TARIKAN ANTARA PERSEORANGAN

dokumen-dokumen yang mirip
SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

KONSEP PSIKOLOGI SOSIAL PROF MADYA DR. MA ROF REDZUAN

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

Diterjemahkan oleh Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2010)

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

TEORI PEMBELAJARAN. IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat

KECERDASAN. Azizi Yahaya PENGENALAN

Prestasi kerja = Motivasi Kebolehan Kekangan situasi

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

Taklimat untuk Guru BM

Kesetiaan kepada Syarikat

Pendekatan Humanistik : Teori Hierarki Keperluan Maslow

Panduan semasa ditemuduga.

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

KISAH RAHSIA RUMAHTANGGA

SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

BAB 5 KESIMPULAN. berkaitan perwakilan dapatan kajian juga disentuh, sebelum diakhiri dengan cadangan

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Pengenalan kepada Kaunseling

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Inovasi dan Perubahan

KEMAHIRAN ASAS MENOLONG

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

SOAL SELIDIK. Kurang dari 18 tahun [ ] 19 tahun [ ] 20 tahun [ ] 21 tahun [ ] 22 tahun [ ] 23 tahun [ ] 24 tahun [ ] 25 tahun [ ]

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Sustainable Education 54

11 Cerita Sosial Adab

ULTAN. . --=-- V"'-J ';'1.J,L..,;,li..I;.J.:3 ';;:--->.i:") SULTAN!DRIS EDUCATION UNIVERSITY. UNIVERSITI PENOIOIKAN SULTAN loris

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Langkah : pengetahuan teori perkembangan /psikologi kanak-kanak/ pemerhatian sistematik

TEORI SEGITIGA SEMIOTIK

Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori. pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda?

KAUNSELING BIMBINGAN KERJAYA

CABARAN PROGRAM BLITZ SELAMA 6 MINGGU

9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.

Seterusnya? Memahami Kesedihan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

DUA BENAR SATU BOHONG

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Sijil Psikologi Islam & Kaunseling Faham Tingkah Laku

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

BAB 5: KESIMPULAN. Dalam bab ini, penyelidik akan membuat kesimpulan berdasarkan analisis

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Rahsia Tarik Klik Facebook Ads

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

ARAHAN: ( )

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

INTERVENSI KRISIS. Oleh: Dr. Nor Shafrin bt. Hj. Ahmad (KB, PA) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Pemasaran emel adalah antara cara paling berkesan untuk anda menghasilkan. pendapatan yang berterusan. Bayangkan syarikat besar seperti ADIDAS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA FAKULTI FILEM, TEATER DAN ANIMASI PROJEK FILEM PENDEK BABAK TERAKHIR: PENDEKATAN GENRE PSYCHOLOGICAL THRILLER

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

;[ l. ..v.nive ITI I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I ,, ---=-!, PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2015/2016. UNIVERSITI PENOIOIKAN SULTAN loris

IMBUHAN (20 markah) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Transkripsi:

SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 8 24 UNIT 8 TARIKAN ANTARA PERSEORANGAN Objektif unit: Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat: 1. Menerangkan konsep tarikan antara perseorangan dan sebab mengapa manusia perlu hidup bersama dengan orang lain. 2. Menyenaraikan dan meringkaskan faktor- faktor situasi yang mempengaruhi manusia untuk tertarik pada orang lain. 3. Menjelaskan kepentingan kesamaan dan perlengkapan dalam memahami tarikan antara perseorangan 4. Menjelaskan teori- teori yang menerangkan tarikan antara perseorangan Kandungan: Topik 1: Pengenalan Topik 2: Konsep tarikan antara perseorangan Topik 3: Peringkat hubungan antara manusia Topik 4: Faktor kedekatan dan diri sendiri Topik 5: Fakor daripada orang lain Topik 6: Teori tarikan antara peerseorangan Topik 7: Penutup Topik 1: Pengenalan Unit ini memberi fokus kepada bagaimana manusia bermula untuk berdamping / bersama dengan orang lain. Asas kepada hubungan manusia yang rapat ialah tarikan antara perseorangan, dalam mana antara manusia tersebut adalah tertarik antara satu dengan lain. Sekiranya seseorang manusia itu memberikan penilaian positif terhadap orang lain, ini bermakna bahawa beliau adalah tertarik pada orang berkenaan, dan dengan demikian ia merupakan asas kepada hubungan antara mereka. Manusia adalah haiwan sosial yang hidup bersama dengan manusia lain. Untuk hidup dalam keadaan aman, seharunya antara manusia adalah tertarik antara satu dengan lain.

SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 8 25 Topik 2 : Konsep Tarikan Antara Perseorangan Konsep tarikan antara perseorangan merujuk kepada penilaian dalam cara yang positif terhadap orang lain. Maksudnya, sekiranya manusia memberikan nilai positif terhadap orang lain maka ia adalah tertarik kepada orang tersebut. Dengan demikian tarikan melibatkan sikap positif kita terhadap orang lain. Oleh itu penerangan tentang pembentukan dan perubahan sikap dapat membantu kita dalam memahami konsep tarikan antara perseorangan. Tarikan antara perseorangan merupakan asas kepada hubungan manusia. Hidup kita tidak selesa dan bahagia tanpa berhubung dan berdamping dengan orang lain. Hidup bersama- sama orang lain boleh mengurangkan sedikit sebanyak kekusutan perasaan kita. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan bergabung dan berdampingan dengan orang lain dapat memenuhi keperluan- keperluan untuk keselesaan, kemesraan, makan- minum, seks, kasih sayang dan pelbagai keperluan lain. Dengan kata lain, keperluan untuk bergabung dan berdampingan dengan orang lain mempunyai nilai kelangsungan (survival) yang tinggi, baik dari segi kelangsungan fisiologi (tubuh badan) mahu pun kelangsungan sosial dan psikologikal. Topik 3 : Peringkat Hubungan Antara Manusia Bagaimanakah proses pertemuan pertama membawa kepada perhubungan intim antara individu- individu itu berlaku? Terdapat tiga peringkat hubungan yang berkaitan. i. Peringkat kesedaran. Seseorang individu menyedari adanya individu lain, misalnya seseorang yang dilihatnya dalam bilik kuliah. Beliau mungkin membentuk satu impresi terhadapnya, tetapi tidak berlaku interaksi antara mereka. ii. Peringkat kontak permukaan. la merupakan kontak- kontak permulaan antara dua individu yang belum saling kenal- mengenal. Peringkat ini juga termasuk interaksi yang berulang- ulang yang berlandaskan peranan, seperti interaksi antara perseorangan antara seorang pegawai dengan pekerja- pekerja bawahannya. iii. Peringkat saling membalas. la merupakan peringkat dalam mana terdapat kontak- kontak yang semakin kerap. Interaksi antara individu- individu lebih bersifat peribadi, dan hubungan saling bergantung menjadi lebih mendalam. Satu proses keseluruhan sesuatu perhubungan antara manusia mengandungi lima peringkat i. Peringkat saling tarikan, iaitu manusia adalah tertarik antara satu dengan lain. ii. Peringkat pembentukan hubungan, iaitu manusia cuba mewujudkan perhubungan tersebut. iii. Peringkat penerusan, peringkat ini mengambil pelbagai bentuk, antaranya stabil atau tidak stabil, renggang atau erat dan seumpamanya. iv. Peringkat pemburukan, berlaku keretakan atau pergeseran dalam perhubungan tersebut.

SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 8 26 v. Peringkat penamatan, yang berakhirnya sesuatu perhubungan Sesuatu perhubungan yang berlaku antara individu boleh runtuh di mana- mana peringkat dalam proses perkembangan hubungan. Topik 4 : Faktor Kedektan dan Diri Sendiri Faktor tarikan antara perseorangan pertama yang diberi fokus ialah faktor luaran iaitu, pertama faktor kedekatan fizikal dan kedua faktor yang berasal dari diri seseorang. Sub topik 4.1: Kedekatan Fizikal Ini merupakan faktor asas, di mana perkenalan dan hubungan antara manusia bermula dengan manusia- manusia itu berdekatan secara fizikal. Kedekatan fizikal tidak hanya kedekatan fizikal bersemuka (berjumpa muka) tetapi juga boleh dalam bentuk kedekatan dari segi gambar dan berita. Kita menyukai / tertarik pada seseorang penyanyi walau pun tidak pernah berjumpa muka (bersemuka), hanya melalui gambar dan suara. Apa yang penting ialah adanya kontak. Peringkat awal tarikan antara perseorangan antara manusia kadang kala secara kebetulan, sebilik kuliah, bertemu di lorong jalan kaki, nama disusun berdekatan dan seumpamanya. Kedekatan adalah sebagai penentu tarikan awal. Seseorang tidak akan tertarik pada orang lain sekiranya tidak dekat fizikal antara mereka. Kita suka pada kawan- kawan sekelas, sekampung dan senegeri. Kesan daripada kedekatan fizikal ialah antara manusia itu semakin terdedah antara satu dengan lain. Dan pendedahan yang berulang- ulang ini menyebabkan antara manusia itu saling mengenali antara satu dengan lain. Ini dikenali sebagai hipotesis hanya kesan pendedahan, di mana akibat daripada pendedahan yang berulang- ulang menyebabkan antara manusia menyukai antara satu dengan lain. Walau bagaimana pun, pendedahan yang berulang- ulang tidak semestinya membawa kesan positif. Reaksi awal terhadap rangsangan mestilah dalam bentuk yang neutral atau positif sederhana untuk sesuatu tarikan terbentuk. Sekiranya reaksi awal seseorang adalah negatif, maka dengan bertambahnya kebiasaan akan hanya menimbulkan perasaan benci. Fikirkan: Contary to popular belief, I do not believe that friends are necessarily the people you like best; they are merely the people who got there first Sir Peter Ustinov. Sejauhmana kebenaran penyataan ini? Sub topik 4.2: Perasaan

SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 8 27 Emosi seseorang boleh menpengaruhinya sama ada untuk tertarik atau membenci orang lain. Dalam banyak kajian mereka yang dalam emosi gembira (positif) cenderung untuk tertarik pada orang lain; sementara orang yang sedang dalam keadaan marah, sedih (perasaan negatif) kurang cenderung untuk tertarik pada orang lain. Sub topik 4.3: Keperluan Berdamping Keperluan berdamping adalah keperluan untuk bersama- sama dengan orang lain. Ianya berbeza mengikut manusia; ada manusia yang suka bersendirian. Daripada kajian, mereka yang mempunyai keperluan berdamping yang tinggi adalah cenderung atau mudah untuk tertarik kepada orang lain berbanding dengan mereka yang suka bersendirian. Sementara itu keperluan untuk berdamping adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Mengikut eksperimen, manusia yang dalam kesedihan, bimbang dan takut cenderung untuk mengenali atau berbual dengan orang lain yang berada disisinya, berbanding sekiranya manusia dalam keadaan selesa. Salah satu hipotesis yang dapat menerangkan perkara di atas menyatakan bahawa manusia yang berasa takut ingin bersama dengan orang lain kerana dengan berbuat demikian mereka dapat berkomunikasi antara satu dengan lain, khususnya mengenai perasaan mereka. Sub topik 4.4: Kesunyian Perasaan sunyi wujud apabila adanya perbezaan antara pola perhubungan sosial yang seorang inginkan dengan perhubungan- perhubungan sosial yang sebenarnya beliau alami. Kesunyian merupakan satu perasaan dan adalah berbeza dengan bersendirian. Manusia yang suka hidup bersendirian, tidak semestinya rasa sunyi; dan manusia yang yang hidup dengan orang lain yang ramai bilangannya boleh merasa sunyi. Dengan demikian, kesunyian lebih merujuk kepada kualiti hubungan yang diinginkan. Dengan demikian, manusia yang merasa sunyi adalah lebih tertarik dengan orang lain yang dapat memenuhi keperluan emosinya. Kesunyian boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesunyian sosial yang merujuk kepada keinginan manusia untuk mempunyai ramai teman; dan kesunyian emosi yang merujuk kepada keinginan manusia untuk mempunyai hubungan yang mendalam dan intim dengan temannya (mungkin tidak memerlukan ramai teman). Kensunyian ada kaitan dengan keperluan berdamping. Topik 5: Faktor Daripada Orang Lain

SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 8 28 Faktor ini adalah berasal daripada individu lain yang menyebabkan seseorang itu tertarik. Di antaranya ialah daya tarikan fizikal dan ciri- ciri yang sama. Sub topik 5.1: Daya Tarikaan Fizikal Manusia tertarik kepada orang lain kerana orang tersebut mempunyai daya tarikan fizikal (misalnya mempunyai paras rupa yang cantik). Namun demikian, masih tidak terdapat satu piawaian tentang yang yang dikatakan cantik, mungkin berbeza mengikut budaya. Walau bagaimana pun dalam sesuatu budaya terdapat satu piawaian tentang apa yang dianggap cantik dan menarik. Namun demikian, banyak kajian menunjukkan bahawa daya tarikahn fizikal adalah sebagai penentu awal tarikan antara perseorangan. Orang mula tertarik pada seseorang lain kerana fizikalnya menawan. Sebab itulah industri komestik adalah bernilai berbilion- bilion ringgit. Manusia begitu prihatin terhadap wajah mereka. Daripada kajian, walaupun idealnya manusia menyukai orang lain yang cantik, namun kebanyakan individu akan memilih pasangan yang lebih kurang sama dari segi daya tarikan fizikalnya dengan dirinya. Ini dikenali sebagai hipotesis kesamaan. Pasangan yang tidak sepadan (sama daya tarikan fizikal) akan cenderung berpisah. Daya tarikan fizikal memberi kesan kepada kehidupan manusia. Daripada kajian, manusia yang tidak menarik fizikalnya kurang didekati, dilayan secara negatif, kurang cenderung diambil bekerja, mendapat bayaran gaji rendah, sering dipersalahkan, dan mendapat hukuman yang lebih berberat, berbanding orang yang menarik fizikalnya. Terdapat stereotaip tentang mereka yang menarik, iaitu mempunyai perhubungan perkahwinan yang bahagia; mempunyai watak yang menarik; lebih cerdas; dan curang kepada kekasih atau pasangan. Sub topik 5.2: Kesamaan Walaupun faktor kedekatan fizikal dan daya tarikan fizikal merupakan faktor asas tarikan antara perseorangan, namun dikatakan faktor kesamaan sikap merupakn faktor penerus hubungan. Sesuatu hubungan akan berterusan apabila diantara manusia tersebut mempunyai persamaan (sikap dan mungkin tret personaliti lain). Sesuatu interaksi sosial akan berjalan dengan lancar sekiranya setiap individu yang terlibat tidak perlu mempertahankan setiap sikap atau nilai yang diluahkan. Sebagaimana mengikut teori keseimbangan Heider kita akan berasa lebih selesa sekiranya kita bersama dengan orang yang kita sukai dan beliau sukai apa yang kita sukai (lihat topik perubahan sikap). Satu perspektif lain yang agak berbeza, yakni model kesan- peneguhan mencadangkan bahawa persamaan dan perbezaan sikap boleh membangkitkan perasaan- perasaan positif dan

SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 8 29 negatif, dan seterusnya mempengaruhi tarikan antara perseorangan. Misalnya, sekiranya orang lain yang kita temui itu mempunyai sikap yang sama dengan sikap kita terhadap sesuatu, maka persamaan sikap tersebut merupakan satu keselesaan dalam diri kita (ganjaran) dan seterusnya menimbulkan minat kita terhadap orang tersebut, dan sebaliknya. Sub topik 5.3: Keperluan Penyesuaian dan Perlengkapan Satu hipotesis di mana manusia adalah lebih tertarik kepada mereka yang sama sikap dan tret personaliti dengan dirinya. Ini adalah untuk manusia mudah menyesuaikan diri dengan orang tersebut (keseimbangan). Ini dikenali sebagai hipotesisi keperluan penyesuaian. Namun demikian, terdapat manusia yang tertarik kepada orang lain yang berbeza tret personaliti dengannya. Ini dikenali sebagai hipotesis keperluan perlengkapan. Hipotesis ini mencadangkan bahawa dua orang individu akan dapat bersama- sama secara lebih akrab sekiranya perbezaan- perbezaan antara mereka adalah saling memperkukuhkan, atau saling melengkapi. Lelaki yang dominan menyukai wanita yang sibmisif; dan suami yang tegas lebih menyukai isteri yang lemah lembut, antara contohnya. Sub topik 5.4: Penilaian Peribadi Manusia tertarik kepada seseorang yang memberikan penialian (biasanya penilian positif) terhadap dirinya. Manusia ingin mendengar pujian- pujian positif tentang dirinya, dan menyukai mereka yang memberikan pujian tersebut. Topik 6: Teori Tarikan Antara Perseorangan Terdapat tiga teori kecil yang cuba menerangkan mengapa manusia menyukai atau tidak menyukai antara satu dengan lain. a. Teori Peneguhan - Biasanya kita menyukai orang yang memberi ganjaran kepada kita. Mengapa kita cenderung berkawan atau berkahwin dengan orang yang menarik (cantik)? Kerana kecantikan orang itu merupakan ganjaran (keseronokan) yang kita perolehi daripadanya. Dalam kajian, mereka yang diberikan ganjaran (markah tinggi) lebih tertarik (menyukai) orang lain. b. Teori Pertukaran - Daripada teori ekonomi didapati seseorang tertarik kepada orang lain kerana orang lain tersebut mempunyai sesuatu yang boleh ditukarkan dengan apa yang ia miliki. Misalnya, seorang lelaki tua yang kaya menyukai (tertarik) dengan perempuan cantik (misalnya, seorang artis). Di sini berlaku pertukaran antara kencatikan dan kekayaan. Prinsip peneguhan telah diintegrasikan dengan konsep- konsep daripada teori

SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 8 30 ekonomi untuk membentuk satu model mengenai tingkah laku sosial manusia. Dalam kebanyakan masyarakat nampaknya terdapat fenomena di mana kaum lelaki akan menyediakan keselamatan dan kemegahan kepada kaum wanita untuk ditukarkan dengan daya tarikan wanita. c. Teori Keuntungan- Kerugian - Prinsip keuntungan- kerugian merujuk kepada hakikat bahawa manusia menyukai seseorang yang memberikan penilaian positif sekiranya orang tersebut memberikan penilaian negatif sebelumnya. Pujian- pujian yang sentiasa kita terima daripada kekasih kita biasanya kurang bererti, tetapi apabila kekasih adalah seorang yang tidak begitu mudah untuk memberi pujian, tetapi di suatu ketika memuji kita, maka kita akan menyukai dan mengaguminya. Topik 7: Penutup Sesuatu perhubungan sosial antara individu yang dahulunya saling tidak mengenali adalah salah satunya disebabkan oleh tarikan antara perseorangan mereka. Banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu tertarik kepada orang lain. Atas hakikat ini sesetengah manusia berusaha untuk menjadikan dirinya menarik. Banyak wang dan tenaga dihabiskan dalam usaha demikian. Namun demikian, apa yang yang dianggap menarik berbeza- beza mengikut masyarakat dan masa. Sementara itu, beberapa teori kecil telah dikemukakan untuk menerangkan mengapa manusia tertarik antara satu dengan lain 1. Definisikan tarikan antara perseorangan dan berikan sebab mengapa manusa ingin bersama dengan orang lain. 2. Jelaskan peringkat- peringkat perhubungan antara manusia, dan jelaskan faktor- faktor yang boleh membawa kepada keruntuhan hubungan antara manusia. 3. Sejuh mana kebenaran penyataan berbunyi bahawa manusia lebh cenderung untuk mencari pasangan yang mempunyai persamaan dengannya. 4. Bezakan antara kesunyian emosi dengsn kesunyian sosial dan kaitannya dengan tarikan antara perseorangan. 5. Sejuhmana daya tarikan fizikal berperanan penting dalam mempengaruhi tarikan antara perseorangan.