Penggunaan PetaK dalam Memperkasakan Imbuhan Pelajar. Abstrak

dokumen-dokumen yang mirip
Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

Pengajaran Kata Nama dengan Menggunakan Konsep MBBT. Abstrak

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

CHIA CHONG YANG A143398

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

PAKEJ IMBUHAN: MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN PELAJAR

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PAMERAN SEMINAR BAHASA MELAYU 2013

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

Taklimat untuk Guru BM

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. PAUL, TANJONG TUALANG, PERAK MINIT MESYUARAT POST-MORTEM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

Bahasa Malaysia (910)

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 7 KESIMPULAN. dibincangkan, iaitu data korpus, dapatan kajian dan kajian hadapan.

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Sustainable Education 54

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Transkripsi:

38 Penggunaan PetaK dalam Memperkasakan Imbuhan Pelajar Hasnah Hassan hasnah_hassan@moe.edu.sg Sekolah Menengah First Toa Payoh Noreen Mahmood Noreen@acsbr.org Sekolah Anglo-Chinese (Barker Road) Abstrak Penguasaan imbuhan yang lemah dalam kalangan pelajar sekolah menengah menjadi keprihatinan guru-guru. Kelemahan ini secara tidak langsung menjejas kelakonan mereka dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan. Permasalahan ini amat ketara di dua buah sekolah menengah. Kajian bilik darjah ini bertujuan untuk memperlengkap pelajar dengan teknik-teknik yang boleh digunakan pelajar untuk memilih penggunaan imbuhan yang tepat. Untuk mencapai tujuan ini, kajian pengajaran telah dipilih sebagai wahana memperbaik kelakonan pelajar dalam penggunaan imbuhan di samping mengumpul datadata kuantitatif. Teknik Piramid PetaK atau Piramid Petanda Kontekstual telah digunakan dalam kajian ini untuk membantu pelajar-pelajar dalam kajian ini. Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar Menengah 3 Sekolah Menengah First Toa Payoh dan Sekolah Anglo-Chinese (Barker Road). Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian dalam kalangan pelajar yang menjadi subjek kajian. Kata Kunci: Petanda Kontekstual - PetaK, Kajian Pengajaran, imbuhan, kajian bilik darjah 421 Seminar Bahasa Melayu 2016

Pengenalan Pelajar yang mempelajari Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah didapati belum mampu menguasai penggunaan imbuhan yang tepat. Kelemahan ini menjadi ketara dalam latihan dan juga ujian bahasa Melayu. Kelemahan ini juga turut terserlah dalam penilaian pelajar di peringkat sekolah mahupun di peringkat nasional. Berdasarkan dapatan awal, beberapa faktor yang menjadi penghambat penguasaan imbuhan ini telah dikenal pasti. Antaranya, kurangnya minat membaca dalam kalangan pelajar. Faktor ini juga menjadi cabaran kepada murid semasa mentafsir kosa kata dan memahami ayat dalam teks bacaan mereka. Satu bentuk teknik mentafsir kosa kata sukar telah dibentuk untuk membantu para pelajar Bahasa Melayu mentafsir apa jua kosa kata yang dijumpai dalam semua bentuk wacana bertulis. Berdasarkan saranan yang telah disarankan oleh Dan Kurland, Mohammed Rhalmi dan Allen J. (2000), sebuah teknik yang berdasarkan Petanda Kontekstual (PetaK). PetaK boleh dicirikan dalam 3 bentuk yakni Imbuhan, Makna Kata, kata di sekitar Kosa Kata Sukar itu dan Sebab dan Akibat atau ringkasnya IMSak. Ketiga-tiga ciri PetaK ini boleh dicari secara berperingkat dalam Piramid PetaK. Kajian ini melibatkan para pelajar Menengah 3 Ekspres. Penggabungjalinan teknik PetaK dengan kaedah pengajaran yang interaktif dan menarik dilakukan demi memudahkan para pelajar mengerti konsep PetaK dan dapat membantu dalam pembacaan mereka. Teknik ini juga bertujuan untuk membantu dalam Kertas 2 peperiksaan Bahasa Melayu, komponen Imbuhan. TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk: 1. memperlengkapkan para pelajar dengan teknik-teknik yang boleh digunakan bagi memastikan pelajar mampu memilih imbuhan yang paling tepat berdasarkan fungsi imbuhan dan konteks ayat; 2. membantu para pelajar untuk mempelajari imbuhan dengan lebih menarik dan bermakna; dan 3. membantu pelajar menjawab soalan imbuhan dengan lebih yakin. 422 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

PERNYATAAN MASALAH Pelajar masih menghadapi masalah untuk memilih imbuhan yang paling tepat berdasarkan petikan teks walaupun sudah diperkenalkan dan didedahkan dengan pelbagai bentuk imbuhan. Perkara ini menjadi satu keprihatinan apabila pelajar tidak mampu mencapai markah 100% lulus kerana kegagalan untuk menjawab soalan komponen Imbuhan. Secara tidak langsung, ini akan menjejas keseluruhan markah seseorang pelajar itu. Tambahan pula, sekiranya mereka asyik menggunakan imbuhan yang tidak tepat, ini menjejas kelancaran isi dan makna sesuatu perbualan atau informasi itu. Ini tentu akan menjejas tahap keyakinan seseorang pelajar semasa mengaplikasikan penggunaan bahasa Melayunya. Pelajar juga tidak didedahkan dengan konsep yang jelas dan berdasarkan fungsi imbuhan yang ingin digunakan. KAJIAN LEPAS Nor Hashimah Jalaluddin (2010), dalam artikelnya Peluasan Makna Imbuhan Ber-: Analisis Semantik Kognitif menjelaskan bahawa makna imbuhan berdihuraikan dengan makna melakukan sesuatu ke atas diri sendiri, refleksif, perbuatan bersalingan, dan miliki. Analisis ini dilakukan dengan merujuk kepada 5 juta data korpus UKM-DBP - akhbar (Utusan Malaysia, Berita Harian, Harakah), majalah dan buku, makna imbuhan ber- dicungkil secara mendalam. Perluasan makna dalam proses imbuhan berlaku secara sistematik. Proses sistematik ini mempunyai dua domain iaitu domain teras dan domain pinggiran. Perbezaan domain-domain ini yang menyebabkan wujudnya peluasan makna terhadap imbuhan ber-. Mekanisme kognitif seperti skema imej perbuatan (pergerakan, refleksif, bersalingan, dan penghasilan), skema imej milikan, skema imej pasif, skema imej psikologi, dan skema imej kumpulan yang dapat digunakan untuk teknik menjawab komponen Imbuhan dengan lebih berkesan. Teknik ini diasaskan kepada konsep golongan kata. Kartini Abdul Wahab (2013), dalam artikel beliau Tinjauan Pembentukan Struktur Pasif Di- Berdasarkan Tiga Pendekatan Tatabahasa Generatif berpendapat, terdapat tiga pendekatan dalam pembentukan struktur pasif di-. Pertama, permutasi iaitu operasi yang melibatkan pertukaran tempat antara subjek dan objek. Kedua, substitusi, yakni melibatkan penggantian 423 Seminar Bahasa Melayu 2016

morfem men- kepada morfem di-. Ketiga pula penyisipan kata preposisi oleh. Dalam pendekatan pula, struktur pasif di- terbit dalam satu struktur dalaman yang sedia pasif. Para pengkaji mendapati struktur ayat pasif ini boleh digunakan untuk menerangkan konsep men-...-kan. Wong Shia Ho (2011), dalam artikelnya Ragam Ayat Dalam Refleksi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Guru Pelatih PISMP Ambilan Januari 2009 telah mengkaji kesilapan yang dilakukan dalam penulisan ragam ayat. Kajian ini melibatkan bahan penulisan 19 orang guru pelatih. Sebanyak 95 buah skrip penulisan refleksi responden dianalisis kandungannya. Kajian Ragam ayat yang dikaji ialah ayat aktif transitif dan frasa kerja pasif dengan kata ganti diri pertama, kedua dan ketiga. Hasil Kajian mendapati bahawa sebahagian besar daripada mereka telah melakukan kesilapan ketika menulis ragam ayat ini terutamanya ayat aktif transitif dan ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Kesalahan yang paling banyak dilakukan ialah kesilapan binaan ayat aktif transitif, kedua ialah kesilapan frasa kerja pasif dengan kata ganti nama diri ketiga yang kebanyakannya mengikut gaya penulisan frasa kerja pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua. Kesilapan guru pelatih ini telah dibetulkan dengan ulasan yang diberikan. Cadangan turut dikemukakan oleh pengkaji untuk meningkatkan pemahaman guru pelatih tentang penulisan ragam ayat yang betul. Dapatan tentang kesilapan semasa menulis ini akan digunakan sebagai rujukan kepada guru pengkaji dalam merangka Kajian Pengajaran ini. Wan Mohd Hanafi Bin Wan Mustaffa dan Rakiyah Binti Ali (2014), menulis dalam artikel Meningkatkan Penguasaan Penulisan Ayat Pasif Pelaku Diri Pertama dan Ketiga Melalui Kaedah LATUS Bagi Murid Tahun 5 Iman bahawa Kaedah LATUS yang dilaksanakan bermaksud kaedah yang dilakukan secara berulang-ulang sehingga prestasi murid dapat ditingkatkan. Kaedah LATUS telah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam ayat pasif diri pertama dan ketiga. Membuat latihan yang sama secara berulangulang merupakan rangsangan yang digunakan setiap kali murid membuat latih tubi. Melalui rangsangan ini, murid-murid secara tidak langsung dapat belajar mengenai ayat pasif pelaku diri pertama dan ketiga melalui latihan yang dilakukan secara berulang-ulang kali sehingga menjadi kebiasaan. 424 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

KAEDAH KAJIAN Bagi melaksanakan kajian ini, Kajian Pengajaran telah dipilih sebagai wahana kajian yang utama. Dua buah sekolah iaitu Sekolah Anglo-Chinese (Barker Road) dan Sekolah Menengah First Toa Payoh akan melaksanakan kajian ini bersama. Subjek Kajian Memandangkan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah ini amat sedikit, kajian ini akan melibatkan seramai 10 orang pelajar Menengah 3 Ekspres Sekolah Anglo-Chinese (Barker Road) dan 4 orang pelajar menengah tiga ekspres Sekolah Menengah First Toa Payoh. Instrumen Kajian Kajian ini akan dilaksanakan secara bertahap-tahap yang melalui proses tujuh tahap. Bermula dengan menetapkan matlamat, setelah itu perancangan yang melibatkan pembinaan rancangan pengajaran kajian dan pelaksanaan sistem sokongan. Setelah itu rancangan pengajaran kajian yang dibina bersama akan dilaksanakan. Pelaksanaan ini akan dilakukan dengan pemantauan yang akan dilakukan anggota kumpulan yang mempunyai peranan yang berbeza-beza. Setelah pengajaran dilakukan, anggota kumpulan yang berperanan sebagai pemantau akan memberikan ulasan berdasarkan peranan masing-masing. Setelah itu rancangan pengajaran kajian akan diperbaik dan proses pengajaran dan pemantauan akan dilaksanakan sekali lagi. PetaK atau clues dalam bahasa Inggerisnya, boleh dikesan oleh setiap pembaca dalam semua wacana bertulis. PetaK inilah yang boleh membantu para pembaca untuk mengagak imbuhan sesuatu kosa kata yang sukar itu. Petanda kontekstual tersebut boleh dikenal pasti melalui 2 tahap yakni dimulai dengan Kata, dan Ayat. Kesemuanya boleh dirangkumkan dalam sebuah rajah yang dipanggil (Piramid PetaK). 425 Seminar Bahasa Melayu 2016

Rajah 1 - Piramid PetaK Setelah menetapkan teknik yang menjadi sandaran kajian pengajaran, para pengkaji telah menyiapkan satu Rancangan Pengajaran Kajian (RPK) yang asas. RPK tersebut telah diubahsuai oleh kedua-dua sekolah berdasarkan profil pelajar kedua-dua sekolah. Pemantauan merupakan ciri utama dalam proses Kajian Pengajaran. Tindak balas para pelajar terhadap pengajaran akan menjadi fokus utama untuk memastikan keberkesanan teknik yang diajar itu. Berdasarkan pemantauan kitaran pertama kajian ini, rakaman video telah dibuat di samping pemantauan oleh anggota pasukan Kajian Pengajaran. Hal ini membolehkan guru-guru yang bukan dari sekolah yang sama memantau secara maya. Semasa pemantauan dibuat, anggota pasukan Kajian Pengajaran telah mencatatkan tindak balas para pelajar terhadap pengajaran tersebut. Setelah pemantauan, para guru telah sama-sama duduk berbincang dan mengulas serta memberikan pandangan mengenai pemantauan kitaran pertama mereka melalui khidmat e-mel, google.doc dan whatsapp. Anggota pasukan telah berkongsi dapatan pemantauan dengan tujuan untuk memperbaik rancangan pengajaran bagi kitaran seterusnya. Anggota pasukan mendapati bahawa perisian getkahoot.com yang digunakan tidak memberi peluang kepada para pelajar setiap sekolah untuk menjawab dengan tenang. Justeru bagi Rancangan Pengajaran Kajian 2, setiap anggota pasukan bersetuju untuk menggunakan ICT sebagai wahana penyampaian latihan pengukuhan. Setelah pemantauan dibuat, anggota pasukan telah berbincang 426 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

sekali lagi untuk mengulas sambutan para pelajar dalam kitaran kedua. Kali ini, respons para pelajar lebih memberangsangkan. Mereka kelihatan bersemangat dan mudah mengikuti pengajaran. Setiap latihan yang diberikan dapat diselesaikan dengan baik dan pantas. Mereka faham akan kehendak soalan. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengumpulan data secara kuantitatif telah dilaksanakan di dua buah sekolah yang terlibat. Berdasarkan dapatan kajian Sekolah Anglo-Chinese (Barker Road) dan Sekolah Menengah First Toa Payoh, para pelajar masih tidak mampu mencapai kelulusan 100% bagi komponen imbuhan dan penguasaan imbuhan pelajar. Untuk meneruskan pemantauan, satu ujian secara topikal telah dijalankan. Ujian ini dikhususkan untuk menilai penguasaan imbuhan pelajar. Setelah menjalankan analisis kesalahan ujian diagnostik, kami dapati bahawa imbuhan yang telah ditapis untuk dibuat kajian ialah ber- -kan; akhiran i, men- -kan dan ber- -an. Maka Rancangan Pengajaran 1 (RP1) dijalankan. Dalam aktiviti online, ramai pelajar tidak dapat menjawab soalan mengenai ber- -kan. Aktiviti utama ini untuk menilai sejauh mana pengetahuan para pelajar tentang pola ayat, fungsi imbuhan yang akan dikaji, dan struktur ayat. Kami masih menggunakan teknik PetaK yakni menyerlah dengan menggunakan susunan piramid Kata bermaksud golongan kata dan diikuti dengan Ayat bermaksud ragam ayat. Menganalisis kata dengan meneliti susunan kata dalam ayat untuk memastikan golongan kata itu. Kemudian meneliti ayat untuk membezakan imbuhan yang akan dipilih. Setelah pengkaji saring iaitu hanya imbuhan ber- -kan yang memerlukan pengajaran seterusnya, Rancangan Pengajaran 2 (RP2) dijalankan. Ternyata dengan berfokus kepada hanya satu imbuhan, para pelajar dapat menjawab soalan mengenai ber- -kan dengan lebih baik peratusan kelulusannya dibandingkan daripada Rancangan Pengajaran 1. Sila teliti dapat carta di bawah ini: KESIMPULAN Dengan menggunakan teknik PetaK iaitu Kata dan Ayat, para pelajar lebih 427 Seminar Bahasa Melayu 2016

mudah dan yakin dalam menjawab soalan komponen imbuhan. Dengan sokongan ciri-ciri Piramid Petak dan fungsi imbuhan, tumpuan pelajar lebih terjurus dalam mengesan PetaK. Teknik-teknik yang dikemukakan dalam pengajaran telah mempertingkat prestasi para pelajar. Alat bantu mengajar seperti perisian online getkahoot.com dan padlet.com pula telah berjaya menarik minat pelajar untuk menghayati konsep PetaK dengan lebih berkesan dan menjawab soalan dengan lebih yakin. Kesimpulannya, dapatan kajian ini telah menepati objektif kajian. Sebagai susulan kajian, para pengkaji berharap mereka dapat meneruskan kajian dengan lain imbuhan agar para pelajar dapat menggarap konsep imbuhan dengan lebih baik dan bermakna. Nota: Guru-guru lain yang terlibat dalam kajian ini 1. Muhammad Firdaus Rahmat 2. Nurul Ariqafitri Jumari 3. Norhashikin Salim RUJUKAN Kartini Abdul Wahab (2013). Tinjauan Pembentukan Struktur Pasif Di- Berdasarkan Tiga Pendekatan Tatabahasa Generatif. Dipetik pada 21 Feb 2015. Nor Hashimah Jalaluddin dan rakan-rakan (2010). Peluasan Makna Imbuhan Ber-: Analisis Semantik Kognitif. Dipetik pada 14 Jan 2015. Nor Hashimah Jalaluddin (2009). Penelitian Makna Imbuhan Pen- Dalam Bahasa Melayu: Satu Kajian Rangka Rujuk Silang. Dipetik pada 21 Feb 2015. Wan Mohd Hanafi Bin Wan Mustaffa dan Rakiyah Binti Ali (2014). Meningkatkan Penguasaan Penulisan Ayat Pasif Pelaku Diri Pertama dan Ketiga Melalui Kaedah LATUS Bagi Murid Tahun 5 Iman. Dipetik pada 21 Feb 2015. Wong Shia Ho (2011). Ragam Ayat Dalam Refleksi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Guru Pelatih PISMP Ambilan Januari 2009. Dipetik pada 21 Feb 2015. 428 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi