HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME)

dokumen-dokumen yang mirip
HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

HHHC9401: NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME (SET 45)

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. Set5 Sem 1 ( 2015/2016) DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK ANUAR BIN PUTIH DISEDIAKAN OLEH :

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. HHHC9401 Set 5 Sesi /2014 : NURUL AMIRA BINTI MOHAMAD SALLEH

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME HHHC9401. Set 5 Sesi /2014 : KETUA PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK

LMCK1621 ETIKA DAN PROFESIONAL SET 8

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SET3 SEMESTER TAJUK: LAPORAN AKHIR

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Visi. Menjadi pusat rujukan dan peneraju pembangunan modal insan koperasi yang unggul. Misi

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

CHIA CHONG YANG A143398

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESSIONAL TAJUK: LAPORAN PROGRAM SEGENGGAM BUDI, SEGUNUNG HARAPAN (INSTITUTE-HEARS, UKM)

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN HHHC9501 KEM REMAJA WAWASAN (KREW) TARIKH: SEPTEMBER 2014 TEMPAT:

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A NAMA PROGRAM KELAS TAMBAHAN SUBJEK KRITIKAL TAHUN 1 FTSM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Borang Kontrak Pembelajaran Aktiviti Kursus LMCK2922 & HHHC9701/HHHC9801

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

KURSUS PENGURUSAN KAUNTER YANG EFEKTIF. 21 Mac 2018 Bilik Seminar Tongkat Ali Emas, IBS NOORIZAI MOHAMAD NOOR/ PUSAT JAMINAN KUALITI UPM

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

ARAHAN: ( )

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

Kontrak Pembelajaran Kokurikulum. Kod Kursus. Aktiviti/Projek. Biodata Pelajar. gambar

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

ETIKA DAN PROFESIONALISME

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA PENSYARAH: DR MD. NOR BIN ABDULLAH NAMA PELAJAR: FATIMAH BINTI HUSSIN

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Amalan Berkualiti (Individu)

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTRUMEN PENILAIAN KOMPETENSI KUMPULAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) (JURULATIH)

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

Sustainable Education 54

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Transkripsi:

HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME) MAKLUMAT PELAJAR: NAMA PELAJAR WONG SHI YI NO. MATRIK A146845 TAHUN PENGAJIAN 2 FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANAMUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN PENGKHUSUSAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA NAMA PROGRAM PERKHEMAHAN INTEGRASI PELAJAR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR JAWATAN EXCO PROJEK NAMA PENSYARAH Dr. HARLINA BT. MOHAMED ON NO. SET SET 5 ( SEMESTER 2 2014/2015)

PENGENALAN Tujuan kursus HHHC 9401: NILAI, SIKAP, ETIKA & PROFESIONALISME antaranya adalah untuk menerapkan nilai dan sikap yang positif, etika dan profesionalisme di kalangan pelajar. Ianya merangkumi kebolehan pelajar untuk mengintegrasikan kesan ekonomi, alam sekitar dan sosio-budaya dalam amalan professionalisme. Melalui kursus ini juga, pelajar boleh menilai tahap kecekapan, akauntabiliti dan tanggungjawab yang sesuai dengan etika kerjaya nanti. Manakala antara hasil pembelajaran (hp) yang disasarkan ialah, diharapkan pelajar berkebolehan melaksanakan tugasan secara berintegriti, amanah dan membuat keputusan secara bijaksana berdasarkan etika dan profesionalisme, lebih menghayati nilai, sikap dan etika sebagai seorang professional, dan lebih bersikap profesional dalam membuat penilaian tentang perkara yang melibatkan individu lain dan persekitaran DEFINISI Definisi bagi nilai dan sikap ialah kepercayaan dan pegangan yang mempengaruhi sifat perilaku atau tingkah laku seseorang. Definisi bagi etika pula boleh ditakrifkan sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu dan ditetapkan oleh peradaban manusia. Profesionalisme pula bermaksud tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional atau sesuatu pekerjaan yang memerlukan pengetahuan, ilmu pengetahuan dan keterampilan. Secara keseluruhan, kemahiran nilai, etika dan profesionalisme kebolehan untuk mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan professional dan interaksi sosial. Apa nilai, sikap, etika dan profesionalisme bagi saya untuk menerapkan itu tersebut ke dalam kehidupan harian saya dalam sepanjang program ini dijalankan? Contohnya sifat amanah iaitu saya perlulah patuh kepada arahan yang diberi dan semua urusan yang dipertanggungjawabkan hendaklah ditunaikan serta dilaksanakan sebaik mungkin. Saya juga haruslah bersifat bertanggungjawab yang mana memikul dan melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna selain dedikasi dan tekun dalam mengerjakan sesuatu tugas, sabar serta mempunyai minat yang mendalam dan tidak sekadar "melepaskan batuk di tangga". Malah, saya perlulah lebih patuh dan mengamalkan secara berterusan segala arahan terutama etika

dalam bidang professional. Ianya dapat mengelakkan saya daripada melakukan kesilapan semasa menjalankan tugasan dan saya yakin sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang. Sifat jujur atau benar yang saya praktikkan juga dapat membentuk hubungan yang sihat di antara saya sesama rakan sekumpulan di samping sikap initiatif yang mana saya memulakan sesuatu usaha atau tugasan sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya serta yang paling penting adalah pengurusan masa yang cekap dapat membantu saya dan rakan-rakan meringankan beban tugas masing-masing di samping memudahkan segala urusan kerja.

REFLEKSI Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor merupakan salah satu program anjuran Urusetia Bahasa Mandarin, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam, dari 01 Mei 2015 hingga 03 Mei 2015 di SJK(C) Kampung Baru Semenyih, Selangor. Kami menjalankan program ini agar boleh meningkatkan penglibatan mahasiswa/i UKM dalam perkhidmatan sosial dan meningkatkan perasaan prihatin para mahasiswa/i terhadap pembangunan sosial dan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat pada masa terkini. Sebagai contohnya, melalui program ini, nama UKM akan diketahui oleh orang ramai kerana program ini dijalankan dengan lancar dan mendapat balasan yang baik daripada pihak ibu bapa dan pihak sekolah. Selain itu, ahli jawatankuasa dan exco program ini dapat mempelajari nilai-nilai yang amat berguna dalam kehidupan harian seperti bertanggungjawab, amanah, kreatif dan juga dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam merancang dan melancarkan sesuatu program. Secara keseluruhannya, program ini dapat meningkatkan kebolehan ahli-ahli dalam melancarkan program. Hal ini boleh menjamin kualiti mahasiswa/i UKM terjamin dan secara langsungnya meningkatkan lagi imej UKM. Misi bagi program ini ialah memupuk interaksi positif antara pelajar sekolah rendah dengan Warga UKM melalui aktiviti yang membentuk mahasiswa dan mahasiswi yang berkepimpinan dan peka terhadap isu-isu masyarakat selari dengan matlamat UKM sebagai Kampus Lestari. Tema program ini ialah From me to we, together we spread the love. Kami membantu pihak sekolah SJK(C) Kampung Baru Semenyih untuk mengajar anak-anak murid tentang pemupukan sifat dan moral yang baik dalam kehidupan harian. Kami memberi kasih sayang dan prihatin kepada anak-anak muda serta juga memberi kesedaran kepada para pelajar sekolah rendah tentang kepentingan menuntut ilmu pada masa kini, tetapi juga tidak boleh lupa untuk membina jati diri selain daripada berpretasi tinggi dalam bidang akademik. Kami berharap agar seluruh bumi ini dipenuhi dengan perasaan kasih sayang dan prihatin. Dalam program ini, saya merupakan exco projek dan juga pengacara aktiviti. Saya dan exco lain bermula merancangkan aktiviti kami dari awalnya. Kami merancang beberapa aktiviti untuk pelajar sekolah rendah dalam tiga hari dua malam ini. Hal ini demikian kerana kami ingin

memberi motivasi dan juga menerapkan nilai murni yang sepatutnya kepada pelajar sekolah rendah. Aktiviti-aktiviti yang kami fikir seperti Ice-Breaking, Pertandingan Talent Show, Station Games, Senamrobik, Ceramah & Perbincangan, Sukantara dan Camp Fire. Kami mengutamakan keselamatan aktiviti-aktiviti yang disediakan bagi anak-anak murid semasa aktivit-aktiviti tersebut betul-betul dilaksanakan pada tiga hari itu. Saya juga bertanggungjawab untuk bantu membuat booklet untuk semua ahli jawatankuasa dan juga peserta sekolah rendah. Saya telah menghadiri beberapa perjumpaan dengan exco dan ahli jawatankuasa yang lain. Kami telah menunjukkan kesungguhan dan ketekalan dalam setiap aktiviti dan sesi yang dijalankan. Semasa perbincangan dijalankan, kami semua memberi pendapat dan idea secara beretika dan profesional dalam setiap mesyuarat perbincangan untuk menghasilkan tugasan yang sempurna. Sebagai contoh, kami semua telah menyumbangkan idea masing-masing mengenai acara-acara aktiviti dengan teliti. Elemen amanah sangat ditekankan pada setiap mesyuarat di mana semua ahli jawatankuasa diminta mematuhi arahan dari exco dan majlis tertinggi selain semua urusan yang dipertanggungjawab kepada kami dilaksanakan dengan baik. Kami sering cuba untuk mengemukakan pendapat serta teguran dengan pernah berhemah. Kami juga mengamalkan sikap terbuka dalam menerima teguran dan nasihat. Saya bersama rakan sepasukan saya sentiasa mendengar teguran dari senior kami dan dinasihati agar memerhatikan semua butiran sebelum aktiviti tertentu dijalankan. Kami juga sentiasa memastikan bahawa perbincangan kami berfokus dan tidak menyeleweng kepada perkara tidak berkaitan sebagai etika mesyuarat kami. Kami sepasukan berikhlas niat, memilih tempat dan masa yang sesuai yang mana waktu lewat petang tidak sesuai kerana ahli majoritinya sudah kepenatan, menepati masa dan mengehadkan keahlian mesyuarat kepada ahli yang perlu sahaja.

Kami juga mempunyai latihan untuk memastikan program yang kami sediakan tidak mempunyai sebarang kesilapan dan permainan-permainan yang kami sediakan juga tidak membahayakan. Saya bersama rakan sepasukan saya bekerjasama dan membuat latihan untuk memastikan semua acara aktiviti dan permainan boleh dijalankan dengan lancar nanti. Dalam latihan itu, kami telah menjumpai banyak masalah tetapi kami berusaha untuk mengatasi semua masalah tersebut. Jika menghadapi sebarang kesilapan atau sesuatu yang tidak mencapai tahap yang kami ingin sampaikan kepada pelajar sekolah rendah, kami segera membetulkan dan mengubahsuaikannya. Selain itu, kami juga belajar menyanyi dan menari lagu perkhemahan untuk mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah pada waktu perkhemahan. Semua ahli jawatankuasa belajar dengan bersungguh-sungguh untuk melancarkan program yang akan dilaksanakan nanti. Kami mengamalkan sikap terbuka dan saling bekerjasama sepanjang latihan.

Pada 01 Mei 2015, saya, exco lain dan ahli-ahli jawatankuasa telah bertolak ke SJK(C) Kampung Baru Semenyih, Selangor pada pukul 7.00 pagi. Kami berpakaian sopan dan tidak melanggari etika UKM. Kami tidak dibenarkan memakai baju tanpa lengan, seluar pendek dan flip flop supaya memberi imej dan etika UKM yang baik kepada pihak sekolah dan ibu bapa. Setelah sampai di sekolah, kami bersarapan dan lalu menghiasi dewan sekolah. Kami juga menyediakan meja dan kerusi untuk pendaftaran peserta. Pada pukul 10.00 pagi, bermulalah pendaftaran peserta. Selepas siap pendaftaran, semua aktiviti yang kami rancangkan dijalankan dengan lancar. Apabila tiba-tiba menghadapi masalah yang di luar jangkaan, kami akan terus berbincang bersama-sama untuk mencari penyelesaian. Sikap dan tindakan kami boleh mempengaruhi pelajar sekolah rendah untuk melihat dan mencontohi sedangkan kami sebagai teladan mereka. Kami memahami bahawa sikap boleh mempengaruhi cara pelajar melihat dan bertindak terhadap pelajar atau orang lain, objek atau peristiwa-peristiwa yang dihadapi oleh mereka.

Saya sebagai pengacara sepanjang aktiviti ini perlu memahami aturacara program seluruhnya terlebih dahulu. Semasa saya mengacara aktiviti, saya perlu membataskan perkaraperkara yang dibolehkan dan sentiasa menggalakkan sifat bersederhana. Saya perlu bersedia diri sebelum mengacara setiap aktiviti dan bertanya segera kepada ketua pengarah apabila berlaku pertukaran perancangan awal. Tugas saya ialah memastikan aturacara program dijalankan secara lancar dan mengikut masa yang ditetapkan. Saya membiasakan diri sendiri dengan prosedur dan tentatif program dan berupaya bertindak secara spontan di samping beretika sekiranya berlaku sebarang perubahan tentatif. Saya perlulah sentiasa bersedia dengan perubahan tentatif supaya tidak tergopoh-gopoh. Saya harus berfikir kreatif apabila berkata atau berbual dengan pelajar-pelajar sekolah rendah. Memandangkan pemikiran anak-anak murid sekolah rendah tulen dan mudah, kami tidak boleh menggunakan cara percakapan orang dewasa semasa bercakap dengan mereka. Saya berbual dengan anak-anak murid dalam keadaan seronok. Saya juga bertanggungjawab untuk mengingati mereka supaya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan perkhemahan dan memastikan keselamatan diri dalam pelaksanaan tugas aktiviti masing-masing. Saya perlulah mempunyai sikap berdikari berdasarkan keyakinan dan kemampuan sendiri serta bersikap terbuka dalam menilai dan menghargai pendapat orang lain. Kami cermat dalam memilih yang terbaik bagi anak-anak murid dan perkembangan mereka. Pada hari pertama datang ke sekolah ini, saya baru mendapati banyak anak-anak murid berasal daripada kelurga ibu atau bapa tunggal. Mereka memerlukan banyak lagi kasih sayang dan prihatin daripada masyarakat ini. Kita perlu mempunyai kesabaran untuk mendengar apa yang hendak disampaikan oleh mereka. Melalui program ini, saya dapati boleh menyentuh hati mereka. Apabila anak-anak melihat mata anda, itulah akan memberitahu anda banyak cerita mereka, kami boleh berkomunikasi dengan hati mereka, mereka memang enggan melepaskan anda atau tidak enggan biarkan anda meninggalkan. Kadang-kadang anak itu semakin nakal, akhirnaya apabila melihat mata anda, anak tersebut akan memancarkan perasaannya lagi jelas. Bagi anak-anak murid, di dalam mata mereka mempunyai cerita mereka sendiri yang ingin disampaikan. Perasaan itu sukar untuk digambarkan. Apabila kita dewasa, kita akan dapati hubungan rohani antara manusia akan menjadi semakin jarang berlaku dan hanya apabila kembali kepada zaman kanak-kanak, barulah anda boleh merasai perasaan itu. Mungkin hanya

beberapa hari selepas pendedahan ini, tetapi itulah telah menulis ke dalam dan menjadi kenangan yang mendalam. Pada 02 Mei 2015, semua ahli jawatankuasa bangun pada pukul 5.30pagi untuk memastikan sekali lagi aktiviti yang akan dijalankan pada sepanjang hari untuk mengelakkan sebarang kesilapan dan kemalangan. Kami telah membuat ceramah tentang ajar mereka menghargai apa-apa sahaja yang dimiliki oleh mereka. Kami bersyukur dan berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang mengajar dan membantu kami. Kami juga mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah untuk membuat kad Hari Guru kepada guru-guru yang dikasihi oleh mereka sempena Hari Guru akan datang pada 16 Mei supaya mereka sentiasa menghargai jasa guru mereka. Selepas itu bermulalah Station Games, saya berperanan sebagai Master permainan dalam permainan Group PK yang dijalankan. Semua pelajar bekerjasama untuk mendapat markah yang tinggi dalam permainan tersebut. Kami mengajar anak-anak murid bertolak ansur antara satu sama dengan yang lain, kegagalan rakan sepasukan untuk memenangi pertandingan tidak kisah, jangan berasa kecil hati terhadap orang tersebut atau orang lain kerana "Persahabatan pertama, kedua persaingan". Semasa Camp Fire, kami berinteraksi dengan anak-anak murid dan bertanya mereka tentang perasaan mereka pada dua hari tersebut yang telah dilalui. Kami mengingati mereka supaya mengubah sikap yang tidak baik seperti tidak hormat dan enggan bantu rakan kumpulan lain. Sikap semula jadi anak-anak kecil adalah tulen dan enggan pergi berbuat salah atau jahat. Semasa mereka meminta maaf terhadap fasilitator mereka, mereka telah menangis dan bertaubat. Ketika ini, dalam hati saya telah bersuara dan bertanyakan "Sebagai orang dewasa, sama ada kita telah berbuat sedemikian atau tidak?

Pada 03 Mei 2015, tibalah hari ketiga perkhemahan dan hari ini merupakan hari terakhir bagi perkhemahan kami. Aktiviti kami bersurai pada pukul 12.00 petang selepas menyampaikan hadiah kepada peserta yang menang dan cenderamata kepada Presiden PIBG SJK(C) Kampung Baru Semenyih, Selangor. Kami juga mengambil gambar bersama-sama sebagai kenangan.

Selepas memastikan semua anak murid balik rumah masing-masing, kami bekerjasama untuk membersihkan SJK(C) Sin Ming, Semenyih, Selangor. Kami telah bergotong-royong membersihkan dewan, tandas, kantin, bilik darjah dan juga gelanggang bola keranjang serta padang. Kami bersikap menjaga kebersihan alam sekitar. Akhirnya, kami bertolak balik ke UKM dengan menaiki kereta. Melalui program ini, kita sebagai mahasiswa/i perlu menjadi model yang baik kepada para pelajar sekolah rendah dalam aktiviti-aktiviti berkumpulan. Selepas kita telah menamatkam pengajian di universiti, kita perlu menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui kepakaran dalam sesuatu bidang dan ilmu pengetahuan yang diperolehi tidak kira daripada buku teks atau penyertaan aktiviti-aktiviti sosial. Saya merasakan dengan menyertai program ini merupakan medium bagi pelajar seperti saya mempamerkan kebolehan melaksanakan tugasan secara berintegriti, amanah dan membuat keputusan secara bijaksana berdasarkan etika dan profesionalisme. Selain itu, ianya menjadikan saya lebih menghayati nilai, sikap dan etika sebagai seorang professional terutama apabila bekerjasama dengan orang lain. Malah, menjadikan saya lebih bersikap profesional dalam membuat penilaian tentang perkara yang melibatkan individu lain dan persekitaran. Sedangkan saya mengajar anak-anak murid, di samping juga saya telah mempelajari sesuatu prinsip atau sikap hidup melalui program ini. Saya bersyukur lagi selepas menyertai program ini.

Saya juga melampirkan tentatif program ini: