Bab 5: Etika Agama Shinto

dokumen-dokumen yang mirip
Latar Belakang Shinto

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

Agama Buddha. i. Ia berasal dari negara India pada kurun ke-6 SM dan diasaskan oleh Gautama Buddha sebagai salah satu interpretasi agama Hindu.

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bab 1: Etika. 1.1 Pengenalan. Pada akhir bab ini, anda akan dapat:

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

Bab 6: Etika Agama Kristian

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kesetiaan kepada Syarikat

BAB 4: ETIKA Confucianisme

MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH ( CAWANGAN PULAU PINANG ) MODUL PENILAIAN S.P.M 2011 PENDIDIKAN MORAL. Dua jam tiga puluh minit

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

CHIA CHONG YANG A143398

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SULIT 1225/1 Pendidikan Moral Sept 2012 PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 PENDIDIKAN MORAL

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

PENDIDIKAN KESIHATAN

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Tatakelakuan. Pembekal

BAHAGIAN A (80 markah) Jawab semua soalan PERTANIAN ORGANIK. Pertanian mesra alam Tiada penggunaan baja kimia

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Bab 8: Kesejagatan Etika di Asia

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Model Pengurusan Strategik

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

Perlaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah Pendidikan MORAL Tingkatan 2

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

Definisi Etika TAJUK 4 : ETIKA ISLAM DALAM SAINS & TEKNOLOGI. Etika Islam Dalam Sains & Teknologi

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Penggerakkan Doa Kesatuan Doa (PU) Cadangan dan Peraturan Asas

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

BIDANG PEMBELAJARAN 2 NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN TIGA 2015

TEMA 1: RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ARAHAN: ( )

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Pengenalan kepada Ekonomi

Transkripsi:

Bab 5: Etika Agama Shinto Pada akhir bab ini, anda akan dapat: Menakrifkan konsep etika dari aspek kepercayaan Shinto; Membandingkan etika falsafah ini dengan falsafah lain; Memahami perspektif etika Shinto dalam kehidupan seharian kita; dan Membezakan antara perkara yang beretika dan perkara yang tidak beretika. 5.1 Pengenalan Bab ini akan membincangkan agama purba Japan yang dikenali sebagai Shinto serta perhubungannya dengan budaya Jepun dan peranannya dalam membentuk masyarakat, terutamanya masyarakat Shinto yang secara umumnya menganuti agama Shinto. Pengaruh agama Shinto dapat dilihat dalam aspek etika, kerohanian, kekeluargaan, struktur sosial, kesukanan dan kesenian kehidupan Jepun. Masyarakat Jepun telah menggabungkan aspek tertentu agama Shinto dan Buddha. Ini bermakna bahawa agama Shinto dan Buddha diamalkan secara serentak di negara Jepun. 83% daripada masyarakat Jepun menganuti agama Shinto dan 76% menganuti agama Buddha. Shinto atau Shintoism adalah agama unik yang berasal daripada negara Jepun tetapi asalusulnya tidak diketahui. Ramai yang berpendapat bahawa agama ini berasal daripada Jepun. Hampir semua masyarakat Jepun mengamalkan amalan Shinto tertentu kerana unsur-unsur Shinto sudah sebati dengan budaya negara ini. Pada masa ini, Shinto merupakan agama utama Jepun. Mengikut ajaran Shinto, maharaja Jepun berketurunan terus daripada Amaterasu. Oleh sebab ini, maharaja dihormati oleh setiap ahli masyarakat. Shinto sentiasa dikaitkan dengan keluarga Diraja Jepun dan kerajaannya.

5.2 Latar Belakang Shinto Istilah Shinto merupakan gabungan dua perkataan Cina, iaitu Shen yang bermaksud Tuhan atau Ketuhanan dan Dao yang merujuk kepada laluan, jalan, gaya hidup atau falsafah hidup. Oleh hal yang demikian, boleh dikatakan bahawa Shinto bermaksud Laluan ke arah Ketuhanan atau kami no michi dalam Bahasa Jepun. Namun demikian, sesetengah ahli ilmiah telah mencadangkan bahawa istilah ini tidak patut dialih bahasa kerana konsep tidak dapat dirangkumi dalam satu istilah yang dapat menggamabrkan keseluruhan maksudnya. (Shen Dao) Kerohanian Tuhan (wujud dalam semua benda dan menjelma sebagai berbagai bentuk) Falsafah (falsafah hidup, gaya hidup dan kod etika) Laluan ke arah Ketuhanan Kami no Michi (Kami Tuhan atau ketuhanan, Michi Laluan atau Jalan) Menghormati semua ciptaan Tuhan Perlakuan yang betul Kepekaan Kesucian Keikhlasan Kebersihan Rajah 5.1: Ringkasan Maksud Shinto Agama Shinto agak unik berbanding dengan agama lain kerana ia mempunyai ciri-ciri tersebut: Tiada pengasas Tiada kitab bertulis Tiada badan perundangan agama Tiada kod nilai dan moral yang ketat

Mempunyai badan kepaderian yang diorganisasi secara longgar Shinto menekankan keharmonian kecantikan alam semulajadi dan penghayatan realiti yang dilihat. Tuhan-tuhan utama dalam agama ini bernama Kami dan Amaterasu. (a) Kami Tuhan atau prinsip ketuhanan Wujud dalam semua ciptaan dan boleh mengambil sebarang bentuk misalnya batubatuan, tumbuh-tumbuhan, air, haiwan, manusia dan sebagainya. Diletakkan di kuil dan tempat-tempat suci Shinto. Sesetengah keluarga tradisional di Jepun juga meletakkan Kami di dalam rumah mereka di atas Kami-dana ( pelantar Kami ), di mana patung yang melambangkan kami diletakkan di tengah-tengah tempat menyembah ini. (b) Amaterasu Dewi Matahari yang menyatukan dewa-dewi lain. Mempunyai kedudukan yang tertinggi. Sebelum seseorang itu memasuki kuil Shinto, dia perlu melalui torii, iaitu pintu gerbang Shinto. Dipercayai bahawa sesiapa yang melalui torii akan meninggalkan dunia sebenar dan memasuki dunia yang tidak terbatas. Penganut-penganut Shinto mempercayai bahawa mereka akan meninggalkan segala dosa duniawi apabila mereka melalui torii ini. Rajah 5.2: Torii di hadapan sebuah kuil di Gunung Hakone Penganut agama Shinto turut mempercayai bahawa alam sekitar merupakan manifestasi kuasa Tuhan dan bahawa Tuhan menguasai alam sekitar. Oleh itu, nilai-nilai seperti menghormati alam sekitar, kebersihan, kejujuran dan sebagainya telah meresap ke dalam budaya dan kehidupan masyarakat Jepun. Shinto mempunyai dua kitab suci yang sebelum ini hanya wujud secara lisan sahaja. Kitabkitab ini mengisahkan sejarah, geografi dan sastera Jepun purba. Kitab-kitab ini adalah:

Kojiki atau Rekod Hal-Hal Purba Nihon-gi atau Tawarikh Jepun Jepun mengamalkan empat jenis Shinto seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Koshitsu Shinto (Shinto Imperial) Ibadah utama dilaksanakan oleh maharaja. Perayaan terpenting adalah niinamei-sai (pesta menuai). kesemua Jinja Shinto (Shinto Kuil) Merupakan Shinto yang tertua. Hampir kesemua Shinto yang diamalkan hari ini merupakan Shinto kuil. Ahlinya terdiri oleh hampir 80,000 kuil. terbentu Shuha Shinto (Shinto Bermazhab) Terdiri oleh 13 mazhab utama yang terbentuk semasa kurun ke-19. Aktiviti keagamaan dijalankan di dewan mesyuarat dan bukan kuil. Minzoku Shinto (Shinto Rakyat) Merupakan sebahagian daripada budaya dan kepercayaan tradisi Jepun. Tidak mempunyai mempunyai organisasi yang formal. Merupakan amalan dan ibadat di kampung-kampung tempatan. 5.2.1 Shinto dan Nasionalisme Jepun Pengaruh Shinto bertambah selepas pemulihan imperial Meiji. Pada masa tersebut, Shinto merupakan agama rasmi persekuruan dan mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan. Pemulihan Meiji telah membawa kepada penyusunan semula sistem sosial dan politik negara Jepun: Maharaja merupakan ketua negara yang memegang kuasa mutlak ke atas negara dan masyarakatnya Sistem baru ini berasaskan sebuah unit keluarga tradisional. Bapa merupakan ketua keluarga dan semua ahli keluarga bekerjasama demi kepentingan bersama. Masyarakat Jepun bersatu di bawah bapa-maharaja dan bekerjasama demi kepentingan negara. Pada masa itu, agama Shinto menerima sokongan yang kuat daripada kerajaan. Matlamatnya adalah untuk memupuk semangat nasionalisme antara masyarakat serta memupuk kesetiaan kepada maharaja dan negara. Shinto menekankan kepentingan

kesetiaan kepada negara. Kerajaan ketenteraan telah menggunakan agama Shinto untuk mengembangkan kawasan mereka. Selepas penewasan Jepun pada Perang Dunia Kedua, Maharaja Hirohito telah melepaskan status ketuhanannya. Namun demikian, Shinto masih berkait rapat dengan sistem nilai Jepun serta gaya hidup dan pemikiran masyarakat Jepun. (a) Apakah maksud Shinto? (b) Apakah maksud Kami? (c) Namakan empat jenis agama Shinto yang diamalkan di Jepun. 5.3 Prinsip dan Asas Etika Shinto merupakan agama negera Jepun tetapi ia dipengaruhi oleh agama-agama tertentu seperti: Buddha Confucianisme Taoisme Neo-Confucianisme Zen Agama yang paling mempengaruhi agama Shinto adalah agama Buddha dan Confucianisme. Shinto wujud bersama dengan agama Buddha dan Confucianisme. Nilai-nilai etika Confucianisme berpengaruh besar ke atas masyarakat Jepun dan nilai-nilai Shinto. Penganut agama Shinto secara umumnya mematuhi kod etika Confucianisme. Ciri-ciri etika Shinto: Menggalakkan kehidupan yang bersederhana dan harmoni antara Kami, alam sekitar dan manusia Berdasarkan kepentingan bersama dan bukan kepentingan individu Menekankan amalan, sikap dan kepekaan yang betul Menekankan ketaatan kepada Kami serta kesyukuran kepadanya kerana rezeki yang diberi serta kemurahan hati nenek moyang Bersikap positif dan memfokus kepada masa kini Mempercayai bahawa manusia adalah secara nalurinya bersikap baik, dilahirkan suci dan berpandangan jelas, manakala sebarang kejahatan atau keburukan merupakan cabaran sementara dan mesti ditangani Makoto merujuk kepada etika keseluruhan alam Shinto. Rajah 5.4 membincangkan ciri-ciri makoto:

Etika keseluruhan Shinto (makoto): Nafsu yang bersifat mementingkan diri, perasaan benci dan hasad dengki patut ditangani kerana ia membuka pintu kepada kejahatan. Kebaikan wujud melalui keharmonian dalaman, keikhlasan hati, niat yang baik dan semangat bekerjasama. 5.3.1 Asas Etika Shinto -Menghargai setiap detik yang berlalu dan memastikan bahawa setiap saat itu bernilai -Berusaha dengan sepenuhnya dan bukannya berharap kepada takdir sahaja Rajah 5.4: Ciri-ciri Makoto Etika Shinto dipengaruh oleh agama Buddha dan Confucianisme. Secara umumnya, asas kepada etika Shinto berasal daripada kedua-dua agama ini. Shinto agak fleksibel dalam menerima pengaruh ajaran serta kod etika daripada agama-agama lain dan menggabungnya dalam ajaran sendiri. 5.3.1.1 Pengaruh Agama Buddha dalam Etika Shinto Agama Buddha telah diperkenalkan ke negara Jepun pada kurun ke-6. Kedatangannya ini telah membawa kepada penyerapan unsur-unsur agama Buddha tertentu oleh agama Shinto. Kebanyakan daripada tempat-tempat suci yang digunakan untuk kuil Shinto turut digunakan untuk kuil Buddha. Perbezaan antara agama Shinto dan agama Buddha yang diamalkan di Jepun agak kabur kerana terdapat banyak unsur-unsur yang dikongsi bersama.

Misalnya, masyarakat Jepun akan ke kuil Shinto untuk upacara yang berkaitan dengan meraikan kehidupan, misalnya kelahiran anak dan perkahwinan, tetapi untuk upacara kematian pula, mereka akan ke kuil Buddha. Terdapat peribahasa Jepun yang berbunyi demikian: Lahir sebagai (penganut) Shinto dan mati sebagai (penganut) Buddha. Secara lazimnya, agama Shinto tidak berapa menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan kematian dan kecenderungan ini dapat dilihat dalam kehidupan seharian masyarakat Jepun. Contohnya, agama Shinto merupakan pilihan mereka untuk meraikan kelahiran anak, akil baligh dan perkahwinan. Manakala mereka lebih cenderung memilih agama Buddha bagi hal-hal yang berkaitan dengan kematian kerana agama ini menangani kematian secara positif. 5.3.1.2 Pengaruh Confucianisme dalam Etika Shinto Confucianisme diperkenalkan ke negara Jepun pada sekitar kurun ke-5. Confucianisme telah diserapkan ke dalam budaya Jepun semenjak kedatangannya dan ia amat berpengaruh dalam etika Shinto serta budaya Jepun. Etika Confucianisme seperti toleransi, menghormati golongan yang berumur, mematuhi pihak berkuasa dan sebagainya disanjung tinggi oleh masyarakat Jepun. Kebanyakan daripada nilanilai ini, terutamanya nilai keharmonian, masih dipentingkan oleh masyarakat Jepun pada hari ini. Berikut merupakan lima prinsip etika Confucianisme yang telah mempengaruhi etika Shinto: (i) Pemerintah dan Masyarakat Masyarakat harus taat dan setia kepada pemerintah (ii) Suami dan Isteri Isteri harus taat dan setia kepada suaminya. (iii) Ibu Bapa dan Anak Anak harus setia kepada ibu bapanya, menjaga mereka ketika mereka berumur dan taat kepada perintah mereka. (iv) Golongan Berumur dan Golongan Muda Golongan muda perlu menghormati golongan berumur dan taat kepada mereka. (v) Sahabat dan Sahabat Sahabat perlu setia, jujur dan sanggup berusaha demi kepentingan sahabat mereka. (a) Terangkan asas kepada etika Shinto. (b) Agama Shinto telah menerima pengaruh daripada beberapa agama lain. Namakan agama-agama ini.

5.3.2 Prinsip-Prinsip Etika Shinto Sistem etika yang dimiliki oleh sesuatu masyarakat akan berubah mengikut perkembangan masyarakat tersebut. Prinsip agama Shinto merupakan dasar kepada budaya, struktur kekeluargaan, kod etika, struktur negara serta kesenian Jepun. Secara keseluruhannya, matlamat Shinto adalah untuk menegakkan keharmonian dan kesucian dalam semua arena kehidupan. Prinsipnya yang paling asas sekali adalah ketaatan kepada Kami. Penganut agama Shinto berusaha untuk hidup menurut jalan digalakkan oleg Kami supaya dapat mengekalkan perhubungan yang baik dengannya. Mengikut ajaran Shinto, manusia sebenarnya berketurunan daripada Shinto. Oleh itu, manusia dapat mengenali dan membezakan antara kebaikan dan keburukan secara naluri. Agama Shinto mempercayai bahawa manusia dilahirkan dengan kebaikan dan bahawa dunia ini penuh dengan kebaikan. Kejahatan dan keburukan merupakan unsur yang datang daripada luar dunia ini. Agama Shinto menekankan empat prinsip yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5 ini. Prinsipprinsip ini memainkan peranan penting dalam kehidupan penganut agama Shinto. Rajah 5.5: Empat Shinto Utama Shinto keluarga, Keharmonian: Keharmonian dan kewujudan bersama dalam masyarakat, community, isi rumah dan keluarga serta alam sekitar. Keharmonian mendatangkan rezeki kepada keluarga dan masyarakat. Ia lebih penting daripada kehendak dan keperluan individu. Kesucian: Terdapat dua jenis kesucian yang utama, iaitu kesucian luaran (fizikal, misalnya kesucian badan) dan kesucian dalaman (rohani, misalnya kesucian hati). Kesucian juga merangkumi kebaikan, kebenaran, kecantikan, kesucian minda dan kejujuran dalam amalan peribadi. Seseorang itu patut menhindari daripada pencemaran seperti penyakit atau kematian, serta perbuatan anti-sosial seperti membunuh atau berzina. Sebarang pencemaran atau dosa boleh disucikan melalui ibadat. Keikhlasan: Keikhlasan dan kesopanan merupakan penghapusan nafsu yang bersifat mementingkan diri. Menekankan makoto no kokoro atau magokoro yang bermaksud keikhlasan dan kesucian hati serta kesolehan niat dan berusaha sebaik mungkin dalam kerja, perhubungan dengan orang lain, serta perhubungan dengan Kami. Komuniti: Menghargai kesinambungan dan pembangunan demi kepentingan semua. Konsep dosa dan nilai etika bergantung kepada sistem nilai komuniti tersebut. Ahli komuniti perlu melepaskan kehendak peribadi demi keperluan semua. Sikap individualisme dan egoisme tidak diterima.

Imbas kembali agama-agama yang telah anda pelajari, termasuklah agama anda sendiri. Adakah agama-agama ini mempengaruhi agama lain? Bincangkan bagaimana agama Shinto menggabungkan unsurunsur daripada agama lain tanpa wujudnya konflik dalam ajarannya. (i) Namakan empat prinsip asas dalam etika agama Shinto. (ii) Mengapakah keharmonian begitu penting dalam agama Shinto? (iii) Terangkan dua jenis kesucian yang wujud dalam agama Shinto. 5.4 Etika Agama Shinto dalam Konteks Diri dan Keluarga Unit keluarga atau sistem klan dikekalkan dengan rapi dalam masyarakat Jepun kerana ia mementingkan identiti bersama. Setiap keluarga dan klan mempunyai kuilnya sendiri di mana mereka akan menyembah moyang mereka serta dewa-dewi dan meminta pertolongan daripada mereka. Setiap ahli keluarga dihormati dan tanggungjawab mereka untuk menjaga perhubungan antara setiap ahli serta meneruskan keluarga mereka. Peristiwa seperti kelahiran, akil baligh dan perkahwinan amat dipentingkan. Adat resam agama Shinto menekankan kedudukan kaum lelaki yang lebih superior dan berkuasa. Adat resam dan hierarki kekeluargaan mengikut agama Shinto ditunjukkan dalam Rajah 5.6. di bawah. Rajah 5.6: Adat Resam dan Hierarki Kekeluargaan mengikut Agama Shinto

Nenek Moyang : Disembah dan dipuja dengan harapan yang mereka akan memberi pertolongan dan perlindungan. Ibu bapa: Ketua keluarga (suami). Dihormati dan dihargai. Anak lelaki sulung: Bakal ketua keluarga. Tinggal bersama ibu bapa dan menjaganya pada hari tua mereka. Anak lelaki lain: Menghormati ahli keluarga dan abang. Perlu menyumbang kepada keluarga. Anak perempuan: Mengikut tradisi Jepun, anak perempuan selalunya akan inferior dan berstatus rendah berbanding dengan lelaki. Nilai-nilai agama Shinto yang digalakkan antara diri dan keluarga adalah seperti berikut: (a) Taat dan setia kepada ibu bapa (b) Hidup secara bersederhana. (c) Ihsan. (d) Mencari ilmu, memupuk kesenian dan menjaga kepentingan bersama. (e) Bersedia untuk melindungi negara sekiranya perlu atau sekiranya berlaku darurat. 5.5 Etika Agama Shinto dari segi Sosial dan Interpersonal Etika agama Shinto menekankan keharmonian sosial dan ini termasuk nilai-nilai salingmempercayai sahabat, kesederhanaan dan sikap berhemah, kesaudaraan, pembangunan intelektual masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat secara umumnya. Mengikut ajaran agama Shinto, apa sahaja yang menggembirakan komuniti adalah baik dan sebaliknya.

Ketaatan kepada maharaja serta kesetiaan kepada negara dan masyarakat merupakan nilai sosial yang terpenting dalam masyarakat Shinto Jepun. Rakyatnya bersatu padu ke arah kejayaan negara. Pada kurun ke-17, ramai ketua tentera telah berusaha untuk menjauhi pengaruh agama Buddha dan Confucianisme dan telah mereka kod etika yang dikenali sebagai Bushido atau Jalan Para Pahlawan, seperti ditunjukkan oleh Rajah 5.7. Hormat Keberanian Kesetiaan Ketaatan Kesopanan Kebenaran Keikhlasan Bermurah hati Kejujuran Rajah 5.7: Kod Etika Bushido Bushido membincangkan gaya hidup ideal bagi seorang samurai. Mengikut ajaran bushido, adalah lebih baik sekiranya seorang samurai membunuh diri daripada mencemarkan namanya, dimalukan atau sebagai cara menunjuk perasaan. Struktur sosial Jepun adalah berasaskan hierarki dan masyarakat Jepun mempunyai kod etika dan kesopanan yang amat formal. Kod etika ini dikenakan kepada berbagai aspek kehidupan termasuk susunan tempat duduk, kata ganti nama, tundukan hormat dan sebagainya (lihat Rajah 5.8). Bahasa juga tertakluk kepada kod etika ini. Keigo merupakan sebuah sistem bahasa sopan yang digunakan dalam kehidupan seharian pentutur Bahasa Jepun. Ketinggian keigo yang digunakan bergantung kepada umur, status sosial dan jantina orang yang sedang berkomunikasi. Rajah 5.8: Etika Jepun Menunduk Hormat

Pengaruh Confucianisme dalam agama Shinto telah membawa kepada nilai-nilai moral yang diterapkan dalam budaya Jepun seperti menghormati golongan yang lebih berumur. Budaya Jepun menekankan memberi salam dengan cara yang betul dan sopan kerana ini merupakan lanjutan daripada konsep kotodama (iaitu bahawa bahasa boleh mendatangkan kesan yang ajaib). Ini merupakan sebahagian daripada gaya hidup masyarakat Jepun. Amalan sosial and interpersonal Shinto telah melahirkan budaya yang kaya dengan perasaan hormat, disiplin dan bermaruah tinggi. Layari laman web ini untuk mempelajari mengenai Bushido dengan lebih lanjut. http://ms.wikipedia.org/wiki/bushido Apakah pendapat anda mengenai konsep ini? Adakah anda bersetuju dengannya atau tidak? Bincangkan bersama-sama dengan rakan-rakan anda. (i) Jelaskan impak struktur sosial yang formal ini ke atas masyarakat Shinto. (ii) Apakah kod etika Bushido? (iii) Mengapakah Bushido menggalakkan pembunuhan diri?

5.6 Etika Agama Shinto dalam Konteks Perniagaan, Penggunaan dan Perdagangan Zaman pengindustrian Jepun bermula selepas pemulihan Meiji. Pemulihan Meiji membawa kebangkitan minat terhadap Shinto dan nilai etikanya. Jepun merupakan negara yang ketinggalan zaman tanpa kuasa antarabangsa. Selepas kedatangan perindustrian dan penerimaan teknologi baru dari negara-negara Barat, Jepun telah membangun menjadi antara negara perindustrian yang termaju di dunia kerana struktur baru yang diperkenalkan ketika pemulihan Meiji. Anjakan paradigma yang menekankan kepentingan maharaja dan isi rumah telah menyebabkan negara ini berkembang dengan pesat. Pemusatan perindustrian Jepun merupakan faktor utama yang meyumbang kepada kepesatan perkembangan perindustriannya. Ini mungkin tidak akan berlaku tanpa organisasi politik yang dilancarkan pada zaman pemulihan Meiji. Nilai etika Shinto dan kesannya ke atas sesuatu tempat kerja atau perniagaan disenaraikan dalam Jadual 5.1. Jadual 5.1: Etika Shinto di Tempat Kerja/Perniagaan Etika Shinto Menghormati golongan yang lebih berumur dan berkuasa Kesetiaan Keikhlasan dan Saling Hormat- Menghormati Tanggungjawab Sosial Urusan yang adil dan jujur Kesan ke atas Tempat Kerja/Perniagaan Golongan yang muda atau berpangkat rendah perlu menghormati golongan yang lebih superior melalu gaya percakapan dan peradaban mereka. Golongan yang lebih berumur lebih cenderung dinaikkan pangkat atau dinaikkan gaji. Pekerja Jepun sangat setia kepada syarikat mereka dan menganggap syarikat mereka sebagai sebahagian daripada keluarga mereka. Mereka bekerja keras demi kejayaan syarikat. Masyarakat Jepun juga mengamalkan budaya penggajian sepanjang hayat. Setiap pekerja bekerha keras demi kepentingan semua dan ini akan membantu membina perhubungan yang rapat (namun demikian ini tidak semestinya berlaku di kalangan wanita). Syarikat digalakkan mengamalkan budaya ketelusan maklumat supaya masyarakat dapat mengakses maklumat ini sekiranya perlu. Setiap urusan perniagaan perlu dijalankan dengan adil. Etika perniagaan Jepun melarang

daripada sebarang monopoli. Setiap syarikat digalakkan mengamalkan perniagaan yang adil, telus dan persaingan bebas. Keharmonian Keharmonian dan mengelak daripada berlakunya konflik merupakan antara nilau yang terpenting dalam etika perniagaan Jepun. Struktur yang bersifat hierarki dan berstruktur Zaibatsu, sebuah konglomerat industri perniagaan dan kewangan Jepun, adalah ibarat bapa sebuah keluarga di mana syarikatsyarikat dan cawangannya adalah ibarat anakanaknya. Keikhlasan Pekerja cenderung mengorbankan masa lapang mereka demi kepentingan syarikat dan sanggup bekerja tanpa berehat. Mereka jarang bercuti. Secara umumnya, masyarakat Jepun sanggup bekerja keras demi kepentingan dan kejayaan syarikat mereka dan bukan kepentingan sendiri. (a) Terangkan konsep Zaibatsu. (b) Mengapakah kesetiaan begitu diutamakan dalam dunia perniagaan Jepun? 5.7 Etika Agama Shinto dan Bidang Perubatan, Sains dan Kesihatan Jepun telah mengembangkan etika perubatannya sendiri yang berasaskan kepercayaan Shinto. Berikut merupakan segelintir daripada isu yang dihadapi dalam perubatan Jepun: (a) Menderma organ dilarang sama sekali oleh agama Shinto kerana kesucian dan keutuhan fizikal amat dipentingkan. Mengikut ajaran Shinto, sebarang sentuhan dengan mayat akan membawa nasib malang dan mayat dianggap tidak suci. (b) Kebanyakan daripada masyarakat Jepun, termasuklah segelintir daripada komuniti perubatan, enggan menerima standard mati otak yang merujuk kepada golongan yang memerlukan mesin sokongan hayat. (c) Masyarakat Jepun mempercayai bahawa pengguguran anak merupakan sesuatu keperluan yang amat mendukacitakan. Kuil-kuil menjual patung dan azimat bagi melambangkan permohonan maaf si ibu bapa kepada si anak yang digugurkan. (d) Agama Shinto bersifat toleransi terhadap membunuh diri dan euthanasia.

(a) Mengapakah Shinto melarang pendermaan organ? Berikan tiga sebab. (b) Apakah tanggapan masyarakat Jepun mengenai pengguguran anak? 5.8 Etika Agama Shinto dan Alam Sekitar Shinto merupakan kepercayaan yang berasaskan alam semulajadi. Kebanyakan daripada kepercayaan dan ibadahnya berkait rapat dengan alam semulajadi. Penganut agama Shinto mempercayai bahawa hasil daripada usaha mereka merupakan sebahagian daripada alam semulajadi. Etika Shinto sentiasa memupuk perasaan mencintai alam sekitar. Shinto mempercayai bahawa alam semulajadi adalah suci dan bahawa seseorang itu dapat mendekati Kami melaluinya. Sehubungan dengan itu, masyarakat Jepun mencintai alam persekitaran mereka dengan penuh kesetiaan. Penganut Shinto mempercayai bahawa manusia, alam semulajadi dan Kami merupakan sebahagian daripada alam semesta dan bahawa bumi dan alam sekitar merupakan anak kepada Kami. Segala makhluk di dunia berasal daripada Kami dan kehidupan semua makhluk terikat kepada Kami. Penebangan hutan merupakan masalah yang kian meruncing di seluruh dunia. Namun demikian, hampir separuh daripada tanah di Jepun masih berhutan kerana pengaruh Shinto yang menekankan kehidupan yang berharmoni dengan alam semulajadi. Lihat Rajah 5.9. Rajah 5.9: Taman Negara Fuji-Hakone-Izu

Berdasarkan sistem nilai Shinto, gunung-ganang dianggap sebagai ciptaan yang suci. Kepercayaan ini membawa kepada pemuliharaan hutan gunung dan pemuliharaan ekosistem. Walaupun kepercayaan Shinto telah membawa kepada pemuliharaan alam semulajadi, sesetengah daripada amalannya telah membawa kepada pemusnahan hutan: Permintaan yang tinggi ke atas kayu-kayan Penggunaan tradisional kayu iaitu dalam sektor pembinaan serta penyepit pakai buang. Amalan menggunakan berlapis-lapis kertas untuk membalut hadiah Ramai negara menghadapi masalah pencemaran alam sekitar dan Jepun menghadapi masalah pencemaran laut, sungai dan udara yang serius. Negara yang berasaskan kepercayaan Shinto ini telah mengalami masalah pencemaran semenjak permulaan era perindustrian lagi. Pada abad ke-1960an dan 1970an, kebanyakan sungai, tasik dan teluk lautan menjadi tercemar. Ini telah menjejaskan kesucian alam semulajadi dan keharmonian perhubungan antara manusia dan alam sekitar. Imbas kembali apa yang anda telah pelajari mengenai agama Shinto melalui senario-senario berikut: Senario 1: Akihito gemar menonjol dan menjadi tumpuan ramai. Dia sentiasa berbangga dengan pencapaiannya dan begitu bersikap daya saing sehingga dia tidak mahu bekerja sama dalam tugasan berkumpulan. Senario 2: Keluarga Yokoyama hanya mempunyai seorang anak tunggal, iaitu seorang lelaki. Anak mereka telah berkeputusan untuk berhijrah ke negara lain walaupun ibu bapanya sudah tua dan uzur. Senario 3: Matsumoto telah dipecat kerana kecuaiannya telah menyebabkan berlakunya kemalangan. Dia merupakan satu-satunya sumber nafkah bagi keluarganya. Dia berkeputusan untuk membunuh diri kerana terlalu malu dengan kesilapannya itu. Senario 4: Akemi menghadapi penyakit jantung. Dia hanya boleh diselamatkan dengan pembedahan pemindahan jantung. Namun demikian, keluarganya melarangnya daripada berbuat demikian walaupun penderma jantung sudah dijumpai. Bincangkan sudut pandangan Shinto bagi senario-senario ini dengan rakanrakan anda. Adakah anda bersetuju dengan sudut pandangan Shinto atau tidak? Mengapa?

(a) Terangkan perhubungan antara Kami, manusia dan alam semulajadi. (b) Mengapakah kewujudan bersama secara harmoni dengan alam semulajadi begitu dipentingkan oleh etika Shinto?

Ringkasan 1. Shinto merupakan agama yang unik kerana ia tiada pengasas, kitab bertulis, perbadanan perundangan agama, kod moral yang ketat dan hanya diamalkan di Jepun. 2. Mengikut ajaran Shinto, maharaja Jepun berketurunan daripada Amaterasu. Oleh itu, maharaja dihormati oleh rakyatnya. 3. Perkataan Shinto berasal daripada penggabungan dua perkataan Cina, iaitu Shen yang bermaksud Tuhan atau roh dan Dao yang bermaksud jalan, gaya hidup, atau falsafah hidup. Shinto boleh dialih bahasa sebagai Laluan ke arah Ketuhanan atau Kami no Michi dalam Bahasa Jepun. 4. Kami merujuk kepada Tuhan atau prinsip ketuhanan yang wujud di pelbagai tempat dan dalam pelbagai benda. 5. Shinto wujud bersama dengan agama Buddha dan Confucianisme. Nilai etika Confucianisme berpengaruh besar ke atas nilai etika Jepun atau Shinto. Nilai-nilai seperti toleransi, mematuhi pihak berkuasa dan sebagainya amat dipentingkan dalam masyarakat Shinto. 6. Empat prinsip etika Shinto yang terpenting adalah keharmonian, kesucian, keikhlasan dan komuniti. 7. Shinto menekankan kepentingan kesucian, keikhlasan dan kebersihan serta perlakuan yang baik serta kefahaman mengenai alam semesta dan kesucian. 8. Etika agama Shinto menggalakkan kehidupan yang sederhana dan harmoni dengan alam semulajadi. Etika dan moraliti Shinto mengutamakan kepentingan bersama. 9. Penganut agama Shinto mempercayai bahawa Kami, alam semulajadi dan manusia wujud bersama. Kepentingan hidup secara harmoni dengan setiap makhluk dan berterima kasih atas pemberian Kami serta kemurahan hati moyang turut ditekankan. 10. Menurut agama Shinto, manusia dilahirkan dengan hati yang baik dan dunia ini penuh dengan kebaikan. Kejahatan merupakan unsur yang luar daripada dunia ini.