LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

dokumen-dokumen yang mirip
LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A NAMA PROGRAM KELAS TAMBAHAN SUBJEK KRITIKAL TAHUN 1 FTSM

LAPORAN KURSUS HHHC 9601 LN00029/2015 BIODATA PELAJAR NUR HAKIMAH BINTI ISMADI. UNIVERSITI, THAILAND EXCO PENGANGKUTAN

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

TEKS UCAPAN Y.BHG. REKTOR SEMPENA MAJLIS ANUGERAH DEKAN SEMESTER II SESI 2005/2006 DAN SEMESTER I SESI 2006/2007

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kemuncak Hari AKNC ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR 2009

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SET3 SEMESTER TAJUK: LAPORAN AKHIR

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Kontrak Pembelajaran Kokurikulum. Kod Kursus. Aktiviti/Projek. Biodata Pelajar. gambar

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

UKM-SPKP-JP-PK05-BO10 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 48

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

ARAHAN: ( )

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

HHHC9201 SET 34 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

DASAR INOVASI DAN DAYA KEUSAHAWANAN DALAM PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENYELURUH PELAJAR UKM

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (1)

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. Set5 Sem 1 ( 2015/2016) DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK ANUAR BIN PUTIH DISEDIAKAN OLEH :

KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

HHHC9401: NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT, KELAB SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN (KESAMAP) KOD KURSUS LMCK2811 SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Pelan Strategik KTSN Ke Arah Pembangunan Insaniah Pelajar. Prof. Madya Dr. Ruzita Abd. Talib Pengetua

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Program Doktor Pendidikan Tinggi

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PEGAWAI PERKHIDMATAN MEDIA DGA 32/34 PPPLD

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

Kontrak Pembelajaran Kokurikulum. Kod Kursus. Aktiviti/Projek. Biodata Pelajar

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Koperasi Pengangkutan

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

HHHC9501 KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH, PEMIKIRAN KRITIKAL & PENDEKATAN SAINTIFIK LAPORAN BERTULIS BRAIN AWARENESS DAY

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

LMCK 1531 Kepimpinan dan Kreativiti Laporan Hasil Pembelajaran

LAPORAN HASIL PEMBELAJARAN LMCK 2711 TANGGUNGJAWAB ALAM SEKITAR PROGRAM : HARI KESEDARAN ALAM SEKITAR FTSM 2015 TARIKH : 30 MEI 2015

UNIT PRAKTIKUM IPGKBL REFLEKSI

LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

PEGAWAI PEREKA GRAFIK DGA 32/34 PPPLD

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KURSUS STQP2513 KE BANK NEGARA MALAYSIA 8 MEI 2015 KERTAS KERJA

PANDUAN KEPADA PENYELIA ORGANISASI/INDUSTRI

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

MODUL 1.5: KEMAHIRAN MEMOTIVASI DAN MENGGERAKKAN WARGA SEKOLAH

LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) Nama Organisasi: Jabatan Peguam Negara

KERTAS KERJA MAJLIS MAKAN MALAM RASMI JPATI 9 MEI 2014 KELAB GOLF DANAU UKM,UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, UKM BANGI, SELANGOR, MALAYSIA.

Dasar Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh. Universiti Kebangsaan Malaysia

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

CHIA CHONG YANG A143398

Borang Kontrak Pembelajaran Aktiviti Kursus LMCK2922 & HHHC9701/HHHC9801

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

DASAR LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 10 ( 31) 3 Mei 2010 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 31/2010 PELAKSANAAN DASAR CUTI GANTIAN

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

KERTAS KERJA PROGRAM JALINAN UKHUWAH PUSAT CITRA UNIVERSITI DENGAN RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN, SG RAMAL TARIKH 10 MEI 2015

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

POLITEKNIK MUADZAM SHAH JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA UNIT KEUSAHAWANAN SAIFUL BAKHTIAR BIN MASDUKI

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

Transkripsi:

LAPORAN HHHC 9401 : KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN 50480 KUALA LUMPUR AZLIANA BINTI NAWAWI A143318

1.0 PENGENALAN Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP) merupakan sebuah badan persatuan pelajar yang ditubuhkan pada 30 Disember 2004. PMFEP juga adalah persatuan induk yang mana tidak asing lagi dalam Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Salah satu kelab yang berada dibawah kelolaan PMFEP adalah Kelab Pengurusan (Management Club) yang menaungi mahasiswa/i pengkhususan-pengkhususan seperti Perniagaan Antarabangsa, Kewangan, Pemasaran, Pengurusan Risiko dan lain-lain dibawah Program Pentadbiran Perniagaan dengan visinya iaitu Menjadi Kelab Yang Dapat Melahirkan Mahasiswa/i Berminda Kelas Pertama berhasrat menganjurkan Learn & Visit BNM yang bertemakan Mahasiswa Berinovasi Menjana Transformasi dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mahasiswa/i agar dapat membentuk sahsiah dalam diri seterusnya menjadi mahasiswa/i yang mempunya pemikiran yang berinovasi untuk melakukan transformasi. Idea ini lahir sejajar dengan hasratnya menghidupkan budaya ilmu dan perkongsian maklumat di kalangan mahasiswa/i sama ada warga universiti ini sendiri mahupun pihak luar dengan program yang berilmiah sekaligus melahirkan mahasiswa/i yang berkualiti bukan sahaja dari aspek akademik malah turut menjadi salah satu langkah memperkukuhkan kemahiran insaniah mahasiswa/i. Kemahiran insaniah terdapat beberapa domain antaranya adalah kemahiran nilai, sikap, etika dan profesiobalisme, berfikir secara, kritikal, kemahiran komunikasi, keusahawanan dan lain-lain seperti yang diterapkan oleh Pusat Akreditasi Pembelajaran UKM. Diharapkan program ini akan dapat memberikan manfaat yang berguna kepada semua pihak terutamanya mahasiswa/i di UKM amnya dan pelajar-pelajar FEP khususnya. Dengan itu, segala kerjasama dan sokongan dari semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung amatlah diharapkan. Sesungguhnya, hasrat murni dalam merealisasikan matlamat program ini hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mampu membalasnya.

2.0 OBJEKTIF a) Mewujudkan perasaan bagaimana keadaan alam pekerjaan sebenar disamping meningkatkan ikatan silaturrahim antara pihak BNM dengan kelab. b) Mempelajari kemahiran berfikir secara kritis supaya dapat mengatasi masalah yang berlaku dalam persekitaran seterusnya mampu melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai pemikiran kelas pertama. c) Memberi sokongan lokus kawalan dalaman dan lokus kawalan luaran bagi memastikan mahasiswa/i sentiasa mempunyai jati diri yang kukuh dan berkeyakinan tinggi apabila bekerja nanti. d) Melahirkan mahasiswa/i yang berkualiti, berilmu dan berdaya saing dan memberi pendedahan sebenar kepada pelajar berdasarkan teori pembelajaran dalam kuliah.

3.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB Saya telah menjalankan tugas sebagai Timbalan Pengarah dalam program ini iaitu lawatan ke Central Bank of Malaysia. Antara peranan yang telah saya jalankan meliputi : i. Membantu Pengarah program melaksanakan kerja dalam usaha menjayakan program ini. ii. iii. Memantau setiap exco yang berada dibawah jagaan atau seliaan saya. Berurusan dengan pihak atasan dalam setiap urusan mengenai program ini jika pengarah mempunyai hal lain. iv. Menjalankan tugas yang telah diberikan oleh pihak pengarah. 4.0 AKTIVITI Antara aktiviti yang telah dilakukan semasa lawatan ini ialah : a) Taklimat tentang BNM di Auditorium Sasana Kijang Taklimat ini disampaikan oleh wakil daripada BNM mengenai Roles And Function of BNM Selain itu, sesi soal jawab juga akan dijalankan sejurus selepas selesai sesi taklimat. Ini akan memberi peluang kepada pelajar FEP yang berminat dengan kaedah pengurusan untuk bertanya terus kepada wakil Bank Negara Malaysia. b) Beramah-mesra Pelajar-pelajar daripada FEP UKM beramah-mesra bersama pihak Bank Negara Malaysia. c) Lawatan ke Sekitar BNM Pelajar FEP UKM membuat lawatan di sekitar Bank Negara Malaysia seperti Galeri Ekonomi, Galeri Kewangan Islam, Galeri Numismatik dan Central Bank s Art Galery.

5.0 KESIMPULAN a) PENGALAMAN Sepanjang melibatkan diri dengan menguruskan program lawatan ke Bank Negara ini, saya telah mendapat banyak pengalaman baru terutamanya melibatkan kerja menguruskan dan menyiapkan kertas kerja dan mengawal exco-exco yang berada dalam seliaan saya. Sebelum ini saya pernah menjadi Bendahari bagi Program Simfoni Cahaya dan menjadi exco jualan dan pameran bagi Program EDUFEST dan kini saya memegang jawatan sebagai timbalan pengarah program untuk lawatan ini dan ianya merupakan pengalaman baru bagi saya sejak berada lebih kurang satu tahun setengah di Universiti Kebangsaan Malaysia kerana bidang tugas yang saya lakukan sebelum ini berbeza mengikut setiap penglibatan saya dalam aktiviti mahupun program yang dilaksanakan. Menjalankan tugas sebagai timbalan pengarah bukanlah satu tugas yang mudah kerana ianya melibatkan perhubungan dengan pihak atasan dan pentadbiran. Program lawatan ini telah memupuk kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme dalam diri saya semasa menjalankan tugas saya terutamanya dalam usaha untuk membantu pengarah program membuat kertas kerja dan berurusan dengan pentadbiran fakulti. Di mana, saya memastikan setiap kerja yang saya buat memenuhi format cara penulisan kertas kerja yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti mahupun UKM maka ianya dapat membentuk cara kerja yang profesionalisme dalam diri saya. Selain itu, apabila saya berurusan dengan pentadbiran, jika terdapat kesilapan yang saya lakukan dan membuat kertas kerja mahupun surat rasmi maka pihak pentadbiran akan menegur dengan cara yang betul dan saya akan

menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka kerana ianya telah membantu diri saya untuk memperbaiki kesilapan agar setiap kesilapan tersebut tidak akan diulangi lagi dan ianya sekaligus memupuk nilai beretika dan memupuk sikap-sikap yang positif dalam diri saya semasa melaksanakan kerja dan untuk terus berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburi. Selain itu, pengalaman bekerjasama dengan pelbagai rakan baru telah berjaya membentuk satu jaringan persahabatan. Kerjasama yang dibina demi mencapai matlamat agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan Berjaya membina satu semangat yang tinggi. Berdasarkan penglibatan saya dalam program ini saya telah dapat melihat pada diri saya yang saya mampu untuk melakukan kerja dalam satu pasukan tanpa menyebabkan berlakunya perbalahan atau sebagainya.

b) CABARAN Dalam usaha menguruskan dan menjayakan program ini, banyak cabaran yang telah saya lalui. Antaranya ialah, cabaran untuk mendapatkan kelulusan untuk mengadakan program ini. Dimana, saya dan pengarah ulang-alik pergi pejabat untuk mengetahui akan keputusan kelulusan surat lawatan tersebut sehingga ianya benar-benar diluluskan oleh pentadbiran. Cabaran seterusnya ialah, dalam usaha untuk memastikan setiap exco yang berada dibawah seliaan saya menjalankan tugas dengan baik dan menyelesaikan setiap masalah yang mereka hadapi dengan mengambil langkah penyelesaian yang bijak. Akhir sekali, cabaran apabila dikehendaki mencari dana tambahan sendiri untuk menanggung perbelanjaan program sekiranya dana yang disediakan oleh fakulti tidak mencukupi. Walaupun banyak cabaran yang saya hadapi, namun setiap cabaran tersebut dapat diharungi dengan jayanya atas bantuan kawan-kawan sekerja dan pensyarah penasihat.

c) SARANAN Antara saranan saya supaya program yang akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi ialah menambahkan bilangan peserta kerana sebelum ini penyertaan yang dibuka adalah terhad menyebabkan ramai pelajar yang tidak dapat mengikuti lawatan yang mendatangkan banyak manfaat kepada pelajar. Selain itu, saya berharap agar ceramah yang diberikan di pihak Bank Negara lebih memberangsangkan pemikiran pelajar agar mereka tidak mengantuk apabila ceramah disampaikan dan mereka akan menumpukan sepenuh perhatian mereka terdahap apa yang disampaikan oleh penceramah. Akhir sekali, saya berharap agar program ini akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang kerana ianya memberikan manfaat dan input yang berguna kepada pelajar terutamnya yang mengambil bidang ekonomi, kewangan dan perkaunan seperti mereka boleh mengetahui dengan lebih tepat setiap maklumat yang berkaitan dengan dunia ekonomi sebenar negara kita.