STATISTIK ASAS. Nordin Tahir Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh

dokumen-dokumen yang mirip
Tujuan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Tentukan kelas mod dan nilai mod bagi data terkumpul berikut. Skor Kekerapan

STATISTIK DALAM PENYELIDIKAN MBE UJIAN T

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN MEI 2003 MATEMATIK II KERTAS II MASA 2 ½JAM

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

UNlVERSlTl SAlNS. Kursus Semasa Cuti Panjang Sidang Akademik 2003/2004. April Masa : 3 jam

n objek berlainan 1

PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA. Analisis Data. 9.1 Sinopsis

PENGUKUHAN TANAH - KAEDAH TAYLOR, KAEDAH CASAGRANDE SERTA PENGIRAAN ENAPAN TANAH

TAJUK 6: KEMAHIRAN BELAJAR 1. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

ATW Statistik Perniagaan ATW Kaedah Kuantitatif

015/025/035 MATEMATIK

BAB 8 : TABURAN KEBARANGKALIAN

UNlVERSlTl SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2004/2005. Oktober Masa : 3 jam

...U- UNlVERSlTl SAlNS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2003/2004. September / Oktober 2003

Pengurusan Data Kajian Dengan Menggunakan Microsoft Excel. Latihan 1

MATEMATIK TINGKATAN 3

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

SMK SERI PERKASA, HUTAN MELINTANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 MATEMATIK TAMBAHAN. Kertas 2. Dua Jam Tiga Puluh Minit

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER (SESI OKTOBER 2013)

RM Jumlah kos Kos tetap Jumlah jualan

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Analisis Risiko PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Sustainable Education 54

1LMU PEIMDIDIKAIM: PEDAGOGI. Sharitah /4ln/iah /4lsagoff

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang Sidang Akademik 2004/2005. Mei Masa : 3 jam

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 MATEMATIK SET 2 Kertas 2

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

ANALISIS TITIK PULANG MODAL KAEDAH MARGIN CARUMAN DAN GRAF Percubaan SPM 2014 Pahang

MATEMATIK TINGKATAN 4

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

KEBOLEHMAMPATAN TANAH

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB 4 : STATISTIK II

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

HMT Teori dan Kaedah Penyelidikan Linguistik

PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN NORDIN TAHIR IPIP

JAL 331/3 Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ROKAM JALAN KENANGA IPOH. RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 5/ 2013

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan


PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

TOPIK 4 : POLA DAN FUNGSI - Graf Fungsi

TAKLIMAT PEPERIKSAAN. i. Purata Nilaian Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA) ii. Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang 1992/93. Oktober/November MAT Statistik Pennulaan.

BOLEH ATAU TIDAK GURU MENGGUNAKAN BUKU-BUKU DI PASARAN SEBAGAI INSTRUMEN PENILAIAN MURID?

PROSES KERJA PEMBENTUKAN/PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID MATEMATIK TINGKATAN 1

TAJUK 5: TEKNIK-TEKNIK MENINGKATKAN INGATAN. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Mula Segera. Perisian Matematik Dinamik dalam pakej mudah untuk diguna. Untuk pembelajaran dan pengajaran pada semua peringkat pendidikan

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

Tajuk 6: Perkembangan Kognitif dan Bahasa. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

Tingkatan 4 Bab 4: Firma Sebagai Pengeluar

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

JIM Pengantar Statistik

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

UJIAN PERCUBAAN UPSR (AR3) DAERAH MERADONG 2016 SAINS Julai 2016 Kertas 2 1 Jam

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

PENGENALAN KEPADA RESIPAN

Isihan. 6.1 Pengenalan 1. Isihan merupakan satu proses untuk menyusun sekumpulan atau senarai data secara menaik atau menurun.

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

EDU 3108 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU. Nordin Tahir JIP, IPG Kampus Ipoh

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Jawab semua soalan. 1 (a) Padankan jenis nombor dengan betul. (i) Nombor Ganjil. (ii) Nombor Genap. (iii) (3 markah) (b) (i) Hitung nilai bagi

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

LATIHAN PENGUKUHAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 27 MEI 12 JUN 2017 MATEMATIK TINGKATAN 5 NAMA:...

PROSEDUR PENILAIAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2017

BAB LIMA RUMUSAN DAN PERBINCANGAN. Pengenalan. yang merujuk corak pemikiran murid Tingkatan Satu secara umum dengan membina

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Sidang 1986/87. MAT163 - Statistik Permulaan

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

JIM Pengantar Penyelidikan Operasi

Kriteria Belanjawan Modal

INTERAKSI 1 WAJ 3105 PPG

Transkripsi:

STATISTIK ASAS Nordin Tahir Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh

Statistik Asas Statistik asas merupakan satu teknik matematik untuk memproses, menyusun, menganalisis dan membuat kesimpulan tentang data yang berbentuk kuantitatif Dalam ujian dan peperiksaan, kaedah statistik digunakan untuk membuat analisis dan kesimpulan. Data yang dipungut ini biasanya tidak disusun dengan teratur. Untuk memudahkan kita merujuk kepada data ini, ia seharusnya direkodkan secara teratur dan sistematik.

Graf, Ogif, Histogram, Lengkung Taburan, dan Kekerapan Apabila skor ujian diperoleh daripada sekumpulan pelajar, ia biasanya akan berada dalam susunan rawak seperti yang ditunjukkan: 90, 56, 70, 70, 90, 70, 40, 56, 90, 86, 46, 57, 78, 90 Kesemua ini adalah skor-skor mentah. Oleh itu, seorang guru perlu mengorganisasi dan mempamerkan skor dalam bentuk yang teratur supaya ia lebih bermakna. Guru perlu membuat pengiraan mudah untuk mentafsirkan data secara tepat. Terdapat dua cara, iaitu taburan secara menaik dan menurun.

Taburan Secara Menaik dan Menurun Susunan Menaik: Data-data disusun daripada yang terendah kepada tertinggi seperti: 40, 46, 56, 56, 57, 70,70,70, 78, 86, 90, 90, 90, 90 Susunan Menurun: Data-data disusun daripada yang terendah kepada yang tertinggi. Contohnya: 90, 90, 90, 90, 86, 78, 70, 70, 70, 57, 56, 56, 46, 40

Taburan Kekerapan Skor 56% : 2 pelajar Skor 70% : 3 pelajar Skor 90% : 4 pelajar Bilangan pelajar yang memperoleh setiap skor tersebut dikatakan kekerapan Kekerapan merujuk kepada berapa kali sesuatu skor wujud dalam sesuatu taburan. Maka kekerapan untuk skor 90% ialah 4 (kekerapan tertinggi) manakala kekerapan untuk 56% ialah 2 (kekerapan terendah).

Jika mempunyai bilangan skor yang banyak, adalah berguna untuk dibina taburan kekerapan secara berkumpul serta graf taburan. Skor-skor dikumpulkan dalam sela kelas, dan bilangan skor yang ada dalam setiap sela digundalkan. Tanda-tanda gundal ini dikira untuk memperoleh kekerapan, iaitu bilangan skor dalam setiap sela kelas. Sebagai contoh, perhatikan bagaimana skor-skor berikut disusun dalam taburan kekerapan dengan julat kelas sebanyak 5. 33 12 6 45 27 25 11 37 22 16 48 26 37 21 3 26 14 34 22 19 40 24 22 15 32 24 27 30 23 31 19 24 27 20 33 14 27 20 29 23 31 22 16 36 27 9 28 25 17 29 13 18 44 12 28

Histogram (Graf Bar)

Poligon Kekerapan Poligon Kekerapan dibina dengan memplotkan titik di nilai tengah setiap sela kelas ke ketinggian selaras dengan bilangan kekerapan kelas berkenaan. Kemudian, sambungkan kesemua titik-titik dengan garis lurus. Titik awalan dan akhir harus berada pada paksi-x.

Kekerapan Himpunan (Ogif) Kekerapan himpunan ialah jumlah kekerapan data dan kekerapan data sebelumnya. Berdasarkan jadual di atas, kita boleh menentukan bilangan pelajar yang memperoleh skor yang sama atau kurang daripada sesuatu skor tertentu. Contohnya, bilangan pelajar yang memperoleh skor antara 15 19 skor atau kurang daripadanya ialah 16.

Lengkong Kekerapan Himpunan (Ogif) Lengkung taburan kekerapan himpunan juga dikenali sebagai ogif. Taburan kekerapan himpunan digunakan untuk melukis graf yang dinamakan ogif untuk mentafsir data yang diperoleh. Untuk melukis ogif, nilai data berada di paksi-x, manakala kekerapan himpunan berada pada paksi-y. Ogif yang dilukis di bawah berdasarkan Jadual di atas.

Lengkung Taburan Normal Lengkung taburan normal berbentuk loceng jika skor-skornya bertaburan normal. Kawasan di bawah lengkung mewakili semua skor (100%) di mana 50% daripada skor berada di atas min dan 50% daripada skor pula berada di bawah min. Manakala, min, median dan mod adalah sama. Kebanyakan skor berhampiran dengan min dan semakin jauh sesuatu skor daripada min bermaksud kurangnya bilangan calon yang memperoleh skor tersebut.

Taburan Pencong Positif Dalam konteks pengujian dan penilaian bilik darjah, kemungkinan kita tidak akan dapat satu lengkung taburan normal. Contohnya, taburan pencong positif merujuk kepada susunan ketiga-tiga ukuran kecenderungan memusat dari kiri ke kanan ialah: pertama, mod, iaitu nilai terendah; kemudian, median, iaitu nilai tengah; dan akhirnya, min, iaitu nilai tertinggi.

Taburan Pencong Negatif Bagi taburan pencong negatif pula, susunan ketiga-tiga ukuran kecenderungan memusat dari kiri ke kanan adalah : pertama, min, iaitu nilai terendah; kemudian, median, iaitu nilai tengah; dan akhirnya, mod, iaitu nilai tertinggi.

Min, Median, Mod ( Ukuran Kecenderungan Memusat) Ia merujuk kepada satu nilai purata sesuatu set skor. Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan memusat, iaitu min, median dan mod. Min menunjukkan purata markah yang diperoleh oleh pelajar dalam sesuatu ujian. Ia juga menggambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan memberbandingkan prestasi antara pelajar atau kumpulan dalam ujian yang sama. Min juga berguna semasa mengira sishan piawai dan skor sishan; Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu taburan. Simbol statistik mod ialah M0; Median ialah skor tengah dalam satu susunan taburan menaik atau menurun. Median boleh dikirakan dengan membahagikan satu set skor yang tersusun kepada dua bahagaian yang sama.

Pengiraan Min Pengiraan min itu penting kerana ia memudahkan kita menggunakan formula statistik untuk mengira sisihan piawai, skor Z dan skor T. Untuk data tidak terkumpul, min dikira dengan menjumlahkan semua skor dalam set, kemudian bahagikan jumlah ini dengan bilangan skor. Contohnya, min untuk skor-skor 70, 85 dan 100 dalam satu ujian ialah: 70+85+100 = 85 3 Min data dikira dengan menggunakan rumus yang berikut:

Contoh: Dalam satu ujian Matematik, skor untuk 10 orang pelajar adalah: 35, 42, 55, 67, 75, 88, 90, 94, 96 and 98. Kirakan min dengan menggunakan formula di atas. Min digunakan secara meluas kerana ia mengambil kira semua skor dalam taburan dan ia sangat jitu. Contohnya, min digunakan oleh guruguru untuk mengira nilai purata skor yang diperoleh oleh pelajar-pelajar dalam ujian buatan guru.

Pengiraan Min untuk Data Terkumpul Pengiraan min untuk data terkumpul lebih kompleks. Contohnya;

Median Median ialah skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau nilai purata dua skor di tengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap dalam satu susunan taburan menaik atau menurun. Sebagai contoh, median untuk skor ujian ejaan (40,56,35,70,94) dan ujian penulisan (55,62,96,45,76,80) adalah berikut: Median berguna jika terdapat skor yang ekstrim (melampau) dalam sesuatu taburan. Contohnya, terdapat 3 skor dalam sesuatu ujian, iaitu 20, 20 dan 80. Walaupun min taburan ini ialah 40, tetapi ini tidak menggambarkan ukuran kecenderungan memusat. Dalam kes ini, nilai median 20 adalah lebih berguna sebagai ukuran kecenderungan memusat.

Mod Nilai mod pula boleh diperoleh dengan menyusun data yang tidak terkumpul itu secara menaik atau menurun. Mod ( Mo ) adalah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu taburan. Satu taburan mungkin mempunyai satu atau lebih mod atau tidak mempunyai mod langsung. Mari kita perhatikan skor-skor ujian Matematik berikut: Contoh 1: 76, 55, 34, 80, 60, 95, 70 Taburan skor ini tidak mempunyai mod Contoh 2: 86, 70, 59, 70, 75, 68, 70 Taburan skor ini mempunyai satu mod (unimod) sahaja. Nilainya ialah 70. Contoh 3: 76, 62, 54, 68, 62, 54, 88, 71 Taburan skor ini mempunyai dua mod (dwi-mod). Nilai mod ialah 62 dan 54. Mod memberi satu gambaran umum tentang taburan. Sebagai contoh, dalam penghasilan baju-t, pengetahuan tentang mod akan membantu pengusaha menentukan saiz baju-t yang paling dikehendaki.

Sisihan Piawai Selain daripada mengetahui tentang ukuran kecenderungan memusat, kita perlu juga mengetahui berapa jauh skor-skor itu tersebar, iaitu sisihan piawai. Terdapat dua kaedah mengira Sisihan Piawai iaitu: 1. Sisihan Piawai untuk Data Tidak Terkumpul 2. Sisihan Piawai untuk Data Terkumpul

Sisihan Piawai untuk Data Tidak Terkumpul Cuba faham contoh di bawah: Skor untuk 5 orang pelajar ialah 1,2,3,4, dan 5

Sisihan Piawai untuk Data Tidak Terkumpul Contoh 2 : Mengira sisihan piawai untuk satu set skor yang tidak terkumpul.

Sisihan Piawai untuk Data Terkumpul Untuk data terkumpul rumus yang digunakan adalah seperti berikut:

Contoh: Jadual di bawah menunjukkan data terkumpul untuk satu ujian sains. Cuba kirakan sisihan piawai.

Pentafsiran Nilai Sisihan Piawai Sisihan Piawai ialah ukuran kebolehubahan atau sebaran skor-skor. Ia merupakan sejauh mana skor berubah keliling min. Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil sebaran skor dalam taburan. Ini membawa implikasi bahawa data adalah berhampiran antara satu sama lain (homogen). Begitu juga, semakin besar nilai sisihan piawai, semakin besar sebaran skor dalam taburan. Ini bermakna data adalah tersebar luas antara satu sama lain (heterogen).

Kira sisihan piawai skor-skor berikut dan tafsirkan nilai sisihan piawai yang diperoleh bagi skor-skor berikut: 4, 7, 9, 3, 2 Sisihan piawai ialah 6.8, di mana ia kurang daripada 10. Nilai kecil menunjukkan bahawa kebanyakan skor adalah berhampiran dengan min 5. Ini bermaksud bahawa taburan bercorak homogen dan skor-skor tidak tersebar luas.

Skor Piawai Skor piawai menunjukkan kedudukan sesuatu skor dari segi berapa sisihan piawai skor tersebut berada di atas atau di bawah min taburan. Dan ia biasanya diwakili dengan skor-z atau skor-t. Skor-z dikira dengan menggunakan rumus berikut: Z = ( X X ) Skor-t dikira dengan menggunakan rumus berikut: t = 50 + 10z

Contoh: Skor untuk 5 orang pelajar dalam satu ujian ialah 5,8,10,4 dan 3. Cari skor-z dan skor-t untuk pelajar yang mempunyai 10 markah.

Pentafsiran Skor-z Sebagai contoh, Abdullah mempunyai skor sebanyak 55 dalam ujian Matematik; skor purata kumpulan normal ialah 60 dan sisihan piawai 15. Maka skor piawai Abdullah ialah: z = 55 60= - atau 1-0.33 15 3 Ini bermaksud skor Abdullah adalah satu pertiga sisihan piawai daripada min. Tanda negatif menunjukkan bahawa ia adalah satu pertiga sisihan piawai di bawah min. Bagi contoh kedua, katakan Abdullah mempunyai skor sebanyak 75 dalam satu ujian Sains; purata skor untuk kumpulan normal ialah 65 dan sisihan piawai ialah 10. Maka skor piawai Abdullah ialah: z = 75 65= 1 10 Ini bermakna Abdullah adalah satu sisihan piawai daripada min. Tanda positif menunjukkan bahawa ia adalah satu sisihan piawai di atas min.

Pentafsiran Skor-t Skor-t lebih biasa digunakan berbanding dengan skor-z untuk pelaporan keputusan ujian kerana ia menghasilkan integer positif. Ia juga lebih kerap digunakan untuk melapor prestasi ujian seseorang sebagai skor-t 33 berbanding dengan pelaporan prestasi yang sama dalam skor-z sebagai 1.7. Sebenarnya, kedua-dua skor ini adalah sama. Memandangkan skor-t sentiasa mempunyai min 50 dan sisihan piawai 10, maka, skor-t boleh ditafsir secara langsung.

Latihan 1. Cari mod untuk data berikut: 54, 76, 69, 54, 74, 88, 74, 65, 74 2. Skor yang diperoleh oleh 12 orang pelajar dalam ujian Sains yang ditadbir oleh guru adalah seperti berikut: 35, 23, 55, 35, 65, 67, 55, 35, 98, 88, 92, and 72 Kira min, median dan mod bagi skor-skor di atas. 3. Berikut adalah skor-skor untuk 6 orang pelajar dalam ujian Sains: 8, 10, 7, 12, 6, 11 Cari skor-z dan skor-t untuk pelajar yang mempunyai skor 7. 4. Jadual di atas menunjukkan keputusan Ali dan Fatimah dalam ujian-ujian Matematik dan Sains. - Kira skor-z dan skor-t untuk Ali dan Fatimah dalam Matematik dan Sains - Dengan menggunakan skor-z dan skor-t, bandingkan prestasi Ali dan Fatimah dalam Matematik dan Sains