MUKA SURAT : 1/7 JAWAPAN BERTULIS Disediakan oleh: Diluluskan oleh: Nama: DATIN Dr FOWZIA BT OSMAN Nama: DATO MISRAH BIN HJ. IBRAHIM Jawatan: KETUA PENOLONG PENGARAH Jawatan: PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 SALINAN TERKAWAL Dokumentasi ini ialah salinan digital dan tidak memerlukan tandatangan - Jawatankuasa Dokumentasi Induk
MUKA SURAT : 2/7 1.0 OBJEKTIF Prosedur ini bertujuan memastikan proses pemeriksaan kertas jawapan peperiksaan bertulis dijalankan secara tekal dan terkawal mengikut panduan moderasi. 2.0 SKOP Prosedur ini digunakan oleh Ketua Pemeriksa dan Pemeriksa dalam pemeriksaan kertas jawapan Kursus Diploma Perguruan Malaysia, Kursus Perguruan Lepas Ijazah dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. 3.0 DOKUMEN RUJUKAN 3.1 Manual Kualiti BPG-PPK-MK-01. 3.2 Perintah Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru 1999. 3.3 Manual Prosedur Proses Peperiksaan Pendidikan Guru. 3.4 Panduan Moderasi Pemeriksaan Kertas Jawapan Peperiksaan Julai 2003. 4.0 DEFINISI 4.1 Istilah 4.1.1 Ketua Pemeriksa merujuk pegawai yang menjadi ketua pemeriksa kertas jawapan. 4.1.2 Moderasi merujuk kepada penyelarasan pemeriksaan bagi sesuatu mata pelajaran. 4.1.3 Rekod prestasi calon merujuk kepada markah kerja kursus dan/atau peperiksaan semester sebelumnya.
MUKA SURAT : 3/7 4.2 Singkatan BKKP BPG JMK KJ KP PEN PMM SUBS TPIPG KPP PEN Borang Kerja Kursus dan Peperiksaan Bahagian Pendidikan Guru Jadual Markah dan Kedatangan Ketua Jabatan Ketua Pemeriksa Unit Peperiksaan dan Penilaian Peraturan Memberi Markah Subunit Bina Soalan Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Ketua Penolong Pengarah Peperiksaan dan Penilaian
MUKA SURAT : 4/7 5.0 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Tanggungjawab Tindakan Pemeriksaan Kertas Jawapan Peringkat IPG KPP PEN 1. Memaklumkan kepada pihak IPG melaksanakan pemeriksaan kertas jawapan pada IPG institut bagi mata pelajaran tertentu. 2. Menghantar PMM kepada pihak IPG. 3. Mendapatkan nama Ketua Pemeriksa dan Pemeriksa daripada KJ. Pengarah IPG / TPIPG 4. Melantik Ketua Pemeriksa dan Pemeriksa. 5. Menyerahkan kertas dan PMM kepada Ketua Pemeriksa untuk diperiksa mengikut jadual kerja yang ditetapkan. KP 6. Memilih dua kertas sampel (satu cemerlang dan satu sederhana). Pemilihan dibuat secara rawak berasaskan rekod prestasi calon dalam mata pelajaran berkenaan. Bagi kumpulan yang bilangannya kurang daripada 15 calon hanya perlu memilih satu kertas sampel sahaja. 7. Mengendalikan pemeriksaan kertas pada peringkat jabatan: 7.1 Menjalankan penyelarasan PMM dengan Pemeriksa. 7.2 Menyelaraskan pemeriksaan kertas sampel. 8. Menyelia, memantau dan menentukan kertas diperiksa mengikut PMM, prosedur pemeriksaan kertas dan tempoh yang ditentukan. KP/Pemeriksa 9. Memasukkan markah ke dalam JMK. KP 10. Menghantar JMK, laporan pemeriksa, kertas jawapan, kertas sampel, kertas soalan dan PMM kepada selepas pemeriksaan mengikut jadual kerja yang ditetapkan. 11. Menerima dan memastikan semua bahan yang tersebut dalam langkah 10 di atas adalah lengkap dan betul. 12. Menyimpan rekod untuk pemprosesan keputusan peperiksaan (BPG-PPK-PT-15).
MUKA SURAT : 5/7 Tanggungjawab Tindakan KPP Unit PEN Pemeriksaan Kertas Jawapan / Penyelarasan PMM Peringkat Pusat 13. Memastikan KS BS melaksanakan perkara-perkara seperti yang berikut : 13.1 Menyediakan jadual kerja pemeriksaan kertas jawapan / penyelarasan PMM. 13.2 Mendapatkan nama pensyarah yang mengajarkan mata pelajaran Opsyen (Major) dan Ilmu Pendidikan untuk tujuan pelantikan sebagai Ketua Pemeriksa / Pemeriksa pada peringkat pusat. (Borang LAM-PT13-01) 13.3 Mengurus pelantikan Ketua pemeriksa dan Pemeriksa. 13.4 Meminta beberapa IPG memilih kertas sampel dan membuat salinan secukupnya seperti yang dikehendaki. 13.5 Melaksanakan pemeriksaan kertas jawapan pada peringkat pusat. 14. Memilih kertas sampel seperti yang dikehendaki dalam surat perlantikan masing-masing. (Hanya IPG yang diarahkan sahaja yang perlu berbuat demikian). 15. Membuat salinan fotostat kertas sampel yang dipilih oleh Ketua Pemeriksa / Pemeriksa berdasarkan surat arahan BPG. Fotostat kertas sampel dimasukkan ke dalam sampul dan dilakri/kedap keselamatan. 16. Membawa kertas jawapan, JMK dan/atau salinan fotostat kertas sampel ke pusat pemeriksaan. 17. Menyerahkan sampul kertas jawapan, JMK dan salinan fotostat kertas sampel kepada Pegawai BS. Ketua SUBS/ Pegawai SUBS 18. Menyelaraskan pemeriksaan secara berpusat. 19. Mengendalikan sesi penyelarasan PMM dan pemeriksaan kertas sampel.
MUKA SURAT : 6/7 Tanggungjawab Tindakan Pemeriksaan Kertas Jawapan berpusat sepenuhnya 20. Mengendalikan sesi pemeriksaan kertas jawapan berdasarkan hasil penyelarasan tersebut. 21. Menyelia pemeriksaan kertas mengikut PMM dan panduan pemeriksaan kertas dalam tempoh yang ditetapkan. KP/Pemeriksa 22. Memasukkan markah ke dalam borang JMK selepas pemeriksaan kertas. 23. Membawa kertas jawapan dan JMK pulang ke IPG dan menyerahkan kepada. Pertukaran Kertas Jawapan Antara IPG ( Pemeriksaan di IPG ) Ketua SUBS/ Pegawai SUBS 24. Mengurus pertukaran kertas antara IPG. 25. Mengedarkan Jadual Kerja Pemeriksaan Kertas Jawapan kepada ketua-ketua pemeriksa. 26. Membawa pulang kertas dan mengendalikan Pemeriksaan Kertas Jawapan Peringkat IPG berpandukan Jadual Kerja Pemeriksaan Kertas Jawapan yang diberikan. 27. Memasukkan markah ke dalam borang JMK selepas pemeriksaan kertas. 28. Mengurus pemindahan markah ke dalam BKKP dan BIKP untuk pemerosesan keputusan peperiksaan (BPG-PPK-PT- 15). 29. Menyimpan kertas jawapan dalam bilik kebal.
MUKA SURAT : 7/7 6.0 REKOD KUALITI Bil Nama Rekod Lokasi Tempoh Disimpan Lampiran 1. Kertas Soalan Bilik Kebal 6 bulan - 2. Surat Arahan Bilik KUP 5 tahun - 3. Surat Lantikan Bilik KUP 5 tahun - 5. PMM Bilik Kebal 5 tahun - 6. Kertas Jawapan Bilik Kebal 6 bulan* - 7. JMK Bilik kebal 5 tahun - *selepas tarikh pengumuman keputusan peperiksaan berkenaan.