAM Oleh Bahagian Perhubungan Korporat Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Transkripsi:

1 BAB4 PENGAMATAN PENGENALAN Pengamatan atau persepsi merupakan elemen terpenting dalam proses kognitif. Pengamatan bukanlah suatu proses yang lazim, kerana ia tidak berlaku secara automatik. Ia tidak terjadi dengan hanya kita membuka mata, merasa sesuatu atau mendengar bunyi-bunyian yang berada di alam ini. Pengamatan ialah satu proses yang melebihi tahap pendaftaran rangsangan-rangsangan yang diberikan kepada kita semua. Manusia sentiasa memilih segelintir daripada rangsangan-rangsangan yang akan memberi makna kepada dirinya. Ini pula dilakukan dengan cara memberi perhatian atau tumpuan kepada kewujudan sesuatu entiti di sekelilingnya. Ia juga perlu dikenalpasti, diinterpretasikan, diorganisasikan, dan difahami supaya makna yang tersirat di sebalik entiti itu diperolehinya. Setelah semua ini dilakukan, barulah sesuatu kederiaan itu dipersepsi atau diamati oleh manusia. Segala fenomena yang dipersepsikan oleh manusia seharusnya melalui organ-organ deria. Sememangnya organ derialah yang merupakan jalan masuk semua rangsangan ke tubuh, akal fikiran dan jiwa manusia. Dalam hal pengamatan ini, pengamatan melaui organ deria mata merupakan sesuatu yang penting, kerana lazimnya amatan melalui organ deria mata merupakan sesuatu yang penting, kerana lazimnya manusia selalu menumpukan perhatian melalui penglihatannya. Sudah tentu, bagi fenomena-fenomena lain seperti bau-bauan, citarasa makanan, dan bunyi-bunyian perlu didaftarkan oleh organ-organ deria yang

2 berkenaan, tetapi banyak pakar berpendapat yang ia tidak begitu signifikan jikalau dibandingkan dengan pengamatan visual. Apa yang kita lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa tentang keadaan alam sekitar bergantung kepada pengamatan yang diperoleh melalui rangsangan yang diterima oleh pancaindera. Maklumat itu ditafsirkan oleh proses mental untuk membentuk konsep. Biasanya pengamatan dipengaruhi oleh pengalaman yang sedia ada pada seseorang. Hal ini kerana pengamatan berperanan membuka dan menyediakan skrin pemikiran pada peringkat awal. Input dalam bentuk rangsangan deria akan disimpan dan dicetak ke filem. Prosesnya berlangsung berterusan dan ada ketikanya akan berlaku potong dan tampal pada mana-mana slot. Hal ini terjadi apabila berlakunya pertembungan input lama dan baru. Setiap kali kita melihat sesuatu rangsangan baru, maka ia akan dirakamkan dan kemudian difilemkan. Apabila kita menerima rangsangan baru, maka filem akan diputarkan, dan di sini berlaku proses pengkordinasian input baru dan lama pada mana-mana slot yang relevan dengan yang lama. Maklumat baru akan dirakam dan cuba disesuaikan dengan yang lama. Jika tiada hubungan langsung, maka satu filem baru akan dirakam. Begitulah seterusnya, proses ini berlaku berterusan sehingga ke akhir hayat. RANGSANGAN dengar PENAFSIRAN + PENGALAMAN LAMPAU lihat KONSEP sentuh rasa hidu Rajah 1: Proses Pengamatan

3 2.0 DEFINISI PENGAMATAN Pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap rangsangan-rangsangan, iaitu yang bersifat peribadi. Pengamatan juga merupakan pola-pola yang bermakna. Sebenarnya ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang lama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur. (Mohd. Salleh Lebar, 1995) 3.0 PROSES PENGAMATAN Pengamatan melibatkan proses otak menerima maklumat dari deria, menyusun semula maklumat tersebut dan menterjemahkannya kepada pengalaman yang bermakna. Pengamatan bukan sahaja melibatkan deria lihat sahaja, tetapi juga deria dengar, rasa, bau, kinestetik dan perasaan. Ia juga menjangkaui penggunaan deria dan merupakan proses kognitif. Umpamanya dalam proses melihat, cahaya dari objek itu masuk ke dalam mata dan imej objek itu terbentuk di retina. Ia menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak mentafsir impuls itu dan menginterpretasikannya mengikut sifat-sifat objek itu, misalnya dari segi bentuk dan warna. Objek itu dikira telahpun dilihat. Contoh ini memperlihatkan pertalian di antara fungsi mata dengan mental (otak) yang memproses maklumat. Apa yang menyebabkan proses pengamatan tidak berlaku? Di antaranya ialah: i. Gangguanan emosi (terfikir perkara-perkara lain dan hilang tumpuan). ii. iii. Keadaan kesihatan seseorang/ mengidap penyakit. Kurang pengalaman yang memberi dorongan untuk berfikir dan bertaakul.

4 4.0 JENIS PENGAMATAN Proses pengamatan membolehkan kita memahami apa yang sedang berlaku di persekitaran. Beberapa orang yang menyaksikan perkara yang sama mungkin memberi tafsiran yang berbeza. Oleh itu, pengertian mereka berlainan. Dengan demikian setiap orang berperilaku secara berbeza. Penglihatan tidak berlaku dalam mata. Mata hanyalah suatu alat yang membantu proses penglihatan. Kebanyakan orang tersalah anggap tentang pengamatan. Pengamatan kepada mereka hanya melibatkan apa yang dapat dilihat dengan mata. Sedangkan sebenarnya pengamatan melibatkan keseluruhan pancaindera manusia. Terdapat tiga jenis pengamatan yang utama, iaitu: 4.1 Pengamatan Auditori 4.2 Pengamatan Visual 4.3 Pengamatan Kinestetik-Tactile 5.0 SIFAT PENGAMATAN Pengamatan mempunyai sekurang-kurangnya empat sifat utama. Sifat-sifat ini berkaitan rapat dengan fenomena dan sensitiviti. 5.1 Pengamatan sering berubah-ubah bergantung kepada perubahan keadaan sekitaran. Pengamatan berkadar terus dengan perubahan masa. Masa bererti jam, hari, minggu, tahun dan abad. Apa yang kita lihat sekarang sebagai canggih, sepuluh tahun akan datang mungkin sudah ketinggalan. Model-model kereta Mercedes Benz pada masa ini contohnya, akan hanya menjadi klasik pada seratus tahun akan datang (tahun 2103).

5 Namun pengamatan tidak berubah dalam semua situasi. Situasi yang berkaitan dengan agama dan nilai sejagat akan terus dipertahankan, walaupun masa berubah. 5.2 Pengamatan bersifat personal Pengamatan memang bersifat personal, justeru itu, sesuai dengan sifat kelainan ragam manusia itu sendiri ia sangat mempengaruhi apa yang kita lihat. Apa yang A rasa tentang makanan XYZ, mungkin tidak sama dengan B, C, D, E, F dan sebagainya. Faktor personal adalah faktor psikologi seseorang yang boleh mempengaruhi hasil daripada pengamatannya. 5.3 Pengamatan berkesinambungan Pengamatan bersambung-sambung dan ia mengambil tempoh yang lama. Misalnya pengamatan kita terhadap dadah boleh diumpamakan sebagai najis. Maka sampai bila pun, kita akan terus melabelkan (mental set) dadah itu sebagai najis yang jijik dan menjijikkan. 5.4 Pengamatan amat selektif Manusia itu sendiri sifatnya memilih. Justeru itu, pengamatan juga akan hanya memilih apa yang dekat dan sesuai dengan kehendak kita. Walaupun apa yang kita lihat itu merupakan entiti penting dalam sesuatu komponen, tetapi jika kita merasakan ia tidak bertepatan dengan kita, maka kita akan menolaknya. 6.0 ORGANISASI PENGAMATAN BERASASKAN PENDEKATAN GESTALT Konsep pengamatan telah dikaji secara mendalam oleh ahli psikologi Gestalt. Perkataan Gestalt bermaksud corak, bentuk atau rupa. Gestalt merujuk kepada kepercayaan

6 bahawa seseorang itu biasanya lebih suka mengatur pengamatannya dalam corak yang tertentu dengan menyusun semula rangsangan supaya ia menjadi lebih ringkas, lebih lengkap dan lebih teratur daipada keadaan sebenarnya. Ahli-ahli psikologi Gestalt telah mengasaskan beberapa hukum tentang persepsi penglihatan yang menjadi asas pada organisai pengamatan. Hukum Gestalt tentang pengamatan menerangkan bagaimana sesuatu susunan rangsangan yang tertentu dapat ditonjolkan dari latar belakangnya dan diamati sebagai suatu rajah yang menyeluruh. Berikut adalah beberapa hukum Gestalt mengenai pengamatan visual. Rajah 2: Mangkuk atau Muka

7 Rajah 3: Wanita Muda atau Wanita Tua Rajah 3 pula boleh dipersepsikan sebagai seorang wanita muda atau wanita tua. Jika wanita muda menjadi objek, maka wanita tua tidak kelihatan dan sebaliknya jikalau wanita tua menjadi objek, wanita muda pula tidak kelihatan. Dalam hal ini, individu perlukan masa untuk mengorganisasikan bahagian-bahagian yang berasingan hingga dapat memberi sesuatu yang bermakna. Pada umumnya manusia akan mendaftarkan satu rangsangan sebagai objek dan satu lagi sebagai latar belakang, dan kedua-duanya boleh bertukar bentuk menjadi objek pengamatan apabila ia didapati sesuai. 7.0 FAKTOR MEMPENGARUHI RANGSANGAN PENGAMATAN Keupayaan pengamatan sangat bergantung pada faktor-faktor psikologi, biologi (yang berkaitan dengan pancaindera dan keupayaan otak memproses maklumat) dan sosiobudaya seseorang. Antara faktor yang penting termasuklah: 7.1 Faktor Pembezaan (kontras)

8 Faktor pembezaan melibatkan apa jua yang dapat dibezakan secara kontras oleh deria manusia. Benda yang besar lebih mudah dilihat berbanding yang kecil; warna yang garang lebih menarik perhatian berbanding warna yang lembut dan sebagainya. Penumpuan Ada ahli-ahli psikologi yang menekankan bahawa selagi tidak ada penumpuan, tidak akan terbentuk pengamatan. Semasa manusia membuat pengamatan, manusia tidak melayan semua rangsangan yang diterimanya tetapi hanya memilih rangsangan yang tertentu sahaja. Dengan cara ini barulah kita dapat membentuk pengamatan terhadap rangsangan tersebut. Apabila kita memilih satu-satu rangsangan, bermakna bahawa kita menumpukan perhatian kepada rangsangan tersebut. Ini menunjukkan bahawa selepas ada penumpuan barulah terbentuk pengamatan. Penumpuan berlaku apabila pancaindera seseorang itu ditumpukan kepada sesuatu rangsangan pada kadar masa yang membolehkan seseorang itu mengetahui apakah objek atau benda yang dipersepsikan. Tumpuan amat penting bagi orang yang baru pertama kali menerima sesuatu rangsangan. Katakan sebelum ini, ia tidak pernah melihat basikal solar sudah tentu masa yang lama amat diperlukan untuk membina dan membentuk satu siri maklumat baru tentang kereta solar. 8.0 PERANAN PENGETAHUAN DALAM PENGAMATAN Eksperimen 1: Orang-orang yang dilahirkan buta Senden (1960) menjalankan eksperimen ke atas orang-orang yang dilahirkan buta. Setelah pembedahan dilakukan dan orang-orang buta ini dapat melihat kembali, mereka tidak dapat mengenalpasti benda-benda yang pernah dikenali secara sentuhan semasa buta dahulu. Ini adalah disebabkan mereka tiada pengetahuan untuk mentafsirkan objek yang dilihat olehnya dan gagal menghubungkaitkan pengamatan penglihatan baru dengan pengalaman

9 lama. Setelah menjalani beberapa latihan, pengetahuan diperoleh. Orang-orang ini tidak lagi bergantung kepada deria sentuhannya untuk mengenal pasti benda-benda yangdilihatnya. Ini membuktikan bahawa pengetahuan dan latihan memainkan peranan untuk membantu pembentukan dan perkembangan pengamatan seseorang. Eksperimen 2: Monyet, Chimpanzi dan Anak Kucing Reisen (1965) telah menempatkan haiwan ini di dalam satu tempat yang gelap sejak dilahirkan. Setelah tiga bulan, haiwan ini dikeluarkan ke tempat yang terang dan didedahkan kepada beberapa rangsangan untuk mengetahui reaksi dan gerakbalasnya terhadap rangsanganrangsangan tersebut. Haiwan ini didapati tidak dapat mengikuti dengan penglihatan pergerakan benda-benda yang bergerak dan membezakan bentuk-bentuk objek. Mengikut Reisen jika kebolehan mengamati sesuatu adalah semula jadi, tentu perkara seperti ini tidak akan berlaku. Bukti ini juga menunjukkan bahawa pembentukan dan perkembangan pengamatan bergantung kepada pengetahuan melalui proses pembelajaran. Untuk memperolehi pengamatan yang betul dan mencukupi, pelajar mestilah diberi pengalaman pertama dalam seberapa banyak situasi belajar yang boleh. Lawatan ke sekolahsekolah, kilang perindustrian, lombong arang batu, landasan keretapi, loji pembersihan air dan sebagainya untuk memperkayakan pengetahuan sedia ada pelajar. Semua pengalaman baru ini berguna dan membantu dalam pembelajaran pengamatan. Mendedahkan pelajar pada rangsangn luaran dalam persekitaran melalui objek sebenar atau alat pandangan dan pendengaran tidaklah mencukupi. Pelajar selalunya perlu dibantu untuk mengetahui apa yang patut dilihat. Guru membimbing pemerhatian supaya pengamatan pelajar menjadi tepat dan lengkap. Dengan ini, pelajar dapat bertindak balas dengan cergas kepada rangsangan deria

10 supaya dapat meneruskan proses mental yang lebih tinggi. Guru perlu merangsang pelajar ke arah satu corak sintesis pengamatan yang berguna.