PENGURUSAN ICT Perancangan Pembangunan ICT Sekolah

dokumen-dokumen yang mirip
PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

MODUL 1.5: KEMAHIRAN MEMOTIVASI DAN MENGGERAKKAN WARGA SEKOLAH

ditulis oleh: Fadzliaton Zainudin, Sektor Perancangan & Penyelarasan Bestari

MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

GARIS PANDUAN PENGURUSAN/AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN DISIPLIN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2016

Kurikulum Kebangsaan

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

INSTRUMEN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 3.0

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

GARIS PANDUAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HYBRID DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

Program Transformasi Daerah

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 3 BAGI PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL (N44)

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

WWF-MALAYSIA SKIM USAHASAMA KONSERVASI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

STANDARD 1 KEPEMIMPINAN

3 JUN 2016 (JUMAAT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KUALA LUMPUR

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 5 BAGI ARKITEK LANDSKAP GRED J52

KEMUDAHAN CUTI REHAT TAHUNAN (CRT) PENSYARAH IPG

INSTRUMEN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN

PENGENALAN SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (SPPK) DALAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEMIKIRAN STRATEGIK. NPQEL Ambilan 2/2015 Kumpulan SMI 2. Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek, Nilai Jun 2015

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

Bab 7: Struktur Sistem

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

KEPEMIMPINAN DISTRIBUTIF AHMAD KHAIRI BIN PAIMIN SIPARTNER+ PEJABAT PENDIDIKAN PONTIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KENYATAAN AKHBAR. SWCorp SASAR 53 BUAH BANDAR BERSIH MENJELANG TAHUN 2017

Program Doktor Pendidikan Tinggi

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

ARAHAN: ( )

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

AWAS!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH Hakcipta Terpelihara

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

Satu hari nanti, semua kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

POLISI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF UNIMAS

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Transformasi Perpustakaan bagi Pelajar Antarabangsa di Malaysia. Seminar Kepustakawanan Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIMAS

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) INSTRUMEN SOAL SELIDIK GURU MENTOR

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTRUMEN PENILAIAN KOMPETENSI KUMPULAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) (JURULATIH)

Tutor: En Md Yusoff b Daud

Prinsip Pembangunan Komuniti

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

PENDIDIKAN KESIHATAN

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN LIMA

Transkripsi:

INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) PENGURUSAN ICT Perancangan Pembangunan ICT Sekolah 1

4.1 Perancangan Pembangunan ICT Sekolah Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan adalah bagi meningkatkan keberkesanan dan keefisienan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pengurusan dan pentadbiran (PdT) pendidikan. Terdapat dua dasar utama yang menjadi mandat perancangan pembangunan ICT sekolah. 4.1.1 Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan Malaysia Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan Malaysia dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, pada 12 Oktober 2010 di Putrajaya, Malaysia. Dasar ini mengambil kira secara menyeluruh matlamat dan dasar negara seperti Pelan Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan sebagainya. Dasar ini bertujuan meletakkan peranan penting ICT sebagai pengupaya utama dalam usaha pemupukan kreativiti dan inovasi, pemikiran kritis, dan keupayaan menyelesaikan masalah. ICT dalam pendidikan yang terangkum dalam dasar ini meliputi semua inisiatif ICT sedia ada yang telah diperluaskan, seperti SchoolNet, Maklmal Komputer, Pusat Akses, EduWebTV, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris serta semua inisiatif ICT pada masa depan supaya setiap inisiatif ICT dilaksanakan di bawah matlamat yang sama. Kenyataan Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan Malaysia Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan Malaysia merangkumi empat dasar, iaitu: i. Dasar pertama bagi ICT dalam pendidikan adalah berdasarkan kesedaran kerajaan bahawa pengetahuan merupakan asas yang perlu bagi pembangunan modal insan yang mampan. Justeru, Dasar ICT Dalam Pendidikan Malaysia menjelaskan peranan semua pihak dalam 2

ii. iii. iv. perkongsian baharu antara sektor awam, swasta dan komuniti untuk mendorong perubahan menyeluruh yang diperlukan bagi memperolehi pengetahuan dalam Era Baharu Maklumat dan Digital. Dasar kedua bagi ICT dalam pendidikan menumpukan pada penggunaan ICT sebagai pengupaya pendidikan melalui empat tonggak penyampaian modal insan, belanjawan, sumber pembelajaran digital dan infrastruktur. Dasar ketiga bagi ICT dalam pendidikan menumpukan pada penggunaan alat pengurusan tambah nilai dan konsep paling maju daripada amalan terbaik di dunia, seperti jumlah kos pemilikan, perkongsian awam-swasta, pendekatan kitar hayat dan pengurusan program berpusat. Dasar keempat bagi ICT dalam pendidikan menumpukan pada kumpulan pendidikan khas, termasuk remaja, orang asli, dan murid berkeperluan khas untuk memberi mereka peluang yang sama ketika Malaysia bergerak maju untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Objektif Dasar ICT Dalam Pendidikan Malaysia Objektif dasar ini adalah: i. Menjajarkan semua inisiatif ICT pada masa kini dan pada masa hadapan di bawah matlamat yang sama bagi mengintegrasikan ICT dalam pendidikan ii. Menyeragam dan meningkatkan pelaksanaan inisiatif ICT dalam pendidikan dengan mencakupi semua aspek penting pelaksanaan dan pasca pelaksanaannya ke dalam rangka kerja kawal selia iii. Mendapatkan komitmen yang tinggi dan penerimaan daripada pihak berkepentingan, termasuk pelaksana dasar dan juga rakyat Hasil Muktamad Dasar ICT Dalam Pendidikan Malaysia Hasil muktamad bagi Dasar ICT Dalam Pendidikan Malaysia dituju ke arah tindakan menyokong matlamat negara untuk meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti. Hasil yang ditujukan adalah: 3

i. Menghasilkan tenaga kerja mahir kelas pertama ii. Memberikan kesan pembelajaran yang diinginkan iii. Membudayakan ICT dalam pendidikan menerusi penganugerahan dan pengiktirafan iv. Membawa kemajuan dalam keusahawanan v. Membentuk pihak berkepentingan yang memiliki kemahiran abad ke-21 4.1.2 Anjakan Ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025) Terdapat sebelas anjakan yang telah dikemukakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Anjakan ketujuh memberi penekanan pada kepentingan ICT iaitu, Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Strategi Anjakan ketujuh PPPM Kementerian akan memastikan murid-murid tidak hanya belajar menggunakan ICT tetapi juga boleh memanfaatkannya secara berkesan untuk meningkatkan pembelajaran mereka. Maka, Kementerian akan melaksanakannya dengan mengukuhkan asas ICT sekolah sambil memperkenalkan penyelesaian ICT yang terbukti baik ke dalam sistem pendidikan. Langkah yang akan diambil termasuk: i. Menyediakan murid dengan kemahiran dan pengetahuan untuk belajar dengan berkesan dan hidup secara produktif dalam dunia global dan digital; ii. Melengkapkan kesemua 10,000 sekolah seluruh Negara dengan capaian Internet 4G* dan platform pembelajaran maya (virtual learning platform) yang boleh digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa menerusi program 1BestariNet; iii. Memberi latihan kepada semua guru untuk menerapkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menyokong pembelajaran murid; 4

iv. Meningkatkan nisbah peralatan ICT berbanding murid kepada 10:1. Nisbah ini mungkin boleh dikurangkan lagi bergantung kepada pentaksiran impak dan adanya dana; dan v. Merintis cara penyampaian pembelajaran dengan menggunakan inovasi ICT seperti pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri (self-paced) sebelum disebarkan ke seluruh negara *4G adalah singkatan bagi generasi keempat tanpa wayar, iaitu sejenis teknologi yang boleh digunakan dengan telefon bimbit, komputer tanpa wayar, dan peranti mudah alih yang lain. Teknologi ini memberikan akses yang lebih pantas kepada Internet berbanding dengan jaringan generasi ketiga (3G) sebelumnya, dan juga menawarkan pilihan baru kepada pengguna seperti kebolehan mengakses video definisi tinggi (HD), suara berkualiti tinggi, dan saluran tanpa wayar kadar data tinggi (high-data-rate) melalui peranti mudah alih. Standard biasa bagi 4G masih dalam proses penakrifan oleh International Telecommunications Union (ITU), pihak-pihak kerajaan, industri, dan pihak berkepentingan yang lain. Standard ini lebih tinggi daripada kelajuan muat turun pada masa kini iaitu 2 megabit sesaat (Mbps) (Sumber: KPM, 2013) Hasrat Pencapaian Anjakan ketujukh PPPM (2013 2025) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025) dirancang dilaksanakan dalam tiga fasa atau gelombang. KPM telah menetapkan matlamat yang disasarkan sebagai penunjuk pencapaian bagi sestiap gelombang, antaranya ialah seperti berikut: i. Menyediakan murid dengan kemahiran dan pengetahuan untuk belajar ii. iii. dengan berkesan dan hidup secara produktif dalam dunia global dan digital Melengkapkan kesemua 10,000 sekolah seluruh negara dengan capaian Internet 4G dan platform pembelajaran maya (virtual learning platform) yang boleh digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa Merintis cara penyampaian pembelajaran dengan menggunakan inovasi ICT seperti pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri (selfpaced) 5

iv. membina kandungan asli serta mengubahsuai kandungan sedia ada untuk menyokong pembelajaran murid dalam talian yang luas dan berkualiti (untuk rujukan dan ulang kaji) v. memberi latihan kepada semua guru untuk menerapkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menyokong pembelajaran murid vi. meningkatkan nisbah peralatan ICT berbanding murid kepada 10:1 vii. mewujudkan akses berkesan kos (cost-efficient access) kepada sumber pengajaran dan pembelajaran berkualiti tinggi bagi kumpulan berkeperluan khusus seperti sekolah luar bandar, sekolah kurang murid, dan murid pintar cerdas viii. memastikan semua guru dan pegawai Kementerian celik ICT ix. meningkatkan keterlibatan ibu bapa dan masyarakat dalam pendidikan melalui penyelesaian ICT 4.1.3 Kemahiran abad ke-21 Kemahiran abad ke-21 atau pembelajaran abad ke-21 merupakan satu pergerakan global dalam kalangan pendidik antarabangsa untuk menakrif semula matlamat pendidikan dan melaksanakan transformasi terhadap kaedah pembelajaran untuk melahirkan murid-murid yang dapat menyahut cabaran dan persaingan abad ke-21 dengan lebih cekap dan berkeyakinan. 6

Model Pembelajaran Abad Ke-21 Sumber: The Partnership for 21 st Century Skills.(2009). Rajah 1. Model Pembelajaran Abad Ke-21. Menurut model kerangka pembelajaran Partnership for 21st Century Skills, bahagian pelangi mewakili matlamat, piawaian dan hasil pembelajaran yang diingini, manakala bahagian di bawah pelangi menggambarkan sistem sokongan untuk membolehkan matlamat tersebut tercapai. i. Hasil pembelajaran (berwarna hijau) merangkumi bidang-bidang mata ii. pelajaran tradisional yang asas seperti bahasa, matematik, sains, pendidikan sosial dan sebagainya; serta tema abad ke-21. Tema abad ke-21 merupakan kesedaran dan literasi yang perlu digabungjalinkan dalam isi kandungan mata pelajaran tersebut di atas yang perlu dikuasai murid. Tema abad ke-21 yang berkenaan ialah: 7

a. Kesedaran Global - mempunyai sikap hormat menghormati dan kefahaman antara budaya. Kesedaran global ini membantu murid menangani isu-isu global dengan lebih berkesan. b. Literasi Keusahawanan - mengetahui bagaimana membuat pilihan ekonomi yang bersesuaian untuk peningkatan produktiviti. Literasi ini membantu perkembangan kerjaya murid. c. Literasi Sivik - menyedari hak dan kewajipan sebagai warganegara dan memahami implikasi keputusan yang dibuat secara individu di peringkat setempat, negara dan global. d. Literasi Kesihatan - mempunyai pengetahuan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat. e. Literasi Persekitaran - mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang pengaruh masyarakat ke atas alam sekitar serta berupaya membuat keputusan dan menjana cara penyelesaian. Set Kemahiran Pembelajaran Abad ke-21 Selain itu, pembelajaran akan dilengkapi dengan tiga set kemahiran penting yang akan diaplikasikan ke atas kandungan pengetahuan di atas. Tiga set kemahiran tersebut serta perinciannya adalah seperti di bawah: Kemahiran Hidup dan Kerjaya Keluwesan dan kebolehsuaian Berinisiatif dan terarah kendiri Kemahiran sosial dan antara budaya Produktiviti dan akauntabiliti Kepemimpinan dan bertanggungjawab Kemahiran Belajar dan Kemahiran Inovasi 4C Berfikir dengan kritis dan menyelesaikan masalah dengan kreatif Kreatif dan inovatif Kemahiran berkomunikasi Kemahiran berkolaborasi Kemahiran Digital Literasi maklumat Literasi media Literasi ICT 8

Aktiviti Peserta Bincang dan kenal pastikan ciri-ciri satu contoh PdP yang memupukkan kemahiran abad ke 21. 4.1.4 Piawaian Persatuan Antarabangsa bagi Teknologi dalam Pendidikan untuk Pentadbir (ISTE Standards A) ISTE Standards A adalah piawaian yang menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang perlu ada pada pemimpin sekolah untuk menyokong pembelajaran zaman digital dan melaksanakan pengintegrasian teknologi bagi transformasi landskap pendidikan. Piawaian ini juga boleh dirujuk sebagai satu kerangka (framework) untuk membantu pemimpin sekolah mengenal pasti perkara-perkara yang perlu diberi pertimbangan, yang telah terletak bawah lima bidang utama, iaitu: Kepemimpinan Berwawasan Budaya Pembelajaran Zaman Digital Kecemerlangan Amalan Profesional Peningkatan Sistematik Kewarganegaraan Digital Dengan kerangka ini, pemimpin sekolah membuat penandaarasan sejauh mana pelaksanaan strategi-strategi digital adalah mencukupi, menyeluruh dan berkesan. Piawaian ini juga menarik perhatian terhadap aspek-aspek yang masih memerlukan usaha yang gigih. Seperti tersenarai di atas, piawaian ini bukan sahaja memberi tekanan kepada aspek kepemimpinan teknologi tetapi juga terhadap bidang-bidang lain yang agak komprehensif untuk menghasilkan peningkatan sistemik organisasi. 9

Aktiviti Peserta Sila baca dokumen Piawaian Persatuan Antarabangsa bagi Teknologi dalam Pendidikan untuk Pentadbir (ISTE Standards A), kemudian kenal pasti sama ada terdapat sebarang program atau projek di sekolah anda yang telah dijalankan untuk menjayakan setiap perkara yang tersenarai di bawah lima bidang tersebut. 4.1.5 Ciri-ciri Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Berasaskan ICT Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Berasaskan ICT yang berkesan mempunyai ciri-ciri berikut: Hubungan jelas dengan amalan PdP i. Setiap LADAP yang dijalankan perlu ada hubungkait jelas dengan ii. pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran. Sesi LADAP yang berkesan perlu memberi peluang untuk guru mengalami bagaimana kemahiran ICT yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam amalan instruksional. Latihan Hands-on i. Guru perlu mengalami aktiviti hands-on ICT yang serupa dengan aktiviti ii. yang dialami murid-murid, iaitu guru wajib menguasai kemahiran handson yang diperlukan oleh murid. Dalam sesi latihan guru berpeluang melihat jurulatih berperanan sebagai guru dan mereka sebagai murid. Kolaborasi Sebaya i. Kolaborasi sebaya digalakkan iaitu perbincangan dan latihan ii. iii. berpasangan atau dalam kumpulan Menggalakkan perkongsian idea dan saling memberi maklum balas Pementoran dan coaching sebaya sebagai budaya pembelajaran professional 10

LADAP Satu Proses Berterusan i. LADAP untuk ICT selalu dilihat sebagai satu bengkel/kursus untuk mempelajari satu perisian atau perkakasan Satu anggapan yang salah!! ii. LADAP untuk ICT merupakan satu proses yang berterusan supaya guru selesa dengan penggunaan teknologi dalam PdP iii. Perbincang susulan secara face-to-face atau secara dalam talian amat kritikal Komitmen Resos i. Komitmen resos yang mencukupi ii. Jenis teknologi yang diperkenalkan mesti serupa dengan apa yang digunakan dalam kelas iii. Penyelenggaraan dan kenaikan taraf teknologi perlu diberi perhatian iv. Sokongan teknikal efisien, seperti meja bantuan yang berkesan Penilaian Keberkesanan i. Penilaian dilaksanakan untuk menentukan sama ada latihan memenuhi keperluan peserta dan program yang ditetapkan ii. Mengenal pasti peluang pembelajaran atau latihan baru yang diperlukan iii. Bentuk penilaian perlu dikenal pasti semasa perancangan LADAP 4.1.6 Aktiviti Peserta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025) merupakan satu usaha ke arah memastikan pendidikan berkualiti dapat diberikan kepada semua murid tanpa mengira tahap dan latar belakang. Antara sebelas anjakan yang telah dikenalpastikan untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara, anjakan ketujuh telah menggariskan kepentingan ICT dalam memperkukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah kerana potensinya untuk memacukan proses perolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran berfikir yang luas dalam kalangan murid. Bincangkan isu-isu yang dihadapi dalam membudayakan pengintegrasian ICT 11

dalam PdP dalam kelas dan bagaimana pemimpin sekolah yang berwawasan dapat mengatasi isu-isu tersebut secara innovatif dan kreatif. 4.1.7 Kesimpulan Selepas mengikuti modul ini, pemimpin sekolah akan dapat merancang pembangunan ICT sekolah selaras dengan dasar-dasar KPM dan memahami bagaimana ICT dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan pembelajaran abad ke- 21. Pemimpin sekolah juga berkemampuan menilai kendiri dalam aspek kepimpinan, pengetahuan, kemahiran dan kesediaan prasarana sekolah dan seterusnya merancang penambahbaikan untuk meningkatkan keberkesan pengintegrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pengurusan dan pentadbiran (PdT) di sekolah dengan berpandukan piawaian ISTE Standards-A. Memandangkan kejayaan PdP berasaskan penggunakan ICT amat bergantung kepada komitmen dan kompetensi guru yang tinggi, pemimpin harus sedar akan kepentingan perancangan LADAP yang berkesan dan pengurusan peruntukan resos yang cermat. Pemimpin sekolah harus sedar bahawa LADAP berasaskan ICT yang berkesan tidak boleh dijalankan dengan kaedah taklimat dan tunjuk cara sahaja. 12