Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

dokumen-dokumen yang mirip
BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

BACALAH SAYANG. Oleh. Hilary Awan Sekolah Kebangsaan Tebakang, Serian, Sarawak. Abstrak

BATU PERMATA YANG PERLU DIGILAP. Oleh. Jimmy Achaw Sekolah Kebangsaan Parun Suan, Serian, Sarawak. Abstrak

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

SONANGBAH TU! Oleh. Jindu anak Lundu, Sekolah Kebangsaan Koran, Serian, Sarawak. Abstrak

KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN. Oleh. Cathy John ABSTRAK

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

KAEDAH EKLEKTIK DAN ORAL-AURAL DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 3 MENGUASAI SUKU KATA KV DAN KVKV. Oleh. Liza Rozy Anak Ulok ABSTRAK

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

KAJIAN TINDAKAN 2011

NOMBOR OH NOMBOR... Oleh. Christina Agang Sekolah Kebangsaan Tema, Serian, Sarawak. Abstrak

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

La-:c:ar: Li.+.j. ett iiecal.-.;c. Abstrak. Cik Zainab binti Hasan {Guru Besar} SK Jalan Bellamy, Kuala Lumpur

HHHC9401: NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) MODUL PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

2.0 PENYATAAN MASALAH

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

Unit 5 Pendekatan Tematik

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

SK (2) TAMAN KERAMAT

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.8 TAHUN 1982 Peraturan-Peraturan Bilik Rekod Di Jabatan Ukur Negeri

Hasil temu bual dengan murid ini akan digunakan untuk menjawab soalan kajian yang empat dan lima. 2. Bolah nyatakan sebab anda ke sekolah?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

INSTRUMEN PEMANTAUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TARIKH PEMANTAUAN HARI / MASA 1...

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN : 3

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Pengurusan Bilik Darjah

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

Transkripsi:

MEMBENTUK ABJAD/ HURUF Oleh Dulhadi bin Ismail Sek. Keb. Selepong, 95000 Sri Aman Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya mendapati seorang murid saya belum dapat mengikuti pembelajaran terutamanya ketika aktiviti bertulis walaupun sudah tiga (3) bulan menghadiri kelas saya. Kajian ini dibuat bertujuan membantu murid ini menguasai sekurang-kurangnya kemahiran pra tulis. Satu program bimbingan telah saya rancang bagi murid ini untuk membantunya. Malangnya murid ini tidak menunjukkan sebarang perubahan. Bila saya mendekati murid ini dan melakukan aktiviti yang saya rancang, murid ini enggan membuat kerja dan duduk dalam keadaan diam, terpingga-pingga, memandang kawan-kawan dengan pensel dijarinya. Namun, akhirnya beliau dapat mewarnakan gambar pada lembaran kerja yang diberikan. LATAR BELAKANG KAJIAN Siapa saya Saya adalah seorang guru lepasan Maktab Perguruan yang mana telah mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selama perkhidmatan sebagai Guru di Sekolah rendah, saya tidak pernah mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 dan tidak berpengalaman langsung. Saya cuma ada beberapa teori, tetapi miskin sekali dari segi pengalaman praktis. Tahun 2005 merupakan tahun yang amat mencabar dan amat memberi tamparan hebat dalam kerjaya saya sebagai seorang Guru. Saya diberi tugas dan tanggung jawab untuk mengajar Bahasa Melayu Tahun 1. Saya juga ada bersuara semasa mesyuarat akademik diadakan tetapi tak berjaya atas alasan kekurangan guru yang opsyen Bahasa Melayu. Saya menerima tugas baru ini sebagai peluang keemasan bagi menguji segala pengetahuan teori dan pengalaman saya. Saya menyakinkan diri bahawa saya sememangnya berupaya menghadapi cabaran ini. Saya menaikkan semangat saya untuk mengajar mata pelajaran ini dan bertekad belajar tentang proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) Bahasa Melayu untuk murid Tahun 1. Sk Selepong, Sri Aman SK Selepong, Sri Aman ialah sebuah sekolah kawasan luar bandar yang berdekatan dengan jalan besar kira-kira 28 km dari Bandar Sri Aman. Sekolah ini mempunyai enam buah kelas, iaitu Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan jumlah murid seramai 150 orang. Sekolah ini mempunyai 15 orang tenaga pengajar, seorang guru pra dan 6 orang kakitangan sokongan. Kehadiran saya di dini telah memberi tanggung jawab baru bagi saya setelah diberi tugas mengajar Tahun 1 Bahasa Melayu. Dengan komitmen dan sokongan rakan sepejuangan, saya bersetuju untuk memikul tanggungjawab ini walaupun kebolehan saya amat cetek sekali dalam p&p Bahasa Melayu Tahun Satu (1). Kelas Tahun 1 Kelas Tahun 1 SK Selepong terdiri daripada 21 orang murid; 16 orang murid lelaki dan 5 orang murid. Kebanyakan murid ini datang dari keluarga petani. Lebih 90% daripada murid ini beragama Kristian dan berbangsa Iban. DILEMA SAYA Pada minggu pertama, saya begitu takut sekali apabila saya masuk ke kelas ini. Murid-murid agak nakal kerana jumlah murid lelaki melebihi murid perempuan. Saya berkenalan dengan anak murid saya seorang demi seorang. Ada di antara murid tidak mahu bercakap. Hari kedua pelajaran dimulakan dengan pembacaan huruf abjad A hingga Z. Saya mula bimbang bila ada murid tidak mahu menyebut huruf. Saya mencatat dalam Buku Penyelidikan saya. Saya tidak 155

mahu mengaku kalah. Salah seorang dari murid saya tidak menunjukkan sebarang respons. Minggu pertama berakhir, muncul minggu kedua. KEPRIHATINAN SAYA Kajian ini bermula ketika saya berdepan dengan seorang murid saya yang bernama Rayneyson. Semasa saya bergerak sari satu meja ke satu meja dan memerhatikan murid-murid yang sedang melakarkan huruf abjad pada buku kerja, ada yang duduk diam sahaja, ada yang mendampingi ibu mereka dan ada pula yang mengigit pensel mereka. Saya mendekati murid ini. Rupa-rupanya Rayneyson belum dapat memegang pensel dengan betul. Saya cuba membantunya cara memegang pensel dengan cara yang betul. Dalam masa 2 hari, Rayneyson boleh memegang pensel dengan betul. Namun begitu, Rayneyson belum juga dapat menulis abjad A hingga Z dengan betul, malah pada ruang buku penuh dengan garisan panjang yang bengkang-bengkok. FOKUS KAJIAN SAYA Sehingga akhir Februari, Rayneyson belum dapat menulis sebarang bentuk huruf. Menjelang Mac, barulah kelihatan bentuk A, O, N pada hasil kerjanya. Murid-murid lain telah dapat menulis hampir keseluruhan huruf / abjad, malah ada yang telah tahu menulis nama sendiri dan sebagainya. Dengan demikian, saya merancang suatu tindakan yang dapat membantunya menguasai kemahiran menulis. Saya perlu mengimbas kembali amalan p&p sebelum ini untuk mengenal pasti kelemahan saya. Saya perlu mengenal Rayneyson dengan lebih dekat lagi bagi membolehkan saya mengenal pasti keistimewaaan Rayneyson untuk membantu saya merancang tindakan yang bersesuaian dengan peringkat kebolehannya. TINDAKAN AWAL Rayneyson berumur 6 tahun, anak tunggal tanpa adik dan kakak serta merupakan seorang murid yang jarang bersuara. Bila disoal, dia hanya menganggukkan kepalanya. Semasa aktiviti kelas diadakan, Reyneyson hanya duduk dibangkunya. Dia selalu memandang rakan-rakannya membuat kerja. Dia selalu datang awal ke sekolah, dihantar oleh emaknya. Rayneyson tidak berbapa kerana ibunya sudah bercerai. Rayneyson budak yang baik dan tidak selekeh. Bila tamat sesi p&p, buku kerja Rayneyson selalu kosong tanpa tulisan. Cuma penselnya sahaja yang selalu dipegangnya. Begitulah keadaan Rayneyson setiap kali aktiviti dijalankan. Sepanjang tempoh dari bulan Januari hingga Mac, kehadiran Rayneyson kurang memuaskan seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1. Jadual 1: Kehadiran Rayneyson dari Januari hingga Mac 2005 Bulan Perkara Januari Februari Mac Bilangan hari tidak hadir 4 5 4 Bilangan hari hadir 13 11 18 Bilangan hari persekolahan 17 16 22 Purata kehadiran ini menyebabkan Rayneyson ketinggalan berbanding dengan rakan-rakannya. Dia selalu dipuji terlebih dahulu sebelum aktiviti dijalankan. Namanya selalu dipanggil kerana selalu tidak memberi tumpuan semasa proses p&p. Dia cuma asyik memerhati rakannya yang semakin petah bertutur. Murid-murid lain sudah pandai membaca perkataan dan gambar serta dapat menjawab soalan lisan guru walaupun mereka masih menggunakan bahasa ibunda mereka (Bahasa Iban). Semasa aktiviti kumpulan, Rayneyson turut serta dalam kumpulannya, tetapi mulutnya terkumat-kamit bila kumpulannya membaca perkataan. Pernah saya meminta Rayneyson tampil ke hadapan untuk mengucapkan Selamat Pagi Cikgu tetapi sebaliknya Rayneyson cuma tersenyum sambil tersengihsengih memegang bajunya. Huruf/ abjad cuma A hingga D sahaja yang dapat disebutnya. Bila 156

diminta menulis, huruf di papan tulis ditulis dengan kapur. Dia hanya menggaris-garis sahaja kapur tersebut. Sehingga tamat sesi individu, tiada kesan tulisan yang Rayneyson hasilkan sendiri. OBJEKTIF KAJIAN Saya merancang suatu tindakan yang dapat membantu saya: 1) Mengenal pasti amalan p&p bagi membantu Rayneyson mengatasi masalah kemahiran tulisan, dan 2) meningkatkan minat dan keyakinan dalam diri Rayneyson untuk menulis dan membaca. PERANCANGAN TINDAKAN Bagi mencapai objektif kajian saya ini, saya telah merancang satu program bimbingan individu secara intensif. Saya memperuntukkan masa 15 minit setiap hari untuk tempoh selama 4 minggu bersama Rayneyson. Ianya adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada Rayneyson agar mendapat perhatian daripada saya sebelum dapat berdikari seperti murid-murid yang lain. Program ini dijalankan di dalam bilik darjah iaitu ketika murid-murid saya menjalankan aktiviti individu. Saya akan mendekati Rayneyson di mejanya. PELAKSANAAN TINDAKAN DAN DAPATAN KAJIAN Mulanya, saya mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid saya. Kemudian, saya membiarkan mereka menyiapkan tugasan masing-masing. Saya juga membiarkan Rayneyson dengan lembaran kerja yang diedarkan. Rayneyson masih berdiam diri sambil memegang penselnya. Saya membantu Rayneyson menulis dan melukis. Saya memulakannya dengan satu benda dan tangannya dipegang untuk meniru gambar benda tersebut. Keadaan ini berterusan selama beberapa hari. Bila diminta melukis benda tersebut, Rayneyson terus meletakkan pensel dimejanya dan terus diam. Saya cuba memimpin tangannya untuk melakukan kerja-kerja menulis dan melukis benda tersebut. Saya cuma memerhati Rayneyson dari jauh sambil memberi kata puji dan semangat kepadanya. Pada 10 Mac 2005, saya cuba bertindak memeriksa buku kerja Rayneyson. Semuanya kosong. Ini menimbulkan perasaan marah saya. Pada 12 Mac 2005, semasa murid menjalankan aktiviti-aktiviti individu, saya dapati Rayneyson membuat aktiviti lain. Saya mendekatinya. Rayneyson kelihatan melakar sesuatu pada buku kerjanya sambil mulutnya buka tutup. Saya cuma memerhati gerak laku Rayneyson. Saya bertanya kepadanya, Rayneyson buat apatu? Rayneyson tersenyum sinis sambil menyorok buku kerjanya. Saya cuba mendekati Rayneyson. Rupa-rupanya, Rayneyson cuba melakar sesuatu di bukunya. Rakan-rakannya asyik melakarkan gambar rumah. Saya mempamerkan gambar rumah yang berwarna untuk murid saya. Sebelum mereka melakar dan mewarnakannya, tiba-tiba Rayneyson bersuara pada kawannya dengan mengatakan Umah Nyak sambil tersenyum. Terus saya jawab, Ya, ini rumah Rayneyson. Warnakan gambar rumah ini Rayneyson. Terus Rayneyson mengambil penselnya dan mewarna gambar tersebut. Setelah selesai mewarna,rayneyson terus menghantar kerjanya. Rayneyson tersenyum lalu berkata pada kawannya dalam bahasa ibunda iaitu, Anna, ku dah tembuk! Saya melihat kerja Rayneyson seperti berikut: 157

Saya dapati gambar yang diwarnakan agak bersih. Sebelum ini, hasil kerja Rayneyson dipenuhi dengan banyak kesan warna berselerak di lembaran kerjanya. Kini, Rayneyson mengisi dengan mewarnakan keseluruhan ruang rumah tersebut. Ekoran peristiwa tersebut, saya pun merancang satu p&p yang mana aktiviti kerja mengandungi gambar rumah. Hari berikutnya, aktiviti yang sama dijalankan bersama murid. Rayneyson hanya duduk memerhatikan rakan-rakannya membuat kerja. Saya telah berikan Rayneyson gambar bentuk rumah yang telah dicetak terlebih dahulu. Rayneyson mengambilnya dan terus ke tempat duduknya dan mewarnakan gambar tersebut. Setelah selesai kerjanya, ternyata Rayneyson dapat mewarna rumah tersebut dengan lebih kemas dari yang terdahulu dan menggunakan dengan tiga (3) jenis warna untuk mewarna iaitu warna merah, kuning dan biru. Tanggal 14 April 2005, saya menyediakan gambar rumah lagi. Semasa di kelas, saya terus mendapatkan Rayneyson bagi memberi tugasan baru tersebut. Saya juga membiarkan Rayneyson membuatnya sendirian. Semasa sesi pengajaran saya dengan murid-murid yang lain, saya sekali sekala memerhatikan gerak geri Rayneyson. Rayneyson ligat mewarnakan lembaran tersebut. Bila selesai, Rayneyson menyerahkan lembaran tersebut dan terus duduk bersama rakan-rakannya. Saya dapati ruang-ruang pada bahagian rumah tersebut diwarnakan dengan warna biru, merah, kuning dan hijau. Sejak itu, Rayneyson terus menggunakan dua atau lebih warna dalam gambar yang diwarnakan pada lembaran kerjanya. Sejak itu, Rayneyson terus menggunakan dua atau lebih warna di dalam gambar yang diwarnakan pada lembaran kerjanya. Dia dapat mewarnakan gambar tertentu mengikut warna yang berbeza mengikut jenisnya. Rayneyson telah dapat mewarnakan keseluruhan ruang pada gambar-gambar yang diberikan. Kini, objek gambar rumah telah membantu saya membimbing Rayneyson bagi mengukuhkan penjelasan kemahiran koordinasi mata dan tangan sebelum mula menulis. Rayneyson sudah mula dapat mengawal koordinasi pergerakan mata dan tangannya dengan betul. Rayneyson semakin gigih memberi tumpuan kepada proses p&p. Rayneyson juga telah dapat menyesuaikan diri ketika memegang alat tulis. Bila diberi lembaran kerja, Ray tidak lagi melengahkan masanya, meskipun masih dibimbing saya. Bila selesai lembaran kerja sahaja, dia terus menghantar kerjanya. REFLEKSI Bimbingan secara individu yang saya lakukan bersama Rayneyson ternyata belum membuahkan hasil sepenuhnya untuk membantu Rayneyson. Segala program bimbingan yang dirancang berdasarkan tema-tema pembelajaran tidak dapat diikuti oleh Rayneyson. Rayneyson cuma dapat menjalankan aktiviti setelah dibantu sepenuhnya oleh saya. Gambar rumah telah membina nafas baru dalam usaha saya membantunya yang mana Rayneyson berjaya mewarnakan gambar rumah dengan kemas dan diikuti dengan berbagai jenis warna. Kesimpulannya, Rayneyson begitu masih jauh ketinggalan berbanding dengan rakan-rakannya yang telah dapat mewarna dan menulis abjad dengan betul. Guru harus peka akan minat murid bagi memberansangkan minatnya untuk mahu mencuba dan terus melakukan sesuatu. Masalah selalu ponteng dan masalah persekitaran pula harus diambil kira dan merancang sesuatu program. Dalam menangani masalah murid seperti Rayneyson, guru tidak perlu terikat dengan kandungan kurikulum atau tema pembelajaran. Sebaliknya harus sensitif dengan unsur-unsur yang murid minat pada sesuatu perkara tersebut. Gambar seperti bangunan rumah lebih popular di kalangan kanak-kanak. Menggunakan minat yang ada pada peringkat umur ini boleh memupuk semangat mencuba sesuatu secara gigih dengan sendirinya. BIBLIOGRAFI Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan pelaksanaan kursus penyelidikan tindakan maktab perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 158

Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan, Jilid 2, No 1, 68-85. Jeffery anak Menggu. (2003). Aya Du. Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003, 8-9 Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman, 133-147. 159