SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)
|
|
|
- Vera Tanudjaja
- 9 tahun lalu
- Tontonan:
Transkripsi
1 KESAN TENIK PENIRUAN TERHADAP PENCAPAIAN MURID DALAM MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU Ahmad Fuad Mohamad Amin, Ma'arof Redzuan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan teknik peniruan dalam penulisan karangan murid. Seramai 20 orang murid dari kelas Tahun 3 dipilih sebagai sampel kajian. Data kajian dikumpul dengan menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Reka bentuk kajian Eksperimental Ujian Pra dan Ujian Pos diguna pakai untuk mengenal pasti perbezaan markah ujian setelah melaksanakan teknik peniruan. Pemerhatian semasa proses peniruan dijalankan sebagai langkah sokongan daripada data eksperimental. Keputusan Ujian Pra juga menunjukkan bahawa hanya 56.25% sahaja murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis karangan dengan betul. Dua sesi pengajaran dan pembelajaran (30 minit setiap sesi dalam seminggu) dilaksanakan bagi melaksanakan teknik peniruan. Dalam tempoh tersebut, murid-murid belajar menulis karangan dengan meniru beberapa contoh karangan dalam mini modul yang telah disediakan dan guru sebagai pembimbing. Teknik peniruan ini dijalankan sekurang-kurangnya lima bulan. Ujian Pos dilakukan terhadap sampel kajian yang sama setelah rawatan dilakukan. Data daripada ujian pos dikumpul, dianalisis dan dibuat perbandingan dengan data daripada ujian pra melalui analisis deskriptif. Hasil keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan yang positif sebanyak 14.75%. Kajian yang memakan masa hampir 6 bulan ini telah membuktikan bahawa murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis karangan dengan teknik yang betul setelah mengaplikasikan teknik peniruan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Kata kunci : teknik peniruan, penulisan karangan Pengenalan Dalam mana-mana peperiksaan penulisan Bahasa Melayu sama ada Ujian Setara atau UPPM, aspek yang dinilai ialah menulis karangan. Soalan karangan berada dalam bahagian B, selain membina ayat dalam bahagian A dan menulis nilai-nilai murni dalam bahagian C. Bagi murid-murid tahun 3, mereka didedahkan dengan menulis karangan berpandu berdasarkan gambar dan perkataan-perkataan atau frasa yang diberikan. Tambahan lagi, mereka dikehendaki menulis karangan tidak kurang daripada 50 atau 60 patah perkataan bergantung pada soalan yang diberikan. Markah yang diperuntukkan untuk bahagian karangan ini biasanya 20 markah atau 30 markah. Sepanjang pengkaji mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk murid-murid Tahun Tiga Ibnu Abbas, didapati mereka masih belum menguasai aspek menulis karangan setelah diberi pendedahan secara umum selama tiga bulan pertama. Pada UPPM 1 yang dijalankan pada bulan 3, sekurang-kurangnya 5 orang murid daripada 20 orang yang boleh menulis karangan dengan memuaskan. Selebihnya, mereka masih belum menguasai. Ada yang tidak menulis langsung, ada yang tidak lengkap iaitu tidak mencukupi dari segi jumlah patah perkataan, tidak mengikut susunan perkataan atau frasa yang diberikan dan ada yang songsang iaitu lari dari tajuk soalan. Keadaan ini membimbangkan kerana jika hal ini berterusan maka markah yang mereka peroleh tidak memuaskan. Setelah pengkaji menyemak karangan yang telah ditulis oleh murid-murid di dalam bukubuku kerja termasuk buku rampaian dan buku aktiviti, didapati terdapat beberapa aspek yang menjadi punca masalah ini timbul. Antaranya ialah masalah ejaan seperti penggunaan huruf besar dan kecil, masalah tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal dan sebagainya, serta masalah menghuraikan ayat-ayat agar lebih kreatif dan gramatis. Masalah menghuraikan ayat ini memerlukan kemahiran yang sangat tinggi iaitu murid-murid perlu kreatif dalam menyusun ayat demi ayat agar karangan yang ditulis dapat menarik minat pemeriksa untuk membaca (Juriah 2010). Selain itu, masalah keyakinan murid perlu diambil kira dalam proses menulis karangan Bahasa Melayu ini. Jika murid kurang berkeyakinan dalam menulis karangan, didapati mereka akan menulis dalam keadaan sambil lewa, tulisan kurang kemas, dan yang paling membimbangkan ialah jumlah patah perkataan tidak cukup sepertimana kehendak soalan atau ditinggalkan kosong. 540
2 Menyedari hal ini, pengkaji sebagai guru yang mengajar dalam mata pelajaran ini telah mengambil tindakan sebagai usaha untuk membantu mengatasi masalah murid dalam menulis karangan. Tindakan yang pengkaji lakukan ialah dengan menyediakan sebuah mini modul karangan Bahasa Melayu dengan menggunakan teknik peniruan. Mengapa pengkaji memilih teknik peniruan? Teknik peniruan atau lebih dikenali sebagai modeling technique ini sebenarnya telah dipelopori oleh Albert Bandura (1963). Beliau sebagai tokoh psikologi pendidikan Barat berpendapat bahawa kanak-kanak akan belajar secara semula jadi pada peringkat awal dengan meniru setiap perkara di sekeliling mereka. Mereka akan berdiri seperti mana orang dewasa berdiri. Proses belajar ini dinamakan peniruan. Sejajar dengan tahap kebolehan murid-murid yang sederhana, pengkaji memilih teknik peniruan bagi mengatasi masalah menulis karangan ini. Kerangka Teori Kajian Dalam Teori Pembelajaran Sosial yang diperkenalkan oleh Albert Bandura (1963) yang lebih dikenali sebagai Teori Modeling, terdapat empat proses yang perlu terlibat semasa aktiviti meniru yang berkesan (Hjelle & Ziegler 1992) : Pemerhatian (Attentional) Penyimpanan (Retention) Pengeluaran (Motor production) 541 Motivasi (Motivational) RAJAH 1: Proses Peniruan dalam Teori Modeling (Sumber : Bandura 1963; Hjelle & Ziegler 1992; Suppiah et al. 2008) Dalam kajian ini, pengkaji melaksanakan teori modeling dalam mengatasi masalah murid dalam menulis karangan Bahasa Melayu. Melalui Kerangka Teori yang ditunjukkan dalam Rajah 1, murid-murid yang dibekalkan satu mini modul setiap seorang perlu melalui setiap empat proses peniruan. Dalam proses pertama, murid akan memerhati contoh petikan dengan meneliti tulisan, ejaan, tanda baca dan olahan idea dalam sesebuah ayat mudah. Setelah membuat pemerhatian secara mendalam, murid akan menyimpan segala apa yang diperhatikan dalam ingatan mereka. Murid akan disoal semula oleh guru sama ada ejaan, tema petikan dan susunan idea dalam teks. Seterusnya, peringkat ketiga ini menghendaki supaya murid mengeluarkan maklumat yang telah difahami dengan menulis semua petikan karangan tersebut. Akhir sekali, hasil kerja murid dinilai setiap seorang oleh guru dengan memberi peneguhan positif agar murid lebih bermotivasi untuk terus memperbaiki mutu penulisan karangan. Kesemua proses ini dijalankan dengan pemantauan dan bimbingan guru di dalam kelas. Objektif Kajian 1. Mengenal pasti perbezaan keputusan ujian pra dan ujian pos setelah menggunakan Teknik Modeling dalam penulisan karangan. 2. Meneroka proses yang terlibat dalam Teknik Modeling semasa menulis karangan.
3 Skop Kajian Kajian ini memfokuskan kepada kaedah alternatif (intervensi) untuk mengatasi masalah murid dalam kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu. Kaedah alternatif yang dimaksudkan ialah Teknik Peniruan atau lebih dikenali sebagai modeling. Dalam usaha menyelesaikan masalah ini, murid-murid disediakan sebuah mini modul latihan menulis karangan setiap seorang. Dalam mini modul tersebut, murid-murid dikehendaki menulis karangan dengan meniru semula contoh karangan yang telah diberikan dengan bimbingan guru. Aspek yang diberi perhatian dalam modul tersebut ialah ejaan, tanda bacaan, kekemasan tulisan, teknik membina sesebuah ayat agar karangan yang dihasilkan menjadi kreatif dan menarik. Kajian ini juga hanya berfokus kepada sekolah tempat pengkaji ingin jalankan iaitu SK Sawah Ring, Ledang Johor. Murid-murid yang terlibat sebagai sampel kajian hanya murid tahun tiga Kelas Ibnu Abbas. Murid tahun tiga kelas Ibnu Abbas merupakan kelas kedua selepas kelas Ibnu Sina dan majoritinya terdiri daripada tahap kebolehan akademik yang sederhana dan lemah. Populasi Dan Sampel Kajian. Keseluruhannya, populasi kajian ialah 52 orang murid tahun tiga iaitu 32 orang murid kelas Ibnu Sina dan 20 orang murid dari kelas Ibnu Abbas. Semua murid dari Kelas Tahun 3 Ibnu Abbas di SK Sawah Ring sahaja terlibat dalam kajian ini. Jantina murid-murid adalah seimbang iaitu 10 orang murid lelaki, dan 10 orang lagi murid perempuan. Latar belakang murid-murid secara keseluruhannya adalah berpencapaian akademik yang sederhana, tambahan pula 3 orang murid sedang mengikuti bimbingan LINUS di kelas pemulihan. Reka Bentuk Kajian Pendekatan kajian ini ialah gabungan kuantitatif dan kualitatif iaitu menggunakan kaedah eksperimen sebagai domain disusuli dengan pemerhatian. Seramai 20 orang murid diberi ujian pra terlebih dahulu sebelum mini modul penulisan karangan yang menggunakan teknik modeling diaplikasikan semasa proses pembelajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Semasa menggunakan teknik modeling, pemerhatian tidak sistematik dilakukan oleh pengkaji bertujuan untuk memastikan murid menggunakan empat proses modeling dengan betul. Selepas 5 bulan, ujian pos dijalankan terhadap sampel kajian bagi melihat keberkesanan teknik modeling dan perbezaan markah antara ujian pra dan pos. 542 Dapatan Kajian Analisis Ujian Pra dan Pos Untuk melihat sejauh mana keberkesanan teknik peniruan ini, analisis perbezaan secara deskriptif dilakukan terhadap Ujian Pra dan Ujian Pos. Jika data yang diperoleh daripada Ujian Pos meningkat berbanding Ujian Pra, maka teknik peniruan berdasarkan Teori Model Albert Bandura (Sosial) ini berkesan terhadap penguasaan murid dalam kemahiran menulis karangan. Jika data Ujian Pos lebih rendah daripada Ujian Pra, begitulah sebaliknya. Rajah 1 : Analisis Perbandingan Antara Markah Ujian Pra Dan Ujian Pos. BIL. MURID ANALISIS UJIAN PRA DAN POS GRED
4 Rajah 1 menggambarkan bahawa peningkatan markah yang diperoleh melalui Ujian Pra-Pos. Dalam Ujian Pra, hanya seorang sahaja yang memperoleh gred A dan setelah Ujian Pos dilaksanakan, seramai 7 orang mendapat gred A. Walaupun jumlah murid yang memperoleh gred B dan C menurun dalam Ujian Pos berbanding Ujian Pra, tiada seorang murid yang gagal (Gred D) dalam ujian Pos. Peratusan Markah Ujian Pra = 56.25% Peratusan Markah Ujian Pos = 71.0 % Perbezaan Peratusan Ujian Pra dan Ujian Pos = 71.0% % = 14.75% Dapatan kajian menunjukkan markah ujian pos yang diperoleh meningkat daripada ujian pra. Peningkatan markah dengan perbezaan 14.75% menunjukkan bahawa teknik peniruan memberi kesan yang positif terhadap penguasaan murid dalam menulis karangan Bahasa Melayu. Teknik ini wajar diteruskan supaya tahap penguasaan murid terhadap kemahiran menulis karangan meningkat. Analisis Pemerhatian Dalam melaksanakan tindakan untuk merawat atau menyelesaikan masalah murid-murid dalam kemahiran menulis karangan, guru perlu membuat perancangan dengan teliti agar pelaksanaannya teratur dan berkesan berdasarkan Teori Modeling yang menjadi asas kajian ini (Rozmi 2013). Jadual 1: Perancangan Aktiviti-Aktiviti Semasa Melaksanakan Teknik Peniruan Sepanjang Tempoh 30 minit. LANGKAH PRESOS MODELING 1 Pemerhatian (Attentional) 2 Penyimpanan (Retention) 3 Pengeluaran (motor production) 4 Motivasi (Motivational) AKTIVITI Membaca teks karangan Mengenal pasti ejaan, tanda bacaan dan struktur ayat dalam karangan Menyalin semula teks karangan Menyemak semula karangan TEMPOH MASA (30 minit) 10 minit 5 minit 10 mint 5 minit 543 Membaca teks karangan Langkah pertama dalam melaksanakan aktiviti peniruan ialah murid-murid dikehendaki membaca teks petikan karangan. Guru akan memberi masa 2 hingga 3 minit untuk memberi ruang kepada murid-murid memerhati teks karangan, membaca perlahan dan cuba fahami karangan tersebut secara keseluruhan. Bacaan ini dinamakan sebagai skimming Kemudian, murid-murid akan dibimbing oleh guru untuk membaca kuat sambil menekankan aspek sebutan dan intonasi setiap ayat-ayat dalam karangan tersebut. Setelah membaca dengan kuat, murid bersama-sama dengan guru berbincang mengenai maksud isi kandungan dalam teks karangan tersebut. Soalan menumpu akan diajukan kepada murid-murid agar mereka faham setiap apa yang mereka baca. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan proses mensintesiskan teks petikan melalui pandangan dan komen daripada muridmurid berdasarkan apa yang mereka fahami dari dalam teks karangan. Aspek seperti apa, mengapa, siapa, di mana dan bagaimana boleh digunakan dalam aktiviti memberi soalan menumpu ini. Contoh soalan-soalan menumpu yang boleh diajukan kepada murid-murid ialah: 1. Apakah tajuk karangan ini; 2. Siapakah yang terlibat dalam karangan ini?; 3. Bagaimana cerita ini berakhir?; 4. Adakah cerita dalam karangan ini menarik?
5 Walau bagaimanapun, aktiviti membaca teks karangan tidak memerlukan masa yang lama, iaitu hanya lebih kurang 10 minit sahaja. Jadi, pastikan semasa proses perbincangan tidak memakan masa yang terlalu lama. Berdasarkan aktiviti membaca ini, murid-murid kelihatan berminat dan rasa ingin tahu mengenai isi kandungan karangan tersebut. Pada peringkat membaca secara senyap (skimming), murid bersungguh-sungguh untuk membaca teks karangan tersebut. Aktiviti soal jawab merupakan langkah untuk menguji tahap kefahaman mereka setelah membaca dan berbincang mengenai isi kandungan karangan. Peringkat permulaan ini sedikit sebanyak membantu muridmurid melancarkan bacaan terutamanya murid-murid dari kelas pemulihan yang sedang mengikuti Program LINUS. Mengenal pasti ejaan, tanda bacaan dan struktur ayat dalam karangan Langkah kedua selepas aktiviti membaca teks karangan ialah mengenal pasti ejaan, tanda bacaan dan struktur ayat dalam karangan tersebut. Langkah ini hanya memerlukan masa 5 minit sahaja. Guru perlu memainkan peranan penting dalam melaksanakan langkah kedua ini. Apa yang perlu guru lakukan ialah mengajak murid-murid mencari beberapa perkataan dalam kiraan 5 saat setiap perkataan. Setelah perkataan dijumpai, guru akan menyuruh semua murid mengeja dengan kuat perkataan tersebut berulang-ulang kali secara latih tubi. Contohnya, sila carikan saya perkataan menonton. Kemudian, eja kan saya perkataan menonton tersebut. Ejaan huruf besar pada permulaan ayat atau kata nama khas, serta penggunaan imbuhan di... untuk perbuatan dan tempat perlu dititikberatkan juga oleh guru. Setelah mengenal pasti beberapa perkataan dengan mengeja, murid-murid dikehendaki mencari beberapa tanda bacaan yang terlibat dalam karangan tersebut. Semasa mengenal pasti tanda bacaan, guru akan memberi penerangan tentang sebab mengapa tanda bacaan tersebut digunakan pada ayat tersebut. Hal ini secara tidak langsung, murid dapat mengetahui struktur ayat tersebut sama ada menarik ataupun tidak. 544 Semasa melaksanakan langkah kedua ini, dapati murid-murid akan berusaha sedaya upaya untuk mencari perkataan yang telah disebut. Setelah mereka berjaya menjumpai perkataan tersebut, wajah-wajah mereka kelihatan gembira dan tersenyum puas. Ini secara tidak langsung meningkatkan minat murid untuk terus mencari perkataan lain yang akan guru sebut sebentar lagi. Selain itu, perbincangan turut dilaksanakan dalam langkah ini iaitu menerangkan setiap fungsi tanda bacaan agar murid-murid tidak cuai semasa menulis karangan terutamanya dalam peperiksaan. Menyalin semula teks karangan (peniruan) Langkah ketiga pula ialah aktiviti menyalin semula teks karangan iaitu proses pengeluaran. Langkah ini dinamakan meniru semula teks karangan yang telah disediakan. Masa untuk melaksanakan langkah ini ialah 10 minit sahaja. Guru bertindak sebagai fasilitator dam pembimbing kepada murid-murid. Murid akan mengeluarkan maklumat tentang apa yang mereka baca, faham dan ingat dalam langkah 1 dan 2. Guru akan memastikan murid menulis dengan tulisan yang kemas, ejaan yang betul, tanda bacaan tidak tertinggal dan menulis karangan mengikut perenggan sama seperti karangan yang telah disediakan oleh guru. Aktiviti meniru ini menggalakkan murid menulis karangan dengan teknik yang betul. Sepanjang meniru karangan, murid-murid kelihatan tekun menyalin karangan. Ada segelintir murid-murid mengangkat tangan dan bertanya: Cikgu, betul ke saya tulis macam ini? Ini menunjukkan murid-murid tersebut ingin bimbingan secara terperinci daripada guru. Selain itu, guru akan menegur kesilapan yang telah mereka lakukan dan menasihati mereka agar tidak mengulangi kesilapan tersebut terutamanya semasa peperiksaan kelak.
6 Menyemak semula karangan (penilaian) Setelah aktiviti meniru semula karangan selesai, hasil kerja murid perlu dihantar kepada guru untuk disemak. Jika murid melakukan kesilapan berulang kali seperti ejaan salah, tanda bacaan tertinggal, pemerengganan dan tulisan yang kurang kemas serta susunan ayat, mereka akan dipanggil oleh guru. Guru akan menegur kesilapan tersebut dan murid membuat pembetulan. Aktiviti menyemak hasil kerja ini turut memberi peneguhan positif sebagai motivasi kepada murid-murid. Peneguhan tersebut berbentuk gred dan bintang. Berikut adalah bentuk peneguhan positif yang akan diberikan oleh guru sebagai cadangan dalam kajian ini:- Jadual 2: Kriteria Peneguhan Positif Yang Diberikan Kepada Murid-Murid Semasa Melaksanakan Aktiviti Menyemak Hasil Kerja. GRED (BINTANG) A ( * * * ) B ( * * ) C ( * ) KRITERIA 1. Tulisan kemas dan cantik 2. Tiada kesalahan dari aspek ejaan, tanda bacaan, dan struktur ayat. 3. Menulis seperti teks karangan yang disediakan dengan perenggan yang tersusun. 1. Tulisan kemas dan cantik. 2. Terdapat beberapa kesalahan ejaan, tanda bacaan, dan struktur ayat seperti huruf besar dan huruf kecil, imbuhan, koma, noktah dan sebagainya. 3. Menulis seperti teks karangan yang disediakan dengan perenggan yang tersusun. 1. Tulisan kurang kemas, dan sukar dibaca. 2. Terdapat banyak kesalahan ejaan, tanda bacaan dan struktur ayat dalam karangan. 3. Tidak menulis karangan seperti yang telah ditetapkan dengan terdapat susuan perenggan yang tidak kemas. 545 Langkah terakhir ini guru menyemak semula karangan yang ditulis oleh murid-murid. Peneguhan diberikan sebagai langkah untuk meningkatkan motivasi murid-murid supaya terus menulis karangan dengan teknik-teknik yang betul. Terdapat beberapa orang murid mendapat gred C ( * ). Biasanya guru akan mencabar murid supaya selepas ini, tidak lagi melakukan kesilapan berulang kali bagi membolehkan mereka mendapat gred A ( * * * ). Perbincangan Kajian Murid-murid tahun 3 sememangnya didedahkan dengan penulisan karangan berpandu berdasarkan gambar tunggal atau gambar bersiri dan perkataan-perkataan. Gambar tunggal, gambar bersiri dan perkataan ini bertujuan membantu murid-murid untuk menulis karangan. Pendedahan secara asas ini amat penting agar murid-murid tahun 3 bersedia untuk menulis karangan berdasarkan format-format karangan seperti karangan fakta, karangan laporan, dan sebagainya yang akan diajar pada tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6 kelak (Akhiar Pardi & Shamsina 2010). Penguasaan murid-murid untuk menulis karangan tampak sukar dan memerlukan masa yang lama apabila murid-murid masih lagi mempunyai masalah dalam ejaan, masalah membina ayat, acap kali melakukan kesilapan dalam menulis karangan dan sebagainya (Faridah, Nooreiny & Fauzi 2001). Bagi mengatasi masalah-masalah ini, teknik peniruan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid khususnya aspek menulis karangan. Secara psikologinya, murid-murid mudah belajar secara meniru sejak dari kecil lagi dan mempengaruhi tingkah laku mereka apabila dewasa kelak (Mok Song Sang & Suppiah et al. 2008). Konsep meniru semula karangan diharapkan dapat membantu murid-murid menulis karangan dengan teknik yang berkesan tanpa memaksa mereka untuk belajar. Tambahan lagi, murid-murid lebih berminat untuk menulis karangan sekali gus pencapaian murid-murid dalam peperiksaan
7 penulisan Bahasa Melayu meningkat secara positif. Secara keseluruhannya, teknik peniruan mampu meningkatkan pencapaian murid-murid dalam menulis karangan Bahasa Melayu. Cadangan Kajian Terdapat beberapa cadangan untuk kajian seterusnya bagi menambah baik kajian yang telah dijalankan. Berikut ialah:- i. Membina modul (intervensi) yang lebih sistematik dan efektif bagi mengatasi masalah murid dalam menulis karangan dalam pelbagai bidang atau mata pelajaran selain Bahasa Melayu. ii. Analisis statistik inferensi boleh digunakan pada kajian akan datang dengan mengenal pasti perbezaan dan hubungan yang signifikan dengan melihat faktor demografi murid secara terperinci. iii. Diharapkan pada masa akan datang, skop kajian dijalankan lebih empirikal dengan jumlah sampel kajian yang lebih besar, tidak terbatas hanya pada murid aliran perdana di mana kajian kepada pelajar pendidikan khas atau pra sekolah yang melibatkan lokasi kajian yang terletak dalam kawasan yang belum pernah dikaji. Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu untuk Maktab Perguruan. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Akhiar Pardi & Shamsina (2010). Rancangan Pengajaran Harian dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Ariffin, Bahrin & Rogayah (2010). Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor Jabatan Pelajaran Johor. Faridah, Nooreiny & Fauzi (2001). Masalah Penulisan Naratif di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia. Johor. Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Rozmi Ismail (2013). Metodologi Penyelidikan Teori dan Praktis. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, Selangor. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Azizi Abdul Syukur (2008). Psikologi Pendidikan: Siri pendidikan Guru. Penerbit Oxford Fajar Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Zulkifley Hamid (1994). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. 546
Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005
MENINGKATKAN PRESTASI MURID TAHUN 5 JAYA DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH PETA MINDA DAN KATA SOAL Oleh Zalekha binti Haji Elie Sek. Keb. Abang Aing, 95000 Sri Aman Abstrak Kajian tindakan
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV Oleh Abdillah Bin Nurdin Asis ABSTRAK Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam
Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak
39 Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit Melati Hallel [email protected] Noor Aisyah Buang [email protected] Sekolah Rendah Si Ling Abstrak Dua isu
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO Oleh: Aida Ibrahim Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah 86000 Kluang, Johor ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan
Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak
19 Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif Zulkifli Khamis [email protected] Noor Aisyah Ahmad Sharif [email protected] Sekolah
Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak
17 Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan Manisah Osman [email protected] Sekolah Rendah Yio Chu Kang Abstrak Hasil daripada tinjauan awal yang dilakukan, murid didapati mempunyai
2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian
Penggunaan Sistem Trek Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Lima F (Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua) Md.Arman @Jamaludin Ag.Damit Abstrak Kajian ini dijalankan
Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim
23 Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Muhammad Faizrin Hashim [email protected] Muliana Mohammad [email protected] Sekolah Rendah Jiemin
8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk
8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI Analisis data merupakan satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data serta prosedur statistik (Bhasah, 2007). Dalam kajian tindakan ini, saya menganalisis semua
Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil
Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca Norazlina Abdul Jalil [email protected] Sekolah Menengah Naval Base Pusat Bahasa Melayu Singapura Abstrak Memupuk minat membaca karya-karya dalam
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH BERKENAAN TOPIK BELANJAWAN TUNAI DENGAN MENGGUNAKAN AKRONIM Oleh RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah 62520 Putrajaya ABSTRAK Kajian ini dijalankan
1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan SK Bukit Ceria (SKBC)(nama samaran) adalah sebuah sekolah yang terletak di daerah Kuala Muda / Yan, iaitu 5 km dari Bandar Gurun, Kedah. Kajian tindakan ini dijalankan di
BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN
BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN 3.0 PENDAHULUAN Bab ini akan membincangkan kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis penggunaan kohesi dalam karangan bahasa Tamil Tingkatan 3. Aspek-aspek
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Bab ini membincangkan prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji menggunakan dua kaedah dalam penyelidikan ini. Dua kaedah utama yang digunakan oleh pengkaji
NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK
NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK Oleh Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK Kajian ini dijalankan ke atas seorang murid yang mengalami masalah dalam kemahiran menulis iaitu hanya nombor dan abjad tertentu
Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca
02Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca 042 // Menyemai Bahasa Menuai Budi Abstrak Norazlina Abdul Jalil [email protected] Zulaina Zulkifli Sekolah Menengah Naval Base [email protected]
Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar
Meningkatkan Keupayaan Menulis Karangan Sepanjang Sekurang-kurangnya 350 Patah Perkataan Dalam Masa Yang Ditetapkan Menggunakan Kaedah Salin dan Jalin. Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar Abstrak Kajian Tindakan
BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN
BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merumuskan hasil kajian yang diperolehi dan dianalisis di sepanjang penyelidikan yang telah dijalankan. Penulis membahagikan bab ini kepada 3
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT) Oleh: Nor Salhana Mohd Arshad Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam 06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan
Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen
Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Abstrak Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca
CATATAN ANALISIS KANDUNGAN
CATATAN ANALISIS KANDUNGAN LAMPIRAN C Butiran Dokumen KERJA PROJEK SEJARAH KST TAHUN 2006 NAMA PELAJAR : P1 TAJUK : PERISTIWA 13 MEI BILANGAN : 1 Catatan Analisis Kandungan Soalan/ Komen Semakan secara
PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN
TAJUK 12 PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN 12.1 Sinopsis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami cara menulis artikel penyelidikan tindakan. Dalam tajuk ini, pelajar akan
KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA
KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA Lam Yat Chaw Yau Yee Shin Yeo Chui Eng Chew Chui Kian Lee Sung Ping Jabatan Bahasa Lee Vui Lin Jabatan Kajian Sosial ABSTRAK
7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.
7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Dalam proses melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah mengumpul data seperti ujian pra, pemerhatian, temu bual, analisis dokumen, soal
BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical
BAB 4 ANALISIS DATA 4.0 Pengenalan Bab ini melaporkan dapatan kajian berdasarkan keputusan ujian dan tindak balas yang diberikan oleh responden-responden terhadap soal selidik yang dijalankan. Kajian ini
BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak
BESAR dan kecil Oleh Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, 94700 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini saya jalankan apabila saya mendapati Joji, seorang murid tahun 5 menghadapi masalah menulis huruf
Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak
12 Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan Fauziah Mohamed Ata [email protected] Rosalina Mohamed Taib [email protected] Sekolah Rendah Endeavour Abstrak Pengajaran dan pembelajaran
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong kita untuk
NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:
NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH: PROF DR. MOHAMED AMIN BIN EMBI 1.0 PENDAHULUAN Malaysia merupakan
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian yang diguna pakai dalam kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting
10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI
10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok
BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang
BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN 6.1 Pendahuluan. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang kajian yang telah dijalankan. Penulis juga akan menyimpulkan beberapa faktor-faktor
Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar
Rumusan Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar normal yang lain. Secara keseluruhannya pemaparan
Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:
Pengajian Am (900) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 50 187 orang. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 80.78%, turun sebanyak 0.08% berbanding
KAEDAH ISSAM SATU INOVASI DALAM PENGAJARAN KARANGAN AMIR BIN JUHARI IPG KAMPUS RAJANG
KAEDAH ISSAM SATU INOVASI DALAM PENGAJARAN KARANGAN NOOR ZILA BINTI MD. YUSUF AMIR BIN JUHARI IPG KAMPUS RAJANG APAKAH KAEDAH DAN TEKNIK YANG BOLEH MENGATASI MASALAH PENULISAN KARANGAN YANG BERKESAN BAGI
MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh
MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10 Oleh Janting anak Ringkai Sekolah Kebangsaan Sg. Mengap, 94750 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini bertujuan
2.0 PENYATAAN MASALAH
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Penilaian Keperluan Penggunaan Buku Kerja Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Murid Tahap II Di Sekolah
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,
BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP
BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.0 Pendahuluan Bab Lima ini bertujuan membincang dan merumuskan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan bagi menjawab
BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam
BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Bab ini akan membincangkan dan merumuskan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD ) UJIAN SARINGAN BAGI MENENTUKAN KEBARANGKALIAN MURID MENGALAMI MASALAH PEMBELAJARAJAN SPESIFIK DISLEKSIA PERINGATAN 1. Instrumen
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Ujian merupakan alat pengukuran untuk mengukur sejauh mana kejayaan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Menurut Mohd Najib (1997),
Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas
41 Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat Zaetun Abbas [email protected] Sulastri Amat [email protected] Sekolah Menengah Sembawang Abstrak Komponen jenis-jenis
: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.
Tajuk : Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3. Sinopsis :Saya telah diamanahkan berdampingan dengan guru mata pelajaran Bahasa
MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS
MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS Prof. Madya, Dr. Yahya Buntat Dr. Muhammad Sukri Saud Siti Fatimah Ahmad Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor. Abstrak: Kajian ini
PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID
24 PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID Haryati Surana Suriati Djuahir Sekolah Rendah West View Abstrak Perisian Toondoo dapat membantu murid dalam kemahiran menulis khususnya pembinaan pelbagai
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMAHIRAN MEMBACA KONSEP Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Penekanan perlu juga
BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak
BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, 94700 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian saya bermula apabila tumpuan saya diberi terhadap seorang murid tahun 5 ketika
SK (2) TAMAN KERAMAT
SK (2) TAMAN KERAMAT LAPORAN KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN BAHASA ARAB DAN AYAT AL-QURAN Oleh: NAZRI BIN SAMSUDIN (No. KP: 780304-10-6075) Guru Pendidikan Islam j-qaf (Opsyen
BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak
BACALAH CICI..! Oleh Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, 94750 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya dapati Cici seorang murid tahun 4 dalam kelas
KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN
KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN 1. Kertas cadangan (Proposal) Kajian Tindakan Kertas cadangan atau proposal kajian tindakan ialah penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan
PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Abstrak Tujuan utama kajian ini untuk mengkaji permasalahan
BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:
BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan Bab ini akan membentangkan dapatan data berdasarkan kepada instrumen kajian yang telah digunakan iaitu soal selidik, ujian kemahiran menulis, dan temu bual.
Objektif taklimat ini :
Objektif taklimat ini : Memperkasakan ibu bapa mengenai format peperiksaan PSLE Berkongsi strategi dan tips pembelajaran untuk membantu waris dalam persiapan mereka menjelang PSLE Bahasa Melayu (Asas)
MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI
MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI Peringatan: Sila baca maklumat tugasan ini sehingga habis dan faham. Maklumat tugasan sebelum ini dibatalkan TERMASUK YANG TERDAPAT DALAM MODUL. Banyak
berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.
Berdasarkan dari dapatan kedua-dua bahagian di atas, jelas menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pelajar tidak mampu menterjemah perkataan Arab berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul data dan cara kaedah itu dikendalikan. Menurut Othman Mohamed (2001), metodologi adalah suatu
MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN
SULIT 1103/1 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2017 2 ¼ jam MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN
BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN
BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN Kognitif TIGA DOMAIN PENGUJIAN - bidang mengenai pengetahuan, faktafakta, teori dan kefahaman - merujuk secara langsung kepada Taksonomi Bloom (pengetahuan,
LAPORAN PENYELIDIKAN
LAPORAN PENYELIDIKAN Kumpulan SE 1 / K6 Nor Afira Binti Ahmad (A150582) Norshahidatul Ashima Binti Rifin (A 149874) Noradibah Binti Ibrahim (A150676) TAJUK KAJIAN: Penggunaan Mobile Learning (M-Learning)
MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN
MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN Rohayu Zulkapli ([email protected]) Mazidah Mohamed Hashim ([email protected]) Siti Sullia
POLA KESILAPAN MURID TAHUN TIGA WIRA MENYELESAIKAN MASALAH BERCERITA DALAM MATEMATIK: SATU KAJIAN TINDAKAN. oleh
POLA KESILAPAN MURID TAHUN TIGA WIRA MENYELESAIKAN MASALAH BERCERITA DALAM MATEMATIK: SATU KAJIAN TINDAKAN oleh Andy Peter KDPM, MTKT Semester IV Maktab Perguruan Batu Lintang ABSTRAK Kajian kes ini bertujuan
TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK
TUNDUK PADI BERISI Oleh Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK Kajian ini saya jalankan apabila saya mendapati Siti, seorang murid Tahun 3 menghadapi masalah menulis perkataan dengan betul. Siti hanya boleh membaca
BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Bidang penterjemahan merupakan salah satu cabang dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Penterjemahan adalah satu kemahiran seni yang membantu mengembangkan pengetahuan
GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016
GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016 MEDIA SOSIAL : KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN DAN KEPUASAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN UKM PENSYARAH DR. FARIZA BINTI KHALID
9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan
9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Soalan 1 : Adakah teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran sifir darab 2 hingga 5? Hasil dapatan kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan markah
PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014
PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014 Disediakan oleh: Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia 1.0 TAJUK PERTANDINGAN PROJEK INOVASI
KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat
Kemahiran Belajar KEMAHIRAN BELAJAR Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU Kertas 1 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan markah ini SULIT dan Hak Cipta
2.1 Butir-Butir Peribadi Pelatih/Pelajar Ruangan ini perlu diisikan dengan butir-butir peribadi pelatih/pelajar dengan lengkap.
28 BAB 3 Panduan Mengisi Buku Persediaan Mengajar 1.0 Matlamat Buku Persediaan Mengajar Buku Rancangan Pengajaran mesti dimiliki oleh setiap guru sekolah, seperti yang termaktub dalam undang-undang sekolah
BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN
BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan adalah merupakan salah satu bidang yang sangat mencabar. Berbanding dengan industri lain, industri pembinaan terdedah
DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK
DARI BURUK KE BAIK Oleh June Sim Mei Lin ABSTRAK Kajian ini saya jalankan apabila saya mendapati ramai murid dalam kelas pemulihan yang sudah pandai mengganggu rakan mereka yang lebih lemah dengan bercakap
Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.
Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3. Kandungan 1 Kajian Tindakan : Meningkatkan Penguasaan Pelajar Dalam
BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.
BAB 5 KESIMPULAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji merumuskan secara ringkas segala perbincangan dan dapatan kajian yang telah dilakukan dalam
PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN
SEKOLAH MEE TOH PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN SEKOLAH MEE TOH PENGENALAN Murid-murid yang mengambil subjek Bahasa Melayu di Sekolah Mee Toh merangkumi kurang daripada 3%. 70% daripada mereka lebih kerap
Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab
3.0 Pengenalan Bab ini menerangkan kaedah kajian yang meliputi reka bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, tatacara pemerolehan data dan tatacara penganalisaan data. Kaedah yang sesuai dirancang supaya
PGT Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 200412005 Mac 2005 PGT 303 - Pengantar an dan Kajian Tindakan Masa : 2 jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA
Koleksi Bahan Cg Narzuki Online
MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM KONSEP PERAKAUNAN DENGAN MENGGUNAKAN KONSEP BADLEH Oleh RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah 62520 Putrajaya ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Masalah projek perumahan terbengkalai merupakan salah satu masalah perumahan yang masih wujud sehingga kini. Ia merupakan projek perumahan di mana kerja pembinaan atau
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR
Pengenalan BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR Kehidupan dikampus adalah menyeronokkan; tetapi ianya juga penuh dengan suasana persaingan. Pendidikan yang kamu diperolehi disitu, dan sikap yang terbentuk,
GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *
GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA * 1.0 Pengenalan Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM dikehendaki menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) yang melibatkan satu kajian dalam bidang pengajian
MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)
MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS) HAISA BINTI OSMAN 1 & MOHD NOOR BIN HASHIM 2 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,
INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA
INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA SOAL SELIDIK KECERDASAN EMOSI DAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH KRBANGSAAN DI NEGERI SEMBILAN Saya amat
SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit
SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN 1103/1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008 BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam
Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS
Taklimat Peperikasaan PSLE 2017 Jabatan Bahasa Melayu BHPS 15.01.2017 Objektif taklimat ini : Memperkasakan ibu bapa mengenai format peperiksaan PSLE Berkongsi strategi dan tips pembelajaran untuk membantu
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
[Type text] FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK NAMA : ZUNIZAH BINTI ZAINAL ABIDIN NO. KAD MATRIKULASI : 821016145780001 NO. KAD PENGENALAN : 821016145780
PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH
PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH .0 PENGENALAN Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab dan persatuan dan; Murid
PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis
TAJUK 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES 5.1. Sinopsis Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi empat peringkat. disebabkan penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic)
BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL
BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL 5.0 PENDAHULUAN Pengkaji telah menjalankan tinjauan kedua kepada 70 orang pejajar yang telah mempelajari MABAUPUMS melalui soal selidik kedua (Sila rujuk Lampiran
Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab
Soalan 1 Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab Pendidikan merupakan aktiviti dalam kehidupan yang amat memberi kesan kepada individu serta masyarakat. Terkandung dalam pendidikan adalah proses
Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH
PEMARKAHAN PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA Penyelia Buku log 0 Laporan 0 60 Supervision 0 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 0 Laporan 0 0 JUMLAH 00 00 PENILAIAN LAPORAN PENYELIA (0%) No Aspek
BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)
BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran Yang diturunkan Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3) Penurunan ayat di atas
GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)
KOMPAS 1 2 3 PENULISAN BAHASA MELAYU -13- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012 GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH) Panduan dan Cara Memeriksa Kertas 1. Pemeriksaan
MEMBINA AYAT KOHESI LEKSIKAL REPETISI DENGAN KAEDAH PEMBARIS OATAK ARdiKOOS AJAIB
MEMBINA AYAT KOHESI LEKSIKAL REPETISI DENGAN KAEDAH PEMBARIS OATAK ARdiKOOS AJAIB Oleh: Tn. Hj. Fauzi Bin Salleh Khirul Amir Bin Abu Hasan IPGK Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. ABSTRAK Kajian ini
Projek MTE3102E_PPG Jan2014
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM TUGASAN PROJEK Program : PISMP-PPG Nama Pelajar : Kod & Nama Kursus : MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Semester : 1 / 2014 Tarikh Mula : 22 Feb
Kemahiran Menulis KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Kemahiran Menulis KEMAHIRAN MENULIS KONSEP Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi
PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH
PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH Guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai
GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *
1.0 Pengenalan GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA * Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM dikehendaki menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) yang melibatkan satu kajian dalam bidang pengajian di Fakulti
BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian
BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 5.0 PENDAHULUAN Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian tentang penggunaan kohesi nahuan dalam karangan pelajar tingkatan tiga. Seramai
