FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

dokumen-dokumen yang mirip
10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 (SMP KHAS) HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI 2012 KOD KURSUS: HBAE 1203 TAJUK KURSUS: PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK NO. MATRIKULASI :

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

TEORI PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN KOLB AFIZAN BINTI MOHD SHAFIAI (P73764) FAMIZAH BINTI GIRUN (P76389) NURUL NADIRAH BINTI MOHD KASIM (P79060)

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat)

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

Taklimat untuk Guru BM

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan.

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

Unit 5 Pendekatan Tematik

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Pendidikan Seni Visual

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

ARAHAN: ( )

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

Mencipta Alat Permainan Magnet Daripada Bahan Terbuang: Kaedah Alternatif Mengajar Topik Magnet

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

Objektif Umum. Peserta dapat mengetahui mengenai: Konsep refleksi Penilaian kendiri Jurnal reflektif

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Transkripsi:

[Type text] FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK NAMA : ZUNIZAH BINTI ZAINAL ABIDIN NO. KAD MATRIKULASI : 821016145780001 NO. KAD PENGENALAN : 821016145780 NO. TELEFON : 012 570 4812 E-MEL : redbutterfly9597@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN : PP PETALING JAYA TUTOR : EN. MUSTAKIM BIN AYOB E-TUTOR : SUHANI BINTI SURATMAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT SOALAN TUGASAN 2 1.0 PENDAHULUAN 3 2.0 PELAKSANAAN TAHAP PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER TERHADAP KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA IMPLIKASINYA 5 2.1 Peringkat Rangsangan 6 2.2 Peringkat Penerokaan 7 2.3 Peringkat Perancangan 9 2.4 Peringkat Aktiviti 11 2.5 Peringkat Kajian Semula 13 3.0 PENUTUP 15 BIBLIOGRAFI 16 SOALAN TUGASAN Berdasarkan 5 tahap perkembangan pemikiran kreatif Fisher (1943), bincangkan bagaimana guru dapat melaksanakan 5 tahap kreativiti tersebut dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Huraikan juga apakah implikasinya kepada perkembangan dan pembangunan ciri-ciri individu tersebut dalam diri kanak-kanak. [Jumlah: 40 markah] 2

1.0 PENDAHULUAN Pengajaran dan pembelajaran yang bersistematik di dalam apa jua mata pelajaran digambarkan sebagai proses mengajar dan belajar berasaskan kefahaman yang mendalam tentang interaksi dalam bilik darjah dan alam persekitaran. Ia juga perlu mengambil kira keperluan, minat, potensi, kebolehan dan perbezaan latar belakang murid terhadap sesuatu subjek itu. Malahan bukan itu sahaja, kreativiti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga memainkan peranan penting untuk peningkatan kendiri murid-muridnya dalam sesuatu subjek yang diajar. Oleh yang demikian, pedagogi yang betul ialah dengan menyedari pelbagai permasalahan yang mungkin timbul dan bagaimana menggunakan daya kreativiti untuk menyediakan pelbagai peluang pembelajaran dalam menangani cabaran yang mendatang. Untuk tujuan itu, ahli-ahli fahaman binaan atau konstruktif mengesyorkan supaya pendidik mengadakan temuduga klinikal untuk mencungkil pengetahuan yang dibina oleh murid. Pendekatan begini sebenarnya menghargai pengetahuan, kefahaman konsep dan pengalaman murid walaupun idea itu berbentuk primitif dari kaca mata pendidik. Kepentingan itu turut ditegaskan oleh Ausubel et. al. (1978). Menurut beliau, proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dilihat dari perspektif orang dewasa iaitu pendidik sahaja tetapi adalah dari perspektif murid itu sendiri contohnya sepertimana seseorang guru itu mengenali setiap murid-murid pemulihan khas yang diajar oleh mereka dengan teliti. Dengan cara ini, para pendidik akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta kefahaman terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah bersesuaian dengan peredaran masa dan zaman berdasarkan perubahan faktor-faktor kebudayaan dan keadaan murid yang berbezabeza. Malahan bukan itu sahaja, guru juga mestilah menggunakan kreativiti dan inovasi kepada murid-murid dengan mengambil kira setiap sudut kemampuan diri yang ada pada diri setiap kanak-kanak itu. Dengan ini, guru akan dapat melihat sendiri potensi yang ada dalam diri anak murid mereka. 3

Jika kita lihat, dengan kreativiti seseorang pendidik tersebut dalam merancang sesuatu proses pengajaran dam pembelajaran mampu menjadikan seseorang murid itu membentuk kefahaman yang betul terhadap setiap mata pelajaran yang dipelajarinya justeru dapat memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara untuk menghasilkan generasi Malaysia yang bukan sahaja kreatif dan inovatif dalam pemikiran mereka malah berketerampilan dan berintelek tinggi. 4

2.0 PELAKSANAAN TAHAP PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER TERHADAP KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA IMPLIKASINYA. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada banyak faktor, antaranya ialah faktor guru, pelajar, keadaan fizikal dan bilik darjah. Faktor di atas saling mempengaruhi antara satu sama lain. Bagi menghasilkan pengajaran yang berkesan, seseorang guru itu hendaklah menguasai kaedah-kaedah pengajaran, pengetahuan yang mendalam terhadap isi pengajaran yang hendak disampaikan, mengetahui ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bidang pendidikan seperti psikologi pendidikan, sosiologi pendidikan, pedagogi pendidikan dan juga hasrat yang terkandung di sebalik kurikulum yang disediakan serta lain-lain bidang yang berkaitan. Ini semua menolong guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran lantas dapat menghasilkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, pengaruh serta teori yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru ke atas setiap anak murid mereka amat ketara. Setiap guru harus mempunyai pengetahuan ini dan menggunakannya dalam merancang serta pelaksanaan pengajaran mereka. Di mana dengan penggunaan serta pengaruh sesuatu teori yang difahami akan dapat memudahkan seseorang guru itu merancang setiap perjalanan ataupun pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajarannya agar berjalan dengan baik. Selain itu juga ia akan dapat menjamin proses pembelajaran yang berlaku dengan berkesan ke atas setiap murid terutama bagi murid yang lemah serta lambat menguasai sesuatu topik ataupun mata pelajaran. Jika kita lihat, terdapat pelbagai pelaksanaan teori yang diguna pakai dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh seseorang guru antaranya penggunaan pemikiran kreatif Fisher (1943) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apa yang pasti Fisher telah merungkaikan penggunaan lima tahap ataupun peringkat kreativiti dalam teori beliau. Antaranya ialah peringkat rangsangan, peringkat penerokaan, peringkat perancangan, peringkat aktiviti dan juga peringkat kajian semula. Setiap peringkat dalam pelaksanaan pemikiran kreatif 5

Fisher ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting. 2.1 PERINGKAT RANGSANGAN Proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya ialah bilamana seseorang guru tersebut dapat membawa muridnya melalui proses pengajaran dan pembelajarannya sehingga tamat tempoh mereka mengajar dalam sesuatu subjek tersebut. Dalam teori Fisher yang pertama ialah dari sudut peringkat rangsangan. Jika kita lihat, kemahiran permulaan pengajaran sangatlah penting kerana perkataan permulaan bermakna kemahiran menyediakan tempat atau meletakkan idea-idea di hadapan murid. Untuk melakukannya, guru perlu membentangkan sifat-sifat topik yang hendak disampaikan supaya tersemat dalam fikiran murid-murid, mengerak dan merangsang mereka dan mencantumkan apa yang hendak dikenalkan kepada yang lazim dan kepada pengetahuan sedia ada murid-murid itu sendiri. Berdasarkan idea ataupun peringkat pertama yang diperkenalkan oleh Fisher iaitu peringkat rangsangan memerlukan ketelitian. Ini kerana dalam teori beliau ini peringkat yang pertama ini adalah dilihat bahawa bagaimana seseorang guru itu mampu merangsang perlakuan serta pemikiran muridnya ke arah memahami sesuatu tajuk yang dipelajari oleh mereka dengan mengajukan pelbagai persoalan. Aspek ini juga boleh dianggap sebagai alat berfikir kerana reaksi untuk mencari jawapan dari soalan-soalan yang dikemukakan itu memerlukan daya ingatan, fikiran dan juga imaginasi. Apa yang pasti pada peringkat ini, pemikiran kreatif dirangsang dengan menggunakan ataupun mengemukakan pelbagai bentuk persoalan antara contohnya dengan menggunakan kata tanya apa, bagaimana, siapa dan sebagainya. Penggunaan kaedah pertanyaan ini mampu membantu murid untuk berinteraksi secara aktif serta dapat menjelaskan perasaan ingin tahu seseorang murid tersebut terhadap sesuatu isu ataupun topik yang sedang dipelajari. 6

Contohnya apabila seorang guru menunjukkan gambar matahari dalam subjek Sains, guru boleh bertanyakan fungsi matahari dengan cara mengemukakan pelbagai persoalan yang mampu membuatkan murid terangsang untuk memberikan jawapan mereka. Dengan ini, seseorang guru tersebut dapat merangsang minda muridnya dengan pelbagai soalan kritikal yang dapat membantu muridnya lebih berfikiran kritis dan kreatif dalam usaha seseorang murid tersebut dalam menyumbangkan idea mereka terhadap tajuk yang dipelajari. Rangsangan yang dibuat terhadap murid melalui kaedah pertanyaan ini mampu merangsang idea murid dengan lebih baik serta dapat membantu murid ke arah individu yang mampu berdikari sewaktu sesi pembelajaran. Bukan itu sahaja, dengan adanya kaedah rangsangan ini, guru berjaya memotivasikan murid ke arah kesedaran perihal kepentingan pelajaran dan menguasai isi pengajaran dengan memberi sepenuh perhatian. Jika kita lihat, di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid ataupun pelajar merupakan agen yang aktif dalam interaksi (Ames dan Ames, 1986). Di mana guru sepatutnya membantu murid bukan secara memberikan mereka apa yang patut dibuat, tetapi melalui bentuk soalan yang mana dengan ini ianya mampu merangsang pemikiran murid itu sendiri. Sepertimana yang dinyatakan oleh Beard dan Senioa (1980), menurut mereka kajian ahli psikologi menunjukkan bahawa kaedah mengajar yang boleh menggerakkan murid untuk belajar dan mengekalkan motivasi yang baik ialah kaedah yang melibatkan mereka dengan aktif. Oleh itu, untuk melibatkan murid secara aktif dalam sesuatu isu yang sedang dipelajari oleh mereka ialah melalui kaedah rangsangan yang terdapat dalam peringkat pemikiran kreatif Fisher ini. Di mana guru yang meningkatkan interaksi perlu memikirkan pada semua peringkat dalam perkembangan rancangan pengajarannya. Persekitaran yang penuh dengan interaksi dapat menghasilkan murid yang bergerak balas dan mengeluarkan idea mereka dengan baik. Dengan menggunakan cara ini, murid dapat mengeluarkan idea serta dapat berinteraksi dengan guru secara berterusan malahan bukan itu sahaja, guru-guru 7

harus menggalakkan murid untuk belajar melalui kaedah inkuiri-penemuan, mencari dapatan dan menyelesaikan masalah berdasarkan konsep rangsangan. Ia mampu dilaksanakan dengan baik dan berkesan malah menjadikan murid tersebut bermotivasi serta berani untuk ke hadapan dalam menyelesaikan sesuatu isu. 2.2 PERINGKAT PENEROKAAN Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru juga perlulah membimbing serta mendidik murid untuk berani mengeluarkan idea yang bernas serta mampu berfikir secara kreatif. Malahan bukan itu sahaja, dalam konteks ini guru perlu membentuk muridnya agar sentiasa berfikiran terbuka dan ke hadapan. Menurut pemikiran kreatif Fisher dalam peringkat kedua iaitu peringkat penerokaan beliau berpendapat bahawa bilamana seseorang murid itu berjaya dirangsang untuk berusaha menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh guru ataupun segala permasalahan yang timbul, untuk itu latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi, kajian luar atau latihan dalam menyelesaikan masalah boleh membantu. Jika dilihat dalam konteks ini bagi murid yang berfikiran kreatif maka mereka akan lebih ke hadapan untuk mencari jawapan dan menyelesaikan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik. Pada peringkat ini juga, murid-murid itu mampu didedahkan dengan pelbagai kaedah serta cara yang mana kaedah ini mampu dilaksanakan oleh murid tersebut dengan bimbingan serta kawalan dari guru itu sendiri. Contohnya dalam melaksanakan sesuatu eksperimen, murid akan dirangsang oleh guru dalam pelbagai bentuk pertanyaan dan murid yang suka akan sesuatu benda yang baru mereka ini akan cuba meneroka sendiri untuk mencari jawapan bagi sesuatu persoalan yang dikemukakan oleh guru tersebut. Selain itu juga, contohnya dalam subjek pendidikan seni visual, guru akan menunjukkan proses membuat anyaman melalui kaedah yang biasa sahaja tetapi murid-murid diberikan kebebasan untuk membentuk gaya ataupun warna 8

yang mereka sendiri suka. Dalam konteks ini murid tersebut akan menggunakan daya kreativiti yang ada pada mereka untuk menyediakan bentuk baru dari segi anyaman dan ini akan memperlihatkan seseorang murid tersebut berfikiran ke hadapan serta dapat meneroka gaya baru dalam anyaman mereka. Selain itu, dapat diperhatikan bahawa murid-murid diajar untuk mengaplikasikan logik dan menerangkan sesuatu dengan rasional dengan cara menggalakkan mereka ini meneroka sendiri pengetahuan yang sedia ada dalam menyelesaikan masalah yang diberi dengan mengikut langkah-langkah dan prosedur-prosedur yang tertentu dengan bimbingan dari guru. Dengan ini, jika kita lihat murid-murid dapat melibatkan diri sepenuhnya secara praktikal (handson) sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. 2.3 PERINGKAT PERANCANGAN Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Di sini jika kita lihat, berdasarkan Fisher peringkat perancangan yang dinyatakan oleh beliau ialah dengan menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti serta merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti yang dilaksanakan pada peringkat ini melalui dua cara iaitu perancangan secara verbal dan juga perancangan secara visual di mana perancangan secara verbal ini lebih kepada perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan yang seumpama dengannya manakala perancangan secara visual pula lebih kepada aktiviti yang berpandukan visual, graf, imej lukisan dan sebagainya. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran konsep seperti ini sememangnya digunakan bagi meningkatkan kefahaman murid di dalam sesuatu tajuk ataupun topik yang dipelajari. Jika kita lihat, di dalam bidang pendidikan sendiri konsep perancangan ini boleh dilihat lebih kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah 9

ditentukan. Dengan kata lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan lebih berkesan. Oleh itu, melalui peringkat ini perkembangan dan peningkatan intelek serta kemahiran berfikir dalam kalangan murid telah menjadi keutamaan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan mencapai objektif ini bergantung kepada pemilihan dan penggunaan perancangan yang sesuai. Contohnya dalam subjek Sains banyak digunakan perancangan secara verbal seperti pemerhatian. Di sini murid-murid diminta membuat pemerhatian terhadap benih kacang yang diletakkan berdekatan cahaya matahari dengan benih kacang yang diletakkan jauh dari cahaya matahari. Melalui kaedah pemerhatian murid-murid akan dapat berfikir secara kreatif dan kritis bagaimana keadaan benih kacang yang diletakkan berhampiran cahaya dengan benih kacang yang diletakkan jauh dari cahaya matahari. Bukan itu sahaja, di dalam subjek matematik untuk operasi tambah contohnya, kebanyakan murid-murid yang menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah matematik adalah disebabkan mereka mempunyai daya ingatan jangka pendek sahaja di mana mereka hanya dapat menguasai kemahiran yang dipelajari pada hari tersebut sahaja tetapi akan gagal mengingati pelajaran yang telah dipelajari oleh mereka sebelum ini. Oleh itu, penulis telah memilih untuk memberikan latihan dalam operasi tambah untuk murid-murid ini. Langkah seterusnya, penulis telah membina soalan ujian yang pendek bagi tajuk tambah untuk dijawab oleh beberapa orang murid dari kelas yang hujung. Melalui ujian tersebut, terbukti beberapa orang murid tidak menjawab langsung atau hanya menjawab beberapa soalan. Malahan bukan itu sahaja, murid-murid ini juga gagal menjawab dengan betul. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa soalan yang masih belum dapat dijawab dengan baik oleh murid ini. Jika dilihat dari segi pemerhatiannya, penulis dapati murid ini dapat membilang dengan betul semasa operasi menambah tetapi hanya sedikit kesilapan sahaja yang dilakukannya iaitu cara menulis apabila melibatkan mengumpul semula yang masih belum dikuasai oleh murid ini. 10

Berdasarkan daripada pengalaman penulis terhadap murid ini, bagi membetulkan serta memberikan kefahaman yang jelas terhadap segala kesilapan dan kekeliruan yang dialami oleh murid tersebut, penulis telah mencuba kaedah atau pendekatan pengajaran berbentuk konstruktivisme, yang mana murid tersebut dapat membina pengetahuannya sendiri melalui aktiviti atau segala pengalaman yang pernah dilaluinya. Jika kita lihat apa yang pasti murid ini hanya tertumpu atau berpusatkan dirinya sendiri dan guru hanya membantu bagi memudahkan pembelajarannya sahaja. Bukan itu sahaja, di dalam mata pelajaran matematik ini untuk operasi tambah penulis juga telah menggunakan pengalaman konkrit bagi mengukuhkan konsep mengumpul semula yang telah menjadi kecelaruan dalam diri beberapa orang murid. Selain itu, penulis juga telah menggunakan pengalaman secara semi konkrit dan selebihnya menerusi aktiviti secara abstrak. Penulis telah pun menggunakan aktiviti abstrak ini hanya apabila konsep mengumpul semula benar-benar difahami oleh muridnya. Apa yang pasti, melalui peringkat perancangan ini terutama dari segi perancangan secara verbal dan juga visual ianya banyak membantu murid memahami sesuatu subjek yang diajar. Malahan bukan itu sahaja, murid juga dapat mengeluarkan idea serta dapat membuat pemerhatian dengan baik bilamana mereka dapat merasai sendiri sesuatu perkara yang bersandarkan kepada pengalaman serta asas perbincangan yang sering dilakukan apabila menjawab sesuatu soalan. 2.4 PERINGKAT AKTIVITI Proses menjurus ke arah pemikiran kreatif perlu mengambil kira faktor keperluan murid itu sendiri. Terdapat pelbagai cadangan dan aktiviti yang boleh digunakan bagi merangsang pemikiran kreatif murid, namun guru perlu melihat faktor murid sebagai faktor utama kerana proses memupuk kreativiti memerlukan keinginan dan kerjasama murid. Sebarang aktiviti yang dijalankan perlu melihat kepada minat, keinginan dan semangat ingin tahu semula jadi 11

murid. Berikut adalah beberapa strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti. Di dalam peringkat aktiviti yang diketengahkan melalui pemikiran kreatif Fisher ini, kita boleh lihat bahawa guru akan membimbing kanak-kanak membuat perancangan sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti sebenar. Peringkat aktiviti dapat melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merancang segala aktiviti. Di mana jika kita lihat, guru membimbing kanakkanak melaksanakan aktiviti yang dirancang secara bersistematik dan juga terperinci. Perkembangan dan peningkatan intelek serta kemahiran berfikir dalam kalangan murid-murid merupakan keutamaan dalam setiap aktiviti yang direncanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, jika kita lihat di dalam proses perkembangan intelek dan kemahiran berfikir, murid sendiri memainkan peranan yang utama. Disebabkan inilah, guru harus memainkan peranan sebagai perancang dan pemudah cara untuk membimbing muridnya supaya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Apa yang pasti, setiap murid mempunyai kreativiti dalam diri mereka sendiri. Kreativiti boleh di ajar dan dibangunkan dalam diri setiap kanak-kanak itu melalui kepelbagaian aktiviti yang dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maka, guru boleh merancang pengajaran dan pembelajaran berasaskan kepada proses kreativiti. Malahan bukan itu sahaja, dengan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik ianya boleh menyokong perkembangan kreativiti murid dan dalam masa yang sama dapat membentuk personaliti individu kreatif. Contohnya di dalam subjek muzik berdasarkan teknik penggunaan kibod ataupun piano, murid yang dirangsang kreativiti mereka akan dapat menghasilkan ataupun mengubah lagu baru. Ianya boleh terhasil bilamana guru dapat membimbing murid menghasilkan dan mencipta idea muzikal melalui aktiviti penerokaan. 12

Bahkan bukan itu sahaja, di dalam subjek Sains misalnya melalui kemahiran saintifik dan inkuiri, murid dapat menjana idea mereka untuk menghasilkan ataupun mensintesiskan teori dan hipotesis. Selain itu, murid juga akan dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk membuat ramalan atau inferens. Berdasarkan daripada beberapa kemahiran dan teknik yang digunakan oleh guru ianya dapat membimbing serta melahirkan murid yang mampu mengeluarkan idea mereka secara kreatif. Malahan bukan itu sahaja, ianya dapat meningkatkan serta menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi untuk meningkatkan daya ciptaan mereka. Dengan adanya kepelbagaian aktiviti di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ianya dapat menjana idea baru dalam diri murid serta membantu menjadikan proses kanak-kanak tersebut lebih eksplisit. 2.5 PERINGKAT KAJIAN SEMULA Menurut Fisher, dalam peringkat kajian semula ini ianya adalah untuk menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi menggalakkan perkara tidak diingini daripada terjadi semula. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelaksanaan bagi menilai hasil keberkesanan sesuatu aktiviti yang telah dilaksanakan boleh dibuat dengan pelbagai cara yang menjurus ke arah tahap atau pun pengetahuan sedia ada seseorang murid. Bagi peringkat ini, murid dibiasakan untuk membina kemahiran pemikiran dan penaakulan yang diperlukan untuk menilai semula setiap maklumat dan menyelesaikan masalah yang diberikan dengan cara yang lebih baik. Hasilnya, murid mampu menganalisis hujah serta menjana setiap tafsiran yang menunjukkan pola kreatif yang meyakinkan. Bahkan bukan itu sahaja, sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kanak-kanak ini 13

juga akan dapat mengenal dan menilai sendiri tanggapan dan pandangan mereka sendiri serta orang lain. Di samping itu juga, bagi penulis sendiri mereka ini akan mudah memahami serta mengenal kepincangan logik, dan andaian-andaian yang tidak diingini dalam hujah yang dipersembahkan kepada mereka. Dengan ini, segala permasalahan boleh diatasi dengan melaksanakan penambahbaikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apa yang pasti, murid-murid perlu mempelajari kemahiran pemikiran kritikal melalui kombinasi metodologi arahan terus, menghafal dan teknik menyelesaikan masalah. Dengan ini, seseorang kanak-kanak itu perlu menjana idea-idea secara kreatif dan membuat analisa secara kritikal. Justeru itu, ianya akan dapat menjana pelbagai penyelesaian terbaik kepada sesuatu masalah ataupun konflik. Bahkan bukan itu sahaja, selepas proses pengajaran dan pembelajaran tamat, murid-murid perlulah diberikan waktu untuk membuat renungan ataupun refleksi dan mencatatnya di dalam buku harian mereka. Guru-guru perlu menggalakkan murid-murid untuk merenung kembali apa yang telah dipelajari dan difahami oleh mereka. Proses refleksi ini akan dapat membantu mereka mengenal pasti apa yang telah mereka peroleh dan apa yang masih kekurangan pada mereka. Ianya dapat membantu mereka untuk menilai kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada mereka sendiri supaya mereka boleh mendapatkan pertolongan yang khusus dari guru dan juga rakan sebaya. Bagi penulis sendiri, aktiviti-aktiviti lanjutan selepas proses pengajaran dan pembelajaran juga akan menggalakkan kanak-kanak ini mengukuhkan pembelajaran mereka. Contohnya, guru-guru boleh menyediakan kuiz bagi setiap topik sesuatu subjek bagi mengenal pasti tahap kanak-kanak ini. Malahan bukan itu sahaja, apabila setiap pendidik itu menilai setiap hasil pembelajaran kanakkanak ini sama ada secara lisan mahupun sebagai kerja rumah, mereka boleh memberikan kata-kata perangsang bagi menunjukkan kepuasan mereka terhadap tindak balas dan pencapaian matlamat pembelajaran kanak-kanak ini. Maklum balas ini akan dapat membina dan memotivasikan murid-murid untuk pelajaran seterusnya. 14

3.0 PENUTUP Sebagai seorang guru aktiviti sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung memerlukan satu susunan kerja yang sistematik. Di mana setiap apa jua tindakan yang dilaksanakan oleh guru terhadap anak muridnya sepanjang proses tersebut berlaku adalah untuk memahirkan anak muridnya mengeluarkan idea dengan lebih kritis dan juga kreatif. Bahkan bukan itu sahaja, jika kita lihat bilamana seseorang berfikir ia merupakan satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang timbul dengan menggunakan pelbagai cara, membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logik dan munasabah terhadap proses yang dialami ini. Selain itu, proses berfikir secara kreatif ini sangat diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai tujuan mencari makna sesuatu, menilai, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Secara keseluruhannya, di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini model kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif hendaklah diterjemahkan dan digunakan secara bijak bagi mewujudkan pemikiran kreatif dan dapat menyelesaikan masalah serta membuat keputusan dan memungkinkan penguasaan kemahiran belajar dengan lebih berkesan. 15 3130 patah perkataan

BIBLIOGRAFI Ainon & Abdullah. (1995).Kepintaran Daya Cipta dan Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan. Atan Long. (1986). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Iberahim Hassan (2000b). Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Berhubung Dengan Pendidikan Seni. (Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Mohd. Nashuha Jamidin, et al. (1997). Kemahiran Berfikir dan Belajar.Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Mohd. Sharani Ahmad. (2006). Psikologi Kanak-kanak. Selangor. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. http://www.slideshare.net/ashamville/buku-panduan-kreativiti http://www.slideshare.net/lichingching/edit-pjj-modul-kae3013-ekspresi-kreativiti-kanak-kanak 16