MUKA : 1 DARI 4 I. Tujuan : Prosedur ini adalah bertujuan memastikan pemindahan aset ANGKASA dilaksanakan dengan betul dan teratur. II. Skop : Prosedur ini meliputi permohonan, pemeriksaan untuk pemindahan dan kemaskini daftar aset ANGKASA. III. Istilah/Singkatan : JTK - Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan JKK - Jawatankuasa Kerja Kebangsaan KPK - Ketua Pegawai Kewangan JK - Jawatankuasa JKew - Jawatankuasa Kewangan JKPP - JawatankuasaKecil Pembelian dan Pelupusan Aset JPN - Jawatankuasa Perhubungan Negeri KPE - Ketua Pegawai Eksekutif KU - Ketua Unit KU2P - Ketua Unit Pembekalan dan Perkhidmatan KUB - Ketua Unit Bangunan KB - Ketua Bahagian KUIT - Ketua Unit Tekonolgi Maklumat PKK - Pegawai Kerja Kanan PK - Pegawai Kerja K - Kerani U2P - Unit Pembekalan dan Perkhidmatan UPP - Unit Pembangunan & Penyelenggaraan BPHAT - Borang Pemindahan Aset Tetap IV. Rujukan : Undang-undang Kecil(UKK) para 39 Keputusan mesyuarat Pekeliling ANGKASA
MUKA : 2 DARI 4 V. Carta Aliran : Mula 1. Permohonan Dipulangkan / dimaklumkan 2. Semakan 3. Lengkap 4. Verifikasi 5. Kelulusan 6. Tindakan Pemindahan 7. Penyediaan Laporan Pemindahan Aset Akhir
MUKA : 3 DARI 4 VI. Prosedur Terperinci : 1. Permohonan 1.1 Borang Pemindahan Aset Tetap (BPHAT) hendaklah dilengkapkan dan dikemukakan sebanyak 2 salinan kepada U2P. [ PK / KU / KB / PKK ] 2. Semakan 2.1 Bahagian Kewangan hendaklah menyemak status aset daripada Laporan Daftar Aset ANGKASA yang dicadangkan untuk dipindahkan. [ K / PK ] 2.2 Memastikan borang permohonan BPHAT dilampirkan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan oleh Ketua Bahagian berkenaan. [ PK / KU ] 3. Lengkap 3.1 Menyemak borang permohonan BPHAT dan dokumen-dokumen sokongan yang dilampirkan adalah lengkap dan sempurna serta dikembalikan jika tidak memenuhi syarat-syarat ditetapkan. [ K ] 4. Verifikasi 4.1 Pemeriksaan aset tetap akan dilaksanakan oleh U2P dibantu unit UPP atau UIT yang menyimpan rekod-rekod aset berkenaan setelah disahkan Bahagian Kewangan status kewujudannya. [ PK / PKK / KU ] 4.2 Semakan pemindahan aset meliputi lokasi aset, kos aset, susutnilai terkumpul dan nilai baki aset dalam buku Daftar Aset Tetap ANGKASA. [ PK / PKK / KU ] 5. Kelulusan 5.1 Bahagian Kewangan akan mencadangkan Pemindahan Aset Tetap untuk pertimbangan kelulusan Ketua Pegawai Eksekutif dan dibentangkan dalam mesyuarat JKPP/Jkew berikutnya. [ PKK / KU ] 6. Tindakan Pemindahan 6.1 Tindakan untuk memindahkan aset tetap akan diuruskan U2P setelah borang BPHAT diisi dengan lengkap dan sempurna serta diluluskan Ketua Pegawai Eksekutif dan dibentangkan dalam mesyuarat JKPP/Jkew berikutnya. [ PK / KU2P ]
MUKA : 4 DARI 4 6.2 Bahagian dan unit ANGKASA atau JPN yang memindahkan dan menerima aset tetap berkenaan hendaklah mengesahkan dalam BPHAT. 6.3 Bahagian Kewangan hendaklah memastikan butir-butir aset yang dipindahkan aset berkenaan dikemaskini setelah menerima BPHAT yang sudah diluluskan. [ K / PK ] 6.4 Bahagian, unit dan JPN akan menyimpan salinan pendua BPHAT dan laporan aset bahagian, unit dan JPN yang dikemaskini oleh Bahagian Kewangan. [ PK / KU / KB / KPK / Pengerusi JPN ] 7. Penyediaan Laporan Pemindahan Aset 7.1 Satu laporan pemindahan aset bulanan akan disediakan (jika ada) menunjukkan kos aset, nilai baki, jumlah kos yang dipindahkan dan tarikh kelulusan. [ PK / PKK / KU ] VII. Rekod Kualiti : Bil. Rekod Tempat Simpanan Tanggungjawab Tempoh 1. BPHAT Bilik Fail Bahagian Kewangan Kerani 3 tahun 2. Laporan Pemindahan Aset Bilik Fail Bahagian Kewangan Pegawai Kerja 7 tahun